GEO KAKAK

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

Penghargaan ……………………………………………………………………………………………………………………..2

Pendahuluan ……………………………………………………………………………………………………………………..3

Objektif kajian ……………………………………………………………………………………………………………………3

Kawasan kajian …………………………………………………………………………………………………………………..4

Kaedah kajian …………………………………………………………………………………………………………………….4

Hasil kajian ……………………………………………………………………………………………………………………5 - 7

Rumusan ……………………………………………………………………………………………………………………………7

Rujukan ………………………………………………………………………………………………………………………………8

Lampiran ……………………………………………………………………………………………………………………………9

1
PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Khirul Anuar Bin Lakimin,
Pengetua Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Selangor kerana memberi
kebenaran dan sokongan untuk menjalankan kerja lapangan ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan
ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya, iaitu Encik Muhammad Zahiruddin Bin
Wakiran kerana telah membantu saya dalam menyediakan laporan kerja lapangan ini. Hasil tunjuk
ajar beliau sepanjang penyediaan laporan ini merupakan hasil komitmen yang jitu dari beliau.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa saya, iaitu Encik Ruslan Bin Lah dan
ibu saya, iaitu Puan Aminah Binti Ab Razak yang telah memberikan dorongan dan sokongan dalam
menjayakan kerja lapangan ini. Tidak ketinggalan juga terima kasih kepada rakan saya Puteri Nur
Atiqah, Zulieana dan Arisya Damia kerana turut sama menyumbangkan tenaga dan masa dalam
proses melaksanakan kerja lapangan ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan kepada semua
responden yang sudi menjawab soalan – soalan dalam borang soal selidik.

2
PENDAHULUAN

Saya telah menjalankan kerja lapangan tentang “Amalan Kitar Semula di Kampung Raja Uda,
Pelabuhan Klang, Klang, Selangor”. Saya memilih tajuk ini kerana masalah amalan kitar semula
merupakan isu utama yang membawa banyak kesan kepada penduduk taman ini. Saya menjalankan
kerja lapangan ini selama dua minggu untuk mengumpul data serta maklumat yang diperlukan dan
menulis laporan ini di rumah saya semasa cuti persekolahan.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kerja lapangan ini adalah :

a) Mengenalpasti konsep dan elemen kitar semula


b) Menjelaskan amalan kitar semula serta kepentingan amalan tersebut untuk dipraktikkan
dalam kehidupan seharian di Kampung Raja Uda
c) Mengkaji dan menghuraikan halangan serta permasalahan yang dihadapi untuk
melaksanakan amalan kitar semula dalam diri penduduk di Kampung Raja Uda
d) Mencadangkan usaha yang dilakukan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan
penduduk di Kampung Raja Uda untuk mengamalkan kitar semula

3
KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya adalah di sekitar Kampong Raja Uda, Selangor. Linkungan kawasan kajian
saya lebih kurang 3 kilometer persegi. Kawasan ini dibawah pentadbiran Majlis Pembandaran Klang
(MPK). Kawasan ini terletak dalam daerah Klang di negeri Selangor. Jumlah penduduk di kawasan
kajian adalah kira – kira 2000 orang. Bentuk muka buminya berbukit. Kawasan kajian berada di pusat
bandar.

KAEDAH KAJIAN

a) RUJUKAN – Saya membuat rujukan di internet untuk mengetahui konsep amalan kitar
semula
b) PEMERHATIAN – Saya membuat pemerhatian tentang amalan kitar semula yang diamalkan di
kawasan kajian
c) SOAL SELIDIK – Saya telah menjalankan soal selidik dengan mengedarkan borang soal selidik
secara maya melalui “google form” kepada 20 orang responden yang tinggal di kawasan
kajian

4
HASIL KERJA LAPANGAN

- KONSEP DAN ELEMEN KITAR SEMULA

Kitar semula adalah proses menukar bahan buangan menjadi bahan dan objek baru. Kitar
semula bahan bergantung pada kemampuannya untuk mendapatkan semula sifat yang ada pada
keadaan asli atau asal. Ini adalah alternatif untuk pembuangan sampah “konvensional” yang dapat
menjimatkan bahan dan membantu menurunkan pelepasan gas rumah hijau.

Ia merupakan komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan tiga komponen
bagi 3R ialah : Reduce (Kurangkan), Reuse (Guna semula) dan Recycle (Kitar semula). Contohnya
bahan keluli yang tidak lagi terpakai seperti kereta rosak, akan diambil kelulinya dan menjadi bahan
mentah untuk membuat kereta baru. Selain itu, sisa makanan atau buangan organik lainnya dapat
mereput menjadi baja organik yang boleh digunakan untuk pertanian mahupun kegunaan rumah
tangga.

Kitar semula dilakukan untuk mengurangkan pencemaran, mengurangkan bahan buangan,


mengurangkan penggunaan tenaga dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau. Kitar semula
juga dapat menjimatkan penggunaan bahan mentah baru.

Kitar semula juga merupakan kaedah pelupusan buangan yang mesra alam dan dapat
menjaga warisan generasi yang akan datang di masa hadapan nanti.

- AMALAN KITAR SEMULA DAN KEPENTINGAN AMALAN KITAR SEMULA


a) Mengitar semula barangan
Penduduk Kampong Raja Uda akan mengitar semula barangan mengikut warna tong
kitar semula yang biasa dilihat di tempat awam. Seterusnya, amalan menjual bahan kitar
semula juga diamalkan oleh penduduk kawasan kajian saya. Antara bahan yang dikitar
semula adalah botol plastik dan akhbar – akhbar lama. Wang akan diperoleh mengikut
berat bahan yang dijual. Hal ini menunjukkan bahawa mereka amat bersyukur kerana
dapat menikmati alam sekitar anugerah tuhan.

b) Mendermakan pakaian dan barangan yang masih elok


Penduduk Kampong Raja Uda telah berganding bahu untuk mendermakan pakaian dan
barangan yang tidak digunakan kepada beberapa pusat kebajikan yang kerap datang ke
kawasan ini. Hal ini menunjukkan bahawa mereka amat prihatin dan bersedia membantu
sesiapa yang memerlukan pertolongan.

5
c) Penggunaan beg mesra alam menggantikan beg plastic
Penduduk di Kampong Raja Uda juga mula menggunakan beg mesra alam untuk
menggantikan beg plastik ketika membeli barangan di pasar raya. Ini dapat menjimatkan
duit kerana beg plastik akan dicaj dan mereka dapat menjaga alam sekitar juga.

Kepentingan amalan kitar semula di Kampong Raja Uda, Selangor adalah seperti yang berikut :

1. Mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa


Apabila sisa pepejal dan sisa domestik diasingkan dan dilupuskan dengan kaedah yang betul,
persekitaran kawasan perumahan tersebut akan menjadi lebih bersih. Penduduk akan hidup
dengan lebih selesa dan mempunyai tahap kesihatan yang berkualiti.
2. Mengurangkan pencemaran
Amalan kitar semula dapat mengurangkan sampah di tempat pelupusan kerana sisa akan
diurus dengan sistematik. Jadi, pencemaran baru dapat diatasi.

- MASALAH/HALANGAN AMALAN KITAR SEMULA

Ketika menjalankan kerja lapangan ini, beberapa masalah telah dikenalpasti iaitu :

1. Ketiadaan pusat pengumpulan barangan kitar semula


Melalui pemerhatian saya, oleh kerana tiada pusat kitar semula di sekitar Kampong Raja Uda,
penduduk membuat keputusan untuk tidak mengumpulkan barangan yang boleh dikitar
semula di rumah. Keadaan ini juga dalam masa yang sama tidak mewujudkan kerjasama
antara penduduk untuk mengamalkan amalan ini.
2. Penduduk tidak mempunyai kesedaran
Melalui pemerhatian saya juga, penduduk di kawasan kajian saya kebanyakkannya, tidak
mempunyai kesedaran dalam mengamalkan amalan kitar semula ini. Hal ini mungkin
disebabkan mereka kurang pengetahuan dan tidak didedahkan tentang amalan kitar semula.
Bagi mereka, perkara ini tidak penting kerana lebih mudah membuang bahan buangan dalam
tong sampah.
3. Kurang pengetahuan tentang alam sekitar
Hasil daripada kajian saya, kebanyakan penduduk kampung yang membuang bahan kitar
semula ini adalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang pentingnya amalan kitar
semula. Mereka lebih senang membuang bahan tersebut daripada mengitarnya semula. Bagi
mereka, amalan kitar semula ini hanya membuang masa dan tidak mempunyai apa – apa
kepentingan.

6
- LANGKAH – LANGKAH YANG DILAKUKAN BAGI MENGGALAKKAN AMALAN KITAR SEMULA
1. Mengadakan kempen kitar semula
Semangat untuk menjaga alam sekitar dapat disuntik kepada masyarakat dengan
mengadakan kempen cintai alam sekitar. Dalam kempen tersebut, kepentingan serta cara
– cara untuk menjaga alam sekitar akan diterangkan supaya penduduk akan lebih faham
dengan amalan kitar semula. Maka, pihak kerajaan dan bukan kerajaan perlu berganding
bahu untuk memastikan misi ini terlaksana.
2. Menambah/menyediakan tong kitar semula
Dengan menyediakan atau menambah lebih banyak tong kitar di Kampong Raja Uda,
penduduk tidak perlu bersusah payah untuk membawa barangan yang berat ke pusat
pengumpulan kitar semula. Selain itu, menggantikan semua tong sampah dengan tong
kitar semula merupakan kaedah yang berkesan untuk memudahkan orang mengamalkan
amalan kitar semula. Jadi, semua bahan buangan yang boleh dikitar semula akan pergi ke
pusat kitar semula, dan bilangan sampah yang keluar setiap tahun akan berkurang secara
signifikasi.

RUMUSAN

Sebagai kesimpulannya, kerja lapangan yang saya jalankan membolehkan saya mengetahui
konsep dan elemen kitar semula, amalan kitar semula yang diamalkan, kepentingan amalan kitar
semula, masalah/halangan yang dihadapi oleh penduduk dan langkah – langkah yang dilakukan bagi
menggalakkan amalan kitar semula di Kampong Raja Uda, Pelabuhan Klang, Klang, Selangor.
Kesedaran masyarakat dalam melaksanakan program kitar semula perlu ditingkatkan demi
mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan selesa. Sokongan semua anggota masyarakat amat
penting untuk menangani masalah ini.

Saya berbangga dan bersyukur serta berterima kasih kerana penduduk di tempat tinggal saya
saling bekerjasama dalam menjaga kebersihan alam sekitar di kawasan ini.

7
RUJUKAN

BUKU

Ahmad Ridzuan bin Abdul Rahman, Rajini Gauri Muthusamy, Pau Anak Utek

(2018) Geografi Tingkatan 3

Johor: IMS Books Trading Sdn. Bhd.

INTERNET

Google Maps Kampong Raja Uda

https://anyflip.com/jmfrp/keht/basic

8
LAMPIRAN

9
SEKOLAH AGAMA MENENGAH MUHAMMADIAH PEKAN SABAK

45200 SABAK BERNAM , SELANGOR

LAPORAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3 2023

TAJUK :

AMALAN KITAR SEMULA

DI KAMPUNG RAJA UDA, PELABUHAN KLANG, KLANG

SELANGOR

NAMA : AINA NASUHA BINTI RUSLAN

KELAS : 3 IBN RUSHD

NAMA GURU : MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN WAKIRAN

10

You might also like