Screenshot 2024-05-24 at 10.36.50

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh


Jabatan Pendidikan Pahang Tel : 09-2961210
28000 Temerloh Faks : 09-2961989
Pahang Darul Makmur Laman Web : jpnpahang.moe.gov.my

Ruj.Kami : PPDT 600-5/3/27( )


Tarikh : 08 Mei 2024
29 Syawal 1445H
Pengarah/ Pengetua/ Guru Besar
Sekolah yang berkenaan

Tuan,

JEMPUTAN PENYERTAAN KEJOHANAN CATUR LELAKI DAN PEREMPUAN BAWAH


12, 15 DAN 18 TAHUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH (MSSD)
TEMERLOH 2024

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan, Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh akan menganjurkan


Kejohanan Catur peringkat MSSD Temerloh bagi tahun 2024. SMK Seri Tualang telah diberi
tanggungjawab sebagai pengelola untuk kejohanan ini yang akan diadakan seperti ketetapan
berikut:

Tarikh : 04 – 05 Jun 2024 (Menengah)


06 – 07 Jun 2024 (Rendah)
Masa : 8.30 pagi hingga 3.00 petang
Tempat : Dewan SMK Seri Tualang

3. Sehubungan dengan itu, dengan sukacitanya kami menjemput sekolah tuan untuk
menyertai kejohanan tersebut.

4. Pihak Jawatankuasa Pengelola telah memutuskan yuran penyertaan dan cara


pembayaran adalah seperti berikut :

Bayaran penyertaan : RM 15.00 seorang peserta


Nama Bank : Bank Islam
Akaun : 06028010019162
Cara Pembayaran : Tunai (Bayaran secara atas talian tidak dibenarkan)
Cek atas nama SEK MEN KEB SERI TUALANG

5. Kategori pertandingan adalah seperti berikut:

Rendah
Individu / Berpasukan (maksima 6 peserta bagi setiap kategori)
Lelaki Bawah 12 / Perempuan Bawah 12

Menengah
Individu / Berpasukan (maksima 6 peserta bagi setiap kategori)
Lelaki Bawah 15 / Perempuan Bawah 12
Lekaki Bawah 18 / Perempuan Bawah 18

6. Pengurus pasukan hendaklah membawa bersama borang penyertaan dan bayaran


semasa mesyuarat pengurus pasukan yang akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 14 Mei 2024 (Selasa)


Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan, SMK Seri Tualang

Temerloh Peneraju Transformasi Pendidikan


PPDT 600-5/3/27( )
JEMPUTAN PENYERTAAN KEJOHANAN CATUR LELAKI DAN PEREMPUAN BAWAH
12, 15 DAN 18 TAHUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH (MSSD)
TEMERLOH 2024

Borang Penyertaan :

7. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 Mei 2024 (Jumaat) pada jam 10 malam.
Bersama-sama ini disertakan link google form penyertaan untuk tindakan tuan. Sebarang
pertanyaan boleh hubungi Encik Mohd Azlee bin Razali (0179851098) selaku Pengerusi
Teknik Menengah atau Encik Mohd Muzammil bin Mohamad Ali (01155006946) selaku
pengerusi Teknik Catur Rendah MSSD daerah Temerloh.

8. Kerjasama dan keperihatinan tuan dalam perkara ini amat dihargai demi menjayakan
kejohanan tersebut.

Sekian, terima kasih

“MALAYSIA MADANI”

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah,

(SAUFIE BIN ABDUL MANAF)


Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh.

No. tel : 09-2961210


No. faks : 09-2961989
E-mel :ppd.temerloh@moe.gov.my
s.k.: Fail

Temerloh Peneraju Transformasi Pendidikan

You might also like