Minit Mesyuarat Panitia Geo Bil 2 2024

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT PAYONG

06400 POKOK SENA,


KEDAH DARUL AMAN.

MINIT MESYUARAT PANITIA GEOGRAFI BIL 2 2024/2025

TARIKH : 20 JUN 2024


HARI : KHAMIS
MASA : 1.30 PETANG
TEMPAT : BILIK GURU

KEHADIRAN
1. Pn. Aliza binti Abd Malik - Guru Kanan Kemanusiaan
2. Pn. Nor Ba'ayah binti Abdullah - Ketua Panitia
3. Cik Farzana Atikah binti Ahmad Huzaini - Guru Geografi

TIDAK HADIR
1. Puan Nur Hadhirah binti Abdul Rahim (Bersebab)
2. Encik Mohd Nuzi bin Sulaiman (Bersebab)

AGENDA MESYUARAT
I Perutusan Pengerusi
II Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
III Maklum Balas
IV Laporan Guru Kanan Kemanusiaan
V Pengurusan Panitia
VI Hal-hal lain
VII Ucapan Penangguhan

1
I. PERUTUSAN PENGERUSI

1. Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Nor Ba’ayah binti Abdullah Ketua Pantia
Geografi.
2. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat kali kedua dan
memulakan majlis dengan bacaan surah Al-Fatihah.

Tindakan : Makluman

II. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

3. Minit Mesyuarat Panitia Geografi Bil 1 2024/2025 dibentangkan. Puan Nor Ba’ayah
binti Abdullah mencadangkan minit tersebut diterima dan disokong oleh Puan Aliza
binti Abd Malik.

Tindakan : Makluman

III. PERKARA BERBANGKIT/MAKLUM BALAS MESYUARAT

4. Tiada

IV. LAPORAN GURU KANAN KEMANUSIAAN

5. Puan Aliza binti Abd Malik memaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) tidak membenarkan mana-mana guru membuat kenyataan negatif di media
social yang boleh merosakkan imej KPM.

Tindakan : Makluman

6. Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) adalah selaras di peringkat daerah


bagi murid Tingkatan 4 dan 5. Modul PPT disediakan oleh Majlis Pengetua-pengetua
Sekolah Menengah (MPSM)

Tindakan : Makluman

7. GKK menyampaikan ingatan pengetua bahawa cuti rehat khas (CRK) hanya boleh
diluluskan kepada 2 orang sahaja sehari.

Tindakan : Makluman

2
8. Setiap panitia perlu membuat perancangan strategik panitia berdasarkan
Perancangan Strategi Organisasi (PSO) beserta pelan taktikal dan pelan operasi.

Tindakan : Ketua Panitia

9. Fail panitia perlu dilengkakan dengan maklumat yang terkini.

Tindakan : Ketua Panitia

V. PENGURUSAN PANITIA

10. Penetapan Headcount Sekolah dan Panitia


10.1 Hasrat pengurusan untuk meningkatkan Gred Purata Sekolah (GPS)
daripada 6.10 kepada 4.68, meningkatkan peratus lulus daripada 79.85%
kepada 100.00% serta mengharapkan 3 murid cemerlang semua A.
Bilangan calon SPM 2024 terkini ialah seramai 86 orang.

10.2 Rentetan daripada hasrat pengurusan, oleh itu, Headcount Panitia


Geografi telah ditetapkan iaitu Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP)
Geoagarfi ialah 4.09, peritus lulus 95.65% dan bilangan cemerlang
adalah seramai 12 orang. 2 orang murid yang gagal ialah Balqish
Shahruzad 5 Sejahtera dan Harris Sharulmizan 5 Madani. Harapan
panitia Geografi agar Keputusan SPM pada tahun ini dapat melebihi
sasaran yang telah ditetapkan.

Tindakan : Makluman

11. Analisa dan Post Mortem Ujian 1 2024


11.1 Data Ujian 1 2024 mengikut kelas rujuk di Lampiran 1.
11.2 Isu yang dapat dikenalpasti ialah murid lemah pada tajuk Kemahiran
Geografi. Murid juga tidak menguasai fakta menyebabkan murid
kehilangan markah yang banyak untuk bahagian B dan C. Murid juga
didapati tidak bersedia untuk menghadapi Ujian 1 terutamanya murid
Tingkatan 1.Intervensi yang dicadangkan ialah bengkel teknik menjawab
soalan dan latih tubi berfokus kepada murid yang lemah.

Tindakan : Makluman

3
12. Analisa dan Post Mortem SPM 2023
12.1 Data SPM 2023 seperti di bawah.

12.2 Pengerusi mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tuan Haji Abdul
Rohim bin Abdullah dan Puan Aliza binti Abdul Malik di atas peningkatan
pencapaian Geografi SPM 2023 dari segi GPMP dan peratus lulus.

Tindakan : Makluman

13. Program Peningkatan Akademik Sekolah dan Panitia


13.1 Program Peningkatan Akademik Sekolah yang telah dan sedang
berlangsung ialah Kelas Fajar, Program Anak Angkat Pengurusan, Kelas
tambahan petang, kelas tambahan cuti sekolah dan kelas KEDA.
Program Peningkatan Akademik Panitia pula ialah bengkel Teknik
Menjawab, Guru Muda dan Program Asah Batu.

Tindakan : Makluman

14. Pelan Taktikal Panitia


14.1 PelanTaktikal Panitia telah selesai dibuat dan akan disemak oleh GKK.
Pelan taktikal dan pelan operasi dibuat berpandukan PSO 2024 -2026.

Tindakan : Makluman

4
VI. HAL-HAL LAIN

15. Pengerusi meminta ahli panitia menyerahkan satu salinan borang biodata guru dan
jadual waktu peribadi untuk dlletakkan di dalam fail. Jadual waktu guru yang baru
akan menyusul selepas PPT.
16. Baki peruntukan semasa Panitia Geogarafi ialah sebanyak RM1973.29. Guru-guru
boleh mencadangkan pembelian barangan yang diperlukan untuk meningkatkan
kualiti PDPC guru.
17. Tarikh peperiksaan yang terdekat adalah Percubaan SPM iaitu pada 29 Disember
2024 dan Pentaksiran Akhir Tahun iaitu pada 1 Disember 2024.
18.
Tindakan : Makluman

VII. UCAPAN PENANGGUHAN

19. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada dan semua guru yang terlibat.
Diharapkan semua guru dapat menjalankan tugas masing masing dengan jayanya.
20. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.45 petang dan diakhiri dengan bacaan
tasbih Kafarah dan surah Al Asr.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………………. ……………………………………
(FARZANA ATIKAH BINTI AHMAD HUZAINI) (NOR BA’AYAH BINTI ABDULLAH)
Pencatat minit Ketua Panitia Geografi,
SMK Bukit Payong.

5
MAKLUMBALAS MESYUARAT

PERKARA : MINIT MESYUARAT PANITIA GEOGRAFI BIL 2 2024/2025


TARIKH : 20 JUN 2024
TEMPAT : BILIK GURU

Muka PARA PERKARA TINDAKAN MAKLUMBALAS


Surat
3 8 Setiap panitia perlu membuat Ketua Selesai
perancangan strategik panitia Panitia
berdasarkan Perancangan Strategi
Organisasi (PSO) beserta pelan taktikal
dan pelan operasi.

3 9 Fail panitia perlu dilengkakan dengan Ketua Selesai


maklumat yang terkini. Panitia

You might also like