Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Aturcara Majlis

Pengumuman Ketibaan Diumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Noor Azwan Bin
(9.50 - 10.00) Haji Ramli, Pengerusi Negeri Perak NGO Penggerak Dasar
Komuniti Negara Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan
RAZIF diringi oleh

Yang Berusaha Puan Hajah Tijah Binti Shamsuddin, Guru Besar


Sekolah Kebangsaan Bagan Datuk, masuk ke dalam dewan.

Nyanyian 2 buah lagu (tidak perlu umumkan)


(10.00 – 10.10)
- Negaraku Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian sebentar tadi.
- Negeri Perak Hadirin dipersilakan duduk.

Bacaan doa (10.10-10.15) Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
AMIR Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama


kita mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Al-
Fadhil Ustaz Haji Abdul Manaf Bin Eswadi. Dengan penuh
takzimnya, dipersilakan.

 Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan


ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Dijemput Adik ……….


Bagi mengalunkan bacaan suci ayat al-Quran
Dengan segala hormat dipersilakan

Salutasi Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum wbt, Salam sejahtera.

RAZIF Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Yang Berbahagia Tuan Noor Azwan Bin Haji Ramli, Pengerusi


Negeri Perak NGO Penggerak Dasar Komuniti Negara
Kementerian Perumahan Kerajaan

Yang Berusaha Puan Hajah Tijah Binti Shamsuddin, Guru Besar


Sekolah Kebangsaan Bagan Datuk

Yang Berbahagia Datin Hajah Abaidah Binti Haji Zainuddin


Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Bagan Datuk

Penolong-Penolong Kanan

Para guru, ibu bapa, murid-murid , hadirin dan hadirat yang


dirahmati Allah sekalian.

Ucapan alu-aluan (10.10- Melati kuntum menghias gelas,


10.20) Tumbuh melata di tepi kali,
Anugerah cemerlang 2019,
AMIR Murid cemerlang kita hargai.

Hadirin sekalian,

Dari dewan Seri Gemilang Sekolah Kebangsaan Bagan Datuk,


mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian ke “ MAJLIS
APRISIASI DAN GRADUASI PRASEKOLAH SEKOLAH
KEBANGSAAN BAGAN DATUK BAGI TAHUN 2019 ”

Saya Amir Azhar Bin Shahabuddin

Dan saya Mohd Razif Bin Kasim

Izinkan kami mengacarakan majlis ini sehingga ke


penghujungnya.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah


kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-
sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-
anak kita.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan


kepada semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri
ke majlis ini terutamanya kepada Yang Berbahagia Tuan Noor
Azwan Bin Haji Ramli, Pengerusi Negeri Perak NGO Penggerak
Dasar Komuniti Negara Kementerian Perumahan Kerajaan,
kerana sudi meluangkan masa dan memilih untuk menghadirkan
diri ke majlis kami ini walaupun banyak urusan rasmi lain yang
lebih memerlukan perhatian dan kehadiran beliau. Ucapan
terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi
meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak
dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah.
__________________________________________________

Majlis pada hari ini akan menganugerahkan penghargaan


kepada para murid yang menunjukkan kesungguhan dalam
pelbagai bidang akademik. Justeru, adalah menjadi harapan
kami warga pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi
memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam diri
setiap murid.

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Hadirin sekalian,

Tirai majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan ucapan
alu-aluan. Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan,
Yang Berbahagia Datin Hajah Abaidah Binti Haji Zainuddin
Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Bagan Datuk untuk
menyampaikan ucapan sepatah dua kata. Majlis
mempersilakan.

(ucapan tamat)

Majlis mengucapkan terima kasih

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Yang Berusaha


AMIR Puan Hajah Tijah Binti Shamsuddin, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Bagan Datuk
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan

(ucapan tamat)

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan sebentar tadi

Ucapan Perasmian Hadirin sekalian,


(10.20-10.30)
Kalau tuan pikat kenari
RAZIF Jangan patahkan batang jerami
Kepada tuan mandat diberi
Mohon disempurnakan majlis kami

Tidak lengkap sekiranya majlis tiada perasmi.


Kita teruskan lagi majlis kita dengan ucapan perasmian. Untuk
itu, majis menjemput dan mempersilakan, Yang Berbahagia
Tuan Noor Azwan Bin Haji Ramli, Pengerusi Negeri Perak NGO
Penggerak Dasar Komuniti Negara Kementerian Perumahan
Kerajaan
untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan “ MAJLIS
APRISIASI DAN GRADUASI PRASEKOLAH SEKOLAH
KEBANGSAAN BAGAN DATUK BAGI TAHUN 2019 ”
Dipersilakan.

(ucapan tamat)

Majlis mengucapkan terima kasih.

Persembahan nyanyian Hadirin yang dihormati sekalian,


(10.30-10.35)
Majlis kita akan diserikan lagi dengan persembahan multimedia.
AMIR Persembahan ini menceritakan perjalanan aktiviti dan kejayaan
sepanjang tahun 2019

(tamat persembahan)

Persembahan sebentar tadi merupakan hasil kerja __________

Anugerah Prasekolah MAJLIS APRISIASI DAN GRADUASI PRASEKOLAH SEKOLAH


Sijil Kehadiran Terbaik KEBANGSAAN BAGAN DATUK bagi tahun ini akan kita
Sijil Ketua dan Penolong mulakan dengan Penyampaian Anugerah Graduasi Prasekolah.
Ketua Kelas Untuk itu, majlis sukacitanya menjemput, Yang Berbahagia
(10.35-10.45) Tuan Noor Azwan Bin Haji Ramli, Pengerusi Negeri Perak NGO
Penggerak Dasar Komuniti Negara Kementerian Perumahan
AMIR Kerajaan diiringi oleh Yang Berusaha Puan Hajah Tijah Binti
Shamsuddin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bagan Datuk
untuk menyampaikan hadiah.

Bagi Anugerah Graduasi Prasekolah dipersilakan ………

Seterusnya sijil kehadiran terbaik


……….

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil ketua dan


penolong ketua kelas

Bagi tahun 1 dipersilakan……


2,3,4,5,6

Tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah dan sijil


sebentar tadi.

Persembahan Prasekolah Dari Kota Setia ke negeri Perlis,


(10.45-11.05) Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
RAZIF Semoga hadirin terhibur di hati.

Majlis akan dirancakkan lagi dengan persembahan Kanak-kanak


Cilik Prasekolah
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*Majlis merakamkan jutaan terima kasih.


Persembahan sebentar tadi adalah di bawah bimbingan En Amir
Azhar Bin Shahabuddin Dan Puan Hazlina BInti Abdul Rahman

Penyampaian hadiah Hadirin sekalian,


Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian Hadiah
- kedudukan terbaik kelas Kedudukan Terbaik Mengikut kelas, untuk itu majlis menjemput
dan mempersilakan, __________________________________
- pencapaian mata dan diiringi oleh Pn. Hjh Tijah binti Shamsuddin.
pelajaran terbaik
Berikut merupakan senarai penerima anugerah kedudukan
- sijil pengawas dan terbaik mengikut kelas…..
pengawas PSS
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah
(11.05-11.10) pencapaian mata pelajaran terbaik ….

RAZIF Seterusnya dipersilakan pengawas dan pengawas PSS ….

Majlis mengucapkan terima kasih atas penyampaian itu tadi.

Persembahan
(11.10-11.20) Hadirin sekalian,
Majlis yang gilang-gemilang ini akan diteruskan lagi dengan
AMIR persembahan nasyid daripada kumpulan Sautun Najjah dengan
lagu Assalamualaikum dan Cahaya Selawat. Untuk itu majlis
mempersilakan.

(persembahan tamat)

Untuk makluman semua, persembahan Nasyid itu tadi di bawah


pimpinan Ustaz Abdul Manaf, majlis mengucapkan terima kasih.

Penyampaian hadiah Hadirin sekalian, majlis kita pada hari ini akan diteruskan lagi
Anugerah Murid dengan Penyampaian Anugerah Murid Berpotensi dan
Berpotensi dan Anugerah Anugerah Khas. Untuk itu, majlis menjemput dan
Khas mempersilakan, ____________________________dengan
(11.20-11.30) diiringi oleh ________________________ untuk menyampaikan
anugerah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
AMIR
Beliau merupakan pelajar yang cemerlang dari segi kurikulum,
kokurikulum dan sahsiah. Beliau merupakan anak sulung
daripada 3 orang adik-beradik. Beliau berasal daripada latar
belakang keluarga yang sederhana. Namun begitu, usaha yang
gigih membuatkan beliau dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar
Cemerlang. Dengan ini saya mengumumkan tokoh Pelajar
Cemerlang IPGKPT bagi tahun 2015 jatuh kepada saudari
Vivien Wong Siew Sing dari 2 PPISMP Sains.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


Penyampaian
Cenderamata Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit
tanda kenang kenangan sebagai penghargaan dan tanda
RAZIF ucapan terima kasih kepada Dr. Agnes Luncha Anak Lawai.

Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha Dr.


Muhammad Afdhal Bin Zainal, Pengarah IPGKPT bagi
menyempurnakan agenda. Dipersilakan.
Seterusnya, dijemput pula, Yang Berbahagia, Datuk Seri Dr.
Zaleha binti Fadzil kerana telah sudi hadir dan menyerikan lagi
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar IPGKPT pada kali ini
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Majlis mengucapkan terima kasih.


Persembahan Tahun 6
(11.30-11.40) Majlis kita akan dihiburkan lagi dengan persembahan sajak yang
dipimpin oleh Yang dihormati, Puan Sabariah dan Yang
RAZIF dihormati, Puan Normala . Dengan itu majlis mempersilakan
saudari Nurul Husna Binti Rahiman dan saudara Wan Nasri
Solihin bin Wan Ahmad Yanee bagi mendeklamasikan sajak
mereka yang berjudul “Guru Oh Guru”.

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan itu tadi.

Penutupan, Nyanyian & Nampaknya majlis kita sudah hampir sampai ke penghujungnya.
bersurai Oleh itu, diminta para hadirin berdiri tegak untuk menyanyikan
(11.40-11.55) lagu IPGM.

AMIR Hadirin dipersilakan duduk.

Dengan berakhirnya nyanyian sebentar tadi, maka tibalah


masanya untuk kami selaku pengendali majlis untuk
mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari
memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata,
terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Majlis berakhir penuh syafaat


Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman.

Kalau ada jarum yang patah


Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan


kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai
makhluk Allah bernama insan.

Dengan berakhirnya pantun itu tadi, maka berakhirlah sudah


majlis kita pada hari ini. Majlis menjemput tetamu kehormat
untuk menjamu selera di bilik depan dewan kuliah ini. Tetamu
yang lain boleh menjamu selera di kafe. Majlis bersurai.

Sekian.

You might also like