Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KERTAS KERJA PEMBELIAN PERALATAN NASYID UNTUK KELAB MUZIK

SRIITIZ MIRI 2024

Pendahuluan
Kelab Muzik SRIITIZ Miri merupakan salah satu kelab yang berdaftar dalam unit ko-kurikulum
sekolah.Aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan untuk mencungkil dan mengasah bakat ahli
kelab. Selain itu, kelab ini turut terlibat aktif dalam altiviti rasmi sekolah seperti persembahan
semasa program bersama JIBG, pertandingan nasyid peringkat negeri dan lain-lain. Bagi
menjayakan aktiviti kelab kami mengharapkan sokongan daripada unit ko-kurikulum untuk
membeli peralatan nasyid ini. Dengan adanya peralatan ini, iainya dapat menyokong penglibatan
ahli sama ada dalam pertandingan atau persembahan rasmi sekolah. Matlamat Memberi peluang
kepada semua murid untuk menyertai dalam aktiviti ko-kurikulum tanpa sempadan.

Objektif
1. Menambahkan peralatan sekolah agar dapat melahirkan cemerlang ilmiah di peringkat
sekolah dengan jayanya.
2. Meningkatkan lagi pengeluaran murid yang berkebolehan dalam akademik di peringkat
yang lebih baik.
3. Memberi peluang kepada semua pelajar agar dapat menyertai semua aktiviti yang
dianjurkan diperingkat sekolah, daerah mahupun negeri tanpa sebarang kekangan
terutamanya dari segi peralatan sekolah.

Pelaksanaan
Digunapakai oleh pelajar yang terlibat dengan persembahan dan pertandingan.

Anggaran Kos Perbelanjaan


PERALATAN JUMLAH ANGGARAN
DRABUKA RM 200.00
REBANA BASS + TAM RM 500.00
BONGO + STAND RM 500.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 1200.00
Alatan Muzik

Drabuka Bongo + Stand

Rebana Bass + Tung Tam


Penutup
Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini. Sesungguhnya
bantuan dan kerjasama daripada pihak tuan akan membantu kelab muzik sekolah memberi satu
hasil yang diharapkan disamping memberi peluang khasnya kepada pelajar sekolah ini untuk
menyertai satu aktiviti yang dapat membina peribadi pelajar bertepatan dengan falsafah
pendidikan kebangsaan. Harapan kami juga dengan adanya bantuan ini pasukan nasyid Soutul
Aulad SRIITIZ miri akan muncul sebagai sebuah pasukan yang dikagumi hingga ke peringkat
yang tertinggi.

Disediakan oleh

……………………………….
(Mohamad Aslizal bin Ali)
PK Kokurikulum SRIITIZ

Disahkan oleh

………………………………...
(Ustaz Sahrul Khair bin Osman)
Mudir SRIITIZ & SMITI Miri

You might also like