MINIT MESYUARAT BIL 1 2024 PJPK

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU BUDU, SARATOK.

MINIT MESYUARAT
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN BIL. 1 /2024

Tarikh : 27 Mac 2024

Masa : 3.30 Petang

Tempat : Pusat Sumber

Pengerusi : Encik Mohd Firdaus Bin Salasa

Kehadiran : 2/2

1 Alu-aluan Pengerusi

1.1. Encik Mohd Firdaus selaku pengerusi mengucapkan Salam Perpaduan, dan Salam
Sejahtera serta mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.

1.2. Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua
guru yang bertungkus-lumus berusaha menjayakan segala perancangan yang telah
dirangka sepanjang tahun 2023 yang lalu.

1.3. Dalam ucapan alu-aluan beliau menegaskan bahawa mesyuarat ini sangat penting
untuk menentukan hala tuju panitia bagi tahun 2024. Minit mesyuarat pertama panitia
merupakan rupa wajah panitia sepanjang tahun semasa.

1.4. Ulasan Ahli Mesyuarat terhadap perutusan pengerusi.

Semua ahli mesyuarat mengambil maklum dan memberi perhatian akan ucapan,
pandangan, peringatan dan teguran pengerusi dan bersetuju untuk mengambil tindakan
susulan.

Tindakan:
Semua guru.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Pengerusi membentangkan minit Mesyuarat Bil.4/2023 yang diadakan pada 28 Januari
2024.

2.2 Pn. Donnila mencadangkan minit Mesyuarat Bil. 4/2023 disahkan tanpa pindaan. Semua
ahli mesyuarat menyokong.

2.3 Minit Mesyuarat Bil.4/2023 pada 28 Januari 2024 disahkan tanpa pindaan.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Pengerusi mohon maklum balas ahli mesyuarat untuk membangkitkan perkara-perkara
yang terkandung dalam Minit Mesyuarat Bil.4/2023 bertarikh 28 Januari 2024.

3.2 Pengerusi membangkitkan perkara 5 para 5.1 iaitu hal-hal lain mesyuarat bil.4/2023 –
Mengemas kini RPH dan menanda semua buku latihan murid pada tahun semasa serta
diurus dengan teratur dan terancang. Beliau mengharapkan agar pada tahun 2024, dapat
membuat penambahbaikan agar dapat memberi impak kepada kemajuan panitia.

3.3 Semua ahli mesyuarat memberikan fokus kepada perkara yang dibangkitkan dan akan
memberikan perhatian serius untuk penambahbaikan pada tahun 2024.
Tindakan:
Ketua Panitia
AJK.

4 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT

4.1. Lantikan AJK.

4.1.1 Pengerusi membentangkan carta organisasi Jawatankuasa Panitia Tahun 2024 dan
mohon ahli mesyuarat memberi perhatian terhadap pembentangan seterusnya memberi
maklum balas terhadap pelantikan yang dibuat.

4.1.2 Penetapan tugasan setiap ahli panitia dari segi kurikulum termasuk setiausaha panitia,
penyelaras mata pelajaran setiap tingkatan/tahun dan aktiviti koakademik.

PENGERUSI : En. Mohd Firdaus Bin Salasa


SETIAUSAHA : En. Mohd Firdaus Bin Salasa

4.1.3 Semua ahli mesyuarat bersetuju dengan pelantikan yang dibuat seperti mana yang
dipaparkan dalam carta organisasi.

4.1.4 Senarai guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan 2024

BIL KELAS NAMA GURU


1. Tahun 1 Pn. Donnila Anak Anyai
2. Tahun 2 Pn. Donnila Anak Anyai
3 Tahun 3 En. Mohd Firdaus Bin Salasa
4 Tahun 4 En. Mohd Firdaus Bin Salasa
5 Tahun 5 En. Mohd Firdaus Bin Salasa
6 Tahun 6 En. Mohd Firdaus Bin Salasa

Tindakan:
Ketua Panitia,
Semua guru

4.2 Agihan Belanja Mengurus/ Kewangan-Bantuan geran perkapita mata pelajaran


dimanfaatkan secara sistematik dan terancang.– TMUS 3.1.2.4

4.2.1 Perancangan belanjawan


Pengerusi mengumumkan bahawa pada tahun 2024 panitia menerima geran perkapita
sebanyak RM 490.00 Anggaran Belanja Mengurus (ABM) perlu disediakan. Dalam
merancang perbelanjaan, perkara di bawah perlu dipatuhi:

i. mengikut prosedur yang ditetapkan


ii. mengikut keperluan/kesesuaian
iii. secara menyeluruh/optimum
iv. secara berterusan/berkala.

Berdasarkan ketetapan di atas, panitia merancang untuk melaksanakan perbelanjaan


alatan dan bahan (ABM) sebanyak 90% daripada peruntukan yang ada untuk menyokong
PdP semua tahun.

4.2.2 Melaksanakan perbelanjaan

Untuk melaksanakan perbelanjaan, nota minta perlu disediakan dan pelaksanaan


perbelanjaan panitia harus akur dengan ketetapan berikut:

i. mengikut prosedur yang ditetapkan.


ii. mengikut keperluan/kesesuaian
iii. secara menyeluruh/optimum
iv. secara berterusan/berkala.

4.2.3 Memanfaatkan sumber pendidikan

Sumber pendidikan di bawah panitia harus dimanfaatkan dengan mematuhi ketetapan di


bawah:

i. mengikut prosedur yang ditetapkan


ii. mengikut keperluan/kesesuaian
iii. secara menyeluruh/optimum
iv. secara berterusan/berkala.

4.2.4 Semua sumber pendidikan yang diterima dan digunakan harus direkodkan mengikut
ketetapan berikut:

i. mengikut prosedur yang ditetapkan


ii. mengikut keperluan/kesesuaian
iii. secara menyeluruh/optimum
iv. secara berterusan/berkala.

4.2.5 Semua ahli mesyuarat bersetuju dengan ketetapan yang telah dibuat dan memberi
perhatian penuh.
Tindakan:
Ketua Panitia
AJK

4.3 Penggubalan RPT. Pelaksanaan mata pelajaran diurus secara profesional dan
terancang – TUMS 3.1.2.1

4.3.1 Pengerusi mengucapkan terima aksih kepada semua guru kerana sepakat untuk
menggunakan RPT penjajaran 2.0 untuk sesi PdP tahun 2024. Pengerusi telah
mengedarkan sukatan dan rancangan tahunan, mingguan dan DSKP, RPT serta format
RPH bagi tahun 2024 menerusi aplikasi Telegram yang telah diwujudkan bagi kumpulan
Panitia PJPK. Pengerusi mengingatkan agar guru-guru yang mengajar mengikut apa yang
telah diedarkan.

4.3.2 Pengerusi memaklumkan bahawa DSKP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah
dikumpulkan dalam bentuk softcopy, guru-guru boleh mencetak dokumen tersebut dengan
ketetapan berikut:
i. dengan mematuhi ketetapan kurikulum/ arahan yang berkuat kuasa
ii. berdasarkan keperluan (murid/topik/ peristiwa)/ kesesuaian pelaksanaan kurikulum
iii. secara menyeluruh meliputi semua tahap/ tingkatan/murid

Tindakan:
Ketua Panitia,
Semua guru

4.4 Buku Rekod Mengajar(BRM)


4.4.1 Penyediaan BRM adalah mengikut standard dan ketetapan yang telah ditetapkan oleh
sekolah. Tarikh untuk penghantaran BRM akan dimaklumkan kelak.
Tindakan:
Ketua Panitia,
Semua guru

4.5 Penulisan RPH


4.5.1 Bagi tahun 2024, Panitia PJPK selaras dengan apa yang telah ditetapkan di dalam
Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2024 telah menetapkan penggunaan RPH TS25.

Tindakan:
Ketua Panitia,
Semua guru
4.6 Penetapan Pameran Projek Pendidikan Kesihatan
4.6.1 Melalui perbincangan bersama AJK, ketetapan pameran adalah sepeti berikut:-

i. Pameran dilakukan di dalam kelas sahaja (ikut kelas masing masing). Tahun 6
digalakkan dibuat dalam skala yang besar (gabung kelas dan buat di dewan
sekolah )
ii. Hanya karya yang terbaik sahaja terpilih untuk pameran.
iii. Hasil karya boleh dijual jika ada yang berminat. Harga tertakluk kepada kualiti
karya tersebut.
iv. Pembahagian duit jualan hasil karya ialah (70 : 30 )
v. Pameran boleh dilakukan di atas talian sahaja (via Facebook sekolah, whatsapp
group kelas dan lain – lain platform)

Tindakan:
Ketua Panitia,
Semua guru

4.7 Agihan Latihan. Program peningkatan pencapaian murid diurus secara profesional
dan terancang. - TUMS 3.1.2.3

4.7.1 Ketua panitia mengingatkan AJK agar memberi latihan yang menjurus ke arah
peningkatan ilmu dan kemahiran
i. dengan berfokus kepada isu pembelajaran/ keperluan murid
ii. dengan mengambil kira tahap keupayaan/ potensi
iii. secara menyeluruh/melibatkan murid di semua tahun/tingkatan
iv. secara berterusan/berkala.

Tindakan:
Ketua Panitia,
Semua guru

4.8 Penggubalan Soalan Pentaksiran/Penilaian


4.8.1 Soalan yang telah digubal perlu dihantar kepada ketua panitia untuk disemak dan
ditandatangan.

4.8.2 Jadual guru yang menyediakan soalan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Tindakan:
Ketua Panitia,
Semua guru

4.9 Pencerapan Guru. Program peningkatan kualiti pengajaran guru diurus secara
terancang.-TUMS 3.1.2.2
4.9.1 Merancang program pembangunan profesionalisme yang berkaitan dengan pelajaran
yang diperincikan di dalam (PPO). Mesyuarat sebulat suara merancang program di bawah
bertdasarkan ketetapan berikut:

i. dengan berfokus kepada keperluan guru/ panitia


ii. dengan mengambil kira perkembangan pendidikan semasa/ secara objektif
iii. secara berterusan/berkala

4.9.2 Berdasarkan kepada keperluan tersebut, telah diwujudkan Jadual Pencerapan Guru
yang telah diputuskan oleh pihak pentadbiran.

Tindakan:
Ketua Panitia,
Semua guru

4.10 Program peningkatan kualiti pengajaran guru diurus secara terancang.-TUMS 3.1.2.2
4.10.1 Merancang program pembangunan profesionalisme yang berkaitan dengan pelajaran
yang diperincikan di dalam OPPM. Mesyuarat sebulat suara merancang program di bawah
berdasarkan ketetapan berikut:
i. dengan berfokus kepada keperluan guru/ panitia
ii. dengan mengambil kira perkembangan pendidikan semasa/ secara objektif
iii. secara berterusan/berkala (sekurang-kurangnya empat (4) program setahun).

4.10.2 Berdasarkan ketetapan di atas, panitia merancang program di bawah:

o PLC

4.10.3 Tarikh program peningkatan tersebut akan dilaksanakan pada masa yang ditetapkan
dan akan dimaklumkan kemudian. Pemilihan Tarikh dan masa perlaksanaan program
tersebut adalah mengikut masa yang sesuai.

Tindakan:
Ketua Panitia,
Semua guru

AHALHAL-HAL
5. LAIN

5.1. Semua guru harus akur dengan segala ketetapan yang telah dibuat di dalam Mesyuarat
Bidang Kurikulum Bil.1/2024.
Tindakan:
Semua Guru

5.2. Pengerusi berharap agar perolehan aset akan dikemas kini oleh panitia.
Tindakan:
Ketua Panitia

5.3. Mesyuarat sebulat suara bersetuju melantik Ketua Panitia sebagai pegawai
penerima aset dan pegawai yang menguruskan stok.
Tindakan:
Ketua Panitia.

5.5. Minit mesyuarat dan lampiran mesyuarat hendaklah diedarkan kepada ahli
mesyuarat seminggu selepas tarikh mesyuarat diadakan.
Tindakan:
Setiusaha Panitia

6. PENUTUP

6.1 Dalam ucapan penangguhan, pengerusi mengharapkan agar tindakan dibuat bagi
mana-mana perkara yang telah diputuskan dalam mesyuarat. Beliau juga
mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang telah memberikan
kerjasama dalam mesyuarat kali ini. Mesyuarat kedua panitia akan diadakan pada
pada Julai dan mesyuarat ketiga pada Oktober 2024.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Dicatat oleh: Disemak oleh:

….……………………………. ………………………………..
MOHD FIRDAUS BIN SALASA MOHD FIRDAUS BIN SALASA
Setiausaha, Ketua Panitia,
Panitia PJPK Panitia PJPK
SK Ulu Budu, Saratok.. SK Ulu Budu, Saratok.

Disahkan oleh:

….……………………………
ENPUNGAN ANAK LUNCHAT
Pen. Kanan Pentadbiran,
SK Ulu Budu, Saratok.

Tarikh: 29 MAC 2024.

You might also like