2024_Iklan Jawatan Kosong_Penolong Pendaftar_N41(Ketua Unit Komunikasi Korporat)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

TARIKH IKLAN: 27 JUN 2024

INSTITUT PENDIDIKAN BERTERUSAN DAN PENGAJIAN PROFESIONAL (iCEPS)


UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam


bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak (Tabung
Amanah) di Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS), Universiti
Teknologi MARA Shah Alam.

i. JAWATAN

Skim Gaji Gaji


Bil. Jawatan Gred Status Jawatan
Perkhidmatan Minimum Maksimum
1 Penolong N41 Kontrak Pegawai Tadbir RM2,080.00 RM9,546.00
Pendaftar (Tabung Amanah
(Ketua Unit iCEPS)
Komunikasi
Korporat
iCEPS)

ii. SYARAT-SYARAT PELANTIKAN


PENOLONG PENDAFTAR (GRED N41) (KONTRAK)

Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

(c) Syarat kelayakan


(i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
Institusi-Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya; atau

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41:RM2,080.00); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) yang diiktiraf oleh kerajaan


daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41:RM2,283.43); dan

(Keutamaan diberi kepada calon yang memiliki Ijazah dalam bidang


Pengurusan, Komunikasi dan Media atau Perniagaaan. Memiliki
pengalaman dalam mengendalikan dan menguruskan projek dan boleh
bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik).

1
TARIKH IKLAN: 27 JUN 2024

iii. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan.

iv. KOMPETENSI UMUM

a. Boleh berkomunikasi dengan baik secara lisan dan bertulis di dalam Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris.

b. Mempunyai ciri-ciri individu yang dinamik, jujur, berdaya saing, komited, boleh
bekerja dalam pasukan dan kemahiran komunikasi yang baik.

c. Berkebolehan dalam membuat perancangan dan melaksanakan tugasan dalam


tempoh masa yang diberikan.

d. Berkebolehan dalam menganalisa data dengan kemahiran rundingan dan


komunikasi yang baik.

e. Pengetahuan asas dalam akta dan peraturan berkaitan bidang berkaitan adalah
suatu keperluan untuk menjalankan tugasan.

f. Mahir dalam bidang komputer seperti Microsoft Office, perisian-perisian dan


sistem sokongan berkaitan.

v. PERHATIAN KEPADA PEMOHON

a. Permohonan dari pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau


Badan-badan Berkanun hendaklah melalui Ketua Jabatan.

b. Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan salinan sijil-sijil yang


DISAHKAN benar. Dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah
dikepilkan mengikut susunan berikut:

i. Borang Permohonan
ii. Salinan Kad Pengenalan
iii. Salinan Sijil Kelahiran
iv. Salinan Sijil Berhenti Sekolah/ PT3/ PMR/ SPM/ SVM/ STP/ STPM/
STAM/ HSC/ Sijil Matrikulasi (KPM)/ Diploma atau setaraf.
v. Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip
Akademik Terperinci)
vi. Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Agensi Kelayakan
Malaysia (MQA)
vii. Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu
untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji
viii. Dokumen berkaitan yang boleh menyokong permohonan jawatan
yang berkenaan

c. Hanya permohonan yang berjaya disenarai pendek akan dipanggil untuk temu
duga.

Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh
tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

2
TARIKH IKLAN: 27 JUN 2024
vi. DESKRIPSI TUGAS (Umum)

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan komunikasi korporat


yang merangkumi pengurusan imej dan penjenamaan, pengurusan aduan
pelanggan, pengemaskinian laman sosial rasmi iCEPS, kelulusan dokumen
LoI/MOU/MOA, promosi iCEPS di organisasi-organisasi luar serta permerkasaan
jalinan perhubungan komunikasi dan kerjasama dengan semua lapisan pemegang
taruh secara optimum.

vii. PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Perjawatan Institut


Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS), Universiti Teknologi
MARA yang boleh dimuat turun di laman sesawang https://iceps.uitm.edu.my atau
boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan, Institut Pendidikan Berterusan dan
Pengajian Profesional (iCEPS).

Tarikh tutup permohonan pada: 10 Julai 2024

Sila kemukakan permohonan kepada:-

PENGURUS
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA
INSTITUT PENDIDIKAN BERTERUSAN DAN PENGAJIAN PROFESIONAL (iCEPS)
ARAS 1, UiTM - MTDC TECHNOPRENEUR CENTRE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR

** Pada sampul permohonan hendaklah ditulis dengan nama jawatan yang dimohon
(sebelah kiri bahagian atas).

No.Tel: 03 5544 8332/ 8336


Bil.Rujukan:500-iCEPS (19/2)
Bil. Iklan:4/2024
Tarikh: 27/6/2024

You might also like