Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SBT SK SERI BIRAM

PANITIA SEJARAH

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL 1/(2024)

Tarikh : 18 Mac 2024


Masa : 2.00-3.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan SKSB
Pengerusi : Pn Rohani binti Shariff

Kehadiran(Bilangan) : 7/7

Nama Yang Hadir:

Pn Rohani binti Shariff


En Mohd Amri bin Ayob
Cik Rosniza binti Mohamed Sharif
Pn Rozaidah binti A Rahman
Pn Zuraidah binti Mamat
En Muhammad Amir bin Udin
Pn Nadiah Nasuha binti Mohd Saidi

Nama Yang Tidak Hadir: -

Turut Hadir (Jika ada) :


EN Khalili bin Mansor - Guru Besar
Pn Sabarina binti Abdullah - GPK Pentadbiran

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1) Mengalu-alukan kehadiran guru matapelajaran Sejarah yang secara
automatik menjadi Ahli Panitia Sejarah ke Mesyuarat Panitia Sejarah Bil
1/2024. Ucapan terima kasih dan tahniah kepada guru-guru yang
dilantik sebagai AJK Panitia Sejarah 2024.
2) Ribuan terima kasih kepada ahli-ahli atas komitmen guru-guru atas kerja
buat guru sepanjang menjalankan aktiviti panitia pada tahun lepas
3) Mesyuarat mengambil maklum bahawa mesyuarat panitia perlu
disiapkan dalam tempoh 3 hari bekerja mengikut format yang ditetapkan
dan mengemukakan kepada pengerusi mesyuarat untuk kelulusan. Minit
mesyuarat perlu diedarkan selewat-lewatnya dalam tempoh 7 hari
bekerja. Antara tindakan yang perlu diambil perhatian adalah mengesan
maklumbalas pelaksanaan keputusan mesyuarat. Oleh itu, setiausaha
panitia perlu menyedia dan mengedarkan borang maklum balas
tersebut. Seterusnya mendapatkan laporan maklum balas daripada
pihak yang berkaitan.
4) Pengukuran SKPMG2 adalah berdasarkan kemenjadian murid,
kecemerlangan dan pelaksanaan ke arah dasar-dasar kementerian.
Oleh itu pengurusan fail dan aktiviti panitia perlu merujuk spesifikasi
SKPMG2.
1. Mesyuarat panitia telah ditetapkan sebanyak 3 kali untuk tahun 2024
berdasarkan ketetapan kurikulum 2024.

2 1) UCAPAN ALUAN PENTADBIR


1) En Khalili mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK panitia
sejarah kerana dapat menghadirkan diri untuk mesyuarat kali pertama
ini. Guru Besar mengingatkan semua ahli peranan panitia adalah
menaikkan pusat sumber sekolah. Panitia perlu untuk mengadakan
program-program untuk menarik minat murid mengunjungi pusat
sumber, Guru Besar meminta supaya semua panitia menjadikan pusat
sumber sebagai tempat rujukan.

2) Puan Sabarina juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada


guru-guru kerana dapat mengadakan mesyuarat panitia kali pertama
ini. Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada guru-guru
yang telah menjalankan tanggungjawab yang diberikan sepanjang sesi
persekolahan 2023.

3) Puan Sabarina juga mengingatkan kepada guru-guru, agar guru perlu


menekankan pencapaian murid pada sesi 2024/2025. Beliau juga
menegaskan bahawa panitia perlu menjadikan bilik-bilik darjah Sudut
panitia, taman-taman sekitar sumber maklumat kepada murid supaya
murid dapat berfikir aras tinggi(KBAT).

4) 3 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

4 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
4.1.Tiada perkara berbangkit.

Tindakan:

5 FOKUS MESYUARAT

1. PENGESAHAN AHLI JAWATANKUASA PANITIA SEJARAH 2023


1) Mesyuarat mengesahkan bahawa Ketua Panitia Sejarah adalah Pn
Rohani binti Shariff
2) AJK Panitia Sejarah boleh dirujuk pada Lampiran 1

Makluman : Guru Sejarah .


2. KEWANGAN PANITIA
1) Kewangan panitia untuk dibelanjakan bagi tahun 2023 adalah seperti
berikut:
a. PCG Panitia 70% fasa 1 - RM 1563.80
b. PCG Panitia 30% fasa 2 - RM 670.20
c. Jumlah yang boleh dibelanjakan - RM 2234.00
2) Sekiranya guru-guru ingin membuat pembelian alatan dan bahan, nota
minta hendaklah digunakan dan diserahkan kepada kerani.

3. PASCA NILAI UASA


1) Berdasarkan keputusan UASA bagi sesi 2025/25 TOV dan ETR untuk
panitia Sejarah boleh di rujuk pada Lampiran 2.
2) Ahli bersetuju untuk meningkatkan pencapaian murid untuk mata
pelajaran Sejarah bagi setiap aliran adalah GPMP 2.0.
3) Oleh itu semua guru perlu berusaha untuk meningkatkan kualiti dan
kuantiti murid lulus dan meningkatkan pencapaian gred.

4 PERANCANGAN STRATEGIK
1. Perancangan strategik perlu dibuat baharu seiring dengan TS25
2. Guru-guru perlu membuat sasaran (ETR) berdasarkan analisis UASA dan
PBD yang dibuat
3. Mesyuarat mengambil maklum bahawa antara aktiviti panitia yang
dirancang untuk 2024 adalah seperti di Lampiran 3.

4. PENGGUBALAN RPT
1. Mesyuarat mengambil maklum bahawa DSKP dan dokumen berkaitan
untuk PDP Sejarah boleh diperolehi dari SKSB APPS. Guru-guru
matapelajaran boleh merujuk DSKP yang telah dimasukkan dalam apps
sekolah
2. RPT guru-guru perlu selari dengan takwim pihak sekolah dimana PDP
berjalan untuk tempoh 37 minggu . Diharap guru-guru dapat
menyatakan minggu dalam RPT masing-masing serta menghantar
softcopy ke SKSB APPS . Tindakan:
Penyelaras Aliran MP Sejarah

5. BAHAN REKOD MENGAJAR (BRM)


1) Guru-guru perlu menghantar RPH masing-masing secara online
menggunalan google-classroom secara mingguan berdasarkan tarikh
yang dimaklumkan oleh pentadbir.

6. PENULISAN RPH
1) Penulisan RPH adalah diringkaskan seperti mana dimaklumkan oleh YB
Fadhlina Sidek, dimana RPH kini hanya perlu libatkan 3 elemen utama
iaitu Objektif, pengajaran dan refleksi.
Makluman dan Tindakan: Semua Guru Sejarah.

7. PENETAPAN BUKU DAN SEMAKAN LATIHAN


1) Mesyuarat bersetuju untuk menggunakan 1 buah buku tulis garis satu
bagi matapelajaran Sejarah
2) Guru-guru perlu menghantar buku latihan murid kepada pihak pentadbir
untuk tujuan semakan dan pencerapan. Semakan latihan perlu
mempunyai cap dan bertandatangan pentadbir. Penghantaran tersebut
boleh dirujuk pada Lampiran 4.
8. AGIHAN LATIHAN
1) Mesyuarat memutuskan agihan latihan kepada murid adalah sekurang-
kurangnya 5 soalan setiap PDP.
2) Murid dianggap menguasai kemahiran atau objektif pembelajaran jika
murid dapat menjawab sekurang-kurangnya 80% dengan betul untuk
murid cemerlang, 50% murid sederhana dan murid potensi 30%.

9. PENGGUBALAN SOALAN PENTAKSIRAN


1) Pentaksiran bagi matapelajaran Sejarah akan dijalankan 2 kali setahun
iaitu pertengahan sesi akademik dan akhir akademik
Soalan pentaksiran adalah secara objektif dan subjektif
2) Berdasarkan Mesyuarat Pengurusan Awal Tahun 2024, pentadbir telah
menetapkan semua panitia membuat intervensi setiap selepas
pentaksiran dijalankan

10. PENCERAPAN
1) Pencerapan guru-guru boleh dirujuk pada Lampiran 5. Oleh itu PDP
guru-guru boleh merujuk kepada instrumen Standard 4 SKPMG2.

11. PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD).


1) Antara pelbagai kaedah yang digunakan untuk menilai murid boleh
dilakukan menerusi aktivti-aktiviti seperti kuiz, permainan, main peranan,
bercerita dan projek mudah
2) Mesyuarat memutuskan bahawa Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) perlu
dibuat 2 kali setahun iaitu bulan Ogos dan Februari untuk Pentaksiran
Pertengahan sesi akademik dan Pentaksiran Akhir Tahun sesi
akademik.
Makluman dan Tindakan: Semua Guru Sejarah

12. PLC / PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU


1) Mesyuarat telah diwar-warkan aktivti-aktiviti di dalam PLC. Aktiviti PLC
untuk 2024 boleh dirujuk pada Lampiran 6
Tindakan : Guru Sejarah
13. KBAT
1) Pengerusi mengingatkan semula kepada semua ahli mesyuarat agar
menerapkan unsur KBAT dalam penulisan RPH dan pengajaran guru
kerana kita dijadikan rujukan kerana telah terpilih sebagai sekolah
Penarafan KBAT di daerah Pekan
2) Unsur KBAT juga perlu diterapkan dalam kertas kerja yang dirancang.
3) Pengerusi juga mengingatkan guru-guru agar objektif dan kriteria
kejayaan ditulis di papan putih kelas sebelum sesi pengajaran dijalankan
agar murid-murid jelas dengan tujuan pembelajaran mereka.
4) Objektif pengajaran yang ditulis dalam Rancangan Pengajaran Harian
mestilah bersifat spesifik dan jelas.
5) Pengerusi juga mengingatkan ahli panitia agar memberi penekanan
kepada penulisan objektif pembelajaran, aktiviti pembelajaran dan
refleksi pembelajaran kerana pihak pentadbir akan menilai berdasarkan
aspek tersebut.

6 HAL LAIN
6.1 Mesyuarat bersetuju untuk sudut panitia Sejarah adalah di tangga berhampiran
1) bilik doktor Muda SKSB. Pengerusi mencadangkan untuk panitia
menempah banner untuk tampalan kekal..
2) Oleh itu satu kertas kerja perlu disiapkan untuk tujuan keceriaan sudut
panitia.

Tindakan : Setiausaha Panitia

7 PENANGGUHAN
1) Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
2) Mesyuarat kali kedua akan diadakan pada bulan Julai.

SETIAUSAHA PANITIA SEJARAH


SBT SK SERI BIRAM
5 APRIL 2024/25

You might also like