Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2021


SMK (P) METHODIST

BIL SKRIP
1. Nyanyian lagu Assaalamualaikum warahmatullahi.wabarakatuh...

FAHMI Bagi memulakan majlis , para hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku, Lagu
Negeri Pahang dan Lagu sekolah.

2. Kata aluan Mekar mewangi bunga cempaka,


pengacara Sayang harumnya memukau sudah,
majlis Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.
ZULIANA
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
DAN SALAM SEJAHTERA.

Yang Berusaha
Puan Zairish binti Zakaria, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist,

Yang Dihormati,
Puan Noorasikim binti Abdul Rahman, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Pn. Norhairi binti Zainuddin, Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid,
En. Lim Jiann Ming , Guru Pen. Kanan Kokurikulum,
guru-guru, serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Sekali lagi, dipanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat
berhimpun pada hari ini dalam satu majlis yang amat bermakna iaitu HARI ANUGERAH
KECEMERLANGAN KOKURIKULUM SMK (P) METHODIST bagi tahun 2021.

Matlamat utama majlis ini diadakan adalah untuk meraikan murid yang cemerlang dalam
bidang sahsiah, kemenjadian dan kokurikulum. Selain itu, ia juga bertujuan memberi
penghargaan dan pengiktirafan kepada kejayaan murid dalam penglibatan kokurikulum di
samping memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada usaha guru dalam memastikan
kecemerlangan murid dalam aktiviti kokurikulum.

Semoga majlis ini berjalan lancar dan seterusnya mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t

3. Bacaan Doa Tetak Buluh Panjang Sepuluh,


Mari Jolok Sarang Penyegat,
FAHMI Angkat Tangan Jari Sepuluh,
Doa Diminta Biar Selamat.

Bagi meneruskan acara, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Encik Mohammad Al Firdaus
bin Taib untuk memimpin Bacaaan Doa.

BACAAN DOA
*Amin...amin ya rabbal a’lamin
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Muhammad Alif Luqman atas bacaan doa itu
tadi.
4. Ucapan GPK Sudilah tuan jalan berlapan
KOKO Jalan berlapan di malam kelam
Sudilah tuan beri ucapan
ZULIANA Kata aluan pemanis kalam

Bagi meneruskan lagi majlis pada hari ini, Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang
Dihormati, Encik Lim Jiann Ming , Guru Pen. Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan
ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan …

(UCAPAN GPK KOKO)

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Lim Jiann Ming atas
ucapan aluan itu tadi.

5. Ucapan Buah Langsat di Tepi Busut,


Pengetua Mari Dimuat Di dalam Peti,
Besar Hati Kami Menjemput,
FAHMI Besar Niat Di dalam Hati.

Majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Puan Zairish
binti Zakaria, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist,
untuk menyampaikan ucapan sempena majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum bagi
tahun 2021.

(UCAPAN PENGETUA)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Pengetua atas ucapan itu tadi.

6. Penyampaian Hadirin, hadirat yang dimuliakan .


Sijil
Kini tibalah kita pada waktu yang dinanti-nantikan iaitu majlis penyampaian sijil anugerah
kepada semua yang bertuah pada tahun ini. Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan ini
menjemput Yg BDihormati ______________________________ untuk menyempurnakannya.
ZULIANA 1. Pk Koko
2. Pk Hem
3. Pk 1
4. Pengetua
5.
Dengan segala hormatnya dipersilakan....

*Penyampaian sijil

Penyampaian sijil dimulai dengan penyampaian anugerah........................................

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia


________________________kerana sudi menyempurnakan majlis penyampaian anugerah itu
tadi.
8. Majlis Penutup Demikianlah tadi berakhirnya MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL ANUGERAH KOKURIKULUM SMK (P)
METHODIT bagi tahun 2021

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang
terlibat dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Tayangan Sebelum bersurai, marilah sama- sama kita menyaksikan tayangan video yang telah disediakan
khas buat warga SMK (P) METHODIST. Semoga dapat mengambil iktibar dan pengajaran
daripada isi tayangan video ini.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon jati,
Sampai sudah ke penghujung acara,
Tahun depan kita bersua lagi.

Sekian, wabillahitaufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabrakatuh......

TAMAT

You might also like