Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KERTAS KERJA PEMBELIAN PERALATAN NASYID UNTUK KELAB MUZIK

SRIITIZ MIRI 2024

Pendahuluan
Kelab Nasyid SMITI Tahfiz Darul Huffaz Miri merupakan salah satu kelab yang berdaftar dalam
unit ko-kurikulum sekolah.Aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan untuk mencungkil dan
mengasah bakat ahli kelab. Selain itu, kelab ini turut terlibat aktif dalam altiviti rasmi sekolah
seperti persembahan semasa program bersama JIBG, pertandingan nasyid peringkat negeri dan
lain-lain. Bagi menjayakan aktiviti kelab kami mengharapkan sokongan daripada unit ko-
kurikulum untuk membeli peralatan nasyid ini. Dengan adanya peralatan ini, iainya dapat
menyokong penglibatan ahli sama ada dalam pertandingan atau persembahan rasmi sekolah.
Matlamat Memberi peluang kepada semua murid untuk menyertai dalam aktiviti ko-kurikulum
tanpa sempadan.

Objektif
1. Menambahkan peralatan sekolah agar dapat melahirkan cemerlang ilmiah di peringkat
sekolah dengan jayanya.
2. Meningkatkan lagi pengeluaran murid yang berkebolehan dalam akademik di peringkat
yang lebih baik.
3. Memberi peluang kepada semua pelajar agar dapat menyertai semua aktiviti yang
dianjurkan diperingkat sekolah, daerah mahupun negeri tanpa sebarang kekangan
terutamanya dari segi peralatan sekolah.

Pelaksanaan
Digunapakai oleh pelajar yang terlibat dengan persembahan dan pertandingan.

Anggaran Kos Perbelanjaan


PERALATAN JUMLAH ANGGARAN
CONGA RM 1500.00
CAJON RM 500.00
DJEMBE RM 700.00
BONGO RM 500.00
BAR CHIMES RM 400.00
KOS PENGHANTARAN RM 400.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 4000.00
Alatan Muzik

Bar Chimes

Conga
Bongo

Djembe

Cajon

Penutup
Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini. Sesungguhnya
bantuan dan kerjasama daripada pihak tuan akan membantu kelab muzik sekolah memberi satu
hasil yang diharapkan disamping memberi peluang khasnya kepada pelajar sekolah ini untuk
menyertai satu aktiviti yang dapat membina peribadi pelajar bertepatan dengan falsafah
pendidikan kebangsaan. Harapan kami juga dengan adanya bantuan ini pasukan nasyid Soutul
Aulad SRIITIZ miri akan muncul sebagai sebuah pasukan yang dikagumi hingga ke peringkat
yang tertinggi.

Disediakan oleh

Disahkan oleh
……………………………….
(Muhammad Khairul bin Zahari)
PK Pentadbiran SMITI ………………………………...
(Ustaz Sahrul Khair bin Osman)
Mudir SRIITIZ & SMITI Miri

You might also like