Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

SKRIP PENGACARA MAJLIS – MAJLIS ANUGERAH PERSADA MUTIARA

SEKOLAH SENI MALAYSIA KUALA LUMPUR: 2022

SKRIP PENGACARA: EN. MOHD HAFIZ ZAKARIA & PUAN NUR SYUHAIDAH
TARIKH : 18 OGOS 2023
HARI : SABTU
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : AUDITORIUM SERI PERSADA SSEMKL
PAUTAN : YOUTUBE UNIT MEDIA SSeMKL.

ATURCARA TEKS PENGACARA CATATA


N
ARAHAN UMUM Mohon perhatian.
Majlis akan bermula sebentar lagi. Diharapkan hadirin dapat mengambil tempat masing-
8.30 PAGI masing.

Untuk memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar, mohon para hadirin sekalian
dapat mematikan telefon bimbit atau menukarkannya dalam mod senyap sepanjang majlis
berlangsung agar tidak mengganggu perjalanan majlis.kerjasama hadirin sekalian amatlah
dihargai. Terima kasih.
KETIBAAN VIP Mengumumkan ketibaan,
DAN
PENTADBIR
Yang Berusaha,
8.45 En. ZAINUREN.......................................................
PENGARAH BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENENIAN (BSKK)

Diiringi oleh
Yang Berusaha,
Pn Hajah Suriyani binti Abdul Ghani
Pengetua Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur,

Yang Berusaha,
Dato’ Nurul Cynthia Williams
Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur

Dan Pentadbir Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur


Masuk ke dewan, Hadirin diminta untuk berdiri.

NYANYIAN hadirin diminta untuk kekal berdiri bagi menyanyikan lagu negaraku dan lagu
LAGU wilayah persekutuan.
9.00 pagi
Terima kasih atas nyanyian itu sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk.
Overture Tiada pengumuman. Terus on selepas penonton semua duduk.
ALUAN Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani, Salam Anak
PENGACARA yang Baik Lagi Cerdik dan Salam Penjana Pewaris Budaya Bangsa
MAJLIS
Seiring madah pantun bersambut,
Disulam senyum pengubat jemu;
Mesra berdakap kasih berpaut,
Yang Berusaha Tuan Pengarah kini bertamu.

Yang Berusaha, Encik Zainureen....................................... Pengarah Bahagian


Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia
selaku tetamu kehormat kita pada pagi yang serba indah ini.
Yang Berusaha, Timbalan-timbalan Pengarah Bahagian Sukan, kokurikulum dan
kesenian
Yg. Berusaha, Puan Suriyani Binti Ab. Ghani, Pengetua Sekolah Seni Malaysia,
Kuala Lumpur,
Yg. Berusaha, , Dato’ Nurul Cynthia Williams
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SSeMKL,
Yg. Dihormati, Barisan Dif-Dif Kehormat / Tetamu Kehormat kita pada pagi ini :
i. ……………………………………………………………….. –
ii. ………………………………………………………………..-
iii. ………………………………………………………………..-
Yg. Dihormati Barisan Guru Penolong Kanan SSeMKL :
i. Pn. Zakiah Mohd Isa, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
ii. En Jusvinder Pal Singh, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
iii. Pn. Haniza binti subri, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
iv. Cik Shazreen binti Azmi, Guru Penolong Kanan Kesenian.

Yg. Dihormati Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua-ketua panitia, Barisan
ketua Bidang Kesenian, Guru-Guru SSeMKL, Barisan Jurulatih Kesenian
SSeMKL , Ibu Bapa ,Murid-Murid serta Warga Sekolah Seni Malaysia, Kuala
Lumpur yang dirahmati sekalian.

SELAMAT DATANG KE MAJLIS ANUGERAH PERSADA MUTIARA


SEKOLAH SENI MALAYSIA KUALA LUMPUR KALI KE 6
Hadirin sekalian,

Bersyukur kita ke hadrat llahi kerana dengan izin, baraqah serta innayah-Nya dapat
kita berkumpul di dalam auditorium seri persada pada pagi yang penuh ceria ini
untuk menjayakan satu lagi majlis penting seperti yang tercatat dalam Taqwim
Persekolahan kami iaitu Majlis Anugerah Persada Mutiara Sekolah Seni Malaysia,
Kuala Lumpur kali ke 6.

Terlebih dahulu izinkan saya untuk mengucapkan ucapan jutaan terima kasih
kepada Yang Berusaha, Encik Zainureen bin Haji Mohd Nor, Pengarah
Bahagian Sukan Kokurikulum dan kesenian, Kementerian Pendidikan
Malaysia atas kesudian beliau untuk hadir serta merasmikan Majlis Anugerah
Persada Mutiara SSeMKL kali ini.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Majlis Anugerah Persada Mutiara yang
dilaksanakan ini bukanlah semata-mata suatu upacara keraian biasa malah
merupakan simbolik dominan yang memaknakan kejayaan semua pihak iaitu
individu dan entiti yang merupakan tapak kecemerlangan ilmu yang dirintis oleh
murid demi merealisasikan aspirasi dan impian mereka untuk menggapai
kecemerlangan. Majlis Anugerah Persada Mutiara Sekolah Seni Malaysia
Kuala Lumpur ini juga amat bermakna demi menghargai serta memberi
pengiktirafan kepada murid muri yang telah menonjol serta mempamerkan
kecemerlangan mereka secara seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendididkan
Kebangsaan yang mahu melahirkan pembangunan insan secara holistik dari aspek
Jasmani, Emosi, Rohani, serta Intelek (JERI) dan selari dengan aspirasi
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik
(ABC).

Syabas dan tahniah diucapkan kepada murid-murid Sekolah Seni Malaysia Kuala
Lumpur yang telah berusaha gigih untuk meraih kecemerlangan bukan sahaja
dalam bidang Akademik dan Kokurikulum malahan juga turut cemerlang dalam
bidang Kesenian. Lantaran itu, sebagai manifestasinya, ganjaran, hadiah, dan sijil
penghargaan merupakan suatu dorongan serta pengiktirafan bagi membayar segala
penat lelah para pelajar di samping membalas segala jasa dan pengorbanan ibu bapa
mereka dalam mendorong mereka membina kejayaan serta kecemerlangan hidup.

BACAAN DOA

Sesungguhnya, tiada anugerah paling bernilai dalam kehidupan guru, melainkan


apabila melihat anak-anak didiknya berjaya dalam kehidupan. Tiada kenangan yang
paling indah kepada seorang murid melainkan kenangan semasa berada di alam
persekolahan bersama-sama guru-guru yang berdedikasi dan penyayang. Tiada
harapan yang tinggi diberikan oleh ibu bapa, melainkan mengharapkan guru-guru
berbudi kepada anak-anak mereka.

Syabas dan tahniah diucapkan sekali lagi buat murid-murid Sekolah Seni Malaysia
Kuala Lumpur yang cemerlang pada hari ini dan anda sememangnya layak diberi
pengiktirafan.

Hadirin sekalian,

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat,
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.
Untuk itu, majlis dengan ini menjemput, Ustaz Hassan bin ahmad Jamhari.

Untuk mengetuai bacaan doa.

-----------------------------------------------------------------------------

Amin-amin ya rabball alamin, terima kasih Ustaz atas pimpinan bacaan doa
sebentar tadi.

UCAPAN ALUAN Burung murai Si burung merbah,


PENGETUA Terbang berkawan disenjakala;;
Salam pembuka tirai dihulur sudah,
Persada ucapan akan bermula.

Majlis gemilang kita teruskan,


Bingkisan Pengetua kita persilakan;
Bagi merungkai objektif dan pertemuan;
Moga terhakis segala persoalan.

Hadirin sekalian, dengan ini majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan


Yang Berusaha, Puan Suriyani Binti Ab. Ghani,
Pengetua Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan
-----------------------------------------------------------------------
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yg. Berusaha, Puan Hjh.
Suriyani Binti Ab. Ghani, Pengetua Sekolah Seni Malaysia, Kuala Lumpur,
Semoga berbekalkan semangat, ketokohan serta kewibawaan beliau selaku
pemimpin kami di sini, Sekolah Seni Malaysia, Kuala Lumpur bakal berdiri
megah di persada negara
UCAP TAMA Hadirin yang dimuliakan,
PERASMIAN
VIP & MONTAJ Wacana keemasan kita teruskan,
Tetamu undangan kita persilakan;
Bagi menepati visi dan wawasan;
Agar objektif kejap dan mapan.

Sidang warga dewan yang dimuliakan, tibalah saat yang kita nanti-nantikan, iaitu
ucapan dan perasmian daripada Yang Berusaha Tetamu Kehormat kita.

Untuk tujuan itu, majlis dengan penuh takzim dan sukacitanya, menjemput dan
mempersilakan Yang Berusaha Encik Zainureen bin Haji Mohd Nor, Pengarah
Bahagian Sukan Kokurikulm dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk menyampaikan amanat, untaian kata, serta kalungan wacana yang penuh
bermakna dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Persada Mutiara SSeMKL
kali ke 6 ini

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Terima kasih Yg Berusaha, Dr. Latip bin Muhammad Pengarah Bahagian


Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) atas ucapan beliau itu tadi.
Seterusnya, Tuan diminta untuk terus kekal berada di atas pentas untuk
menyempurnakan gimik perasmian Majlis Anugerah Persada Mutiara SSeMKL
kali ke 6.

Majlis dengan ini menjemput Puan Suriyani ab Ghani untuk bersama-sama


mengiringi Yang Berusaha Encik Zainureen Haji Mohd Nor untuk upacara ini.

Dengan segala hormatnya dipersilakan..

Terima kasih Yg Berusaha, Dr. Latip bin Muhammad Pengarah Bahagian


Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) atas ucapan beliau itu tadi
seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Persada Mutiara SSeMKL
2021.Semoga hasrat murni Tuan Pengarah dapat direalisasikan oleh seluruh
warga sekolah dengan jayanya
PERSEMBAHAN
TEATER AKMA
Dari Kedah ke Kuala Perlis,
Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan pembukaan meriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Kini tibalah masa untuk kita sama-sama saksikan persembahan daripada Murid
Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur yang akan disampaikan
oleh………………………………..

………………………………………………………………………………………
….

Marilah sama-sama kita saksikan kehebatan murid-murid daripada Sekolah Seni


Malaysia Kuala Lumpur. Dipersilakan.

--------------------------------------------------------------------------

Demikianlah tadi persembahan yang cukup mengasyikkan daripada murid Sekolah


Seni Malaysia Kuala Lumpur, terima kasih kami ucapkan.

PENYAMPAIAN Terbang tinggi si burung helang,


ANUGERAH SESI Berkicau kenari sambil berterbangan,
SATU
Insan cemerlang negara terbilang,
DIMULAKAN Sijil diberi tanda kecemerlangan.
DENGAN
TAYANGAN
MONTAJ Sidang Warga Dewan Yang Dirahmati, Tibalah masanya untuk kita sama-sama
menyaksikan Upacara Penyampaian Hadiah bagi Kategori
ANUGERAH IKON KOKURIKULUM 2022

ANUGERAH TOKOH SAHSIAH TERPUJI HEM

ANUGERAH PENCAPAI TERBAIK SPM 2022

PENYAMPAIAN SJIL PENINGKATAN GPMP SPM 2022

DAN

ANUGERAH KHAS PENGETUA.

Bagi menyempurnakan upacara penyampaian anugerah ini, majlis dengan ini


menjemput, Pn zakiah md isa untuk mengiringi yang berusaha puan suriyani ab
ghani pengetua ssemkl keatas pentas. Majlis dengan segala hormatnya di persilakan.

Mendahului senarai penerima bagi anugerah…………………………….

(RUJUK SENARAI PENERIMA)

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.

Majlis Gemilang ini kita teruskan lagi dengan upacara penyampaian anugerah yang
seterusnya iaitu PENYAMPAIAN SIJIL PENINGKATAN GPMP 2022.

SIJIL ini akan disampaikan kepada guru-guru yang telah berhempas pulas
mengerah tenaga bagi memastikan kejayaan anak-anak sekolah seni Malaysia
kuala lumpur bukanlah satu harapan semata-mata dan telah berjaya menaikkan
gred subjek mereka. Mendahului senarai.

(rujuk senarai penerima)

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Majlis diteruskan lagi


dengan penyampaian anugerah khas pengetua.

RAMPAIAN TARI Hadirin yang dimuliakan,


MEDLEY
ANUGERAH Alangkah molek majlis andai berseri dek persembahan. Untuk itu, majlis
SERI TAMPAK menjemput Kumpulan Tari Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur untuk
2022 (SENI menyampaikan persembahan Rampaian Tari Medley
HALUS)
Dipersilakan.
ANUGERAH
PEREKA MUDA (persembahan murid)
2022 (REKA Terima kasih di ucapkan untuk persembahan yang mengasyikkan sebentar tadi.
BENTUK)
Baiklah hadirin sekalian,
ANUGERAH
SERI RATNA
2022
(KOMUNIKASI Berkebaya batik berwarna Ungu,
VISUAL)
Diserikan dengan permata berlian,
ANUGERAH
Tibalah masa penyampaian anugerah yang ditunggu,
SERI EKSPRESI
2022 (TEATER) Penerima teruja menunggu giliran.

ANUGERAH
SERI TINGKAH
2022 (TARI) Majlis kini diteruskan ke acara penyampian anugerah utama kita iaitu Anugerah
Seri Tampak, Anugerah Pereka Muda, Anugerah Seri Ratna, Anugerah Seri
ANUGERAH Ekspresi, Anugerah Kencana Nada dan Anugerah Seri Tingkah.
KENCANA
NADA 2022 Setiap anugerah ini mewakili setiap cabang seni yang diceburi oleh murid-murid di
(MUZIK) Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur iaitu Seni Halus, Reka Bentuk, Komunikasi
Visual, Seni Teater, Seni Muzik dan Seni Tari.

Bagi menyampaikan anugerah ini. Majlis dengan rendah hatinya menjemput Yang
berusaha puan suriyani ab ghani pengetua ssemkl untuk mengiringi yang berusaha,
encik zainureen bin haji md noor naik ke atas pentas bagi menyempurnakan
penyampaian ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(Rujuk senarai Penerima Anugerah)

………………………………………………………………………………………

Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha encik zainureen di atas kesudian
untuk menyampaikan anugerah-anugerah itu tadi.Tahniah diucapkan kepada semua
penerima Anugerah. Diharapkan semua penerima anugerah dapat terus
mengekalkan momentum ini dan terus berjaya dalam bidang masing-masing.
MONTAJ 3 Hadirin sekalian,

BIG BAND
SSEMKL
Sehabis merah daun yang sihat,

Dahan melebar bercerita sakan,


ANUGERAH
HARAPAN Majlis anugerah mohon berehat,

PERSADA Persembahan pelajar kita saksikan.

2022(L/P)

ANUGERAH Baiklah, kini majlis ini ingin memberi ruang sekali lagi kepada murid Sekolah Seni
Malaysia Kuala Lumpur.
PUNCAK
Dengan ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan terakhir kita pada hari
PERSADA 2022
ini yang akan dipersembahkan oleh Big Band SSeMKL yang dibimbing oleh
(KESELURUHAN ________________________________
)
Tuan-tuan dan Puan-puan,
PENYAMPAIAN
CENDERAMATA Tanpa membuang masa lagi, marilah sama-sama kita saksikan persembahan
VIP daripada Big Band Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur. Dipersilakan….

Demikianlah tadi, persembahan yang sungguh mengasyikkan daripada murid


Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur.

MONTAJ3

Baiklah hadirin sekalian,

Debaran kian terasa, kita sudah berada di penghujung majlis kita pada hari ini. kini
tibalah masa untuk kita umumkan pemenang utama Anugerah Puncak Persada.
Sebelum itu kita akan menyampaikan anugerah harapan persada 2022 terlebih
dahulu.

Untuk itu, majlis sekali lagi ingin menjemput Yang berusaha puan suriyani ab ghani
pengetua ssemkl untuk mengiringi yang berusaha, encik zainureen bin haji md noor
naik ke atas pentas bagi menyempurnakan penyampaian ini. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Rujuk senarai penerima anugerah harapan persada.

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua penerima. Saat yang di tunggu-tunggu telah


pun tiba. Siapakah yang akan menjulang anugerah puncak persada kali ini. Saya
harap anda semua sudah bersedia! Penerima bagi anugerah puncak persada bagi
anugerah persada mutiara kali ke 6 sekolah seni Malaysia kuala lumpur ialah…..

Rujuk senarai……

Tahniah kepada semua penerima anugerah

Yang berusaha encik zainureen dan puan suriyani diminta untuk kekal berada di
atas pentas bagi upacara penyampaian cenderamata. Terima kasih tidak terhingga
diucapkan kepada yang berusaha encik zainureen kerana sudi meluangkan masa
bersama kami.

CLOSURE Hadirin sekalian, persembahan sudah, penyampaian anugerah pun sudah. Tidak
molek kiranya majlis kita pada hari ini tidak ditutup dengan nyanyian lagu SSeMKL

NYANYIAN Untuk itu, majlis dengan rendah hatinya menjemput semua untuk sama-sama
LAGU SEKOLAH berdiri bagi menyanyikan lagu SSeMKL

Terima kasih

MAJLIS Hadirin,
BERSURAI /
JAMUAN Tampaknya kita sudah sampai di penghujung acara
MAKAN
Akar keladi melilit selasih,

Selasih tumbuh di hujung taman,

Kalungan budi junjungan kasih, (Emcee 1)

Mesra kenangan sepanjang zaman.


Bersyukur kini kami panjatkan,

Majlis anugerah telah disempurnakan,

Sekalung penghargaan kamu hulurkan, (Emcee 2)

Segulung tahniah kami ucapkan.

Maka dengan ini, berakhirlah sudah Majlis Anugerah Persada Mutiara Sekolah Seni
Malaysia Kuala Lumpur Kali Ke-6

Kami warga Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL) mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua yang terlibat yang telah menjayakan majlis ini.

Tidak lupa juga kepada semua tetamu kehormat, terima kasih kami ucapkan atas
kesudian meluang masa bersama kami.

Sekian sahaja, Saya (Mohd Hafiz bin Zakaria), dan saya Syuhaidah mewakili pihak
jawatankuasa ingin memohon maaf jika terdapat salah dan silap, terlanjur tutur kata
terkasar bicara sepanjang majlis ini berlangsung.semoga kita berjumpa di lain masa
dan ketika.

Sekian. Wabillah Hil Taufiq, Wal Hidayah, Wassallammualaikum


Warrahmatullahhiwaba rakatuh.

You might also like