Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

TARIKH IKLAN: 27 JUN 2024

INSTITUT PENDIDIKAN BERTERUSAN DAN PENGAJIAN PROFESIONAL (iCEPS)


UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-
bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak (Tabung Amanah) di
Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS), Universiti Teknologi
MARA.

i. JAWATAN

Skim Gaji Gaji


Bil. Jawatan Gred Status Jawatan
Perkhidmatan Minimum Maksimum
1 Penolong W29 Kontrak (Tabung Penolong RM1,498.00 RM 5,678.00
Akauntan Amanah iCEPS) Akauntan

ii. SYARAT-SYARAT PELANTIKAN

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:

i. Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W29:RM1,510.92); atau

ii. Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan

(Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,510.92); atau

iii. Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau


perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,776.08); atau

iv. Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United


Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM2,001.68);

(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

1
TARIKH IKLAN: 27 JUN 2024

iii. DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pengurusan kewangan, pengurusan


terimaan, pengurusan perolehan kerajaan dan pengurusan bayaran emolumen.

iv. PERHATIAN KEPADA PEMOHON

a. Permohonan dari pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau


Badan-badan Berkanun hendaklah melalui Ketua Jabatan.

b. Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan salinan sijil-sijil yang


DISAHKAN benar. Dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dikepilkan
mengikut susunan berikut:

i. Borang Permohonan
ii. Salinan Kad Pengenalan
iii. Salinan Sijil Kelahiran
iv. Salinan Sijil Berhenti Sekolah/ PT3/ PMR/ SPM/ SVM/ STP/ STPM/
STAM/ HSC/ Sijil Matrikulasi (KPM)/ Diploma atau setaraf.
v. Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip
Akademik Terperinci)
vi. Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Agensi Kelayakan
Malaysia (MQA)
vii. Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu
untuk mengambilkira pengalaman kerja/penetapan gaji
viii. Dokumen berkaitan yang boleh menyokong permohonan jawatan yang
berkenaan

c. Hanya permohonan yang berjaya disenarai pendek akan dipanggil untuk temu
duga.

Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh
tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

vi. PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Perjawatan Institut Pendidikan


Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS), Universiti Teknologi MARA yang boleh
dimuat turun di laman sesawang https://iceps.uitm.edu.my atau boleh didapati di
Kaunter Khidmat Pelanggan, Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional
(iCEPS).

Tarikh tutup permohonan pada: 10 JULAI 2024

Sila kemukakan permohonan kepada:-

PENGURUS
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA
INSTITUT PENDIDIKAN BERTERUSAN DAN PENGAJIAN PROFESIONAL (iCEPS)
ARAS 1, UiTM - MTDC TECHNOPRENEUR CENTRE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR

** Pada sampul permohonan hendaklah ditulis dengan nama jawatan yang dimohon
(sebelah kiri bahagian atas).

2
TARIKH IKLAN: 27 JUN 2024

No.Tel: 03 5544 8332/ 8336


Bil.Rujukan:500-iCEPS (19/2)
Bil. Iklan:7/2024
Tarikh: 27/6/2024

You might also like