Hubungan Etnik Berkait Rapat Dengan Seluruh Struk

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi

pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta
sejauh mana struktur masyarakat bersifat kolonial. Hubungan etnik mencerminkan
perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara. Hubungan
etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah
masyarakat. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu prasangka dan
diskriminasi disesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam
menentukan tingkahlaku ahli masyarakat.
Hubungan etnik adalah salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan
manusia,kerana manusia itu dijadikan berbangsa-bangsa,berkaum-kaum dan berpuak-
puak. Realitinya,kehidupan manusia itu adalah dalam konteks kepelbagaian.
Masyarakat pelbagai etnik, budayadan agama merupakan ciri utama negara-negara di
dunia pada hari ini contohnya Malaysia.Hanya segelintir daripada 191 negara yang
bernaung di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bercirikan
masyarakat eka etnik atau etnik tunggal yang mendiamisesuatu Negara. Setiap rakyat
Malaysia juga berhadapan dengan realiti hubungan etnik ini,kerana di Negara kita
terdapat lebih kurang 200 suku kaum.Walaupun yang kelihatan nyataadalah tiga
komuniti etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India, tetapi pada hakikatnya
terdapatbanyak lagi kaum minoriti lain seperti Iban, Melanau dan Kadazan yang
mendiami di sabahdan Sarawak. Jesteru itu, isu-isu yang berlegar sekitar hubungan
etnik adalah penting untukdifahami demi membina kesejahteraan hidup bagi setiap
insan. Malaysia merupakan salah satunegara di dunia yang mashyur dengan
kepelbagaian masyarakat yang terdiri daripada pelbagaietnik dan budayanya yang
tersendiri. Kepelbagaian ini telah mencorakkan satu imej unik dankhusus yang
dijadikan suatu daya tarikan kepada Malaysia. Secara umumnya, sejakpembentukan
Malaysia, Malaysia telah mula mengadaptasikan isu perpaduan dalam segalaaspek.
Antara pendekatan yang diaplikasikan adalah dengan perlaksanaan
1MALAYSIAbertujuan untuk mengeratkan integrasi antara kaum. Bagi menghadapi
keadaan ini, seluruhrakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dan anutan agama,
perlu bertindak sebagai satubangsa, yakni Bangsa Malaysia, yang berfikir dan
bertindak ke arah mencapai matlamat yangsama iaitu membina sebuah negara yang
lebih maju, selamat, aman dan makmur serta mampubersaing dengan masyarakat lain
di dunia.Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam
menghadapipelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam
bidang sosial, ekonomidan politik, maka Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun
Razak memperkenalkan Konsep1Malaysia yang berpaksikan prinsip “Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Konsepini bertepatan dengan cita rasa rakyat
Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktubdalam Perlembagaan
Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Konsep 1Malaysiabertujuan
memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara in

You might also like