Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Majlis pada pagi ini kita mulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Anuar bin Hassan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Auar bin Hassan atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Seterusnya semua dijemput berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak dan Lagi Sekolah.

Yang berusaha : Puan Norhayati binti Salleh (Guru Besar SK Haji Ramli)
Yang Berusaha : Barisan guru penolong kanan
Encik Norzet bin Jusoh (Penolong Kanan pentadbiran)
Puan Shamela binti Mat Ariffin (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Puan Saliza binti Abdul Samad (Penolong Kanan Kokurikulum)
: Rakan-rakan guru
: dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa, kerana dalam kita
meniti Ramadhonul Kareem yang penuh keberkatan ini, kita dapat dipertemukan dalam Program Pelancaran
Ihya Ramadhan.

Ramadhan merupakan bulan yang dikurniakan ribuan kali ganda pahala ibadah yang tidak terdapat pada bulan-
bulan yang lain. Bulan ini juga bulan doa hambanya diterima, bulan diterima keampunan dan taubat dan bulan
penuh keredaan Allah.

Allah telah berfirman dalam surah al-baqarah ayat 183 yang bermaksud :
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-
orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


Majlis diteruskan dengan Tazkirah Marhaban Ya Ramadhan oleh Ustaz Anuar bin Hassan. Majlis
mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Anuar bin Hassan atas ucapan beliau itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha, Puan Norhayati binti Salleh, Guru Besar SK Haji
Ramli untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Pelancaran Sambutan Ihya Ramadhan SK Haji
Ramli.
Terima kasih diucapkan kepada puan Guru Besar atas ucapan perasmian itu tadi.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


Seterusnya ialah simbolik penyampaian Mentor Mentee. Majlis menjemput Puan Norhayati binti Salleh, guru
Besar SK Haji Ramli untuk menyampaikan buku Laporan Mentor Mentee kepada Pn. Shamela binti Mat
Ariffin.
Terima kasih diucapkan kepada puan Guru Besar.

Majlis sekali lagi menjemput Puan Shamela binti Mat Ariffin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk
mengiringi Puan Norhayati binti Salleh bagi menyampaikan hadiah untuk Program Amalan Guru Penyayang.
Dijemput : NAMA MURID

Terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar atas kesudian memenyampaikan hadiah.
Sekian, assalamualaikumwarahmatullahuwabarakatuh

You might also like