Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PERTANDINGAN ROBOT UIAM 2024

KELAB ROBOTIK UIAM


KALI KE-2
Tarikh / Hari: 8 Mac 2024 / Jumaat
Masa: 10. 30 pagi
Tempat: Bilik Syarahan 1 (LR1), KOE, UIAM.

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab/ al-Fatihah.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli mesyuarat.
1.3 Pengerusi meminta agar semua biro lebih proaktif dan komited untuk
memastikan kelancaran program.

Tindakan: Semua Biro

2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1 Minit mesyuarat kali kedua dibentangkan dan disahkan dengan pindaan yang berikut:
2.1.1 Perkara 3.1: …perasmi dari pihak Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bagi
tentatif program… dipinda kepada …perasmi dari Kementerian
Teknologi dan Inovasi…
2.1.2 Perkara 3.4: …penambahan dua slot dalam tentatif program pada sebelah
pagi dipinda kepada …penambahan dua slot dalam tentatif program pada sebelah
pagi sebelah petang daripada Pusat Sains Negara…

Pencadang: Puan Safira binti Abdul Salim


Penyokong: Puan Husni binti Anwar
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Peralatan dan kelengkapan teknikal
3.1.1 Mesyuarat mengesyorkan kepada semua ahli Jawatankuasa Teknikal agar
dapat melengkapkan Borang Keperluan Peralatan dan menghantar kepada
Jawatankuasa Tugas-Tugas Khas selewat-lewatnya 1 Mac 2024.

3.1.2 Pengerusi mencadangkan agar Bengkel Bahasa Inggeris Tahap I dan Tahap II
diadakan pada Semester 1, 2019/2020

3.1.3 Pengerusi menjelaskan bahawa penceramah jemputan dari UIAM tidak akan
diberikan honorarium namun sekiranya perlu, pengajar akan mengumpul dana
sendiri untuk diberikan kepada penceramah jemputan

Tindakan: Jawatankuasa Teknikal


4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1 Pembentangan Kertas Kerja/ Kertas Cadangan
4.1.1
4.2 Laporan Jawatankuasa
4.2.1
4.3 Kem Ibadah 2019
4.3.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa Divisyen Bahasa Melayu akan
mempengerusikan Kem Ibadah 2019 pada Semester 3, 2019/2020
yang bakal diadakan pada 6 sehingga 7 Jun 2019.
4.3.2 Pengerusi memohon agar staf mencadangkan nama penceramah
yang sesuai bagi menyampaikan kuliah tentang kod etika berpakaian
memandangkan terdapat pengajar bukan Islam di CELPAD

Tindakan: Semua staf

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Puan Hajah Faridah selaku Penyelaras Program Pemantapan Bahasa,
Divisyen Bahasa Melayu merakamkan penghargaan dan ucapan
tahniah kepada ahli jawatankuasa yang menjayakan penganjuran
Program Pemantapan Bahasa Semester 2, 2019/2020.

Tindakan: Makluman

6.0 UCAPAN PENUTUP/ PENANGGUHAN


6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang
hadir dan memberikan kerjasama sepanjang mesyuarat
6.2 Pengerusi memaklumkan bahawa tarikh mesyuarat akan datang ditetapkan
pada 26 April 2022
6.3 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada 10.00 pagi dengan tasbih
kaffarah dan surah Al- Nas
BADAN PERWAKILAN PELAJAR KICT
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
JALAN GOMBAK, 53100 KUALA LUMPUR, MALAYSIA
Tel: +601137005549
Emel: aiman.ictss@gmail.com

Izzudin bin Ahmad, Ruj. Tuan: 2148391e


Kelab ICT UIAM, Ruj. Kami: 2839772
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Tarikh: 11 JANUARY 2020
Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur,
Malaysia

melalui dan salinan


Pengarah,
Jabatan Keselamatan,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,
Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur,
Malaysia
(u.p. : Encik Mat Hassan bin Abdullah)

Tuan/Puan,

PERMOHONAN SOKONGAN PERUBATAN DAN KESELAMATAN UNTUK PROGRAM


KEJOHANAN OLAHRAGA

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. pendahuluan/perenggan 1

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Olahraga KICT akan diadakan seperti berikut: perenggan 2

Tarikh/Masa: 4 April 2024/ Selasa


Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Stadium Saidina Hamzah, UIAM Gombak
Jumlah peserta: 600 peserta
4. Memandangkan jumlah peserta dan kehadiran penonton yang dijangka seramai 600 orang, adalah
penting untuk memastikan kesiapsiagaan dari segi perubatan dan keselamatan sepanjang acara
berlangsung. Kami berhasrat untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan terkawal untuk
semua yang hadir. Oleh itu, kami amat berharap pihak tuan dapat menyediakan bantuan seperti
maklumat di bawah: perenggan 3

Badan berkaitan Bilangan


Pasukan perubatan kecemasan 30 orang
Pasukan keselamatan 15 orang

Sehubungan dengan itu, saya mengucapkan terima kasih atas perhatian dan pertimbangan pihak
tuan terhadap permohonan ini. Kami mengharapkan respons positif dan kerjasama daripada pihak
tuan untuk melancarkan penyelenggaraan acara ini. Bersama-sama ini pihak kami lampirkan tentatif
program sebagai rujukan pihak tuan. penutup

Yang benar,


Aiman Bin Osman
b/p Presiden Badan Perwakilan Pelajar
Kuliah Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Laporan Teknikal
● Tujuan Laporan:
○ Menyampaikan maklumat
○ Mengesan masalah dan mengambil tindakan untuk menyelesaikannya
○ Menentukan strategi pemasaran barangan dan perkhidmatan
○ Menilai kejayaan sesuatu rancangan
○ Menilai prestasi kerja
● Jenis Laporan:
○ Pemakluman
○ Kajian Penyelesaian Masalah
○ Penilaian
○ Analisis
● Klasifikasi Laporan Menurut Raymond V. Lesikar:
○ Pemakluman: Memaparkan fakta tanpa analisis atau tafsiran, contoh: laporan harian,
laporan kemajuan.
○ Kajian: Menyediakan rancangan untuk menyelesaikan masalah, contoh: kajian
pencapaian akademik.
○ Penilaian: Menilai sesuatu perkara, contoh: laporan prestasi tahunan.
○ Analisis: Mengumpul, memaparkan, dan menganalisis data, contoh: laporan bancian
penduduk .

Surat Rasmi
● Fungsi Surat Rasmi:
○ Menyampaikan maklumat rasmi
○ Mengarahkan sesuatu tindakan
○ Menjalin komunikasi formal antara pihak-pihak yang terlibat .
● Kepentingan Surat Rasmi:
○ Menyediakan rekod formal
○ Memastikan komunikasi yang jelas dan rasmi
○ Memudahkan rujukan di masa hadapan .
● Kelebihan Emel:
○ Penghantaran yang cepat dan mudah
○ Boleh dilampirkan dokumen digital
○ Mempunyai rekod yang jelas dan boleh disimpan untuk rujukan .
Mesyuarat
● Tujuan Mesyuarat:
○ Membincangkan isu
○ Menyampaikan maklumat
○ Membuat keputusan
○ Menyelesaikan perkara berbangkit
○ Bertukar-tukar fikiran sesama ahli .
● Jenis Mesyuarat:
○ Mesyuarat Jawatankuasa
■ Membincangkan perkara dalam lingkungan tugas jawatankuasa tertentu
○ Mesyuarat Agung
■ Melibatkan semua ahli untuk membentang laporan dan membuat keputusan
○ Mesyuarat Khas
■ Untuk membincangkan isu tertentu yang memerlukan perhatian segera.
○ Mesyuarat Tergempar
■ Untuk isu yang memerlukan keputusan segera dan tindakan pantas.
● Adab Mesyuarat:
○ Mulakan dengan doa
○ Hanya bercakap apabila diminta oleh pengerusi
○ Elakkan kata-kata kesat
○ Keputusan dibuat secara majoriti
○ Akhiri mesyuarat dengan doa .
● Ciri-ciri Mesyuarat Baik dan Lemah:
○ Baik: Pendek, informatif, tegas, berorientasikan tindakan, autoritatif, segera
○ Lemah: Banyak cerita tidak berkaitan, ahli tidak bersedia, keputusan dilambatkan, isu
penting hilang dalam hal remeh-temeh .
● Peranan Ahli Mesyuarat:
○ Pengerusi: Mengendalikan dan mengawal perjalanan mesyuarat.
○ Setiausaha: Menyediakan dan mengedarkan minit mesyuarat, menyimpan surat, dan
mengendalikan sistem fail.
○ Bendahari: Mengutip yuran dan menyediakan penyata kira-kira.
○ Ahli Biasa: Mengambil bahagian dalam perbincangan dan memberi pandangan idea
● Peringkat Mesyuarat:
○ Pramesyuarat
■ Menentukan tarikh, masa, tempat, dan agenda.
■ Setiausaha menyediakan surat notis panggilan mesyuarat atau memo.
■ Menyediakan bilik mesyuarat dan peralatan yang diperlukan.
○ Pelaksanaan Mesyuarat
■ Ucapan pengerusi, pengesahan minit mesyuarat, perbincangan
perkara-perkara berbangkit, perkara baru, dan hal-hal lain.
○ Pascamesyuarat
■ Dokumentasi dan edaran minit mesyuarat kepada semua ahli.
Temuduga
● Peringkat Permulaan
○ Perkenalan dan perbualan ringan untuk menenangkan calon.
○ Soalan asas untuk memperkenalkan diri calon.
● Peringkat Pertengahan
○ Mengesahkan maklumat dalam resume.
○ Soalan yang menguji pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman calon.
● Peringkat Akhir
○ Memberikan maklumat lanjut mengenai jawatan dan syarikat.
○ Peluang untuk calon bertanya soalan mengenai syarikat dan posisi.
● Bentuk Soalan Temuduga:
○ Soalan mengenai pengalaman kerja
○ Soalan situasional
○ Soalan mengenai pengetahuan teknikal .
● Bahagian Temuduga:
○ Awal: Perkenalan diri
○ Pertengahan: Soalan dari penemuduga dan calon
○ Akhir: Penutup dan ucapan terima kasih .
● Perkenalan Diri
○ Nama penuh/Asal/Status perkahwinan/Tahap kesihatan
○ Kelayakan akademik
○ Kemahiran
○ Pengalaman
○ Penglibatan
○ Minat jawatan
● Soalan dari Calon:
○ Tugas dan tanggungjawab
○ Gaji dan faedah
○ Peluang kenaikan pangkat
○ Kemudahan yang disediakan
○ Insentif
○ Insurans
○ Elaun
Terjemahan
● Teknik Harfiah
○ Terjemahan perkataan demi perkataan.
○ Sesuai untuk teks yang tidak memerlukan penyesuaian kontekstual yang tinggi.
● Teknik Struktural
○ Mengekalkan bentuk dan struktur bahasa sumber dalam bahasa penerima.
○ Menitikberatkan elemen tatabahasa, padanan perkataan, dan makna asal.
● Teknik Global
○ Terjemahan keseluruhan yang lebih bebas.
○ Melakukan penyesuaian konteks dan makna mengikut bahasa penerima.
○ Menggabungkan beberapa ayat dalam bahasa sumber menjadi satu ayat dalam
bahasa penerima atau sebaliknya.

You might also like