Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS IFTAR JAMA’IE


SK BUKIT LINTANG 2024/2025

BIL QUE PENGUMUMAN CATATAN

PERHATIAN KEPADA SEMUA HADIRIN,

DIMINTA UNTUK BERSEDIA KERANA MAJLIS


AKAN BERMULA SEBENTAR LAGI.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam


1. SALUTASI Sebintang terus cemerlang…

ii) Yang Berusaha, Encik Roslan Bin Bongsu @


Baba, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit
Lintang.

iv) Yang dihormati,


Encik Mohd Sham bin Kunji Ai,
Yang dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit
Lintang.

Yang dihormati En. Mohd Aidil bin. Masih


Penghulu Mukim Kota Tinggi

Yang Dihormati
Encik Amran bin Saari,
Ketua Kampung Lukut
Yang Dihormati
Hj. Alauddin bin Dato’ Hj Yusof
Ketua Kampung Batu 4
Yang dihormati
Pn Rokiah bt Idris
Wakil Rasmi Rumah Ngaji Payung Sejahtera dan
Surau Kg. seluyut
iii) Yang Dihormati barisan pentadbir,
- Puan Sofia Aini binti Yusof, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran.

- Puan Azlina binti Mahmud, Guru Penolong


Kanan Hal Ehwal Murid.

1
- Encik Abdul Hamid bin Ahmad, Guru Penolong
Kanan Kokurikulum.

-Puan Rosidah binti Basri, Guru Penolong Kanan


Petang.

Yang diraikan
Anak-anak yatim sekolah kebangsaan bukit
lintang.

Yang dikasihi rakan-rakan guru, Ahli-ahli


Jawatankuasa PIBG, Ahli jawatankuasa KSIB, ibu
bapa serta hadirin dan hadirat sekalian.

Alhamdulillah,
Seiring kita menadah tangan ke hadrat Rabbul
Izzah, Tuhan yang Maha Esa, kerana dalam kita
meniti Ramadhan al- Kareem yang penuh
keberkatan ini, dapat kita dipertemukan dalam
Majlis Iftar Jamai’e Bersama warga Sekolah
Kebangsaan Bukit Lintang di samping meraikan
anak-anak yatim Sekolah Kebangsaan Bukit
Lintang.

Untuk pengetahuan hadirin, Majlis yang diadakan


pada petang ini merupakan Anjuran Unit Dakwah,
Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang.

Hadirin hadirat yang dimuliakan,


2.
Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

BACAAN DOA Majlis dengan penuh barakah menjemput al-fadhil


Ustaz Muhammad Aliff Afnan bin Ramli untuk
memimpin bacaan doa.
Majlis dengan ini mempersilakan.
*********************************************

Amin Amin Ya Rabbal A’lamin.


Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Muhd Aliff
Afnan atas bacaan doa sebentar tadi.

3. UCAPAN GURU Hadirin-hadirat yang budiman,


BESAR

Bagi meneruskan acara, majlis dengan segala

2
hormatnya menjemput Yang Berusaha, Encik
Roslan bin Bongsu @ Baba, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Bukit Lintang untuk menyampaikan
bingkisan kata. Dipersilakan.
***********************************
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang
Berusaha, Encik Roslan bin Bongsu @ Baba,
atas ucapan aluan sebentar tadi.

4. Hadirin yang dihormati,

Majlis seterusnya dengan penuh takzim


mempersilakan Yang berhormat,
Tn.Hj. Hahasrin bin Hashim, Wakil Rakyat Dun
Panti
UCAPAN YB
Untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan majlis. Dipersilakan tuan.

************************

Majlis dengan ini merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan dan terima kasih kepada Yang
berhormat, Tn.Hj. Hahasrin bin Hashim atas
ucapan sebentar tadi.

5. PENYAMPAIAN Hadirin hadirat sekalian,


SUMBANGAN
ANAK YATIM Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian
sumbangan kepada anak-anak yatim Sekolah
Kebangsaan Bukit Lintang.

Majlis dengan ini menjemput tuan guru besar, En


Roslan bin Bongsu @ Baba untuk mengiringi
Yang berhormat, Tn.Hj. Hahasrin bin Hashim
untuk menyempurnakan acara.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Yang berhormat, Tn.Hj. Hahasrin bin Hashim atas
kesudian menyempurnakan acara pada petang
ini.

6. PENYAMPAIAN Hadirin hadirat sekalian,


SUMBANGAN
ANAK YATIM Majlis seterusnya menjemput Pn Azlina binti

3
Mahmud untuk mengiringi Pn Safiah bt Ali, wakil
daripada Rumah ngaji Payung Sejahtera dan
Surau Kg.Seluyut untuk menyampaikan
sumbangan kepada anak-anak yatim. Majlis
mempersilakan.

**************************************************

Terima kasih diucapkan kepada Pn Safiah bt Ali


atas sumbangan yang diberikan kepada anak-
anak yatim Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang.

PENYAMPAIAN Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian


HADIAH sumbangan daripada para penyumbang luar atas
usaha Penghulu Mukim Kota Tinggi. Dengan ini
TOK PENGHULU majlis menjemput tn guru besar utk mengiringi Tn
Hj Mohd Aidil bin Masih untuk menyampaikan
sumbangan. Dipersilakan.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA TN HJ


MOJD AIDIL BIN MASIH ATAS PENYAMPAIAN
SUMBNGAN ITU TADI.

7. BACAAN DOA Hadirin,


BERBUKA PUASA
Hadis riwayat Ibn Majah dan Al-Hakim, daripada
Ibn Umar

Rasulullah S.A.W bersabda yang


maksudnya. :Sesungguhnya bagi orang yang
berpuasa ketika berbuka mempunyai doa
mustajab yang tidak ditolak”

Dengan ini majlis sekali lagi menjemput Ustaz


Muhd Aliff Afnan untuk memimpin bacaan doa
berbuka puasa.

Dipersilakan.
Amin ya rabba a’lamin.

Alhamdulillah,
Dengan bacaan doa tadi maka Majlis Iftar Jama’ie
Bersama warga SKBL dan anak-anak yatim
sudah sampai ke kemuncak dan penghujungnya.
PENUTUP
8.
Saya mewakili Majlis mengucapkan rasa syukur

4
dan terima kasih kepada barisan pentadbir dan
ahli jawatankuasa kerja diatas bantuan dan
kerjasama yang telah diberikan dalam
menjayakan majlis kita pada hari ini.

Dan tidak lupa juga,


Kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan majlis pada hari ini sama ada secara
langsung mahupun tidak.

Semoga kita mendapat keberkatan daripada-Nya.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon


ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang kami mengendalikan majlis pada hari
ini.

Akhir kalam,
Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada
hari ini dengan membaca Tasbih Kaffarah dan
Surah Al-‘Asr.

Sekian,

Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum


warahmatullahiwabarakatuh.

You might also like