Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR MAS

MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA PEMILIHAN MURID RMT & KWAPM KALI – 1/24

Tarikh : 15 JANUARI 2024 (ISNIN)


Masa : 12.30 tengah hari – 1.00 petang
Tempat : Makmal Komputer
Pengerusi : En. Md. Noor bin Buyamin
Kehadiran (Bilangan) : 15 orang
1. En. Md Noor bin Buyamin – GPK Kurikulum
2. Pn. Mariani binti Tukiman – GPK Hal Ehwal Murid
3. Pn. Rosinah bt Md Ali – GPK PPKI
4. Pn. Nor Syuhada Binti Mohd Isa – Setiausaha HEM
5. Pn. Siti Murniza bt Juzuli – Penyelaras RMT
6. Pn. Haslinah bt Rahmat – Penyelaras KWAPM
7. Pn. Noorhayati bt Mohd Saat (Ketua GPW Papan Timur)
8. Pn. Roain bt Kodin (Pengerusi Badan Kebajikan Wanita
Bandar Mas)
9. Pn. Azizah bt Saim (Ketua Wanita Bandar Mas)

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memberi kata-kata aluan dan terima kasih kepada semua guru
dan jawatankuasa jemputan yang hadir mesyuarat pada hari ini.
1.2 Beliau mengharapkan perjumpaan hari ini dapat sama-sama
membincangkan pemilihan murid yang layak berdasarkan ketetapan untuk
Bantuan RMT & KWAPM
1.3 Semoga data yang ada pada hari ini dapat membantu murid-murid dan
bantuan disalurkan kepada yang layak dan berhak.

2 TAKLIMAT GPK PENDIDIKAN KHAS (PN. ROSINAH BT MD ALI)

2.1 Pn. Rosinah memaklumkan Murid Pendidikan Khas adalah pemegang kad
OKU. Oleh itu mereka akan menerima Elaun Murid Khas (EMK) sebanyak
RM1800. Bantuan akan diberikan melalui 2 fasa iaitu Fasa 1 Bulan Jun,
Fasa 2 Bulan Oktober.

2.2 Murid Pendidikan Khas juga akan menerima RMT secara automatik tanpa
pemilihan kelayakan. Bilangan murid sedia ada adalah 27 orang. 2 orang
murid akan mendaftar di kelas PK minggu depan. Seorang murid Pra PPKI
2023 akan naik ke Tahun 1 dan tambahan murid Haikal iaitu dalam proses
menunggu surat. Jadi jumlah sebenar murid PPKI dalam makluman adalah
seramai 31 orang.
3 TAKLIMAT GPK HEM - PN MARIANI BINTI TUKIMAN

3.1 Pn. Mariani memaklumkan beberapa jenis bantuan murid yang diterima di
sekolah ini iaitu :

1) Bantuan Tetap KPM : RMT & KWAPM


2) Bantuan One Off : BAP (tertakluk kepada surat dan arahan yang
dikeluarkan)
3) Bantuan Agensi Negeri : MAIJ (pakaian sekolah, duit anak yatim)
4) Bantuan NGO : Cermin Mata

3.2 Bagi Agihan BAP fasa 1 sesi 2024 akan dilaksanakan pada 24 Januari
2024, Rabu minggu depan.

3.3 Pihak sekolah juga telah melaksanakan Penyerahan Bantuan Anak Yatim
daripada MAIJ kepada 17 orang murid yang telah disumbangkan melalui
PIBG SK Bandar Mas.

3.4 Pemilihan RMT untuk tahun 2024 adalah mengikut data Paras Garis
Kemiskinan Nasional (PGKN) 2019 berbanding sebelum ini menggunakan
PGKN 2016, manakala pemiihan murid KWAPM tidak berubah dan
mengikut data yang sedia ada.

Pemilihan murid RMT adalah mengikut kriteria yang ditetapkan manakala


pemilihan murid KWAPM ditentukan oleh KPM. Bantuan susu pula secara
automatik akan disalurkan kepada semua murid yang layak RMT

3.5

4 PERBINCANGAN PEMILIHAN MURID RMT

4.1 Pn. Siti Murniza selaku Penyelaras RMT membentangkan cadangan murid
RMT bagi tahun 2024/2025 ialah seramai 83 orang berdasarkan PGKN
2019 seperti yang telah dimaklumkan oleh Pn. Mariani mengikut data
daripada APDM yang terkini.
Murid Perdana 55 orang
Murid PPKI 27 orang
Jumlah 83 orang

4.2 Mesyuarat memutuskan untuk memilih seramai 82 murid sahaja kerana 1


murid akan disemak semula atas sebab-sebab berikut :

NAMA MURID SEBAB


1. Auni Batrisya bt Mohd Semak semula tanggungan nenek dan atuk
Redzuan

Oleh itu keputusan murid layak RMT 2023/2024 ialah seramai 82 orang
iaitu 55 murid perdana dan 27 orang murid PPKI. Bantuan RMT 2023/2024
akan bermula pada Mac tahun hadapan.

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Pn. Haslinah memaklumkan pemilihan murid KWAPM ditentukan


sepenuhnya oleh pihak Kementerian melalui data daripada APDM.

PENUTUP
Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dengan ucapan terima kasih.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh,
Pn Nor Syuhada Binti Mohd Isa
Urusetia Mesyuarat Hem
SK Bandar Mas

Tarikh : 15 JANUARI 2024

You might also like