Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 59

KID 2113

Encik Mohd Izzat Izzuddin Bin Jafri


Pensyarah Pusat Bahasa Moden
Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)
Skop Perbincangan
 Kuliah 6: Kaedah Mengeja Jawi
 Kaedah Diftong
 Bunyi Glotis
 Akhiran an & i
Kuliah 6: Kaedah Mengeja Jawi
 Terdapat 10 kaedah mengeja Jawi iaitu kaedah mengeja, diftong, glotis,
geluncuran, gelinciran, kata gabungan, kata ulang, homograf, kata
pinjaman bahasa Arab, kata pinjaman bahasa Inggeris, dan kata
berimbuhan.

KAEDAH DIFTONG
 Dalam sistem ejaan Jawi terdapat tiga bentuk diftong yang digunakan
iaitu /ai/, /au/ dan /oi/. Dengan adanya sistem ejaan Jawi baru,
kegelisahan para pengguna dapat diselesaikan. Sebelum ini, sistem
mengeja bagi beberapa perkataan Jawi disamaeja, contohnya pada
perkataan-perkataan berikut:
 Bunyi diftong bermaksud deretan dua bunyi vokal
yang diucapkan dengan satu tekanan nafas
menjadikan unsur yang ke-2 diftong kedengaran tidak
sempurna.

 Bunyi diftong berbeza dengan bunyi gelinciran. Bunyi


gelinciran adalah 'Vokal Rangkap' / gandingan kedua-
duanya dapat didengar dengan sempurna, tetapi
diftong seakan-akan paduan 2 vokal. Contohnya pada
perkataan 'kerbau'.
i. Diftong /ai/

 Antara perkataan yang terdapat bunyi diftong {ai}yang


berawalkan huruf bukan alif ialah perkataan Taiping dan
daiman.
 Untuk perkataan yang berawalkan bunyi diftong {ai
}& dimulakan dengan huruf alif hendaklah ditambah
huruf hamzah selepas huruf alif tersebut.
 Terdapat perkataan yang mempunyai bunyi diftog
{ai}nya berada di tengah kata.
 Terdapat pula perkataan yang bunyi diftong {ai}nya
di akhir kata. Sebelum {ai}itu, ada huruf konsonan
sahaja.
• Perkataan yang bunyi diftong {ai}nya di akhir kata, dan perkataan itu
diawali oleh huruf alif, misalnya perkataan abai, ampai, urai, dan untai.

• Ringkasnya, perkataan yang mengandungi diftong {ai}dan didahului


susunan abjad konsonan seperti ba, ta, jim, dan ca; jika terletak di
tengah atau di akhir kata maka ejaan {ai} akan menjadi {‫ﻱ‬١}.
ii. Diftong /au/

• Dalam ejaan Jawi, bunyi gelinciran {au}iaitu vokal {a}dan {u}


terletak di dua suku kata yang berasingan. Vokal {a}pada suku kata
terdahulu dan {u}pada suku kata terkemudian. Contohnya perkataan
{pa + uh}.

• Bunyi diftong {au}dieja dengan menggunakan alif-wau. Perbezaan


ejaan dapat dilihat seperti perkataan sauh, pauh, laut, dan maung
dengan perkataan gurau, parau, tauhu, dan fauna.

• Bagi mengeja perkataan yang menggunakan diftong ini pula hendaklah


di tambah alif sebelum huruf wau seperti:
 Dalam sistem ejaan Jawi lama, kebanyakan bunyi
diftong dieja tanpa alif, kerana sistem tersebut
menggunakan kaedah baris.

 Tanpa menggunakan alif bagi mengeja bunyi diftong


{au}{alif-wau}, ia boleh menimbulkan kekeliruan
dalam membaca atau mengejanya.
 Oleh itu, semua ejaan bagi bunyi diftong {au}
hendaklah digunakan alif-wau seperti dalam
perkataan-perkataan berikut:
iii. Diftong /oi/

 Bunyi diftong {oi}dieja dengan menggunakan wau-


ya. Pada umumnya, perkataan yang mengandungi
bunyi diftong {oi}hanya terdapat di suku kata akhir
dalam beberapa perkataan.

 Perkataan yang menggunakan huruf diftong {oi}


hendaklah menggunakan huruf wau-ya bagi suku kata
akhirnya.
 Untuk perkataan yang berawalkan bunyi diftong {oi
}dan dimulakan dengan huruf alif hendaklah
ditambah huruf wau selepas huruf alif dan sebelum
huruf wau asal tersebut.
 Terdapat beberapa perkataan lain yang menggunakan
bunyi diftong {oi}, antaranya:
BUNYI GLOTIS

 Bunyi-bunyi yang lahir daripada pita suara yang letaknya


dalam tenggorok dan padanannya untuk tulisan Rumi ialah
huruf k atau koma koma tinggi ('). Dalam tulisan Jawi
bunyi hentiaan glotis ini berkaitan dengan huruf-huruf kaf,
qof, hamzah, dan ain dalam suku kata tertutup (KVK).

 Huruf Hamzah dan ain hanya melibatkan perkataan


pinjaman daripada bahasa Arab sahaja dan kedua-dua huruf
ini kekal digunakan menngikut ejaan asalnya kecuali bagi
sesetengah perkataan Melayu.
 Contoh-contoh bunyi glotis:
 Dalam tulisan Rumi tidak dapat dibezakan antara bala
(bala) dan balak. Sementara, dalam ejaan Jawinya bala
akan dieja ba-alif-lam-alif yang membawa maksud
angkatan tentera.
 Bagi perkataan jati Melayu, sama ada singkatan /
perkataan biasa, semua bunyi hentian glotis yang
menjadi penutup suku kata dieja dengan memakai
huruf qof. Contohnya:
 Semua suku kata berbentuk KVK yang terdapat di
awal, di tengah, atau di akhir perkataan hendaklah
menggunakan huruf qof bagi mewujudkan bunyi
hentian glotis.
 Dalam ejaan lama, bunyi glotis bagi perkataan-
perkataan Melayu menggunakan 3 huruf iaitu qof, kaf,
dan hamzah. Tetapi dalam ejaan baharu digunakan
satu huruf sahaja iaitu qof (sebutan bunyi pada lidah
Melayu sama).
 Perkataan bahasa Arab dikekalkan ejaan asalnya, seperti
masyriq, imsak, dan wuduk.

 Perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris, dalam ejaan


baharu semua bunyi glotis dieja dengan menggunakan kaf,
sedangkan dalam ejaan lama menggunakan qof.
AKHIRAN AN
 Imbuhan akhiran an bagi suku kata yang berakhiran
bunyi konsonan hanya memakai huruf nun, tidak
dengan alif-nun atau hamzah-nun.
 Dalam kaedah ejaan lama, setiap bunyi konsonan {q
}yang dilambangkan dengan huruf qof; diringankan
bunyi dengan meletakkan imbuhan akhir itu sebagai
hamzah-nun, walhal dari segi sebutan Melayunya
keadaan itu tidak berlaku.
 Demikian juga konsonan {r}. Menurut kaedah
ejaan lama, ia di tambahkan alif-nun kerana
kelaziman mengeja suku kata akhir ran ialah ro-alif-
nun.

 Ringkasnya, semua suku kata akhir berbentuk


konsonan apabila menerima imbuhan an hendaklah
ditambahkan huruf nun sahaja & secara langsung
membentuk suku kata tertutup.
i. Akhiran an bagi Kata Pinjaman Arab

 Kata pinjaman sama ada bahasa Arab mahupun


Inggeris, yang berbentuk konsonan pada suku kata
akhirnya, apabila menerima akhiran an ia tertakluk
kaedah imbuhan yang sama.

 Perkataan rujuk (ro-jim-wau-ain) dan amal (ain-mim-


lam). Sekiranya perkataan tersebut menerima akhiran
an, maka huruf nun sahaja ditambahkan di hujung
suka kata akhir tersebut. Hal ini kerana suku kata
akhir itu ialah konsonan.
 Mutakhir ini kata dasar bagi sesuatu perkataan itu
tidak akan berubah apabila menerima imbuhan
kecuali awalan me dan pe.
ii. Akhiran an bagi Kata Pinjaman Inggeris

 Perkataan Stensilan bukanlah suatu perkataan yang


asing dalam pemakaian bahasa Melayu.

 Demikian juga perkataan storan yang kerap


digunakan dalam istilah komputer.

 Semua perkataan yang berakhir dengan bunyi


konsonan bagi suku kata akhirnya hanya ditambahkan
nun sahaja untuk membentuk akhiran an
iii. Akhiran an bagi Perkataan Berakhiran Vokal

 Antara contoh perkataan berakhiran vokal {i}ialah


beli, duri, titi, dan cuci.

 Apabila perkataan-perkataan tersebut menerima


akhiran an, maka jadilah ia akhiran belian, durian,
titian dan cucian.

 Tidak perlu huruf saksi alif untuk membentuk bunyi


an, kerana secara langsung dengan menambahkan
huruf nun itu , ia telah membentuk bunyi geluncuran
seperti (be.li.yan) , (du.ri.yan), (ti.ti.yan), dan
(cu.ci.yan).
 Semua perkataan yang terbentuk menjadi bunyi
geluncuran {iya} tidak perlu menggunakan huruf
saksi alif sebagaimana yang terdapat dalam kaedah
ejaan lazim, iaitu ya-nun berbunyi {yan}, bukan
ditulis dengan ya-alif-nun.
 Demikian juga perkataan yang berakhir dengan bunyi
diftong {ai}seperti contoh-contoh berikut:
iii. Akhiran an bagi Perkataan Berakhiran Diftong
au

 Akhiran an bagi perkataan yang berakhir dengan


bunyi diftong {au}memerlukan huruf alif-nun.
iii. Akhiran an bagi Perkataan Berakhir Bunyi ke
Atas

 Suku kata akhir dimaksudkan ialah bunyi terbuka di


akhir sesuatu perkataan. Suku kata tertutup dengan
sendirinya berakhir dengan bunyi konsonan.

 Semua perkataan yanng memakai huruf saksi alif di


akhir perkataan hendaklah menggunakan hamzah-
nun bagi mewujudkan akhiran an.
iii. Akhiran an bagi Perkataan Mengikut Hukum
Darlung

 Selain ejaan lazim iaitu menggunakan huruf saksi alif di akhir


perkataan, perkataan yang mengikut hukum darlung juga
menggunakan saksi alif.
iv. Akhiran an bagi Perkataan Mengikut Hukum Ka-Ga

 Hukum Ka-Ga menentukan semua perkataan yang berakhir


dengan bunyi {ka}dan {ga}tanpa mengira suku kata
sebelumnya yang tidak memerlukan huruf saksi.

 Untuk membentuknya menjadi kata terbitan dengan imbuhan


akhir an, huruf saksi alif hendaklah diwujudkan kembali (Huruf
Saksi Terwujud).

 Setiap perkataan yang terlibat dengan hukum Ka-Ga, sebelum


menerima imbuhan an (hamzah-nun) hendaklah diwujudkan
huruf saksi alifnya.

 Bagi perkataan yang berakhir dengan bunyi {ga} juga


mengalami proses yang sama dengan bunyi {ka}di akhir
perkataan.
v. Akhiran an bagi Perkataan di Luar Hukum
Darlung

 Perkataan di luar hukum darlung bermaksud


perkataan-perkataan yang mempunyai dua suku kata
akhirnya ke atas terbuka, tetapi tidak memerlukan
huruf saksi alif bagi suku kata terakhir.

 Untuk membentuk perkataan-perkataan di Luar


Hukum Darlung ini menjadi kata terbitan denngan
imbuhan akhirnya an (hamzah-nun).
vi. Akhiran an bagi Ejaan Tradisi

 Dalam ejaan Jawi terdapat beberapa perkataan yang


dieja dalam bentuk Ejaan Tradisi. Antaranya ialah
maka, jika, pada, ada, itu, kita, dan lima.

 Tidak semua perkataan Ejaan Tradisi terlibat dalam


pembentukan kata berimbuhan akhiran an. Hanya
perkataan ada, tiada, kita, dan lima sahaja yag terlibat
dalam kaedah tersebut.
vi. Akhiran an bagi Perkataan Berakhiran dengan u

 Sesuatu perkataan yang berakhir dengan vokal {u}


dan akhiran an ditunjukkan dengan alif-nun.
i. Akhiran i bagi Bunyi Konsonan

 Bagi perkataan yang mempunyai suku kata akhir berbunyi


konsonan seperti minat (nat), duduk (duk), huruf saksi ya
perlu ditambah di akhir perkataan untuk membentuk kata
terbitan yang berakhir dengan {i}.
ii. Akhiran i bagi Kata Pinjaman

 Jika dilihat kepada akhiran {an}bagi perkataan yang


mempunyai bunyi konsonan di suku kata akhirnya nescaya
didapati persamaannya dengan akhiran {i}bagi pembentukan
kata yang sama.

 Sebagai contoh perkataan lepas ditambahi dengan huruf saksi ya


di akhirnya untuk membentuk kata terbitan lepasi atau
melepasi. Dengan menambah huruf nun, perkataan itu akan
terbentuk menjadi lepasan atau pelepasan.

 Dalam kata pinjaman, perkataan amal (ain-mim-lam) dapat


membentuk menjadi ayat amalan tanpa mengubah bentuk
ejaan kata dasarnya (ain-mim-lam-nun). Demikian juga dengan
perkataan amali (ain-mim-lam-ya).
iii. Akhiran i bagi Kata Perkataan Berbunyi ke Atas
Terbuka

 Untuk bunyi konsonan di akhir sesuatu perkataan


hanya ditambah ya untuk membentuk kata terbitan
seperti minat (mim-ya-nun-ta) menjadi minati
(mim-ya-nun-ta-ya).

 Sesuatu perkataan yang di akhiri dengan bunyi ke atas


terbuka, sama ada perkataan mengikut Ejaan Lazim,
Hukum Darlung, di Luar Hukum Darlung, Hukum Ka-
Ga, atau Hukum Ra-Ma hendaklah ditambah dengan
hamzah-ya.
iv. Akhiran i bagi Kata Perkataan Berbunyi ke
Depan Terbuka

 Perkataan yang suku kata akhirnya berbunyi ke depan terbuka


juga memakai akhiran hamzah-ya seperti tahu (ta-alif-ha-wau),
lalu (lam-alif-lam-wau), gangu (ga-nga-ga-wau), dan cumbu
(ca-wau-mim-ba-wau).
 terdapat 2 jenis perkataan yang boleh menggunakan
hamzah-ya untuk membentuk kata terbitan i iaitu:
KESIMPULAN
 Ejaan atau kata berimbuhan ialah kata yang
melengkapkan baik kata mahupun ayat, sama ada
yang terletak di awal, di tengah, ataupun terletak di
akhirnya,

 Ejaan kata berimbuhan ialah ejaan yang mendapat


awalan dan akhiran an, i dan serapan dari bahasa
asing.

 Ejaan kata berimbuhan mendapat tambahan kata di


awal, di tengah, dan juga di akhir.

You might also like