Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

1.

0 METODOLOGI KAJIAN

Bahagian ini membincangkan maksud metodologi, reka bentuk kajian,


instrument kajian, cara mendapatkan responden, prosedur mengumpul data dan cara
menganalisis serta mempersembahkan data. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
metodologi bermaksud sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan
dalam sesuatu kegiatan, disiplin dan sebagainya. Melalui metodologi kajian, pengkaji
dapat maklumat yang benar dan tepat untuk melaksanakan program ini. Bukan itu
sahaja, pengkaji dapat menerangkan kajian ini dengan betul dan teliti.

1.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian tinjauan ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan


data- data kuantitatif dan kualitatif yang dipungut melalui soal selidik. Bentuk kajian
ini dipilih kerana pengkaji mudah mengumpulkan maklumat serta dapat
menumpukan lebih perhatian terhadap kajian yang dilakukan. Sebanyak 30 orang
daripada penduduk Kampung Morten terlibat dalam kajian ini. Kajian ini bertujuan
untuk mengenal pasti keunikan Kampung Morten sehingga menarik kedatangan
pelancong luar dan mengkaji kesan kedatangan pelancong ke Kampung Morten
terhadap ekonomi penduduk setempat.

1.2 Instrumen Kajian

Instrumen ialah proses menyediakan alat pengumpulan data menerusi


konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar
belakang. Dalam metodologi kajian ini, terdapat dua instrumen kajian yang
digunakan iaitu soal selidik dan rujukan.

Kaedah Instrumen
Soal selidik Borang Soal Selidik
Rujukan Internet (Artikel dan Kamus)
1.2.1 Borang Soal Selidik

Borang Soal Selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk
tulisan. Instrumen ini dibawah kuantitatif. Menurut Gillham (2000), terdapat
beberapa sebab Borang Soal Selidik menjadi pilihan kebanyakan pengkaji. Salah satu
sebabnya ialah kos membina Borang Soal Selidik adalah murah dan masa yang
diperuntukkan singkat. Terdapat 3 bahagian dalam boring soal selidik ini yang perlu
dijawab oleh responden iaitu penduduk setempat di Kampung Morten. Rasional
menggunakan Borang Soal Selidik tertutup adalah untuk mendapatkan jawapan yang
cepat dan senang untuk dibandingkan.

1.2.2 Rujukan

Kaedah ini dilakukan dengan merujuk kepada pelbagai jenis bahan


rujukan yang terdapat di perpustakaan dan laman web untuk mendapatkan maklumat
yang lebih teliti. Kaedah ini biasanya menjadi maklumat tambahan kepada kajian.
Hal ini berdasarkan kepada skop kajian. Pengkaji boleh merujuk kepada majalah,
internet, surat khabar dan juga buku rujukan. Kamus Dewan turut digunakan untuk
mencari definisi dan konsep perkataan yang berkaitan dengan tajuk.

1.3 Pensampelan Kajian

Kajian ini menggunakan pensampelan bukan probabiliti iaitu teknik


pensampelan bertujuan untuk menjawab objektif yang diutarakan oleh pengkaji.
Seramai 30 orang responden telah dipilih secara rawak mudah untuk menjawab
Borang Soal Selidik ini, iaitu terdiri daripada penduduk yang tinggal di Kampung
Morten. Saiz sampel ini dikatakan relevan menurut Bailey (1984), di mana lebih
kurang 30 kes merupakan saiz minimum bagi kajian yang memerlukan analisis data
perangkaan. Antara ciri-ciri yang diambil kira semasa proses pemilihan responden
adalah mereka seharusnya merupakan penduduk tempatan yang tinggal berdekatan
dengan kawasan kajian. Hal ini demikian kerana mereka merupakan pengguna
terhadap kawasan kajian.
1.4 Prosedur Mengumpul Data

Jenis Kaedah Kaedah


Kuantitatif Soal Selidik
Kualitatif Rujukan

Pengumpulan data yang dibuat dibahagikan kepada dua iaitu sumber


primer dan sumber sekunder. Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini
adalah menggunakan Borang Soal Selidik dan rujukan. Kaedah pertama adalah
Borang Soal Selidik yang sesuai dibentuk untuk membuat kajian terhadap
peningkatan bilangan kedatangan pelancong ke Kampung Morten dapat
meningkatkan ekonomi penduduk. Borang ini mengandungi tiga bahagian iaitu
Bahagian A ialah mengenai Demografi Responden. Skala Nominal digunakan dalam
bahagian ini untuk mengklasifikasi objek, individual atau kelompok. Sebagai contoh
mengklasifikasi jenis jantina, umur, kaum, taraf perkahwinan dan pekerjaan.
Bahagian B pula berkaitan dengan keunikan Kampung Morten yang menarik
kedatangan pelancong luar. Bahagian C adalah mengkaji kesan kedatangan
pelancong ke Kampung Morten terhadap ekonomi penduduk setempat. Kajian ini
menggunakan Skala Likert 5 mata iaitu:

Skor 1 2 3 4 5
Perkara Sangat tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
setuju setuju pasti setuju

Seterusnya, kaedah kedua ialah pengkaji mengunakan kaedah rujukan.


Pengkaji merujuk surat khabar, buku, majalah dan juga internet untuk mendapatkan
maklumat tentang tajuk yang dikaji, Kamus Dewan digunakan untuk mencari konsep
perkataan yang berkaitan dengan tajuk.

1.4.1 Sumber Primer


Sumber primer didapati dengan cara pengambilan data yang dibuat ketika
berada di kawasan kajian yang diperoleh secara langsung Sebagai contoh, kaedah
soal selidik telah dijalankan oleh pengkaji. Dalam kajian ini, borang soal selidik
diedarkan di Kawasan Kampung Morten yang bertujuan untuk mendapatkan maklum
balas daripada 30 orang responden yang terdiri daripada penduduk Kampung
Morten, Melaka. Kaedah kuantitatif merupakan satu kaedah yang menggunakan
analisis statistik Hal ini lebih berdasarkan penyelidikan yang dilakukan melalui
eksperimental dan data numerikal yang dipungut dan dianalisis dengan ujian statistik.

1.4.2 Sumber Sekunder


Data sekunder merupakan data yang diperoleh atau dikumpul dan dirujuk
oleh peneliti dari pelbagai sumber yang sedia ada seperti kamus, bahan-bahan
daripada internet dan bahan ilmiah yang lain. Selain itu, menjalankan lawatan ke
Kampung Morten untuk mendapatkan gambaran sebenar dan mengenal pasti
keunikan Kampung Morten

1.5 Cara Menganalisis Data


Selepas semua maklumat dikumpulkan melalui instrumen kajian yang
dinyatakan, data dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif dalam bentuk
peratusan, min dan kekerapan. Bagi memudahkan data dianalisis, Skala Likert akan
dikategorikan seperti berikut:

Skor 1 2 3 4 5
Skala Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat
Tidak Setuju Pasti Setuju
setuju
Min Tidak Setuju Setuju
(1.00 – 3.09) (3.10 – 5.00)

Peratus dan Min


Peratusan diperoleh dengan menggunakan formula berikut:
Peratusan(%)=(Jumlah kekerapan/Bilangan Responden)× 100%

Min diperoleh berdasarkan skor pada jawapan yang digunakan.


Min =Jumlah skor(X) / Bilangan Responden (n)

1.6 Cara Mempersembahan Data

Selepas mengumpulkan semua data dan dianalisis, data melalui bentuk grafik
iaitu jadual, graf bar dan carta pai yang sesuai.

You might also like