SKEMA BAHASA MELAYU K2 T4_OGOS 2023.pdf

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SKEMA PEMARKAHAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 TINGKATAN 4

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


BAHAGIAN A : 35 MARKAH
SOALAN 1 : MORFOLOGI [8 MARKAH]
1. Berikan 1 markah bagi setiap kata terbitan awalan dan kata terbitan akhiran yang
disenaraikan dengan betul.
2. Jika calon menyenaraikan lebih daripada 2 kata terbitan awalan dan 2 kata terbitan
akhiran, semak setakat 2 kata terbitan awalan dan 2 kata terbitan akhiran yang pertama
sahaja.
3. Berikan 1 markah bagi setiap ayat daripada kata terbitan awalan dan kata terbitan
akhiran
4. Jika calon membina lebih daripada 2 ayat kata terbitan awalan dan 2 kata terbitan
akhiran, semak setakat 2 kata terbitan awalan dan 2 kata terbitan akhiran yang pertama
sahaja.
5. Tolak 1 markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada keseluruhan
soalan.
6. Perkataan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
7. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
8. Sengaja menambah imbuhan , berikan 0 markah.
9. Ayat tidak jelas maksudnya, berikan 0 markah bagi setiap ayat.
10. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, berikan 0 markah.
11. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu
ayat sahaja.

Jawapan Soalan 1:
Kata terbitan awalan
i) berupaya
1. berusaha dengan sekuat tenaga, berdaya upaya
2. berkebolehan, berkemampuan, mampu, dapat, sanggup
ii) mendapat
1. beroleh, memperoleh
2. menerima
3. menikmati (kemewahan, kesenangan, kebahagiaan)
4. menemui, menjumpai
iii) bercuti
1. tidak bekerja kerana hari cuti (am dll), berlibur
2. tidak bekerja beberapa hari atau lama (kerana sakit, hendak berehat, dll)

1
Kata terbitan akhiran
i) sambutan
1. penerimaan (ketibaan tetamu dll), cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya,
tetamu, dll)
2. perhatian (pandangan, anggapan) terhadap sesuatu hal, reaksi
3. jawaban terhadap cabaran (tentangan), balasan, perlawanan
ii) galakan
1. dorongan, desakan
iii) makanan
1. apa sahaja yang boleh dimakan (seperti nasi, roti, dll), makanan berzat, makanan
ringan makanan ruji, makanan segera

SOALAN 2 : SINTAKSIS [6 MARKAH]


1. Berikan 1 markah bagi setiap frasa yang betul.
2. Sekiranya murid tidak menyenaraikan frasa bergaris, terima jawapan mengikut susunan
frasa dalam petikan

Jawapan Soalan 2:
i) akan belajar menghargai kebersihan = frasa kerja
ii) membuat kerja di rumah = frasa kerja
iii) sentiasa bersih = frasa adjektif
iv) untuk memastikan kebersihan tandas = frasa sendi nama
v) generasi yang menghargai kebersihan = frasa nama
vi) mesti kotor, jijik dan berbau = frasa adjektif

2
SOALAN 3 : PENYUNTINGAN [11 MARKAH]
Bahan 1 [ 5 markah ]

Salah Betul
i seringkali sering kali
ii truama trauma
iii Selain daripada itu, Selain itu
iii di dalam dalam
iv dibawa membawa
v kronik serius

Bahan 2 [ 6 markah ]

Salah Betul
i terdengar kedengaran
ii dari daripada
iii melanda dilanda
iv didifenisikan didefinisikan
v sekitar setempat
vi tetapi walaupun
vii sihat pulih

Panduan pemarkahan menukarkan bahasa Melayu Klasik kepada bahasa Melayu Standard.
SOALAN 4 : BAHASA MELAYU STANDARD [4
Deskripsi Markah
4 markah
Isi cukup dan lengkap, mengikut urutan dan ayat gramatis 4
Isi cukup dan lengkap, mengikut urutan dan ayat masih gramatis 3
Isi cukup dan lengkap, mengikut urutan dan ayat kurang gramatis
Isi tidak cukup, mengikut urutan dan ayat gramatis 2
Isi tidak cukup, mengikut urutan dan ayat kurang gramatis
Isi tidak cukup, mengikut urutan dan ayat tidak gramatis 1
Ayat disalin bulat-bulat
Isi tidak mengikut urutan 0

Cadangan Jawapan Soalan 4:


Tidak beberapa lama hari pun malam. Kertala Sari menyiapkan dirinya; lalu berjalan
masuk ke dalam kota. Dia masuk ke dalam rumah seorang saudagar yang kaya. Dilihat oleh
Kertala Sari saudagar itu sedang makan nasi bersama-sama isterinya. Kertala Sari pun masuk dan
makan bersama-sama saudagar itu. Apabila sudah larut malam, saudagar itu pun masuk tidur.

3
SOALAN 5 : PERIBAHASA [6

PERIBAHASA
Bagai api dalam sekam / Musuh dalam selimut / Gunting dalam
lipatan
Bagai aur dengan tebing / Bagai dakwat dengan kertas / Bagi isi
dengan kuku
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuanya / Sebab nila
setitik rosak susu sebelanga / Seekor kerbau membawa lumpur habis
semua terpalit

BAHAGIAN B : 35 MARKAH

SOALAN 6 : PEMAHAMAN UMUM [12


(i) Maksud rangkai kata mewarnai industri
P1 mencorakkan/ menguruskan/ mengusahakan perusahaan / sektor / bidang [2 markah]
P2 mewarnai perusahaan / sektor / bidang [1 markah]
P3 mencorakkan/ menguruskan/ mengusahakan industri [1 markah]

(ii) Teknik menghasilkan labu


sayong. Bahan 1:
P1 Membentuk, membersih dan melurut
P2 Selain itu, teknik menghias dan mengukir turut
digunakan. Bahan 2:
P3 Teknik pengacuan dan mesin limparan alin
[3 markah]
(iii) Kepentingan mengekalkan warisan kraf tangan di negara kita.
P1 Mengekalkan warisan budaya bangsa / identiti bangsa masyarakat Malaysia. P2 Sebagai
tarikan kedatangan pelancong.
P3 Sebagai sumber pendapatan kepada individu
P4 Mempelbagaikan sumber ekonomi negara
P5 Membentuk masyarakat yang kreatif / inovatif / semangat daya yang tinggi P6 Peluang
pekerjaan kepada generasi muda
[3 markah]
( iv) Tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan untuk memajukan perusahaan
anda P1 Mendapatkan khidmat nasihat berkaitan kepakaran / pengalaman.
P2 Menjalin kerjasama dengan syarikat kraf tangan yang lain.
P3 Mempromosikan / mengiklankan produk kraf tangan di media sosial / media massa.
P4 Mendapatkan bantuan modal/pembiayaan/geran/insentif .
P5 Mengikuti kursus/bengkel/ekspo perniagaan bagi meningkatkan ilmu
pengetahuan. P6 Memperkasakan jenama produk.
[4 markah]

4
SOALAN 7 : PEMAHAMAN SASTERA [13 MARKAH]
(i) Maksud memberikan keringat
P1 menyumbangkan/ mengeluarkan tenaga / penat lelah / kekuatan / titik peluh
[2 markah]
P2 memberikan tenaga / penat lelah / kekuatan / titik peluh [1markah]
P3 menyumbangkan/ mengeluarkan keringat [1 markah]

(ii) Ciri-ciri individu yang mempunyai nilai-nilai positif.


Bahan 1
P1 penuh bersemangat menjejaki langkah ayahnya
P2 seorang lulusan universiti tidak mengejar material
Bahan 2
P3 rela memberikan keringat serta setia untuk bumi tercintanya
P4 hidup tanpa curiga atau rasa berbeza
[3 markah]

(iii)Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kejutan budaya kepada


seseorang P1 Terpaksa berjauhan daripada keluarga
P2 Perubahan persekitaran
P3 Mengikut trend
P4 Pengaruh rakan
P5 Pengaruh media sosial
P6 Ingin mencuba
P7 Tiada kesedaran
[4 markah]

(iv)Cara dapat membantu Danial untuk menyelesaikan masalah tersebut


P1 Cuba menegurnya dengan baik / cuba bersahabat
P2 Ajar cara bergaul dengan rakan lain
P3 Mengajak belajar bersama-sama secara berkumpulan
P4 Menjalani aktiviti bersama-sama
P5 Memberikan sokongan dan dorongan
P6 Meminta bantuan guru kelas / guru kaunseling
P7 Meminta bantuan ibu bapa / keluarga
P8 Tetapkan tujuan / matlamat bersama
[4 markah]

5
Panduan Pemarkahan Soalan 8 (Novel)
[Isi cukup: 3 isi]

(i) Polisi-polisi yang harus dipatuhi di Pusat Rawatan Pantai Kasih

P1 tidak boleh memberikan sebarang rawatan kepada mana-mana pesakit


P2 tanpa mengambil kira sama ada dia mampu membayar segala kos rawatannya
ataupun tidak.
P3 Apa jenis rawatan pun tidak boleh diberikan kepadanya. Tidak ubat, tidak
oksigen, tidak apa-apa pun.
P4 ‘No money no talk’
[Maksimum 4 markah]
[Isi cukup : 3 isi]

Panduan pemarkahan bagi Soalan 8(ii)


(ii) Soalan novel: 6 markah
(a) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.
(b) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
(c) Beri 1 markah bagi setiap setiap pernyataan yang betul.
(d) Beri 1 markah bagi setiap peristiwa, huraian, dan contoh yang betul.
(e) Markah isi maksimum 4 markah (2 markah bagi setiap pernyataan dan
peristiwa / huraian / contoh).
P1 - Pernyataan
H1 - Peristiwa, huraian dan contoh
(f) Markah bahasa maksimum 2 markah, diberi secara kesan
menyeluruh: Baik : 2 markah
Lemah : 1 markah
(g) Jika calon menjawab dan markah isi kosong, beri 1 markah untuk bahasa.
(h) Calon tidak menjawab 0 markah.
(i) Calon tidak tidak menulis nama novel - diterima
.

NOVEL PANTAI KASIH

1. P - Sikap tanggungjawab dalam membesarkan anak yang cacat.


H - Doktor Raiha seorang ibu yang bertanggungjawab dalam membesarkan anaknya
Rohayu yang menghidap syndrome down dengan penuh kasih sayang.

2. P – Sikap tanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan


H – Doktor Raiha begitu bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang telah
diamanahkan oleh Doktor Uwang bagi menjalankan pembedahan penggantian sendi
tulang pinggul Unong Siron buat kali keenam.

3. P - Sikap tanggungjawab seorang doktor kepada pesakitnya.


H - Doktor Raiha begitu bertanggungjawab menjalankan tugasnya dalam melayani
kerenah para pesakitnya di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

4. P – Sikap tanggungjawab seorang ibu kepada anaknya.


H – Ibu Unong Siron bertanggungjawab mendapatkan rawatan kepada anaknya yang telah
lima kali menjalani pembedahan tetapi masih tidak berjaya.
6
5. P – Sikap tanggungjawab seorang ayah kepada anaknya.
H- Ayah Doktor Raiha begitu bertanggungjawab terhadap anaknya apabila beliau tidak
bersetuju Doktor Raiha hendak berkahwin dengan Doktor Sadiz . Ayah Doktor
Raiha tidak bersetuju kerana bimbang anaknya tidak bahagia kerana Doktor Sadiz
jauh lebih tua daripada Raiha.

BAHAGIAN C : 30 MARKAH

Pendahuluan
SOALAN 9 : RUMUSAN [30
P1 membincangkan cara-cara/langkah-langkah/usaha-usaha/kaedah-kaedah memajukan sektor
pelancongan negara dan kebaikan-kebaikan/kepentingan-kepentingan/faedah-faedah industri
pelancongan kepada negara. [2m]
P2 membincangkan cara-cara/langkah-langkah/usaha-usaha/kaedah-kaedah memajukan sektor
pelancongan negara. [1m]
P3 membincangkan kebaikan-kebaikan/kepentingan-kepentingan/faedah-faedah industri
pelancongan kepada negara. [1m]

Isi [16 markah]


FOKUS 1 : cara-cara/langkah-langkah/usaha-usaha/kaedah-kaedah memajukan sektor pelancongan
negara.
Bahan 1
A1 Pihak kerajaan telah menghasilkan kempen pelancongan yang luar biasa.
A2 Pihak berkuasa dan agensi pelancongan perlu bijak menggunakan teknologi untuk
mempromosi keunikan dan keindahan di negara kita.
A3 Kerajaan boleh menghasilkan iklan atau kandungan digital yang mampu memukau masyarakat
asing.
A4 Kerajaan menaja selebriti untuk melancong ke Malaysia dan menarik minat peminat mereka.
A5 Dengan menganjurkan acara atau kejohanan sukan peringkat antarabangsa di dalam negara

Bahan 2
B1 Mendapat suntikan modal daripada pihak kerajaan.

FOKUS 2 kebaikan-kebaikan/kepentingan-kepentingan/faedah-faedah industri pelancongan


kepada negara.
Bahan 1
C1 dapat menarik pelbagai pelabur asing untuk melabur di dalam negara kita.
C2 peluang-peluang pekerjaan yang lebih luas dapat diwujudkan .
C3 dapat menyumbang pendapatan kepada negara.

Bahan 2
D1 Menghirup udara segar dan menikmati alam semula jadi

Bahan 3
E1 dapat bersama dengan keluarga
E2 dapat menghilangkan tekanan
E3 budaya warisan dapat diperkaya

7
Kesimpulan [2 markah]
K1 Kesimpulannya, sektor pelancongan perlu dimajukan agar dapat memacu perkembangan
ekonomi negara. [2 markah]
K2 Kesimpulannya, sektor pelancongan perlu dimajukan [1 markah]

You might also like