Terma Dan Syarat Kempen Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Bayar Tunggakan 31052024 Latest Pindaan Semakan PUUBKNP 30052024 Semakan JD 01062024 1

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

STRUKTURKAN PINJAMAN ANDA SERENDAH RM300

TERMA DAN SYARAT


STRUKTURKAN PINJAMAN ANDA SERENDAH RM300

KEMPEN

1. Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300 ini diadakan bagi


menggalakkan peminjam membuat bayaran balik pinjaman PTPTN.

2. Kempen ini ditawarkan khas kepada peminjam yang mempunyai tunggakan dalam
tempoh kempen.

TEMPOH KEMPEN

3. Tempoh kempen bermula 1 Jun 2024 sehingga 31 Julai 2024.

4. PTPTN mempunyai hak mutlak untuk menukar atau meminda tempoh kempen ini
sekiranya perlu dengan memberikan notis yang secukupnya dalam tempoh tidak
kurang daripada empat belas (14) hari sebelum tarikh pertukaran atau pindaan
tersebut melalui pemberitahuan dalam laman web rasmi PTPTN, media elektronik
atau paparan notis di cawangan-cawangan PTPTN.

KELAYAKAN

5. Terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan dalam tempoh
kempen, sama ada peminjam konvensional ataupun ujrah.

6. Peminjam yang mempunyai tunggakan perlu membuat bayaran tunggakan sekurang-


kurangnya sebanyak RM300 sahaja untuk penstrukturan semula pinjaman di dalam
tempoh kempen.

7. Melalui kaedah penstrukturan semula pinjaman, peminjam boleh mengubah/


menyusun semula ansuran bulanan pada Jadual Bayaran Balik (JBB) mengikut
kemampuan masing-masing Ansuran bulanan minimum ditetapkan berdasarkan
anggaran penentuan 5% – 8% daripada jumlah pendapatan kasar, tertakluk kepada
kelayakan tempoh bayaran balik dan kelulusan PTPTN.

8. Rundingan bayaran balik seperti kemudahan pertukaran Ujrah, penggabungan


pinjaman dan penjadualan turut layak menyertai kempen ini.

9. Peminjam diwajibkan membuat Potongan Gaji (PG) atau Direct Debit (DD) semasa
rundingan.

10. Bayaran balik pinjaman PTPTN boleh dibuat melalui semua saluran di dalam
tempoh kempen.

11. Sebarang maklumat lanjut berkaitan dengan rundingan sama ada pertukaran Ujrah/
penggabungan/ penjadualan atau penstrukturan semula pinjaman boleh melayari
https://www.ptptn.gov.my/
STRUKTURKAN PINJAMAN ANDA SERENDAH RM300

PERUNTUKAN UMUM

12. Sebagai peminjam yang mempunyai akaun aktif, peminjam dianggap telah membaca,
memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan dan
membenarkan butiran peribadi mereka termasuk tetapi tidak terhad kepada data
peribadi untuk digunakan bagi tujuan promosi.

13. PTPTN berhak meminda, membatalkan atau menambah mana-mana terma dan
syarat di dalam kempen ini sama ada secara keseluruhan atau sebahagian dengan
memberi notis awal melalui laman web rasmi PTPTN/ media massa/ paparan notis di
cawangan-cawangan PTPTN atau apa-apa cara yang difikirkan sesuai sekurang-
kurangnya dua puluh satu (21) hari kalendar. Pindaan, pembatalan atau penambahan
tersebut dianggap mengatasi pernyataan seperti mana yang terkandung di dalam
bahan promosi pengiklanan yang berkaitan dengannya.

14. PTPTN berhak untuk membatalkan, menamatkan atau menangguhkan kempen ini
dengan memberi notis awal melalui laman web rasmi PTPTN/ media massa/ paparan
notis di cawangan-cawangan PTPTN atau apa-apa cara yang difikirkan sesuai
sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari kalendar untuk mengelakkan keraguan,
sebarang pembatalan, penamatan atau penangguhan kempen ini oleh PTPTN tidak
akan memberi hak kepada mana-mana peminjam untuk apa-apa tuntutan atau
pampasan terhadap PTPTN ke atas apa-apa dan/ atau keseluruhan kehilangan, kos,
perbelanjaan atau kerosakan yang ditanggung atau dialami sebagai kesan langsung
atau tidak langsung daripada pembatalan, penamatan atau penangguhan kempen.

15. PTPTN berhak membatalkan sebarang penyertaan tanpa sebarang notis, sekiranya
didapati peminjam tidak layak dan tidak mengikut terma dan syarat yang telah
ditetapkan.

16. Penyertaan peminjam dalam kempen ini adalah atas risiko peminjam sendiri. PTPTN
tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kehilangan, kerosakan
atau tuntutan akibat penyertaan tersebut.

17. Segala terma dan syarat yang terdapat di dalam dokumen ini dan juga sebarang
keputusan yang dibuat oleh PTPTN berhubung kempen ini adalah muktamad dan
konklusif. PTPTN tidak akan melayan sebarang rayuan atau pertikaian melibatkan
keputusan yang telah dibuat.

18. PTPTN boleh menggunakan penyertaan peminjam termasuk tanpa terhad kepada
gambar, lukisan, teks, nama peminjam, persamaannya, dan/atau kandungan atau
maklumat lain yang dikemukakannya, untuk tujuan pengiklanan, publisiti dan promosi
mana-mana barangan atau perkhidmatan PTPTN dalam mana-mana media untuk
tempoh tidak terhad di seluruh dunia tanpa pampasan.

19. Segala surat-menyurat yang dihantar ke alamat terakhir mengikut rekod PTPTN
adalah dianggap telah diserahkan kepada Peminjam.

Nota: Anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami Terma & Syarat penuh
Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300

Maklumat dikemaskini pada 1 Jun 2024

You might also like