Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

AKTIVITI HARIAN MURID ORIENTASI PEMBUKAAN SEKOLAH 2024/2025

SEKOLAH KEBANGSAAN STOH

TARIKH : 11 MAC 2024 HARI : ISNIN

LDK 1 : KENALI KAWAN


Masa : 9:00 – 10:00
Aktiviti 1: Telefon Rosak (30 minit)
Objektif Sesi pengenalan dan komunikasi
Aktiviti  Di dalam kumpulan, setiap ahli perlu meyampaikan pesanan yang dibisikkan kepada
ahli yang selepas mereka dan seterusnya tanpa ada kesilapan.
 Pada hujung permaianan, pesanan yang diterima oleh ahli yang terakhir daripada
kumpulan tersebuat akan didengarkan dan dibandingkan.

JIJAH JALAN-JALAN, JIJAH JUMPA JEPUN, JIJAH JERIT JEPUN JAHAT, JEPUN
JAHAT! JIJAH JATUH. RUPA-RUPANYA JIJAH JATUH DARI KATIL.

Aktiviti 2 : Conteng-Conteng (30 minit)


Objektif Memupuk semangat berkumpulan di samping mewujudkan rasa seronok ahli-ahli dlam
kumpulan.
Aktiviti  Lipatkan kertas A4 kepada 4 bahagian. Edarkan kertas tersebut dalam kumpulan.
Semua ahli kumpulan bergilir-gilir untuk melukis dan menambahkan lukisan itu
bermula dari atas hingga ke bawah. Bahagian pertama adalah kepala, bahagian kedua
dan ketiga adalah badan dan bahagian keempat adalah kaki.
 Setelah satu bahagian dilukis, bahagian kertas yang dilukis itu dilipatkan dan
disembunyikan dan keretas tersebut diberikan kepada orang seterusnya untuk
menyambung bentuk pada bahagian berikutnya.
 Pada akhir permainan. Kertas dibentangkan untuk menunjukkan makhluk apa yang
telah dilukis oleh orang yang berbeza.
Refleksi

LDK 2 : TERBANG TINGGI


Masa : 10:20 – 11:20
Aktiviti 1: Kapal Terbang Kertas (30 minit)
Objektif Mengenal matlamat dan membina keyakinan diri.
Menghargai dan menghormati orang lain.
Aktiviti  Murid diberikan kertas A4. Murid dibimbing untuk membuat origami kapal terbang
kertas.
 Murid menulis nama dan impian pada kapal terbang kertas tersebut. Murid
menerbangkan kapal terbang kertas tersebut ke garisan yang telah ditetapkan.
 Murid bergerak membentuk kumpulan mengikut keputusan jarak lontaran.
 Murid diminta memberi sebab kenapa kapal terbang kertas yang dilontarkan
mencapai atau tidak mencapai sasaran. (Aspek sains dan rekacipta)

Aktiviti 2 : Permainan Nama (30 minit)


Objektif Memupuk semangat berkumpulan di samping mewujudkan rasa seronok ahli-ahli dlam
kumpulan.
Aktiviti  Dalam kumpulan, mereka perlu membina satu ayat yang lengkap dan munasabah
menggunakan setiap abjad yang ada pada nama setiap ahli. Setiap abjad tesebut
mesti digunakan tetapi hanya digunakan sekali sahaja.
AKTIVITI HARIAN MURID ORIENTASI PEMBUKAAN SEKOLAH 2024/2025
SEKOLAH KEBANGSAAN STOH

Ammer : A- aku Irwina I - insan


Refleksi

LDK 3 : MY EMOJI
Masa : 11:20 – 12:20
Aktiviti 1: My Emoji
Objektif Membina kesejahteraan yang positif
Menghargai diri dan menghormati orang lain.
Aktiviti  Murid dipaparkan dengan emoji diri dan penerangan berkaitan setiap emoji.
 Murid melakar dan mewarna emoji diri yang dirasakan dengan diri murid pada kertas
A4 yang diberikan.
 Murid perlu menerangkan emoji yang dilukis kepada ahli kumpulan.
 Murid bergerak membentuk kumpulan mengikut emoji yang dipilih (sedih,/ gembira /
marah / suka)
 Setiap kumpulan berkongsi perasaan berkaitan emoji yang dipilih dan senaraikan isu
yang dikemukakakn oleh setiap kelompok.
 Guru berperanans ebagai fasilitator dalam membimbing murid menjalankan aktiviti ini.

Refleksi

LDK 4 : SERLAHKAN BAKATMU


Masa : 12:20 – 1:20
Aktiviti 1: Nyayian (60 minit)
Objektif Mengenal matlamat dan membina keyakinan diri.
Mengasah kreativiti dan bakat murid.
Aktiviti  Setiap kumpulan diberi pilihan untuk memilih secara bebas sebuah lagu.
 Latihan nyanyian 15 minit.
 Setiap kumpulan mempersembahkan nanyian mereka.

Refleksi
AKTIVITI HARIAN MURID ORIENTASI PEMBUKAAN SEKOLAH 2024/2025
SEKOLAH KEBANGSAAN STOH

TARIKH : 12 MAC 2023 HARI : SELASA

LDK 5 : SENAM SIHAT DAN PERMAINAN RAKYAT


Masa : 7:30 – 9:00
Aktiviti 1: Senam Sihat (30 minit)
Objektif Meningkatkan kecergasan fizikal murid.
Meningkatkan tenaga untuk melakukan aktiviti harian.
Aktiviti  Berlari keliling padang.
 Warming up
 Senamrobik
 Cooling down

Aktiviti 2 : Permainan Rakyat (60 minit)


Objektif Memupuk semangat berkumpulan di samping mewujudkan rasa seronok ahli-ahli dlam
kumpulan.
Aktiviti  Permainan Congkak
Dua pemain dengan strategi masing-masing, akan memasukkan buah ke dalam rumah
yang diisi dengan buah congkak.
Kedua-dua pemain serentak memasukkan buah ke dalam rumah sendiri mengikut
putaran jam sehingga dianggap “mati” sekiranya berhenti di “kampung” yang kosong.

 Pukul Berapa Datuk Harimau


Pemain yang bergelar datu harimau akan berdiri di hadapan manakala para pemain
yang lain mengikutinya dari belakang sambal menanyakan pukul berapa datuk
harimau.
Apabila datuk harimau mengatakan pukul 12 (masa membaham), semua pemain
harus lari ke tempat lain sebelum menjadi mangsa. Mangsa datuk harimau dilantik
menjadi datuk harimau pada pusingan seterusnya.

Refleksi

LDK 6 : Rekreasi Sains


Masa : 9:00 – 10:00
Aktiviti 1: Magical Blooming Flowers (30 minit)
Objektif Meneroka aktiviti Sains dan memupuk minat murid dalam matapelajaran Sains.
Aktiviti Bahan : Template bunga, pensel warna, mangkuk kertas dan air.

Kaedah:
Warnakan template bunga.
Potong dan lipat kelopak ke arah tengah.
Letakkan kelopak pada permukaan air.
AKTIVITI HARIAN MURID ORIENTASI PEMBUKAAN SEKOLAH 2024/2025
SEKOLAH KEBANGSAAN STOH

Buat pemerhatian.

Aktiviti 2 : Floating Balloon


Objektif Meneroka aktiviti Sains dan memupuk minat murid dalam matapelajaran Sains.
Aktiviti Bahan : Kertas lukisan, pita pelekat, Straw L-shape & bebola kertas.

Kaedah:
Potong dan warnakan template. Cantumkan template membentuk kon.
Potong sedikit bubu kon dab masukkan straw. Selotape bahagian bawah (pastikan tiada udara
terbebas).
Masukkan bebola kertas dan tiup, Buat pemerhatian.

Refleksi

LDK 7 : Rekreasi Bahasa


Masa : 11:20 – 12:20
Aktiviti 1: Padan dan Susun & Perminan Teka Teki (60 minit)
Objektif Meneroka aktiviti bahasa dan memupuk minat murid dalam matapelajaran Bahasa Melayu.
Aktiviti Bahan : Template Tarsia Antonim

Kaedah:
Murid mewatrnakan kepingan Tarsia.
Murid menggunting kepingan Tarsia.
Murid Menyusun kepingan tersebut dengan menghubungkan dua perkataan yang antonym
dengan bantuan guru.

Refleksi

LDK 8 : Rekreasi Matematik


Masa : 11:20 – 1:20
Aktiviti 1: Domino Matematik (30 minit)
Objektif Meneroka aktiviti Matematik dan memupuk minat murid dalam matapelajaran Matematik.
Aktiviti Bahan : Template Domino

Kaedah:
Murid menggunting kepingan domino.
Murid menyusun domino yang leibatkan operasi asas matematik mengikut gambar Domino
yang dipamerkan.

Aktiviti 2 : Tangram (30 minit)


Objektif Meneroka aktiviti Matematik dan memupuk minat murid dalam matapelajaran Matematik.
Aktiviti Bahan : Kepingan tangram.

Kaedah:
Murid diberikan kepingan tangram. Mruid diminta untuk membentuk objek dengan meyusun
AKTIVITI HARIAN MURID ORIENTASI PEMBUKAAN SEKOLAH 2024/2025
SEKOLAH KEBANGSAAN STOH

tangram tersebut.
Guru boleh menunjukkan seketika bentuk yang diinginkan kepada murid sebagai rujukan.

Refleksi

TARIKH : 13 MAC 2023 HARI : RABU

LDK9 : SENAM SIHAT


Masa : 7:30 – 8:30
Aktiviti 1: Senam Sihat (60 minit)
Objektif Meningkatkan kecergasan fizikal murid.
Meningkatkan tenaga untuk melakukan aktiviti harian.
Aktiviti  Berlari keliling padang.
 Warming up
 Senamrobik
 Cooling down

Refleksi

LDK 10 : KELAKU CERIA BERSAMA IBU BAPA


Masa : 8:30 – 11:20
Aktiviti 1: Keceriaan Kelas
Objektif Menceritakan pengalaman membersihkan dan menceriakan kelas.
Membina hubungan mesra antara guru, murid dan ibu bapa.
Aktiviti  Murid dikehendaki berada di dalam kelas masing-masing.
 Murid bersama guru dan ibu bapa membuat aktiviti keceriaan kelas.

Refleksi

LDK 11 : SURAT UNTUKMU


Masa : 11:20 – 12:20
Aktiviti 1:
Objektif Menerapkan nilai kasih sayang dalam kalangan murid.
Memupuk sikap hormat-menghormati.
Aktiviti  Murid menulis surat impian kepada insan yang tersayang (ibu/bapa/penjaga)
 Guru akan memilih surat untuk dibaca di hadapan semua.
Refleksi
AKTIVITI HARIAN MURID ORIENTASI PEMBUKAAN SEKOLAH 2024/2025
SEKOLAH KEBANGSAAN STOH

TARIKH : 14 MAC 2023 HARI : KHAMIS

LDK 12 : SENAM SIHAT


Masa : 7:30 – 8:30
Aktiviti 1: Senam Sihat (60 minit)
Objektif Meningkatkan kecergasan fizikal murid.
Meningkatkan tenaga untuk melakukan aktiviti harian.
Aktiviti  Berlari keliling padang.
 Warming up
 Senamrobik
 Cooling down

Refleksi

LDK 13 : AYUH SEPASUKAN!!


Masa : 8:30 – 10:00
Aktiviti 1: Tarikan Kasih
Objektif Membina keyakinan diri dalam membantu rakan sepasukan.
Mengukuhkan hubungan yang erat dalam kalangan ahli kumpulan.
Aktiviti  Setiap kumpulan akan dibekan cawan kertas yang berisi air. Setiap ahli dalam
kumpulan juga akan menerima seutas tali.Setiap peserta dikehendaki
mengikatkan tali masing-masing pada cawan tersebut.
 Setiap kumpulan dikehendaki bergerak dari garisan permulaan hingga ke
garisan penamat sambil membawa cawan yang berisi air tersebut di mana
setiap peserta akan menarik hujung tali masing-masing.Permainan akan dinilai
berdasarkan isipadu air yang masih terdapat di dalam cawan tersebut.

Aktiviti 2: Gelung Berapi

Aktiviti  Setiap kumpulan membentuk satu bulatan. Seorang peserta dalam setiap kumpulan
dipilih di kalangan ahli-ahli. Peserta yang terpilih berdiri di tengah bulatan.
 Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan gelung, tali, kain, bola dan bakul.
 Fasilitator dengan bantuan peserta akan mengikat gelung tersebut dengan tali.
kemudian, akan meletakan beberapa biji bola di sekitar bahagian tengah bulatan
tersebut. peserta yang berada di tengah bulatan akan ditutup matanya dan
dikehendaki untuk berada dalam gelung tersebut.
 Peserta lain yang berada dalam bulatan memegang tali-tali tersebut dan
AKTIVITI HARIAN MURID ORIENTASI PEMBUKAAN SEKOLAH 2024/2025
SEKOLAH KEBANGSAAN STOH

memberikan arahan mudah kepada peserta yang berada di dalam gelung


tersebut untuk mengutip bola yang berada di sekeliling mereka.
(Contoh arahan: Depan, Belakang, Kiri, Kanan, Tunduk, Kutip) dan lain-laian
arahan yang difikirkan sesuai.
 Semasa permainan, badan peserta yang berada pada bahagian tengah gelung
TIDAK BOLEH bersentih dengan gelung tersebut.
 Peserta yang berada pada bahagian tengah gelung akan mengutip bola dan
meletakannya ke dalam bakul yang disediakan.
 Permainan berhenti apabila wisel penamat ditiupkan.

Refleksi

TARIKH : 24 MAC 2023 HARI : JUMAAT

LDK14 : PROGRAM INSANIAH


Masa : 7:30 – 8:00
Aktiviti 1: Bacaan Surah Yassin
Objektif Meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dalam kalangan murid.
Aktiviti  Bacaan surah Yassin beramai-ramai

Aktiviti 2 : Ihya Ramadhan


Aktiviti  Usrah tentang kebaikan bulan Ramadhan oleh guru Pendidikan Islam
 Murid melakukan aktiviti yang berkaitan dengan program Ihya Ramadhan.

Refleksi

LDK15 : REAKRASI BAHASA


Masa : 9:00 – 10:00
Aktiviti 1: Permainan Simon Says
Objektif Memupuk minat murid dalam mempelajari Bahasa Inggeris.
Aktiviti  Aktiviti Simon Says
 Permainan bahasa yang menekankan elemen pendengaran dan bertutur. Muid
membuat gaya berdasarkan keterangan yang diberikan oleh guru

Aktiviti 2 : Refleksi
Aktiviti  Murid membuat refleksi sepanjang aktiviti Program Pembukaan Sekolah yang telah
dijalankan.
AKTIVITI HARIAN MURID ORIENTASI PEMBUKAAN SEKOLAH 2024/2025
SEKOLAH KEBANGSAAN STOH

 Murid menulis catatan ringkas tentang pengalaman mereka dan di baca di hadapan
murid yang lain.

Refleksi

PENANGGUHAN PROGRAM PEMBUKAAN SEKOLAH


Masa : 10:20 – 11:20

You might also like