teks mesyuarat agong pibg 2024

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Pn.

Sofiah binti Shari


Pn. Norhayati bt Ahmad

TEKS PENGACARA
MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE 51 / 2024
BIL AGENDA TEKS

1. Ketibaan para Diumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Mohammad Shahid


jemputan dan ibu Bin Ismail, Yang DIPertua Majlis Perbandaran Bentong dan Yang
bapa Dipertua PIBG, Guru Besar dan Barisan pentadbir Sekolah
Kebangsaan Bukit Lintang ke tempat duduk utama. Semua
hadirin dipersilakan berdiri.

Nyanyian lagu Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita menyanyikan


Negaraku lagu Bangsa Johor dan Lagu Negaraku dengan iringan muzik.

 Semua hadirin dipersilakan duduk.

2. Bacaan doa. Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz
Muhammad Aliff Afnan bin Ramli. Dipersilakan.

 Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan


ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

3. Ucapan Aluan Bismillahirrahmanirrahim….


Pengerusi Majlis
Ke Pekan Nilai membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;

1
Pn. Sofiah binti Shari
Pn. Norhayati bt Ahmad

Majlis bermula tirai dibuka,


Dengan alunan madah yang indah.

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Yang Berbahagia Encik Mohd Saharuddin bin Mohd Yunus,


Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Pejabat Daerah
Kota Tinggi,

Yang Berusaha En Mohd Sham bin Kunji Ai, Yang DiPertua


Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang

Yang Berusaha En Roslan bin Bongsu @ Baba, Guru Besar


Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang

Yang dihormati,
Barisan guru penolong kanan, guru-guru, Ahli Jawatankuasa
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang
sesi 2023/2024, seterusnya ibu bapa penjaga sekalian.

Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan Yang Berbahagia


Encik Mohd Saharuddin bin Mohd Yunus, para jemputan khas dan
ibu bapa serta penjaga ke Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa
dan Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang yang ke-51 pada
hari ini.
Untuk pengetahuan Yang Berbahagia dan hadirin sekalian,
objektif Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah
Kebangsaan Bukit Lintang kali ke-51 ini diadakan adalah untuk
memberi peluang kepada ibu bapa dan penjaga serta para guru
dalam sekolah untuk berbincang, berkolaborasi, berunding dan

2
Pn. Sofiah binti Shari
Pn. Norhayati bt Ahmad

bekerjasama antara satu sama lain berkenaan dengan cara


memperbaiki taraf pendidikan murid sekolah ini. Diharap
mesyuarat yang akan kita adakan nanti berjalan dengan lancar
dalam suasana yang harmoni.

4. Ucapan Yang Hadirin sekalian,


Dipertua PIBG
Majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG ke-51 pada kali ini
dimulakan dengan ucapan daripada Yang Di Pertua PIBG SK
Bukit Lintang, Encik Mohd Sham bin Kunji Ai. Untuk itu,
dijemput ke pentas utama.

 Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG atas ucapan


beliau sebentar tadi.

Seterusnya,
5. Ucapan Guru Besar
SK Bukit Lintang
Majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Bukit Lintang, Encik Roslan bin Bongsu @ Baba
untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

 Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En.


Roslan bin Bongsu @ Baba atas ucapan beliau sebentar
tadi.

3
Pn. Sofiah binti Shari
Pn. Norhayati bt Ahmad

6.
Ucapan Perasmian Hadirin yang dihormati, izinkan saya memperdengarkan pantun
Oleh seterusnya.
Yang Berbahagia En
Mohd Saharuddin Makan durian bersama pulut,
bin Mohd Yunus Duduk bersembang atas serambi,
Tampillah tuan kami menjemput,
Bersama ucapan kata perasmi.

Untuk tidak melengahkan masa marilah sama-sama kita


mendengar ucapan perasmian yang akan disampaikan oleh Yang
Berbahagia Encik Mohd Saharuddin bin Mohd Yunus, Ketua
Penolong Pegawai Daerah

. Majlis dengan penuh hormat dan takzim mempersilakan.

 Tuan berbudi tidak terperi,


Hulurkan madah kata perasmi,
Yang Berbahagia kami segani,
Kesudian tuan kami hargai.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Rasmilah sudah Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Lintang yang
ke-51 pada hari ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan atas kesudian Yang Berbahagia Encik Mohd
Saharuddin bin Mohd Yunus merasmikan majlis kita sebentar tadi.

7.
Penyampaian
Sebagai tanda penghargaan atas kesudian Yang Berbahagia Encik
cenderahati kepada
Mohd Saharuddin bin Mohd Yunus merasmikan majlis kita pada

4
Pn. Sofiah binti Shari
Pn. Norhayati bt Ahmad

tetamu kehormat hari ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Dipertua PIBG untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang
Berbahagia dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Sekali lagi, terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia


kerana sudi menghadiri majlis kami dan juga terima kasih kepada
Yang Dipertua PIBG atas penyampaian cenderahati itu tadi.

Kata Penutup  Oleh itu, maka berakhirlah majlis perasmian kita pada hari
8.
perasmian & ini. Sekalung penghargaan yang tidak terhingga diucapkan
Mesyuarat Agung kepada Yang Berbahagia Encik Mohd Saharuddin bin
PIBG kali ke-14 Mohd Yunus atas kesudian beliau untuk meluangkan masa
menghadiri majlis kita pada hari ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada, Yang Dipertua PIBG


SK Bukit Lintang
serta Ahli Jawatan Kuasa PIBG sesi 2023/2024 dan Ahli
Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung kali ke-51 serta mereka
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan
majlis ini.

Sebelum menutup tirai Majlis Perasmian ini, kami memohon


ampun dan maaf andai tersalah kata tersilap bicara sepanjang
mengacarakan majlis pada petang ini.

 Majlis akan diteruskan dengan Mesyuarat Agung PIBG

5
Pn. Sofiah binti Shari
Pn. Norhayati bt Ahmad

Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang Kali ke-51. Seterusnya


majlis akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang sebentar lagi.

Sekian dari kami… salam…

TEKS
PENGACARA
MAJLIS
MESYUARAT PIBG
SK BUKIT LINTANG
KALI KE 14
TAHUN 2015
6

You might also like