Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

SEKOLAH KEBANGSAAN ROKAN

73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


NBA 5007
NO.TEL/FAKS: 06 – 431 7737

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.1/2024

TARIKH : 05 MAC 2024


HARI : SELASA
MASA : 9:00 PAGI
TEMPAT : MAKMAL ICT SK ROKAN

KEHADIRAN:
1. TN. HJ. AZMIN BIN YAHYA - GURU BESAR
2. PN. HAJAH NORHAYATI BINTI ABDULLAH - GPK PENTADBIRAN
3. EN. NORAZMINORDIN BIN AWANG - GPK HAL EHWAL MURID
4. EN. MOHD UZAINI BIN MAD ZAID - GPK KO KURIKULUM
5. PN. IDAHYUNIZAH BINTI KHAMIS - SETIAUSAHA
6. PN. SHALINI A/P SELVARAJAH
7. PN. ROSHAYA BINTI RAMLI
8. PN. NURUL IFFAH BINTI ABDOL RAHIM
9. CIK PRIYADHARSHINI A/P PONNAIAH
10. CIK NURUL HIDAYAH BINTI ABDUL RAHIM
11. PN. MARLIYZA BINTI MANAF
12. EN. AZROOL AFIZIE BIN AHMAD

AGENDA :
1. PERUTUSAN PENGERUSI
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL. 2/2023
3. PERKARA BERBANGKIT
4. PERBINCANGAN / PEMBENTANGAN / LAPORAN
5. HAL - HAL LAIN DAN
6. PENUTUP

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.1/2024. 1


1.0 UCAPAN ALU-ALUAN
1.1 Ucapan Guru Besar
1.1.1 Guru besar mengalu-alukan kehadiran guru dan ucapan tahniah dan syabas
ke Mesyuarat Kurikulum bil.1/2024.

1.1.2 Beliau mengucapkan selamat bercuti kepada guru-guru dan menggunakan


masa bercuti dengan sebaik-baik mungkin dan kembali ke sekolah pada tahun
2024 dengan penuh bersemangat dan bertenaga.

1.2 Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran


1.2.1 Beliau mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat Kurikulum
Bil.1/2024.

1.2.2 Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kerana semua guru dapat
melaksanakan tugasan 2023 dengan jayanya dan berharap dapat
meneruskan kecemerlangan pada tahun 2024 ini. Beliau memaklumkan
semua kejayaan ini adalah hasil kerjasama kepada semua untuk SK Rokan
ini. Beliau memohon maaf atas kekurangan pada tahun lepas dan akan
membuat penambah baikan pada tahun ini.
Makluman dan Tindakan

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Minit Mesyuarat Kurikulum Bil. 2/2023 pada 27 September 2023 telah disahkan.
Cadangan: Pn. Marliyza binti Abdul Manaf
Penyokong: Cik Nurul Hidayah binti Abdul Rahim
Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT


Pengerusi menyenaraikan perkara berbangkit yang telah dinyatakan dalam borang
maklum balas yang telah diambil tindakan.
Lampiran 1
Makluman

4.0 PERBINCANGAN / LAPORAN / PEMBENTANGAN


Mesyuarat mengambil maklum tentang :
4.1 Persediaan Persekolahan sesi 2024

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.1/2024. 2


4.1.1 Pengerusi memaklumkan sesi persekolahan bermula pada 11 Mac 2024.
Minggu pertama adalah minggu penyesuaian diri dan tiada aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dijalankan.

4.1.2 Beliau memaklumkan minggu pertama persekolahan adalah minggu


memperkenalkan murid kepada suasana sekolah. Perbincangan mengenai
minggu pertama persekolahan berdasarkan kertas kerja yang telah
dimasukkan ke dalam Telegram Sekolah.
Makluman

4.2 Pelantikan Jawatankuasa Kurikulum Sesi 2024


4.2.1 Pengerusi memaklumkan Buku Pengurusan untuk sesi 2024 yang belum
dimurnikan sepenuhnya dan beliau akan meletakkan satu salinan di pejabat
untuk rujukan guru-guru.

4.2.2 Pengerusi memaklumkan beberapa jawatankuasa utama dan yang lain boleh
merujuk buku pengurusan sekolah 2024.

4.2.2.1 Guru Data – Pn. Idahyunizah binti khamis


4.2.2.2 Guru Perpustakaan Media – En. Azrool Afizie bin Ahmad
4.2.2.3 Guru ICT dan jadual waktu – Pn. Nurul Iffah binti Abdol Rahim
4.2.2.4 Guru LADAP – Pn. Marliyza binti Abdul Manaf
4.2.2.5 Guru Pemulihan – Pn. Roshaya binti Ramli
4.2.2.6 Guru SEGAK – En. Azrool Afizie bin Ahmad
4.2.2.7 Guru Psikometrik – En. Mohd Uzaini bin Mad Zaid
4.2.2.8 Guru STEM – Cik Nurul Hidayah binti Abdul Rahim
4.2.2.9 Guru KBAT – Pn. Marliyza binti Abdul Manaf

Makluman

4.2.3 Pengerusi memaklumkan Ketua Panitia


4.2.3.1 Panitia Bahasa Melayu – Pn. Roshaya binti Ramli
4.2.3.2 Panitia Bahasa Inggeris – Cik Priyadharshini a/p Ponnaiah
4.2.3.3 Panitia Matematik – Pn. Idahyunizah binti Khamis
4.2.3.4 Panitia Sains – Pn. Sharlini a/p Selva rajah
4.2.3.5 Panitia Pendidikan Islam – En. Norazminordin bin Awang
4.2.3.6 Panitia Bahasa Arab – En. Mohd Uzaini bin Mad Zaid

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.1/2024. 3


4.2.3.7 Panitia Sejarah – Pn. Nurul Iffah binti Abdol Rahim
4.2.3.8 Panitia Reka Bentuk Teknologi – Cik Nurul Hidayah binti Abdul
Rahim
4.2.3.9 Panitia Pendidikan Seni dan Muzik – Pn. Hjh. Norhayati binti
Abdullah
4.2.3.10 Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan – En. Azrool
Afizie bin Ahmad
Makluman
Tindakan : Ketua Panitia

4.2.4 Pengerusi memaklumkan senarai nama guru kelas sesi 2024


4.2.4.1 Prasekolah – Pn. Marliyza binti Abdul Manaf
4.2.4.2 Tahun 1 Arif – Pn. Roshaya binti Ramli
4.2.4.3 Tahun 2 Arif – Pn. Shalini a/p Selvarajah
4.2.4.4 Tahun 3 Arif – Cik Nurul Hidayah binti Abdul Rahim
4.2.4.5 Tahun 4 Arif – Pn. Idahyunizah binti Khamis
4.2.4.6 Tahun 5 Arif – Cik Priyadharshini a/p Ponnaiah
4.2.4.7 Tahun 6 Arif – Pn. Nurul Iffah binti Abdol Rahim
Makluman
Tindakan: Guru Kelas

4.2.5 Pengerusi memaklumkan visi dan misi kurikulum


4.2.5.1 Visi – Melahirkan Insan Yang Bertakwa dan Berkeupayaan
Menguasai Semua Mata Pelajaran Dengan Cemerlang
4.2.5.2 Misi – Melahirkan Murid-murid Yang Celik 3M,
Berpengetahuan, Mempunyai Sahsiah Yang Mulia dan
Seimbang.

Makluman
Tindakan

4.3 Persediaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdPC)


4.3.1 Pengerusi memaklumkan semua guru akan memperolehi jadual waktu pada
minggu ini. Berlaku pertambahan waktu kerana kekurangan seorang guru dan
pihak pentadbir menetapkan pembahagian waktu adalah sama rata. Jadual
akan dirombak semula apabila kehadiran guru baru.

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.1/2024. 4


4.3.2 Beliau memaklumkan penggunaan e-RPH yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah dan telah diterangkan oleh Pn. Nurul Iffah. Guru diingatkan untuk
memuat turun Rancangan Pelajaran Tahunan, DSKP dan Rancangan Harian.

4.3.3 Beliau memaklumkan Pn. Nurul Iffah mewujudkan ‘Goggle Side’ dan meminta
guru memasukkan maklumat mengikut unit kurikulum yang telah ditetapkan.

4.3.4 Beliau memaklumkan penetapan penghantaran e-RPH adalah pada hari


Jumaat atau Isnin dan akan disemak oleh guru besar.

4.3.5 Beliau memaklumkan penilaian PdPc sebanyak dua kali setahun iaitu pada
bulan Mei dan Jun sesi pertama dan September dan Oktober bagi sesi kedua.
Guru besar akan membuat pemantauan secara formal atau tidak formal.

4.3.6 Beliau meminta guru menghantar penilaian kendiri PdPc pada bulan April atau
Mei selewat-lewatnya.

4.3.7 Beliau memaklumkan semakan buku murid sebanyak dua kali setahun dan
minta guru hantar pada tarikh yang telah ditetapkan. Makluman semua guru,
Tahap 1 mempunyai satu buku aktiviti murid manakala Tahap 2. Guru diminta
semak supaya tiada isu. Jika murid tidak siap latihan, guru diminta meletakkan
kata-kata yang bersesuaian dan kata-kata pujian untuk menaikkan semangat
murid menyiapkan kerja yang diberikan.

4.3.8 Penekanan buku tulis murid, guru diminta menekan murid menulis hari dan
tarikh dengan kemas dan minta guru sesuaikan latihan yang guru beri, tidak
terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Jika guru ingin membuat salinan di
pejabat, guru boleh meminta bantuan awal supaya tidak menjadi masalah
penggunaan mesin fotokopi.
Makluman dan tindakan
4.4 Penilaian Berdasarkan Bilik Darjah (PBD)
4.4.1 Pengerusi memaklumkan penilaian PBD setahun sebanyak dua kali.
Penilaian guru adalah sepanjang tahun. Sekiranya guru mempunyai masalah

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.1/2024. 5


dalam penilaian guru terhadap murid, boleh berbincang bersama dengan
mengadakan PLC atau merujuk Buku PBD di atas meja GPK Pentadbiran.

4.4.2 Beliau memaklumkan pengisian PBD telah selesai dan mohon guru
memberikan satu salinan kepada setiausaha PBD dan dimasukkan ke dalam
fail untuk individu dan mata pelajaran. Guru diminta memasukkan satu salinan
dalam fail panitia.

4.4.3 Beliau berharap guru dapat menyelesaikan PBD dan masukkan ke dalam fail
peribadi murid dan serahkan kepada guru kelas sesi 2024.

Makluman dan tindakan


4.5 Pengurusan Panitia
4.5.1 Beliau berharap dan mengingatkan semua guru dapat merancang pengurusan
panitia pada tahun ini dengan lebih baik dan buat penambah baikan daripada
tahun-tahun lepas.

4.5.2 Beliau mengingat dan memastikan minit mesyuarat panitia ada dan masukkan
dalam ‘Goggle Side’. Guru diminta menyediakan minit mesyuarat panitia 2023
sebanyak dua kali. Guru juga diminta menyediakan carta organisasi,
perancangan panitia berserta kertas kerja serta laporan.

4.5.3 Beliau memaklumkan aspek panitia di dalam SKPM iaitu pada Standard 3.1
melalui IDMe. Beliau memaklumkan beliau telah mengisi skor untuk panitia
berdasarkan yang telah guru buat.

4.5.4 Beliau meminta guru mengemaskini fail panitia berdasarkan format PDCA.
Makluman : semua guru
Tindakan : Ketua Panitia
4.6 Program HIP
4.6.1 Beliau mengingatkan guru HIP mengemaskini fail HIP dan nyatakan program-
program berkaitan dengan HIP serta menyebar luaskan Program HIP terutama
semasa dalam Mesyuarat Agung PIBG nanti.
Makluman
Tindakan : Guru HIP

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.1/2024. 6


4.7 Pusat Sumber Sekolah
4.7.1 Beliau mencadangkan pada hari Rabu (06 Mac 2024) mengadakan Mesyuarat
Pusat Sumber Sekolah (PSS) kali pertama.

4.7.2 Beliau berharap mengimarahkan PSS untuk Tahun 2024 secara optimum.
Harapan kerjasama semua guru bersatu dan bahan-bahan perlu diserahkan
kepada guru PSS.

4.7.3 Beliau memaklumkan PSS berkait rapat dengan ICT, apabila ada pemantauan
PSS adalah juga pemantauan untuk Unit ICT. Dapatan kedatangan pegawai
JPNS dan USTP lepas, penggunaan ID Delima guru dan murid adalah baik
dan cuma perlu penambah baikan. Manakala dari segi NILAM, tiada masalah
tetapi mengharapkan Bintang dan untuk PSS akan dimaklumkan secara
personal dengan guru PSS.
Makluman
Tindakan: semua guru
4.8 LADAP
4.8.1 Pengerusi memaklumkan LADAP di bawah Pn. Marliyza dan dapatkan kata
laluan daripada En. Mohd Uzaini bin Mad Zaid. Beliau memaklumkan taklimat
e-RPH dengan Pn. Nurul Iffah dan e-RPH Ko kurikulum bersama dengan En.
Mohd Uzaini bin Mad Zaid.

4.8.2 Beliau mengingatkan semua guru mengadakan PLC dan laporan mengikut
panitia sekurang-kurangnya sebulan satu laporan.
Makluman
Tindakan: semua guru
4.9 Bilik-bilik Khas
4.9.1 Beliau memaklumkan sekiranya guru mempunyai masalah untuk mengemas,
maklumkan dan gotong-royong untuk mengemaskannya. Beliau meminta guru
menceriakan bilik-bilik khas.

4.9.2 Pn. Marliyza memaklumkan peralatan taman permainan prasekolah tidak


sesuai untuk bermain, termasuk kawasan tersebut rumput cepat anjang
Laporan ke PPD telah dibuat. Keputusan untuk menutup kawasan permainan
prasekolah untuk keselamatan dipersetujui.

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.1/2024. 7


4.9.3 Pengerusi mengingatkan agar segala laporan yang dibuat ke PPD perlu
sediakan satu salinan dan disimpan di pejabat.
Makluman

4.10 Prasekolah
4.10.1 GPK Pentadbiran memaklumkan jumlah murid bagi prasekolah seramai 8
orang. Beliau memnita guru prasekolah mewujudkan ‘Whatapps’ yang baru
untuk sesi 2024.

4.10.2 Beliau juga memaklumkan berkaitan masalah rumput di kawasan prasekolah,


pekerja lelaki seorang dan bermasalah untuk menyelenggara rumput.

4.10.3 Beliau juga telah berbincang dan memaklumkan kepada pembantu murid
prasekolah agar melaksanakan keceriaan untuk prasekolah.
Makluman
Tindakan : Guru prasekolah dan pembantu murid

4.11 Kewangan Panitia


4.11.1 Beliau memaklumkan tentang penggunaan kewangan panitia. Beliau akan
menjemput En. Mohd Fadzil untuk memberikan penerangan tentang
perbelanjaan guru menggunakan duit panitia (PCG).

4.11.2 Beliau memaklumkan terpulang kepada guru untuk merancang perbelanjaan


untuk program panitia.

4.12 Bulan Panitia


4.12.1 Beliau memaklumkan bulan panitia
4.12.1.1 Panitia Pendidikan Agama Islam – Bulan Mac
4.12.1.2 Panitia Bahasa Arab – Bulan April
4.12.1.3 Panitia Bahasa Melayu – Bulan Mei
4.12.1.4 Panitia Bahasa Inggeris – Bulan Jun
4.12.1.5 Panitia Matematik – Bulan Julai
4.12.1.6 Panitia Sejarah – Bulan Ogos
4.12.1.7 Panitia Sains – Bulan September
4.12.1.8 Panitia RBT dan PJPK – Bulan Oktober
4.12.1.9 Panitia Pend. Muzik dan PSV – Bulan November

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.1/2024. 8


4.12.2 Beliau juga meminta ketua panitia menyediakan kertas kerja untuk program
bulan panitia masing-masing dan berikan sesalinan kepada PSS kerana saling
berkait rapat.

4.12.3 Beliau juga meminta ketua panitia menyediakan laporan program panitia dan
berikan sesalinan kepada PSS untuk difailkan .

4.12.4 Beliau juga mengingatkan ketua panitia menyediakan pameran bertema.


Papan pameran bertema ada di Makmal Sains. Pamerkan hasilkan kerja
murid.

4.12.5 Beliau meminta semua ketua panitia mengemas kini papan panitia di laluan
ke kantin. Maklum balas Pn. Marliyza berkaitan bajet persediaan dari segi
keceriaan. Maklum balas GPK pentadbiran, tiada bajet tetapi boleh berbincang
dengan beliau. Keutamaan adalah keceriaan papan panitia dan pastikan ketua
panitia sentiasa mengemas kini.
Makluman dan tindakan
4.13 SKPM
4.13.1 Beliau memaklumkan tiada butang hantar untuk SKPM
Makluman dan tindakan

4.14 e-operasi
4.14.1 GPK pentadbiran memaklumkan setelah jadual waktu diberikan. e-Operasi
guru-guru perlu dikemaskini.
Makluman dan tindakan

4.15 Kajian Tindakan dan Inovasi.


4.15.1 GPK Pentadbiran memaklumkan untuk kajian tindakan dan inovasi bagi tahun
2024 akan ditetapkan oleh guru besar.
Makluman dan tindakan
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Pn. Marliyza memaklumkan teguran daripada Pegawai PPD Unit Prasekolah
berkaitan dengan penyapu dan kehadiran kucing. Maklum balas GPK
pentadbiran, segala penyapu dibahagian luar bangunan prasekolah dibakar dan
maklum balas guru besar, apabila ada kehadiran kucing, guru diminta
memindahkan kucing tersebut ke tempat lain.

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.1/2024. 9


Makluman : semua guru
Tindakan : Guru Prasekolah dan Pembantu Murid

6.0 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1:30 petang dan akan disambung pada masa dan waktu
yang akan dimaklumkan.

Disediakan oleh,

URUS SETIA,
Kurikulum SK Rokan,
73200 Gemencheh ,
Negeri Sembilan.

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.1/2024. 10

You might also like