Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Integriti dan peningkatan kualiti

perkhidmatan awam
PengenaIan
"Sistem integriti akan menangani konflik kepentingan dalam sektor awam, mengagihkan kuasa
secara berkesan dan membatasi situasi yang boleh mencetuskan konflik kepentingan dan
menjejaskan manfaat bersama. Perkara ini melibatkan akauntabiliti, ketelusan, pencegahan dan
hukuman"
!endlf Sistem ntegriti Nasional: Asas-asas panduan, ms 2
ntegriti mencetuskan pelbagai persepsi dan pendapat. Bagaimanapun teras kepada integriti itu
ialah keutuhan akhlak, kewibawaan, ketakwaan makhluk yang bernama manusia itu sendiri
Cabaran keempat Wawasan 2020 yang menyatakan:
"Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para
warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh
budi pekerti yang luhur", menjadi faktor pendorong kepada penggubalan Pelan ntegrasi
Nasional (PN) yang dilancarkan pada tahun 2004.
Kompetensi, akauntabiliti dan ketelusan menjadi tonggak konsep integriti sebagaimana
yang dinyatakan dalam Pelan ntegriti Nasional (PN)
ntegriti adalah kualiti kecemerlangan yang dimanifestasikan secara holistik dan bersepadu
dalam indidvidu dan organisasi"
&mum sedar bahawa elemen-elemen integriti untuk peningkatan kualiti kerja telahpun lama
diterapkan ke dalam Perkhidmatan Awam melalui pelbagai program, peraturan, pekeliling dan
kempen seperti Piagam Pelanggan; Hari Bertemu Pelanggan; Manual Prosedur Kerja dan Fail
Meja; Sistem Pengurusan Akauntabiliti dan Berintegriti; Kempen Bersih, Cekap, Amanah;
Laporan Perisytiharan Harta; dan program penerapan Nilai-nilai slam. Pemimpin sesebuah
organisasi hendaklah bukan sahaja seorang yang mempunyai integriti yang tinggi tetapi dilihat
mempunyai kewibawaan dan integriti yang boleh dicontohi. Satu daripada asas pembentukan
sistem integriti itu ialah integriti tidak boleh dipaksa atau dikuatkuasa melalui undang-undang
semata-mata. &ntuk mengukuhkan lagi integriti yang sedia wujud, pihak pengurusan harus
merangka pelbagai program berterusan diperingkat organisasinya supaya budaya integriti itu
menjadi second nature. Ke arah itu, tindakan pendidikan (educative) dan pencegahan
(preventive) perlu berjalan seiring dengan tindakan hukuman (punitive). Kertas ringkas ini akan
mengimbas sepintas lalu tentang maksud integriti, Pelan ntegriti Nasional dalam kerangka
Sistem ntegriti Nasional dan kepentingan integriti dalam perkhidmatan awam. Rangka kasar
peranan, program dan penglibatan pemimpin organisasi dalam konteks pengukuhan integriti
dan peningkatan kualiti kerja juga akan dibincangkan. Kertas ini diakhiri degan rumusan tentang
peranan kepimpinan dalam peningkatan kualiti kerja dan pengukuhan integriti.
5akah integriti?
Dari sudut deIinisinya integriti ialah kualiti dan ciri positiI keseluruhan yang wujud pada
individu atau organisasi, Ciri ini berkaitan kecekalan pematuhan kepada kod moral dan kod
etika, kualiti ciri positiI keseluruhan (408420 dan suci (5:70 Ciri ini berkait rapat dengan
siIat mulia seperti kejujuran, ketulusan, amanah, kebolehpercayaan, ketegasan, kesatuan,
kesucian, kebaikan, dan pengakuran kepada kod nilai
,englkuL kamus uewan lnLegrlLl adalah ke[u[uran keadaan sempurna dan uLuh' manakala OxfotJ
ulctloooty memberlkan Lakrlf lnLegrlLy sebagal poollty of beloq booest ooJ bovloq sttooq motol
ptloclples tbe stote of beloq wbole ooJ ooJlvlJeJ ooJ tbe cooJltloo of beloq oolfleJ ooJ soooJ lo
coosttoctloo
Mohd Tap Salleh, menyorot makna integriti seperti yang digariskan dalam Pelan ntegriti
Nasional (PN): ". a quality of excellence that is manifested in a holistic and integral manner in
individual and organisations. ntegrity is based on ethics and noble values and their concrete
manifestations in daily lives"
Dalam konteks hubungan antara integriti dengan individu, organisasi dan penjawat awam,
seterusnya menyatakan bahawa:
a) ntegriti dan individu
ntegriti dicerminkan dalam harmoni antara apa yang dikata dan yang di kota. Tindakan
individu itu sejajar dengan prinsip moral dan etika, undang-undang dan peraturan, serta
tidak bertentangan dengan kepentingan awam.
b) ntegriti dan organisasi
ntegriti dalam organisasi dicerminkan dalam penggubalan dan pelaksanaan kod etika,
piagam pelanggan, sistem atau peraturan kerja, yang mengikut amalan terbaik. Kod
etika organisasi sentiasa diterapkan, dihayati, dan diamalkan oleh anggota organisasi
sehingga ia menjadi amalan dan budaya keseluruhan organisasi.

c) ntegriti dan penjawat awam
Penjawat awam yang berintegriti menjalankan tugas yang dimanahkan mengikut
kepentingan awam. Mereka tidak dibenarkan untuk menyalahguna kuasa untuk
kepentingan diri, keluarga, atau saudara mara. Jika terdapat pertentangan antara
kepentingan peribadi dan kepentingan awam, kepentingan awam lebih diutamakan.
Dari perspektif slam pula, integriti bukanlah perkara baru. Dalam slam integriti itu
mencakupi ciri akhlak dan taqwa. Taqwa itu ialah melaksanakan segala suruhan Allah
dan menjauhi segala laranganNya
Ketaqwaan itu ditonjolkan melalui beberapa sifat utama seperti amanah, benar, telus,
bijaksana, adil, syukur, sabar, ikram, tekun, dan taat. Akhlak tidak sama dengan moral
kerana akhlak bersumberkan hukum Allah dan sama untuk semua manusia manakala
moral itu bersumberkan persepsi manusia dan berbeza-beza mengikut sosio budaya.
a) integriti rohaniah meliputi aspek iman dan taqwa
b) integriti akhlak meliputi aspek amanah, bertanggungjawab, berbudi mulia, rajin dan
tekun, syukur dan sabar.
c) integriti mental meliputi aspek kecerdasan, berpengetahuan luas, profesional, fasih,
petah berhujah.
d) integriti fizikal meliputi aspek kecergasan, sihat, berperawakan kemas dan bersih
ntegriti sebenarnya membawa maksud yang luas dan bukan berkait dengan unsur
rasuah semata-mata. ntegriti adalah merangkumi setiap aspek kehidupan manusia
yang mencakupi integriti kita dengan tuhan, dengan keluarga, dengan jiran, dengan
ketua dan rakan sepejabat, dengan tugas dan tanggungjawab dan dengan diri kita
sendiri. ntegriti adalah apa yang kita rasa (hati), apa yang kita fikir? Dan apa yang kita
lakukan. Apa yang penting adalah yang dirasa, difikir dan dilaku atas dasar yang betul
dan ikhlas
Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa integriti itu berkait rapat dengan kualiti pada
individu atau organisasi yang bersifat menyeluruh yang melibatkan keutuhan
pematuhan kepada prinsip kod etika, moral dan nilai murni. Organisasi yang berintegriti
akan berpegang teguh kepada prinsip kompetens, amanah, dan telus yang pastinya
akan melonjakkan kualiti kerja organisasi berkenaan. Adalah menjadi tanggungjawab
pemimpin yang berintegriti membawa organisasinya ke tahap kemerlangan kualiti
kerana kualiti kerja cemerlang itu sendiri termaktub sebagai ciri integriti.
$istem Integriti NasionaI
ntegriti tidak dapat berfungsi dalam kelongsongnya sendiri tanpa dosokong oleh satu
sistem sosial, ekonomi, dan perundangan yang menyeluruh. Buku Sistem ntegrasi
Nasional: Asas-asas panduan, menjelaskan bahawa "Sistem ntegriti Nasional
merupakan rangkuman keseluruhan institusi, proses, manusia, dan sikap yang secara
kolektif bergerak bagi mewujudkan kebolehpercayaan dengan memastikan kuasa yang
diamanahkan digunakan dengan penuh integriti dalam masyarakat."

Sehubungan dengan itu, Sistem ntegriti Nasional juga menjelaskan bahawa beberapa
aspek asas berkaitan integriti perlu diberi perhatian. Antaranya ialah (a) integriti, rasuah
dan akauntabiliti adalah konsep-konsep yang berkait rapat; (b) menyekat rasuah
hanyalah sebahagian daripada usaha menggalakkan integriti; (c) integriti tidak boleh
dipaksa atau dicapai semata-mata melalui institusi atau sistem perundangan; (d)
integriti haruslah didokong oleh akauntabiliti bersama, dan (e) kepimpinan
menyumbang kepada sistem integriti yang berkesan tetapi tidak boleh
menggantikannya. Aspek sumbangan pemimpin terhadap peningkatan integriti
sesebuah organisasi akan dibincang dengan lebih lanjut dalam kertas ini kemudian.
PeIan Integriti NasionaI (PIN) se5intas IaIu
Pelan ntegriti Nasional digubal berasaskan realiti sistem kekeluargaan, masyarakat
dan kemanusiaan di Malaysia dalm kerangka Sistem ntegriti Nasional. Hal ini jelas
dicerminkan dalam falsafah PN yang antara lain menjelaskan bahawa hakikat
kehidupan bermasyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama
adalah adalah satu kurniaan atau kelebihan yang perlu dimanfaatkan. PN juga
menyerap falsafah dan prinsip Rukun Negara iatu membina masyarakat yang bersatu
padu, adil, demokratik, liberal, progresif serta berpegang teguh kepada lima prinsip
rukun negara itu.
Konsep PIN
Dari segi konsepnya, PN ialah pelan induk yang memberikan hala tuju serta bimbingan
kepada semua komponen negara ini dengan mengkordinasikan usaha semua pihak
dalam gerakan memantapkan integriti. Sejajar dengan kerangka Sistem ntegrasi
Nasional, PN memerlukan institusi governans Malaysia iaitu eksekutif, perundangan
dan kehakiman supaya meningkatkan integriti, dan melaksanakan fungsi dengan
cekap, telus, adil dan berkesan.
-ektif PIN
Dokumen ringkas PN menggariskan objektif umum PN sebagai
"Untuk merealisasikan hasrat Wawasan 2020 iaitu Malaysia menjadi sebuah negara
maju menurut acuannya sendiri dengan membentuk sebuah masyarakat yang kukuh
ciri-ciri, moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan
kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur"
Malaysia akan mempunyai budaya integriti, akauntabiliti dan ketelusan seperti yang
diiimpikan oleh Tunku Aziz Tunku brahim, bekas Penasihat kepada Setiausaha Agung
PBB mengenai Etika, "The pride was entirely justified: virtually every aspect of
administration was clean; abuse of power was unheard of, department morlae was high,
public confidence was vibrant" brahim 2008 menterjemahkan integriti dalam
perkhidmatan awam Malaysia sebagai keutuhan yang menyentuh soal nilai, etika
penjawat awam dan seharusnya menjadi agenda penting pembaharuan pentadbiran.
Oleh kerana perkhidmatan awam menyentuh kepentingan dan keperluan awam serta
negara, matlamat dan tujuan pengurusan awam perlu dilaksana dan direalisasikan
dengan cekap dan berkualiti. Penjawat awam sewajarnya melaksanakan tugas dan
tanggungjawab mereka sejajar dengan kepentingan awam. Betapa pentingnya integriti
dalam perkhidmatan awam tidak dapat dipertikaikan lagi. ntegriti menjadi pelindung
kepada penyelewengan dalam urusan dengan orang awam, mengelakkan salah guna
kuasa, mengelakkan rasuah dan mengukuhkan keutuhan pengurusan. Di samping itu
intgeriti dalam perkhidmatan awam akan memajukan urus tadbir yang baik. &rus tadbir
yang baik yang bertunjangkan integriti dapat memberikan keyakinan dan kepuasan
kepada pelanggan sebagaimana yang dikehendaki dalam perkhidmatan yang berkualiti.
Dengan itu integriti dan perkhidmatan yang berkualiti dalam perkhidmatan awam itu
adalah sejajar, sederap dan tidak dapat dipisahkan. Menyedari hakikat bahawa integriti
itu amat kritikal kepada perkhidmatan awam terutamanya dalam memacu kemajuan
negara ke arah Wawasan 2020, kerajaan telah mewujudkan Jawatankuasa Kabinet
mengenai Keutuhan Pengurusan pada tahun 1998. Jawatankuasa ini memberi tumpuan
kepada akauntabiliti, penerapan nilai murni dan kod etika dalam perkhidmatan awam
serta mengenal pasti kelemahan sistem kawalan, sistem penyampaian, dan prosedur
kerja dalaman yang membuka ruang kepada peluang untuk pengabaian integriti.
Apakah persepsi masyarakat terhadap integriti perkhidmatan awam? Perkhidmatan
awam menghadapi masalah persepsi rakyat bahawa perkhidmatan awam itu rasuah,
salah guna kuasa, tidak berdisiplin, lembab dalam bertindak. Selain itu perkhidmatan
awam juga dikatakan pilih bulu dalam menjalankan penguatkuasaan, sistem
penyampaian tidak berkesan, memberikan perkhidmatan yang tidak memuaskan dan
penuh dengan birokrasi .Berdasarkan objektif PN 2008, usaha pembaharuan dan
penambahbaikan berterusan (kaizen) dalam perkhidmatan awam sedang berjalan.
Sistem, peraturan dan peraturan dan prosedur kerja diperkukuhkan bagi meningkatkan
integriti dalam pengurusan.


embudayakan integriti daIam organisasi untuk meningkatkan kuaIiti
Apabila kita berbicara soal kualiti sebenarnya kita berbicara soal integriti. Begitu juga
sebaliknya, jika kita bercakap tentang integriti, kita tidak dapat lari daripada menyentuh
hal-hal berkaitan kualiti. Kadang-kadang kita tidak perasan bahawa integriti mempunyai
kaitan rapat dengan kualiti. ntegriti adalah sendi kepada kualiti perkhidmatan.
Membudayakan integriti bukanlah tugas yang dapat digarap hanya dengan peraturan,
prosedur dan undang-undang semata-mata. YAB Perdana Menteri berkata:
et, ethics and integrity cannot be the subject of legislation, neither can they be legislatively enforced.
Moreover, ethics and integrity cannot be taught per se, but instead they must evolve in our cultural
setting, in our value system, and in the way we relate to others in society. This makes the promotion of
ethics and integrity intangible and difficult to pursue, although they remain some of the most critical
attributes that must be imbued throughout society."
Membudayakan integriti dapat dilihat melalui program pencegahan (preventive)/pendidikan (educative)
dan program hukuman (punitive). Pemimpin mempunyai tanggungjawab dan peranan besar dalam
memperkukuh integriti dan seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatan. Program pengukuhan integriti
boleh dikategorikan sebgai program pra-PN dan pasca-PN
a) Program berterusan yang telah dilaksana sebelum PN
Pelbagai program/kaedah berbentuk pendidikan (educative) seperti ceramah, galakan,
motivasi dan sebagainya dan program pencegahan (preventive) seperti audit dalam,
mesyuarat Pengurusan, JK mengurang kerenah birokrasi dan sebagainya, dan program
hukuman (punitive) seperti tindakan tatatertib telah dilaksanakan untuk meningkatkan
integriti dikalangan kakitangan. Antaranya:
i. Kepimpinan melalui teladan
Sebagai pemimpin, segala tindakan, keputusan, dan kelakuannya akan diperhatikan
oleh anak buahnya. Pemimpin yang berjaya memancarkan sinar integriti dari dirinya
pasti akan dapat mempengaruhi orang bawahnya untuk turut berbuat demikian. Maka
pemimpin perlu menjadi seorang yang berintegriti dahulu sebelum mengharapkan kaki
tangannya menjadi penjawat awam awam yang berintegriti. Walaupun tiada program
khas untuk agenda ini, tetapi segala tindakan, pembawaan dan keputusan yang dibuat
oleh pemimpin perlu mencerminkan sifat integritinya.
ii. Penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan di peringkat Bahagian.
Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan ditubuhkan untuk menyemak proses dan
prosedur untuk mengurangkan birokrasi dan menutup ruang kemungkinan berlakunya
rasuah dan membuat tapisan terhadap kenaikan pangkat.
iii. Melaksanakan arahan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan (PKPA) dan Arahan
Perbendaharaan.
Pelbagai arahan dan panduan yang dikeluarkan oleh Kerajaan seperti Piagam
Pelanggan, Hari kualiti, Peti Cadangan, Perhimpunan Bulanan, Hari Bertemu
Pelanggan, Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja, dan sebagainya dilaksanakan secara
berterusan. Kempen, ceramah, kursus, pemantauan dan maklum balik yang berkaitan
dengan arahan berkenaan sentiasa dilaksanakan.
iv. Melaksanakan polisi dan inisiatif kerajaan seperti Etika Kerja, Penerapan Nilai slam,
Budaya Kerja Cemerlang, Perisytiharan Harta, dan Tonggak Dua Belas di semua
peringkat kaki tangan jabatan. Kefahaman dan penghayatan polisi dan inisiatif ini di
kalangan semua peringkat kaki tangan amat penting.
b) program pasca PN
Membudayakan integriti bukan sahaja meningkat kualiti kerja tetapi juga sebagai usaha
mencapai objektif PN 2008. Antara program yang dijalankan ialah:
i. Penstrukturan semula untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan birokrasi di
peringkat Bahagian dan juga negeri.
ii. Peningkatan kompetensi dan kemahiran.
Keperluan peningkatan kemahiran yang bersesuaian dengan tugas dibuat melalui
analisis keperluan. Kakitangan diberi kursus peningkatan ilmu dan kemahiran
berdasarkan analisis keperluan. Kaedah latihan dan jenis kursus juga ditambah baik
secara berterusan.
iii. Polisi pintu terbuka untuk meningkatkan ketelusan dan komunikasi.
iv. Penandarasan kualiti kerja dengan standard yang ditetapkan.
v. Pemupukan budaya ilmu dan inovasi melalui slot reviu buku dalam mesyuarat
pengurusan.
vi. Penetapan Key Performance ndicator (KP) sebagai satu bentuk sasaran Sasaran
Kerja Tahunan (SKT)
vii. Penambahbaikan kompetensi pelbagai bahasa dan budaya
viii. Polisi pertukaran/pusingan pegawai di sektor yang berisiko tinggi.
Pegawai ditukar ke sektor lain selepas tiga tahun di sektor yang sama, terutamanya
sektor yang mempunyai risiko terdedah kepada peluang salah guna kuasa dan rasuah.
Selain sebagai pencegah salah guna kuasa, polisi ini juga sebagai langkah peningkatan
pengalaman, kemahiran dan ilmu serta menjadikan pegawai lebih all-rounder.
ix. Peningkatan sistem dan prosedur melalui pemerolehan persijilan SO 9000.
&nit kawalan kualiti ditubuhkan untuk mengemaskan peraturan dan prosedur untuk
pematuhan sijil SO 9000.
x. Penambahbaikan tadbir urus (governance) untuk peningkatan sistem penyampaian.
Penambahbaikan tadbir urus melibatkan keterlibatan, keadilan dan ketelusan dalam
membuat keputusan, pelbagai saluran penyampaian maklumat sentiasa terbuka dan
saluran pembuatan keputusan yang betul. Hal ini sejajar dengan polisi pintu terbuka
pihak pengurusan.
xi. Pewujudan kaunseling rakan sekerja (PERASA) sebagai satu saluran untuk
membimbing kakitangan yang bermasalah.
Penutu5
Pelan ntegriti Nasional (PN) adalah manifestasi hasrat rakyat Malaysia untuk
memastikan semua anggota masyarakat tertutamanya perkhidmatan awam bergerak di
atas landasan kompetensi, akauntabiliti, ketelusan dan berkualiti. Pemimpin dalam
perkhidmatan perlu mengemudi usaha peningkatan integriti melalui dirinya sendiri
dengan komitmen yang tinggi dan istiqamah. Kaitan antara integriti dengan kualiti kerja
memang diketahui umum dan peningkatan integriti akan membawa kepada
peningkatan kualiti kerja. Walaupun peningkatan integriti adalah subjektif dan sukar
diukur tetapi dengan program yang diatur adalah tidak mustahil Malaysia mencapai
suasana seperti yang diimpikan oleh Michael Heng
Imagine living in a place where honesty is cherished and practiced, where social cohesion is based on noble
universal values expounded by the various spiritual traditions,
where our young people are fired by lofty ideals rather than money and fame.
When that day comes, Malaysia can present itself as a powerful alternative model
of development to challenge the currently dominant western model."

You might also like