Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1.

0 PENDAHULUAN

Pengawas merupakan badan kepimpinan tertinggi dalam kalangan murid di


sekolah. Murid yang dipilih menjadi pengawas bermakna murid tersebut boleh
menggantikan atau mewakili peranan guru dalam menegakkan peraturan dan
disiplin sekolah. Begitu juga Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang membantu
unit kurikulum untuk meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik.
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) berperanan membantu menggerakkan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Ketua Kelas dan Penolong
Ketua Kelas pula berperanan membantu para guru dalam pengurusan bilik
darjah dan guru mata pelajaran. Semua para pemimpin tersebut perlu diiktiraf
dan diberi tauliah pelantikan supaya mereka dapat melaksanakan tugas dan
tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Mereka perlu diisytiharkan dan diberi
pengiktirafan supaya murid-murid lain turut menghormati peranan dan tugas
serta tanggungjawab mereka.

2.0 MATLAMAT

2.1 Memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang terpilih.


2.2 Memperkenalkan kepada murid-murid barisan Pengawas Sekolah,
Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS),
Ketua Kelas serta Penolong Ketua Kelas bagi sesi persekolahan tahun
2024/2025.
2.3 Memberi contoh teladan kepada murid-murid mengenai pelaksanaan
majlis rasmi di sekolah.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi pengiktirafan dan semangat kepada Pengawas Sekolah,


Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS),
1
Ketua Kelas serta Penolong Ketua Kelas supaya melakukan tugas yang
diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh
bertanggungjawab.
3.2 Meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk menjalankan tugas
dengan baik.
3.3 Menggalakkan murid-murid lain agar dapat mencontohi rakan-rakan yang
terpilih.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pembimbing Rakan


Sebaya (PRS), Ketua Kelas serta Penolong Ketua Kelas.

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS


SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH, PEMBIMBING RAKAN
SEBAYA (PRS), KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS
SESI PERSEKOLAHAN 2024/2025

Pengerusi : : Encik Hamizol bin Sapong (Guru Besar)

Timbalan : : Puan Seba’ah Binti Deris (PK Hal Ehwal


Pengerusi Murid)

Naib Pengerusi 1 : : Encik Shahfadir bin Drahman

(PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2 : : Encik Bolhassan bin Seri (PK Kokurikulum)


Penyelaras Pengawas Sekolah : Encik Sayid Putera bin Mohammad Razani
Penyelaras Pengawas PSS : Cik Sopiah binti Ibrahim
Penyelaras PRS : Puan Nur Haffieza binti Abdul Wahab

2
Sijil Watikah : Puan Nazlin binti Abdullah Chek
Cik Nurfarahin Fajrin binti Sardon
Penyelia Peserta : Encik Hamzah Shibli bin Ismail Fairoz
Encik Mohd. Farid bin Johari
Encik Azrul Azeem bin Selamat
Juruacara : Puan Nur Haffieza binti Abdul Wahab
Jurukamera : Cik Saunah binti Maun
Sistem Siaraya : Encik Sayid Putera bin Mohd. Razani

6.0 TENTATIF PROGRAM

7.30 pagi Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Ibu Pertiwiku


7.40 pagi Bacaan Doa
7.50 pagi Penyampaian watikah pelantikan
- Pengawas Sekolah
- Pengawas Pusat Sumber Sekolah
- Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
- Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas
8.20 pagi Upacara lafaz ikrar oleh Ketua Pengawas Sekolah
8.30 pagi Ucapan Guru Besar
8.50 pagi Nyanyian Lagu Sekolah
9.00 pagi Majlis Bersurai

7.0 TEMPAT

Anjung Sri Gemilang, Sekolah Kebangsaan Beladin

3
8.0 TARIKH
Tarikh : 1 Julai 2024
Hari : Isnin
Masa : 07:30 hingga 09:00 pagi

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Tiada peruntukan kewangan

10.0 PENUTUP

Majlis Watikah Pelantikan ini diharapkan dapat meningkatkan tahap motivasi


kepada murid-murid yang terpilih untuk menjalankan tugas dengan baik serta
menggalakkan murid-murid lain agar dapat mencontohi rakan-rakan yang
terpilih.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

…………………………….. …………………..
(SOPIAH BINTI IBRAHIM) (SEBA’AH BINTI DERIS)
Penyelaras Pengawas Pusat Sumber Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Beladin Sekolah Kebangsaan Beladin
Tarikh: Tarikh:

Diluluskan oleh:

…………………………….
(HAMIZOL BIN SAPONG)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Beladin
Tarikh:
4

You might also like