Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

1. WARISAN NEGARA BANGSA 1 Muncul disebabkan oleh adanya raja.

Raja pemerintah
tertinggi dan dibantu oleh pembesar.
1.1 Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum
2 Pemerintahan beraja diperkukuh dengan Sistem
Kedatangan Barat
Pembesar Empat Lipatan yang menjadi tonggak
pentadbiran Melaka.
1. Asas negara bangsa kerajaan Alam Melayu telah
bermula sebelum kedatangan Barat.
2. Kehebatan dan keagungan Kerajaan Alam Melayu Rakyat
seperti kerajaan Funan. Champa, Kedah Tua, Gangga
1 Rakyat menumpahkan kesetiaan kepada Sultan dan
Nagara, Srivjaya dan Majapahit diwarisi oleh kerajaan
mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan.
Melayu selepasnya.
2 Rakyat Melaka terdiri daripada orang Melayu dan
Orang Laut.
Ciri-ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu
3 Golongan diperintah terdiri daripada rakyat (golongan
rnerdeka dan hamba).
Raja
4 Kesejahteraan rakyat Melaka dijamin oleh sultan,
1 Raja merupakan tongak utama kerajaan. Kedudukan manakala rakyat mengakui kekuasaan sultan.
raja diperkukuh dengan sistem pentadbiran yang 5 Hubungan timbal balik mewujudkan persefahaman dan
dibantu oleh para pembesar. ikatan antara golongan pemerintah dengan golongan
2 Raja memperoleh ketaatan daripada rakyat dan ditaati
diperintah.
serta dianggap suci.
3 Contohnya, Raja Champa dianggap sebagai
pemerintah yang suci dan dikaitkan dengan Dewa Siva.
Kedaulatan
Undang-undang 1 Lambang kekuasaan tertinggi seseorang sultan dan
merupakan hak mutlak sultan untuk mengawal rakyat
1 Dilaksanakan bagi rnemastikan kesejahteraan sesebuah dan wilayahnya.
kerajaan. 2 Kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka diakui oleh
2 Undang-undang terpakai di seluruh wilayah pengaruh kerajaan lain dan bebas daripada campur tangan kuasa
dan menjadi panduan dalam pentadbiran kerajaan. asing.
3 Contohnya. Majapahit mengamalkan undang-undang 3 Kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka juga diiktiraf
Kutara Manawa oleh kerajaan Dinasti Ming dan telah menghantar
utusan seperti Laksamana Cheng Ho untuk
Wilayah Pengaruh mengeratkan hubungan China dengan Melaka.
1 Kawasan yang rakyat menerima dan memperakui
Wilayah Pengaruh
pemerintahan seseorang raja.
2 Contohnya kerajaan Funan mempunyai wilayah
1 Merujuk kawasan pemerintahan raja yang diterima dan
pengaruh yang luas dari Sungai Mekong, Teluk Cam
diakui oleh rakyat.
Ranh, selatan Myanmar dan Segenting Kra.
2 Kesultanan Melayu Melaka mempunyai wilayah
Rakyat pengaruh yang luas merangkumi keseluruhan
Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur
1 Merujuk penduduk di dalam sesebuah wilayah yang Sumatera.
setia kepada raja dan tidak menderhaka. 3 Wilayah pengaruh diperoleh melalui penaklukan,
2 Contohnya, rakyat kerajaan Srivijaya membuktikan naungan dan perkahwinan.
kesetiaan mereka kepada Raja Srivijaya dengan 4 Wilayah pengaruh yang luas membuktikan
upacara persetiaan dan meminum air sumpah kewibawaan pemerintah kerajaan Melaka.

1.2 Ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Undang-undang


Melaka
1 Terdapat dua undang-undang bertulis pada zaman
Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, iaitu Hukum Kanun
Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.

1
2 Undang-undang digunakan untuk mengukuhkan 3 Dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka
kerajaan dan melindungi rakyat. terdapat Pembesar Berempat, iaitu Bendahara,
3 Undang-undang menjadikan Kesultanan Melayu Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.
Melaka sebagai sebuah kerajaan yang unggul. Pembesar lain ialah Syahbandar, Bentara, Orang Kaya,
hulubalang dan penghulu.
4 Sistem pemerintahan yang sistematik menjadikan
Lambang Kebesaran
pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka sebuah
kerajaan yang unggul.
1 Merupakan identiti sesebuah kerajaan dan
keistimewaan Sultan Melaka. Pentadbiran Pusat
2 Lambang kebesaran menjadi simbol kedaulatan sultan
yang memerintah. 1 Dilaksanakan oleh Pembesar Berempat.
2 Hubungan dan persetahaman antara sultan dengan
3 Antara lambang kebesaran Melaka ialah adat istiadat,
pembesar memastikan kejayaan Kesultanan Melayu
penggunaan warna, nobat, regalia dan cap mohor. Melaka. Permuafakatan ini mewujudkan proses
4 Cap mohor digunakan untuk mengesahkan arahan pentadbiran yang sempurna.
daripada sultan. 3 Bendahara menjalankan tugas sebagai ketua pentadbir
dan ketua turus angkatan tentera serta menasihati sultan
1.3 Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang- dalam pelbagai hal dan menjadi pemangku sultan
undang 4 Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem
kewangan yang teratur. Sumber pendapatan diperoleh
Keunggulan Kesultanan Melayu Melaka, terbukti melalui daripada perdagangan, pelbagai jenis cukai dan ufti.
sistem pentadbiran dan undang-undang yang tersusun Penghulu Bendahari dilantik menguruskan
sehingga menjadikan kerajaan Melaka masyhur. perbendaharaan secara teratur.
5 Syahbandar bertanggungjawab mengutip cukai di
Sistem Pentadbiran pelabuhan dan pembesar lain mengutip cukai di
kawasan pegangan. Hasil perbendaharaan disalurkan
1 Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka untuk kepentingan kerajaan seperti membeli senjata
mempunyai pentadbiran yang lengkap iaitu Pembesar dan membina istana.
Empat Lipatan. 6 Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem
2 Ia menjadikan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka keselamatan yang kemas untuk menjaga keamanan di
lancar dan tersusun. darat dan laut. Temenggung dilantik untuk menjaga
3 Sultan Melaka memberi kuasa memerintah atau keselamatan kota Melaka, manakala Laksamana
mentadbir sesuatu wilayah, sungai atau pulau kepada bertindak sebagai panglima angkatan laut Melaka.
para Pembesar dan kawasan pentadbiran ini dikenali
sebagai kawasan pegangan Peringkat Jajahan

Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka 1 Pembesar jajahan dilantik oleh sultan dan Pembesar
Berempat ditugaskan mengurus pentadbiran di daerah
dan kampung.
Sultan 2 Berperanan menjaga dan mengekalkan keamanan
kawasan pentadbiran dan dibenarkan mengutip cukai.
Bendahara
Undang-Undang

1 Kesultanan Melayu Melaka mempunyai dua undang-


Penghulu Temenggung Laksamana undang yang berasaskan syariah dan hukum adat, iaitu
Bendahari Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut
Melaka.
1 Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka 2 Undang-Undang ini dilaksanakan untuk menjamin
tersusun dan berhierarki. kemakmuran dan kesejahteraan Kesultanan Melayu
2 Sultan mengetuai pemerintahan dan mempunyai kuasa Melaka.
dalam segala aspek pemerintahan, peperangan,
hubungan diplomatik dan agama.

2
Hukum Kanun Melaka menjalankan perniagaan hendaklah akil baligh, siuman
dan perlu melafazkan niat jual beli.
Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 Fasal yang
membincangkan jenayah, bidang kuasa sultan dan Undang-Undang Laut Melaka
pembesar, kekeluargaan dan hal berkaitan dengan ekonomi.
Undang-Undang Laut Melaka diusahakan oleh beberapa
Jenayah nakhoda Melaka (Nakhoda Jenal, Nakhoda Diri dan
Nakhoda Sahak). Undang-undang ini diperkenan oleh
1 Perbuatan jenayah menggugat ketenteraman dan Sultan Mahmud Shah dan mengandungi perkara berkaitan
keharmonian. Pelbagai hukuman setimpal dikenakan dengan peranan nakhoda pelayaran, jenayah di atas kapal
terhadap perbuatan jenayah seperti membunuh, dan percukaian.
menikam dan mencuri.
2 Contoh kesalahan yang boleh dikenakan hukuman Peranan Nakhoda
bunuh seperti dalam Fasal 5.1, apabila seseorang
didapati membunuh orang lain tanpa pengetahuan raja 1 Nakhoda berkuasa penuh dan diibaratkan sebagai raja
atau pembesar, maka dia akan dihukum bunuh. Dalam dalam pelayaran. Semua pihak harus mematuhi arahan
Fasal 4, hukuman bunuh dikenakan kepada yang dan perintah nakhoda.
ingkar arahan dan memalsukan titah sultan. 2 Dalam Fasal 13.1. nakhoda perlu diberikan keutamaan
untuk berniaga selama empat hari.
3 Dalam Fasal 13.3 pula dinyatakan, sekiranya nakhoda
Peranan Sultan dan Pembesar hendak singgah di tempat yang ada dalam senarai
persinggahan, nakhoda perlu bermesyuarat dengan
1 Setiap pembesar mempunyai peranan dalam semua orang di dalam kapal untuk mendapatkan
pentadbiran dan mereka perlu arif dalam hal berkaitan persetujuan.
dengan pelaksanaan undang-undang.
2 Contohnya, dalam Fasal 1, dijelaskan tugas Sultan, Pelayaran
Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari.
3 Sultan bertanggungjawab untuk melantik pembesar 1 Menjelaskan peranan beberapa pegawai selain
contohnya Bendahara dan Temenggung. nakhoda, seperti jurumudi, malim dan jurubatu.
2 Menjalankan peranan masing-masing akan menjadikan
Kekeluargaan pelayaran selamat dan 3ancer.
3 Contohnya, dalam Fasal 9, seorang malim harus arif
1 Undang-undang keluarga bertujuan mewujudkan tentang ilmu pelayaran. Malim perlu mengetahui
keharmonian dalam keluarga dan menyelesaikan keadaan ombak, arus dan kedudukan bulan dan bintang
masalah yang dihadapi oleh keluara atau dalam agar pelayaran berada dalam keadaan selamat. Dalam
perkahwinan. Fasal yang sama, jika malim lalai dalam menjalankan
2 Contohnya dalam Fasal 26 menyatakan pernikahan tugas sehingga menyebabkan pelanggaran dan
memerlukan empat orang saksi, jika tidak cukup kerosakan, dia akan dijatuhi hukuman bunuh.
memadai dua orang sahaja. Hamba abdi dan wanita
tidak boleh menjadi saksi dalam pernikahan. Jenayah

Ekonomi 1 Perbuatan jenayah di atas kapal boleh menggugat


ketenteraman dan keselamatan isi kapal.
1 Pedagangan menjadikan Kesultanan Melayu Melaka 2 Undang-undang ini menjelaskan hukuman terhadap
terkenal di seluruh dunia. Undang-undang ini perbuatan jenayah yang berlaku meliputi perbuatan
mempunyai peraturan yang jelas tentang urus niaga mencuri, membunuh dan memberontak.
untuk mengawal perdagangan di Melaka agar tidak 3 Contohnya, dalam Fasal 5, seseorang yang berkelakuan
berlaku sebarang kesalahan yang bertentangan dengan jahat dan membunuh orang di atas kapal, maka orang
ajaran Islam. tersebut akan dikenakan hukuman mati
2 Contohnya, dalam Fasal 30, dinyatakan amalan riba
diharamkan dalam urusan perniagaan dan orang yang

3
Percukaian Peranan Pembesar

1 Percukaian yang sistematik dan adil dinyatakan dalam Peranan Pembesar


undang-undang ini.
2 Pelbagai cukai dikenakan dalam urusan pelayaran 1 Memelihara keamanan dan kebajikan rakyat di
untuk perdagangan.Contohnya, cukai perjalanan dan kawasan pegangan.
hasil perniagaan. 2 Menjadi perantara antara sultan dengan rakyat.
3 Dalam Fasal 6.3, nakhoda menentukan jumlah cukai 3 Mengutip hasil melalui sistem serah dan membekalkan
yang dikenakan terhadap penumpang, iaitu satu tenaga tentera melalui sistem kerah.
persepuluh daripada hasil penumpang sekiranya
penumpang ingin turun sebelum sampai janjinya sama Rakyat
ada tiga tahun, tiga bulan atau tiga hari.
1 Rakyat terdiri daripada pelbagai golongan seperti
peniaga, Petani, tukang dan nelayan.
1.4 Peranan Pemerintah dan Rakyat 2 Hamba pula terdiri daripada hamba raja, hamba
berhutang dan hamba biasa.
Masyarakat dalam Kesultanan Melayu Melaka terbahagi
kepada dua, iaitu golongan pemerintah dan diperintah.
Peranan Rakyat
Golongan Pemerintah
1 Menunjukkan taat setia kepada pemerintah.
Golongan pemerintah terdiri daripada sultan, pembesar, 2 Mematuhi segala arahan pemerintah dan tidak akan
kerabat raja dan ulama. menderhaka kerana takut ditimpa tulah.
3 Menjadi tentera.
Peranan Sultan 4 Menghadiri majlis umum seperti gotong-royong.
5 Menjadi pengayuh atau pendayung kapal perang.
1 Menaungi dan menjaga keselamatan rakyat. 6 Menyumbang tenaga kerja melalui sistem kerah seperti
2 Mewujudkan perpaduan rakyat. membina istana atau jalan.
3 Bertanggungjawab terhadap kestabilan dan
kemakmuran kerajaan.
4 Memperkenalkan undang-undang untuk mengawal
rakyat.

4
Bab 2 : KEBANGKITAN NASIONALISME 2.2 Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat

2.1 Maksud Nasionalisme 1. Nasionalisme di Barat hasil penentangan terhadap


pemerintahan beraja yang menindas serta menggugat
1. Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan hak dan kebebasan rakyat.
negara. 2. Idea nasionalisme juga dikaitkan dengan perjuangan
2. Nasionalisme diertikan perjuangan menentang untuk memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan
penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan negara. kuasa asing.
3. Nasionalisme bermaksud gerakan untuk mencapai
kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada
penguasaan orang asing. Revolusi Keagungan (Glorious Revolution 1688)

Pendapat Tokoh 1. Berlaku disebabkan oleh keinginan menegakkan


kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat kerana Raja
Hans Kohn James II membelakangkan parlimen semasa menggubal
Nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan undang-undang.
kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya. 2. Ahli parlimen bangkit menentang pemerintahan raja
berkuasa mutlak dengan sokongan Mary II dan
Prof. William R. Roff suaminya, Raja William of Orange dari Belanda. Raja
Kebangkitan nasionalisme Melayu lebih kepada kesedaran James II melarikan diri ke Perancis.
dan ketegasan diri disebabkan ancaman terhadap hak orang
3. Peralihan kuasa berlaku secara aman tanpa pertumpahan
Melayu dan faktor ekonomi serta kebimbangan terhadap
sekularisme dan imperialisme Barat. darah.
4. Semasa pemerintahan Mary II dan William of Orange,
Dato’ Onn Jaafar konsep kedaulatan parlimen dan sistem raja
Ingin menzahirkan suatu bangsa yang lebih tegap dan kuat, berperlembagaan dimantapkan.
boleh berdiri di atas tapak kaki sendiri dan mengambil tempat 5. Bill of Rights digubal untuk memberikan keutamaan
yang sebenar di sisi bangsa lain yang tegap dan bersatu. kepada parlimen menggubal undang-undang dan hak
mengutip cukai.
Dr. Burhanuddin al-Helmi
Perjuangan menentang penjajahan hendaklah ada persatuan
Revolusi Amerika (1776)
dan perpaduan yang kuat. Tenaga menentang penjajahan
hendaklah digunakan untuk mencapai kemerdekaan dengan
berpegang pada tatatertib dan adab sopan bangsa Melayu dan 1. Reaksi orang Amerika menentang penjajahan British
agama Islam untuk menebus, merebut dan merampas disebabkan tindakan British tidak melindungi hak
kembali hak mutlak bangsa yang telah ditenggelamkan oleh penduduk Amerika yang merupakan sebahagian
penjajah. daripada empayar British. Terdapat 13 buah tanah
jajahan British di Amerika.
Dr. R. Suntharalingam
2. Penduduk Amerika menentang akta yang diperkenalkan
Nasionalisme merupakan fenomena sejagat yang mengiktiraf
hak setiap bangsa di dunia untuk menubuhkan negaranya untuk memungut cukai seperti Akta Pelayaran, Akta
sendiri dan memindahkan kedaulatan kepada rakyat. Gula, Akta Setem dan Akta Teh.
3. Mereka melaungkan slogan "tiada cukai tanpa
perwakilan" kerana tiada wakil Amerika dalam Parlimen
Prof. Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid British.
Nasionalisme Melayu telah wujud sejak zaman Kesultanan 4. George Washington mengetuai kongres
Melayu Melaka. Kesetiaan kepada raja merupakan ciri
mengisytiharkan perang terhadap British untuk
nasionalisme Melayu ketika itu dan orang Melayu berpegang
pada faham kebangsaan yang bersifat “Ketanah Melayuan". memperjuangkan kemerdekaan Amerika. Kongres
meluluskan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika yang
Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim ditulis oleh Thomas Jefferson pada bulan Julai 1776.
Sebelum merdeka, nasionalisme digunakan untuk merujuk 5. Perisytiharan tersebut menegaskan bahawa sekiranya
perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali sesebuah kerajaan tidak dapat menjamin hak kehidupan.
kedudukan unggul dalam negara sendiri kebebasan dan kebahagiaan, maka menjadi hak
penduduk untuk membentuk kerajaan baharu.
6. Revolusi Amerika berakhir pada tahun 1783, apabila
British mengakui kemerdekaan 13 buah bekas tanah
jajahan tersebut digabungkan dan diberikan nama baharu
sebagai Amerika Syarikat.
9
Revolusi Perancis (1789) menjadikan satyagraha sebagai pegangan untuk
menggerakkan nasionalisme di India.
1. Tercetus daripada idea nasionalisme yang 6. Selepas Perang Dunia Kedua , INC dan Liga Muslim
memperjuangkan kebebasan. persamaan dan membentuk jawatankuasa khas merangka rancangan
persaudaraan oleh golongan pemikir Perancis seperti pembahagian India, kepada negara India dan Pakistan.
Jean Jacques Rousseau (Rousseau) dan Voltaire. Pada 14 Ogos 1947, Pakistan diumumkan sebagai negara
2. Rousseau telah menulis The Social Contract yang merdeka, Muhammad Ali Jinnah sebagai Gabenor
mengemukakan keunggulan suara rakyat bagi menjamin Jeneral Pakistan.
kesejahteraan masyarakat. Suara rakyat digeiar sebagai 7. India pula mengisytiharkan kemerdekaan pada 15 Ogos
"hasrat umum" yang merupakan kata sepakat golongan 1947. Jawaharlal Nehru sebagai Perdana Menteri
yang mempunyai kesedaran. Menurut Rousseau, pertama India.
kedaulatan suara rakyat lebih tinggi dan penting
daripada institusi raja dan birokrasi. Nasionalisme di China
3. Sasaran revolusiner adalah terhadap pemerintahan
1. Tujuan mengukuhkan peradaban China dalam kalangan
autokratik Raja Louis XVI (1774-1792) dan golongan
orang Cina daripada ancaman penguasaan politik dan
bangsawan. ekonomi oleh kuasa asing.
4. Mereka memonopoli pelbagai keistimewaan, sebaliknya 2. Penentangan terhadap kelemahan pemerintahan Dinasti
rakyat terbeban dengan pelbagai cukai. Manchu (dianggap sebagai orang luar) yang kehilangan
5. Golongan revolusi menggempur penjara Bastile, mandat serta kegagalan menghalang kemasukan
membebaskan tahanan politik dan seterusnya pengaruh Barat di China.
menggulingkan Raja Louis XVI. 3. Tokoh Gerakan kebangkitan rakyat di China dipelopori
oleh Dr. Sun Yat Sen.
6. Revolusi Perancis membawa kemunculan Republik
4. Beliau mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min
Perancis dan mengakhiri sistem pemerintahan beraja di
Chu-i) sebagai ideologi perjuangan
Perancis.
i. Nasionalisme
2.3 Perkembangan Nasionalisme di Asia ii. Demokrasi
iii. Kebajikan sosial.
Kedatangan dan penjajahan kuasa Eropah di Asia
mencetuskan kebangkitan nasionalisme seperti di India, 5. Prinsip tersebut menjadi asas kepada gerakan Revolusi
China, Mesir, empayar Uthmaniyah dan Jepun. China pada tahun 1911 yang berjaya menumbangkan
pemerintahan Dinasti Manchu dan kemunculan
Nasionalisme di India
pemerintahan republik di China.
1. Merupakan reaksi penduduk tempatan terhadap dasar
Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir
imperialisme British. Dahagi India 1857 merupakan titik
tolak kepada perkembangan nasionalisme di India.
Lahir daripada kesedaran untuk mempertahankan sistem
2. Nasionalisme awal memberikan perhatian terhadap isu
sosioagama. Brahmo Samaj dan Arya Samaj merupakan pemerintahan Islam dan agama Islam yang diancam oleh
pertubuhan penting yang menggiatkan rasa kecintaan imperialisme Barat pada abad ke-19. Kesedaran tersebut
kepada budaya tempatan kesan pengaruh budaya Barat mencetuskan gerakan Pan-Islamisme dan gerakan Islah.
3. Penghujung abad ke-19, perkembangan pendidikan
Gerakan Islah
Barat melahirkan golongan intelektual memulakan
gerakan nasionalisme yang lebih tersusun dengan 1. Merujuk gerakan pemulihan Islam. Dipelopori oleh
menubuhkan pertubuhan politik untuk menyuarakan Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad
pandangan (Kongres Kebangsaan India (Indian National Abduh.
Congress (INC) pada tahun 1885 dan Liga Muslim pada 2. Imperialisme Barat di Mesir menyebabkan berlakunya
tahun 1906). pertembungan kebudayaan antara Eropah-Amerika
4. Pada awal abad ke-20, muncul gerakan bersifat keras dengan kebudayaan tempatan yang mengubah budaya
dan tradisi kepercayaan masyarakat tempatan.
yang diketuai oleh nasionalis radikal seperti Bal
3. Gerakan Islah menyeru umat Islam berpegang pada
Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal menentang ajaran Islam yang sebenar berpandukan al-Quran dan
British secara militan. Hadis serta memperbaik kehidupan masyarakat untuk
5. Selepas Perang Dunia Pertama, Kongres Kebangsaan melepaskan diri daripada penjajahan.
India (INC) memperlihatkan dasar tidak bekerjasama
dengan British. Mahatma Gandhi menerajui gerakan ini

10
Gerakan Pan-lslamisme c. Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina (1892) mendesak
kerajaan Sepanyol melakukan perubahan politik,
1. Pada tahun 1883, Sayyid Jamal al-Din al-Afghani ekonomi dan sosial.
menubuhkan al-Urwah al-Wuthqa (lkatan yang Kuat). 2. Bonifacio menubuhkan Katipunan untuk menuntut
2. Bertujuan untuk memperkuat rasa persaudaraan dan kemerdekaan Filipina melalui revolusi (radikal).
membawa umat Islam kepada kemajuan. a. Katipunan menggunakan akhbar Kalayan untuk
menyebarkan idea revolusinya.
3. Pertubuhan ini telah menerbitkan akhbar al-urwah al-
b. Bonifacio dan Aguinaldo telah memimpin Katipunan
Wuthqa untuk menyebarkan idea Pan-lslamisme (seruan
melancarkan Revolusi Filipina pada tahun 1896 untuk
penyatuan persaudaraan umat Islam di seluruh dunia} menyingkirkan pemerintahan Sepanyol, tetapi gagal.
bangkit menghalang peluasan kuasa Barat.
4. Pada tahun 1914. empayar Uthmaniyah mengeluarkan 3. Aguinaldo bekerjasama dengan Amerika Syarikat
fatwa menyeru umat Islam yang ditindas penjajah Barat berjaya mengusir Sepanyol dari Filipina.
bangkit berjuang bersama-sama dengan empayar a. Perisytiharan Kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo
Uthmaniyah. (1899) tidak diiktiraf oleh Amerika Syarikat, Filipina
5. Pemerintah empayar Uthmaniyah, Khalifah Abdul diletakkan di bawah penguasaan Amerika Syarikat.
Hamid II menggerakkan idea Pan-lslamisme. Gerakan b. Golongan nasionalis mengubah strategi perjuangan
ini mendapat sokongan umat Islam di seluruh dunia dengan menggunakan saluran diplomasi (melalui parti
termasuklah Tanah Melayu. Contohnya, kebangkitan politik sederhana).
Tok Janggut menentang British di Kelantan pada tahun
c. Sergio Osmena, pemimpin Parti Nasionalis dilantik
1915.
menganggotai Dewan Perhimpunan Filipina pada tahun
Nasionalisme di Jepun 1907.
d. Gerakan menuntut kemerdekaan ini diteruskan oleh
1. Digerakkan oleh Maharaja Mikado Meiji (1868) untuk golongan nasionalis sehingga Perang Dunia Kedua.
mencapai kemajuan bagi mengelakkan ancaman
imperialisme Barat. Gerakan pemulihan Jepun Nasionalisme Burma (Myanmar)
menekankan pemodenan mengikut model Barat supaya
Jepun dihormati oleh kuasa Barat. 1. Perjuangan golongan kelas menengah, sami Buddha
2. Prinsip dan semangat bushido dijadikan asas membina (pongyi), Thakin (siswazah universiti) dan golongan
nasionalisme dalam kalangan rakyat dan pemerintah. petani menentang imperialisme British.
3. Pemulihan meliputi gerakan pembaharuan dalam semua 2. Dipimpin golongan kelas pertengahan berpendidikan
aspek kehidupan yang menjadikan Jepun muncul Barat kerana pengaruh British mengancam kedudukan
sebagai negara perindustrian dan kuasa tentera yang kuat agama Buddha.
3. Mereka menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada
di Asia pada awal abad ke-20. tahun 1906 untuk mengekalkan tradisi Buddha,
4. Desakan ekonomi dan nasionalisme melampau oleh pendidikan dan kebudayaan Burma.
golongan tentera menjadikan Jepun sebagai kuasa 4. Persatuan ini menggunakan isu kasut untuk
imperialisme di Asia membangkitkan nasionalisme.
5. Persatuan Belia Buddha diambil alih oleh pemimpin
2.4 Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara yang lebih radikal seperti U Ba Pe.
6. Persatuan ini dinamakan Majlis Persatuan Am Kesatuan
Burma dan mula memperjuangkan isu yang berkaitan
1. Nasionalisme di Asia Tenggara (Filipina, Burma dengan bangsa Burma.
(Myanmar), Vietnam dan Indonesia) merupakan gerakan 7. Pada tahun 1920, Revolusi Pelajar menuntut penubuhan
membebaskan diri daripada penjajahan kuasa Barat. universiti untuk mereka.
2. Di Thailand, gerakan nasionalisme bersifat menuntut 8. Golongan sami Buddha menubuhkan Majlis Am Sangha
pembaharuan dalam pentadbiran ke arah mengekalkan Samagyi dan mencetuskan Pemberontakan Saya San
kedaulatan negara daripada ancaman imperialisme. (1930-1932). Pemberontakan yang diketuai oleh Saya
San, bekas pongyi mendapat sokongan golongan petani
Nasionalisme Filipina yang terbeban dengan pelbagai jenis cukai.
9. Pengenalan Perlembagaan Burma 1935 yang
Bertujuan untuk menghapuskan penjajahan asing. memisahkan Burma dengan India telah merangsang
perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.
1. Nasionalisme awal berbentuk Gerakan Propaganda 10. Golongan Thakin menubuhkan Parti Do Bama Asiayone
dipimpin oleh Jose Rizal. (Kami Orang Burma) untuk memperjuangkan
kemerdekaan Burma.
a. Gerakan ini menuntut Filipina dijadikan sebahagian
11. Pemimpin parti tersebut, Aung San, Kyaw Nein dan U
daripada wilayah Sepanyol
Nu menggelar diri sebagai "Thakin" (bermaksud tuan)
b. Mempunyai hak yang sama seperti bangsa Sepanyol.

11
menegaskan orang Burma mesti bertuankan orang 8. Langkah ini membentuk imej Thailand sebagai negara
Burma. yang bersahabat dengan Barat.
12. Dr. Ba Maw yang memenangi pilihan raya pada tahun 9. Pemodenan dan dasar terbuka Raja Mongkut diteruskan
1937 kemudiannya dilantik sebagai Perdana Menteri
oleh Raja Chulalongkorn untuk menjadikan Thailand
yang pertama.
negara yang bebas daripada penjajahan kuasa Barat.
Nasionalisme Indonesia 10. Nasionalisme dalam kalangan rakyat timbul semasa
pemerintahan Raja Vajiravudh.
1. Nasionalisme awal berkisarkan isu pendidikan untuk 11. Kelemahan pentadbiran Raja Vajiravudh menimbulkan
mengubah nasib rakyat akibat dasar penjajah Belanda. kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh
2. Raden Adjeng Kartini mempelopori perjuangan kerabat diraja.
memajukan pendidikan wanita. 12. Nai Pridi Phanomyong dan Field Marshal
3. Karya Kartini, Hilang Gelap Terbitlah Terang Phibulsongkram menubuhkan Parti Rakyat dan
dibukukan dan diterbitkan pada tahun 1911 dan
melancarkan Revolusi Thai (1932), menamatkan
kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa lnggeris
dengan judul Letters of a Javanese Princess. pemerintahan raja berkuasa mutlak.
4. Hilang Gelap Terbitlah Terang mendedahkan dasar 13. Pemerintahan raja berperlembagaan diperkenalkan, raja
diskriminasi Belanda yang menindas dan membawa diletakkan pada kedudukan tertinggi tetapi tidak
kemunduran kepada bangsa Indonesia. mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Thailand yang
5. Nasionalisme seterusnya berkembang apabila dijalankan oleh Perdana Menteri.
munculnya pertubuhan yang lebih tersusun seperti 14. Seterusnya, Nasionalisme berkembang kerana rasa tidak
Muhammadiyah untuk mempertahankan agama Islam puas hati rakyat terhadap penguasaan ekonomi oleh
daripada ancaman sekularisme Barat. kapitalis Barat dan orang Cina.
6. Nasionalisme menjadi semakin radikal dengan 15. Perdana Menteri, Phibulsongkram meluluskan undang-
penubuhan parti politik yang memperjuangkan undang nienyekat penguasaan ekonomi oleh orang Cina
kemerdekaan seperti Sarekat Islam (SI), Partai Komunis dan menggalakkan peribumi terlibat dalam kegiatan
Indonesia (PKI) dan Partai Nasionalis Indonesia (PNI). ekonomi.
7. Kepimpinan Soekamo menjadikan PNI sebagai sebuah 16. Semasa Perang Dunia Kedua, dasar bekerjasama dengan
parti yang berpengaruh. Jepun menyebabkan Thailand tidak dijajah oleh Jepun.
8. Pada tahun 1928, Kongres Pemuda Indonesia 17. Thailand turut memperoleh semula hak wilayah di
melahirkan ikrar "Sumpah Pemuda" menjadi tonggak Indochina dan negeri utara Tanah Melayu.
nasionalisme.
9. Soekarno mempelopori pembentukan Permuafakatan 2.5 Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita
Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI),
gabungan parti politik Indonesia yang memperjuangkan Kesedaran nasionalisme di negara kita dapat dikesan sejak
kemerdekaan. zaman Kesultanan Melayu Melaka dan berkembang semasa
menghadapi ancaman Siam dan British.
Nasionalisme Thailand
Zaman Kesultanan Melayu Melaka
1. Berbeza dengan gerakan nasionalisme di negara lain di
Asia Tenggara yang bersifat antipenjajah dan 1. Kepimpinan Kesultanan Melayu Melaka seperti Sultan
memperjuangkan kemerdekaan. Muzaffar Shah dan Sultan Mahmud Shah seharusnya
2. Nasionalisme Thailand bertujuan mempertahankan disanjung.
kedaulatan negara serta menuntut penglibatan rakyat 2. Sultan Mahmud Shah setelah berundur dari Melaka,
dalam pemerintahan. berusaha untuk mendapatkan Melaka kembali dengan
3. Nasionalisme di Thailand dipelopori oleh Raja Thailand melakukan tiga kali serangan terhadap Portugis, namun
serangan tersebut menemui kegagalan.
melalui usaha diplomasi dan permodenan.
4. Raja Mongkut membina hubungan baik dengan kuasa
Perjuangan Sultan Kedah
Barat (British, Amerika Syarikat dan Perancis)
5. Melakukan pemodenan dengan melaksanakan birokrasi 1. Sultan Abdullah Mukarram Shah berusaha untuk
Barat. mendapatkan kembali Pulau Pinang yang merupakan
6. Membawa masuk Penasihat Barat untuk melatih sebahagian daripada wilayah Kedah daripada Syarikat
pegawai tempatan dalam pentadbiran kewangan. Hindia Timur Inggeris (SHTI). Perjuangan baginda
pelabuhan, kastam, ketenteraan dan polis. merupakan perjuangan terawal menentang British di
7. Guru dari Barat, terutamanya British dibawa masuk Kedah.
untuk melaksanakan sistem pendidikan Barat.

12
Perjuangan Tokoh-Tokoh Lain 2. Memberi kesan kepada rakyat untuk menaikkan
semangat mereka bagi memahami realiti hidup
1. Penghulu Dol Said, Dato' Maharaja Lela, Pandak Lam, masyarakat yang dijajah seperti novel Melor Kuala
Dato' Bahaman, Rentap, Mat Salleh, Tok Janggut dan Lumpur (Harun Aminurrashid) dan cerpen Cerita Awang
Haji Abdul Rahman Limbong bersungguh-sungguh Putat (Abdul Rahim Kajai).
menentang penjajah British pada penghujung abad ke-19 3. Karya Pak Sako turut menyindir penjajah dan
dan awal abad ke-20. mengingatkan anak bangsa akan kepentingan menikmati
2. Perjuangan mereka bersifat setempat. namun selari kebebasan.
dengan erti nasionalisme, iaitu perjuangan
membebaskan negara daripada ancaman luar dan Media Cetak
mendaulatkan wilayah masing-masing.
3. Reaksi dan tindak balas yang keras daripada penjajah 1. Akhbar dan majalah berperanan sebagai penyalur
telah memaksa nasionalis kita bergerak secara maklumat dan penyebar berita. Antara akhbar awal ialah
sederhana. Jawi Peranakan (menegur campur tangan British dalam
Perjuangan Tokoh Agama soal agama Islam di Singapura dan isu Bahasa Melayu).
2. Akhbar Sekola Melayu digunakan sebagai bahan
1. Dibawa oleh gerakan Islah sejak awal abad ke-20. pembacaan di sekolah Melayu.
Gerakan ini dipelopori oleh Sheikh Muhammad Tahir 3. Al-lmam, Neracha dan Pengasuh memuatkan idea
Jalaluddin, Haji Abbas Mohd Taha dan Syed Sheikh al- pembaharuan.
Hadi.
4. Akhbar Fajar Sarawak yang diterajui oleh angkatan
intelektual Melayu diterbitkan sebagai wadah bagi
Perjuangan Melalui Penulisan & Pertubuhan
Sosioekonomi mengkritik dasar pemerintahan Brooke yang
mengabaikan hak dan kepentingan bumiputera Sarawak
1. Perjuangan melalui penulisan kreatif dan akhbar yang
digerakkan oleh individu seperti Zainal Abidin Ahmad Sistem Pendidikan
(Za'ba), Muhammad Rakawi Yusuf, Abdul Rahim Kajai,
1. Pendidikan moden Islammenerusi penubuhan madrasah
Hajah Zainon Munshi Sulaiman (Ibu Zain) dan Fatimah telah meniupkan semangat baharu dalam kalangan
Yaakub.
pelajar pada awal abad ke-20 (Madrasah al-Attas di
2. Perjuangan melalui pertubuhan sosioekonomi oleh
Johor Bahru 1914, Madrasah al-Masyhur di Pulau
golongan berpendidikan Inggeris dan Melayu, seperti
Pinang 1916 dan Madrasah al-Idrisiyah di Kuala
Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad, Ahmad
Kangsar 1926).
Boestamam dan Burhanuddin al-Helmi. Kekangan
2. Institusi ini menerima idea nasionalisme melalui
kewangan, halangan undang-undang dan pengawasan
kunjungan para ulama Kaum Muda dari Sumatera Barat
ketat pemerintah, perjuangan mengkritik dan
dan kepulangan pelajar dari Mesir yang menyebarkan
menyedarkan masyarakat tetap mereka teruskan.
idea kemajuan dan pemodenan kepada masyarakat.
3. Raffles Institution di Singapura, Maktab Melayu Kuala
2.6 Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme
Kangsar atau Malay College Kuala Kangsar (MCKK)
dan Maktab Perguruan Sultan Idris atau Sultan Idris
Peranan Agama
Training College (SITC) melahirkan golongan yang
memimpin rakyat menuntut hak untuk mendapatkan
1. Pelajar yang melanjutkan pelajaran di Mesir terdedah
pendidikan.
dengan perjuangan gerakan Islah di Mesir pimpinan
4. Melalui sistem pendidikan pelajar didedahkan dengan
Sayyid Jamal al-Din al-Afghani, Sheikh Muhammad
idea tokoh falsafah Islam dan Barat yang
Abduh dan Rashid Rida.
memperlihatkan kelemahan bangsa yang dijajah serta
2. Gerakan Islah menyeru umat Islam kembali kepada
mendesak British melakukan pembaharuan. Contohnya,
ajaran Islam yang sebenar dengan berpandukan al-Quran
SITC menjadi medan ilmu untuk berbincang dan
dan Hadis serta menentang imperialisme Barat di negara
menghasilkan karya nasionalisme bagi menyedarkan
Islam.
masyarakat.
Penulisan Kreatif
Kemunculan Golongan Intelektual
1. Novel, cerpen dan puisi digunakan sebagai wadah untuk
1. Perkembangan sistem pendidikan, melahirkan golongan
mengungkap keperitan hidup bangsa yang dijajah serta
intelektual lepasan Timur Tengah seperti Syed Sheikh
penderitaan rakyat.
13
al-Hadi. Beliau menggerakkan idea pembaharuan dalam mereka ini didorong oleh kecenderungan terhadap
masyarakat. gerakan Islah semasa menuntut di TimurTengah.
2. Intelektual berpendidikan Inggeris dan Melayu seperti
Penubuhan madrasah
Abdul Kadir Adabi, Dato' Undang Rembau Abdullah
Haji Dahan, Mohammad Eunos Abdullah, Ustaz Abu 1. Kesedaran pentingnya pendidikan menyebabkan lebih
Bakar Mohd Said (Abu Bakar al-Baqir) dan Ibrahim Haji banyak madrasah ditubuhkan yang membawa kesan
Yaakob, menggunakan akhbar serta menubuhkan positif kepada masyarakat (Madarasah menyebarkan
persatuan bersifat sosioekonomi dan politik untuk fahaman Islah)
menyedarkan rakyat tentang nasionalisme. 2. Madrasah yang ditubuhkan seperti Madrasah al-Attas di
Johor Bahru, Johor, Madrasah al-Khairiah al-Islamiyah
Pengaruh Luar Serta Serantau di Pokok Sena, Kedah dan Maahad al-Ehya Assharif,
Gunung Semanggol, Perak.
1. Kebangkitan Pan-Islamisme di empayar Uthmaniyah
3. Pelajarnya membawa kemajuan dan pemodenan dari
menyedarkan umat Islam untuk bersatu menentang
aspek sikap serta pentafsiran terhadap Islam. Wanita
ancaman luar.
juga diberikan peluang belajar di madrasah.
2. Pengaruh Gerakan Islah di Mesir menggesa umat Islam
4. Pembentukan intelektual baharu Islam telah mendorong
melakukan pembaharuan yang progresif.
mereka berusaha menyatukan rumpun Melayu dan
3. Kemunculan Jepun sebagai kuasa besar dunia yang
memajukan Islam melalui pentafsiran baharu seperti
berjaya menewaskan Rusia membuka mata penduduk
yang dibawa oleh reformis Mesir.
tempatan untuk memperjuangkan nasib mereka.
5. Idea mereka disalurkan melalui akhbar dan majalah (Al-
4. Gerakan Revolusi China pimpinan Dr. Sun Yat Sen
Imam, Al-lkhwan, Nerachadan Tunas Melayu) yang
berjaya menewaskan kerajaan Manchuria dan
membangkitkan kesedaran nasionalisme.
menubuhkan sebuah negara Republik menimbulkan
kesedaran nasionalisme kepada rakyat di negara kita
Intelektual Berpendidikan Inggeris
untuk menentang penjajah.
5. Perjuangan Mahatma Gandhi di India yang menentang
1. Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK 1905)
British tanpa kekerasan menjadi inspirasi kepada
melahirkan intelektual berpendidikan Inggeris dan
golongan nasionalis.
berperanan dalam perkembangan nasionalisme.
6. Perjuangan Jose Rizal di Filipina dan Soekarno di
2. Tujuan awal ditubuhkan adalah untuk melatih anak
Indonesia menyemarakkan usaha menentang penjajah di
bangsawan bagi diserapkan dalam pentadbiran kerajaan
negara kita.
British.
3. Lepasan maktab ini menggunakan kedudukan mereka
2.7 Perkembangan Nasionalisme
untuk menyuarakan hak mendapat pendidikan bagi
orang Melayu.
Perkembangan nasionalisme di negara kita boleh dilihat
4. Lepasan maktab ini (Raja Chulan Raja Abdullah,
melalui tiga aspek:-
Mahmud Mat, Mohammad Eunos Abdullah dan Raja
1. Dipelopori oleh golongan intelektual. Uda Raja Muhammad) bertugas sebagai pegawai
2. Penulisan oleh golongan guru, penulis dan kerajaan menuntut British memperbaiki taraf hidup
wartawan yang menghasilkan karya (akhbar, orang Melayu, di samping membuka lebih banyak
majalah, novel, cerpen serta puisi). peluang pekerjaan kepada orang Melayu dalam jabatan
3. Kewujudan pertubuhan atau persatuan bersifat
kerajaan.
sosioekonomi dan politik yang diterajui oleh
pelbagai pihak. 5. Mereka menyalurkan idea dan tuntutan dengan cara
berbaik-baik dengan British serta menggunakan akhbar
2.7.1 Perjuangan Golongan Intelektual (Warta Malaya, Lembaga Malaya dan Utusan Melayu).
Berpendidikan Agama
Intelektual Berpendidikan Melayu
Peranan tokoh (Kaum Muda)
Maktab Perguruan Sultan ldris (SITC 1922) berjaya
1. menyalurkan idea melalui gerakan Islah dan melahirkan semangat kesedaran bangsa melalui beberapa
menjadikan agama Islam sebagai asas kemajuan untuk usaha seperti yang berikut:
dunia dan akhirat.
2. Tokohnya Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Syed
Sheikh al-Hadi dan Haji Abbas Mohd Taha. Kesedaran 1. Peranan guru (O.T. Dussek, Abdul Hadi Hassan, Abdul
Hadi Abdul Manan dan Harun Aminurrashid)
14
2. Berjaya meniupkan kesedaran dalam kalangan pelajar 10. Di Sabah, kebanyakan isu pendidikan, tanah bumiputera
sehingga lahir ramai tokoh penulis dan nasionalis. dan kewangan petani disuarakan oleh Ketua-ketua Anak
3. Kewujudan Pejabat Karang Mengarang (Ketua Negeri dalam mesyuarat mereka dan melalui aktiviti
persatuan sosiobudaya.
Penterjemahnya Za'ba), berjaya menghasilkan buku
berkualiti, di samping menjadi pemangkin mengasah
Akhbar Masyarakat Cina
bakat pelajar dalam usaha membangkitkan semangat
kebangsaan. Tokoh nasionalis yang muncul daripada 1. Editor akhbar Cina merangsang pemikiran masyarakat
kepesatan karya pejabat ini ialah Buyong Adil dan Abdul Huachiao (kaum Cina seberang laut) untuk mengekalkan
Hadi Hassan. identiti, memperjuangkan nasib wanita dan menyemai
4. Kemasukan bahan bacaan dari Timur Tengah dan perasaan cinta akan negara China. Orientasi dan aspirasi
Indonesia menjadikan SITC sebuah taman ilmu yang penulisan akhbar (Lat Pau dan Modern Daily News)
mendedahkan pembaharuan dari negara luar. cenderung ke arah negara asal mereka.
5. Kurikulum SITC menitikberatkan mata pelajaran 2. Menjelang abad ke-20, akhbar (Nanyang Tsung Hui Pao
Sejarah dan pendedahan keagungan empayar Melayu di dan Chong Shin Yit Pao) memuatkan soal pemerintahan
Alam Melayu membangkitkan kesedaran kepada monarki serta pergolakan politik di China.
penuntutnya. Mata pelajaran Anyaman dan Kesihatan 3. Menjelang tahun 1929, Orientasi penulisan lebih bersifat
serta Sukan dianggap penting dalam kurikulum di SITC. anti imperialisme.
6. Pada tahun 1929, lahirlah Pertubuhan Ikatan Pemuda 4. Sekitar tahun 1930-an, akhbar Nanyang Siang Pao di
Pelajar dan Ikatan Semenanjung Borneo yang akhirnya Pulau Pinang mula memperjuangkan soal kesatuan
melahirkan persatuan radikal, iaitu Kesatuan Melayu sekerja dan keadilan sosioekonomi bagi masyarakat
Muda. kelas bawahan.

2.7.2 Perjuangan Melalui Penulisan (akhbar, Akhbar Masyarakat India


majalah, novel, cerpen dan puisi)
1. Masyarakat India cenderung menerbitkan akhbar
Akhbar dan Majalah walaupun beroperasi dalam tempoh yang singkat.
Kandungannya memperjuangkan kepentingan politik
1. Akhbar dan majalah memainkan peranan
dan sosial masyarakat India di negara ini (akhbar Tamil
mengetengahkan isu hak dan masa depan bangsa,
Nesan dan Tamil Murasu).
polemik antara Kaum Muda dengan Kaum Tua serta isu
2. Akhbar The Indian dan Indian Pioneer memuatkan
pentadbiran, ekonomi dan sosial.
pemikiran dan kepentingan perpaduan bagi masyarakat
2. Syarikat Jelutong Press menyuburkan kegiatan
kelas menengah India di negara ini.
penerbitan akhbar pada masa itu.
3. Akhbar Tamil Nesan yang pada awalnya diterbitkan oleh
3. Intelektual berpendidikan Melayu dan Inggeris terlibat
peniaga India turut melaporkan perkembangan di India
dalam perkembangan persuratkhabaran Melayu pada
dan kepentingan sosiopolitik masyarakatnya.
awal abad ke-20.
4. Mohammad Eunos Abdullah menerajui akhbar Utusan Karya Kreatif
Melayu dan Lembaga Melayu.
5. Akhbar lain ialah Warta Malaya, Warta Jenaka, Fajar 1. Kemunculan novel berjaya meniupkan nasionalisme
Sarawak, Majlis dan Majalah Guru. dalam kalangan penduduk di negara kita. Karya novel
6. Pengarang seperti Muhammad Yusof Ahmad (Tok bertemakan semangat cinta akan negara dan perjuangan
Kenali), Muhammad Yusof Abdul Hamid, Dato' Onn membela nasib bangsa. Contohnya, dalam novel Mori
Jaafar dan Abdul Rahim Kajai telah menyuarakan Kita Berjuang oleh Abdullah Sidek mengajak
tentang pendidikan dan isu politik tanah air. masyarakat memerdekakan diri dari aspek ekonomi.
7. Akhbar berbahasa Inggeris seperti The Malay Mail dan 2. Kebanyakan puisi bertemakan cinta akan negara seperti
The Malaya Tribune turut memuatkan perkembangan "Angan-angan dengan Gurindam" oleh Omar Mustaffa,
sosiopolitik dan ekonomi di negara kita. "Sedarlah" oleh Mahmud Ahmadi, "Semenanjung" oleh
8. Di Sarawak, akhbar Fajar Sarawak (ditulis oleh Harun Aminurrashid dan "Serunai Pujangga" oleh Abdul
Muhammad Rakawi Yusuf, Muhammad Awi Anang, Samad Ahmad.
Muhd Daud Abdul Ghani serta Haji Abd Rahman
Kassim) menjadi saluran untuk menyedarkan kaum yang 3. Kebanyakan cerpen bertemakan semangat pejuang,
dijajah. nasib bangsa dan cinta akan tanah air yang dapat dilihat
9. Seruan dalam Fajar Sarawak, "fajar telah tersinsing, melalui karya Ishak Haji Muhammad. "Rumah
bangunlah wahai bangsaku" menggesa masyarakat BesarTiang Sebatang", Abdul Rahim Kajai, "Cerita
bangkit menuju kemajuan.
15
Awang Putat" dan Shamsuddin Salleh "Di Sini Kila 2. KMM berjuang melalui akhbar Majlis dan berhasrat
Bukannya Orang Dagang". untuk menentang British dengan mewujudkan gagasan
Melayu Raya melalui gabungan Tanah Melayu dan
2.7.3 Perjuangan Melalui Persatuan Indonesia.
3. KMM menyeru orang Melayu untuk "bangun sebagai
Kesatuan Melayu Singapura satu bangsa yang mempunyai tamadun dan kesopanan di
tanah airnya".
1. Persatuan awal ditubuhkan pada tahun 1926 oleh 4. KMM dianggap radikal oleh British kerana berani
Mohammad Eunos Abdullah.
menyuarakan penentangan terhadap kerajaan kolonial
2. Penubuhan bertujuan menggalakkan ahli bergerak aktif
dalam pentadbiran, memperjuangkan kepentingan orang dan membangkitkan perasaan anti-British melalui
Melayu dalam politik dan pendidikan serta penulisan dalam akhbar dan majalah.
mementingkan pelajaran teknik dan pengajian tinggi.
3. Kejayaan KMS mendorong penubuhan persatuan negeri Persatuan Masyarakat Cina
lain (Persatuan Melayu Pahang, Persatuan Melayu
Selangor dan Persatuan Melayu Negeri Sembilan) yang 1. Sebelum Perang Duma Kedua, masyarakat Cina masih
dianggotai oleh kakitangan kerajaan. Mereka
menumpukan perhatian kepada keadaan yang berlaku di
bekerjasama dengan British dan meminta supaya lebih
banyak peluang diberikan kepada orang Melayu dalam China. Pemimpin revolusi China scpcrti Dr. Sun Yat Sen
pentadbiran. berusaha menjalinkan kcrajaan Manchuria di China.
2. Terdapat masyarakat Cina yang memberikan perhatian
Persaudaraan Sahabat Pena kepada kebajikan dan perkembangan politik tempatan di
negara kita (contohnya yang dilahirkan di Negeri-negeri
1. Ditubuhkan bagi menggalakkan ahlinya bersatu dan Selat atau Cina Peranakan).
bertukar-tukar pendapat. 3. Terdapat juga dalam kalangan mereka yang
2. PASPAM yang bermula di Pulau Pinang pada tahun berpendidikan Inggeris seperti Tan Jiak Kim.
1934, berkembang dan mengadakan perhimpunan 4. Mereka menubuhkan Persatuan Orang Cina Peranakan
tahunan seluruh Tanah Melayu (tahun 1934-1939). British (SCBA) di Negeri-negeri Selat. Persatuan ini
3. Usaha menyatukan pergerakan orang Melayu melalui menggalakkan pelajaran tinggi dan teknikal dalam
kongres atau persidangan berjaya menghimpunkan kalangan masyarakat Cina. Pada tahun 1915, Tan Cheng
wakil persatuan Melayu dari Brunei, Labuan dan Lock menghidupkan cawangan SCBA di Melaka. Beliau
Sarawak untuk mengutarakan isu kebangsaan. juga menuntul peluang berkhidmat dalam perkhidmatan
4. PASPAM Sarawak (cawangan Kuching) diasaskan oleh kerajaan.
Muhammad Rakawi Yusuf mempunyai hubungan baik
dengan ahli KMS. Beliau bersama-sama dengan Johari Persatuan Masyarakat India
Anang turut mengasaskan Persatuan Melayu Sarawak
(PMS) pada tahun 1939. 1. Masyarakat India menubuhkan beberapa pertubuhan
5. Di Sabah, ramai tokoh bumiputera Sabah bergiat aktif awal bagi menjaga kepentingan masyarakat India di
dalam organisasi berbentuk penulisan sehingga Tanah Melayu (Persatuan India Taiping dan Persatuan
membangkitkan kesedaran tentang pentadbiran di India Pulau Pinang).
Sabah. Kesedaran berpersatuan dalam kalangan 2. Pada tahun 1927, Persidangan India Se-Malaya diadakan
masyarakat Sabah wujud pada akhir tahun 1930-an. di Kuala Lumpur.
6. Penubuhan cawangan PASPAM di Jesselton (Kota 3. Persidangan ini bertujuan mcmbincangkan isu berkaitan
Kinabalu), Tawau dan Labuan pada tahun 1939 dengan masyarakat India.
meningkatkan kesedaran sosial dalam kalangan ahlinya. 4. G.V. Thaver menubuhkan Malayan Indian Association
Kebanyakan ahli PASPAM di Sabah terdiri daripada (MIA), khusus bagi golongan India yang dilahirkan di
guru sekolah Melayu, pegawai rendah kerajaan dan Tanah Melayu.
peniaga. Antara tokohnya termasuklah Mohammad 5. Pada bulan Oktober 1936, Central India Association of
Yaakob, Mohammad Shamsudin Osman dan Zakaria Malaya (CIAM) ditubuhkan dipimpin Dr. A.M. Soosay.
Gunn. Ia menggabungkan 12 persatuan India dan empat dewan
perniagaan berjaya mengembangkan idea nasionalisme
Kesatuan Melayu Muda masyarakat India di Tanah Melayu dan menjaga
kebajikan mereka. Pergerakan CIAM disemarakkan lagi
1. Ditubuhkan oleh Ibrahim Haji Yaakob pada bulan Mei dengan lawatan Pandit Jawaharlal Nehru ke Tanah
1937 dan didaftarkan pada tahun 1938. Melayu pada tahun 1937.

16
6. Masyarakat Sikh yang terlibat dalam pasukan Persatuan ini berjaya membangkitkan semangat
keselamatan menjadikan berek polis atau kuaters berniaga dan menulis rencana berinformasi tentang
kerajaan serta gurdwara sebagai tempat aktiviti sosial kepentingan kemajuan.
dan keagamaan. Gurdwara menjadi tempat penting bagi 2. Pada awal abad ke-20, British menekankan pendidikan
masyarakat Sikh mengembangkan kesedaran politik pada peringkat rendah kepada penduduk tempatan, ini
anti-British. menyukarkan usaha untuk meningkatkan taraf hidup.
7. Pada tahun 1902, Khalsa Diwan Malaya ditubuhkan di Za'ba telah membangkitkan isu ini semasa mengajar di
Taiping, Perak dan menjadi persatuan berpengaruh SITC dan menyedarkan guru pelatih akan pentingnya
untuk menjaga kepentingan masyarakat Sikh. pendidikan tinggi dan kurikulum bahasa Inggeris.
8. Masyarakat India Muslim ramai yang terlibat dalam 3. Akhbar berbahasa Inggeris (The Malay Mail dan The
kegiatan pemiagaan dan pentadbiran. Contohnya, Sir Malaya Tribune) berusaha mengasaskan dana bagi
Hussein Hasanal Abdoolcader yang merupakan ahli membantu orang Melayu melanjutkan pelajaran di luar
dalam Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat atau negara. Usaha ini disokong oleh Persekutuan Guru-guru
Straits Settlement Legislative Council (SSLC). Melayu Selangor dan persatuan negeri. Pada masa itu.
terdapat orang Melayu melanjutkan pelajaran ke luar
2.8 Kesan Perkembangan Nasionalisme negara seperti Tunku Abdul Rahman, Tunku Yaacob dan
Mohd Zain Ariffin.
Kesan Politik
Kesan Sosial
1. Golongan intelektual berpendidikan Inggeris dan KMS
menggesa kerajaan meningkatkan peluang pekerjaan 1. Tuntutan bagi mendapatkan peluang pendidikan yang
dalam pentadbiran British, hasilnya bilangan orang disuarakan melalui akhbar, majalah dan persatuan
Melayu dalam Malayan Civil Service (MCS) bertambah. mewujudkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan
2. Dasar desentralisasi British mendorong orang Melayu masyarakat untuk belajar di madrasah dan sekolah
peka tentang masa depan mereka. Melayu. Kesedaran ini juga mendorong mereka menulis
3. Kesannya, orang Melayu mula menyuarakan dan menerajui majalah sendiri.
kepentingan berpersatuan bagi membincangkan soal 2. Lepasan SITC menunjukkan peningkatan daripada 58
politik sehingga tertubuhnya persatuan peringkat negeri. orang (Mac 1924) kepada 141 orang (September 1940).
4. Nasionalisme di China mendorong golongan revolusi 3. Lepasan SITC berkhidmat sebagai guru untuk
memberikan perhatian terhadap pendidikan masyarakat membantu meningkatkan taraf pendidikan masyarakat.
Cina. Kelab bacaan dan pasukan drama ditubuhkan agar 4. Kemunculan ramai guru wanita menyemarakkan
masyarakat di sini dapat membaca berita dari China. perkembangan nasionalisme.
5. Banyak sekolah Cina didirikan di Tanah Melayu dengan 5. Pada tahun 1930, guru wanita di Johor Bahru
menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa menerbitkan majalah Bulan Melayu memuatkan berita
pengantar. kemajuan dan pendidikan wanita dan tersebar di Tanah
6. Sekitar tahun 1930-an dan 1950-an, muncul masyarakat Melayu dan Indonesia.
India yang dilahirkan di Tanah Melayu dan mereka lebih 6. Penggerak utama Bulan Melayu, (Ibu Zain)
gemar dikenali sebagai "the Strait born people". Mereka mengingatkan wanita berkaitan dengan kepentingan
berusaha untuk membentuk identiti tersendiri dan ilmu pengetahuan untuk mengangkat martabat wanita.
semakin mementingkan perpaduan serta mula melihat 7. Masyarakat India dan Ceylon telah menubuhkan
perkembangan politik di Tanah Melayu. persatuan untuk menjaga kebajikan mereka. E.E.C.
7. Nasionalisme yang muncul menyebabkan British Thuraisingham berjaya membantu meningkatkan
berhati-hati dan bertindak mengadakan beberapa perusahaan getah semasa zaman kemelesetan ekonomi
sekatan. British menangkap, tokoh seperti Ibrahim Haji pada tahun 1920-an dan tahun 1930-an.
Yaakob, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam 8. Masyarakat Cina meminta kerajaan British
dan dipenjarakan di Singapura pada tahun 1941. menimbangkan penglibatan mereka dalam jawatankuasa
kerajaan.
Kesan Ekonomi 9. Tan Cheng Lock (anggota Majlis Perundangan Negeri-
negeri Selat) menuntut British menjaga kebajikan dan
1. Hasil gesaan Kaum Muda terhadap masyarakat Melayu menyediakan dana untuk masyarakat Cina.
supaya memajukan diri dalam pendidikan dan
membangkitkan semangat berniaga, tertubuh persatuan
kebajikan (al-Jamiah al-Khairiah) di Singapura.

17

You might also like