TUGASAN INDIVIDU

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PENGENALAN

Inklusiviti merupakan prinsip utama dalam agenda pembangunan sosioekonomi


Malaysia untuk memastikan rakyat, tanpa mengira gender, etnik, status sosioekonomi dan
kedudukan geografi, menikmati manfaat pertumbuhan dan pembangunan. Malaysia telah
memberikan penekanan secara berterusan ke atas kepentingan pertumbuhan yang seimbang
melalui penyediaan akses kepada pendidikan dan latihan, infrastruktur dan peluang pekerjaan
bagi melonjakkan pencapaian untuk semua masyarakat, terutama golongan berpendapatan
rendah. Melangkah ke hadapan, tumpuan akan diberikan untuk memastikan peluang
pertumbuhan ekonomi yang lebih saksama di samping meningkatkan kesejahteraan dan
kualiti hidup seluruh rakyat. Program bantuan yang tidak produktif akan dikurangkan bagi
memberikan laluan kepada inisiatif penciptaan kekayaan yang lebih mampan. Mekanisme
penyampaian akan diperkukuh merentasi agensi kerajaan secara menyeluruh dan
menggalakkan penyertaan sektor swasta dan masyarakat sivil yang lebih aktif.Dalam tempoh
Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), 2011-2015, inklusiviti merupakan strategi
utama ke arah mencapai masyarakat yang makmur dan saksama. Pelaksanaan program
pembangunan dan pemerkasaan secara bersasar telah menghasilkan peningkatan status
sosioekonomi rakyat Malaysia. Pengagihan pendapatan keseluruhan bertambah baik seperti
ditunjukkan oleh pengurangan pekali Gini daripada 0.441 pada tahun 2009 kepada 0.401 pada
tahun 2014, melepasi sasaran tahun 2015 iaitu 0.420. Pendapatan bulanan purata isi rumah
berpendapatan 40% terendah (isi rumah B40) meningkat daripada RM1,440 pada tahun 2009
kepada RM2,537 pada tahun 2014. Penyediaan infrastruktur asas luar bandar Gambaran
keseluruhan Rancangan Malaysia Kesebelas 3-1 Bab 3: Memperkukuh inklusiviti ke arah
masyarakat yang saksama 3-2 berserta aktiviti pembangunan keusahawanan telah
membolehkan penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman untuk meningkatkan
penglibatan dalam pembangunan sosioekonomi. Pembangunan berfokus di koridor ekonomi
wilayah telah menarik pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan, terutamanya di
kawasan yang kurang maju. Di sebalik pencapaian ini, lebih banyak usaha perlu dilakukan
untuk memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
SOROTAN LITERATUR

Adalah bertepatan pada masanya Kajian Semula Dasar Kependudukan Negara: Pelan
Tindakan ke Arah Pembangunan Lestari 2030 ini dilaksanakan untuk menilai semula trend
kependudukan pada masa kini dan pada masa akan datang, serta cabaran yang perlu
ditanggung oleh kerajaan dalam menangani isu-isu kependudukan dan kekeluargaan yang
selaras dengan Agenda 2030 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Matlamat
Pembangunan Lestari. Diharapkan penemuan dan cadangan dasar dalam buku ini dapat
dimanfaatkan sebaiknya oleh pelbagai pihak..(Datuk Dr. Rose Lena binti Lazemi Ketua
Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).Adalah bertepatan
pada masanya untuk Kajian Semula Dasar Kependudukan Negara: Pelan Tindakan ke Arah
Pembangunan Lestari 2030 ini dilaksanakan untuk menilai semula trend kependudukan pada
masa kini dan pada masa akan datang, serta cabaran yang perlu ditanggung oleh kerajaan
dalam menangani isu-isu kependudukan dan kekeluargaan yang selaras dengan Agenda 2030
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Matlamat Pembangunan Lestari(Encik Abdul
Shukur Abdullah Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga
Negara).Dalam tempoh RMKe-10, keutamaan diberikan kepada usaha penerapan nilai
kekeluargaan yang positif untuk memperkukuh institusi keluarga. Seramai 1.29 juta peserta
telah mengambil bahagian dalam program yang dilaksanakan oleh Lembaga Penduduk dan
Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) seperti Ilmu Keluarga@ LPPKN, SMARTSTART,
Keluarga@Kerja dan SMARTbelanja@LPPKN. Di samping itu, seramai 165,000 keluarga
mendapat manfaat daripada program yang dikendalikan oleh empat Pusat Sehenti
Perkhidmatan Keluarga yang telah ditubuhkan untuk memberikan khidmat sokongan seperti
kaunseling, pengantara, terapi mengurangkan tekanan dan kesihatan reproduktif. Indeks
Kesejahteraan Keluarga telah dibangunkan oleh LPPKN pada tahun 2011 untuk mengukur
tahap kesejahteraan keluarga di Malaysia melalui tujuh domain dan 23 indikator. Secara
purata, skor pada tahun 2011 adalah 7.55 mata daripada 10. Domain yang mendapat skor
terendah ialah ekonomi keluarga, terutamanya simpanan untuk masa hadapan dan beban
hutang, diikuti perumahan dan persekitaran..Seramai 885,800 belia telah menyertai program
pembangunan belia dalam tempoh 2011 - 2013 dalam bidang kepimpinan, pembangunan
sosioekonomi, kesukarelawanan dan kerjasama belia antarabangsa. Di samping itu, 10,812
belia telah mengambil bahagian dalam program keusahawanan seperti Program 3K
(Kepimpinan, Kemahiran dan Keusahawanan), Belia Bestari, Outreach Usahawan dan Smart
Partnership Usahawan Belia untuk meningkatkan kemahiran dan keupayaan mereka dalam
menjalankan perniagaan.
ii) Inklusiviti - membudayakan inklusiviti keluarga Malaysia.

Keluarga merujuk kepada ikatan yang berasaskan kepada pertalian darah. Keluarga
juga boleh membawa maksud satu ikatan yang berasaskan kepada perkongsian aspirasi
matlamat dan nilai dalam pembinaan negara dan masyarakat..Dalam ucapan sempena Pra
Pelancaran Keluarga Malaysia pada 8 Oktober 2021 yang disampaikan oleh Dato’ Sri Ismail
Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia Kedua yang menyentuh tentang Keluarga Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa, kaum dan usia.Menurut beliau, meskipun
berbeza kepercayaan, latar belakang dan budaya, kita meraikan ‘keterangkuman’ (atau
inklusiviti) dalam perbezaan, menjunjung semangat Malaysia sebagai sebuah negara
bangsa.Gagasan Keluarga Malaysia secara prinsipnya adalah satu konsep yang baik. Namun
pada masa yang sama, keluarga juga boleh bercerai-berai akibat perebutan harta, tiada lagi
persefahaman, mungkir janji, perbezaan pendapat yang tidak boleh dirujuk kembali dan
pelbagai faktor lain.Kita pernah mendengar ungkapan yang berbunyi, “A family that works
together stay together.” Keluarga yang kerja bersama akan tetap bersama.Ungkapan ini biasa
digunakan untuk menggambarkan keutuhan keluarga berasaskan kerjasama di antara sesama
ahli keluarga. Dalam konteks masyarakat majmuk di negara kita, semangat kerjasama,
kolaborasi di antara pelbagai etnik, agama dan budaya hendaklah disemai untuk
membangunkan dan memajukan negara.Ini bertepatan dengan Tema 2 Rancangan Malaysia
Ke-12 (RMKe-12) berhubung “Memperkukuh Keselamatan, Kesejahteraan dan Inklusiviti”
yang menyatakan perpaduan dalam kepelbagaian akan diperkukuh untuk mengekalkan
masyarakat yang harmoni dan negara yang makmur.Suasana keluarga yang harmoni dan
progresif dapat memupuk dan meneguhkan nilai-nilai murni dalam keluarga dan seterusnya
menghasilkan kesejahteraan untuk semua. Dalam konteks Malaysia, berlaku adil, saksama
dan memberi hak yang sewajarnya kepada semua warganegara adalah kunci untuk
mewujudkan negara yang aman dan makmur.Membantu orang yang lemah, membela orang
yang tertindas dan memberi suara kepada orang yang tidak boleh bersuara adalah antara
langkah yang akan mempamerkan komitmen dan janji kerajaan untuk menjayakan gagasan
Keluarga Malaysia. Dengan terbentuk suasana sebegini, nilai kasih sayang sesama ahli
Keluarga Malaysia dapat dipupuk manakala keadilan dan kesaksamaan dapat
ditegakkan.Kesimpulannya, gagasan Keluarga Malaysia adalah satu konsep yang baik untuk
mewujudkan sebuah negara yang makmur, inklusif dan mampan. Namun kita tidak mahu
gagasan ini hanya menjadi retorik semata-mata.Sehubungan itu, gagasan ini memerlukan
komitmen yang padu dan keikhlasan daripada kerajaan serta rakyat agar tujuan sebenar dapat
direalisasikan.

Keterangkuman atau pun inklusiviti keluarga Malaysia merupakan sebuah asas yang
perlu dipertingkatkan dalam usaha untuk memastikan keluarga Malaysia ini dapat dikekalkan
keharmoniannya dalam kalangan masyarakat kini.Hal ini dikatakan demikian kerana,sebuah
negara tidak mampu mendapatkan sebuah kejayaan yang diimpikan seperti negara yang
bersatu-padu dan selamat jika masyarakat dalam negara tersebut tidak mampu untuk bersatu-
padu dalam mengatasi sesebuah masalah secara bersama.Dalam konteks ini keterangkuman
keluarga Malaysia sangatlah memainkan peranan yang penting untuk memastikan bahawa
negara berada dalam keadaan yang harmoni dalam kalangan masyarakatnya untuk
membentuk sebuah negara yang aman,damai dan selamat daripada pelbagai ancaman sama
ada dari luar mahupun dalam negara kerana jika negara tanpa perpaduan masyarakatnya yang
utuh,ianya pasti memudahkan ancaman masuk dalam negara yang dapat memusnahkan
kedamaian yang dimiliki oleh negara yang ada.Oleh hal demikian,keterangkuman keluarga
Malaysia ini sememangnya sangat memberi impak kepada keharmonian negara dan dapat
mewujudkan pelbagai nilai dalam kalangan masyarakat untuk kelangsungan kedamaian
sesebuah negara.
Antara nilai-nilai yang dapat diterapkan melalui inklusiviti(keterangkuman) keluarga
Malaysia adalah menyemai budaya integriti dalam kalangan masyarakat Malaysia.Nilai
integriti adalah amat penting dalam pengukuhan asas moral masyarakat. Bagi sesebuah
organisasi pula, mewujudkan budaya integriti adalah asas kepada kejayaan dan
kecemerlangan organisasi tersebut.Program-program pemantapan integriti dalam organisasi
perlu diperkasakan bagi memupuk budaya kerja beretika yang sekali gus akan meningkatkan
tadbir urus baik, mengurangkan kes salah laku dan rasuah khususnya. Dalam jangka masa
panjang, tidak mustahil isu ketirisan dana awam juga dapat dibendung jika integriti dijadikan
pemangkin dalam kita melaksanakan apa jua tugasan yang telah diamanahkan.Amalan
integriti ini juga sangatlah penting untuk diterapkan dalam kalangan pemimpin-pemimpin
negara kerana,sifat integriti yang wujud dalam diri pemimpin akan dapat memastikan segala
urusan pentadbiran negara berada dalam keadaan yang lancar tanpa ada sebarang masalah.Hal
ini juga sangat penting bagi masyarakat dalam negara kerana tanpa sifat integriti ini,segala
aktiviti yang melibatkan masyarakat tidak dapat dilaksanakan seperti yang telah
ditetapkan.Malahan hal ini juga akan menyebabkan hubungan antara masyarakat dalam
negara akan terjejas akibat ketidakpuasan hati segelintir masyarakat terhadap yang lain.Hal
ini jelas menunjukkan bahawa sikap integriti dalam diri masyarakat amatlah penting kerana
ianya dapat membentuk jati diri masyarakat yang sebenarnya seperti beretika dan
sebagainya.Kepelbagaian budaya,agama dan bangsa yang wujud dalam negara kita ini perlu
bersatu padu untuk menerapkan dalam diri nilai integriti ini supaya dapat membentuk negara
yang aman dan damai dari segala aspek agar negara kita dapat berada dilandasan yang betul
dalam mengejar sebuah konsep keluarga Malaysia yang lebih padu dan berhasil.Bukan itu
sahaja,melalui sikap integriti juga akan dapat memastikan tugas dalam kalangan masyarakat
dapat dijalankan dengan bersih dan tanpa pilih kasih daripada mana-mana pihak dan
seterusnya dapat mengurangkan pelbagai kes seperti kes rasuah dalam kalangan masyarakat
dan sekaligus dapat meningkatkan lagi nama negara di persada antarabangsa.

Selain itu,nilai-nilai yang dapat diterapkan melalui inklusiviti(keterangkuman)


keluarga Malaysia adalah kebersamaan iaitu memupuk semangat kekeluargaan.Semangat
kekeluargaan ini wujudnya bermula daripada rumah yang mana sikap saling bersama perlu
diterapkan dalam diri ahli keluarga tersebut seperti bertoleransi,tolong-menolong dan saling
meghormati antara satu sama lain dalam kalangan ahli keluarga dan semestinya perkara ini
bermula daripada didikan ibu bapa tersebut yang mendidik mereka untuk menghayati dan
memahami erti semangat kekeluargaan dalam ahli keluarga tersebut.Konsep ini juga
sangatlah berpaut dalam aspek masyarakat kerana memupuk semangat kekeluargaan dalam
kalangan masyarakat juga sememangnya dapat membentuk sebuah masyarakat negara yang
majmuk ini, menjadi sebuah negara yang mempunyai keharmonian dan kedamaian yang tiada
di negara lain.Keharmonian dan kedamian ini sangatlah diperlukan oleh semua negara,namun
ianya tidak semudah itu untuk memiliki kehendak tersebut kerana setiap negara
masyarakatnya mempunyai pandangannya yang tersendiri dan berbeza pendapat dengan
masyarakat dan menyebabkan negara tersebut masyarakatnya tidak dapat bersatu
padu.Berbeza dengan negara kita,walaupun mempunyai kepelagaian bangsa,agama dan
budaya namun tetap berganding bahu untuk bersatu padu membentuk sebuah masyarakat
yang digelar sebagai keluarga Malaysia yang mempunyai keharmonian dan kesejahteraan
tinggi yang tidak dimiliki segelintir negara luar.Konsep ini telah menjadikan Malasyia
sebagai sebuah negara yang dijadikan sebagai contoh oleh negara luar dalam membentuk
masyarakat dalam negara tersebut supaya bersatu padu dalam menjamin kelestarian dan
keharmonian negara mereka tersendiriOleh hal demikian,kita sebagai keluarga Malaysia
seharusnya menjaga kelebihan yang kita ada ini dan menghargai segala usaha yang telah
dilakukan oleh kerajaan demi menjaga keamanan dan keselamatan kita sebagai keluarga
Malaysia.
Seterusnya adalah nilai kesyukuran iaitu membudayakan amalan sihat dari segi
mental,fizikal dan rohani.Pembudayaan amalan sihat ini umum mengetahui ianya berkaitan
dengan diri sendiri,namun pembudyaan ini juga amatlah berkait rapat dan sangat penting bagi
pertumbuhan negara.Hal ini dikatakan demikian kerana,masyarakat yang sihat dari segi
fizikal,mental dan rohani sebenarnya telah menyumbang kepada negara iaitu melalui
kesihatan mereka.Apabila mereka mempunyai tahap kesihatan yang baik dan bagus,hal ini
sekaligus dapat mengurangkan kadar kematian dalam negara dan seterusnya dapat meningkat
jumlah penduduk dalam negara yang mana dapat membentuk sebuah keluarga Malaysia yang
aman,damai,harmoni dan selamat daripada pelbagai ancaman.Kesihatan yang mereka ada
tersebut membolehkan mereka menjalankan aktiviti-aktiviti sama ada melibatkan jasmani dan
rohani.Bukan itu sahaja,kesihatan mereka ini juga membolehkan mereka kurang mendapat
penyakit seperti obesiti,kencing manis,darah tinggi dan sebagainya.Jika pembudayan amalan
sihat ini tidak di amalkan oleh masyarakat Malaysia,sudah tentu ianya akan mengganggu
proses pembentukan sebuah keluarga Malaysia.Hal ini disebabkan oleh tabiat mereka sendiri
yang tidak mahu menjaga kesihatan dari segi fizikal,mental dan rohani.Perkara ini jika
dibiarkan akan menyebabkan keadaan negara berada dalam situasi yang membimbangkan
kerana,masyarakatnya yang kebanyakannya mempunyai penyakit dan sukar untuk
melaksanakan apa-apa tugasan.Hal ini sekaligus bakal mencemarkan nama negara di mata
dunia dari aspek kesihatan dan memandang negara Malaysia merupakan sebuah negara yang
tidak mempunyai kesepakatan dan kesepaduan untuk mengatasi masalah tersebut.Oleh
itu,amalan sihat ini amatlah penting untuk diri sendiri,masyarakat dan negara,kerana jika kita
mempunyai kesihatan yang baik,kita dapat bersatu-padu melakukan aktiviti-aktiviti yang
boleh membawa kepada perpaduan kaum dalam negara kita yang mempunyai kepelbagaian
kaum ini dan seterusnya dapat membentuk masyarakat dalam negara ini menjadi sebuah
keluarga Malaysia yang lebih berketrampilan dan mempunyai kesihatan yang
baik.Pembudayaan amalan sihat ini juga sangatlah dituntut oleh agama masing-masing kerana
jika kita tidak dapat menjaga kesihatan kita dengan sebaiknya akan menyebabkan kita
mendapat sakit dan menjejaskan aktiviti harian kita.Oleh hal demikian,jelaslah bahawa
amalan kesihatan merupakan amalan yang sangat penting bagi setiap diri individu masyarakat
Malaysia.Hal ini supaya dapat memastikan negara kita mempunyai rakyatnya yang sihat dari
segi fizikal,mental dan rohani dan seterusnya dapat memastikan aspirasi negara untuk
membentuk sebuah keluarga Malaysia dapat dijalankan dengan sebaiknya.

Secara keseluhannya dapat disimpulkan bahawa semua pihak yang bertanggungjawab


perlulah berganding bahu dengan semua lapisan pihak sama ada pihak masyarakat mahupun
kerajaan untuk memastikan bahawa konsep keluarga Malaysia ini dapat diterapkan lagi dalam
diri masyarakat Malaysia.Hal ini dikatakan demikian kerana,jika konsep ini tidak dapat
diterapkan dalam diri masyarakat pada masa kini terutamanya golongan remaja,sudah tentu
ianya akan menyebabkan keterangkuman antara masyarakat dalam negara tidak dapat
dijalinkan dan akan menyebabkan pelbagai masalah timbul yang mana membolehkan
pelbagai ancaman akan masuk kedalam negara sama ada melalui media sosial dan
sebagainya.Konsep keluarga Malaysia ini perlulah dijadikan sebagai suatu amalan dalam
kehidupan harian masyarakat Malaysia kerana ianya dapat membentuk jati diri mereka supaya
dapat mengenal lebih mendalam berkaitan dengan konsep keluarga Malaysia ini agar mereka
dapat menghayati dan memahami erti keterangkuman antara masyarakat dalam negara ini.Hal
ini sekaligus dapat memastikan kelebihan yang ada pada masyarakat kita dapat digunakan
dengan sebaik yang mungkin agar tidak dicerobohi oleh mana-mana pihak yang tidak
bertanggungjawab dan seterusnya akan memastikan negara dapat mencapai status sebagai
sebuah keluarga Malaysia yang gemilang dan disanjungi di peringkat antarabangsa oleh
negara-negara yang lain serta dijadikan sebagai salah satu contoh untuk membentuk sebuah
negara yang harmoni dan damai melalui penyatuan masyarakat dalam negaranya.
KESIMPULAN

RMKe-10 telah berjaya meningkatkan inklusiviti secara menyeluruh seperti


ditunjukkan oleh pengagihan pendapatan yang lebih baik di bandar dan luar bandar. Akses
kepada infrastruktur luar bandar telah meningkat, dan pelbagai peluang telah diwujudkan bagi
masyarakat luar bandar dan komuniti lain untuk mengambil bahagian dalam peluang
pembangunan ekonomi. Walau bagaimanapun, lebih banyak usaha perlu dilakukan,
khususnya bagi menangani keperluan kumpulan komuniti tertentu yang merasakan bahawa
mereka tidak mendapat manfaat daripada pertumbuhan dan pembangunan negara. Di samping
itu, isi rumah mudah terjejas, terutamanya dalam kalangan isi rumah B40 dan masyarakat luar
bandar masih terdedah kepada kejutan sosioekonomi. Strategi dalam RMKe-11 akan
meningkatkan inklusiviti sejajar dengan aspirasi untuk meningkatkan isi rumah B40 ke arah
masyarakat kelas menengah. Kumpulan tertentu dalam komuniti akan terus dilibatkan dan
disokong dengan insentif berasaskan outcome untuk menggalakkan mereka berdikari dan
berorientasikan outcome. Transformasi luar bandar akan diteruskan dengan objektif untuk
meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar dan membolehkan mereka untuk
melibatkan diri dan mendapat faedah daripada pertumbuhan ekonomi negara. Pelbagai
strategi yang dicadangkan akan mewujudkan akses kepada peluang ekonomi yang lebih
saksama. Rakyat Malaysia akan menikmati peningkatan pendapatan, kualiti hidup yang lebih
baik dan tidak mudah terjejas serta terus menyumbang ke arah pertumbuhan dan
pembangunan negara.Bukan itu sahaja,ianya juga sekaligus dapat meningkatkan hubungan
antara masyarakat dalam negara dan juga kerajaan, serta ianya juga dapat memastikan
keunikan kepelbagaian kaum,budaya dan agama dalam negara ini dapat dijaga dengan
sebaiknya daripada diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

You might also like