surat peminjaman bilik mesyuarat patawali ke ppd

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

MAJLIS GURU BESAR ZON KRIAN

D/A, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SARATOK,


TINGKAT 1 WISMA PERSEKUTUAN,
95400 SARATOK.
_______________________________________________________________________________________________________________

Ruj.Kami : ZK600-3/5/7 (7)


Tarikh : 20 Jun 2024

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SARATOK
TINGKAT 1, WISMA PERSEKUTUAN
95400 SARATOK
SARAWAK

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN BILIK MESYUARAT PATAWALI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Zon Krian telah diamanahkan untuk mengelolakan Kejohanan Bola
Jaring 12 Tahun Ke Bawah MSSB Betong 2024 pada 27 Jun 2024 bertempat di Pentas Terbuka Sri
Kalaka, Saratok.

3. Sehubungan itu, pihak jawatankuasa pengelola berbesar hati memohon kebenaran untuk
menggunakan Bilik Mesyuarat Patawali bagi tujuan mesyuarat pengurus pasukan dan taklimat
kejohanan mengikut ketetapan di bawah :

Tarikh : 25 Jun 2024


Hari : Selasa
Masa : 2.00 petang

4. Pegawai yang bertanggungjawab untuk urusan ini ialah En. Mohd Firdaus Bin Salasa (Guru
Sukan SK Ulu Budu) di talian 01114031343. Kerjasama dan keprihatinan dari pihak tuan amatlah
kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian,Terima Kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(HAJI KIPLIE BIN HAJI ALI)


Guru Besar SK Sungei Antu,
Pengerusi Zon Krian,
Saratok.

You might also like