Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

* Terdapat 5 jenis pakaian tradisional mengikut kaum seperti kaum melayu, cina, india sabah

dan sarawak .

* Pertama sekali saya akan menerangkan tentang pakaian tradisional bagi kaum melayu .
Jadi, terdapat 5 pakaian tradisional kaum melayu yang dapat saya terangkan di sini .

* Antaranya ialah baju kurung, baju melayu, baju kebaya, baju kurung cekak musang dan
baju kurung teluk belanga . Sebenarnya terdapat banyak lagi jenis baju kurung yang ada di
Malaysia . Tetapi hari ini saya akan terangkan dengan lebih terperinci bagi 5 jenis pakaian ini
.

* Pertama sekali, baju kurung . Sudah semestinya kita semua tahu bahawa sebelum kurun ke-
20, wanita melayu hanya memakai kain kemban sahaja . Namun, setelah kedatangan Islam,
mereka mula memakai baju kurung yang sopan . Baju kurung lazimnya diketahui sebagai
jenis baju longgar yang labuh kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain
panjang yang berlipat tepi . Baju ini meliputi seluruh tubuh dan hanya menampakkan muka
dan tangan sahaja kerana dilihat sebagai mematuhi peraturan pakaian islam .
Baju kurung boleh dipadankan dengan kain tradisional seperti songket atau batik dan
ditambahkan lagi dengan kain selendang atau dinamakan tudung . Baju kurung ini
kebiasannya dipakai untuk menghadiri majlis formal seperti majlis perkahwinan, majlis
agama dan majlis rasmi malah ada juga yang menjadikannya sebagai pakaian ke tempat kerja
dan urusan harian .

* Seterusnya baju melayu . Ini merupakan pakaian tradisional bagi lelaki . Baju melayu
merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang dan biasanya dipadankan
dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggan dan bersongkok.

* Untuk di Malaysia, baju melayu ini terbahagi kepada 2 iaitu baju melayu potongan teluk
belanga dan baju melayu potongan cekak musang . Potongan ini merujuk kepada jahitan pada
leher tersebut . Baju melayu teluk belanga biasanya terkenal di kawasan selatan dan cara
pakainya ialah samping dipakai di sebelah dalam baju . Manakala potongan cekak musang ini
lebih terkenal di kawasan tengah dan utara malaysia dan cara memakainya ialah samping di
sebelah luar baju .

* Baju kebaya pula dipengaruh dengan pakaian wanita barat . Baju kebaya ini mempunyai
dua versi iaitu baju kebaya labuh dan baju kebaya pendek . Baju kebaya labuh dikecilkan
sedikit mengikut bentuk badan orang yang memakainya dan dipakai dengan kancing
berbunga atau kerongsang yang berasingan atau yang berantai .

* Baju kebaya moden telah mula dipakai oleh orang melayu sebelum perang dunia kedua .
Walaupun dinamakan moden namun ciri ciri kemelayuannya masih ada kerana baju itu
dipakai dengan kain . Baju ini adalah baju kebaya pendek yang ketat dan dipadankan dengan
kain ikatan secara wiron .

* Baju kurung teluk belanga ini pula menurut dato haji muhammad said haji sulaiman dalam
bukunya pakaian patut melayu, baju kurung ini berasal dari negeri johor . Orang johor juga
telah mengubah suai pakaian melayu di bahagian leher dengan menjahit tulang belut dan
sembat halus pada seluruh baju kurung itu untuk nampak lebih kemas dan menarik . baju ini
mempunyai leher berbentuk bulat dan belahan di hadapan . Tambahan lagi, baju ini
memerlukan bahagian lehernya dikancing dengan sebutir butang yang berwarna emas atau
pon perak . Bagi wanita, mereka biasanya memakai butang berbatu berlian atau pon batu lain
yang ada nilainya . Baju ini dipakai dengan kain sarung ikatan ombak mengalun .

* Yang terakhir ialah baju kurung cekak musang . Baju ini mengalami perubahan sejak dari
mula baju ini dicipta . Baju kurung ini ditambah dengan leher berdiri dan telah dipengaruhi
okeh baju gamis atau kamis iaitu jubah jemaah haji yang pulang dari makkah . Poketnha
dijahit sama dengan baju kurung teluk belanga .
Bahagian leher baju ini dikancing dengan tiga, lima tujuh atau sembilan butir butang dan
tidak dijahit dengan tulang belut halus . Bagi wanita, mereka memakainya dengan kain
sarung ikatan ombak mengalun yang mana sama seperti baju kurung teluk belanga .

Kesimpulan yang dapat dirumuskan daripada tajuk yang kami pilih ini adalah kami
mendapati bahawa pakaian tradisional merupakan sebahagian daripada budaya kita walau di
mana sekali pon kita berada . Oleh itu, sebagai rakyat malaysia seharusnya bersyukur dengan
kepelbagaian budaya yang ada di malaysia ini . Kita juga sepatutnya mengkaji sejarah sejarah
kebudayaan yang terdapat di negara kita supaya minda kita tidak terlalu disempitkan dengan
sejarah budaya bangsa sendiri sahaja . Pakaian ini merupakan salah satu simbol budaya yang
menandakan perkembangan dan pengkhususan budaya tertentu manakala tradisional pula
ialah kata sifat yang merujuk berkaitan dengan mengikut tradisi. Setiap kaum di negara kita
mempunyai pakaian tradisionalnya tersendiri dan wajar dipelihara. Antara sebab perlu
memelihara pakaian tradisional ialah kerana ia merupakan tanda hormat kebudayaan bagi
setiap bangsa dan kaum. Selain itu, ianya merupakan nilai-nilai hulur yang disanjung tinggi
kerana mampu membentuk keperibadian manusia dalam perbuatan dan juga mencerminkan
sifat-sifat pemakainya sendiri.Akhirnya, bak kata pepatah tak lapuk dek hujan tak lekang dek
panas yang bermaksud kita mestilah memastikan warisan budaya kita dipertahankan agar
sentiasa relevan dan diingati oleh masyarakat malaysia terutama golongan muda ini .

Itu sahaja daripada kami . Sekian Terima Kasih .

You might also like