Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

HSM 320 SEJARAH GUNAAN DAN KAJIAN TEMPATAN

SEMESTER II 2023/2024

Soalan 1: Berdasarkan survei terhadap projek-projek lisan yang dijalankan di Malaysia,


hasilkan satu penulisan yang kritis tentang sumbangan projek-projek tersebut kepada
bidang sejarah di negara ini.

NAMA AHLI NO. NO. KAD EMEL NO.


KUMPULAN MATRIK PENGENALAN TELEFON
BIMBIT
SITI NURSAZWANI BINTI 159606 990423-03-5738 sazwaniezawawi@ 0179349573
WAWAI @ ZAWAWI
student.usm.my

MOHD NAZIM AIMAN 157275 010827-13-0241 nazim157275@stu 01133130844


BIN SHAMSUL
dent.usm.my

KUMPULAN 4:
TUTORIAL KHAMIS (3:00-4:00 PTG)

DISEDIAKAN UNTUK:

PROFESOR DATIN DR MAHANI AWANG @ MUSA

TARIKH PENGHANTARAN:
28 APRIL 2024
1.0 Pengenalan

Survey yang dilaksanakan merangkumi penelitian berkenaan perkembangan kaedah

sejarah lisan di Malaysia dalam membangunkan semula ilmu sejarah lisan tersebut. Sejarah lisan

boleh didefinisikan sebagai suatu kaedah pertanyaan untuk mendapatkan maklumat-maklumat

lanjut kepada sejarah bertulis. Keterangan yang diperolehi daripada kaedah sejarah lisan atau

temu ramah bersama-sama dengan responden yang disoal, baik sebagai saksi mata, pendengar,

pemegang tradisi atau seseorang yang mengetahui perihal sesuatu peristiwa mahupun kejadian.

Kekeliruan kadangkala wujud kepada seseorang yang kurang teliti mengenai definisi sebenar dan

lantas mengatakan bahawa sejarah lisan serta tradisi lisan itu kelihatan lebih kurang sama, atau

mengatakan bahawa kaedah mendapatkan keterangan sejarah bagi penulisan tesis atau buku itu

adalah sejarah lisan. Sejarah lisan sebenarnya bukanlah tradisi lisan dan seseorang yang

menjalankan kaedah temubual untuk mendapatkan sumber-sumber penulisan tesis atau buku,

bukan merupakan pakar sejarah lisan.1 Sesetengah pengkaji mengalami masalah untuk

mengenalpasti apakah sebenarnya definisi yang tepat untuk kaedah sejarah lisan, dan ia

membawa pengertian bahawa sesuatu keterangan itu haruslah berkait rapat dengan sejarah dan

perlu dalam bentuk lisan. Asalnya, sejarah lisan amat baharu dalam perkembangannya. Konsep

sejarah lisan ini telah dimulakan oleh seorang sejarawan dari University Columbia bernama

Allen Nevins. Beliau pada ketika itu telah menjalankan usaha untuk merekodkan sumber-sumber

sejarah melalui kaedah temubual. Dalam usahanya, beliau telah mengadakan sebuah rancangan,

yang mana warga Amerika yang dipercayai mempunyai daya ingatan dan memori yang bernilai

kepada sejarah telah ditemubual secara sistematik. Atas usaha Allen Nevins dalam menemubual

warga Amerika, hasil dapatan beliau telah dijadikan sebagai bahan kajian dan diselidik sehingga

1
Azemi Abdul Aziz, "The Archival Approach to Oral History," Seminar on Preservation and
Dissemination of Oral History as National Heritage, 7-9 April 2005, halaman 45-47.

1
menyebabkan beliau berjaya mencipta sejarah lisan. Oleh itu, teknik sejarah lisan ini telah

digunakan dengan luasnya sebagai salah satu untuk penyelidikan sejarah dalam pelbagai bidang,

iaitu politik, ketenteraan, sains, ekonomi, perubatan, penerbangan, perindustrian, buruh dan

lain-lain lagi.2

2.0 Latar Belakang Projek

2.1 Batu Uban, Tajong dan Bagan pengkisahan Lisan

Sebuah buku hasil daripada sunting Ahmad Murad Merican merupakan satu siri

berkenaan sejarah Pinang. Pengkisahannya berlatar belakangkan kisah lisan yang disuarakan

oleh sembilan orang nara sumber dibawah projek Siri Syarahan CenPRIS-Dato’ Jenaton di

Universiti Sains Malaysia (USM)3. Buku ini merangkumi sepuluh bab yang meriwayatkan kisah

berkenaan pembinaan petempatan masyarakat di Pulau Pinang yang meliputi kawasan Batu

Uban, Balik Pulau, Air Itam, Tanjong dan Bagan kira-kira sejak awal abad ke-18. Penulisan

bab-bab dalam buku amatlah menarik. Hal ini kerana, Sumber maklumat bagi pengkisahan ini

melibatkan sumber lisan dan bertulis iaitu dokumen salasilah, serta cerita yang disampaikan oleh

beberapa orang ahli keturunannya dan mereka yang pernah membuat penelitian berkenaan tokoh

yang terlibat dalam pembukaan Pulau Pinang. Contohnya, Pengkisahan lisan daripada Dato’

Jenaton yang merupakan seorang tokoh peneroka awal Pulau Pinang dengan tajuk “Dato’

Jenaton dari Minangkabau: Peneroka Awal Pulau Pinang”. Gabungan sumber lisan dan bertulis

menyerlahkan lagi sejarah tersebut. Rentetan daripada projek lisan dan pembukuan sejarah lisan

dapat membawa sejarah ke peringkat yang lebih meluas dan difahami oleh para pengkaji sejarah

2
Siti Roudhah et.al, 'Penukilan Ilmu Baharu Melalui Sejarah Lisan," Jurnal PPM (Persatuan
Perpustakawan Malaysia), Vol. 6, 2012,63-76.
3
Ahmad Murad Merican, Batu Uban, Tanjong Dan Bagan: Pengkisahan Lisan (Pulau Pinang,
Malaysia: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2020). Halaman 12.

2
dan masyarakat terutamanya berkaitan sejarah Pulau Pinang. Sejarah lisan juga tidak tertumpu

pada satu bidang sahaja. Hal ini kerana, pelbagai jenis bidang boleh diterokai melalui kaedah

sejarah lisan seperti bidang politik, ekonomi, sosial malah bidang budaya4.

2.2 Manufacturing berdasarkan buku “The Japanese Occupation of Malaya”.

The Japanese occupation of Malaya merupakan buku yang ditulis oleh Paul H. Kratoska.

Karya tersebut adalah hasil daripada pengumpulan tulisan dari para pelajar sepanjang beliau

menjadi pensyarah dalam bidang Sejarah sosial ekonomi di Universiti Sains Malaysia. Yang

menariknya adalah penulisan yang dihasilkan adalah melibatkan beberapa jenis kaedah

terutamanya kaedah temubual. Penulisan buku ini turut melibatkan sarjana sejarah yang hebat

seperti Cheah Boon Kheng and Abu Talib Ahmad. Sumber yang digunakan juga melibatkan

sumber bertulis dan sumber lisan. Hal ini telah memperlihatkan kepentingan sejarah lisan yang

sebelum ini belum mendapat tempat dalam kalangan para sejarawan dalam membuat

penyelidikan sejarah. Hasilnya telah menjadikan sejarah lebih difahami dan ditelusuri oleh minda

pembaca dan membuka mata sejarawan yang terhad kepada aliran Ranke bagi mengkaji suatu

pensejarahan.

Manufacturing atau sektor pembuatan merupakan salah satu bab dari buku Kratoska

dalam bahagian ekonomi yang menceritakan industri pembuatan yang berlaku semasa

pendudukan Jepun. Dimana besi dan timah di Tanah Melayu tidak dapat memenuhi keperluan

dalam peleburan kerana ketidaksesuaian bijih besi dan ketiadaan industri keluli5. Keperluan

4
Mohamed Ali Haniffa, Keterangan Lisan Sebagai Sumber Historiografi:Penelitian Awal dalam
Kepelbagaiaan Budaya Masyarakat di Malaysia, 2019. Halaman 250.
5
The Japanese occupation of Malaya. (London: C. Hurst & Co.). Hlm 174Paul H.
Kratoska, The Japanese Occupation of Malaya: A Social and Economic History (St Leonards,
N.S.W.: Allen & Unwin, 1998). Halaman 174.

3
industri pembuataan diperlukan kerana Jepun tidak dapat membekalkan barangan perkilangan ke

Asia Tenggara semasa perang6. Oleh itu, mereka mahu mengalakkan pembangunan perindustrian

di Tanah Melayu bagi memenuhi keperluan tempatan. Maka, industri pembuatan di Tanah

Melayu melibatkan beberapa buah negeri seperti kapur dari kuala Lumpur, serta melibatkan

negara lain seperti jawa dan Singapura.

Hasil dari pengkajian yang dibuat, Zainuddin menyatakan bahawa terdapat peningkatan

ketara dalam industri semasa pendudukan Jepun. Dimana penduduk menghasilkan tikar, minyak

kelapa, gula, sabun dan produk lain untuk kegunaan peribadi dan untuk dijual7. Hasil temubual

turut mendapat komen dari Raja Ayoub berkenaan sikap Jepun yang berahsia dalam

menguruskan perindustrian mereka agar tidak diketahui oleh orang tempatan. Disamping itu,

golongan wanita tidak ketinggalan dalam melibatkan diri mereka dalam sektor perindustrian ini.

Hal ini telah merancakkan lagi ekonomi ketika itu.

2.3 Konflik kaum selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu

Kajian berkenaan artikel tulisan Mohamed Ali Bin Haniffa menggunakan kaedah sejarah

lisan dalam memberikan gambaran awal terhadap punca tercetusnya konflik perkauman di Tanah

Melayu. Pada masa yang sama, kaedah penyelidikan keperpustakaan serta penelitian ke atas

dokumen arkib turut dilaksanakan. Negara kita sebenarnya telah mengalami banyak rentetan

sejarah bermula dari zaman pemerintahan tentera Jepun, komunis, British, berlakunya darurat

dan akhirnya mencapai kemerdekaan. Penggunaan sumber lisan dalam penulisan fakta sejarah

merupakan suatu pendekatan yang masih baharu di Malaysia. Masih banyak lagi aspek

berkenaan kezaliman komunis dan kemandirian orang Melayu yang masih belum diteliti

6
Ibid.Ibid.
7
Ibid. Halaman179

4
berdasarkan kepada sumber lisan. Hal ini dikatakan demikian kerana sumber sejarah lisan

mampu digunakan dengan sebaik mungkin untuk merungkai keadaan yang berlaku pada sesuatu

zaman tersebut dengan lebih mendalam lagi. Kajian ini menggabungkan dua kaedah

penyelidikan yang berbeza, iaitu menggunakan kaedah temubual dan rekod-rekod bertulis.

Dengan menggunakan kaedah ini, penyelidik bukan sahaja dapat menjaga kredibiliti sumber

keterangan lisan yang bakal digunakan malah dapat menyumbang kepada usaha menyelamatkan

sumber sejarah tersebut daripada hilang. Hasil daripada temubual antara Tuan Haji Abas, Abdul

Latep bin Abdullah dan juga Ahmad bersama-sama dengan penulis mengatakan bahawa

berlakunya ketegangan hubungan di antara orang Melayu dan Cina berikutan pendudukan Jepun

di Tanah Melayu.8 Polarisasi perkauman menyebabkan timbulnya prasangka di antara orang

Melayu dan Cina. fahaman komunis yang tidak mempercayai Tuhan menyebabkan orang

Melayu beralih arah dan tidak mahu terpengaruh dengan propaganda komunis. Kezaliman

Bintang Tiga yang mengambil alih pemerintahan sementara selama 14 hari telah menjadi faktor

kepada meletusnya konflik perkauman selepas pendudukan Jepun. Berdasarkan temubual

bersama-sama dengan Tuan Haji Hassan Basri Bin Haji Shariff, kekacauan dan pembunuhan ke

atas orang Melayu oleh komunis terus berlarutan hampir di serata lokasi Tanah Melayu. Pada 19

September 1945, berlaku pembunuhan ke atas orang Melayu di Kota Bharu, selain itu, terdapat

juga kejadian di Sitiawan, iaitu seramai tujuh orang Cina terbunuh, dua cedera parah dan

beberapa buah rumah terbakar. Konflik perkauman antara Melayu dan Cina berlanjutan sehingga

tahun 1950. Terdapat banyak kejadian yang melibatkan pembunuhan dan serangan yang

8
Mohamed Ali Haniffa, Keterangan Lisan Sebagai Sumber Historiografi, Dewan Budaya,
Januari 2017, halaman 248-250.

5
melibatkan individu serta di kawasan kampung sehingga Britsih terpaksa menubuhkan

Jawatankuasa Keharmonian Kaum bagi menangani konflik perkauman daripada terus merebak.9

2.4 Penulisan berkenaan kegiatan pekerjaan di lebuh Chulia

Penulisan sejarah tempatan yang didasari oleh kaedah sejarah lisan dapat diperlihatkan

menerusi kajian berkenaan penceritaan kisah lebuh Chulia yang diadaptasikan sebagai sebuah

sumber sejarah lisan yang relevan untuk digunakan sebagai dokumen sejarah oleh para sarjana

tempatan. Hal ini dikatakan demikian kerana kisah-kisah Lebuh Chulia telah berjaya

didokumentasikan sebagai sebuah sumber sejarah lisan yang sebenarnya boleh memberikan

manfaat yang meluas kepada para pengkaji sejarah lisan. Antara contoh kisah yang dapat kita

tampilkan adalah berkenaan dengan sektor pekerjaan di Lebuh Chulia. Kisah responden yang

ditemu ramah bermula dengan latar belakang beliau dan keluarganya. Beliau juga turut

menceritakan tentang bagaimana cara beliau datang dan memulakan kehidupan beliau di Pulau

Pinang.10 Responden turut menceritakan tentang gambaran mengenai suasana dan aktiviti

perniagaan di Lebuh Chulia pada zaman dahulu. Suasana kehidupan beliau dan keluarganya di

sebuah rumah kedai yang mana beliau juga merupakan seorang perniaga di Lebuh Chulia.

Kegiatan ekonomi di sekitar Lebuh Chulia, iaitu pada ketika para pelanggan mengunjungi Lebuh

Chulia, berlakunya peristiwa jualan murah dan tawaran secara besar-besaran di Lebuh Chulia

sekitar tahun 1962. Suasana Lebuh Chulia ketika musim perayaan turut digambarkan oleh beliau

dengan sangat terperinci dengan mengimbau kembali memori yang dimiliki oleh beliau sebagai

seorang warga Lebuh Chulia dan juga seorang responden. Pada masa yang sama, wujudnya juga

pergaduhan akibat daripada gejala perjudian. Berlakunya jualan murah pada tahun 1962, dan
9
Comber, L. (1983), A Historical Survey of Sino-Malay Relations, Kuala Lumpur. Heinemann,
13 Mei 1969, halaman 120-122.
10
Rahilah Omar dan Siti Fathihah Al, Penilaian Semula Historiografi Malaysia, Melalui Sejarah
Lisan. Geografia: Malaysia Journal of Society and Space, Volume 8, Issue 2, 2012, halaman
77-87.

6
pengangkutan yang digunakan oleh para perniaga di sekitar Lebuh Chulia untuk mengangkat dan

memunggah barangan dagangan mereka serta pengangkutan awam yang terdapat di Lebuh

Chulia pada zaman dahulu.11

3.0 Sumbangan Projek kepada bidang sejarah

3.1 Sumbangan Batu Uban, Tajong dan Bagan pengkisahan Lisan

Umum diketahui bahawa kepentingan sejarah lisan adalah dapat mengisi lompang atau

kelompongan sejarah. Oleh itu, editor atau penulis makalah ini turut mengusahakan perkara yang

sama dimana dengan penghasilan buku ini bersama dengan nara sumber yang dinyatakan maka

ia memberi sumbangan dalam menjelaskan lagi perihal sejarah awal Pulau Pinang. Yang mana

menurut penulis bahwa sejarah negeri tersebut telah dipesongkan dari sejarah awal

pembukaannya mengikut ideologi dari sumber kolonial12. Sejarah pembukaan kawasan di daerah

Pulau Pinang yang pada awalnya dibuka sendiri oleh masyarakat disitu sama ada mereka berasal

dari negeri lain dan sebagainya. Mereka ini tidak mendapat nama dan tempat dalam penulisan

Sejarah sebelum ini. Hal ini kerana tumpuan pengkajian Sejarah yang menjadikan sumber

kolonial sebagai sumber utama dan dokumen-dokumen kerajaan. Oleh itu, kebenaran sejarah

sebenar berkenaan siapa yang membuka kawasan tersebut sebelum Francis Light tidak dikaji

dengan sebenar. Contohnya di dalam penulisan buku ini, mendapati bahawa kawasan seperti

Batu Uban, Balik Pulau, Air Itam, Tanjong dan Bagan awalnya dibuka oleh tokoh-tokoh seperti

Dato’ Jenaton, Haji Muhammad.

11
Nadzan Haron, Suatu pandangan awal terhadap sejarah lisan dalam konteks pengkajian sejarah
Malaysia. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, Volume 9, 1979,
Halaman 44-58.
12
Ahmad Murad Merican, Batu Uban, Tanjong Dan Bagan: Pengkisahan Lisan. Halaman 4.

7
Selain itu, penulisan pengkisahan lisan ini turut menyumbang dalam sejarah sosial. Hal

ini demikian kerana, berdasarkan pengkajian yang dibuat oleh penulis didapati bahawa

masyarakat Bagan khususnya Kampung jawa pernah melewati suasana yang harmoni di dalam

masyarakatnya. Dimana kawasan ini dahulunya hidup dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan,

sosial, keagamaan dan hiburan. Manakala menurut anak kepada jurutera kilang STC yang

bernama Willi Boehm kira-kira 60 tahun yang lalu tentang wujudnya kilang peleburan bijih

timah STC sejak 128 tahun di Jalan Pantai13. Oleh itu, Jalan Pantai pernah melewati suasana

yang harmoni dengan kepelbagaian ragam manusia yang berbeza mengikut zaman. Oleh itu,

dengan adanya pengkajian sejarah lisan suatu peristiwa sejarah itu dapat mewujudkan emosi

yang berbeza dengan apa yang terlahir dari tulisan. Suatu pencapaian yang bagus sekiranya para

pengkaji dapat membawa kembali memori-memori silam tersebut dan dipertonton kepada

masyarakat kita pada hari ini. Dimana pada suatu ketika dulu wujudnya keharmonian dalam

masyarakat di negara kita yang berbilang bangsa.

3.2 Sumbangan sejarah lisan manufacturing berdasarkan buku “The Japanese Occupation

of Malaya”.

Sejarah pendudukan Jepun di Tanah Melayu mendapat tempat di hati para sejarawan.

Walau bagaimanapun, tumpuan para pengkaji dalam memperoleh sumber adalah berdasarkan

sumber bertulis semata-mata. Amat jarang dalam kalangan mereka yang melibatkan sejarah lisan

dalam merumus atau menilai perjalanan sejarah pendudukan Jepun tersebut. Hal ini demikian,

mungkin disebabkan oleh beberapa kekangan seperti ketidakpastian akan kesahihan sumber lisan

yang bakal diperolehi. Namun, didalam proses pentaksiran dan proses pengumpulan maklumat

dalam sejarah lisan diberi penekanan yang begitu baik agar hasil yang bakal diperoleh

13
Ahmad Murad Merican, Batu Uban, Tanjong Dan Bagan: Pengkisahan Lisan. Halaman 82.

8
mempunyai kualiti dan sahih. Berdasarkan bab pembuatan dalam bahagian ekonomi di dalam

buku Krastoka, kita dapat melihat gambaran yang lebih jelas peristiwa yang berlaku dalam

bidang perindustrian sepanjang pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Dimana, pada ketika Jepun

berada dalam tempoh perang keadaan Perindustrian di Tanah Melayu masih lagi berjalan

walaupun bahan dan sumber yang biasanya dibawa dari Negara asal tidak dapat disalurkan

rentetan perang yang berlaku14. Di samping itu, berdasarkan temubual yang dijalankan pengkaji

mendapati bahawa kepelbagaian wujud dalam bidang pembuatan yang melibatkan masyarakat

tempatan bagi memenuhi keperluan dan menggalakkan pembangunan ekonomi dan perindustrian

di Tanah Melayu. Peningkatan dalam bidang perindustrian dapat dilihat setelah pendudukan

mula menghasilkan produk untuk perniagaan dan keperluan peribadi. Tidak ketinggalan juga

golongan wanita yang turut terlibat dalam merancakkan lagi perindustrian yang berlaku ketika

itu. Mereka membuat produk sendiri menjual serta membeli. Kebanyakkan proses pembuatan

melibatkan teknik tradisional. Hal ini memberi impak positif terhadap pengkajian sejarah

sosioekonomi masyarakat Tanah Melayu sepanjang pendudukan Jepun terutamanya melibatkan

golongan wanita.

3.3 Sumbangan sejarah lisan Lebuh Chulia kepada kajian sejarah tempatan

Kisah Lebuh Chulia yang didokumentasikan kepada sejarah lisan telah berjaya membuka

pada para pengkaji kaedah sejarah lisan yang pada awalnya hanya bergantung harap para

sejarah-sejarah negeri melalui dokumen. Kisah Lebuh Chulia pada awalnya merangkumi

berbagai-bagai cerita yang terlibat dalam pelbagai aspek kehidupan. Kajian berkenaan sejarah

lisan tempatan kemudiannya dapat digunapakai dan diaplikasikan sebagai sebuah sumber yang

penting kepada kajian sejarah yang lain, terutamanya kawasan sekitar Lebuh Chulia, dan dapat

Paul H. Kratoska, The Japanese Occupation of Malaya: A Social and Economic History .
14

Halaman 174.

9
juga memberikan gambaran yang jelas tentang bagaimana kehidupan masyarakat Pulau Pinang

pada zaman dahulu yang masih lagi dalam proses pembangunan terutamanya kepada warga asing

yang datang serta berhijrah ke Tanah Melayu. Kita juga dapat meneliti bahawa wujudnya

peluang pekerjaan yang sangat meluas kepada mana-mana golongan yang betul-betul berdedikasi

untuk menyara kehidupan mereka, baik individu tersebut orang tempatan mahupun orang luar.

Perkara sebeginilah yang sebenarnya berjaya membuka mata para sejarawan tentang aktiviti

pekerjaan masyarakat Lebuh Chulia pada zaman dahulu dan menjadi bukti bahawa Lebuh Chulia

pada suatu ketika dahulu merupakan tempat untuk masyarakat Pulau Pinang mencari rezeki demi

kelangsungan hidup. Oleh sebab itu, kajian sejarah lisan berkenaan projek sejarah lisan Lebuh

Chulia sebenarnya sangat memberikan manfaat kepada warga pengkaji kerana memberikan sudut

pandangan yang sangat berbeza apabila mengambil sumber-sumber alternatif seperti

menjalankan temu ramah dan mendengar tentang pengalaman-pengalaman peribadi responden.15

3.4 Sumbangan kajian sejarah lisan berkenaan konflik kaum selepas pendudukan Jepun

Kajian sejarah lisan berkenaan perbincangan konflik kaum selepas pendudukan Jepun

adalah kita sebagai seorang pembaca, pengkaji, dan khususnya kepada seorang sejarawan, dapat

mempelajari sejarah konflik kaum dari sudut pandang komuniti yang hidup pada zaman tersebut.

Hal ini dikatakan sangat penting kerana pengalaman-pengalaman yang dimiliki oleh responden

amat mustahak dan berkualiti untuk dijadikan sebagai sebuah sumber sejarah yang relevan untuk

digunakan. Dengan adanya memori, daya ingatan yang diperoleh daripada masyarakat yang

hidup pada zaman tersebut, kita dapat melihat bagaimana mereka boleh bertahan hidup, dengan

gaya penceritaan mereka yang sangat mendalam sehingga membuktikan bahawa kisah yang

Mohamed Ali Haniffa, Keterangan Lisan Sebagai Sumber Historiografi:Penelitian Awal dalam
15

Kepelbagaiaan Budaya Masyarakat di Malaysia, 2019, halaman 249.

10
diceritakan sebenarnya mempunyai makna tersendiri untuk diluahkan kepada para pengkaji.16

Penceritaan berkenaan konflik kaum selepas pendudukan Jepun melalui lisan pada asalnya

memberikan kita sebagai seorang pengkaji sejarah untuk lebih teliti tentang pemilihan

dokumen-dokumen sejarah tanpa mencari tahu perkara sebenar yang berlaku, terutamanya

melalui masyarakat setempat yang pernah melalui zaman tersebut. Permasalahan tentang

masalah kaum di Malaysia pada masa ini turut boleh mengambil pandangan tentang bagaimana

sesebuah konflik kaum tersebut boleh tercetus dan menghasilkan sebuah keadaan yang tidak

dapat dielakkan oleh lapisan masyarakat yang berbilang kaum di Tanah Melayu pada ketika itu.

Dengan adanya contoh yang dapat diikuti dan diterokai oleh semua lapisan masyarakat kerana

masyarakat kadang-kadang tidak begitu gemar meneliti dokumen-dokumen sejarah, kerana

mereka juga bukanlah pakar dalam kajian sejarah, oleh sebab itu, wujudnya kaedah sejarah lisan

untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat yang kurang memahami sejarah konflik

kaum dan peristiwa yang sebenarnya berlaku dalam konflik tersebut kerana kurangnya sumber

yang menceritakan tentang konflik kaum setelah pendudukan Jepun.17

16
Cheah B.K., “Sino Malay Conflicts in Malaya, 1945-1946: Communist Vendetta and Islamic
Resistance.” Journal of Southeast Asian History, Volume 12, No. 1. 1983, halaman 108-117.
17
Haniffa, M. A., & Azilah, A. N, Impak Penjajahan British Dan Jepun Terhadap Hubungan
Melayu-Cina Di Tanah Melayu. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. 4(2), 2017, halaman
94-106.

11
4.0 Kesimpulan

Sejarah lisan merupakan sebuah kaedah yang sangat penting dalam mendekatkan

masyarakat kepada sejarah dan warisan negara. Kaedah temu bual boleh digunakan untuk

mencungkil memori yang terkandung di dalamnya terdapat pengalaman manusia yang boleh

merapatkan hubungan pendidik dengan muridnya, dalam lingkungan kelas dan seterusnya

disebarkan kepada generasi yang akan datang. Pada dasarnya, tujuan menjalankan sejarah lisan

adalah untuk mendapatkan maklumat yang sahih daripada individu-individu terpilih yang

mempunyai pengalaman dan pernah mengalami sesuatu peristiwa pada zamannya dan juga

bertindak untuk merekod serta memelihara memori atau ingatan yang merupakan salah satu

daripada rekod-rekod sejarah yang semakin berkurangan dan semakin hilang ditelan zaman.

Sekiranya tiada usaha-usaha untuk pemuliharaan dilakukan, maka banyak sumber sejarah yang

dianggap sangat penting akan pupus. Kegunaan sumber lisan adalah amat penting kepada

generasi baru terutamanya generasi yang tidak melalui zaman peperangan, penjajahan dan

perjuangan dalam menuntut kemerdekaan. Usaha merakamkan dan merekod sumber-sumber

lisan sangat penting kerana dokumen sejarah akan terus kekal selama-selamanya tetapi mereka

yang mengalami peristiwa sejarah tidak akan kekal selama-lamanya.

12
5.0 Bibliografi

Ahmad Murad Merican, Batu Uban, Tanjong Dan Bagan: Pengkisahan Lisan. Pulau Pinang,
Malaysia: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2020.

Azemi Abdul Aziz, "The Archival Approach to Oral History," Seminar on Preservation and
Dissemination of Oral History as National Heritage, 7-9 April 2005.

Cheah B.K., “Sino Malay Conflicts in Malaya, 1945-1946: Communist Vendetta and Islamic
Resistance.” Journal of Southeast Asian History, Volume 12, No. 1. 1983.

Comber, L. (1983), A Historical Survey of Sino-Malay Relations, Kuala Lumpur. Heinemann, 13


Mei 1969.

Haniffa, M. A., & Azilah, A. N, Impak Penjajahan British Dan Jepun Terhadap Hubungan
Melayu-Cina Di Tanah Melayu. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. 4(2), 2017.

Kratoska, Paul H. The Japanese occupation of Malaya: A Social and Economic History. St
Leonards, N.S.W.: Allen & Unwin, 1998.

Mohamed Ali Haniffa, Keterangan Lisan Sebagai Sumber Historiografi, Dewan Budaya, Januari
2017.

Mohamed Ali Haniffa, Keterangan Lisan Sebagai Sumber Historiografi:Penelitian Awal dalam
Kepelbagaian Budaya Masyarakat di Malaysia, 2019.

Nadzan Haron, Suatu pandangan awal terhadap sejarah lisan dalam konteks pengkajian sejarah
Malaysia. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, Volume 9, 1979.

Rahilah Omar dan Siti Fathihah Al, Penilaian Semula Historiografi Malaysia, Melalui Sejarah
Lisan. Geografia: Malaysia Journal of Society and Space, Volume 8, Issue 2, 2012.

Rozeman Abu Hassan, Mengenali dan Mentafsir Sumber Sejarah. Shah Alam : Karisma
Production Sdn. Bhd, 2004.

Siti Roudhah et.al, 'Penukilan Ilmu Baharu Melalui Sejarah Lisan," Jurnal PPM (Persatuan
Perpustakawan Malaysia), Vol. 6, 2012.

13

You might also like