Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 31

MAKSUD NASIONALISME :

- Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara


- Semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan
- Berkaitan dengan perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan
terhadap bangsa dan negara
- Gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial
daripada penguasaan orang asing

KEY POINT :- Perasaan cinta yang mendalam terhadap apa?


- Semangat kebangsaan yang menjelaskan apa?
- Berkaitan dengan apa?
- Gerakan untuk mencapai apa?

REVOLUSI DI BARAT :
Nasionalime antiraja :- REVOLUSI KEAGUNAN DI ENGLAND
- REVOLUSI PERANCIS

Nasionalisme bukan antiraja:- REVOLUSI AMERIKA

A. Revolusi Keagunan di England(1688) :-

Nama lain ?
Glorious Revolution

Tujuan berlaku revolusi ?


-Keinginan untuk menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat.

Tercetus disebabkan oleh?


- Semasa Pemerintahan Raja James II
- Beliau membelakangkan parlimen semasa menggubal undang-undang

Kesannya?
- Ahli parlimen bangkit menentang
- Dengan sokongan Mary II dan suaminya, Raja William of Orange dari
Belanda
- Raja James II larikan diri ke Perancis
Kesan semasa pemerintahan Mary II dan William of Orange?
- Konsep kedaulatan parlimen dan sistem raja berperlembagaan
dimantapkan
- Bill of Rights digubal- memberikan keutamaan kepada parlimen
menggubal undang-undang dan hak mengutip cukai.

SOALAN

Siapakah yang menggubal Bill of Rights?


John Locke

B. Revolusi Perancis(1789) :-

Tercetus sebab ?
-idea nasionalisme yang memperjuangkan kebebasan, persamaan dan
persaudaraan oleh golongan pemikir Perancis. (KPP)

Siapakah golongan pemikir Perancis tersebut ?


- Jean Jacques Rousseau
- Voltaire

Peranan ROUSSEAU?
- menulis The Social Contract
- fungsi : mengemukakan keunggulan suara rakyat bagi menjamin
kesejahteraan masyarakat
- suara rakyat - hasrat umum yang merupakan kata sepakat golongan
yang mempunyai kesedaran
-kedaulatan suara rakyat lebih tinggi dan penting daripada institusi raja
dan birokrasi

Nasionalisme tercetus semasa bila?


-Semasa pemerintahan autokratik Raja Louis XVI & golongan
bangsawan
- Mereka memonopoli pelbagai keistimewaan
- Rakyat terbeban dengan pelbagai cukai

Kesannya?
- G.revolusi the menggempur penjara Bastile
- Membebaskan tahanan politik
- Menggulingkan Raja Louis XVI
- Kemunculan Republik Perancis
C. Revolusi Amerika - reaksi orang Amerika menentang penjajahan
British
Tercetus sebab?
(I). Tindakan British tidak melindungi hak penduduk Amerika yang
merupakan sebahagian daripada empayar British.
(II). Menentang akta untuk memungut cukai
(Cth:- Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem, Akta Teh)
(III). Tiada wakil Amerika dalam Parlimen British
Slogan yang dilaungkan “tiada cukai tanpa perwakilan”

Kesannya?
- Pemimpin di tanah jajahan menubuhkan kongres yang diketuai oleh
George Washington dan mengisytiharkan perang terhadap British

Apakah kongres tersebut dilakukan?


- meluluskan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh
Thomas Jefferson pada bulan Julai 1776
- perisytiharan tersebut menegaskan bahawa sekiranya sesebuah kerajaan
tidak dapat menjamin hak kehidupan, kebebasan dan kebahagiaan, maka
menjadi hak penduduk untuk membentuk kerajaan baharu.

Kesan selepas perisytiharan?


- Revolusi akhir pada tahun 1873 apabila British mengakui kemerdekaan
Amerika
- 13 buah bekas tanah jajahan digabungkan dan diberikan nama baharu
iaitu Amerika Syarikat

REVOLUSI DI ASIA :
A. Nasionalisme di INDIA:- reaksi penduduk tempatan terhadap dasar
imperialisme(dari segi politik dan ekonomi)
British

Peristiwa yang menjadi titik tolak ?


Dahagi India 1857

Apakah corak nasionalisme awal ?


- Bercorak gerakan yang memberikan perhatian terhadap isu sosioagama
- Tokoh: Brahmo Samaj & Arya Samaj
- Mereka menggiatkan rasa kecintaan kepada budaya tempatan kesan
daripada pengaruh budaya Barat
Apakah peranan golongan intelektual?
- menubuhkan pertubuhan politik
- fungsi :- menyuarakan pandangan
- Cth:- Kongres Kebangsaan India / Indian National Congress(INC)-1885
- Liga Muslim(1906)

Siapakah nasionalis radikal yang mengetuai gerakan bersifat keras?


- Bal Gangadhar Tilak
- Bipin Chandra Pal
- Mereka menggerakkan semangat penentangan secara militan terhadap
British

Apakah yang berlaku pada Perang Dunia Pertama?


- INC:- dasar tidak bekerjasama dengan British
- diterajui oleh Mahatma Gandhi yang menjadikan satyagraha
sebagai pegangan

Apakah yang berlaku pada Perang Dunia Kedua?


- INC & Liga Muslim membentuk jawatankuasa khas
- Tujuan:- Untuk merangka rancangan pembahagian India iaitu negara
India & Pakistan
- 14 OGOS 1947 :- Pakistan mendapat merdeka
- Muhammad Ali Jinnah (Gabenor Jeneral Pakistan)
- 15 OGOS 1947 :- India mendapat merdeka
- Jawaharlal Nehru (Perdana Menteri Pertama India)

B. Nasionalisme di CHINA:- mengukuhkan perabadan China dalam


kalangan orang China daripada ancaman penguasaan politik dan ekonomi
oleh kuasa asing

Tercetus sebab?
- Kelemahan pemerintahan Dinasti Manchu
- Dianggap sebagai orang luar
- Kehilangan mandat
- Masyarakat hilang percaya terhadap Dinasti Manchu kerana Manchu
gagal menghalang kemasukan pengaruh Barat

Apakah corak nasionalisme seterusnya yang berlaku di China?


- Bercorak anti-barat

Peranan Dr.Sun Yat Sen ?


- Beliau telah mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-i)
- San Min Chu-i merupakan ideologi perjuangan iaitu nasionalisme,
demokrasi dan kebajikan sosial
- prinsip tersebut menjadi asas kepada Revolusi China(1911)

Kesan revolusi ?
- berjaya menumbangkan pemerintahan Dinasti Manchu
- kemunculan pemerintahan republik di China

C. Nasionalisme EMPAYAR UTHMANIYAH & MESIR:


- lahir daripada kesedaran untuk mempertahankan sistem pemerintahan
Islam dan agama Islam daripada imperialisme Barat
- mencetuskan gerakan Pan-Islamisme & gerakan Islah

Apakah itu Gerakan Islah?


- merujuk kepada gerakan pemulihan Islam
- dipelopori oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani & Sheik Muhammad
Abduh
- Berlakunya pertembungan kebudayaan antara Eropah-Amerika dengan
kebudayaan tempatan
- Menyeru umat Islam berpegang pada ajaran Islam yang berpandukan
al-Quran, hadis dan memperbaik kehidupan masyarakat

Siapakan menubuhkan kumpulan al-Urwah al-Wuthqa?


- Sayyid Jamal al-Din al-Afghani

Tujuan kumpulan ?
-memperkuat rasa persaudaraan dan membawa umat Islam kepada
kemajuan

Tujuan akhbar al-Urwah al-Wuthqa?


- menyebarkan idea Pan-Islamisme

Tujuan EU mengeluarkan fatwa?


- menyeru umat Islam yang ditindas penjajah Barat bangkit menentang

Siapakah pemerintah EU?


- Khalifah Abdul Hamid II
- Beliau menggerakkan idea Pan-Islamisme
- mendapat sokongan umat Islam di seluruh dunia termasuklah TANAH
MELAYU
- Cth: Tok Janggut menentang British di Kelantan(1915)

D. Nasionalisme di JEPUN

Siapakah yang menggerakkan nasionalisme di Jepun?


- pemerintah Jepun
- tujuan:- kesedaran untuk mencapai kemajuan bagi mengelakkan
ancaman imperialisme Barat

Peranan Maharaja Mikado Meiji?


- lancarkan gerakan pemulihan Jepun
- menekankan pemodenan mengikut model Barat supaya Jepun dihormati
oleh kuasa Barat

Peranan prinsip & semangat bushido?


- menjadi asas dalam kalangan rakyat dan pemerintah semasa era
pemulihan Meiji

Kesan pemulihan tersebut?


- meliputi gerakan pembaharuan dalam aspek kehidupan
- jepun muncul sebagai negara perindustrian dan kuasa tentera yang kuat
di Asia pada awal abad ke-20

SOALAN:-

1. Jelaskan tentang peristiwa Dahagi India 1857?


- pemberontakan yang dilancarkan oleh sepoi / askar upahan British
berbangsa India
- Sebab:- reaksi kepada ancaman pengaruh British terhadap adat,budaya
& agama masyarakat setempat

2. Apakah maksud satyagraha ?


- berpegang teguh kepada kebenaran
- konsepnya menjadi asas perjuangan tanpa keganasan

3. Apakah maksud dengan semangat bushido ?


- sikap yang sanggup menanggung risiko, bersungguh-sungguh mencapai
cita-cita dan sedia berkorban demi melaksanakan tanggungjawab
terhadap bangsa dan negara
REVOLUSI DI ASIA TENGGARA :
A. Nasionalisme di Filipina:- untuk menghapuskan penjajahan asing

Siapakah tokoh yang terlibat dalam nasionalisme ini?


- Jose Rizal
- Andres Bonifacio
- Emilio Aguinaldo

Peranan Jose Rizal?


- Gerakan Propaganda
- Menubuhkan Liga Filipina(1892)

Apakah tujuan Gerakan Propaganda?


- menuntut Filipina dijadikan sebahagian daripada wilayah Sepanyol
- mempunyai hak yang sama seperti bangsa Sepanyol

Apakah tujuan Liga Filipina(1892)?


- mendesak kerajaan Sepanyol melakukan perubahan PES(politik,
ekonomi & sosial) di Filipina

Apakah kesan kegagalan Gerakan Propaganda?


- nasionalisme yang lebih radikal muncul

Peranan Bonifacio?
- menubuhkan Katipunan
- tujuan:- untuk memperoleh kemerdekaan Filipina melalui revolusi

Peranan akhbar Kalayan?


- menyebarkan idea revolusi kepada rakyat

Peranan pemimpin Katipunan iaitu Bonifacio & Aguinaldo?


- melancarkan Revolusi Filipina(1896)
- tujuan:- untuk menyingkirkan pemerintahan Sepanyol
- tapi gagal

Peranan Aguinaldo?
- bekerjasama dengan AS dan berjaya mengusir Sepanyol
- Perisytiharan Kemerdekaan Filipina olehnya (1899)
- tapi tidak diiktiraf oleh AS
Apakah kesannya ?
- Filipina diletakkan di bawah AS
- nasionalis perjuangan mengubah strategi dengan guna saluran diplomasi
melalui parti politik sederhana
- Sergio Osmena:- pemimpin Parti Nasionalis
- menganggotai Dewan Perhimpunan Filipina(1907)
- nasionalisme teruskan sehingga perang dunia kedua

B. Nasionalisme di Burma(Myanmar):
- perjuangan golongan kelas menengah
- sami Buddha(pongyi)
- Thakin(siswazah universiti)
- Golongan petani

Siapakah menggerakkan nasionalisme di Burma?


- golongan kelas pertengahan berpendidikan Barat
- menentang British yang mengancam kedudukan agama Buddha

Apakah mereka menubuhkan?


- persatuan Belia Buddha(1906)
- tujuan:- mengekalkan tradisi Buddha, pendidikan & kebudayaan Burma

Siapakah pemimpin yang lebih radikal?


- U Ba Pe
- Persatuan dia - Majlis Persatuan Am Kesatuan Burma
- tujuan:- isu bangsa Burma diperjuangkan

Peranan Revolusi Pelajar?


- menuntut penubuhan universiti

Peranan golongan sami Buddha?


- menubuhkan Majlis Am Sangha Samagyi
- tercetus pemberontakan Saya San
- diketuai :- Saya San(bekas pongyi)
- dapat sokongan g.petani yang terbeban dengan pelbagai jenis cukai

Apakah mempengaruhi nasionalisme seterusnya?


- Pengenalan Perlembagaan Burma 1935
- tujuan:- memisahkan Burma dengan India
- merangsang perjuangan ke arah berkerajaan sendiri
Peranan golongan Thakin?
- menubuhkan Parti Do Bana Asiayone(Kami Orang Burma)
- pemimpin parti:- Aung San
- Kyaw Nein
- U Nu :- digelar diri sebagai Thakin

Siapakah Perdana Menteri pertama Burma (1937)?


- Dr Ba Maw

SOALAN:

Jelaskan isu yang membangkitkan nasionalisme di Burma yang


mengancam kedudukan agama Buddha?
- Isu kasut
- Perbuatan orang British yang memakai kasut semasa memasuki kuil
Buddha
- mencemari kesucian agama Buddha

C. Nasionalisme di Vietnam:- muncul akibat perubahan sosiopolitik


& sosioekonomi selepas kedatangan
Perancis(1918)

Siapakah yang mempelopori gerakan nasionalisme?


- Golongan bangsawan
- Pegawai daripada golongan Mandarin

Apakah peranan mereka?


- memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja

Peranan golongan intelektual?


- meningkatkan kesedaran politik & gerakan anti-Perancis

Apakah medium yang digunakan untuk menyalurkan nasionalisme


ini?
- Akhbar Tribune Indige
- Akhbar Cloche Felee
- tujuan:- mengiktiraf penindasan Perancis & menuntut hak rakyat
Vietnam
Apakah yang berlaku selepas Perang Dunia Pertama?
- nasionalisme bercorak revolusi
- terdapat dua aliran ideologi:- nasionalisme
- komunisme

Apakah parti nasionalisme?


-Viet Nam Quoc Dang Dang(VNQDD) / Parti nasionalis Vietnam
- pemimpin Nguyen Thai Hoc

Apakah parti komunisme?


- Parti komunis Vietnam(PKV)
- pemimpin Ho Chi Minh

Apakah perjuangan VNQDD?


- demokrasi, nasionalisme, sosialisme
- melancarkan pemberontakan(1930)
- tujuan:- mengusir Perancis
- menubuhkan kerajaan Republik Vietnam

Apakah kesannya?
- memberikan kesempatan kepada Perancis melumpuhkan gerakan
g.nasionalis
- menangkap Nguyen Thai Hoc:- dihukum bunuh

Siapakan meneruskan gerakan revolusi seterusnya?


- Ho Chi Minh(PKV)

Apakah peranan Ho Chi Minh?


- September 1945:- berjaya mengisytiharkan kemerdekaan Republik
Demokratik Vietnam di Hanoi, Vietnam Utara
- Menjadi presiden pertama

Apakah berlaku kepada Vietnam Selatan?


- berpusat di Saigon berada di bawah pengaruh Perancis dan AS

Akhirnya apa yang berlaku?


- Republik Vietnam(1976)

D. Nasionalisme di Indonesia:-

Jelaskan nasionalisme awal di Indonesia?


- berkisarkan isu pendidikan
- tujuan:- mengubah nasib rakyat akibat dasar penjajah Belanda.
Siapakah yang mempelopori perjuangan ini?
- Raden Adjeng Kartini
- peranan:- memajukan pendidikan kaum wanita

Apakah peranan karya Kartini ?


- surat yang diutus kepada rakan-rakannya di Eropah
- diterbitkan dengan judul Habis Gelap Terbitlah Terang(1911)
- dalam bahasa Inggeris:- Letters of a Javanese Princess
- mendedahkan dasar diskriminasi Belanda yang menindas
- membawa kemunduran kepada bangsa Indonesia

Apakah peranan Muhammadiyah?


- mempertahakan agama Islam daripada ancaman sekularisme Barat

Namakan penubuhan parti politik?


- Sarekat Islam(SI)
- Partai Komunis Indonesia(PKI)
- Partai Nasionalis Indonesia(PNI):- pemimpin Soekarno

Apakah peranan Kongres Pemuda Indonesia(1928)?


- lahirkan ikrar “Sumpah Pemuda”
- tiga asas sumpah:- satu tanah air, satu bangsa & satu bahasa

Apakah peranan Soekarno?


- mempelopori pembentukan Permuafakatan Perhimpunan Politik
Kebangsaan Indonesia (PPPKI)
- gabungan organisasi & parti politik Indonesia

E. Nasionalisme di Thailand:- mempertahankan kedaulatan negara serta


menuntut penglibatan rakyat dalam
pemerintahan

Siapakah yang mempelopori nasionalisme di Thailand?


- Raja Thailand
- melalui usaha diplomasi dan pemodenan

Apakah peranan Raja Mongkut?


- membina hubungan baik dengan kuasa Barat seperti British, AS &
Perancis.
- langkah pemodenan dengan melaksanakan birokrasi Barat.
Peranan Penasihat Barat?
- melatih pegawai tempatan dalam pentadbiran, kewangan, pelabuhan
kastam, ketenteraan dan polis

Peranan guru dari Barat?


- melaksanakan sistem pendidikan Barat

Kesannya?
- membentuk imej Thailand sebagai negara yang bersahabat dengan
Barat

Siapakah meneruskan pemodenan negara & dasar terbuka Raja


Mongkut?
- diteruskan oleh putera Raja Mongkut:- Raja Chulalongkorn
- tujuan:- menjadikan Thailand negara yang bebas daripada penjajahan
kuasa Barat

Bilakah nasionalisme dalam kalangan rakyat timbul?


- semasa pemerintahan Raja Vajiravudh
- kelemahan pemerintahan Raja Vajirudh
- menimbulkan kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh
kerabat diraja

Peranan Nai Pridi Phanomyong dan Field Marshal


Phibulsongkram?
- menubuhkan Parti Rakyat & melancarkan Revolusi Thai(1932)

Kesannya?
- menamatkan pemerintahan raja berkuasa mutlak
- kenalkan pemerintahan raja berperlembagaan dengan meletakkan raja
pada kedudukan tertinggi
- tidak mencampuri ulasan pentadbiran kerajaan Thailand yang
dijalankan oleh Perdana Mentari

Apakah nasionalisme seterusnya?


- berkisarkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap penguasaan ekonomi
oleh kapitalis Barat dan orang Cina

Apakah peranan perdana menteri, Phibulsongkram dalam


menangani isu ini?
- meluluskan undang-undang menyekat penguasaan ekonomi oleh
orang china ekonomi
- menggalakkan peribumi terlibat dalam kegiatan ekonomi
Apakah berlaku semasa Perang Dunia Kedua?
- dasar bekerjasama dengan Jepun menyebabkan Thailand tidak dijajah
oleh Jepun
- Thailand turut memperoleh hak semula terhadap wilayah di
Indochina & negeri utara Tanah Melayu

KESEDARAN NASIONALISME DI NEGARA


KITA :-
I) Kesultanan Melayu Melaka(KMM):-

Apakah perjuangan mereka ?


◆ Perjuangan bangsa menghadapi ancaman luar

Siapakah pemimpin KMM yang harus disanjungi?


◆ Sultan Muzaffar & Sultan Mahmud Shah

Apakah berlaku setelah berundur dari Melaka ?


◆ Sultan Mahmud Shah berusaha untuk mendapatkan Melaka kembali
◆ Melakukan tiga kali serangan terhadap Portugis namun gagal

II) Kesultanan Kedah:-

Siapakah Sultan Kedah yang terlibat ?


◆ Sultan Abdullah Mukarram Shah

Apakah beliau telah melakukan?


◆ menentang Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)
◆ berusaha untuk mendapatkan Pulau Pinang kembali yang merupakan
sebahagian daripada wilayah Kedah
◆ perjuangan terawal menentang British di Kedah

III) Tanah Melayu abad ke-19 dan awal abad ke-20:-

Siapakah tokoh-tokoh yang terlibat?


◆ Penghulu Dol Said, Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam, Dato’
Bahaman, Rentap, Mat Salleh, Tok Janggut & Haji Abdul Rahman
Limbong

Apakah perjuangan mereka?


◆ Bersifat setempat
◆ Selari dengan erti nasionalisme
◆ tujuan:- menuntut kebebasan daripada ancaman luar
- mendaulatkan wilayah masing-masing

Apakah kesan melalui perjuangan tersebut?


◆ kesedaran awal mendapat reaksi & tindak balas yang keras daripada
penjajah
◆ memaksa masyarakat kita bergerak secara sederhana

IV) Awal abad ke-20:-

Apakah gerakan yang terlibat?


◆ Gerakan Islah

Siapakah yang mempelopori gerakan ini?


◆ Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Haji Abbas Mohd Taha &
Syed Sheikh al-Hadi

Bagaimanakah kesedaran yang seterusnya dilakukan?


◆ melalui penulisan kreatif & akhbar
◆ Zainal Abidin Ahmad(Za’ba), Muhammad Rakawi Yusuf, Abdul
Rahim Kajai, Hajah Zainon Munshi Sulaiman, Fatimah Yaakub

Bagaimanakah perjuangan digerakkan ?


◆ melalui pertubuhan sosioekonomi
◆ golongan berpendidikan Inggeris & Melayu

Siapakah tokoh-tokoh yang terlibat?


◆ Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestaman,
Burhanuddin al-Helmi

Apakah yang mereka telah menghadapi semasa meneruskan perjuangan


mengkritik dan menyedarkan masyarakat?
◆ kekangan kewangan, halangan undang-undang, pengawasan ketat
pemerintah
FAKTOR KEMUNCULAN GERAKAN
NASIONALISME :-
PERANAN AGAMA:-

Apakah yang didedahkan oleh pelajar yang melanjutkan pelajaran di


Mesir?
◆ terdedah dengan falsafah perjuangan gerakan Islah di Mesir
◆ pimpinan Sayyid Jamal al-Din al-Afghani, Sheikh Muhammad Abduh
& Rashid Rida

Apakah peranan gerakan Islah?


◆ menyeru umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar
◆ berpandukan al-Quran & Hadis
◆ menentang imperialisme Barat di negara Islam

PENULISAN KREATIF:-

Apakah contohnya?
◆ novel, cerpen & puisi daripada tokoh nasionalis

Peranan penulisan kreatif?


◆ sebagai wadah
◆ untuk mengungkap keperitaan hidup bangsa yang dijajah serta
penderitaan rakyat

Apakah kesannya?
◆ menaikkan semangat rakyat bagi memahami realiti hidup yang dijajah

Contoh penulisan kreatif?


◆ Novel Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurrashid
◆ Cerpen Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Kajai
◆ Karya Pak Sako

Apakah peranan Karya Pak Sako?


◆ menyindir penjajah & mengingatkan anak bangsa akan kepentingan
menikmati kebebasan
MEDIA CETAK:-

Contohnya?
◆ Akhbar & majalah
◆ tujuan:- sebagai penyalur maklumat dan penyebar berita

Apakah peranan Jawi Peranakan?


◆ merupakah akbhar awal
◆ menegur campur tangan British dalam soal agama Islam di Singapura
& isu bahasa Melayu

Apakah peranan Akhbar Sekola Melayu?


◆ bahan pembacaan di sekolah Melayu

Apakah peranan Al-Imam, Neracha & Pengasuh?


◆ untuk memuatkan idea pembaharuan

Apakah peranan Akhbar Fajar Sarawak?


◆ diterajui oleh angkatan intelektual Melayu
◆ diterbitkan sebagai wadah
◆ mengkritik dasar pemerintahan Brooke yang mengabaikan hak &
kepentingan bumiputera Sarawak

SISTEM PENDIDIKAN:-

Apakah peranan pendidikan moden Islam?


◆ melalui penubuhan madrasah
◆ kesannya:- meniupkan semangat baharu dalam kalangan pelajar pada
awal abad ke-20

Contohnya?
◆ Madrasah al-Attas di Johor Bahru (1914)
◆ Madrasah al-Masyhur di Pulai Pinang(1916)
◆ Madrasah al-Idrisiyah di Kuala Kangsar(1926)

Bagaimanakah institusi ini menerima idea nasionalisme?


◆ melalui kunjungan para ulama Kaum Muda dari Sumatera Barat
◆ pulangnya pelajar dari Mesir
◆ tujuan:- menyebarkan idea kemajuan & pemodenan
Apakah peranan Raffles Institution di Singapura, Maktab Melayu Kuala
Kangsar(MCKK) & Maktab Penguruan Sultan Idris(SITC)?
◆ lahirkan golongan yang memimpin rakyat
◆ bagi menuntut hak unuk mendapatkan pendidikan

Apakah yang mendedahkan pelajar melalui sistem pendidikan ?


◆ didedahkan dengan idea falsafah Islam
◆ Barat yang memperlihatkan kelemahan bangsa yang dijajah serta
mendesak British melakukan pembaharuan

Contohnya?
◆ SITC
◆ tujuan:- menjadi medan ilmu untuk berbincang & menghasilkan karya
nasionalis

KEMUNCULAN G.INTELEKTUAL:-

Contoh golongan intelektual?


◆ Lepasan Timur Tengah

Apakah peranan Syed Sheikh al-Hadi?


◆ untuk menggerakkan idea pembaharuan dalam masyarakat

Contoh intelektual lepasan pendidikan Inggeris & Melayu?


◆ Abdul Kadir Adabi
◆ Dato’ Undang Rembau Abdullah Haji Dahan
◆ Mohammad Eunos Abdullah
◆ Ustaz Abu Bakar Mohd Said
◆ Ibrahim Haji Yaakob

Apakah mereka menggunakan untuk menyedarkan rakyat tentang


nasionalisme?
◆ gunakan akhbar & menubuhkan persatuan bersifat sosioekonomi &
politik
PENGARUH LUAR & SERANTAU:-

Apakah peranan kebangkitan Pan-Islamisme di EU?


◆ menyedarkan umat Islam untuk bersatu menentang ancaman luar

Apakah peranan gerakan Islah di Mesir?


◆ menggesa umat Islam melakukan pembaharuan yang progresif

Apakah kesan kemunculan Jepun menewaskan Rusia?


◆ membuka mata penduduk tempatan untuk memperjuangkan nasib
mereka

Apakah peranan Revolusi China pimpinan Dr Sun Yat Sen?


◆ menewaskan kerajaan Manchuria
◆ menubuhkan sebuah negara Republik China
◆ membangkitkan kesedaran rakyat di negara kita untuk menentang
penjajah

Apakah kesan perjuangan Mahatma Gandhi di India menentang British


tanpa kekerasan?
◆ menjadi inspirasi pergerakan nasionalisme

Apakah kesan perjuangan Jose Rizal di Filipina & Soekarno di Indonesia?


◆ menyemarakkan usaha menentang penjajah di negara kita

PERKEMBANGAN NASIONALISME :-
◆ Golongan Intelektual
◆ Penulisan :- guru, penulis & wartawan
◆ Kewujudan pertubuhan @ persatuan bersifat sosioekonomi &
politik

GOLONGAN INTELEKTUAL:-

I) Golongan berpendidikan agama

Apakah peranan Kaum Muda?


◆ menyalurkan idea melalui gerakan Islah
◆ menjadikan agama Islam sebagai asas kemajuan untuk dunia & akhirat
Apakah contohnya?
◆ Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin
◆ Syed Sheikh al-Hadi
◆ Haji Abbas Mohd Taha

Apakah yang mendorong kesedaran mereka?


◆ kecenderungan terhadap gerakan Islah semasa menuntut di Timur
Tengah.

Bagaimanakah Kaum Muda menyebarkan fahaman Islah?


◆ melalui penubuhan madrasah

Apakah contoh madrasah?


◆ Madrasah al-Attas di Johor Bahru, Johor,
◆ Madrasah al-Khairiah al-Islamiyah di Pokok Sena, Kedah
◆ Maahad al-Ehya Assharif, Gunung Semanggol, Perak

Siapakah yang turut diberikan peluang belajar di madrasah?


◆ wanita
Apakah kepentingan pembentukan intelektual baharu Islam?
◆ menyatukan rumpun Melayu
◆ memajukan Islam melalui pentafsiran baharu seperti yang dibawa
oleh reformis Mesir

Bagaimanakah idea mereka disalurkan?


◆ akhbar & majalah
◆ contoh:- akhbar Al-Imam, Al-Ikhwan, Neracha & Tunas Melayu

II) Intelektual Berpendidikan Inggeris

Apakah peranan Maktab Melayu Kuala Kangsar(MCKK)-1905?


◆ melahirkan intelektual berpendidikan Inggeris
◆ berperanan dalam perkembangan nasionalisme

Apakah tujuan MCKK?


◆ melatih anak bangsawan
◆ Lepasan maktab dapat menyuarakan hak mendapat pendidikan bagi
orang Melayu
Contoh lepasan maktab?
◆ Raja Chulan .Raja Abdullah, Mahmud Mat, Mohammad Eunos
Abdullah & Raja Uda Raja Muhammad
◆ pegawai kerajaan menuntut British memperbaik taraf hidup orang
Melayu
◆ membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang
Melayu dalam jabatan kerajaan

Bagaimanakan mereka menyalurkan idea ?


◆ cara berbaik-baik dengan British
◆ menggunakan akhbar
◆ contoh:-Warta Malaya, Lembaga Malaya & Utusan Melayu

III) Intelektual Berpendidikan Melayu


◆ Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC)-1922 berjaya melahirkan
semangat kesedaran bangsa melalui beberapa usaha:-

A) GURU

Apakah peranan guru?


◆ contoh:- O.T. Dussek, Abdul Hadi Hassan, Abdul Hadi Abdul
Manan & Harun Aminurrashid
◆ tujuan:- meniupkan kesedaran dalam kalangan pelajar
- lahir ramai tokoh penulis dan nasionalis

B) Pejabat Karang Mengarang dengan Ketua Penterjemahnya Za’ba

Apakah peranan mereka?


◆ menghasilkan buku berkualiti
◆ menjadi pemangkin mengasah bakat pelajar dalam usaha
membangkitkan semangat kebangsaan.
◆ tokoh nasionalis :- Buyong Adil
- Abdul Hadi Hassan

C) Kemasukan bahan bacaan dari Timur Tengah & Indonesia

Apakah peranan bahan bacaan tersebut?


◆ menjadikan SITC sebuah taman ilmu yang mendedahkan
pembaharuan dari negara luar
D) Kurikulum SITC

Apakah peranan kurikulum tersebut?


◆ menitikberatkan mata pelajaran Sejarah
◆ pendedahan keagungan empayar Melayu
◆ mata pelajaran Anyaman, Kesihatan & Sukan dianggap penting

E) 1929 - Pertubahan Ikatan Pemuda Pelajar & Ikatan Semenanjung


Borneo

Apakah peranan pertubuhan-pertubuhan tersebut?


◆ lahirkan persatuan radikal iaitu Kesatuan Melayu Muda

PENULISAN:-

I) Akhbar & Majalah

Apakah peranan akhbar & majalah?


◆ mengetengahkan isu hak dan masa depan bangsa, polemik Kaum
Muda dengan Kaum Tua
◆ isu pentadbiran, ekonomi dan sosial

Apakah peranan Syarikat Jelutong Press?


◆ menyuburkan kegiatan penerbitan akhbar

Apakah peranan intelektual berpendidikan Melayu & Inggeris?


◆terlibat dalam perkembangan persuratkhabaran Melayu

Apakah akhbar yang diterajui oleh Mohammad Eunos Abdullah?


◆ akhbar Utusan Melayu dan Lembaga Melayu

Apakah contoh-contoh akhbar ?


◆ akhbar Warta Malaya, Warta Jenaka, Fajar Sarawak, Majlis &
Majalah Guru

Siapakah contoh-contoh pengarang?


◆ Muhammad Yusof Ahmad (Tok Kenali), Muhammad Yusof Abdul
Hamid, Dato’ Onn Jaafar & Abdul Rahim Kajai
◆ peranan:- bersuara tentang pendidikan dan politik tanah air
Apakah contoh akhbar bahasa Inggeris?
◆ The Malay Mail dan The Malaya Tribune
◆ memuatkan perkembangan sosiopolitik & ekonomi

Apakah akhbar yang terdapat di Sarawak?


◆ akhbar Fajar Sarawak
◆ ditulis:- Muhammad Rakawi Yusuf, Muhammad Awi Anang,
Muhd Daud Abdul Ghani & Haji Abd Rahman Kassim
◆ peranan akhbar:- saluran untuk menyedarkan kaum yang dijajah

Apakah seruan dalam Fajar Sarawak?


◆ “fajar telah tersinsing, bangunlah wahai bangsaku”
◆ menggesa masyarakat bangkit menuju kemajuan

Apakah peranan Ketua-ketua Anak Negeri?


◆ menyuarakan kebanyakan isu pendidikan, tanah bumiputera &
kewangan petani
◆ melalui mesyuarat & aktiviti persatuan sosiobudaya

II) Akhbar Masyarakat Cina & India

A) Akhbar Cina:-

Apakah peranan editor akhbar Cina?


◆ merangsang pemikiran masyarakat Huachinao(kaum Cina seberang
laut)
◆ tujuan:- mengekalkan identiti, memperjuangkan nasib wanita &
menyemai perasaan cinta akan negara

Apakah contoh akhbar Cina?


◆ Lat Pau & Modern Daily News

Apakah contoh akhbar menjelang abad ke-20?


◆ akhbar Nanyang Tsung Hui Pao & Chong Shin Yit Pao
◆ peranan:- memuatkan soal pemerintahan monarki & pergolakan
politik di China

Apakah orientasi penulisan menjelang tahun 1929?


◆ lebih bersifat antiimperialisme

Apakah contoh akhbar sekitar tahun 1930-an?


◆ akhbar Nanyang Siang Pao(Pulau Pinang) mula
◆ tujuan:- memperjuangkan soal kesatuan sekerja & keadilan
sosioekonomi bagi masyarakat kelas bawahan

B) Akhbar India:-

Apakah kandungan yang terdapat dalam akhbar tersebut?


◆ memperjuangkan kepentingan politik & sosial masyarakat India

Contoh akhbar?
◆ akhbar Tamil Nesan
◆ peranan :- diterbitkan oleh peniaga India
- melaporkan perkembangan di India
- kepentingan sosiopolitik masyarakat
◆ Akhbar The Indian dan Indian Pioneer
◆ peranan:- memuatkan pemikiran dan kepentingan perpaduan
◆ akhbar Tamil Murasu

III) Karya Kreatif

A) Novel:-

Apakah tema novel yang dihasilkan?


◆ bertemakan semangat cinta akan negara & perjuangan membela
nasib bangsa

Apakah contoh novel yang terdapat?


◆ novel Mari Kita Berjuang oleh Abdullah Sidek
◆ peranan:- mengajak masyarakat memerdekakan diri dari aspek
ekonomi

B) Puisi:-

Apakah tema puisi yang dihasilkan?


◆ bertemakan cinta akan negara

Apakah contoh puisi yang terdapat?


◆ Angan-angan dengan Gurindam” oleh Omar Mustaffa
◆ “Sedarlah” oleh Mahmud Ahmadi
◆ “Semenanjung” oleh Harun Aminurrashid
◆ “Serunai Pujangga” oleh Abdul Samad Ahmad

C) Cerpen:-

Apakah tema cerpen yang dihasilkan?


◆ bertemakan semangat pejuang, nasib bangsa & cinta akan tanah air

Apakah contoh cerpen yang terdapat?


◆ karya Ishak Haji Muhammad, “Rumah Besar Tiang Sebatang”
◆ karya Abdul Rahim Kajai, “Cerita Awang Putat”
◆ karya Shamsuddin Salleh “Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang”

PERSATUAN:-

Kesatuan Melayu Singapura (KMS):- 1926

Apakah tujuannya?
◆ menggalakkan ahli bergerak aktif dalam pentadbiran
◆ memperjuangkan kepentingan orang Melayu dalam politik &
pentadbiran
◆ mementingkan pelajaran teknik & pengajian tinggi

Contoh persatuan negeri lain?


◆ Persatuan Melayu Pahang, Persatuan Melayu Selangor &
Persatuan Melayu N.Sembilan
◆ dianggotai oleh kakitangan kerajaan

Apakah peranan mereka?


◆ bekerjasama dengan British
◆ meminta lebih banyak peluang diberikan kepada orang Melayu dalam
pentadbiran

II) Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM):- mula di P.Pinang


- 1934

Apakah tujuannya?
◆ menggalakkan ahlinya untuk bersatu dan bertukar-tukar pendapat
◆giat mengadakan perhimpunan tahunan seluruh Tanah Melayu antara
tahun 1934-1939
Apakah kesan menyatukan pergerakan orang Melayu melalui kongres @
persidangan?
◆ menghimpunkan wakil persatuan Melayu dari Brunei, Labuan &
Sarawak
◆ tujuan:- mengutarakan isu kebangsaan

Siapakah pengasas bagi PASPAM di Sarawak?


◆ Muhammad Rakawi Yusuf
◆ mempunyai hubungan baik dengan ahli KMS
◆ Beliau bersama-sama dengan Johari Anang mengasaskan Persatuan
Melayu Sarawak (PMS) - 1939

Siapakah yang membangkitkan kesedaran tentang pentadbiran di Sabah?


◆ tokoh bumiputera Sabah bergiat aktif dalam organisasi berbentuk
penulisan
◆ wujud kesedaran berpersatuan dalam kalangan masyarakat Sabah pada
akhir tahun 1930-an

Apakah peranan penubuhan cawangan PASPAM di Jesselton, Tawau &


Labuan(1939)?
◆ meningkatkan kesedaran sosial dalam kalangan ahlinya

Siapakah ahli PASPAM di Sabah?


◆ guru sekolah Melayu, pegawai rendah kerajaan dan peniaga
◆ contoh:- Mohammad Yaakob, Mohammad Shamsudin Osman &
Zakaria Gunn

III) Kesatuan Melayu Muda:- ditubuhkan oleh Ibrahim Haji


Yaakob(Mei 1937)
- didaftarkan 1938

Apakah medium yang digunakan oleh mereka untuk berjuang?


◆ melalui akhbar Majlis

Apakah peranan Melayu Raya?


◆ gabungan Tanah Melayu dan Indonesia
◆ untuk menentang British

Apakah seruan orang Melayu?


◆ “bangun sebagai satu bangsa yang mempunyai tamadun & kesopanan
di tanah airnya”

Mengapakah KMM dianggap sebagai radikal?


◆ berani menyuarakan penentangan terhadap kerajaan kolonial
◆ membangkitkan perasaan anti-British melalui penulisan dalam akhbar
& majalah

IV) Persatuan Masyarakat Cina & India:-

Masyarakat Cina-

Apakah peranan Dr. Sun Yat Sen ?


◆ menjalinkan hubungan dengan pemimpin Cina di negara kita
◆ melawat Negeri-negeri Melayu Bersekutu(NNMB) sebanyak 4 kali
◆ mendapatkan sokongan menentang kerajaan Manchuria di China

Apakah peranan masyarakat Cina?


◆ memberikan perhatian kepada kebajikan
◆ perkembangan politik tempatan di negara kita
◆ contoh:- masyarakat Cina yang dilahirkan di Negeri-negeri Selat @
Cina Peranakan

Siapakah tokoh yang berpendidikan Inggeris?


◆ Tan Jiak Kim

Apakah peranan Persatuan Orang Cina Peranakan British (SCBA) di


Negeri-negeri Selat ?
◆ menggalakkan pelajaran tinggi dan teknikal dalam kalangan
masyarakat Cina

Apakah peranan Tan Cheng Lock?


◆ menghidupkan cawangan SCBA di Melaka
◆ menuntut peluang berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan

Masyarakat India-

Apakah tujuan pertubuhan awal?


◆ menjaga kepentingan masyarakat India di Tanah Melayu
◆ contoh:- Persatuan India Taiping & Persatuan India Pulau Pinang
Apakah peranan Persidangan India Se-Malaya diadakan di Kuala Lumpur?
◆ membincangkan isu berkaitan dengan masyarakat India

Siapakah yang menubuhkan menubuhkan Malayan Indian Association


(MIA) ?
◆ G.V. Thaver

Siapakah yang menubuhkan Central India Association of Malaya


(CIAM) ?
◆ pimpinan Dr. A.M. Soosay

Apakah peranan CIAM ?


◆ menggabungkan 12 persatuan India & empat dewan perniagaan
◆ berjaya mengembangkan idea nasionalisme masyarakat India di Tanah
Melayu
◆ menjaga kebajikan mereka
◆ Pergerakan CIAM disemarakkan lagi dengan lawatan Pandit
Jawaharlal Nehru ke Tanah Melayu(1937)

Masyarakat Sikh- sebagai pasukan keselamatan

Apakah peranannya?
◆ menjadikan berek polis @ kuarters kerajaan serta gurdwara sebagai
tempat aktiviti sosial dan keagamaan

Apakah peranan Gurdwara?


◆ mengembangkan kesedaran politik anti-British

Apakah peranan Khalsa Diwan Malaya ditubuhkan di Taiping, Perak?


◆ menjadi persatuan berpengaruh untuk menjaga kepentingan
masyarakat Sikh

Masyarakat India Muslim-

Apakah peranan mereka?


◆ melibatkan diri dalam kegiatan perniagaan dan pentadbiran
◆ contoh:- Sir Hussein Hasanal Abdoolcader
- ahli dalam Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat atau
Straits Settlement Legislative Council (SSLC)
KESAN PERKEMBANGAN
NASIONALISME:-

POLITIK:-

I) Golongan intelektual berpendidikan Inggeris & KMS

Apakah peranan mereka?


◆ menggesa kerajaan meningkatkan peluang pekerjaan dalam
pentadbiran British

Apakah kesannya?
◆ Bilangan orang Melayu dalam Malayan Civil Service (MCS)
bertambah daripada 7 orang(1930) kepada 20 orang(1937)

II) Dasar desentralisi

Apakah peranannya?
◆ mendorong orang Melayu lebih peka tentang masa depan mereka
◆ cuba mengembalikan kuasa sultan, residen & Majlis Mesyuarat Negeri
yang tercabar akibat pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
(NNMB)

Apakah kesannya ?
◆ orang Melayu mula menyuarakan kepentingan berpersatuan
◆ membincangkan soal politik sehingga tertubuhnya persatuan peringkat
negeri

III) Nasionalisme di China

Apakah peranannya?
◆ mendorong golongan revolusi memberikan perhatian terhadap
pendidikan masyarakat Cina di negara kita

Apakah peranan menubuhkan kelab bacaan dan pasukan drama?


◆ dapat membaca berita dari China
Apakah tujuan mendirikan banyak sekolah Cina didirikan di Tanah
Melayu?
◆ menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar
◆ menggantikan dialek lain seperti perkembangan yang berlaku di China

IV) Sekitar tahun 1930-an & 1950-an:- muncul masyarakat India


yang dilahirkan di Tanah
Melayu

Apakah panggilan gemar mereka?


◆ “the Strait born people”

Apakah peranan mereka?


◆ membentuk identiti tersendiri
◆ semakin mementingkan perpaduan
◆ mula melihat perkembangan politik di Tanah Melayu

V) Nasionalisme yang muncul:- British berhati-hati & bertindak


mengadakan beberapa sekatan

Apakah kesannya?
◆ tokoh seperti Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad & Ahmad
Boestamam ditangkap dan dipenjarakan di Singapura(1941)
◆ dibebaskan oleh Jepun (1942)

EKONOMI:-

I) Gesaan Kaum Muda

Apakah tujuannya?
◆ memajukan diri dalam pendidikan & ekonomi
◆ membangkitkan semangat berniaga dalam kalangan masyarakat
Melayu

Apakah kesannya?
◆ tubuh persatuan kebajikan bernama al-Jamiah al-Khairiah di
Singapura
◆ tujuan:- membangkitkan semangat berniaga
- menulis rencana berinformasi tentang kepentingan kemajuan
II) Awal abad ke-20

Apakah kesan apabila British lebih menekankan pendidikan pada


peringkat rendah kepada penduduk tempatan?
◆ menyukarkan usaha untuk meningkatkan taraf hidup

Apakah peranan Za‘ba sebagai tokoh nasionalis ?


◆ menyedarkan guru pelatih akan pentingnya pendidikan tinggi &
kurikulum bahasa Inggeris

III) Akhbar berbahasa Inggeis:- The Malay Mail


- The Malaya Tribune

Apakah tujuannya?
◆ mengasaskan dana bagi membantu orang Melayu melanjutkan
pelajaran di luar negara

Siapakah yang menyokong usaha tersebut?


◆ Persekutuan Guru-guru Melayu Selangor dan persatuan negeri

Siapakah yang melanjutkan pelajaran ke luar negara?


◆ Tunku Abdul Rahman, Tunku Yaacob & Mohd Zain Ariffin

SOSIAL:-

I) Tuntutan untuk mendapatkan peluang pendidikan

Apakah medium yang digunakan ?


◆ melalui akhbar, majalah dan persatuan

Apakah kepentingan medium tersebut?


◆ mewujudkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat untuk
belajar di madrasah dan sekolah Melayu

II) Lepasan SITC

Apakah peranan mereka?


◆ berkhimat sebagai guru untuk membantu meningkatkan taraf
pendidikan masyarakat
◆ Kemunculan lebih ramai guru wanita
Apakah peranan guru wanita?
◆ menerbitkan majalah Bulan Melayu
◆ fungsi:- untuk memuatkan berita kemajuan dan pendidikan wanita
◆ tersebar di serata Tanah Melayu dan Indonesia

Siapakah penggerak utama Bulan Melayu?


◆ Ibu Zain
◆ peranan:- kerap mengingatkan wanita berkaitan dengan kepentingan
ilmu pengetahuan untuk mengangkat martabat wanita

III) Masyarakat India & Ceylon menubuhkan persatuan

Apakah contoh persatuan?


◆ E.E.C. Thuraisingham selaku Presiden Malayan Rubber Estate Owner
Association
◆ peranan:- berjaya membantu meningkatkan perusahaan getah

IV) Perang Dunia Kedua

Apakah peranan masyarakat Cina?


◆ meminta kerajaan British menimbangkan penglibatan mereka dalam
jawatankuasa kerajaan

Apakah peranan Tan Cheng Lock?


◆ menganggotai Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat (SSLC)

Apakah kesannya?
◆ menuntut British menjaga kebajikan
◆ menyediakan dana untuk belajar dalam kalangan masyarakat Cina

FROM :
@iamyuvasriramu (INSTAGRAM)

You might also like