Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TEKS MC PENGETUA

KEJOHANAN MEMANAH MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH


MELAKA TAHUN

YANG BERUSAHA,
EN MD NOH BIN YUSOF
PENYELIA UNIT SUKAN, PPD JASIN

HJ KAMARUZZAMAN BIN AB RAHIM


PENGETUA SMK TAN SRI HAJI ABD AZIZ TAPA

DR MOHD ARAS BIN KHAMIS


KETUA UNIT SUKAN, JPN MELAKA

EN FARIZAL BIN AHMAD


PENYELIA SUKAN MEMANAH, JPN MELAKA

YANG DIHORMATI,
BARISAN PENGETUA-PENGETUA, GURU-BESAR- GURU BESAR, GPK KOKURIKULUM
SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI MELAKA YANG TURUT HADIR SAMA

EN M.LETCHUMANAN A/L MUNIANDY,


GPK KOKURIKULUM SMAAT

BARISAN PEGAWAI TEKNIKAL & HAKIM KEJOHANAN MEMANAH

GURU-GURU PENGIRING

BARISAN URUSETIA

SERTA PESERTA-PESERTA KEJOHANAN MEMANAH MSS MELAKAN BAGI TAHUN 2019

Assalamualaikum Wbt, Salam Sejahtera


Salam Melaka Pintar, Hijau, Bersih
Salam Mendidik Dari Hati Dengan Penuh Integriti
Salam Kasih Smaat, Smaat Together We Smart

1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada JPN Melaka
kerana telah memberikan kepercayaan kepada Smk Tan Sri Haji Abd Aziz Tapa untuk
menjadi pengelola bagi Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Menengah Negeri Melaka bagi tahu 2019.
2. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Farizal Bin Ahmad, Penyelia
Sukan Memanah, JPN Melaka kerana telah menghulurkan bantuan dari pelbagai
aspek bagi memudahkan urusan kami pihak pengelola.
3. Seterusnya, pihak pengelola juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Pengetua SMK Datuk Bendahara kerana sudi memberi kebenaran kepada kami untuk
meminjam padang serta peralatan memanah di sekolah mereka. Ucapan terima kasih
juga kepada guru-guru SMKDB yang sudi membantu serta menghulurkan tenaga bagi
melancarkan perjalanan kejohanan ini.
4. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada barisan Jawatankuasa
Teknikal Memanah yang telah memastikan Kejohanan Memanah pada tahun ini
berjalan dengan lancar dan tertatur. Saya difahamkan, mereka semua juga merupakan
dalam kalangan guru di sekitar Negeri Melaka. Tahniah cikgu, kerana sanggup
berpanas demi anak bangsa kita.
5. Tidak dilupakan juga, ucapan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru saya yang
telah mengelolakan acara ini dengan cemerlang serta anak-anak SMAAT yang telah
membantu para guru secara sukarela.
6. Akhir sekali, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta kejohanan kerana
telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang acara berlangsung.

Tuan/tuan dan Puan-puan sekalian,

7. Kejohanan Memanah pada tahun ini telah disertai oleh 51 buah sekolah rendah dan
sekolah menengah dengan bilangan peserta seramai 178 orang. Ini merupakan satu
perkembangan yang sangat positif dan menunjukkan bahawa sukan memanah ini
semakin mendapat perhatian generasi muda. Saya berharap agar pada tahun hadapan,
lebih ramai lagi penyertaan peserta dalam kejohanan memanah.
8. Kejohanan Memanah seperti ini juga merupakan antara usaha kita untuk memastikan
murid-murid mendapat akses Pendidikan yang berkualiti serta memberi kesan
berganda dalam bidang pembelajaran. Hal ini secara tidak langsung dapat
melonjakkan pencapaian murid-murid dalam bidang pembelajaran khasnya.

Dengan ini, saya sudahi ucapan saya dengan wabillahitaufiqwalhidayah. Assalamualaikum


w.b.t

You might also like