Kertas Konsep Kuiz Kecekapan Tenaga (Sekolah Rendah) 2

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

KUIZ KECEKAPAN TENAGA

1.0 Pengenalan
Pertandingan Kuiz Kecekapan Tenaga merupakan kuiz dalam talian yang menguji tahap
kecekapan IQ dan pengetahuan para murid. Selain itu, tahap kuiz ini berupaya mencabar
minda para murid dan memberi peluang kepada murid untuk memperluas ilmu
pengetahuan berkaitan Sektor Bekalan Tenaga dalam Teknologi Hijau. Pertandingan ini
juga diselaraskan dengan Matlamat Pembangunan Mampan UNESCO iaitu berfokuskan
SDG 4: Quality Education, SDG 7: Affordable and Clean Energy, SDG11: Sustainable
Cities and Communities, SDG 13: Climate Action dan SDG 15: Life on Land.

2.0 Objektif
2.1 Memberi kesedaran kepada murid, guru dan masyarakat mengenai
kepentingan pengetahuan tentang Kecekapan Tenaga dalam kehidupan
seharian.
2.2 Menerapkan dan memperkasakan ilmu Kecekapan Tenaga dalam diri setiap
peserta.
2.3 Menguji ketajaman, kebolehan dan keupayaan murid-murid dalam bidang
Kecekapan Tenaga.
2.4 Memberi pendedahan secara langsung dan meningkatkan minat murid
dalam bidang Kecekapan Tenaga.
2.5 Memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan dan
keperluan Kecekapan Tenaga dalam kehidupan seharian.
2.6 Menyediakan ruang dan medan kepada murid-murid untuk bersaing secara
sihat menerusi pertandingan dalam talian yang dijalankan.

3.0 Syarat-syarat Penyertaan


3.1 Penyertaan ini terbuka kepada semua murid tahap 2 sekolah rendah (Tahun
4, 5 dan 6) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan sekolah swasta.
3.2 Semua murid perlu mengakses pautan Google Form yang disediakan oleh
pihak penganjur pada hari pertandingan untuk menyertai kuiz.
3.3 Murid-murid perlu memastikan semua maklumat yang diberi semasa

KUIZ KECEKAPAN TENAGA |1


SEKOLAH RENDAH
pengisian Google Form adalah tepat. Pengelola berhak untuk menolak
mana-mana penyertaan yang tidak lengkap.

3.4 Murid-murid perlu menjawab mengikut hari dan masa yang telah ditetapkan oleh
pihak penganjur.
3.5 Waktu dan masa pertandingan adalah berdasarkan Malaysian Standard Time yang
diasaskan oleh National Metrology Institute of Malaysia, yang boleh dirujuk di pautan
https://mst/sirim.my/ .
3.6 Murid-murid perlu menjawab soalan secara dalam talian dengan keupayaansendiri.
3.7 Sistem akan ditutup tepat pada masa yang dimaklumkan. Murid-murid perlu
menghantar jawapan sebelum masa tamat dan digalakkan untuk menghantar
sejurus selesai menjawab.

4.0 Maklumat Pertandingan


4.1 Bilangan soalan adalah sebanyak empat puluh (40) soalan sahaja.
4.2 Tempoh masa menjawab kuiz adalah selama enam puluh (60) minit sahaja.
4.3 Murid-murid perlu menjawab dalam masa yang ditetapkan.
4.4 Masa pertandingan akan dimaklumkan kemudian oleh pihak penganjur.
4.5 Murid-murid digalakkan untuk menghantar penyertaan semasa pertandingan seawal
mungkin untuk mengelakkan kesesakan dalam talian pada saat-saat akhir.
4.6 Markah minimum untuk kelayakan penerimaan sijil penyertaan adalah empat puluh
peratus (40%).
4.7 Sijil pencapaian akan diberikan kepada lima (5) peserta yang memperoleh markah
yang tertinggi dan terpantas semasa menjawab kuiz.
4.8 Nama yang tertera pada sijil adalah berdasarkan ejaan semasa pengisian maklumat
diri dalam Google Form pada hari pertandingan.
4.9 Keputusan pengelola adalah MUKTAMAD.

5.0 Am
Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada pihak penganjur.

KUIZ KECEKAPAN TENAGA |2


SEKOLAH RENDAH

You might also like