HSM215 PENSEJARAHAN MALAYSIA

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

HSM215 PENSEJARAHAN MALAYSIA

SEMESTER I 2020/2021

SOALAN: BERDASARKAN TULISAN CHEAH BOON KHENG “FEUDALISME

MELAYU: CIRI-CIRI DAN PENSEJARAHANNYA”, JELASKAN SEJAUH MANA

PANDANGAN BELIAU DAPAT MENCERMINKAN SATU SISTEM POLITIK DAN

SOSIAL YANG BENAR-BENAR DIAMALKAN OLEH MASYARAKAT MELAYU

MENJELANG KEDATANGAN BRITISH KURUN KE-19

NAMA : JACINTHA SHERA ANAK JUANANG

NO. MATRIK : 148982

NAMA PENSYARAH : DR. AZMI ARIFIN

WAKTU TUTORIAL : RABU (8 MALAM-9 MALAM)

1
Dr. Cheah Boon Kheng dilahirkan pada 24 Julai 1939 dan telah mula bertugas sebagai

Pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia pada tahun 1978

selepas Berjaya mendapatkan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Sejarah dari Australian

National University.1 Tempoh enam belas tahun perkhidmatan Dr. Cheah di Universiti Sains

Malaysia boleh dianggap sebagai tahap kemuncak kerjaya yang mana beliau telah mencapai

kematangan dan kejayaan sebagai seorang sarjana. 2 Dalam beberapa tahun sebelum beliau

bersara, keluasan minat dan penyelidikan ternampak jelas daripada tulisannya yang meliputi

tajuk-tajuk seperti peranan wanita Melayu dalam politik istana, unsur pengadilan moral

dalam Sejarah Melayu, teori imperialisme dan kolonialisme, soal penglibatan Sultan

Abdullah dalam pembunuhan J.W.W Birch dan feudalisme dalam masyarakat Melayu yang

merupakan tajuk syarahan pelantikan professor. Selain meneruskan penyelidikan sendiri,

beliau juga menulis untuk surat khabar, menyunting satu jilid Encyclopedia Malaysia

keluaran Didier Millet, di samping menjalankan kerja menyunting dan menyelenggarakan

keluaran khas bagi Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society.3 Jelasnya, Dr. Cheah tidak

bersara walaupun telah bersara, malah bertambah giat sebagai seorang sarjana dan pengkaji

sejarah.

Selain itu, sebelum memulakan kerjaya sebagai dalam dunia Pendidikan, beliau juga

pernah bekerja sebagai seorang wartawan untuk The Straits Times di Singapura dan Kuala

Lumpur pada tahun 1956-1967 serta tahun 1970-1974. Kemudian, beliau telah menjadi tutor

di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1971-1973 sebelum

menjadi Pembantu Pensyarah pada tahun 1973-1975. Pada tahun 1978, beliau telah menjadi

Pensyarah di Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK), Universiti Sains

Malaysia sehingga menjadi Profesor Madya. Dr. Cheah pernah menjadi Fellow Penyelidik di

1
Mahani Musa dan Tan Liok Ee, Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia (Esei Sumbangsih kepada Dr. Cheah
Boon Kheng), Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2000, hlm. vii
2
Ibid, hlm. viii
3
Ibid, hlm. viii-ix

2
Institute Southeast Asian Studies, Singapura pada April-Jun 1998 dan Julai-September 1999.

Antara buku yang pernah ditulis oleh beliau ialah The Masked Comrades: A Study of the

Communist United Front in Malaya, 1945-48 dan The Peasant Robbers of Kedah, 1900-

1929: Historical and Folk Perceptions. Buku yang disunting olehnya pula ialah seperti Isu-

Isu dalam Pensejarahan, Sejarah Melayu (Malay Annals) dan Papers Relating to Brunei.

Cheah Boon Kheng telah telah menerangkan ideologi tentang feudalisme. Dalam

bukunya iaitu Isu-Isu Pensejarahan, beliau telah mengulas tentang isu feudalisme yang

berlaku di Tanah Melayu dalam bab 1 iaitu Feudalisme Melayu: Ciri-ciri dan

Pensejarahannya. Dalam buku tersebut ada menyatakan bahawa feudalisme ialah istilah yang

dipinjam dari sejarah Eropah. Penggunaan istilah ini sangat digemari pada kurun ke-18

selepas berlakunya Revolusi Perancis. Ia bermaksud satu bentuk masyarakat yang

mempunyai ciri-ciri tertentu. Sistem feudal dikatakan diamalkan secara meluas dan matang di

Eropah Barat pada kurun kesepuluh, kesebelas dan kedua belas. Kewujudannya di Eropah

Barat adalah kerana tidak tenteramnya keadaan politik dan sosial di situ.

Selain itu, terdapat banyak takrif tentang feudalimse yang telah dinyatakan oleh

Cheah dalam bukunya. Namun, secara kasarnya terdapat dua takrif umum yang merangkumi

segala ciri persamaan dan perbezaan4. Takrif pertama menekankan bahawa feudalisme ialah

satu bentuk organisasi politik dan sosial yang di dalamnya terdapat kelas atau golongan

hulubalang yang mempunyai kedudukan tinggi dalam hierarki masyarakat feudal

pembahagian hak secara kecil-kecilan atas harta benda, satu skala hak individu ke atas tanah

yang dipecahkan mengikut taraf sosial dalam hubungan manusia yang saling bergantungan

dan pengagihan kuasa politik antara pemegang jawatan dalam hierarki itu (biasanya golongan

bangsawan dan hulubalang). Sejajar dengan tujuan memelihara kepentingan diri sendiri,

mereka ini mengambil alih tugas dan kuasa yang biasanya menjadi hak milik kerajaan negeri

4
F.I. Ganshof, Feudalism, New York: Haper and Row, 1964, hlm. xv-xvii

3
tetapi telah jatuh ke tangan mereka kerana berpecahnya negeri menjadi beberapa buah daerah

kecil5.

Mengikut takrif umum yang kedua, feudalisme ialah satu sistem hubungan bertimbal

balas yang berdasarkan ketaatsetiaan antara dua kumpulan manusia bebas di mana satu pihak

yang disebut lord dan satu pihak yang diperintah yang disebut vassal. Takrifan ini

berdasarkan beberapa institusi yang melahirkan dan mengawal tanggungjawab ketaatan dan

perkhidmatan, terutamanya perkhidmatan ketenteraan, vassal dapat diperlihatkan biasanya

melalui pemberian Kawasan atau daerah, termasuk manor atau ladang serta kediaman,

perkampungan dan penghuni oleh lord kepada vassalnya. Geran atau anugerah itu dinakana

fief atau feud6. Sebagai balasan pemberian fief atau feud serta perlindungan, lord

menghendaki vassalnya membantunya menentang musuhnya dan mengerjakan tanah untuk

menghasilkan bahan-bahan makanan untuknya dan juga untuk penghuni keseluruhannya.

Vassal dan penghuni perlu bekerja untuknya selama waktu yang tertentu dalam setahun.

Dalam buku tersebut, Cheah telah banyak menggunakan sumber rujukan Kolonial.

Cheah juga telah mendapati bahawa karya Inggeris yang paling awal merujuk istilah feudal

dengan rujukan kepada Negeri-negeri Melayu Semenanjung ialah A political and statistical

account of the British Settlements in the Straits of Malacca oleh T.J. Newbold yang

diterbitkan pada tahun 1839. Newbold yang menjadi pegawai tentera Inggeris menganggap

Sultan di negeri Johor sebagai the feudal sovereign dan Temenggong sebagai vassal kepada

Sultan Johor. Sifat-sifat feudal lain ialah peperangan dan perlanunan di kalangan pembesar

yang sering merebut kuasa dan merampas harta benda rakyat tani. Karya John Cameron iaitu

Our Tropical possessions in Malayan India juga menjadi rujukan. Cameron menganggap

masyarakat Melayu tradisional sebagai feudal kerana sistem politiknya mempunyai hierarki

5
Ibid
6
Ibid. Untuk suatu huraian umum yang baik tentang sistem feudal di Eropah Barat, lihat Perry Anderson,
Passages from Antiquity to Feudalism, London: Verso, 1981, hlm. 173-209

4
yang sama seperti masyarakat Inggeris pada zaman feudal. Jika kita merujuk sistem feudal di

Eropah hierarki sosial yang berlapis memang merupakan satu unsur yang penting seperti

yang digambarkan dalam karya Sejarah Melayu. 7 Malangnya, Cameron tidak menjelaskan

dengan lebih lanjut sifat-sifat feudal lain yang ada pada masyarakat Melayu zaman itu.

Selain itu, pada tahun 1878, seorang pegawai tentera Inggeris, Major J.F. McNair

dalam karyanya bertajuk Perak and the Malays, telah mengatakan bahawa orang Melayu di

negeri Perak mempunyai kebanggaan diri bercorak feudal yang mendalam (a strong feudal

pride). Beliau mengatakan feudal pride ini “makes it at all times a difficult task to render

them tractable under coercion though capable under a patriarchal sway of readily yielding

an implicit and cheerful obedience.”8 Pernyataan ini bermaksud sukar bagi kuasa luar yang

menggunakan paksaan memerintah orang Melayu Perak kerana mereka sudah dijinakan oleh

feudalisme Melayu dan hanya sanggup menurut perintah daripada ketua atau pembesar

mereka sahaja. McNair menganggap sistem cukai sebagai sistem “yang memeras secara

sederhana” dan hamper serupa dengan sistem robber barons (pembesar yang menyamun dan

merampas harta rakyat) yang menguasai Sungai Rhine di Jerman pada zaman feudal.

Pada tahun 1883, selepas membuat lawatan ke Negeri-negeri Melayu Semenanjung

seorang pengembara wanita Inggeris, Isabella Bird di dalam bukunya The Golden

Chersonese telah menyifatkan Negeri-negeri Melayu Semenanjung yang bebas sebagai

feudal kerana mempunyai beberapa sifat seperti pengagihan kuasa pusat kepada pembesar

yang dianggap lebih berkuasa daripada Raja atau Sultan, rakyat tani yang ditindas oleh

pembesar yang mengugut dan memeras mereka dengan mengenakan cukai dan sistem kerah

ke atas rakyat lelaki yang diwajibkan bekerja untuk tuannya selama sesuku tahun, di samping

berkhidmat sebagai bala tentera. Mereka juga pada bila-bila sahaja dikerahkan oleh tuannya.

Oleh itu, rakyat tani enggan memiliki harta benda sendiri kerana khuatir harta benda mereka
7
Shellabear, W., G., Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1986, hlm. 127-128.
8
J.F. Mclair, Perak and the Malays, Oxford University Press, 1972, Hlm. 202

5
dirampas pada bila-bila masa sahaja. “The Malay sovereigns in most cases have come to be

little more than the feudal heads of bodies of insubordinate chiefs, while even the headmen of

the villages take upon themselves to levy taxes and administer a sort of justice.”9

Hugh Clifford yang pernah memegang beberapa jawatan tinggi di Negeri-negeri

Melayu Semenanjung termasuk Gabenor Negeri-negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi

Inggeris bagi Negeri-negeri Melayu pada tahun 1927 telah dianggap sebagai pemikir yang

matang. Walaupun dalam pentafsirannya terdapat unsur-unsur kritikan, namun dalam

beberapa karyanya ia menggambarkan dengan begitu terperinci “sistem feudal” orang

Melayu. Clifford mengatakan bahawa “sistem feudal” orang Melayu ini wujud sepenuhnya di

Pahang sewaktu negeri itu menerima naungan Inggeris pada tahun 1888. Menurutnya, sistem

feudal di negeri Terengganu itu telah dirombak oleh Sultan Omar selepas ia berjaya menaiki

takhta dalam suatu perebutan kuasa. Baginda merampas segala hak dan kuasa pembesar

daerah dan mengagihkannya kepada kalangan kerabat dirajanya sendiri. Satu golongan

pembesar sahaja iaitu hak penghulu kampung yang dibenarkan mengekalkan hak feudal

mereka iaitu hak kerah. Penghulu boleh mengerahkan rakyat tani untuk membuat kerja, jika

diperlukan atau untuk mmenuhi kehendak kerajaan.10

Satu lagi kajian yang dilakukan oleh seorang pegawai penulis Inggeris, W. Linehan

yang menulis sebuah buku, A history of Pahang, pada tahun 1936 dapat menambahkan butir-

butir tentang feudalisme Melayu seperti pengagihan kuasa di kalangan para pembesar daerah,

hak mereka ke atas kaum tani dan perebutan kuasa yang sering kali wujud antara mereka. Ia

mengatakan “Discontent was rife amongst the feudal Chiefs and headmen of Lipis.” 11

9
Isabella Bird, The Golden Chersonese, London, 1883, hlm. 26
10
Hugh Clifford, Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society, Kuala Lumpur, Oxford University
Press1961, hlm. 227-229
11
W.A. Linehan, History of Pahang, JMBRAS, Mei 1936, hlm. 108

6
Linehan menumpukan perhatian kepada sistem kerah dan membandingkan nasib kaum tani

Melayu di bawah sistem ini dengan nasib serf di Eropah pada Zaman Pertengahan.12

Di samping itu, terdapat beberapa kegagalan Cheah Boon Kheng dalam menjelaskan

gagasan feudalisme. Antaranya ialah kesalahan fakta yang digunakan. Cheah Boon Kheng

menjelaskan sebab perpecahan Negeri-negeri Melayu Semenanjung sudah wujud secara

tersendiri kerana corak feudal sistem politik dan sosialnya. Perkembangan setiap kerajaan

Melayu dari Kesultanan Melaka hingga kurun ke-19. Misalnya kerajaan Melayu Melaka yang

besar dan kuat runtuh pada tahun 1511, ia diganti dengan kerajaan Johor tetapi proses

perpecahan terus berlaku. Pembesar di jajahan takluk Melaka telah membebaskan diri

masing-masing di Siak, Jambi, Patani, Kelantan dan Pahang. Pada awal abad ke-18, apabila

kerajaan Johor-Riau dikuasai oleh orang Bugis dari Sulawesi, perebutan kuasa terus wujud.

Pembesar Melayu yang diketepikan oleh orang Bugis berundur ke negeri-negeri lain,

Temenggung ke Singapura dan Bendahara ke Pahang. Kemudiannya, ketua daripada

keturunan kedua-dua pembesar ini menggelarkan diri mereka sebagai sultan di Johor dan

Pahang. Hal ini menyebabkan sepanjang kurun ke-19 tidak ada sebuah pun negeri Melayu

Semenanjung yang terlepas dari perpecahan atau perebutan kuasa.

Pandangan Cheah ini bukan sahaja tidak mendiskripsikan suatu kefahaman yang

mendalam terhadap gagasan feudalisme, bahkan bukti-bukti yang diberikannya mengenai

masalah perpecahan ‘feudal’ orang Melayu itu adalah kabur dan seolah-olah sengaja disusun

rapi agar kita menerima istilah tersebut secara bulat-bulat. Sebenarnya, keruntuhan kerajaan

Melayu Melaka bukanlah disebabkan oleh “Cuma feudalisme sahaja” atau “perpecahan yang

sudah wujud secara tersendiri kerana feudalismenya” sahaja, tetapi yang lebih tepat ialah

kerana penaklukan Portugis. Memang berlaku konflik dalam kepimpinan Melaka pada ketika

itu, namun Melaka berjaya ditawan bukanlah disebabkan “perpecahan feudalnya” semata-

12
Ibid, hlm. 128

7
mata tetapi disebabkan oleh pengkhianatan orang asing yang tinggal di Melaka. 13 Peranan

kedua pihak ini langsung tidak disentuh oleh Cheah kerana lebih tertumpu kepada soal

perpecahan orang Melayu serta sikap feudalnya. Kesalahan fakta yang dikemukan oleh

Cheah amat ketara apabila beliau mengatakan bahawa tidak ada sebuah negeri Melayu pun

yang terlepas daripada “perpecahan feudal” pada kurun ke-19 itu. Peperangan saudara kerana

perebutan takhta memang berlaku di beberapa tempat di negeri Melayu, tetapi ia bukanlah

satu fenomena baru dan tidak berlaku secara meluas sebelum kurun ke-19. Soal perebutan

takhta telah berlaku sekurang-kurangnya sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi tetapi

ia tidaklah pernah mewujudkan keadan yang boleh meruntuhkan kerajaan tersebut.

Seterusnya, Cheah Boon Kheng tidak menganjurkan gagasan longue duree. Longue

duree ialah melihat kepada pemfokusan ruang lingkup penulisan berdasarkan tempoh puluhan

tahun, separuh abad atau seabad. “The longue duree is a tool for historical cognition and

analysis that provides the ground for Braudel’s conception of history and of historical social

science.” Cheah sememangnya tidak menulis menggunakan longue duree yang sepatutnya,

beliau hanya tertumpu kepada jangka masa yang pendek sahaja di mana beliau sepetutnya

mengaitkan perubahan yang perlahan dengan struktur-struktur yang sudah berkekalan lama.

Beliau telah menulis tentang Feudalisme Melayu berasaskan apa sahaja yang berlaku di

Eropah. Sejarah mencantumkan masa lampau dengan pengalaman kini yang bukan sahaja

membolehkan perbandingan dibuat antara zaman kini dengan zaman lepas. Menurutnya, satu

bentuk organisasi politik dan sosial yang didalamnya terdapat kelas atau golongan hulubalang

yang mempunyai kedudukan tinggi dalam hierarki masyarakat feudal itu; pembahagian hak

secara kecil-kecilan atas harta benda; satu skala hak individu ke atas tanah yang dipecahkan

mengikut taraf sosial dalam hubungan manusia yang saling bergantungan dan pengagihan

kuasa politik antara pemegang jawatan dalam hierarki itu biasanya golongan bangsawan dan

13
Abdul Rahman Hj Abdullah. Siri Pendidikan Jarak Jauh: Pengantar Ilmu Sejarah, Pulau Pinang: Pusat
Pengajian Luar Kampus, 1994

8
hulubalang. Feudalisme dalam sejarah Eropah Barat adalah kata dengan beberapa arti tetapi

kebanyakan dari mereka memiliki dua kategori umum iaitu vassals bergantung kepada Lord

dan kepemilikan tanah serta bentuk dominan dari organisasi sosial atau politik selama

beberapa abad dalam era pertengahan.

Cheah hanya menggunakan pendekatan yang “sempit” yang hanya tertumpu kepada

aspek politik dan ketenteraan sahaja. Bagi “meluaskan” pendekatannya, feudalisme telah

dikaitkan dengan apa sahaja unsur yang terdapat dalam Eropah Barat Zaman Pertengahan

walaupun ia tidak ada kaitan sekali dengan feudalisme yang berlaku di Tanah Melayu. Hal ini

telah menunjukkan bahawa Cheah tidak mengguanakn gagasan longue duree di mana beliau

tidak mencantumkan masa silam dengan masa kini untuk dibuat perbandingan untuk

membolehkan masyarakat melihat sendiri proses-proses yang mengerakkan sejarah itu sendiri

di mana di sini kita berbincang tentang Feudalisme Melayu. Secara tidak langsung, jelas

bahawa Cheah tidak melakukan penelitian yang rapi tentang hal seperti keperluan kebendaan

manusia serta idea yang mendukung kehidupan kolektif masyarakat yang dikatakan

mengalami Feudalisme di Tanah Melayu. Tambahan lagi, pendapat-pendapat yang

dianjurkan oleh beliau hanyalah pendapat penulis lain.

Penulisan Cheah Boon Kheng ialah sebuah penulisan yang bersifat eurosentrik. Hal

ini kerana beliau telah merujuk konsep asas feudalisme yang dijelaskan oleh pencatat awal

barat. Contohnya, penulisan Hugh Clifford yang membicarakan tentang sistem politik

feudalisme di Tanah Melayu. Tindakan Cheah yang hanya menjadikan pengalaman kolonial

British dalam menjelaskan kewujudan sistem feudal di Tanah Melayu adalah tidak tepat dan

kurang menyakinkan. Perkara ini membuktikan Cheah hanya mengambil bulat-bulat

pensejarahan eurosentrik yang ditulis oleh barat tanpa menapis setiap fakta serta huraian

sejarah terlebih dahulu. Misalnya, Cheah telah menjadikan penulisan Isabella Bird dan

Maxwell yang mengatakan kewujudan kuasa pusat kepada pembesar, penindasan rakyat

9
menerusi sistem kerah oleh pembesar. Cheah juga mengambil pandangan Hugh Clifford yang

menjadikan negeri Pahang sebagai satu sistem pelaksanaan politik feudal iaitu

membandingkan pengagihan kuasa Eropah dengan sistem pembesar orang berempat, orang

besar enam belas dan sebagainya. Penulisan Cheah ini boleh dianggap sebagai satu rujukan

bagi pensejarahn kolonial semata-mata kerana tidak mengandungi unsru malay-centric yang

dijelaskan daripada sudut pandang beliau.

Bagi membuktikan ciri feudalisme bagi aspek politik dan sosial Tanah Melayu, Cheah

telah mengambil pandangan pengkaji sejarah seperti penulisan Kassim bin Ahmad iaitu

Hikayat Hang Tuah. Dalam penulisan ini telah menyebut penderhakaan Hang Jebat terhadap

Sultan Mansur namun dibunuh Hang Tuah. Sikap setia HangTuah terhadap Sultan dirujuk

sebagai prinsip feudalisme. Cheah menggariskan ciri feudalisme yang seharusnya digunakan

berdasarkan penulisan kolonial yang dirujuk. Contohnya, pandangan Profesor Syed Hussien

Al-atas yang mengakui keujudan ciri feudal terutamanya jurang ekonomi golongan pembesar

dengan golongan miskin, pengagihan kuasa dan pentadbiran serta hubungan pembesar

dengan rakyat menerusi sistem kerah. Walaupun begitu, hujah Cheah masih lemah untuk

mengambarkan situasi politik dan sosial di Tanah Melayu yang sebenarnya sebelum zaman

penjajahan British berlaku. Jadi, boleh dikatakan hujah Cheah tentang feudal di Tanah

Melayu masih lagi kurang dari segi sumber ulasannya kerana perbincangan Cheah hanya

berteraskan rujukan pengkaji zaman kolonial serta penegasan ahli pengkaji eurosentrik.

Tambahan pula, penulisan Cheah Boon Kheng tidak bersifat objektif. Sehubungan

dengan sejarah yang saintifik itu ialah tuntutannya agar sejarawan bersikap objektif semasa

menyelidik dan menulis sejarah.14 Dengan bersikap objektif, seseorang sejarawan hendaklah

mengelakkan perasaan, sentimen, emosi, kesukaan dan kebenciannya agar tidak terlibat

dalam usaha-usaha menyelidik dan menulis sesuatu peristiwa sejarah. Penulisan Cheah
14
Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayuddin Haji Yahya, Sejarawan dan Pensejarahan Ketokohan dan Karya, hlm.
290

10
adalah tidak bersifat objektif kerana hasil yang ditulisnya itu adalah terbit atau berdasarkan

pandangan orang atau pihak yang menilai di mana mereka tidak menilai atau melihat pada

ciri-ciri sebenarnya. Cheah telah mengambil banyak pandangan dari sejarah kolonial seperti

dari T.J. Newbold, John Cameron, W. Linehan, Isabella Bird dan ramai lagi. Penulisan Cheah

juga dilihat telah ditulis secara bebas dan memihak, menyajung atau mempebesarkan tokoh

tersebut. Sejarah yang dikaji sepatutnya perlu bersifat objektif iaitu berdasarkan kenyataan

atau fakta sebenar yang tidak dipengaruhi atau dikuasai oleh perasaan atau prasangka sendiri.

Menurut pandangan Abdul Rahman Haji Abdullah, beliau mendefinisikan sejarah objektif

sebagai sejarah yang sebagaimana terjadi (histoire-realite).15

Kesimpulannya, tulisan dari buku Cheah Boon Kheng tidak jbegitu jelas untuk

mencerminkan satu sistem politik dan sosial yang benar-benar diamalkan oleh masyarakt

Melayu menjelang kedatangan British pada kurun ke-19. Walaupun bukunya itu ada

menerangkan sistem politik dan sosial di tanah Melayu namun ia tidak sepenuhnya boleh

dijadikan sumber rujukan yang tepat dan benar. Terdapat banyak kelemahan dari segi

penulisan dan sumber yang dirujuknya. Cheah sepatutnya meneliti semua pandangan yang

dirujuknya dengan lebih berhati-hati kerana ia boleh menimbulkan salah faham terhadap

perkembangan sejarah sebenar orang Melayu.

Bibliografi
Abdul Rahman Hj. Abdullah, Siri Pendidikan Jarak Jauh: Pengantar Ilmu Sejarah (Pulau
Pinang: Pusat Pengajian Luar Kampus, 1994)
Bird, Isabella, The Golden Chersonese (London, 1883)

15
Abdul Rahman Hj Abdullah. Siri Pendidikan Jarak Jauh: Pengantar Ilmu Sejarah, Pulau Pinang: Pusat
Pengajian Luar Kampus, 1994

11
Clifford, Hugh, Journal of the Straits Branch of Royal Asiatic Society (Kuala Lumpur:
MBRAS, 1961)
Ganshof, F., L., Feudalism (New York: Haper and Row, 1964)
Linehan, W., A., History of Pahang (Kuala Lumpur: Charles Grenier Sdn. Bhd., 1936)
Mahani Musa dan Liok Tan Ee, Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia (Esei Sumbangsih
kepada Dr. Cheah Boon Kheng) (Pula Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2000)
McNair, J., F., Perak and the Malays (Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1972)
Shellabear, W., G., Sejarah Melayu (Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1986)
Syed Hussein Al-Atas, Modernization and Social Change (Sydney: Agus and Robertson,
1972)

12

You might also like