JAW P1_1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Skema Jawapan

1 (a) Dua cabaran masa kini:

i. Cabaran globalisasi – perniagaan perlu bijak bersaing dan menyesuaikan diri


dengan perubahan pasaran global seperti persaingan dari segi harga, kualiti dsb
melalui pelbagai cara seperti pakatan strategik dsbnya.
ii. Bentuk pemilikan perniagaan – pemilikan tunggal, perkongsian, syarikat;
cabaran perniagaan berbeza seperti dari segi modal dll
iii. Peningkatan kemajuan teknologi – perniagaan perlu bersedia dengan
perkembangan teknologi seperti penciptaan kaedah baharu dll yang perlukan
kemahiran tinggi, modal tinggi yang perlu pelaburan tinggi.
iv. Peningkatan tanggungjawab sosial – selain memperoleh keuntungan,
perniagaan perlu berperanan dalam memenuhi tanggungjawab sosial seperti
melindungi alam persekitaran, berkhidmat kepada masyarakat – beri derma,
menyediakan peluang pekerjaan kepada OKU dll
v. Peningkatan sistem perniagaan islam – perniagaan perlu mempastikan aktiviti
perniagaan dan operasi mematuhi syariah Islam
vi. Kewujudan blok-blok perdagangan – kewujudannya memudahkan urusan
perniagaan dalam kalangan ahli blok; tapi merupakan batasan bagi yang bukan
ahli perlu jaga kepentingan ahli blok
vii. Sumber semakin berkurangan – perniagaan perlu tingkatkan kreativiti dan
inovasi bagi pengeluaran produk dengan sumber berkurangan.
viii. Perubahan struktur demografi – peningkatan wanita dalam pekerjaan; kuasa
beli mereka semakin bertambah, perniagaan perlu mempelbagaikan produk
memenuhi keperluan dan kehendak mereka.

([F = 1m, H = 1m] F+H=2m x 2 = 4m) [mana-mana 2]

(b) Tiga faktor persekitaran umum berikut yang boleh mempengaruhi aktiviti perniagaan:

i. Ekonomi
 Keadaan ekonomi, sistem ekonomi yang diamalkan, kuasa beli
pengguna dll
 Perubahan ekonomi mempengaruhi kuasa beli dan corak perbelanjaan
pengguna. Ekonomi meleset – pendapatan pengguna jatuh – kuasa beli
menurun – perbelanjaan pengguna jatuh – aktiviti perniagaan merosot.
@
 Contoh: Ekonomi stabil / maju – aktiviti perniagaan berkembang –
pendapatan penduduk meningkat – peningkatan jualan / keuntungan
perniagaan.

ii. Politik dan perundangan


 Peraturan atau undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa
atau kerajaan seperti penetapan harga kawalan, dasar harga maksimum
dan minimum, pengenaan cukai import, pemberian insentif pelaburan
dll
 Perniagaan harus peka dengan perubahan dasar dan peraturan yang
dikuatkuasakan oleh kerajaan – dimanafaat oleh perniagaan dan
beroperasi mengikut undang-undang
 Contoh: Kawalan harga

iii. Teknologi
 Perubahan dalam kaedah yang digunakan dalam aktiviti perniagaan
seperti aktiviti pengeluaran dan pemasaran yang akan mempercepat
proses perniagaan
 Penggunaan teknologi dapat meningkatkan kemampuan bersaing
sesebuah perniagaan
 Contoh: penggunaan mesin
[ 1H + 1C = 2mx3=6m]

(c ) Ciri-ciri susun atur :

i. Susun atur tetap

 Proses pengeluaran adalah kekal di satu lokasi dari awal hingga siap
 Semua input pengeluaran akan dibawa ke lokasi pengeluaran
 Kos yang tinggi untuk menghasilkan suatu produk
 Biasanya produk dihasilkan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pelanggan
 Contoh – pembinaan lebuh raya, pembinaan jambatan, dll
[ 2H = 2m]

ii. susun atur proses

 Input pengeluaran ( mesin, tenaga kerja, bahan mentah, peralatan) disusun mengikut
fungsi kerja
 Penghasilan produk adalah tidak seragam, berbeza mengikut kuantiti keluaran
 Pelanggan berbeza mengikut keperluan perkhidmatan yang diingini
 Berlaku perkongsian sumber, iaitu semua sumber diguna secara bersama oleh pekerja
berbeza
 Contoh – bengkel membaiki kereta, perkhidmatan hospital
[2H = 2m]

(d) Asas - asas segmentasi pasaran :

i. Geografi : [F1=1]

 Pembahagian pasaran mengikut mengikut kawasan perumahan, bandar, daerah,


negeri atau negara. [H=1]
ii. Demografi [F2 = 1]

 Pembahagian pasaran berdasarkan ciri – ciri pengguna seperti umur, jantina,


saiz keluarga, kitaran hayat keluarga, pendidikan, pekerjaan, pendapatan,
agama dan bangsa [H=1]

iii. Psikografi [F3 = 1]

 Pemetakan pasaran berdasarkan personaliti, gaya hidup, cita rasa dan kelas
sosial pengguna [H = 1]

iv. Gelagat Pengguna/Manfaat Produk [ F4=1]


 Pemetakan pasaran mengikut tindak balas pengguna terhadap sesuatu produk
seperti kegemaran, kuantiti produk yang dibeli, kekerapan penggunaan dan
kesetiaan pengguna terhadap produk [H=1] /
 Pemetakan pasaran mengikut manfaat produk memberi penekanan kepada
faedah yang boleh dinikmati daripada penggunaan sesuatu produk [H=]

(e ) Faktor psikologi yang mempengaruhi keputusan pembelian pengguna dari aspek


persepsi.

 Konsep persepsi: Merupakan proses memilih, mengorganisasi dan


mentafsirkan maklumat atau rangsangan yang diterima untuk membentuk
suatu gambaran yang bermakna.
 Setiap pengguna mempunyai persepsi yang berlainan tentang produk yang
ditawarkan di pasaran dari segi harga, kualiti, reka bentuk, warna, jenama dll
 Pengeluar perlu mengkaji gelagat pengguna dari aspek persepsi yang berlainan
sebelum merancang strategi pemasaran yang sesuai
 Pengiklanan merupakan strategi yang paling berkesan untuk membentuk
tanggapan yang positif kepada pengguna tentang sesuatu produk, khususnya
produk yang baharu wujud di pasaran
 Contoh: pembungkusan yang baik melambangkan kualiti produk yang tinggi.

[1K + 2H + 1C=4m]

(f) Strategi peletakan pasaran yang digunakan oleh pengeluar untuk membentuk imej
positif terhadap produk mereka adalah seperti berikut:-

i)Atribut Produk [1]

-Produk yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu yang tidak terdapat pada
produk pesaing yang lain seperti jenama, pembungkusan , label dan lain-lain. [1]
ii)Manfaat [1]

-Produk pengeluar menawarkan manfaat , kelebihan atau nilai terbaik kepada


pengguna apabila menggunakan produk tersebut. [1]

iii)Kekerapan penggunaan [1]

-Kekerapan penggunaan yang tinggi menunjukkan produk pengeluar tersebut amat


baik atau sesuai digunakan oleh pengguna. [1]

iv)Pengguna [1]

-Produk pengeluar diminati oleh sekumpulan pengguna tertentu berdasarkan ciri-ciri


produk yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan mereka.[1]

v)Klasifikasi Produk [1]

- Iaitu produk pengeluar merupakan pemimpin dalam lini produk tertentu dan ini akan
menyebabkan pengguna terus setia dengan jenama tersebut. [1]

[F-1M, H-1M -2x3=6M - Mana-mana 3 pertama ]

(g) Tiga jenis sumber dana jangka pendek :-

i) Overdraf [1]
-Kemudahan kredit yang disediakan oleh bank kepada pemegang akaun semasa yang
membenarkannya mengeluarkan wang melebihi baki yag terdapat dalam akaun
semasa setakat had yang ditetapkan. [1]

ii) Pemfaktoran [1]


-Kemudahan pembelian invois atau akaun penghutang perniagaan kepada syarikat
pemfaktoran daripada pelanggannya. [1]
- Akaun penghutang perniagaan akan dijual pada nilai kurang daripada nilai muka
apabila tunai diperlukan dengan segera. [1]

iii) Penerimaan jurubank [1]


-Merupakan bil dagangan yang dikeluarkan oleh pengimport atau pengeksport dan
diterima atau disahkan oleh bank. [1]
-Apabila menerima bil tersebut, bank mempunyai komitmen untuk membayar jumlah
yang dinyatakan pada satu tarikh masa depan. [1]
-Kaedah pembiayaan jangka pendek yang disediakan oleh bank kepada pelanggan
yang melakukan kegiatan eksport dan import. [1]

iv) Resit Amanah [1]


- Satu bentuk kemudahan jangka pendek yang diperoleh daripada pihak bank oleh
pengimport bagi membiayai inventori yang diimport. [1]
- Pengimport akan memberikan Resit Amanah kepada bank dan bank akan
menjelaskan bayaran terlebih dahulu bagi pihak pengimport. [1]

v) Kredit dagangan [1]


-Kemudahan kredit yang diberikan oleh penjual kepada pembeli bertujuan
melariskan jualan. [1]
-Pembeli boleh membeli secara hutang dan membayar pada masa akan datang
biasanya dalam tempoh 30 hingga 60 hari. [1]

vi) Pinjaman berjangka [1]


-Peniaga kecil menggunakan wang daripada pinjaman berjangka untuk membeli aset
bukan semasa bagi keperluan perniagaan. [1]
-Pinjaman adalah dalam tempoh murang daripada setahun dan bayaran balik adalah
secara ansuran beserta kadar faedah. [1]

[Mana-mana 3 Fakta Pertama dan 3 huraian -6markah]

[F-1M, H-1M = 2x3 =6M]

(h) Dua prinsip yang diamalkan dalam pelaksanaan Insurans Takaful adalah:-

i) Kepatuhan syariah [1]


-Pelaksanaan takaful berlandaskan prinsip kepatuhan syariah yang tidak membenarkan
unsur-unsur gharaf (ketidakpastian), maisir (perjudian) dan riba’. [1]

ii) Menanggung risiko bersama [1]


-Pelan takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan , perlindungan
dan saling membantu dalam kalangan peserta. [1]
-Peserta takaful bersetuju untuk menanggung kerugian ekoran daripada risiko
kematian, kemalangan dan lain-lain yang menimpa peserta takaful yang lain. [1]

iii) Tabarru’ (sedekah) [1]


-Iaitu menderma dengan ikhlas untuk mewujudkan dana bagi kebajikan peserta-
peserta dalam takaful. [1]
-Peserta menderma dengan ikhlas kepada tabung tabarru’ dan bantuan dihulurkan
kepada peserta yang ditimpa kemalangan. [1]

iv) Simpanan atau pelaburan [1]


-Peserta adalah pemilik harta yang meyerahkan caruman takaful kepada pengendali
untuk diuruskan mengikut pelan-pelan takaful. [1]
-Peserta melantik pengendali untuk mengusahakan dana peserta dalamperniagaan
yang tidak dilarang oleh syariah. [1]

(Mana-mana 2 pertama F- 1M , H-1M =2x2 =4M)

i) Kaedah-kaedah penilaian prestasi yang digunakan organisasi untuk menilai


prestasi pekerja adalah :-. [6]

i)Skala Pengkadaran Sifat [1]


-Membuat penilaian prestasi pekerja menggunakan suatu skala berdasarkan satu set
sifat seperti kualiti kerja, personaliti, dll. [1]
-Setiap sifat mempunyai skala markah tertentu dan penilai perlu memberikan markah
yang sepadan dengan prestasi pekerja. [1]

ii)Esei [1]
-Penilai menghuraikan prestasi pekerja yang dinilai secara terperinci dalam bentuk
esei. [1]
-Kenyataan yang dibuat oleh penilai adalah berkaitan dengan kelemahan ,
Kekuatan, prestasi lalu, potensi dan cadangan untuk menambahbaikan individu
yang dinilai. [1]

iii)Sistem Penilaian 360 [1]


-Kaedah ini melibatkan banyak pihak memberi input penilaian prestasi seseorang
pekerja seperti staf bawahan, pengurus atasan, rakan ahli kumpulan dan juga
pelanggan [1]
-Penilaian daripada pelbagai pihak boleh menguangkan ketidakadilan dalam penilaian
prestasi. [1]

iv)Sistem Berasaskan Hasil [1]


-Kaedah penilaian berdasarkan tahap pencapaian pekerjaan yang berkenaan shj.[1]
-Pekerja akan dinilai menyiapkan kerja mengikut masa yang ditetapkan dan jika tidak
dapat disiapkan pada masa yang tetapkan , prestasi akan rendah. [1]

v)Senarai Semak [1]


-Penilai dikehendaki menandakan pernyataan yang mengambarkan prestasi dan
gelagat kerja pekerja. [1]
-Setiap penyertaan diberi nilai wajaran dan dijumlahkan dan nilai wajaran yang tinggi
menunjukkan prestasi baik. [1]

[Mana-mana 3 fakta dan 3 huraian = 6m]

(j) Kepentingan perhubungan industri adalah seperti berikut:-

i) Tindakan yang mencegah dan menyelesaikan perbezaan pendapat atau pertikaian


yang melibatkan perhubungan antara majikan , pekerja dan kesatuan sekerja. [1]

ii)Melindungi kepentingan pekerja dalam soal pemecatan agar pekerja –pekerja tidak
diberhentikan tanpa sebarang alasan yang munasabah. [1]
iii)Pekerja mempunyai semangat yang tinggi untuk bekerja kerana mempunyai
hubungan yang baik dengan majikan. [1]

iv)Boleh menjimatkan sumber organisasi kerana pekerja bekerja mengikut arahan


yang telah ditetapkan. [1]

v) Membantu penyelesaian pertikaian antara pekerja, majikan dan kesatuan sekerja


secara profesional. [1]

[Mana-mana 4 huraian = 4 M]
Nota : Huraian boleh merujuk kepada pekerja, majikan dan kesatuan sekerja

2.

i. Langkah-langkah yang terlibat di dalam proses pengeluaran Jeruk Pak Ali ialah :
1. Input : [F1=1]
- Merupakan sumber atau faktor pengeluaran yang diperlukan untuk
menghasilkan jeruk [H=1]
- Sumber yang terlibat dalam pengeluaran jeruk ialah :
o Bahan mentah : buah – buahan, air, gula, cuka epal, garam [K=1]
o Modal insan : pekerja [K=1]
o Teknologi : mesin Agato Digital Refractometer, Agato Master
Alpha Refractometer [ K=1]
o Modal : bermula dengan modal RM15,000 kini mempunyai modal
pusingan lebih RM300,000 [K=1]
- Mana-mana dua kaitan kes sahaja [2M]

2. Proses transformasi : [F2=1]


- Merupakan aktiviti mengubah input kepada output. [H=1]
- Proses transformasi yang terlibat dalam pengeluaran jeruk ialah :
o Memotong buah, membersih buah, menjeruk buah dengan garam
dan gula, mencuci garam ,pembungkusan [K=1]

3. Output : [F3=1]
- Merupakan hasil pengeluaran samada produk siap ataupun separa siap
[H=1]
- Output pengeluaran Jeruk Pak Ali :
o 30 jenis jeruk basah, 50 jeruk kering seperti mangga kuning,
mangga sala, mangga air, kedondong hijau, kendondong kuning,
betik, jambu batu, salak madu, pala penang, pala sagat, cermai,
kabung, kelubi, anggur, dan sengkuang, acar buah dan kuah rojak
[K=1]

ii. Pendekatan kawalan kualiti yang digunakan dalam operasi harian kilang Jeruk Pak
Ali [20]

1. Kawalan Input [ F1=1 ]


- Kawalan yang dilaksanakan di peringkat awal sebelum bermula proses
pengeluaran [H1=1]
- Kawalan ini difokuskan ke atas faktor – faktor pengeluaran seperti modal
insan, modal, bahan mentah dan teknologi [H2=1]
- Dalam kes ini :
- Syarikat memastikan hanya buah-buahan yang segar dan berkualiti tinggi
digunakan untuk menghasilkan jeruknya. [K1=1]
- Semua pekerja dari setiap bahagian akan melalui “Bilik Persalinan
Pekerja” terlebih dahulu setiap kali sebelum memulakan tugas [K2=1]
- Pekerja perlu menukarkan pakaian biasa kepada uniform pekerja iaitu
dengan memakai kasut, apron, baju dan tudung kepala yang disediakan.
[K3=1]
- Pekerja wajib membasuh tangan (7 Langkah Mencuci) dengan sempurna
setiap kali sebelum masuk dan keluar dari tempat bertugas. [K4=1]

2. Kawalan Proses [F2=1]


- Merupakan kawalan yang dilakukan untuk memantau aktiviti-aktiviti yang
sedang dilakukan agar mematuhi standard yang ditetapkan. [H1=1]
- Kawalan ini berbentuk pemantauan, pemeriksaan pembaikan yang
dilaksanakan ketika proses pengeluaran sedang berjalan agar pembetulan
dapat diambil sekiranya perlu sebelum terlambat [H2=1]
- Dalam kes ini :
- Satu Manual Operasi dan “Standard Operating Procedure” disediakan
untuk dipatuhi oleh pekerja sepanjang proses pengeluaran termasuklah
aktiviti pemotongan buah, pembersihan dan pembungkusan jeruk. [K1=1]
- Larutan gula dibuat dengan menggunakan air yang ditapis, di didihkan dan
disejukkan ke suhu 70 darjah celcius sebelum ianya digunakan. [K2=1]
- Kandungan gula disukat dengan menggunakan mesin Agato Digital
Refractometer. [K3=1]
- Bagi memastikan proses pencucian dapat dijalankan dengan berkesan,
buah-buahan tersebut dimasukkan kedalam tong pencucian yang
dilabelkan. [K4=1]
- Pencucian dengan menggunakan air bersih (dari Jabatan Bekalan Air)
yang ditapis dilakukan beberapa kali sehingga rasa garam tersebut hilang.
Ukuran kandungan garam ini di periksa dengan menggunakan alat sukatan
Agato Master Alpha Refractometer. [K5=1]

3. Kawalan Output [F3=1]


- Merupakan kawalan terhadap output yang dihasilkan dan bertujuan untuk
membuat pembaikan terhadap proses. [H1=1]
- Kawalan ini dilakukan untuk memastikan output yang dihasilkan
memenuhi standard yang telah ditetapkan oleh organisasi. [H2=1]
- Dalam kes ini :
- Pembungkusan produk kini dibuat di dalam bilik berhawa dingin. [K1=1]
- Pekerja yang terlibat juga memakai penutup mulut dan sarung tangan
semasa proses pembungkusan dijalankan. [K2=1]

3 (a) Bincangkan empat peringkat Kitaran Hayat Produk. [ 20 ]


kuantiti Peringkat peringkat peringkat

Peringkat pertumbuhan kematangan kemerosotan

pengenalan

Jualan

masa
Rajah lengkap dan betul : 4M (mesti ada 4 peringkat kitaran )

1. Peringkat Pengenalan (F)

Produk : Produk baru diperkenalkan / disediakan oleh firma kepada pengguna di

pasaran. [1]

Jualan : kuantiti jualan adalah sedikit/rendah [1]

Kos seunit : kos seunit yang dihadapi oleh firma adalah tinggi [1]

Keuntungan : pada peringkat ini syarikat mugkin mengalami kerugian [1]

Persaingan : Persaigan tidak wujud sebab produk baru [1]

Strategi pemasaran : promosi jualan yang hebat perlu dilakukan. [1]

2. Peringkat Pertumbuhan (F)

Produk : Produk sudah mula diketahui kewujudannya oleh pengguna [1]

Jualan : Kuantiti jualan meningkat [1]

Kos seunit : kos seunit mula menurun disebabkan jumlah keluaran yang meningkat [1]

Keuntungan : pada peringkat ini keuntungan mula meningkat hasil daripada jualan yang

meningkat. [1]

Persaingan : Pesaing mula memasuki pasaran./ bina kesedaran dan minat dalam pasaran

massa. [1]
Strategi pemasaran : strategi mengekalkan syer pasaran yang diperolehi. [1]

3. Peringkat Kematangan. (F)

Produk : produk telah lama di pasaran, kuantiti produk yang dihasilkan adalah

tinggi. [1]

Jualan : jualan meningkat sehingga mencapai kuantiti jualan maksimum dan selepas

itu jualan mulai mengalami penurunan. [1]

Kos seunit : kos pengeluaran pada tahap minimum dan kos seunit keluaran adalah paling
rendah dan syarikat menikmati ekonomi bidangan. [1]

Keuntungan : kadar untung yang tinggi akibat jualan yang banyak dengan kos yang
minimum. [1]

Persaingan : keuntungan yang tinggi pada peringkat ini menarik minat firma pesaing
memasuki pasaran dan persaingan makin sengit. [1]

Strategi pemasaran : Tekankan kepada kelebihan jenama dan faedah yang berbeza dan
menggalakkan penjenamaan. [1]

4. Peringkat Kemerosotan. (F)

Produk : produk terlalu lama di pasaran [1]

Jualan : jualan mulai berkurangan kerana pengguna mula tertarik kepada produk
pesaing yang mula ditawarkan di pasaran. [1]

Kos seunit : kos pengeluaran semakin meningkat [1]

Keuntungan : keuntungan yang diperolehi merosot , harga produk yang rendah akibat
persaingan menyebabkan firma mengalami kerugian. [1]

Persaingan : Persaingan masih sengit dan berusaha untuk kekal dalam pasaran dan firma
yang gagal bersaing akan keluar dari pasaran. [1]

Strategi pemasaran : Mengekalkan pengguna setia, penjenamaan semula produk dan


membuat inovasi terhadap produk yang sedia ada. [1]

[Max 4H-4M =16M]

Nota: sekiranya calon tidak melukis gambarajah, fakta dikira 1M – 4F=4M

3 (b) Strategi yang digunakan dalam proses merekrut pekerja oleh sesebuah organisasi. [ 20 ]

Konsep merekrut : aktiviti yang dijalankan oleh sesebuah organisasi untuk menarik minat
bakal calon pekerja untuk memohon jawatan yang ditawarakan. (2M)
Sumber pengrekrutan:

1. Pengrekrutan sumber Dalaman [1]

Pengisian jawatan kosong dalam organisasi dengan mengambil pekerja yang sudah
sedia ada dalam organisasi [1] melalui kaedah rujukan kerja, pemeran kerja,
inventori kemahiran tenaga kerja dan pembidaan kerja. [1]

1F + 1H + 1C = 3M

2. Pengrekrutan Sumber Luaran. [1]

Tindakan menarik calon dari luar organisasi untuk memohon jawatan yang
ditawarkan. [1]
Kaedah yang digunakan termasuklah Pengiklanan, Rujukan pekerja, pengrekrutan
kampus, Agensi pekerjaan, permohonan langsung dan melalui internet. [1]

1F + 1H + 1C = 3M

Strategi menarik minat calon :

1. Iklan : Pengumuman jawatan kosong melalui iklan di media massa,


seperti di akhbar, majalah, jernal, radio dan televisyen.

2. Hebahan umum : tindakan pihak organisasi menyebarkan kekosongan


jawatan kepada orang ramai melalui media massa.

Hebahan disasrkan kepada calon yang berkelayakan supaya tertarik untuk


memohon jawatan kosong.

Dua kategori media massa yang digunakan ialah Mudia elektronik dan Media
cetak.

3. Head-hunting : kedah mendapatkan calon yang berpotensi melalui


pelbagai sumber seperti teman, rakan sekerja, rujukan dan sebagainya.

Pihak organisasi akan menghubungi calon melalui telefon, e-mail atau membuat
temu janji untuk melihat kesesuaian jawatan yang ditawarkan dengan bakal calon.

4. Walk-in : temuduga terbuka.


Bakal pekerja boleh merujuk melalui media massa atau media persendirian untuk
mengetahui kokosongan jawatan.

Bakal calon tidak perlu membuat temu janji , sebaliknya terus menghadiri
temuduga dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan seperti sijil-sijil
dan kelayakan yang berkaitan.

[F-1M + H-1M + C-1M - 3M x 4 = 12M]

You might also like