Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

KERTAS CADANGAN PROGRAM

PROGRAM KLINIK IQRA’


MURID TAHUN ENAM SK SUNGAI TEKALI

TARIKH PELAKSANAAN: JUN – DEC 2024

Disediakan oleh

Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab


SK Sungai Tekali Hulu Langat
KERTAS KERJA PROGRAM KLINIK IQRA’ TAHUN ENAM 2024
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TEKALI

1.0 Tujuan
Kertas konsep ini disediakan bagi melaksanakan Program Klinik Iqra’.
Program Klinik Iqra ini merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid tahun
6 yang melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat.
Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu(mentee) dan perhubungan psikologi
menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan
mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi
masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi
individu yang berguna kepada masyarakat dan negara. Program ini memberi fokus
kepada murid tahun enam yang masih belum menguasai kemahiran bacaan Al-
Quran yang betul.

2.0 Pengenalan

Program ini adalah satu inisiatif Panitia Pendidikan Agama Islam & Bahasa
Arab bagi melahirkan murid SK Sungai Tekali yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri. Program ini akan dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan
bermula bulan Jun sehingga Disember 2024. Program ini akan melibatkan beberapa
murid tahun 6 yang terpilih. Seramai 21 orang murid dan guru Pendidikan Islam
yang terlibat dengan program ini.

3.0 Objektif

3.1 Memberikan galakkan, bimbingan, motivasi serta tunjuk ajar kepada mentee
bagi meningkatkan potensi murid dalam kemahiran bacaan al-Quran yang
belum dikuasai.

3.2 Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan
dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan
mereka.
3.3 Memastikan pada akhir sesi pembelajaran 2024/2025 tiada murid yang buta
al-Quran (IQRA’)

4.0 Anjuran

Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan Sungai Tekali.

5.0 Sasaran

21 orang murid tahun 6 yang terpilih dari kelas 6 Taqwa.

6.0 Tarikh

Program ini akan diadakan sepanjang tahun bermula bulan Jun sehingga Disember
2024.Tarikh pelancaran program ialah 10 JUN 2024.

7.0 Strategi pelaksanaan

7.1 Perancangan Program

Tarikh Perkara

Penyediaan kertas kerja untuk semakan Penolong


21 MEI 2024
Kanan Kurikulum dan kelulusan Guru Besar

23 MEI 2024
Mesyuarat kecil dan pengagihan tugasan
Ogos dan Disember
Post Mortem
2024
31 Disember 2024 Laporan dan dokumentasi

7.2 Jadual Pelaksanaan Program.

7.2.1 Melibatkan waktu matapelajaran Tasmiq,Khatam al-Quran dan Tilawah al-


Quran.Merangkumi enam masa (3 jam) seminggu.
7.2.2 Tiga puluh (30) minit seminggu mengikut masa kesesuaian guru-guru
terlibat dan tidak terikat dengan jadual matapelajaran atau dua (2) sesi
pertemuan seminggu dengan murid terlibat bagi melaksanakan program
ini.
7.2.3 Guru boleh bersama dengan murid dalam kelas atau ditempat yang difikir
paling sesuai bagi mengadakan sesi pembelajaran.

7.3 Senarai Nama Mentor dan Mentee:


BIL MENTOR MENTEE
1 Encik Ahmad Hashimi bin Roslan 1. DANIA BATRISYIA BINTI ABD RAHMAN
2. MUHAMMAD YUSUF ARRAZI BIN MOHD SYAWAL RUR RAHIM
3. MUHAMMAD ASRI HAFIZ BIN MUHAMMAD SYUKRI
2 Puan Rusnawati binti Salleh 1. MUHAMAD QUSYAIRI HAIRI BIN HAIROL
2. NUR SYAZWINA SHASHA BINTI AHMAD SAFUAN
3. PUTRI SARAH UMAIRAH BINTI SALMI SUFFIAN
3 Puan Nurulhidayat binti Bakar 1. NUR AIRA MAISARAH BINTI MOHD FAISAL
2. PUTERI NUR WAFIYYAH BINTI ZULKIFLY
3. AFNAN RAZALI BIN ABDUL RAHMAN
4 Encik Nik Muhamad Fikri Bin Nik 1. NUR ATIKAHJAMAIYAH BINTI ABDUL KASIM
Husain 2. AHMAD DARWISY BIN ROSLY
3. ADI ASYRAF BIN ANAHAR
5 Puan Hasimah binti Mat Zin 1. PUTERI NUR WAFEEQAH BINTI ZULKIFLY
2. MUHAMMAD AMIERUL ARIF BIN SHAHRIR
3. AFIQ FAIZ BIN NAZAMUDDIN
6 Puan Aniza Binti Alwi 1. PUTRA JEBATTDANIEL BIN MOHD FAIZAL
2. MUHAMMAD IZZ MUQRIZ BIN MOHD IDHAM
3. HOMMU
7 Encik Muhamad Syakrin bin Mohd 1. QASEH DAMIA BINTI ABDULLAH
Sarif 2. SYED AHMAD IZHAR BIN SYED SULTAN ROOM
3. MUHAMMAD NAQIUDDIN BIN NAZRI

7.3.1 Perjumpaan Mentor Mentee hendaklah dilaksanakan seminggu selama 30


minit bagi setiap orang murid bermula bulan 10 JUN 2024. Mentor yang terlibat
boleh memilih waktu yang sesuai untuk membimbing mentee, contohnya 30 minit
sebelum bermula pembelajaran di kelas. Mentor perlu menandatangani borang
jadual setiap kali perjumpaan bersama mentee.
8.0 Jawatankuasa

Jawatankuasa Induk

Pengerusi : En. Ronzi Bin Zainal


(Guru Besar)

Timb. Pengerusi : En. Sazali Bin Sarwan


(Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib. Pengerusi Il : Pn. Saidah Binti Shafii


(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Penyelaras : En. Nik Muhamad Fikri Bin Nik Husain

Ahli Jawatankuasa Pelaksana

P.A Sistem / Lcd : En. Kamarul Ariffin B. Mohd Nor


En. Muhamad Yusriq Ikmal bin Aminuddin
Pengacara Majlis : Puan Rusnawati binti Salleh
Bacaan Doa : En Nik Muhamad Fikri bin Nik Husain
Jurugambar : En. Mohd Syafiq Amani B.Yusop
Dokumentasi : En Muhamad Syakrin bin Mohd Sarif
Persiapan tempat : Guru bertugas mingguan
Gegantung : En. Mohd Razi B. Mohd Zain
Buku Program : Pn Nurul Hidayat binti Bakar
Kawalan Murid : Semua guru kelas dan guru pembantu

9.0 Aturcara Program

(Sila lihat lampiran)

10.0 Anggaran Belanjawan


Bil Perkara Kuantiti Jumlah Sumber
. (RM)
1. Modul 32 x RM5.00 RM160.0
0
Jumlah keseluruhan RM160.00

9.0 Sumber Kewangan

PCG RM 160.00

JUMLAH RM 160.00

10.0 Syor

Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab SK Sungai Tekali amat berharap semoga
program ini dapat menjadi titik tolak ke arah mengeratkan hubungan antara murid,
guru dan warga sekolah. Usaha ini juga diharap dapat mewujudkan perasaan kasih
sayang, selesa, selamat dan sejahtera seperti matlamat Kementerian Pendidikan
Malaysia. Diharap pihak pengurusan tertinggi dapat meluluskan belanjawan
sebanyak Rm 160.00 bagi menjayakan program ini.

Disediakan oleh Disemak oleh

..................................................... .......................................
Nik Muhamad Fikri Bin Nik Husain Pn. Rusnawati Binti Adam
Penyelaras Program Klinik Iqra’ (KP Pendidikan Islam SKST 2024)
SK Sungai Tekali

Disemak oleh Disahkan oleh

...................................... ………………………………..
En. Sazali Bin Sarwan En. Ronzi Bin Zainal
(GPK Pentadbiran SKST) (Guru Besar SKST)

Lampiran

Aturcara Program

10 JUN 2024 (ISNIN)

7.30 pagi : Murid berhimpun di Laman Aula Lestari bagi sesi perhimpunan

8.00 pagi : Ucapan pengerusi majlis

8.05 pagi : Bacaan doa

8.10 pagi : Gimik Pelancaran (Pemotongan gegantung)


8.20 pagi : Penyampaian mentor mentee dan modul

You might also like