Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 144

MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3

TAHUN 2018

SOALAN 1 JELASKAN HIERARKI PEMBESAR PADA ABAD KE-19


PENDAHULUAN  Golongan pembesar merupakan golongan yang menduduki
lapisan selepas Raja dalam hierarki masyarakat. Membantu
Sultan dalam melaksanakan pentadbiran di peringakat tertentu.
 Pembesar di institusi pemerintahan peringkat daerah ialah
pembesar daerah. Pembesar daerah dibahagikan kepada
beberapa lapisan yang mencerminkan kedudukan, keistimewaan,
dan kuasa mereka dalam sistem politik dan masyarakat.
 Pembesar dilantik terus oleh Sultan melalui pemberian surat
tauliah. Sistem pembesar digubal berasaskan Sistem Pembesar
Empat Lipatan. Sistem ini didahului oleh empat orang pembesar
yang utama, iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari,
Temenggung, Laksamana.
JAWATAN 1 BENDAHARA
TUGAS - Penasihat raja dalam bidang pentadbiran
- Menteri utama
- Ketua turus angkatan perang
- Ketua Hakim
- Pemangku sultan ketika sultan gering atau ke luar negara
JAWATAN 2 TEMENGGUNG
TUGAS - Ketua polis dan penjara (Memelihara keamanan dan keselamatan
dalam negeri)
- Penguasa bandar dan Kota Melaka
- Protokol istana
- Hakim di darat
- Mengawasi pedagang asing di Melaka
- Memastikan sukatan dan timbangan pedagang betul
JAWATAN 3 LAKSAMANA
TUGAS - Ketua angkatan laut (menjaga ketenteraman di laut)
- Mengawal keselamatan sultan
- Ketua duta
- Ketua urusan diraja ke seberang laut

JAWATAN 4 PENGHULU BENDAHARI


TUGAS - Pemungut hasil atau ufti
- Ketua bagi semua Bendahari
- Ketua urusetia istana
- Ketua semua syahbandar

FAKTA 5 PEMBESAR-PEMBESAR YANG LAIN


HURAIAN  Pembesar Empat di bantu oleh Pembesar Lapan yang lebih
rendah tarafnya. Pembesar Berlapan di bantu oleh Pembesar
Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua.

PERAK:

 Sistem Pembesar di Perak berasaskan kepada sistem Empat


Lipatan dengan gelaran pembesar negeri dibahagikan kepada
empat peringkat iaitu, Orang Besar Empat, Orang Besar Lapan,

1
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

Orang Besar Enam Belas, dan Orang Besar Tiga Puluh Dua.
Orang besar lapan dan orang besar enam belas mempunyai
bidang kuasa sama seperti orang besar empat
 Cuma kuasa mereka terhad dalam kutipan cukai, pengadilan,
dan pentadbiran. Orang besar raja merupakan sekumpulan
pembesar yang penting semasa berlakunya peperangan.

SELANGOR:

 Di selangor, jawatan pembesar ialah Tok Penggawa Permatang,


Tok Kelang, Dato’ Naga, dan Dato Menteri. Di negeri Sembilan
mengamalkan Adat perpatih, dibahagikan kepada beberapa
daerah yang dipanggil Luak. Ketua bagi setiap Luak bergelar
“undang berempat” ketua bagi luak-luak lain dipanggil penghulu.

PAHANG:

 Sistem pembesar di Pahang mempunyai seorang Bendahara,


penghulu Bendahari, dan temenggung. Orang berempat di
Pahang digelar Orang Besar Indera Maharaja Perba Jelai atau
tok Raja, Orang kaya indera segera temerloh, orang kaya
pahlawan chenor dan orang kaya indera syahbandar.

KELANTAN:

 Dalam sistem pembesar di Kelantan, terdapat gelaran


seperti ;Tuan’ dan ‘Wan’. Pembesar yang menggunakan gelaran
perdana menteri merupakan pembesar yang utama dalam sistem
politik.

PENUTUP  Sistem pemerintahan sesebuah negeri dibahagikan kepada 3 unit


politik. Unit politik terbesar ialah negeri yang diketuai oleh raja
atau sultan atau Yang Dipertuan Besar. Baginda merupakan
ketua kepada negeri itu secara keseluruhan.
 Unit politik seterusnya ialah daerah atau jajahan. Unit politik ini
diketuai oleh seorang pembesar daerah yang bukannya dari
golongan kerabat diraja.

SOALAN 2 BINCANGKAN PERANAN PEMBESAR DALAM ASPEK POLITIK,


SOSIAL DAN EKONOMI DI TANAH MELAYU SEHINGGA ABAD
KE-20M
PENDAHULUAN  Pembesar merupakan golongan kedua yang penting selepas
sultan. Merupakan sekumpulan pegawai yang membantu sultan
atau raja menjalankan pentadbiran di peringkat negeri dan
daerah.
 Pembesar merupakan orang kedua penting selepas sultan
penasihat utama sultan. Mereka adalah orang yang sangat taat
dan menjadi orang kepercayaan sultan. Diberi surat tauliah,
sebilah pedang, cop mohor dan daerah pegangan

2
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

PERANAN 1 PERANAN DALAM ASPEK POLITIK


HURAIAN  Pembesar yang menduduki hairaki yang kedua ini juga dianggap
sebagai orang kanan raja atau sultan.Pembesar seperti
bendahara misalnya mempunyai kuasa untuk menasihati raja
atau sultan dalam melaksanakan pemerintahannya.Sultan Abu
Bakar yang memerintah Johor telah melantik Jemaah Menteri
untuk menasihati baginda dalam pentadbiran negeri. Pembesar
juga bertugas untuk menasihati sultan berkaitan dengan
penghakiman terhadap kesalahan-kesalahan jenayah dan sivil.
Pembesar peringkat daerah dan kampung juga
bertanggungjawab menjadi hakim dan menjatuhkan hukuman
terhadap pesalah kecuali hukuman mati.
 Pembesar juga berkuasa melantik bakal pengganti atau
menentukan putera mahkota, menentukan bakal permaisuri dan
menentukan lokasi istana. Di negeri Sembilan, empat orang
Undang dari Sungai Ujong, Rembau, Jelebu dan Johol berhak
melantik sesiapa sahaja daripada kerabat diraja untuk menjadi
Yam Tuan Besar.
 Malahan, terdapat juga pembesar-pembesar peringkat istana
yang terlibat secara langsung dalam penggubalan undang-
undang negeri. Pembesar peringkat istana seperti Penghulu
Bendahari pula berperanan penting dalam hal ehwal istana
terutama dalam adat-istiadat diraja. Penghulu Bendahari juga
akan mengetuai upacara adat-istiadat istana dan diraja.
 Biasanya, pembesar-pembesar akan dianugerahkan daerah
pentadbiran masing-masing. Sebagai contohnya, Ngah Ibrahim
telah dianugerahkan kawasan pegangan yang menjadi kawasan
pemakanannya di Daerah Larut, Perak. Tanggungjawab mereka
sangat besar terhadap daerah jajahannya. Mereka akan
memastikan keamanan,kesejahteraan dan kebajikan semua
penduduk dalam daerah jajahannya.
 Mereka juga akan melaporkan kepada sultan berkaitan dengan
semua perkara yang berlaku di daerah jajahannya. Malahan
segala amanat daripada sultan akan disampaikan oleh pembesar
kepada anak-anak buahnya dalam daerah jajahannya.
Pembesar daerah dan kampung juga bertanggungjawab untuk
menguruskan hal ehwal peperangan, ketenteraan dan
pertahanan.Mereka menyedia dan membekalkan tenaga tentera
untuk mempertahankan negara dan memperluaskan wilayah.
Pembesar daerah memperoleh hak memerintah sesebuah
kawasan melalui surat tauliah daripada sultan atau Yang
Dipertuan Besar. Kawasan pentadbiran pembesar ini dikenali
sebagai ‘kawasan pegangan’ yang merupakan anugerah
daripada sultan kerana jasa dan perkhidmatan cemerlang
mereka atau menjadi pentadbir daerah atau jajahan.
 Pembesar memainkan peranan penting dlm bidang politik.
Mereka merupakan golongan yang memonopoli segala kuasa
politik dlm kerajaan sehingga mempunyai kuasa utk melantik
raja. Misalnya, empat orang Undang di Negeri Sembilan Undang

3
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

Jelebu, Undang Rembau, Undang Johol dan Undang Sungai


Ujong akan melantik Yang Dipertuan Besar.
 Pada pertengahan abad ke-19, peranan pembesar semakin
menonjol dan mereka mempunyai cap mohor sendiri dlm
melaksanakan tugas. Mereka mempunyai hubungan erat dgn
rakyat. Oleh demikian, pembesar ibarat ‘Jambatan’ yang
menghubungkan rakyat dgn pemerintah. Pembesar juga
berperanan dalam menjatuhkan hukuman terhadap kes-kes
jenayah di daerah mereka. Namun, hukuman mati hanya boleh
dijatuhkan oleh sultan.
PERANAN 2 PERANAN DALAM ASPEK SOSIAL
HURAIAN  Golongan pembesar menjadi penghubung antara sultan
dengan rakyat.Titah perintah raja juga akan disampaikan
kepada rakyat melalui pembesar.
 Biasanya pembesar peringkat kampung merupakan pembesar
yang paling rapat dengan rakyat jelata. Selain menjaga kebajikan
rakyat, pembesar juga akan memastikan mereka taat setia
kepada sultan.
 Pembesar juga akan mengerahkan rakyat untk menjadi buruh
secara percuma bagi membina istana, membuka tanah dan
membina kapal. Golongan pembesar juga wajib melaksanakan
istiadat menjunjung duli kepada raja dengan bersedia memberi
khidmat kepada raja apabila diperlukan. Istiadat ini akan
dilakukan di balairung seri apabila menghadap dan menyembah
sultan.
 Pembesar bertanggungjawab menjaga kebajikan anak buah
dan memastikan seluruh masyarakat di kawasannya taat sultan.
 Pembesar menjadi hakim dlm sesuatu perbicaraan bagi
menyelesaikan perselisihan anak buah di daerah jagaanya.
 Pembesar dikehendaki membekalkan tenaga buruh utk
membina istana baharu, kapal utk sultan, panggung atau pentas
serta perhiasan istana utk sesuatu perayaan. Pembesar
melaksanakan tugas tersebut melalui sistem kerah di
kawasannya.
PERANAN 3 PERANAN DALAM ASPEK EKONOMI
HURAIAN  Para pembesar seperti Syahbandar pula bertanggungjawab
untuk memastikan urusan perdagangan dalam negeri berjalan
lancar.
 Mereka menentukan timbangan dan sukatan yang betul.
Mereka juga memastikan kebajikan dan keselamatan golongan
pedagang di gudang dan pelabuhan-pelabuhan. Malahan
penggunaan mata wang dalam urusan perdagangan akan
dipantau oleh pembesar.
 Laksamana pula akan bertanggungjawab menjaga perairan
daripada pencerobohan lanun dan keselamatan para
pedagang di perairan.
 Dari segi ekonomi, pembesar lebih berkuasa daripada sultan.
Mereka menguasai hasil perlombongan bijih timah dan
menjalankan kegiatan perlombongan melalui sistem serah dan

4
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

sistem kerah. Mereka memperoleh sumber pendapatan lumayan


yang mampu menyara anak buah mereka. Didapati bahawa ada
dlm kalangan pembesar yang lebih berkuasa dan berwibawa di
daerah masing-masing berbanding dgn sultan.
 Para pembesar juga membantu membangunkan ekonomi negeri.
Mereka memastikan urusan perdagangan dlm negeri berjalan
lancar. Mereka menentukan timbangan dan sukatan yg betul.
Misalnya, Jemaah Menteri Perbendaharaan di Kelantan
mengendalikan harta benda dan hasil mahsul negeri. Pembesar
juga menjalankan kegiatan perdagangan tetapi dgn izin sultan.
Namun, mereka tdk terlibat secara langsung kerana mereka
hanya mengeluarkan modal. Urusan perdagangan dijalankan
oleh wakil-wakil yang dilantik.
 Pembesar berperanan sebagai pemungut cukai bagi pihak
sultan. Mereka diberi surat tauliah oleh sultan untuk memungut
cukai. Pembesar Daerah dan kampung juga akan memastikan
semua rakyat dalam daerah kekuasaannya akan membayar
cukai bagi pihak sultan.
 Contohnya,di negeri Perak, pembesar mengenakan cukai
terhadap barangan yang dibawa melalui Kuala Kinta $12.50 sen
bag isetiap pikul kulit haiwan dan $4.00 untuk setiap bahara bijih
timah.
 Setiap tahun pembesar akan menghantar ‘Orang Kalur’ untuk
melawat kampung bagi mengutip cukai sebanyak 50 sen bagi
satu keluarga sebaga tanda kekuasaan Bendahara. Lazimnya,
sebahagian daripada hasil pungutan cukai akan digunakan dan
sebahagian lagi akan diserahkan kepada sultan sebagai lambing
kesetiaan.
 Para pembesar juga menguasai sumber ekonomi seperti hasil
galian dan hasil hutan serta hasil eksport yang lain. Mereka
menggunakan tenaga serah dan kerah untuk memperoleh hasil-
hasil tersebut. Terdapat juga pembesar yang melibatkan diri
dalam kegiatan perdagangan.
 Walaupun begitu mereka tidak terlibat secara langsung
sebaliknya menjadi pengeluar modal dengan izin
sultan.Perniagaan dan perdagangan pembesar diuruskan oleh
wakil-wakilnya atau ‘orang kiwi’.
PENUTUP  Sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu,
golongan pembesar Melayu mempunyai kuasa politik,ekonomi
dan sosial yang tiada batasnya. Namun kekuasaan mereka
tidaklah melebihi kekuasaan raja atau sultan. Peranan mereka
sangat penting dalam sistem politik Melayu. Namun,
campurtangan British secara rasmi pada tahun 1874 dan
pengenalan sistem residen telah menjejaskan kedudukan
pembesar Melayu dari aspek politik, ekonomi dan sosial.

SOALAN 3 HURAIKAN AMALAN UNDANG-UNDANG DALAM MASYARAKAT

5
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

MELAYU.
PENDAHULUAN  Undang-undang yang diamalkan di Negeri-negeri Melayu
berasaskan Adat Temenggung dan menjadi undang-undang
bertulis.
 Antara undang-undang tersebut ialah Undang-undang 99 Perak,
Undang-undang Pahang, Undang-undang Johor dan Undang-
undang Kedah.
 Undang-undang bertulis ini juga merupakan warisan daripada
Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.

AMALAN 1 UNDANG-UNDANG PAHANG


HURAIAN a) Disusun pada abad ke 16 oleh Sultan Abdul Ghaffar Muhaiyuddin
Shah
b) Dipengaruhi oleh unsur-unsur agama Islam
c) Dibahagikan kepada 3 bahagian :

- Adat Lembaga Negeri – menerangkan keistimewaan raja dan


pembesar, larangan dan tugas pembesar
- Undang-undang jenayah – hukuman kesalahan adalah keras
contoh kepada penderhaka
- Undang-undang awam – merangkumi tanah dan rumah
AMALAN 2 UNDANG-UNDANG 99 PERAK
HURAIAN a. Disusun pada abad ke17, dibawa ke Perak oleh Sayid
Husain Al-Faradz.
b. Mengandungi 99 buah undang-undang yang meliputi
pelbagai perkara dan ditulis dalam bentuk soal jawab
c. Perkara-perkara dalam undang-undang ini ialah :
· Fasal 15: Tugas dan tanggungjawab pemerintah
· Fasal 24 & 77 Peraturan adat istiadat mengadap dan
melantik raja
· Fasal 4 & 23: Perkara-perkara jenayah
· Fasal 33: Hal-hal kekeluargaan
AMALAN 3 UNDANG-UNDANG KEDAH
HURAIAN a. Menghuraikan 4 perkara umum iaitu Undang-undang Pelabuhan,
Undang-undang Adat, Undang-undang Seri Paduka Tuan dan
Hukum kanun Datuk Kota Star
b. Antara perkara yang terkandung ialah :
· Undang Pelabuhan menyentuh urusan perdagangan,
sukatan, timbangan dan ukiran
· Undang-undang Seri Paduka Tuan menghuraikan hukum
pertanian dan ternakan, tugas-tugas penghulu dan urusan jual
beli
· Perkara adat meminang

AMALAN 4 UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR


HURAIAN a. Diperkenalkan pada 1895 oleh Sultan Abu Bakar dan merupakan
perlembagaan bertulis yang pertama di Semenanjung T.M
b. Berdasarkan sistem pentadbiran di Britain.
c. Antara perkara yang terkandung ialah :

6
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

· Sultan tidak boleh menyerahkan negeri Johor kepada kuasa asing


· Majlis Mesyuarat Menteri hendaklah dilantik daripada orang
Melayu dan bertanggungjawab menasihati sultan dalam
pentadbiran negeri
· Ahli Majlis Mesyuarat Negeri hendaklah terdiri daripada rakyat
Johor yang berperanan menggubal undang-undang
AMALAN 5 UNDANG-UNDANG ISLAM
HURAIAN a. Berlandaskan Al Quran, hadis dan ijmak.
b. Segala kes jenayah akan dibicarakan di mahkamah
syariah
c. Terdapat 2 jenis hukuman iaitu hukuman bunuh dan denda
PENUTUP  Undang-undang yang diamalkan oleh masyarakat Melayu
bertujuan untuk mengawal perlakuan ahli masyarakat bagi
mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan hidup.
 Boleh dijadikan garis panduan bagi setiap orang untuk melakukan
sesuatu perkara. Digunakan untuk mengukuhkan kedudukan
golongan pemerintah agar lebih terjamin, dan hak setiap anggota
masyarakat dalam kehidupan.

SOALAN 4 BINCANGKAN PERANAN GOLONGAN YANG DIPERINTAH DAN


TANGGUNGJAWAB MEREKA TERHADAP PEMERINTAH
PENDAHULUAN  Secara umumnya masyarakat Melayu tradisional merupakan
sebuah masyarakat feudal dan bercorak hierarki yang dapat
dibahagikan kepada 2 golongan iaitu golongan yang memerintah
dan golongan yang diperintah.
 Golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat biasa yang
merdeheka dan hamba. Mereka merupakan kelas bawahan
yang tetapi bilangannya adalah banyak. Namun rakyat
mempunyai kuasa mobiliti yang tersendiri yang tidak dapat
disekat oleh golongan pemerintah.
GOLONGAN 1 RAKYAT BIASA
PERANAN a. Rakyat biasa yang bermastautin tetap dan menjadi pengikut
setia kepada pembesar yang mentadbir daerah dan jajahan

b. Ketaatan kepada sultan ialah mutlak dan tidak berbelah bagi.


Mereka rela dengan amalan sistem serah seperti bekerja di
tanah pembesar tanpa mendapat upah dan sistem kerah
seperti menjadi bala tentera dan mendirikan istana

c. Dalam bidang ekonomi mereka menjalankan kegiatan bertani,


berdagang, menangkap ikan, melombong dan menjadi tukang
mahir. Tiada dorongan perubahan diri untuk bekerja keras
dalam bidang ini kecuali kerja-kerja demi kepentingan raja.

d. Rakyat biasa sesebuah kampung sesalu mempunyai pertalian


kekeluargaan dan mengamalkan tradisi hidup secara
bergotong-royong, bekerjasama dan bermuafakat. Amalan

7
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

ini mewujudkan keharmonian dan membantu pembesar


mentadbir sesebuah daerah atau kampung itu dengan lebih
teratur dan berjaya

GOLONGAN 2 ORANG ASING


PERANAN a. Merupakan orang bukan Melayu dan datang ke Tanah Melayu
hanya untuk tujuan tertentu. Tinggal sementara sahaja dan
akan pulang ke negara asal setelah urusan mereka selesai.

b. Terdiri daripada pedagang, perantau, santeri ( orang merantau


kerana menuntut ilmu ) dan mubaligh.

c. Rakyat asing boleh dibahagi kepada 2 kumpulan

i. melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan sosial seperti menjadi


tentera upahan dan kebanyakan mereka berasal daripada
Jawa dan Pasai.

ii. melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi seperti peniaga runcit,


pemborong dan pelombong.

d. Masyarakat Tamil Islam merupakan kumpulan yang paling


ramai dan mereka hidup bebas dan bergaul dengan penduduk
peribumi

e. Rakyat asing ini tidak diwajibkan mengamal dan mematuhi


tradisi kebudayaan tempatan. Walaupun demikian mereka
masih tertakluk kepada undang-undang dan
peraturan tempatan.

GOLONGAN 3 HAMBA
PERANAN a. Terbahagi kepada hierarki yang berbeza taraf kedudukan
antara mereka.
b. Antara jenis hamba:

· Hamba raja ( biduanda )– paling tinggi kedudukannya. Akan


dibebaskan dengan kerelaan raja.
· Hamba Abdi – hamba tawanan, hamba diranggah, hamba
habsyi, hamba hulur, hamba serah, dan anak hamba.
· Hamba berhutang – orang berhutang, anak emas, hamba
waris, hamba bayar.
· Hamba abdi dan hamba berhutang akan berkhidmat untuk
tuannya sebagai pengikut

c. manakala sebahagiannya akan terlibat dengan pekerjaan


dalam rumah.

d. Antara peranannya:
· menyediakan tenaga kerja manusia bagi melakukan pelbagai

8
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

aktiviti dalam masyarakat.


· menyumbang tenaga bagi menambah harta tuan
· menjadi pegawai kepada tuannya
· menjadi lambang ketinggian taraf sosial golongan yang memiliki
hamba.
PENUTUP  Golongan yang diperintah memberikan ketaatsetiaan yang
sepenuhnya kepada pemerintah sama ada sultan ataupun
pembesar.
 Manakala golongan pemerintah akan memberikan kepimpinan
dan keselamatan kepada rakyat. Di sinilah wujudnya hubungan
timbal balik di antara golongan pemerintah dan yang diperintah.

SOALAN 5 PERANAN GOLONGAN HAMBA DALAM MASYARAKAT MELAYU


TRADISIONAL
PENDAHULUAN  Golongan hamba menduduki susun lapis masyrakat yang paling
bawah sekali. Mereka tidak boleh bertindak mengikut kemahuan
sendiri kerana dikawal oleh peraturan dan perintah yang
ditentukan oleh pemilik (tuan) mereka.
 Dalam masyarakat Melayu tradisi, perhambaan mempunyai
pengertian yang tersendiri berbanding dengan sistem
perhambaan yang biasa di fahami. Terdapat 3 jenis hamba, iaitu
hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa.

FAKTA 1 ISI-ISI PENTING
HURAIAN  Hamba abdi dan hamba berhutang berkhidmat untuk tuan
mereka sebagai pengikut dan sebahagiannya membuat kerja-
kerja rumah.
 Hamba berhutang terlibat dalam kegiatan ekonomi seperti dalam
bidang pertanian dan melombong bijih timah.
 Hamba lelaki biasanya diberikan tugas di luar rumah untuk tujuan
pertahanan atau penghasilan pertanian seperti membajak,
menanam, menuai, dan memagar hutan baru atau bertugas
melombong bijih timah.
 Ada juga hamba lelaki yang di bawa mengikut tuannya
berdagang atau berniaga
 Hamba perempuan membuat kerja-kerja di rumah dan menjadi
dayang kepada pemerintah. Mereka juga menjadi tukang masak,
mencuci, mengasuh anak, mengambil air membelah kayu dan
menganyam. Ada kalanya mereka bekerja di sawah untuk
menuai padi.
 Ada di kalangan hamba perempuan itu yang di tugaskan untuk
memperoleh pendapatan bagi tuan mereka, khususnya hamba
wanita yang dipaksa melacurkan diri dan sebahagian pendapatan
tersebut diserahkan kepada tuan hamba mereka
 Golongan hamba juga berperanan untuk mencuci perahu,
memetik kelapa, mencari kayu api dan menjadi askar.
FAKTA 2  Menduduki hierarki yang paling rendah dalam susun lapis sosial

9
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

masyarakat Melayu.
 Bilangan golongan hamba ini ramai namun mereka dikawal
dengan ketat dan rapi oleh tuan mereka.
 Fungsi hamba adalah menyediakan tenaga kerja manusia bagi
menjalankan pelbagai kerja samada ringan atau berat.

Peranan Hamba adalah :

a) menyediakan tenaga manusia bagi melakukan pelbagai aktiviti


dalam masyarakat.

b) menyumbang tenaga bagi menambahkan harta tuannya.

c) menjadi pegawal kepada tuannya.

d) menjadi lambang ketinggian taraf sosial golongan yang memiliki


hamba.

Terdapat dua jenis hamba dalam Masyarakat melayu


Tradisional,iaitu;

i. Hamba lelaki- melakukan semua jenis pekerjaan samada


berat/ringan

ii. Hamba perempuan- melakukan kerja-kerja ringan di dalam rumah


(memasak,mengangkat air)

Hamba juga dibahagikan kepada tiga kumpulan utama:

1. Hamba Biasa (hamba abdi-melakukan kerja berat, hamba yang


dibeli, dan biduanda.)

2. Hamba Berhutang- orang yang menjadi hamba kerana tidak dapat


membayar hutang dan akan menjadi hamba kepada pemiutang
sehingga hutang selesai.

3. Hamba Raja.- terdiri daripada tawanan perang atau banduan yang


mendapat pengampunan.

PENUTUP  Golongan hamba menduduki satu daripada lapisan sosial dalam


masyarakat melayu tradisi. Mereka mempunyai peranan tertentu
yang perlu dilaksanakan dan membentuk sebuah institusi sosial
yang tersendiri

10
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

SOALAN 6 JELASKAN KEGIATAN DAN CIRI-CIRI EKONOMI KOMERSIAL DI


TANAH MELAYU PADA ABAD KE-19
PENDAHULUAN  Ekonomi komersial merujuk kepada aktiviti ekonomi yang
menjurus kepada lebihan pengeluaran. Hasil yang dikeluarkan itu
akan dieksport dan dijual kepada pedagang bagi mendapatkan
keuntungan.
 Kegiatan menternak, memburu binatang, mengumpul hasil hutan,
dan menanam padi yang dianggap sara diri sebenarnya menjurus
ke arah ekonomi komersial. Kegiatan ekonomi komersial lebih
tertumpu kepada kegiatan perdagangan dan perlombongan.
Kegiatan ekonomi komersial dimonopoli oleh golongan
pemerintah iaitu raja dan pembesar.
KEGIATAN EKONOMI KOMERSIAL
KEGIATAN 1 PERDAGANGAN
HURAIAN  Perdagangan dilakukan secara jual beli dan secara eksport.
Pemodal terdiri daripada raja dan pembesar dan memonopoli
kegiatan perdagangan. Rakyat menjalankan kegiatan
perdagangan secara berjaja di pasar atau di luar kawasan.
Mereka menjual barang seperti rempah-ratus, sayur-sayuran,
hasil kraf tangan dan sebagainya.
 Lokasi perdagangan di pelabuhan yang berhampiran dengan
muara sungai. Pelabuhan menjadi pusat pengumpulan dan
pengedaran barang. Contohnya, pelabuhan Kedah, Klang dan
Singapura.
KEGIATAN 2 PENANMAN LADA HITAM DAN GAMBIR
HURAIAN  Pemerintah Johor iaitu Temenggung Ibrahim telah
memperkenalkan sistem Kangcu pada tahun 1833 dan
memajukan perdagangan lada hitam dan gambir. Beliau
mengawal dan mengawasi penanaman lada hitam dan gambir
melalui Sistem Kangcu.
 Melalui sistem ini, orang Cina diberikan surat kebenaran yang
dikenali sebagai surat sungai untuk menetap dan mengusahakan
tanaman lada hitam dan gambir di tebing sungai. Setiap Kangkar
diketuai oleh seorang Kangcu yang memerintah dan memungut
cukai.
 Penanaman lada hitam dan gambir dilakukan secara komersial
dan membawa kepada peningkatan eksport dan mendapat
sambutan yang baik di pasaran Singapura dan Eropah.
KEGIATAN 3 MEMUNGUT HASIL HUTAN
HURAIAN  Catatan Munsyi Abdullah mengatakan bahawa terdapat orang
Jakun yang mengutip hasil hutan seperti damar, rotan, kayu
wangi untuk diperdagangkan dengan orang melayu di Pahang
pada tahun 1838.
 Pada tahun 1844, Bendahara Ali melantik seorang ketua orang
Asli sebagai wakil di penempatan orang Asli di Pahang untuk
mengawal kegiatan pemungutan hasil hutan.
 Di Johor, Temenggung Ibrahim memonopoli kawasan getah
perca dengan bantuan orang melayu dan orang Asli, beliau

11
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

Berjaya membawa bahan ini ke pelabuhan dan dieksport ke luar


negara. Hasil hutan mendapat pasaran yang baik di China.
KEGIATAN 4 PENANAMAN PADI
HURAIAN  Masyarakat peribumi mengusahakan penanaman padi secara
tradisional tetapi telah menjurus ke arah tahap komersial apabila
padi dieksport ke negeri lain. Padi dieksport ke negara jiran
terutama dari kawasan yang subur. Kedah dan Kalantan menjadi
pembekal padi utama. Kedah membekalkan padi ke Pulau
Pinang manakala Kelantan pula ke Singapura.
 Begitu juga Selangor, Perak dan Terengganu. Pada abad ke-19,
Selangor menjadi pengeluar padi dan tidak perlu mengimportnya
lagi.
CIRI-CIRI EKONOMI KOMERSIAL
CIRI 1 PENGGUNAAN SISTEM MATA WANG
HURAIAN  Pada zaman dahulu, antara barang berharga yang diterima
sebagai wang dalam urusan jual beli ialah logam berharga
daripada emas, perak, tembaga atau timah yang berbentuk ketul,
keping atau dibentuk seperti binatang.
 Misalnya tampang buaya (berbentuk buaya kecil), bapa ayam
(bentuk ayam jantan), jongkong tampang (bentuk empat segi)
dan syiling yang mempunyai nama pemerintah.
CIRI 2 KONSEP PASAR, TAMU PUSAT JUALAN
HURAIAN  Mereka yang terlibat dalam kegiatan ekonomi bercorak komersial
biasanya berniaga di pasar atau luar dari pelabuhan dengan
menggunkan perahu atau kapal kecil.
 Tempat-tempat seperti kuala sungai sering menjadi tumpuan para
pedagang kerana mempunyai pelabuhan yang dapat menjadi
persinggahan kapal perdagangan daripada dunia luar.
CIRI 3 PENGLIBATAN SEMUA LAPISAN MASYARAKAT
HURAIAN  Kegiatan ekonomi bercorak komersial dijalankan oleh semua
lapisan dalam masyarakat. Kegiatan ekonomi komersial bagi
rakyat biasa dikenali sebagai berjaja dan mereka biasanya
berniaga di pasar.
 Golongan pembesar juga terlibat dalam kegiatan ekonomi
komersial secara tidak langsung. Mereka hanya menjadi pemodal
dengan melantik wakil-wakil tertentu untuk menjalankan dan
menguruskan perniagaan mereka. Wakil-wakil ini yang dikenali
sebagai kiwi terdiri daripada orang yang mahir dalam
mengendalikan urusan perniagaan.
CIRI 4 PERDAGANGAN ANTARABANGSA
HURAIAN  Kegiatan ekonomi komersial telah mewujudkan aktiviti
perdagangan dengan dunia luar yang giat dijalankan di muara
sungai yang menjadi pelabuhan persinggahan.
 Di tanah Melayu, terdapat empat buah pelabuhan utama yang
menjadi pelabuhan persinggahan, iaitu Kedah, Melaka, Kelang,
dan Johor Lama.
 Pelabuhan ini sering menjadi pelabuhan persinggahan utama
bagi saudagar-saudagar dari Asia Tenggara, India, Arab dan
China.

12
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

CIRI 5 KEMASUKAN PELABUR ASING


HURAIAN  Selepas kemasukan penjajah British, ekonomi Tanah Melayu
secara berunsur-unsur telah berubah daripada kegiatan pertanian
tradisional kepada kegiatan ekonomi bercorak komersial.
 Selain adanya modal tempatan yang dilaburkan oleh golongan
pemerintah yang terlibat secara tidak langsung dalam kegiatan
ekonomi, pihak British juga membawa masuk pelaburan asing
untuk dilaburkan ke dalam beberapa sektor penting seperti
perlombongan dan perladangan bagi tujuan eksport.
 Ini membawa kepada pembukaan lebih banyak lombong bijih
timah dan ladang getah yang diusahakan para pemodal asing.
PENUTUP  Ekonomi komersial lebih mementingkan keuntungan dan
pengumpulan harta melalui proses penukaran barangan atau jual
beli serta melibatkan pembayaran. Walaupun kegiatan ekonomi
komersial telah wujud, tetapi bilangan penduduk tempatan yang
melibatkan diri dalam kegiatan tersebut amat sedikit dan lebih
tertumpu kepada golongan pembesar.
 Pada peringkat awal, kegiatan ekonomi bercorak komersial
diusahakan melalui tanaman ladang untuk tujuan dagangan.
Kegiatan ini mula diberi perhatian secara besar-besaran setelah
perlombongan bijih timah dan perusahaan getah mendapat
tempat dan berkembang pesat menjelang pertengahan abad ke-
19

SOALAN 7 JELASKAN SEBAB-SEBAB KEMUNCULAN KEGIATAN EKONOMI


KOMERSIAL DI TANAH MELAYU PADA ABAD KE-19M
PENDAHULUAN  Sistem residen yang diperkenalkan di negeri-negeri Melayu
menjelang akhir abad 19 bukan sahaja menandakan bermulanya
perubahan dari segi politik, tetapi juga melibatkan bidang
ekonomi. Keamanan yang berjaya dipulihkan telah melahirkan
satu suasana yang membolehkan kegiatan ekonomi Tanah
Melayu berkembang pesat.
 Kesannya dari keamanan ini maka muncul kegiatan ekonomi
komersial yang berasaskan ekonomi kapitalis seperti
perlombongan bijih timah, penanaman getah dan lain-lain muncul
di Tanah Melayu.
 Terdapat beberapa sebab kemunculan kegiatan ekonomi
komersial di Tanah Melayu.
SEBAB 1 PERKEMBANGAN PERINGKAT ANTARABANGSA
HURAIAN  Perkembangan di peringkat antarabangsa seperti keperluan
utk bahan mentah oleh Negara perindustrian di Barat,
penggunaan kapal wap yg dpt mempercepat perjalanan &
pembukaan Terusan Suez memendekkan jarak perjalanan
pelayaran mempengaruhi corak ekonomi Tanah Melayu.
 Kedudukan Tanah Melayu yang kaya dgn sumber bahan
mentah mendorong kuasa Barat untuk menguasainya. British
berpeluang utk meluas dan mengukuhkan pengaruh di Tanah
Melayu.

13
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

 Kemajuan dalam sistem pengangkutan dan


perhubungan seperti jalan raya dan landasan kereta api
menggalakkan lagi perkembangan ekonomi Tanah Melayu.
Kemudahan tersebut dibina bagi memudahkan bahan-bahan
diangkut dgn mudah
SEBAB 2 KEKAYAAN SUMBER BUMI TANAH MELAYU
HURAIAN  Tanah Melayu yang kaya dgn sumber bahan mentah mendorong
kuasa Barat untuk menguasainya.
 British berpeluang utk meluas dan mengukuhkan pengaruh di
Tanah Melayu melalui campurtangan dengan sistem politik dan
ekonomi rakyat tempatan.
SEBAB 3 KEMAJUAN SISTEM PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
HURAIAN  Kemajuan dalam sistem pengangkutan dan
perhubungan seperti jalan raya dan landasan kereta api
menggalakkan lagi perkembangan ekonomi Tanah Melayu.
 Kemudahan tersebut dibina bagi memudahkan bahan-bahan
khususnya bijih timah dan getah diangkut dengan mudah ke
pelabuhan utama seterusnya dihantar ke Britian.
SEBAB 4 PENYEDIAAN KEMUDAHAN ASAS
HURAIAN  Kemudahan bekalan air dan elektrik disediakan dgn
sebahagian besarnya tertumpu dengan kawasan pelombongan
dan ladang-ladang getah.
 Walau bagaimanapun penyediaan kemudahan asas ini hanya
terbatas kepada kawasan yg terdapat kedua-dua komoditi
berkenaan.
PENUTUP  Negeri-negeri di pantai Timur yg mempunyai bilangan penduduk
yg sedikit dan sistem perhubungan yg tidak terbatas tidak
mengalami banyak perubahan.
 Sebaliknya lebih tertumpu di sepanjang pantai Barat seperti Johor
dan Perak terutamanya di kawasan pengeluaran bijih timah dan
getah

SOALAN 8 BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR PELUASAN KUASA ASING


DI NEGERI-MEGERI MELAYU
PENDAHULUAN o Istilah perluasan kuasa asing di Tanah Melayu merujuk kepada
kehadiran kuasa Barat seperti Portugis , Belanda dan British
secara meluas dalam pemerintahan dan pentadbiran
masyarakat tempatan.
o Perluasan ini berlaku dalam keadaan seperti melalui perjanjian
yang ditandatangani antara kuasa asing itu dengan pihak
tempatan yang bersedia menerima kehadiran mereka.
o Namun British terpaksa mengubah haluan mereka daripada
mengamalkan dasar tidak campur tangan kepada dasar
campur tangan dalam hal ehwal politik dan pemerintahan
masyarakat tempatan.
SEBAB-SEBAB PELUASAN KUASA ASING
FAKTOR 1 FAKTOR EKONOMI

14
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

HURAIAN o British hanya ingin meluaskan pasaran dan mendirikan pusat-


pusat perniagaan.
o Selepas tercetusnya revolusi perusahaan di Eropah, Britain
telah berubah kepada bahan-bahan mentah. Secara kebetulan
pada masa itu , negeri-negeri Melayu kaya dengan hasil bahan
mentah yang diingini oleh British.
o Amerika Syarikat dan Britain muncul sebagai Negara
pengimport bijih timah yang terbesar.
o Kekayaan bahan mentah menyebabkan permintaan yang tinggi
seperti bijih timah dan ramai pelabur untuk melabur modal di
negeri-negeri Melayu.
Contoh o Contohnya, orang Melayu hanya bimbang akan ekonomi
mereka diambil pihak penjajah menyebabkan masyarakat
tempatan di negeri-negeri melayu tidak mendapat hak yang
sepatutnya ke atas bahan mentah tersebut..
FAKTOR 2 BIMBANG AKAN CAMPUR TANGAN KUASA BARAT YANG
LAIN
HURAIAN o Golongan pemodal menggunakan faktor kebimbangan campur
tangan kuasa Barat yang lain untuk menguatkan tuntutan
mereka supaya British campur tangan di negeri-negeri Melayu.
o Selepas tahun 1870-an, keadaan politik antarabangsa mula
berubah dengan kuasa Barat seperti Belanda, Itali, Perancis,
Rusia dan Jerman mula bersaing utntuk mendapatkan tanah
jajahan.
o British tidak diam sahaja malahan telahpun campur tangan di
negeri-negeri Melayu untuk mengekalkan ekonomi mereka.
Contoh o Persaingan wujud antara kuasa Barat yang lain untuk
kestabilan ekonomi masing-masing.
FAKTOR 3 PERUBAHAN POLITIK DAN DASAR DI BRITAIN
HURAIAN o Selepas kerajaan Parti Konservatif dibawah pimpinan Perdana
Menteri iaitu Benjamin Disraeli yang menyokong dasar
imperialisme meletakkan jawatan pada tahun 1868, Parti
Liberal yang dipimpin oleh William E .Gladstone yang bersifat
anti-imperalisme telah dijatuhkan pada tahun 1874 dan
digantikan semula oleh Benjamin Disraeli.
o Pelantikan Lord Kimberly sebagai Setiausaha di Pejabat Tanah
Jajahan dan Edward Knatchbull sebagai Setiausaha Rendah
Parlimen menyebabkan muncul golongan yang baharu yang
menyokong dasar peluasan kuasa untuk melindungi
kepentingan British di seberang laut.
o Perubahan sikap pegawai di Pejabat Tanah Jajahan dapat
dilihat melalui arahan yang dikeluarkan oleh Lord Kimberly
kepada Gabenor Negeri-negeri Selat yang baharu iaitu Sir
Andrew Clarke pada tahun 1873.
Contoh o Beliau telah mengambil beberapa langkah untuk memulihkan
keamanan serta mengekalkan kepentingan Britsih di Negeri-
negeri Melayu.
FAKTOR 4 PEMBUKAAN TERUSAN SUEZ

15
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

HURAIAN o Revolusi Perusahaan di Eropah banyak menghasilkan rekaan


baharu seperti kapal wap.
o Pada tahun 1869, Terusan Suez telah dibuka yang
menghubungkan Laut Merah dengan Laut Mediterranean
dimana ianya untuk memendekkan perjalanan laut dari Britain
ke Tanah Melayu .
o Penciptaan kapal wap untuk menjimatkan masa dan kos
perjalanan ke Asia Tenggara dan mudah mendapatkan sumber
bahan mentah.
FAKTOR 5 KEADAAN HURU-HARA DI TANAH MELAYU
HURAIAN o Ketika Negeri-negeri Melayu dalam keadaan huru-hara , Raja
tidak berkuasa penuh ke atas pembesar dan menyebabkan
pembesar lebih berkuasa dan berpengaruh daripada raja.
o Akibatnya berlaku perebutan kuasa antara para pembesar
Melayu seperti yang berlaku di Perak iaitu perebutan kuasa
Raja Abdullah, Raja Ismail dan Raja Yusuf.
o Selain itu, berlaku perang saudara yang tercetus di negeri-
negeri Pahang, Perak, dan Selangor .
PENUTUP o Kedatangan British dengan perjanjian- perjanjian yang dibuat
dengan beberapa pihak yang terlibat adalah satu teknik yang
biasa dibuat untuk mendapatkan keuntungan daripada negeri
jajahan tersebut.
o Selain itu , kedatangn British hanya untuk meluaskan pengaruh
dan mengukuhkan ekonomi mereka dan berjanji untuk
menyelesaikan permasalaahan serta menghentikan
peperangan.

SOALAN 9 BINCANGKAN CARA-CARA PELUASAN KUASA ASING DI


NEGERI-NEGERI MELAYU
PENDAHULUAN  Peluasan kuasa British di Tanah Melayu telah bermula pada
abad ke-18 lagi dengan pendudukan Francis Light di Pulau
Pinangb pada tahun 1786. Penglibatan yang dikatakan sebagai
peluasan kuasa tidak rasmi telah bermula di kebanyakan negeri
di Tanah Melayu sepeti Kedah, Perak, Naning dan Johor.
 Peluasan kuasa British secara rasmi di Negeri-negeri Melayu
terlaksana pada tahun 1874 dengan termeterainya Perjanjian
Pangkor. Mulai tahun 1874, British giat meluaskan kuasa dengan
meletakkan seorang Residen British pada setiap negeri yang
terlibat.
 Terdapat beberapa cara peluasan kuasa asing di Tanah Melayu
termasuklah melalui tipu helah, melalui perjanjian dan melalui
perang.
FAKTA 1 MELALUI TIPU HELAH
HURAIAN Cara Francis Light mendapatkan Pulau Pinang daripada Sultan
Kedah
 Perluasan kuasa British di Tanah Melayu bermula pada abad ke-

16
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

18 lagi, iaitu dengan pendudukan Pulau Pinang 1786. Francis


Light menduduki Pulau Pinang secara tipu helah. Contohnya
Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 antara Francis Light yang
mewakili SHTI dengan Sultan Abdullah untuk membuka Pulau
Pinang sebagai pangkalan tentera dan pusat perdagangan
British.
 Francis Light tanpa persetujuan SHTI di India telah menjanjikan
bantuan ketenteraan kepada Sultan Kedah sekiranya Kedah
diancam oleh musuh. Sebagai balasan, baginda membenarkan
British menduduki Pulau Pinang.
 Namun SHTI tidak menghantar bantuan bantuan tentera kepada
Sultan Kedah ketika Siam menyerang Kedah untuk menghukum
baginda. Ini berikutan SHTI tidak meluluskan syarat bantuan
ketenteraan seperti yang ditawarkan oleh Francis Light.
FAKTA 2 MELALUI PERJANJIAN @ PERMUAFAKATAN
HURAIAN 1. Perjanjian Raffles-Sultan Hussein 1819
 Perjanjian yang dimeterai antara Stamford Raffles (wakil British)
dengan Sultan Hussein Muhammad Syah (Sultan Empayar Johor
Riau) pada 6 Februari 1819.
 Memberi hak kepada British untuk membina sebuah loji di
Singapura. Dengan ini Singapura diserahkan secara rasminya
kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)
 Kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak membuat perjanjian
dengan mana-mana pihak tanpa persetujuan Raffles.
 Sebagai balasan, Sultan Hussein Muhammad Syah menerima
bayaran $5000 setahun.

2. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824


 Perjanjian British-Belanda 1824 yang juga dikenali sebagai
Perjanjian London 1824 dimeterai oleh George Canning bagi
pihak British dan Charles W. Wymn bagi pihak Belanda dibuat
tanpa persetujuan Raja-Raja Melayu yang terlibat.
 Perjanjian ini dimeterai bertujuan untuk menamatkan perbalahan
dan hubungan tegang antara British-Blenada demi menjaga
kepentingan politik dan negara masing-masing.
 Juga menangani ketegangan dalam hubungan British Belanda
serta bantahan Belanda terhadap pembukaan Singapura pada
tahun 1819 oleh Stamford Raffles.

Syarat-syarat Pejanjian British-Belanda 1824:


i. Belanda mengiktiraf kedudukan British di Singapura.Sementara
British pula mengiktiraf kedudukan Belanda di Pulau Belitong.
ii. Belanda akan menyerahkan Melaka kepada British dan sebagai
balasan British akan menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda.
iii. Bekerjasama untuk membenteras kegiatan lanun yang
berleluasa di perairan Kepulauan Melayu.
iv. Belanda berjanji tidak akan mengikat sebarang perjanjian atau
terlibat dalam hal ehwal Negeri-Negeri Melayu.
v. British berjanji tidak akan mengikat sebarang perjanjian atau

17
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

terlibat dalam hal ehwal mana-mana kerajaan di Selatan dari


Singapura dan yang berada di bawah pengaruh pihak Belanda di
Sumatera.

3. Perjanjian Burney@Bangkok 1826.


 Dimeterai antara pihak British yang diwakili oleh Kapten Henry
Burney dengan Siam pada Jun 1826.
 Dalam perjanjian ini, pihak British mendapat hak terhadap Perak,
Selangor dan negeri-negeri Melayu yang lain terutamanya
negeri yang kaya dengan hasil bijih timah.

4. Perjanjian Low 1826


 Perjanjian antara pihak British yang diwakili oleh Kapten James
Low dengan Sultan Abdullah pada 18 Oktober 1826.
 Melalui perjanjian ini, Perak akan mendapat bantuan ketenteraan
daripada British sekiranyanya diserang oleh Siam. Perak juga
tidak lagi menghantar ufti bunga emas kepada Siam seperti
tahun-tahun sebelum ini.
 Sebagai balasannya, Sultan Perak menyerahkan Wilayah
Dinding, Pulau Pangkor dan pulau-pulau sekitarnya kepada
British.

5. Perjanjian Pangkor 1874


 Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 17 Januari 1874 ekoran
tindakan Raja Muda Abdullah meminta bantuan British untuk
mendapat takhta Perak.
 Perjanjian ini dibuat di antara Andrew Clarke, Raja Abdullah
yang berkuasa di Hilir Perak besama-sama dengan pembesar-
pembesar yang menyokong Raja Abdullah iaitu Bendahara,
Temenggung, Orang Kaya Menteri, Shahbandar. Raja Mahkota,
Laksamana dan Dao’ Sagor
 Antara sebab-sebab perjanjian Pangkor ditandatangani ialah
pergaduhan kongsi gelap China di Larut di antara dua kumpulan
yang bermusuhan yang dikenali sebagai Ghee Hin dan Hai San.
 Sebab kedua ialah perebutan takhta di Perak keana sistem
pewarisan takhta di Perak berbeza dengan Negeri-Negeri
Melayu yang lain. Mengikut sistem ini tiga buah keluarga Diaja
berkongsi hak menaiki takhta kerajaan. Setiap keluarga akan
mencalonkan seorang putera yang bakal menaiki takhta melalui
suatu sistem pusingan.

Syarat-Syarat Perjanjian Pangkor 1874:


i. Raja Abdullah diktiaf British sebagai Sultan Perak. Sultan Ismail
dilucutkan gelaran Sultan Perak walaupun baginda tidak
mengiktiraf perjanjian tersebut diberi gelaran Sultan Muda
dengan bayaran pencen $1000.00 serta diberikan satu kawasan
jajahan.

18
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

ii. Seorang Residen British dilantik untuk menasihati sultan dalam


semua aspek pentadbiran negeri kecuali perkara berkaitan
agama ada adat istiadat Melayu. Nasihat Residen ini mesti
diperolehi dan diikuti oleh sultan.
iii. Ngah Ibahim kekal menjadi Orang Kaya Menteri Paduka Tuan di
Larut tetapi kuasa beliau dikurangkan. Kapten Speedy sebagai
Penolong Residen untuk membantu beliau mentadbir Larut.
iv. Residen British mengambil alih semua urusan kutipan cukai dan
perbelanjaan wang kutipan cukai Perak. Hak dan kuasa
pembesar Melayu untuk mengutip cukai dimansuhkan dan diberi
pencen bulanan.
v. Wilayah Dinding diambil alih oleh pihak British dan diletak di
bawah Negeri-Negeri Selat supaya masalah perlanunan dapat
dibenteras.

FAKTA 3 MELALUI PEPERANGAN


HURAIAN 1. Perang Naning 1831-1832
 Perang berlaku apabila British mengambil-alih Melaka daripada
Belanda melalui syarat yang terkandung dalam Perjanjian
Inggeris-Belanda 1824, mendakwa daerh Naning juga di bawah
kekuasan mereka.
 British memaksa penduduk Naning membayar cukai 10%
daripada hasil tanaman mereka. Tindakan ini ditentang oleh Dol
Said (Pembesar Naning).
 Perang antara British dengan Dol Said berlaku dua kali, kali
pertama, pasukan tentera British yang diketuai oleh Kapten Wylie
berjaya dikalahkan oleh pengikut Dol Said disebabkan tiada
pengalaman berperang dihutan.
 Pada perang kedua pada tahun 1832, jumlah pasukan tentera
British bertambah besar di bawah pimpinan Kolonel Herbert.
Akhirnya pasukan Dol Said berjaya dikalahkan apabila pada kali
ini dia tidak mendapat bantuan daripada Syed Syaaban seperti
perang yang sebelumnya.
 Syed Syaaban telah membuat perikatan sulit terlebih dahulu
dengan pihak British dengan mendapat habuan jawatan sebagai
Pemerintah Rembau.
 Dol Said menyerah diri kepada British dan dibuang negeri ke
Melaka dengan pencen dan sebuah rumah.

2. Perang Terangganu 1862:


 Pengeboman Kuala Terengganu 1862 kerana British cuba
campur tangan di Pahang.
 Selepas kemangkatan Bendahara Ali 1857, timbul perbalahan di
antara dua anaknya, Wan Mutahir dan Wan Ahmad. Ini
membawa kepada tercetus Perang Saudara.
 Wan Ahmad meminta bantuan dari kerajaan Siam. Siam ingin
menjadikan Terengganu sebagai pangkalan untuk melancarkan
serangan ke atas Pahang. Kerja melombong bijih timah di
Kuantan terjejas.

19
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

 Demi menjaga kepentingan ekonomi Pahang dan British


menyekat perluasan kuasa Siam di NNM. Gabenor NNS, Orfeur
Cavenagh memberi amaran kepada Sultan Terengganu supaya
tidak terlibat dalam Perang Saudara di Pahang. Tetapi amaran
Gabenor NNS, Orfeur Cavenagh tidak dipedulikan. Gabenor
NNS, Orfeur Cavenagh menghantar sebuah kapal perang untuk
menyerang Terengganu.
 Apabila rundingan dengan Sultan Terengganu gagal, British
menggunakan kekerasan dengan membedil Kuala Terengganu
PENUTUP  Kesimpulannya, cara peluasan British di Tanah Melayu berlaku
sama ada secara sah ataupun tidak, terpaksa diterima oleh pihak
Raja-raja Melayu. Kebijaksanaan British memanipulasi keadaan
di Tanah Melayu menyebabkan meraka mampu menduduki
Tanah Melayu sehingga tahun 1945 semasa pendudukan Jepun.

SOALAN 10 HURAIKAN PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA 1824 DAN


IMPLIKASINYA TERHADAP NEGERI-NEGERI MELAYU.
PENDAHULUAN  Perjanjian Inggeris-Belanda termeterai akibat perebutan kawasan
perdagangan yang strategik antara pihak British dengan
Belanda .
 British telah membuka pengkalan baru iaitu Singapura bagi
menyaingi Belanda. Akibatnya Belanda membawa Singapura di
bawah kuasanya.
 Demi kepentingan ekonomi dan mengelakkan pertelingkahan
dengan Belanda, British telah menandatangani perjanjian ini pada
tahun 1824.
SYARAT SYARAT PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA 1824
HURAIAN 1. Syarat Kewilayaan:
 Pembahagian wilayah takluk masing-masing. Belanda mengiktiraf
Singapura sebagai hak milik British dan bersedia melepaskan
segala tuntutannya ke atas Singapura.
 Belanda juga bersetuju menyerahkan semua loji/pusat
perdagangannya di India, di samping penyerahan Melaka dan
segala jajahan takluk di utara Singapura kepada British.
 Belanda berjanji tidak akan membuka sebarang petempatan atau
membuat perjanjian dengan pembesar tempatan.
 British bersetuju menyerahkan Bangkahulu dan semua kawasan
Syarikat Hindia Timur di Sumatera kepada Belanda. British juga
berjanji tidak akan membuka petempatan atau membuat
perjanjian dengan pembesar tempatan .
 Kedua-dua pihak juga bersetuju menduduki tempat tersebut jika
mana-mana pihak berundur daripada salah satu kawasan dan
setiap wilayah tidak boleh diserahkan kepada kuasa asing.

2. Syarat Perdagangan:
 Menghadkan kawasan perdagangan bagi kedua-dua
pihak. Belanda diberikan monopoli ke atas kepulauan rempah
sahaja. Dan kedua-dua pihak bersetuju mengamalkan dasar

20
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

perdagangan bebas.
 Manakala perjanjian bijih timah antara Belanda dengan
Selangor, Perak dan Kedah berakhir. Belanda tidak akan
menganiaya pedagang-pedagang British dengan mengenakan
cukai yang tinggi.
 Masyarakat peribumi dibenarkan berhubung secara bebas
dengan pelabuhan-pelabuhan kedua-dua pihak di samping
bekerjasama menghapuskan kegiatan lanun.
 Belanda membayar hutangnya sebanyak 100,000 pound kepada
British dan kedua-dua pihak bersetuju tidak akan
menandatangani sebarang perjanjian dengan negeri-negeri
tempatan yang boleh menjejaskan perdagangan pihak lain.
PERANAN 2 KESAN-KESAN PERJANJIAN INGGERIS BELANDA
HURAIAN 1. Kepulaulan Melayu dibahagikan kepada dua lingkungan
pengaruh
 Kepulauan Melayu dipisahkan kepada dua lingkungan pengaruh
iaitu Singapura dan negeri-negeri di utara Selat Singapura menjadi
hak Inggeris sementara Sumatera dan wilayah ke selatan Selat
Singapura menjadi hak miik Belanda.
 Akibat perjanjian ini, kuasa Inggeris dan Belanda telah berjaya
meluaskan pengaruh masing-masing tanpa gangguan mana-mana
pihak.

2. Perpecahan Empayar Johor


 Melalui perjanjian ini Ernpayar Johor telah mengalami keruntuhan
dan berpecah kepada dua bahagian.
 Singapura dan Tanah Besar Johor diperintah oleh Sultan Hussein
dan diletakkan di bawah pengaruh Jnggeris.
 Sementara Kepulauan Riau-Lingga diperintah oleh Sultan Abdul
Rahman dan berada di bawah pengaruh Belanda.
 Pahang pula telah membebaskan diri dari Empayar Johor dan
diperintah oleh keluarga Bendahara.
 Kebangkitan keluarga Temenggung di Johor bermula pada tahun
1855 apabila Sultan Ali telah menyerahkan takhta kerajaan kepada
Temenggung Ibrahim.
 Sebagai ganti rugi di atas kehilangan kuasa, Sultan All dibayar
pencen dan sebidang tanah yang terletak di antara Sungai Muar dan
Sungai Kesang.
 Sementara itu, pada bulan Ogos 1824, Singapura telah dipisahkan
dan Johor dan dijadikan tanah jajahan Inggeris.

3. Hubungan Inggeris-Belanda di Timur


 Pertelingkahan di antara Inggeris dan Belanda di Timur masih
berterusan kerana Belanda tidak mematuhi perjanjian kerana
Belanda masih terus mengamalkan monopoli rempahnya di Hindia
Timur dan masih mengenakan cukai yang tinggi kepada pedagang-
pedagang Inggeris yang berlabuh di Betawi.
 Perselisihan antara Inggeris dan Belanda juga berpunca daripada
masalah Labuan yang telah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada
SHTI pada tahun 1846.
 Belanda membantah tindakan itu kerana menganggap Labuan

21
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

berada di bawah pengaruh mereka iaitu di selatan Selat Singapura.


Perbalahan ini diselesaikan apabila Inggeris dapat membuktikan
kedudukan Labuan
 Inggeris juga tidak berpuashati di atas keengganan pihak Belanda
membanteras kegiatan perlanunan di perairan Kepulauan Melayu.
 Belanda hanya bertindak menghapuskan kegiatan lanun di perairan
Hindia Timur sahaja. Hanya pihak Inggeris sahaja yang berusaha
keras untuk menghapuskan lanun di Selat Melaka dan Selat Sunda.
 Keadaan ini telah menyebabkan Inggeris terpaksa membelanjakan
wang yang banyak untuk menghapuskan kegiatan lanun ini.
PENUTUP  Perjanjian ini membawa keuntungan kedua-dua pihak kerana
pembahagian kawasan,wilayah dan perdagangan yang lebih
jelas. Perdagangan kedua-dua pihak semakin maju dan dapat
mengelakkan perebutan kawasan yang berlaku sebelumnya.

SOALAN 11 JELASKAN CARA PELUASAN KUASA ASING DI SABAH DAN


SARAWAK PADA ABAD KE-19M
PENDAHULUAN  Sabah atau Borneo Utara berada di bawah pentadbiran
Kesultanan Brunei. Namun begitu selepas 1674, Sabah ditadbir
pula oleh tiga kuasa yang berlainan. Kawasan pantai antara
Pandasan hingga Kimanis terletak di bawah kekuasaan Brunei.
 Sarawak di tebing Sungai Sarawak di tengah-tengah berlakunya
pemberontakan oleh masyarakat tempatan. Brooke telah berjaya
mematahkan pemberontkan dari penduduk tempatan dan
seterusnya telah dianugerahkan wilayah Sarawak kerana
peranannya dalam menghentikan pemberontakan tersebut. Dia
menjadi Raja memerintah Sarawak yang pertama pada tahun
1841, lalu menandakan permulaan pemerintahan Raja Putih
selama tiga generasi keluarga Brooke.  Sebelum kedatangan
Barat, Sabah James Brooke mula-mula sampai
FAKTA 1 PELUASAN KUASA ASING DI SABAH ABAD KE-19M
HURAIAN 1. Perluasan pengaruh asing di Sabah melibatkan beberapa tokoh
pedagang bermula pada tahun 1865 oleh seorang warga
Amerika.  Claude Lee Moses mendapatkan dua konsesi
pajakan beberapa kawasan di Sabah daripada Sultan Abdul
Mu’min (Brunei) selama sepuluh tahun dan tempoh konsesinya
boleh diperbaharui. 
2. Konsesi pajakan pertama meliputi kawasan dari Sungai
Sulaman di pantai barat hingga Sungai Paitan di timur laut.
3. Manakala konsesi pajakan kedua pula meliputi pelbagai
kawasan.  Contoh: Benoni, Kimanis, Paitan, Sugut, Bongaya,
Babuk, Sandakan, Kinabatangan, Cagayan dan Muning. 
4. Bagi mendapatkan keuntangan segera, Moses telah menjual
hak pajakannya kepada pedagang Amerika di Hong Kong
diketuai oleh Joseph William Torrey dan Thomes B. Haris
serta seorang pedagang Cina, Wo Hang. Torrey kemudian
menubuhkan The American Trading Company untuk
memajukan kawasan tersebut. 

22
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

5. Pemindahan milikan pajakan tersebut telah disahkan oleh


Sultan Abdul Mu’min pada 24 November 1865.
6. Sebagaimana Moses, Joseph Torrey juga gagal untuk mengaut
keuntungan terhadap pajakan tersebut lalu menjual konsesinya
kepada Gustavus Baron de Overback iaitu Konsul-Jeneral
Austria di Hong Kong pada tahun 1875. 
7. Disebabkan kekurangan modal, Overback telah menjalankan
usahasama dengan syarikat British yang dimiliki oleh Dent
Brothers pada tahun 1877.
8. Kerjasama ini telah mencetuskan satu perjanjian baru antara
Sultan Brunei iaitu Sultan Abdul Mu’min dengan Syarikat
Overback dan Dent 
9. Bagi mengatasi masalah pertindihan kuasa dengan Kesultanan
Sulu kerana Sultan Sulu juga dikatakan mempunyai kuasa ke
atas Sabah, Overback dengan diiringi oleh Pemangku Gabenor
Labuan, Willian Hood Treacher telah menemui dan
mengadakan rundingan dengan Sultan Sulu. 
10. Hasil rundingan tersebut mereka telah menandatangani
perjanjian dengan Sultan Sulu pada 22 Januari 1878 di
Meimbong, selatan Kepulauan Sulu.
11. Menurut perjanjian tersebut, Sultan Sulu iaitu Sultan Jamal Al-
Alam bersetuju menyerahkan kesemua tanah dan hak
pertuanan meliputi kawasan dari Sungai Sibuku hingga Sungai
Padasan kepada Syarikat Overback dan Dent. 
12. Setelah gagal mendapatkan bantuan kewangan daripada
pemodal dan kerajaan Austria, pada tahun 1880, Overback pula
telah menjualkan hak miliknya kepada Alfred Dent
menyebabkan Dent mempunyai kuasa penuh untuk mentadbir
Sabah 
13. Pada 1 November 1881, kerajaan British telah memberikan
piagam diraja dan nama syarikat telah ditukar kepada Syarikat
Berpiagam Borneo Utara (SBBU).
14. Alfred Dent telah dilantik sebagai Pengarah Urusan syarikat
yang manakala Willian Hood Treacher pula telah dilantik sebagai
Gabenor British yang pertama di Sabah. 
15. Melalui pemberian piagam diraja, secara tidak langsung kerajaan
British telah berjaya meluaskan kuasa dan pengaruhnya di
Sabah.
16. Pada Mei 1888, penguasaan British di Sabah semakin kukuh
apabila Sabah telah dijadikan negeri naungan British (British
Protectorate State) sebagaimana negeri Sarawak dan Brunei.
FAKTA 2 PELUASAN KUASA OLEH JAMES BROOKE DI SARAWAK
1. Setelah Brooke berjaya menghapuskan pemberontakan yang
berlaku di Sarawak, Brooke telah dilantik menjadi Raja dan
Gabenor Sarawak pada tahun 1841 oleh Pangeran Muda
Hashim dan seterusnya pada tahun 1842 Brooke telah
menerima surat pelantikan daripada Sultan Brunei sebagai
Raja Sarawak. 
2. Brooke telah menjalankan pemerintahan dinasti di Sarawak, iaitu

23
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

kuasanya akan diganti oleh keturunannya bagi meneruskan


pemerintahan di Sarawak. 
3. Raja Putih Sarawak telah meningkat sIstem pentadbirannya
dengan pentadbiran yang lebih lengkap dan sistemetik. Brooke
telah berusaha memajukan kegiatan perdagangan di Sarawak,
hal ini telah menyebabkan British berpandangan bahawa Brooke
telah membuka jjalan perdagngan kepada para pedagang British
untuk menguasai jalan perdagangan ke benua China. 
4. Bagi melancarkan aktiviti perdangangan, Brooke telah berusaha
menghapuskan lanun, hal ini telah menyebabkan Brooke
terpaksa meminta bantuan daripada Angkatan Laut Diraja
British.
5. Angkatan laut ini juga telah membantu Brooke meluaskan
kekuasaannya di Sarawak. Pada masa yang sama Brooke juga
meluaskan wilayahnya dengan mengambil secara paksa atau
membelinya daripada kesultanan Brunei. 
6. Pada tahun 1853 Brooke telah diangkat menjadi Gebenor
British yang pertama di Pulau Labuan serta telah bertindak
sebagai wakil British ke Brunei.
7. Pemerintahan Brooke di Sarawak sangat memerlukan pengaruh
Inggeris kerana bimbang akan kuasa–kuasa Eropah lain yang
sedang giat memperluaskan kuasa mereka di sekitar Asia
Tenggara.
8. Bagi mengurangkan kebimbangan itu, British telah
mengiktirafkan dengan rasminya kemerdekaan Sarawak dari
Brunei pada tahun 1863 dan menghantar seorang pegawai
konsul ke Sarawak.
9. Pertalian antara Sarawak dengan British ini telah
memperkuatkan lagi hubungan diantara laut Borneo dan
Semenanjung Tanah Melayu. 
10. British telah mengarahkan agar Brooke mengubah corak
pemerintahannya supaya berkiblatkan Britain. Sehingga Raja
Sarawak yang kedua pernah mengatakan bahawa di mana
bendera Sarawak di naikkan, di situ kepentingan Inggeris akan
dijunjung, ini menunjukkan bahawa British telah berpengaruh di
Sarawak. 
PENUTUP  Penghujung abad ke-19, Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu
telah kehilangan hak, kepentingan dan dan ketuanan di wilayah
Sabah apabila British melalui SBBU berkuasa sepenuhnya
terhadap wilayah tersebut pada 1888. SBBU telah memajukan
Sabah demi kepentingan mereka dengan pelbagai pembaharuan
ekonomi dan sosial tetapi pada hakikatnya pembaharuan
tersebut tidak menguntungkan penduduk tempatan.
Campurtangan British dalam politik Sabah akhirnya telah
mencetuskan penentangan di kalangan rakyat tempatan. 
Banyak perkara yang harus dihadapi oleh pihak british semasa
memerintah di Sarawak.Permerintahan mereka sering ditentang
oleh banyak pihak.Antara pihak-pihak yang menentang
pemerintahan mereka ialah kebangkitan dari oang

24
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

cina,penentangan dari syarif masahor, penentangan dari rentap,


dan dari lain-lain pihak lagi.

SOALAN 12 NILAIKAN SEBAB-SEBAB PENENTANGAN RAKYAT TEMPATAN


TERHADAP KUASA ASING DI TANAH MELAYU.
PENDAHULUAN  Selepas termeterainya Perjanjian Panglor pada tahun 1874, pihak
British secara rasminya mula campur tangan dalam hal-ehwal
pentadbiran tempatan. Untuk merealisasikan hal ini, British telah
memperkenalkan Sistem Residen iaitu seorang pegawai British
akan dilantik di setiap negeri yang bertanggungjawab untuk
menasihati Sultan dalam segala hal-ehwal pentadbiran kecuali
adat istiadat Melayu dan agama Islam. Walau bagaimanapun,
terdapat banyak kontroversi dalam perkara ini sehingga
menimbulkan penentangan daripada penduduk tempatan.
SEBAB 1 DASAR PENAKLUKAN BRITISH
HURAIAN  Antara sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap British
di Tanah Melayu ialah dasar penaklukan British. Penentangan
terhadap British oleh masyarakat tempatan adalah disebabkan
oleh dasar penaklukan British di daerah mereka seperti di Naning,
Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah.
 Dasar penaklukan British terhadap Negeri-Negeri Melayu
bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan kuasa politiknya
Melalui dasar ini, Penguatkuasaan politik British menjadi luas dan
kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya.
Contohnya, Penentangan Dol Said terhadap British kerana
mengambil alih Melaka daripada Belanda. Ini kerana Naning
dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti.
SEBAB 2 EKSPLOITASI TERHADAP EKONOMI TEMPATAN
HURAIAN  Selain itu, eksploitasi terhadap ekonomi tempatan menjadi sebab
penentangan masyarakat tempatan terhadap British di Tanah
Melayu. Penentangan terhadap British berlaku kerana British
ingin menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingannya.
 Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai
oleh British dengan pemimpin tempatan. Menerusi perjanjian ini,
saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan
aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah. Ini
menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.
SEBAB 3 PENGENALAN SISTEM PENTADBIRAN BARAT
HURAIAN  Seterusnya, perlakasanaan pentadbiran Barat terhadap
masyarakat tempatan. British memperkenalkan sistem cukai,
undang-undang, dan peraturan-peraturan tanah untuk
mendapatkan hasil yang maksimum. Peraturan British juga
bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan.
 Contohnya, tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan
tidak perlu membayar cukai. British telah memaksa sistem
pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan.
 Sebagai contoh, di Terengganu, penentangan Mat Kilau berlaku

25
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

kerana British menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak


dibuka oleh penduduk tempatan mesti mendapat kebenaran
British dan tanah dikenakan cukai.
SEBAB 4 CAMPUR TANGAN BRITISH DALAM ADAT RESAM TEMPATAN
HURAIAN  Campur tangan British dalam adat resam tempatan turut
membawa kepada penentangan penduduk tempatan. British telah
memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai British yang
amat bertentangan dengan budaya iaitu amalan menggunakan
orang suruhan. Tindakan Birch telah ditentang oleh pemimpin dan
masyarakat tempatan.
SEBAB 5 PEMBESAR TEMPATAN KEHILANGAN KUASA
HURAIAN  Di samping itu, pembesar tempatan kehilangan kuasa dan
pengaruh. Ini kerana British telah mengambil kawasn pentadbiran
mereka. Sebelum penjajahan, kebanyakan pemimpin tempatan
telah dilantik oleh sultan untuk mentadbir kawasan tersebut.
 Perlantikan ini memberi kuasa untuk kepada mereka untuk
menjaga hal ehwal daerahnya seperti soal pentadbiran, ekonomi
dan sosial. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas
hati dalam kalangan pemimpin tempatan sehingga mendorong
mereka menentang British.
SEBAB 6 KESULITAN PENDUDUK TEMPATAN
 Akhir sekali, kesulitan penduduk tempatan. Penduduk tempatan
tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British yang
menyulitkan kehidupan mereka.
 Mereka telah memberi sokongan kepada penentangan pemimpin
tempatan. Kesetiaan kepada pembesar tempatan sebagai ketua
turut mendorong penduduk tempatan memberikan kerjasama
dalam menentang British.
PENUTUP  Kesimpulannya, campur tangan pihak penjajah dalam aspek
politik, ekonomi dan sosial di Tanah Melayu menjadi faktor utama
yang mencetuskan kebangkitan tokoh-tokoh tempatan
menentang penjajah British.

SOALAN 13 NILAIKAN SEBAB-SEBAB PENENTANGAN TERHADAP KUASA


ASING DI NEGERI SABAH PADA ABAD KE-19 HINGGA 20M.
PENGENALAN  Kehadiran British untuk mentadbir Sabah juga mendapat
tentangan daripada masyarakat tempatan.
 Pada tahun 1881, British memberi surat piagam kepada British
North Borneo Company untuk memerintah Sabah.
 Pada tahun 1882, nama syarikat itu ditukar kepada British North
Borneo Chartered Company (Syarikat Berpiagam Utara British
atau dikenali sebagai SBUB).
 Di bawah pentadbiran SBUB, Sabah dijadikan sebagai satu unit
politik dengan kerajaan berpusat.
 Demi mengukuhkan kuasanya di Sabah, SBBU telah
melaksanakan pelbagai peraturan yang kemudiannya
menimbulkan penentangan pembesar serta penduduk Sabah.

26
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

 Percubaan SBUB untuk mengubah sistem pemerintahan yang


sedia ada telah mendatangkan banyak penentangan .
 Penentangan terbesar berlaku terhadap SBUB dilancarkan oleh
Mat Salleh (1894-1900) dan Antanom (1910-1915)

PENENTANGAN MAT SALLEH (1894-1900)


FAKTOR 1 FAKTOR AGAMA
HURAIAN  Penentangan Mat salleh didorong daripada semangat perjuangan
jihad orang sulu menentang kuasa sepanyol di Filipina..
 Seorang pegawai SBUB, iaitu Aledander Coock menganggap Mat
Salleh sebagai Mahadi Baru.
 Pengaruh Islam juga dibuktikan daripada catatan pada alat-alat
kebesaran yang mengatakan hasrat Mat Salleh untuk
meninggikan syiar Islam.
 SBBU bimbang dengan pengaruh Sulu-Islam yang kuat
menentang penjajahan Sepanyol di Filipina.

FAKTOR 2 FAKTOR EKONOMI


HURAIAN  SBBU menguatkuasakan cukai ke atas barang-barang dagangan
dan bayaran lesen perahu. Penduduk tempatan juga dibebani
dengan cukai kepala dan cukai beras.
 Selain dikenakan cukai, penduduk di kawasan pedalaman dikerah
membina telegraf melalui amalan buruh paksa.
 SBBU membuka tamu di beberapa buah tempat. Langkah ini
tidak disenangi oleh penduduk di beberapa kawasan. Suku
Kwijau di Penampang menyerang dan membunuh seorang
pegawai British di Keningau sebagai memprotes tindakan SBBU.

FAKTOR 3 FAKTOR POLITIK


HURAIAN  Pada tahun 1894, pengikut Mat Salleh telah membunuh dua
orang pedagang Iban di Sungai Sugut. Mat Salleh enggan
menyerahkan pengikutnya itu kepada SBBU. Mat Salleh
melarikan diri apabila pasukan SBBU menyerang kampungnya di
pulau Jambongan. Pada tahun 1895, Mat Salleh dan beberapa
orang pembesar tempatan pergi ke Sandakan untuk berunding
dengan SBBU tentang masalah cukai kepala, lesen perahu, dan
tindakan keras pegawai British terhadap penduduk.
 Mat Salleh ingin berunding dengan Gabenor Beaufort, iaitu C.V
Creagh tetapi percubaannya gagal. Mat Salleh tidak dilayan
walaupun telah menunggu selama sepuluh hari. Gabenor
Beaufort menganggap Mat Salleh mengancam kepentingan
SBBU. SBBU bertindak membakar dan memusnahkan kampung
Mat Salleh. SBBU juga menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar
kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Salleh.
PENENTANGAN DI RUNDUM OLEH ANTANOM (1910-1915)
PENGENALAN  Pada tahun 1910, daerah Rundum telah diwujudkan dan J.
Maxwell Hall dilantik sebagai Pegawai Daerah.
 Pentadbiran SBUB mahu memastikan pentadbiran dan
penguatkuasaan undang-undang berjalan dengan berkesan

27
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

 Namun berlaku beberapa penentangan kecil oleh penduduk


terhadap pentadbiran SBUB.
 Kaum Murut tidak senang dengan pengenalan peraturan baru
yang dikuatkuasakan oleh SBUB.
 Penentangan yang mengancam kedudukan SBUB dipimpin oleh
Antanom pada tahun 1915.
FAKTOR 1 EKONOMI
1. Cukai ke atas minuman tuak
 Minuman tuak menjadi sebahagian daripada cara hidup orang
Murut. Minuman tuak penting dalam majlis perkahwinan dan
pengkebumian.
 Gabenor C.C Parr telah mengenakan cukai ke atas minuman tuak
tanpa memikirkan tentang amalan tradisi Murut ini.
 Cukai sebanyak 2 sen segantang dikenakan ke atas beras yang
digunakan untuk membuat minuman tuak ubi kayu sebanyak 1
sen segantang.
 Cukai juga dikenakan ke atas pokok kelapa yang digunakan
untuk membuat minuman tuak.

2. Pengenalan Cukai Ladang


 Cukai ladang dilaksanakan pada tahun 1913.
 Orang Murut menjalankan kegiatan pertanian pindah. Tanah
merupakan hak bersama dan dianggap sebagai tanah adat.
Apabila kerajaan hendak mengukur tanah di kawasan Keningau
dan Tenom, penduduk melarikan diri ke dalam hutan.
 Pentadbiran SBUB tidak membenarkan hutan ditebang untuk
pertanian pindah.
 Tanah yang diteroka untuk pertanian tetap dikenakan bayaran
sebanyak 50 sen seekar.
 Ketua-ketua bumiputera yang tidak mematuhi peraturan ini akan
didenda tidak lebih daripada 25 ringgit.

3. Pengenalan cukai lain
 Cukai untuk tangkapan ikan besar
 Cukai memelihara anjing sebanyak 1 dollar seekor
FAKTOR 2 SOSIAL
1. Keluarga dizalimi
 Suami-isteri kaum Murut dikehendaki tinggal berasingan di
sebelah menyebelah tebing sungai.
 Mereka dikenakan 1 dollar bagi setiap kali berkunjung . Orang
Murut menganggap ini sebagai satu eksploitasi.
 Jika kaum Murut mempunyai dua anak, salah seorang
daripadanya akan diambil oleh SBUB untuk dijadikan buruh
paksa.

2. Amalan buruh paksa


 Orang Murut dijadikan buruh paksa untuk membina jalan di
pedalaman dan memasang kawat telegraf antara Tenom-
Rundum.

28
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

 Ramai orang Murut berpindah ke Kalimantan untuk lari dari


arahan kerajaan SBUB.

3. Pembinaan jalan
 SBUB membuka kawasan hutan bagi tujuan pembinaan jalan.
Orang Murut menentang tindakan itu kerana mengikut
kepercayaan mereka, pencerobohan tersebut akan mengganggu
roh nenk moyang mereka.
 Orang Murut tidak dibenarkan membuka hutan dan tanah baru
secara bebas.
 Kesannya menyebabkan pertanian padi huma merosot dan
mereka kekurangan beras.
PENUTUP  Kesan daripada penentangan terhadap kuasa asing di negeri
Sabah pada abad ke-19 hingga ke-20 telah membawa kepada
SBBU yang berjaya mengukuhkan kuasanya di Sabah.
Tambunan juga turut diambil alih oleh SBBU.
 Ketua Anak Negeri diambil untuk berkhidmat dengan SBBU.
SBBU lebih berhati-hati dalam tindakan membabitkan masyarakat
tempatan.
 Perpindahan orang Murut ke Kalimantan menyebabkan
kekurangan penduduk di pedalam Sabah. Menyedari hakikat ini,
SBUB memujuk orang Murut supaya kembali tetapi tidak berjaya.

SOALAN 14 HURAIKAN PERUBAHAN PENTADBIRAN DI NEGERI-NEGERI


MELAYU SELEPAS PENGENALAN SISTEM RESIDEN (1874).
PENDAHULUAN  Sistem Residen yang diperkenalkan pada tahun 1874
merupakan satu bentuk sistem pemerintahan secara tidak
langsung di negeri-negeri Melayu. Residen ialah seorang
pegawai British yang ditugaskan untuk menasihati sultan dan
nasihatnya itu mesti dipatuhi dalam semua perkara, kecuali
melibatkan agama Islam dan adat istiadat Melayu.
 Kuasa memerintah jatuh ke tangan Residen British yang
mentadbir atas nama Sultan. British telah memperkenalkan
beberapa perubahan secara beransur-ansur di negeri-negeri
Melayu melalui institusi-institusi politik tradisi yang wujud ketika
itu.
FAKTA 1 PENUBUHAN MAJLIS MESYUARAT NEGERI
HURAIAN  Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan untuk membincangkan
perkara-perkara yang melibatkan pentadbiran negeri. Pada
tahap awal penubuhannya, Majlis Mesyuarat Negeri berperanan
sebagai badan penasihat.
 Majlis Mesyuarat Negeri dianggotai oleh sultan sebagai ketua,
Residen British, 12 orang pembesar Melayu, dan seorang wakil
masyarakat Cina. Mesyuarat ini dikendalikan dalam Bahasa
Melayu dan semua usul dan cadangan dibahas sebelum
dijadikan undang-undang.

29
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

 Tidak mempunyai kuasa perundangan yang luas. Kuasa sultan


dalam Majlis juga terbatas kerana baginda hanya berkuasa
dalam agama dan adat istiadat Melayu.
FAKTA 2 PERUBAHAN SISTEM PENTADBIRAN TANAH
 Sistem Residen telah mewujudkan kestabilan politik bagi
membolehkan British meneruskan usaha mengeksploitasi
kekayaan ekonomi di Tanah Melayu. British telah mengambil
langkah untuk menyusun semula sistem pentadbiran tanah.
Antaranya memperkenalkan undang-undang dengan menjadikan
tanah sebagai hak milik persendirian.
 Akibat pengenalan langkah ini, tanah menjadi satu daripada
sumber pendapatan kerajaan. Pengenalan perubahan ini
menimbulkan bantahan dan membangkitkan penentangan para
pembesar Melayu terhadap pentadbiran British.
FAKTA 3 PERUBAHAN SISTEM PENTADBIRAN NEGERI
 British mengadakan perubahan pentadbiran dengan
membahagikan negeri kepada beberapa buah daerah yang
diketuai oleh seorang Pemungut Cukai dan Majistret untuk
memungut cukai dan mentadbir keadilan di daerah itu.
Pemungut cukai dan Majistret ditukar kepada Pegawai Daerah
dan ditambah beberapa tugas.
 Pembahagian negeri kepada daerah menyebabkan wujudnya
sempadan geografi yang jelas antara negeri. Di bawah sistem
pentadbiran negeri yang baharu, setiap daerah dibahagikan
kepada beberapa buah unit pentadbiran yang lebih kecil dikenali
sebagai mukim dengan diketuai oleh seorang penghulu. Unit di
peringkat bawah sekali ialah kampung yang diketuai oleh
seorang ketua kampung. Beliau berperanan sebagai
penghubung antara penduduk kampung dengan pentadbir yang
lebih tinggi.
PENUTUP  Walaupun Sistem Residen merupakan satu sistem pemerintahan
yang secara tidak langsung, tetapi sistem ini dilaksanakan tanpa
garis panduan yang lengkap.
 Sistem Residen dijalankan dengan terlalu bebas sehingga
banyak kuasa terlepas ke tangan British.

SOALAN 15 JELASKAN SEBAB-SEBAB DESENTRALISASI DAN LANGKAH-


LANGKAHNYA DARI 1909-1939
PENDAHULUAN  Menurut L.A. Mills, desentralisasi didefinasikan sebagai “Ia
melibatkan pemulangan kuasa pentadbiran, perundangan
dan kewangan secara berperingkat oleh keraja pusat kepada
kerajaan negari. Pada masa yang sama juga, kerajaan pusat
mengekalkan kuasa yang cukup untuk menjaga keselarasan
pentadbiran dan kestabilan kewangan”.
 Pembentukan Persekutuan 1896 telah mewujudkan satu sistem
pemusatan kuasa yang keterlaluan di tangan Residen Jeneral di

30
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

Kuala Lumpur. Semua hal-ehwal pentadbiran ditadbirkan


dibawah Jabatan-jabatan Persekutuan di Kuala Lumpur. Dasar
desentrlisasi disifatkan sebagai satu usaha untuk mengurangkan
kuasa kerajaan Pusat dengan cara mengembalikan sebahagian
daripada kuasa itu kepada kerajaan Negeri.
SEBAB 1 RASA TIDAK PUAS HATI SULTAN-SULTAN MELAYU
HURAIAN  Sultan-sultan telah kehilangan kuasa-kuasa politik, kedudukan
mereka seperti patung sahaja. Di samping itu juga Majlis
Mesyuarat Negeri juga tidak mempunyai kuasa ke atas
perbelanjaan awam, melantik, menukarkan atau memecat
pegawai dan menetapkan gaji tanpa persetujuan daripada
Residen Jeneral atau Gabenor.
SEBAB 2 PENYATUAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU DENGAN
NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU
HURAIAN  Hasrat Inggeris untuk menggabungkan Negeri-negeri Melayu
Bersekut dengan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di
bawah satu unit pentadbiran. Raja-raja di Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersekutu (Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor)
enggan menyertai persekutuan tersebut.
 Ini kerana Raja-raja bimbang dengan penyertaan mereka dalam
persekutuan akan menyebabkan mereka akan kehilangan kuasa
politik seperti apa yang terjadi kepada Raja-raja Negeri Melayu
Bersekutu. Inggeris berharap dengan dasar desentralisasi akan
dapat menarik Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu untuk
menyertai persekutuan.
SEBAB 3 KEMELESETAN EKONOMI DUNIA 1920-AN
HURAIAN  Bertujuan untuk memulihkan keadaan kewangan yang merosot
di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Keadaan ini bertambah
meruncing apabila harga getah dan bijih timah jatuh sehingga
membawa kepada berlakunya krisis kewangan pada tahun-tahun
1921-1923.
 Di samping itu kerajaan Inggeris juga terlalu boros
membelanjakan wang dengan membayar gaji yang tinggi kepada
para pegawai Inggeris. Dengan pengagihan kuasa kepada
negeri-negeri masing-masing maka perbelanjaan kerajaan pusat
akan berkurangan kerana pentadbir-pentadbir yang berkhidmat
dalam sesebuah negeri itu akan dibiayai oleh kerajaan negeri
sendiri.
SEBAB 4 PEREBUTAN KUASA ANTARA RESIDEN JENERAL VS
PESURUJAYA TINGGI
HURAIAN  Sir Lawrence Guillemard (Persurujaya Tinggi) dengan Sir
George Maxwell (Rasiden Jeneral) telah membantut pentadbiran
Kerajaan Persekutuan. Pengagihan kuasa kerajaan
Persekutuan kepada kerajaan-kerajaan negeri kuasa Rasiden
Jeneral akan dapat dikurangkan.
SEBAB 5 SOKONGAN ORANG MELAYU UNTUK MENGIMBANGI SIKAP
ANTI BRITISH
HURAIAN  Bertujuan untuk menyekat kegiatan politik yang bersikap anti-
Eropah di kalangan orang-orang Cina yang begitu meluas.

31
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

Pelaksanaan desentralisasi akan dapat mengimbangkan


kedudukan orang-orang Cina dengan orang-orang Melayu.
LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN DASAR DESENTRALISASI
HURAIAN 1. Jawatankuasa Pengagihan Kuasa Pusat di bawah Sir George
Maxwell 1923 Untuk mengkaji perkara-perkara yang berkaitan
dengan pengagihan kuasa pusat
2. Antara cadangannya: Kuasa Residen ditambah supaya
seimbang dengan kuasa Residen Jeneral dan kuasa
pengawalan beberapa jabatan dipindahkan kepada kawalan
kerajaan negeri. Walaubagaimanapun cadangan ini masih
mempunyai beberapa kelemahan.
3. Sir Lawrence Guillemard telah mengemukakan beberapa
cadangan baru mengenai Pengagihan kuasa pusat pada tahun
1925.
4. Cadangan-cadangan Sir Cecil Clementi untuk mempercepatkan
proses Desentralisasi.

PENUTUP  Walaupun berbagai usaha telah di lakukan oleh kerajaan British


untuk melaksanakan dasar desentralisasi namun akhirnya ia
tidak berjaya dilaksanakan ekoran kurangnya sokongan daripada
Raja-raja Melayu dan masyarakat tempatan.

SOALAN 16 HURAIKAN PERUBAHAN PENTADBIRAN DI SABAH (1881-1946)


DAN SARAWAK (1841-1946)
PENDAHULUAN  Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBU) mengambil alih
pemerintahan Sabah pada tahun 1881. Pada tahun 1888, Sabah
dijadikan sebuah negeri di bawah naungan Empayar British dan
diperintah secara langsung oleh SBBU antara tahun 1881
sehingga 1946. SBUB telah menggabungkan institusi
pentadbiran British dgn institusi tempatan dalam pentadbiran
awam negeri. Pentadbiran negeri Sabah diketuai oleh seorang
Gabenor yang dilantik oleh Lembaga Pengarah SBBU dengan
persetujuan kerajaan Britain di London.
 Manakala di Sarawak, sistem pemerintahan beraja diamalkan
dan raja mempunyai kuasa mutlak dengan gelaran Raja Putih.
Raja Putih Sarawak yang pertama ialah James Brooke (1841-
1868) pentadbiran berasaskan pengubahsuaian sistem Barat
dengan beberapa unsur tempatan.
PERUBAHAN PENTADBIRAN DI SABAH 1881-1946
FAKTA 1 PENTADBIRAN SBUB DI SABAH
HURAIAN  Sabah yang ditadbir oleh SBUB merupakan sebuah syarikat
awam di mana saham dijual kepada orang awam. SBUB
mempunyai struktur pentadbirannya sendiri yang digabungkan
dengan institusi tempatan. Sabah menjadi negeri naungan
British mulai tahun 1888.
 Gabenor merupakan ketua pentadbir SBUB yg dilantik oleh
Lembaga Pengarah London. Ibu pejabatnya di Sandakan dan

32
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

beliau dibanttu oleh Majlis Penasihatnya yg di anggotai oleh


pegawai kanan SBUB seperti Setiausaha Kerajaan, Bendahari,
dan Ketua Pasukan Keselamatan.
 Setiap residensi di Sabah dibahagikan kepada daerah yang
diketuai oleh Pegawai Daerah. Pegawai Daerah dibantu oleh
Ketua Anak Negeri.
 SBUB mengekalkan golongan peribumi dalam pentadbirannya.
Ketua Anak Negeri yang bergelar Orang Kaya-Kaya dilantik
untuk menguruskan perkara berkaitan dengan masyarakat
tempatan. Antara Ketua Anak Negeri yang pernah dilantik ialah
OKK Haji Mohammad Arshad.
 Walaupun Ketua Anak Negeri mempunyai kuasa tertentu, tetapi
kuasa sebenar terletak dlm tangan Residen dan Pegawai
Daerah. Residen dan Pegawai Daerah melantik dan mengawal
Ketua Anak Negeri.
 Pada peringkat Kampung, ketua kampung atau digelar Orang
Tua (OT) dilantik. Pentadbiran kampung dikenali sebagai Majlis
Orang Tua-Tua
PERUBAHAN SISTEM PENTADBIRAN DI SARAWAK (1841-1946)
ZAMAN 1 PENTADBIRAN JAMES BROOKE 1841-1868
HURAIAN  Beliau mengekalkan jawatan Ketua Tempatan Melayu Sarawak
iaitu Datu Patinggi, Datu Temenggung dan Datu Bandar.
 Mereka dikehendaki memungut cukai di kawasan masing-masing
dan menyerahkan sebahagian hasil kepada pentadbiran Brooke.
 Pembesar-pembesar tempatan berperanan sebagai penasihat
kepada Brooke.
 Pada tahun 1855, sebuah Majlis Tertinggi Sarawak dibentuk
untuk membuat dasar-dasar pentadbiran. James Brooke
menubuhkan Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri dan di bahagikan
kepada 5 bahagian yang ditadbir oleh Majlis Bahagian.
ZAMAN 2 PENTADBIRAN CHARLES BROOKE 1868-1917
HURAIAN  Charles Brooke mengantikan James Brooke sebagai Raja Putih
Sarawak yang ke-2. Asas pentadbiran ialah sistem pemerintahan
tradisional masih diteruskan.
 Majlis Negeri ditubuhkan pada tahun 1865, untuk membantu
pentadbir dalam pemerintahan negeri.
 Majlis negeri dianggotai oleh Ahli Majlis Tertinggi, pegawai kanan
kerajaan dan pegawai tempatan. Majlis negeri mengadakan
mesyuarat 3 kali setahun dan bersidang buat kali pertamanya
pada tahun 1867 di Sibu.
 Charles Brooke membahagikan Sarawak kepada 3 bahagian
yang diketuai oleh seorang Residen dan dibantu oleh Pegawai
Anak Negeri, Pegawai Rendah dan ketua-ketua suku.
 Di peringkat kampung, ketua orang Melayu atau ketua orang
Cina menjalankan tanggungjawab menjaga keamanan dan
memungut cukai.
 Badan perkhidmatan awam terdiri daripada Jabatan Kehakiman,
Jabatan Polis, Pejabat Kastam dan Cukai. Pada tahun 1888,
Badan Perkhidmatan Awam terdiri daripada Jabatan Kehakiman,

33
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

Jabatan Polis, Pejabat Kastam dan cukai.


 Pada tahun 1888, kerajaan British mengiktiraf Sarawak sebagai
negeri naungan British dan Charles Brooke yang sah.
ZAMAN 3 PENTADBIRAN CHARLES VYNER BROOKE 1917-1946
HURAIAN  Majlis tertinggi Sarawak dikurangkan dan tidak dipanggil
bersidang dari tahun 1927-1941. Sebuah jawatankuasa
pentadbiran terdiri daripada 8 orang pegawai kanan Eropah, 2
orang Melayu, dan 2 orang Cina ditubuhkan.
 Pada tahun 1941, beliau memperkenalkan perlembagaan baharu
bagi Sarawak, antaranya; Menyerahkan kuasa mutlak Charles
Vyner Brooke kepada Majlis Tertinggi (Majlis Eksekutif) dan
Majlis Negeri (Majlis Perundangan),
 Majlis Tertinggi mempunyai 5 orang ahli dan Majlis Negeri
mempunyai 25 orang ahli, kedua2 ahli majlis ini dilantik oleh Raja
Brooke dan Sarawak dijanjikan kemerdekaan.
 Perlembagaan Sarawak tidak dapat dilaksanakan kerana
serangan Jepun ke atas Sarawak pada November 1941.
 Pentadbiran Brooke pada tahun 1841-1940 merupakan
pentadbiran personal rule kerana tidak terdapat satu
perlembagaan formal.
PENUTUP  Sebagai kesimpulannya, sistem pentadbiran tradisional di Sabah
dan Sarawak mengalami perubahan yang besar selepas
kedatangan penjajah British. Banyak sistem pentadbiran British
yang digunakan di India dan Mynmar diserap ke dalam sistem
pentadbiran tempatan. Walau bagaimanpun, peranan ketua-
ketua suku tidak diketepikan kerana mereka merupakan
perantara antara penduduk tempatan dengan pihak pemerintah
British. Serangan Jepun pada Perang Dunia Kedua sekali lagi
mengubah sistem pentadbiran British digantikan dengan sistem
pentadbiran Jepun.

SOALAN 17 HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR DAN KESAN-KESAN


PERKEMBANGAN BIJIH TIMAH DI TANAH MELAYU PADA
ABAD KE-19-20M.
PENDAHULUAN  Perusahaan bijih timah dijalankan oleh orang-orang Melayu
berabad-abad lamanya sebelum abad ke-19 dan dipercayai
sejak abad ke-9, perusahaan ini dijalankan secara kecil-kecilan
sebagai pekerjaan sambilan dengan menggunakan teknologi
kuno terutamanya mendulang. Orang-orang Melayu menguasai
perusahaan bijih timah sehingga tahun 1830.
 Sejak tahun 1840, pembesar-pembesar Melayu seperti Long
Jaafar dan Ngah Ibrahim (Larut), Dato’ Kelana (Sungai Ujong),
Raja Abdullah (Kelang) dan lain-lain telah membawa masuk
orang-orang Cina dari Negeri-negeri Selat untuk mengerjakan
perlombongan bijih timah mereka. Sejak itu, perusahaan bijih
timah dikuasai oleh orang-orang Cina. Serentak dengan
penglibatan orang-orang Cina, berlaku perkembangan
perusahaan bijih timah di Tanah Melayu.

34
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

FAKTOR 1 REVOLUSI PERINDUSTRIAN DI EROPAH


HURAIAN  Perkembangan Revolusi Perindustrian sejak awal abad ke-19
telah menyebabkan permintaan bijih timah oleh industri-industri
di Eropah dan Amerika Syarikat meningkat lebih-lebih lagi
selepas terciptanya teknologi mengetin makanan oleh Peter
Durar dan Nicholas Appot pada tahun 1810.
 Permintaan bijih timah juga meningkat akibat dari berlakunya
Perang Saudara Amerika pada tahun 1860-an di mana bijih
timah diperlukan untuk mengetin makanan tentera yang terlibat
dalam peperangan. Permintaan yang bertambah menyebabkan
harga bijih timah meningkat kepada 7 paun 12 sherling 9 pence
pada tahun 1872.
 Harga yang meningkat telah menggalakkan pengeluaran bijih
timah di Tanah Melayu. Permintaan terhadap bijih timah juga
meningkat kerana bijih timah mempunyai kualiti-kualiti tertentu
yang tidak terdapat pada logam-logam lain. Apabila bijih timah
dicampurkan dengan logam lain, ianya akan menambahkan
kegunaan logam tersebut.

FAKTOR 2 CAMPUR TANGAN BRITISH


HURAIAN  Campur tangn British dan perlaksanaan Sistem Residen sejak
tahun 1874 di negeri-negeri yang kaya dengan bijih timah seperti
Perak dan Selangor telah menamatkan kekacauan seperti
pergaduhan di antara pembesar, pergaduhan antara pelombong
Cina, lanun dan sebagainya.
 Keamanan dan peraturan yang wujud serta kestabilan politik
telah membolehkan kegiatan perlombongan bijih timah
dijalankan tanpa gangguan. Selain itu, keadaan ini telah menarik
pelabur-pelabur sama ada dari Tanah Melayu atau seberang laut
untuk menambah modal dalam perusahaan bijih timah di Tanah
Melayu.
FAKTOR 3 PENUBUHAN NEGERI NEGERI MELAYUBERSEKUTU 1896
HURAIAN  Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 yang
menggabungkan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
telah berjaya mewujudkan keseragaman dalam Undang-undang
Tanah, cukai dan sebagainya di negeri-negeri tersebut.
 Keseragaman dan kecekapan dalam pentadbiran, keamanan
serta kestabilan akibat penubuhan persekutuan telah
membolehkan kegiatan perlombongan bijih timah dapat
dijalankan dengan lebih giat. Penubuhan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu juga telah menarik ramai pelabur terutama dari
Eropah untuk menanam modal di Tanah Melayu.
FAKTOR 4 KEMAJUAN SISTEM PENGANKUTAN
 Pembinaan sistem perhubungan jalan raya dan keretapi telah
memudahkan pengangkutan bijih timah dari kawasan
perlombongan ke pelabuhan utama untuk dieksport.
 Jalan keretapi pertama dibina pada tahun 1885 untuk
menghubungkan Taiping dengan Port Weld, 1886 Kuala
Lumpur – Kelang, 1891 Port Dickson – Seremban, 1893 Ipoh

35
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

– Teluk Anson.
 Menjelang 1903, terdapat jalan keretapi menghubungkan Perai
ke Seremban dan disambungkan ke Johor Bahru pada tahun
1909. Pada tahun 1911, sudah terdapat jalan raya dari Perai ke
Singpura.
FAKTOR 5 PENGENALAN KAPAL KOREK
 Pengenalan kapal korek sejak 1912 telah memberi sumbangan
dalam perusahaan bijih timah di Tanah Melayu. Penggunaan
kapal korek telah menambahkan pengeluaran bijih timah kerana
kapal korek dapat digunakan di kawasan di mana teknik-teknik
lain tidak dapat digunakan terutama kawasan berpaya.
 Oleh sebab harganya mahal, pada peringkat awal, hanya
mampu dimiliki oleh pemodal Eropah. Kapal korek yang pertama
digunakan dengan jayanya pada tahun 1912 oleh Malayan Tin
Trading, Batu Gajah (Perak). Menjelang tahun 1929 terdapat
105 buah kapal korek di Tanah Melayu.
FAKTOR 6 KEMASUKAN IMIGRAN DARI NEGARA CHINA
 Kemasukan orang Cina merupakan antara faktor yang
mendorong perkembangan perusahaan bijih timah. Lombong-
lombong bijih timah telah dibuka dengan banyaknya di daerah
Larut, Perak di bawah pembesar Long Jaafar sejak tahun 1848.
Akibatnya, berlaku kedatangan orang Cina secara beramai-ramai
ke Tanah Melayu atas jemputan para pembesar Melayu.
 Pada peringkat awal, kemasukan orang Cina yang digalakkan
oleh Long Jaafar dari Negeri-negeri Selat adalah sebagai buruh
dan pelabur dalam perusahaan bijih timah. Mereka ini telah
menggunakan modal sendiri untuk membuka lombong seperti di
Larut, Lembah Kinta, Lembah Klang, dan Sungai Ujong. Masalah
kekurangan buruh di 19 buah lombong bijih timah di Kemunting
pula telah diatasi dengan mengimport buruh dari China melalui
Sistem Tiket Kredit dari wilayah Fukien dan Kwangtung.
 Kehadiran buruh Cina ini juga membawa bersama kaedah-
kaedah perlombongan yang lebih baik, iaitu secara lombong
dedah dan lombong pam.Kaedah lombong dedah misalnya, telah
meningkatan hasil pengeluaran bijih timah dan kaedah ini juga
lebih selamat.
 Kaedah roda air bagi mengatasi masalah banjir dan penggunaan
enjin wap juga merupakan antara teknologi baru yang diaplikasi
oleh orang Cina untuk meningkatkan produktiviti perlombongan
bijih timah. Buktinya, pengeluaran bijih timah telah meningkat
dari 6,500 tan pada tahun 1850 kepada 19,600 tan pada tahun
1881 dan 50,000 tan pada 1904.
 Justeru, kedatangan orang Cina dan penglibatan mereka dalam
perlombongan bijih timah telah memperkembangkan perusahaan
ini hingga Tanah Melayu menjadi pengeluar dan pengeksport
bijih timah terbesar di dunia pada waktu itu.
KESAN 1 PERKEMBANGAN EKONOMI TANAH MELAYU
HURAIAN  Ekonomi Tanah Melayu melalui tahap perkembangan yang
menakjubkan. Menjelang akhir abad ke-19, ciri-ciri ekonomi

36
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

tanah melayu moden telah muncul. Teras ekonomi berlandaskan


perusahaan bijih timah dan getah.
 Bijih timah dan getah tidak diperlukan di Tanah Melayu tetapi
untuk dieksport. Dengan ini, wujud ekonomi moden
berorientasikan eksport. Ekonomi moden ini terdedah kepada
ekonomi antarabangsa dan dipengaruhi oleh turun naik ekonomi
dunia. Merangkumi 47% pendapatan negara.
KESAN 2 PERKEMBANGAN SISTEM PERHUBUNGAN
HURAIAN  Sistem perhubungan moden iaitu landasan keretapi dan jalan
raya. Pada peringkat awal, ianya dirangsangkan oleh keperluan
untuk mengangkut bijih timah dan juga disebabkan ketiadaan
sistem perhubungan yang memuaskan kecuali perhubungan
melalui sungai atau kereta lembu sebelum tahun 1874.
 Pada awalnya, jalan raya hanya dibina di antara pusat
perlombonngan dengan pangkalan terdekat di sepanjang sungai.
(Kerja membina landasan keretapi pertama sepanjang lapan
batu antara lombong di Taiping dengan kawasan pantai di muara
Sungai Larut telah bermula pada tahun 1881). Selepas itu,
beberapa landasan keretapi telah dibina oleh pihak British untuk
mengangkut bahan bijih timah dan getah.
KESAN 3 KEMAJUAN PELABUHAN
HURAIAN  Dengan wujudnya landasan keretapi utama, beberapa buah
pelabuhan baharu muncul contohnya Port Weld, Telok Anson,
Port Dickson, dan Port Swettenham.
KESAN 4 KEMUNCULAN BANDAR BARU
HURAIAN  Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah menyebabkan
munculnya bandar-bandar baharu di kawasan pedalaman.
Mengambil alih pentadbiran bandar contohnya Taiping, Kuala
Lumpur, dan Seremban.
 Kuala Lumpur menjadi tempat pertemuan jalan raya dan jalan
kereta api utama manakala Gemas merupakan tempat
persimpangan jalan. Kuala Lumpur dan Pulau Pinang terlibat
dalam ekonomi moden.
KESAN 5 KETIDAKSEIMBANGAN PERKEMBANGAN EKONOMI
HURAIAN  Selangor dan Perak yang kaya dengan bijih timah mengalami
perkembangan yang pesat. British telah membina infrastuktur
yang lengkap.
 Manakala keadaan di Pahang terus merosot kerana keadaan
Geografi, masalah pengangkutan, kekurangan infrastruktur, dan
kekurangan galian berharga.
 Negeri-negeri yang lain seperti Terengganu dan Kelantan turut
ketinggalan dari aspek pembangunan kerana tidak mempunyai
potensi bijih timah dan getah.
KESAN 6 PERKEMBANGAN INDUSTRI SAMPINGAN
HURAIAN  Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah turut
membawa kepada perkembangan perusahaan sampingan yang
berkait rapat dengan kedua-dua perusahaan tersebut.
 Pada tahun 1890-an, kilang pelebur telah didirikan di Pulau
Pinang dan Singapura. Pembinaan kilang pelebur ini

37
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

menyebabkan bijih timah tidak perlu dihantar ke Eropah untuk


dileburkan. Bijih timah dapat dilebur di Tanah Melayu dan
dieksport ke Eropah dan Amerika dalam bentuk jongkong.
KESAN 7 MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN
HURAIAN  Perkembangan perusahaan tersebut telah menyediakan peluang
pekerjaan dan keadaan ini menyebabkan tumpuan kepada
aktiviti ekonomi dan pembinaan infrastuktur di kawasan bandar
atau kawasan yang kaya dengan bijih timah dan getah.
KESAN 8 KEMUNCULAN SISTEM DWIEKONOMI
HURAIAN  Sektor pertanian tradisional seperti penanaman padi dan
penangkapan ikan tidak diambil berat oleh British. Pertanian
tradisional yang diamalkan oleh Orang Melayu di kawasan luar
bandar terus ketinggalan dan berbentuk sara diri.
 Muncul sistem dwiekonomi di Tanah Melayu yang terdiri
daripada kegiatan ekonomi moden yang berlandaskan eksport
di bandar dan ekonomi tradisional yang berlandaskan pertanian
sara diri di kawasan luar bandar.
PENUTUP  Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah
meningkatkan taraf ekonomi di Tanah Melayu. Akibat daripada
perkembangan ekonomi, kemajuan dan pembangunan juga
dapat dirasakan di luar bandar.
 Contohnya, Kuala Lumpur dahulunya dikenali sebagai kawasan
luar bandar, namun setelah British mengenal pasti potensi
kawasan tersebut, maka Kuala Lumpur menjadi tempat
pertemuan jalan raya dan jalan kereta api utama dan mengambil
fungsi pentadbiran.
 Jelaslah bahawa terdapat banyak perubahan yang berlaku akibat
perkembangan perusahaan bijih timah dan getah di Tanah
Melayu.

SOALAN 18 JELASKAN PERUBAHAN SISTEM PENDIDIKAN DI SABAH DAN


SARAWAK PADA ABAD KE-19 HINGGA 20M
PENDAHULUAN  Sebelum tahun 1963, perkembangan sistem pendidkan di Sabah
tidak begitu maju jika dibandingkan dengan negeri-negeri di
Tanah Melayu. Hal ini disebabkan oleh dasar pentadbiran
Syarikat Borneo Utara British (SBUB) yang tidak memberi
keutamaan kepada perkembengan pendidikan di negeri itu.
 Manakala di Sarawak pula, masyarakat tempatan dan
bumiputeranya telah pun mempunyai sisitem pendidikan sendiri
sebelum kedatangan British iaitu berbentuk formal dan tidak
formal.
 Sebelum kedatangan British, masyarakat tempatan sudah
mempunyai kesedaran tentang pentingnya pendidikan untuk
anak-anak mereka walaupun berorentasikan pengajian agama
Islam.
 Sistem pendidikan zaman penjajah lebih bersifat terpisah dengan
setiap kaum menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah
yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Sukatan

38
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

pelajaran dan kurikulum juga tidak seragam.


 Sistem pendidikan aliran inggeris dianggap terbaik dan tidak
terbuka kepada setiap orang.Pendidikan inggeris hanya
dikhaskan pada golongan bangsawan sebagai saluran untuk
melatih mereka menceburi diri ke dalam perkhidmatan awam
selepas tamat pengajian.
PERUBAHAN SISTEM PENDIDIKAN DI SABAH
FAKTA 1 SEKOLAH MUBALIGH KRISTIAN
HURAIAN  Percubaan awal dilakukan oleh Gabenor W.H Treacher dengan
mendirikan sekolah agama, tetapi gagal kerana tidak mendapat
sokongan daripada penduduk yang beragama Islam. Mereka
mencurigai tujuan W.H Treacher. Sekolah pertama yang telah
didirikan di negeri Sabah pada awal abad ke-19 terletak di
daerah Sandakan, yang telah ditubuhkan oleh mubaligh Roman
Katolik dan dinamakan sebagai Institut Bryon.
 Namun apabila sebuah Jabatan Pelajaran dibentuk , nazir-nazir
telah ditempatkan di kawasan-kawasan Pantai Timur dan Barat
Sabah bagi mengawasi perkembangan sekolah persendirian
oleh golongan mubaligh Kristian dan masyarakat Cina.
FAKTA 2 SEKOLAH MELAYU
HURAIAN  Sekolah Melayu Kota Kinabalu telah didirikan pada tahun 1915
bertujuan untuk melatih anak-anak Ketua Anak Negeri.
Penekanannya lebih kepada pembelajaran Bahasa Inggeris dan
al-Quran. Sekolah Melayu yang pertama ditubuhkan di Kota
Belud pada tahun 1921. Pada tahun 1930, hanya terdapat 10
buah sekolah Melayu bagi menampung 400 orang murid.
 Sekolah Melayu di Sabah sama dengan sekolah Melayu di
Tanah Melayu yang memberi penekanan kepada latihan
jasmani, berkebun, Bahasa Melayu sebagai bahasa
penghantar,mata pelajaran Ilmu Hisab dan Kesihatan. Sekolah
Melayu hanya pada peringkat rendah sahaja.

FAKTA 3 SEKOLAH INGGERIS


HURAIAN  Sekolah Inggeris lebih tinggi mutunya jika dibandingkan dengan
sekolah lain. Pada tahun 1933, murid dari sekolah Inggeris boleh
menduduki peperiksaan Junior dan Senior Cambridge serta
berpeluang menjadi kakitangan kerajaan kolonial.
 Semua sekolah berkembang secara berasingan dan tidak
dibiayai oleh SBUB. SBUB hanya menyediakan pendidikan di
peringkat rendah sahaja. Ini disebabkan SBUB menghadapi
masalah kewangan dan menganggap bidang pendidikan tidak
mendatangkan keuntungan.
FAKTA 4 MAKTAB PERGURUAN DAN LAPORAN WOODHEAD 1953
HURAIAN  Bagi menampung keperluan tenaga pengajar untuk sistem
pendidikan di negeri Sabah, Maktab Perguruan Kent, Tuaran
telah ditubuhkan pada tahun 1952. Maktab ini telah melatih lebih
ramai guru sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah sekitar
Sabah.
 Laporan Woodhead pula merupakan satu laporan bagi

39
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

mencadangkan beberapa perkara khusus mengenai sistem


pendidikan di Sabah temasuklah Peruntukan Kewangan;
Langkah meningkatkan mutu pendidikan sekolah rendah,
menengah, vokasional dan dewasa; dan Sistem pendidikan
baharu diwujudkan di Sabah dan kerajaan bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap pengurusan sistem persekolahan.
PERUBAHAN SISTEM PENDIDIKAN DI SARAWAK
FAKTA 5 PENUBUHAN SEKOLAH OLEH BADAN PERSENDIRIAN DAN
MUBALIGH KRISTIAN
HURAIAN  Penubuhan sekolah di Sarawak pada peringkat awalnya
diusahakan oleh orang perseorangan dan mubaligh Kristian.
 Antara sekolah Inggeris yang dibuka oleh mubaligh Kristian ialah
St. Joseph School dan St. Thomas School.
FAKTA 6 PENUBUHAN SEKOLAH ALIRAN CINA
HURAIAN  Sebelum Perang Dunia 2, terdapat 21 ribu orang murid yang
belajar sekolah di Sarawak majoritinya adalah kaum Cina. Orang
Cina menyedari tentang kepentingan pelajaran kepada anak-
anak mereka.
 Oleh kerana pentadbiran Brooke tidak mengambil berat tentang
pendidikan, mereka membuka sekolah persendirian terutama di
kawasan yang majoritinya adalah keturunan Cina seperti di
Kuching, Miri, dan Sibu.
FAKTA 7 PERANAN MAJLIS TEMPATAN
HURAIAN  Pada tahun 1964, selepas Brooke menyerahkan pentadbiran
Sarawak kepada British, tanggungjawab untuk membina sekolah
rendah diserahkan kepada Majlis Tempatan.
 Walau bagaimanapun, hanya 18 buah sekolah yang berjaya
dibina dan sangat sedikit berbanding dengan yang telah dibina
oleh badan persendirian dan golongan mubaligh.
FAKTA 8 LAPORAN WOODHEAD
HURAIAN  Selepas tahun 1950-an, perkembangan pendidikan di Sarawak
semakin bertambah baik terutama setelah Laporan Woodhead
1955 yang memperakukan beberapa cadangan untuk
memperbaiki sistem persekolahan di Sabah dan Sarawak.
 Hasil laporan itu, sistem persekolahan di Sabah dan Sarawak
diperkemaskan dengan penubuhan Lembaga Pelajaran pada
tahun 1956.
 Lembaga ini dianggotai oleh orang awam bagi mewakili kaum
masing-masing dengan Setiausaha Majlis Tempatan dilantik
menjadi Pengerusi dan Pengarah Pelajaran sebagai ahli.
PENUTUP  Sebagai kesimpulannya, perkembangan pendidikan di Sabah
dan Sarawak berkembang agak lambat berbanding di Tanah
Melayu. Ini adalah disebabkan oleh sikap penjajah British yang
tidak berniat serius untuk memberikan pendidikan kepada
penduduk tempatan. Walau bagaimanapun, kesedaran terhadap
kepentingan pendidikan timbul selepas kedua-dua negeri ini
mencapai kemerdekaan daripada British.

40
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

SOALAN 19 BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI


DASAR PENDIDIKAN NEGARA SELEPAS MERDEKA
PENDAHULUAN  Secara amnya, tidak terdapat sistem pendidikan kebangsaan di
Tanah Melayu semasa penjajahan British. Dasar British yang
kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan telah
membawa kepada pengenalan sistem pendidikan vernacular.
 Lima aliran sekolah yang berbeza telah wujud semasa
penjajahan British, iaitu sekolah agama Islam, sekolar vernacular
Melayu, Cina, Tamil dan aliran Inggeris.
 Selepas Perang Dunia Kedua , kerajaan British telah berusaha
untuk memperbaiki sistem pendidikan di Negara ini.
DASAR 1 AKTA PELAJARAN 1961
HURAIAN  Semua syor dalam Laporan Rahman Talib digubal dan diterima
sebagai Akta Pelajaran 1961.
 Pada tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran
ditubuhkan untuk meneliti kembali Penyata Razak dan Ordinan
Pelajaran yang mendapat bantahan sesetengah pihak dalam
masyarakat.
 Encik Abdul Rahman bin Talib selaku Menteri Pelajaran ketika itu
telah menghasilkan satu laporan yang dikenali sebagai Penyata
Rahman Talib.
 Beberapa cadangan tambahan diusulkan untuk memantapkan
lagi kandungan Penyata Rahman Talib.
CONTOH  Penyata Rahman Talib mencadangkan umur persekolahan
dinaikkan daripada 12 tahun kepada 15 tahun untuk
mengelakkan masalah pengangguran dan sosial akibat berhenti
sekolah pada usia yang awal.
DASAR 2 JAWATANKUASA KABINET MENGKAJI DASAR PELAJARAN
KEBANGSAAN 1979
HURAIAN  Pada tahun 1979, Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan
jawatankuasa kabinet yang telah dipengerusikan oleh Menteri
Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, iaitu Dr.
Mahathir Mohammad.
 Laporan ini bertujuan untuk mengkaji semula Dasar Pelajaran
Kebangsaan supaya selaras dengan keperluan semasa negara
dengan mempertimbangkan pelbagai aspek seperti keperluan
tenaga kerja, pembangunan negara dan identiti kebangsaan.
 Jawatankuasa kabinet telah menjalankan kajian selama lima
tahun dan laporannya diterbitkan pada tahun 1979. Sepanjang
tempoh itu, sebnayak 302 memorandum telah diterima daripada
badan-badan politik (19) organisasi dan pelbagai kumpulan lain
(101) serta 182 lagi daripada orang perseorangan.
 Pendidikan ko-kurikulum dan disiplin juga ditekankan sebagai
asas ke arah mewujudkan perpaduan yang dimulakan di
peringkat persekolahan.

41
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

CONTOH  Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982,


menekankan tiga kemahiran asa , iaitu membaca , menulis dan
mengira.

DASAR 3 AKTA PENDIDIKAN 1996


HURAIAN  Diperkenankan oleh YDPA setelah diluluskan Parlimen pada 15
Julai 1996. Diwartakan 1 Ogos 1996 dan dikuatkuasakan 31
Disember 1997.
 Dikenali juga sebagai Akta 550 yang digubal bagi
memansuhkan Akta Pelajaran 1961 dengan tujuan untuk
melaksanakan dasar pendidikan negara yang berasaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
 Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
diperkukuhkan dengan diperuntukkan sebagai bahasa pengantar
utama dalam sistem pendidikan kebangsaan.
 Dengan adanya akta ini, sistem pendidikan kebangsaan
dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari
segi kualiti utk mencapai aspirasi Negara seperti yang termaktub
dalam Wawasan 2020 dan semangat 1Malaysia.
CONTOH  Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib disemua sekolah
dan institusi pendidikan, kecuali di sekolah jenis kebangsaan
atau institusi pendidika42n yang dikecualikan.
PENUTUP  Usaha British terhadap sistem pendidikan sebelum merdeka
telah membawa banyak perubahan kepada sistem pendidikan di
negara kita.

SOALAN 20 BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA


PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI TANAH MELAYU
PENGENALAN  Pada awal abad ke – 20, masyarakat majmuk muncul di Tanah
Melayu akibat perkembangan ekonomi British. Penghijrahan
orang Cina dan orang India ke Tanah Melayu telah mewujudkan
tiga kumpulan masyarakat di Tanah Melayu. Orang Melayu
merupakan penduduk peribumi di Tanah Melayu.
 Menurut J.S Furnival, masyarakat majmuk didefinisikan sebagai
satu kelompok masyarakat di mana tidak wujud interaksi atau
perhubungan dalam kalangan kaum. Golongan imigran Cina dan
India datang ke Tanah Melayu atas beberapa faktor. Antaranya
ialah perkembangan perlombongan bijih timah dan industri getah
yang memerlukan buruh, maka orang Cina dan orang India
dibawa masuk ke Tanah Melayu.
 Mereka dibawa masuk melalui beberapa cara seperti tiket kredit,
sistem kangani dan ejen.
 Terdapat banyak faktor yang mendorong pembentukan
masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Ketiga – tiga kumpulan
etnik ini hidup berasingan kerana terdapat beberapa halangan.
FAKTOR 1 PERBEZAAN FUNGSI EKONOMI

42
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

HURAIAN  Antara faktor yang mendorong pembentukan masyarakat


majmuk di Tanah Melayu ialah perkembangan ekonomi kapitalis
yang menyebabkan perbezaan dalam fungsi ekonomi.
Perbezaan fungsi ekonomi membawa kepada pengalaman kaum
mengikut kegiatan ekonomi mereka.
 Perkembangan ekonomi komersial didorong oleh golongan
imigran Cina yang terlibat dalam bidang perniagaan dan
perlombongan bijih timah. Imigran India pula tertumpu di
kawasan ladang getah dan sebilangannya tinggal di bandar
untuk bekerja sebagai kerani dan buruh di pelabuhan.
 Orang Melayu masih kekal dalam sistem ekonomi tradisional
dengan bekerja sebagai petani dan nelayan. Perbezaan dalam
fungsi ekonomi telah memisahkan ketiga – tiga kaum tersebut
dan secara tidak langsung mewujudkan masyarakat majmuk.
FAKTOR 2 DASAR PECAH DAN PERINTAH BRITISH
HURAIAN  British mengamalkan dasar pecah dan perintah demi menjaga
kepentingan politik dan ekonomi mereka di Tanah Melayu.
 British ingin terus mengekalkan orang Melayu dalam ekonomi
tradisional kerana tidak mahu masyarakat Melayu terdedah
kepada pengaruh luar.
 British berasa bimbang jika pendedahan kepada pengaruh luar
akan melahirkan golongan penentang dalam masyarakat Melayu.
 British juga menggalakkan kemasukan pelabur asing dan
penghijrahan golongan buruh dari Cina dan India yang terlibat
dalam ekonomi moden.
 British tidak menggalakkan sebarang usaha asimilasi dalam
kalangan tiga kaum di Tanah Melayu pada masa itu.

FAKTOR 3 AMALAN BUDAYA YANG BERBEZA


HURAIAN  Masyarakat majmuk juga wujud apabila ketiga – tiga kaum
mengamalkan budaya yang berbeza. Orang Cina yang berhijrah
ke Tanah Melayu bertumpu di kawasan perlombongan bijih timah
di sekitar Kuala Lumpur, Ipoh dan Seremban.
 Mereka hidup berkelompok dalam puak masing – masing.
Hubungan sosial dalam kalangan puak Cina juga tidak erat
kerana mempunyai dialek yang berbeza. Orang India pula terdiri
daripada pelbagai kumpulan etnik yang berbeza seperti Tamil,
Telegu, Punjabi dan sebagainya.
 Setiap kelompok ini menggunakan bahasa masing – masing,
maka pergaulan antara mereka juga tidak erat. Setiap kumpulan
masyarakat hidup secara berasingan.
 Mereka terus mengekalkan budaya masing – masing seperti
pakaian, adat resam, makanan, tradisi dan perayaan.
FAKTOR 4 SISTEM PENDIDIKAN
HURAIAN  Setiap masyarakat juga mempunyai sistem pendidikannya yang
tersendiri. Sistem pendidikan tersebut mengukuhkan lagi sifat
kemajmukan masyarakat di Tanah Melayu.
 Masyarakat peribumi, iaitu orang Melayu mendapat pendidikan
berdasarkan agama Islam di sekolah-sekolah pondok. British

43
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

juga menubuhkan sekolah-sekolah Melayu. Sistem pendidikan


tempatan kurang berkualiti. Masyarakat tempatan hanya diajar
membaca, menulis dan mengira.
 Pendidikan orang Cina pula berasaskan negara China dan
menggunakan bahasa pengantar bahasa Cina. Guru-guru,
sukatan pelajaran dan buku – buku digunakan juga dibawa dari
negara China.
 Orang India pula menubuhkan sekolah-sekolah Tamil di ladang –
ladang untuk memberikan pengetahuan asas kepada orang
India. Mata pelajaran yang diajar juga berdasarkan negara India.
FAKTOR 5 PERBEZAAN AGAMA
HURAIAN  Satu lagi faktor yang mendorong pembentukan masyarakat
majmuk ialah perbezaan agama. Setiap kumpulan etnik
menubuhkan institusi dan tempat beribadat masing – masing.
 Masyarakat Melayu yang beragama Islam membina surau dan
masjid.
 Masyarakat India yang beragama Hindu pula membina kuil di
ladang – ladang untuk beribadat dan menjalankan upacara
keagamaan.
 Masyarakat Cina yang mengamalkan agama Buddha dan
menyembah nenek moyang pula membina tokong dan pagoda
mereka di bandar.
 Setiap kaum menubuhkan institusi sosial dan persatuan masing-
masing untuk menjaga kepentingan sendiri. Penubuhan
persatuan – persatuan tidak rasmi juga mampu melindungi dan
mengekalkan identiti setiap kaum di Tanah Melayu.
PENUTUP  Pembentukan masyarakat majmuk yang wujud semasa
penjajahan British hanya diubah setelah Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan. Perubahan tersebut berlaku sebagai langkah
Bristish untuk memberikan kemerdekaan. Perpaduan rakyat
yang berbilang kaum dapat menjamin kepentingan ekonomi dan
pelaburan British di Tanah Melayu.

SOALAN 21 BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR DAN CARA-CARA


PENGHIJRAHAN MASYARAKAT CINA DAN INDIA DI TANAH
MELAYU ABAD KE-19 HINGGA KE-20M.
PENDAHULUAN  Kebanyakan buruh Cina yang datang ke Tanah Melayu adalah
berasal dari selatan China, terutamanya dari wilayah Kwangtung
dan Fukien. Sementara, buruh India pula kebanyakannya datang
dari selatan India iaitu dari Negapatam dan Madras.
 Justeru, perbincangan ini bermula dengan sebab kedatangan
buruh Cina dan India dari faktor penolak dari negara asal
masing-masing dan faktor penarik yang ada di bumi dan yang
mempengaruhi kedatangan mereka ke Tanah Melayu.
Kemudian, diikuti dengan bagaimana cara kemasukan mereka ke
Tanah Melayu.
FAKTOR 1 FAKTOR KEMASUKAN BURUH CINA KE TANAH MELAYU
HURAIAN  FAKTOR PENOLAK DI NEGARA ASAL:

44
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

1. SEBAB EKONOMI:

 Penghijrahan atau yang dikatakan imigrasi ini berlaku


disebabkan oleh permasalahan ekonomi yang teruk yang telah
berlaku di China, masalah yang dihadapi di China adalah seperti
bencana alam yang sering melanda China seperti banjir besar
yang telah menghancurkan industri pertanian yang menjadi teras
utama kepada kegiatan ekonomi kebanyakan masyarakat China.
 Kejadian bencana alam seperti gempa bumi, banjir dan kemarau
yang melanda China telah menyebabkan masyarakat Cina yang
kebanyakannya mengamalkan cara hidup berorientasikan
pertanian telah mengalami masalah seperti berlakunya krisis
ekonomi serta masalah kebuluran.
 Faktor penolak kemasukan buruh Cina turut dipengaruhi oleh
dasar kerajaan China sendiri yang turut menggalakkan rakyatnya
berhijrah ke negara lain.

2. SEBAB SOSIAL:

 Selain itu, pertambahan penduduk atau lebihan penduduk di


China yang tidak terkawal telah menyebabkan permintaan
masyarakat China untuk memenuhi kekosongan tenaga kerja
sama ada dalam bidang profesional ataupun tidak, telah melebihi
kuantiti penawaran pekerjaan oleh kerajaan China.
 Sebagai contoh, penduduk Cina berjumlah 181 juta pada tahun
1751 telah bertambah menjadi 432 juta pada tahun 1851.
 Serentak dengan itu, Kerajaan Manchu juga turut mengenakan
cukai yang tinggi untuk menanggung perbelanjaan
pentadbirannya.
 Ramai petani tidak dapat membayar cukai dan terpaksa menjual
tanahnya. Akibatnya, 60-90% daripada petani kehilangan tanah.

3. SEBAB POLITIK:

 Keadaan politik di China yang tidak stabil juga telah


menggalakkan kedatangan orang-orang Cina ke Tanah Melayu
lebih-lebih lagi Dinasti Manchu yang menguasai China pada
tahun 1644 mengamalkan dasar diskriminasi terhadap penduduk
Cina tempatan.
 Orang-orang Cina yang tidak puas hati sering melancarkan
pemberontakan untuk menggulingkan Kerajaan Manchu.
 Salah satu pemberontakan yang terkenal ialah Pemberontakan
Taiping (1850-1864). Pemberontakan ini dipimpin oleh Hung
Hsiu-Chuan tetapi pemberontakannya itu telah menemui
kegagalan untuk menggulingkan Kerajaan Manchu.
 Disebabkan oleh peristiwa pemberontakan tersebut, kerajaan
China telah bertindak dengan lebih tegas dan kejam untuk

45
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

memadamkan perasaan tidak puas hati rakyat. Keadaan ini


menyebabkan ramai orang Cina terpaksa melarikan diri daripada
menjadi mangsa kekejaman Kerajaan Manchu. Masyarakat Cina
daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup
penuh kemiskinan dan penderitaan.
 Oleh itu,mereka dengan rela hati datang ke Tanah Melayu
kerana British pada masa ini menjanjikan peluang pekerjaan
yang penuh kepada orang Cina

FAKTOR PENARIK DI TANAH MELAYU

1. PELUANG EKONOMI DI TANAH MELAYU

 Bagi faktor penarik pula, peluang ekonomi yang banyak di Tanah


Melayu telah mendorong kedatangan buruh Cina ke Tanah
Melayu.
 Negeri-negeri Selat menjadi pangkalan mereka memasuki
kawasan perlombongan di negeri-negeri Melayu dan bekerja di
sektor perniagaan, pertanian dan perladangan seperti di ladang-
ladang gambir, lada hitam dan tebu.
 Faktor ekonomi adalah faktor utama yang mendorong
kemasukkan buruh asing terutamanya bagi menjayakan
perusahaan bijih timah dan pertanian di bawah Sistem Kangcu.
 Di bawah Sistem Kangchu, orang Cina diberi tanah untuk
mengerjakan pertanian terutamanya lada hitam.
 Menjelang abad ke-19 dan awal abad ke-20, kehadiran modal
asing dalam perusahaan getah dan bijih timah adalah faktor
terpenting kepada penigkatan buruh asing ke Tanah Melayu.

2. GALAKAN KERAJAAN BRITISH

 Galakkan daripada kerajaan British juga merupakan faktor


penarik kemasukan buruh-buruh Cina. British menggalakkan
kedatangan orang Cina dengan menyediakan pelbagai
kemudahan seperti subsidi tambang, jaminan keselamatan dan
sebagainya memandangkankeperluan tenaga buruh yang murah
dan banyak.
 Selain itu, kerajaan British telah memperkenalkan undang-
undang dan peraturan emigresen di Tanah Melayu bagi
mempercepatkan kemasukan tenaga buruh dari luar. Keadaan ini
mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan menarik minat buruh
asing untuk datang ke Tanah Melayu.

CARA PENGHIJRAHAN MASYARAKAT CINA KE TANAH


MELAYU

1. SISTEM KREDIT

 Berhubung dengan sistem penghijrahan yang diamalkan,


terdapat beberapa cara atausistem yang diamalkan oleh

46
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

beberapa pihak yang bertanggungjawab. Antaranya ialah melalui


sistem kredit yang merupakan sistem terawal dalam membawa
imigran dari China ke Tanah Melayu.
 Orang yang tidak mampu membayar tambang sendiri dibiayai
secara hutang olehseorang ejen. Mereka terikat dengan
perjanjian untuk bekerja bagi suatu tempoh masa sehingga
hutang mereka dijelaskan.
 Kumpulan imigran ini dikenali sebagai “singkheh” dan mereka
menjadi bebas setelah habis mambayar hutang tambang
perjalanan mereka. Ejen atau orang tengah akan menggunakan
pelbagai cara sekalipun untuk membawa seberapa banyak
rakyat China datang ke Tanah Melayu dan ini menjadikan
komisen mereka meningkat sekali gus memperoleh keuntungan
yang besar.

2. SISTEM KANGCU

 Selain itu, terdapat juga buruh Cina datang ke Tanah Melayu


melalui cara persendirian iaitu melalui bantuan rakan atau ahli
keluarganya ataupun dengan perbelanjaan sendiri. Ramai yang
masuk melalui cara ini apabila Kerajaan China memansuhkan
undang-undang menyekat penghijrahan penduduk pada tahun
1897.
 Sistem Kangcu pula telah diperkenalkan oleh Temenggung
Ibrahim di Johor untuk menggalakkan orang Cina berpindah dan
menetap kekal di Johor.
 Di bawah sistem Kangcu, orang Cina digalakkan masuk dan
membuka ladang-ladang lada hitam, gambir, kopi, teh, sayur-
sayuran dan bunga cengkih.

FAKTOR 2 FAKTOR KEMASUKAN BURUH INDIA KE TANAH MELAYU


HURAIAN FAKTOR PENOLAK DI NEGARA ASAL INDIA

1. BENCANA ALAM:
 Masalah yang dihadapi oleh orang India ini adalah seperti
bencana alam yang sering berlaku di India. Kejadian bencana
alam yang berlaku ini telah menimbulkan penderitaan yang teruk
kepada penduduk India yang berada di kawasan itu.
 Dataran Tinggi Deccan dan India Selatan contohnya, sering
mengalami bencana alam seperti kemarau yang akan
merosakkan hasil-hasil tanaman. Keadaan yang berlaku ini telah
menyebabkan hasil pertanian tidak mencukupi serta sumber
bekalan makanan mereka semakin merosot.
 Hal ini telah menyebabkan berlakunya peristiwa kebuluran
masyarakat India pada pertengahan abad ke-19 di India

2. PENINDASAN TUAN TANAH

 Selain itu, faktor penindasan Tuan Tanah terhadap masyarakat

47
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

India turut mempengaruhi kedatangan buruh India . Negara India


merupakan sebuah wilayah yang luas, namun begitu tidak
kesemua rakyatnya yang mempunyai tanah sendiri.
 Sekiranya dibandingkan dengan petani-petani di Tanah Melayu,
petani-petani di Tanah Melayu mempunyai tanah sendiri untuk
diusahakan walaupun masyarakat di Tanah Melayu berada
dalam keadaan yang miskin.
 Kebanyakan petani di India pula terpaksa mengusahakan tanah
yang dimiliki oleh tuan-tuan tanah yang sering mengenakan cukai
yang tinggi kepada mereka.
 Sebagai contoh, terdapat tuan tanah yang meletakkan 80%
daripada hasil tanaman mereka sebagai bayaran sewa tanah
tersebut. Hal ini telah menyebabkan golongan masyarakat di
India semakin menderita.

3. PERTAMBAHAN PENDUDUK YANG PESAT DAN


PENINDASAN KASTA DI INDIA

 Pertambahan penduduk yang tinggi juga faktor penolak


kedatangan buruh India. Sebagai contoh, pada tahun 1845,
penduduk India berjumlah 131 juta dan meningkat kepada 390
juta pada tahun 1941.
 Penindasan kasta yang teruk juga berlaku di India. Penindasan
kasta ini juga turut mendorong orang India datang ke Tanah
Melayu. Mengikut Arasaratnam dalam bukunya Indians in
Malaysia and Singapore, lebih 1/3 daripada jumlah orang India
yang berhijrah dari India Selatan ke Tanah Melayu pada tahun
1931 adalah terdiri daripada kasta-kasta yang rendah. Dalam
sistem kasta ini, Kasta tertinggi ialah Brahmin, kedua Kastranya,
ketiga Vaisya dan akhir sekali Sundra.
 Kebanyakan orang India yang datang ke Tanah Melayu ini terdiri
daripada golongan kasta Sundra. Peluang ekonomi yang luas
dan banyak di Tanah Melayu terutamanya dalam sektor
pertanian telah menggalakkan kedatangan orang-orang India ke
Tanah Melayu.
 Keperluan tenaga buruh dalam sektor pertanian di Tanah Melayu
seperti getah, tebu, kopi dan sebagainya adalah merupakan
faktor utama kemasukan orang India ke Tanah Melayu.

FAKTOR PENARIK DI TANAH MELAYU

1. PELUANG BEKERJA DI LADANG-LADANG GETAH DI TANAH


MELAYU.

 Peluang ekonomi di Tanah Melayu terutamanya dalam


perusahaan getah telah menggalakkan kedatangan buruh India
ke Tanah Melayu. Perkembangan pertanian ladang telah
mewujudkan banyak peluang pekerjaan sekali gus mendorong
kedatangan imigran asing ini ke Tanah Melayu secara besar-
besaran.

48
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

 Permintaan yang tinggi terhadap getah untuk menghasilkan


pelbagai jenis barang seperti tayar, kasut, penebat barangan
elektrik di Eropah dan Amerika Syarikat telah menggalakkan
kerajaan Inggeris mengusahakan penanaman getah secara
besar-besaran.
 Keperluan ini semakin mendesak apabila orang-orang Melayu
tidak gemar untuk berladang getah. Oleh sebab itu, orang India
dibawa masuk untuk bekerja di ladang-ladang getah.
 Selain itu, permintaan buruh India semakin banyak, akibat
daripada Revolusi Perindustriandi Eropah yang menginginkan
bekalan mentah yang banyak.

2. GALAKAN KERAJAAN BRITISH

 Galakan daripada Kerajaan British juga merupakan faktor penarik


bagi buruh India keTanah Melayu. Hal ini kerana, buruh dari India
sanggup bekerja walaupun dibayar gaji yang rendah.
 Selain menjadi buruh di ladang-ladang , mereka juga diambil
bekerja untuk membina jalan raya dan jalan kereta api.
 Orang Tamil dari India Selatan yang berpendidikan Inggeris pula
diambil menjadi kerani dalam perkhidmatan kerajaan atau
bertugas di ladang-ladang.

3. PELUANG BEKERJA DALAM BIDANG PROFESIONAL DI


TANAH MELAYU

 Di samping itu, imigran India ada juga dilantik dalam bidang


profesional sebagai profesional sebagai guru, doktor, kerani dan
sebagainya.
 Kebanyakan golongan terpelajar ini datangnya terdiri daripada
kaum Tamil Ceylon (Sri Lanka). Pada tahun 1920-an kestabilan
politik di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan orang-
orang India.
 Di samping itu, adanya koordinasi di antara Kerajaan British di
Tanah Melayu dan Kerajaan British di India telah memudahkan
lagi kemasukan orang India di Tanah Melayu. Kejayaan orang-
orang India yanglebih awal datang ke Tanah Melayu juga telah
mendorong kepada kemasukan lebih ramai orang India.

CARA KEMASUKAN BURUH INDIA KE TANAH MELAYU

1. SISTEM KONTRAK

 Buruh-buruh India dibawa masuk untuk bekerja di Tanah Melayu


adalahmelalui sistem buruh kontrak. Sistem ini dapat disamakan
dengan sistem yang digunakan untuk mengambil orang Cina iaitu
sistem kredit. Mereka diwajibkan bekerja dengan majikan itu
untuk satu tempoh masa tertentu, biasanya lima tahun.

2. SISTEM KANGANI

49
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

 Selain melalui sistem ini, buruh India juga turut diambil bekerja
melalui sistem Kangani. Sistem ini akan dikawal oleh seorang
Kangani yang bekerja dengan majikan dan akan menjalankan
proses merekrut pekerja yang didapati berkebolehan.
 Sistem Kangani berjaya menggalakkan kemasukan lebih ramai
tenaga buruh India dan kebanyakannya datang secara
berkeluarga.
 Berlaku juga unsur penindasan apabila majikan akan
menyerahkan gaji kepada Kangani untuk diserahkan kepada
pekerja dan Kangani akan mengambil kesempatan terhadap
pekerja.

PENUTUP  Dapat disimpulkan setelah kemasukan buruh Cina dan India


pada abad ke-19 yangdisebabkan oleh faktor penolak dan faktor
penarik, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk
yang berbilang kaum di Malaysia.
 Kedatangan imigran Cina, India dan imigran ke Tanah Melayu
telah membentuk satu masyarakat majmuk serta organisasi
sosial dan budaya yang berbeza.
 Justeru wujud masyarakat yang berlainan kaum, ras, etnik dan
bangsa di Malaysia.Kedatangan golongan ini juga telah
mengubah corak dan sistem sosial Tanah Melayu dan
masyarakat melayu pada ketika itu.
 Selain itu datangnya buruh-buruh asing ini telah menjadikan
Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adat resam,
bahasa, latar belakangkebudayaan yang berlainan. Kemajmukan
ini juga telah menyebabkan negara ini menjadi tarikan
masyarakat luar.

SOALAN 22 HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN GERAKAN


NASIONALISME DI TANAH MELAYU
PENDAHULUAN  Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan
negara yang membawa kepada gerakan membebaskan
tanah air.
 Nasionalisme tidak hanya terhad kepada pembebasan kuasa
politik sahaja, tetapi juga pembebasan daripada cengkaman
ekonomi dan budaya asing.
 Selain itu, gerakan nasionalisme di Tanah Melayu adalah sama
dengan gerakan di Negara Asia lain kecuali Thailand. Namun,
gerakan ini merupakan satu tindak balas terhadap penjajahan
asing.
 Oleh itu, gerakan nasionalisme lazimnya dikaitkan dengan
hasrat untuk menegakkan nilai dan institusi-institusi yang dapat
mencerminkan konsep Negara yang bebas dan berdaulat.
FAKTOR 1 PENGARUH AGAMA ISLAM
HURAIAN  Pengaruh Agama Islam merupakan salah satu faktor gerakan
nasionalisme di Tanah Melayu. Peranan Agama Islam sebagai

50
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

penggerak kepada gerakan kesedaran orang Melayu tidak


boleh dinafikan.
 Pada awal kurun-20, semangat kebangsaan dibangkitkan oleh
golongan pelajar yang mendapat pendidikan di Timur Tengah,
khususnya di Mesir. Pelajar yang menuntut di Universiti Al-
Azhar telah terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang
dibawa oleh Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh
Muhammad Abduh.
 Mereka memulakan Gerakan Islah setelah kembali ke Tanah
Melayu. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda. Idea
pembaharuan Kaum Muda itu disebar melalui majalah Al-Imam.
Melalui majalah ini orang Melayu mulai sedar akan kepentingan
pendidikan dan ekonomi mereka.
FAKTOR 2 PERANAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN
HURAIAN  Faktor yang seterusnya adalah peranan Bahasa dan
Kesusasteraan. Golongan nasionalisme di Tanah Melayu
menggunakan Bahasa dan kesusasteraan, sama ada dalam
bentuk cerpen, novel puisi atau syair untuk membangkitkan
semangat kebangsaan dalam kalangan orang Melayu.
 Melalui kesusasteraan penulis berusaha menyedarkan orang
Melayu tentang kemunduran dan membangkitkan semangat
mereka untuk bersatu padu.
 Contohnya, Syed Syeikh al-Hadi dalam novelnya yang terkenal,
iaitu Hikayat Faridah Hanum memperjuangkan emansipasi
wanita. Selain itu, Ishak Haji Muhammad dalam cerpennya, iaitu
Rumah Besar Tiang Seribu dan juga melalui novel beliau, iaitu
Putera Gunung Tahan.
 Hal ini kerana, sikap anti-penjajahan Ishak Haji Muhammad
dapat dilihat melalui penceritaan beliau tentang kelemahan
pemimpin Melayu dan ketidakjujuran British dalam pemeritahan
di negeri-negeri Melayu.

FAKTOR 3 PENGARUH KEWARTAWANAN


HURAIAN  Bukan itu sahaja, pengaruh kewartanan juga adalah salah satu
faktor kemunculan gerakan nasionalisme. Pada tahun 1990-an
dan 1930-an, bilangan akhbar dan majalah semakin bertambah
kerana masyarakat Melayu sedar akan kepentingan media
cetak sebagai alat pembuka fikiran.
 Melalui majalah Al-Imam, Kaum Muda menjelaskan perjuangan
mereka. Antara akhbar dan majalah Melayu yang
membincangkan gerakan politik orang Melayu ialah Idaran
Zaman, Saudara, Warta Malaya, dan Majlis.
 Semua akhbar ini memperdebatkan soal penubuhan persatuan
Melayu, dasar desentralisasi dan Malayan Union. Namun, Majlis
merupakan akhbar kebangsaan yang pertama memainkan
kesedaran dan mendesak orang Melayu agar bergiat cergas
dalam pergerakan politik.
FAKTOR 4 PERANAN PENDIDIKAN
 Di samping itu, peranan pendidikan adalah faktor yang keempat

51
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

dalam faktor kemunculan gerakan nasionalisme. Peranan


pendidikan adalah perkembangan pendidikan yang telah
melahirkan golongan intektual yang memainkan Melayu pada
awal abad ke-20.
 Sistem pendidikan agama, sistem pendidikan yang dikenali
sebagai sistem pondok. Pondok memainkan peranan penting
sebagai pusat pendidikan dalam kalangan masyarakat Melayu.
Selepas tamat pengajian di pondok, ramai orang akan
melanjutkan pendidikan ke Timur Tengah, sama ada di Makkah
atau di Mesir.
 Semasa di Timur Tengah mereka dipengaruhi oleh Gerakan
Reformis Islam yang dianjurkan oleh Syeikh Muhammad
Abduh, iaitu pensyarah Universiti Al-Azhar.
 Selain itu, sistem pendidikan Inggeris. Perkembangan sistem
pendidikan Inggeris di Tanah Melayu dan Singapura telah
melahirkan golongan intelektual berpendidikan Inggeris. Mereka
yang berada di Singapura
FAKTOR 5 PERANAN GOLONGAN INTEKTUAL
 Faktor yang terakhir adalah faktor peranan golongan
intektual. Al-Imam yang mula-mula sekali meniupkan seruan
dakwa Islamia di Tanah Melayu tidak mungkin muncul tanpa
sokongan serta idea tokoh yang mempelopori Gerakan Islah.
 Golongan intelektual ini yakin bahawa umat Islam masih boleh
diselamatkan sekiranya diberi petunjuk pada hakikat ajaran
Islam yang sebenar berdasarkan apa yang termaktub dalam al
Quran dan Hadis.
 Selain itu, Kaum Muda menggesa mewujudkan sistem
pendidikan agama yang lebih liberal dengan memasukan
bahasa Inggeris dan mata pelajaran moden di samping bahasa
Arab. Gerakan Islah oleh Kaum Muda hanya dapat berkembang
di Negeri-negeri Selat kerana undang-undang dikeluarkan di
Negeri-negeri Melayu untuk menghalang pengaruh Kaum Muda.
 Seterusnya, pada pertengahan abad ke-20, perjuangan
golongan ini semakin pudar. Perjuangan nasionalisme tersebut
telah diambil alih oleh golongan intelektual berpendidikan
Inggeris dan Melayu.
PENUTUP  Menjelang awal abad ke-20, berlaku berpendudukan di Tanah
Melayu, iaitu penghijraan beramai-ramai imigran Cina dan India
akibat perkembangan ekonomi Tanah Melayu yang pesat.
 Pada masa yang sama, beberapa peristiwa yang berlaku di
dunia turut membangkitkan kesedaran bangsa Melayu tentang
kemunduran mereka.

52
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

SOALAN 23 BINCANGKAN PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL DALAM


GERAKAN NASIONALISME DI TANAH MELAYU
PENDAHULUAN  Nasionalisme merupakan perasaan cintakan bangsa dan
negara yang membawa kepada gerakan membebaskan
tanah air.
 Gerakan ini merupakan satu tindak balas terhadap penjajahan
asing dengan menegakkan nilai dan institusi-institusi yang dapat
mencerminkan konsep negara yang bebas dan berdaulat.
 Golongan intelektual merupakan golongan yang membekalkan
kepimpinan untuk mewujudkan satu gerakan kebangsaan di
Tanah Melayu.
GOLONGAN 1 GOLONGAN INTELETUAL BERPENDIDIKAN DI TIMUR TENGAH
HURAIAN  Antara golongan intelektual yang memainkan peranan penting
dalam membangkitkan nasionalisme di Tanah Melayu ialah
golongan intelektual berpendidikan di Timur Tengah.
 Golongan ini terdiri daripada Syeikh Muhammad Tahir
Jalaluddin dan Syeikh Muhammad Salim Al-Kalali.
 Perjuangan golongan ini adalah melalui majalah Al-Iman iaitu
Kaum Muda.
 Golongan ini yakin bahawa umat Islam masih boleh
diselamatkan sekiranya diberi petunjuk kepada hakikat dan
ajaran Islam yang sebenar.
GOLONGAN 2 KAUM MUDA
HURAIAN  Kaum Muda menubuhkan beberapa buah madrasah untuk
mewujudkan sistem pendidikan agama yang lebih liberal
dengan memasukkan bahasa Inggeris dan mata pelajaran
moden di samping bahasa Arab.
 Walau bagaimanapun, idea pembaharuan yang dilakukan oleh
Kaum Muda mendapat tentangan daripada Kaum Tua.
GOLONGAN 3 GOLONGAN INTELETUAL BERPENDIDIKAN INGGERIS
HURAIAN  Golongan intelektual berpendidikan Inggeris merupakan
perjuangan yang muncul apabila orang Melayu bimbang
penguasaan ekonomi oleh bangsa asing. Golongan ini juga
merupakan golongan yang bersikap sederhana dan sanggup
bekerjasama dengan pihak penjajah.
 Antara golongan intelektual berpendidikan Inggeris ialah Raja
Chulan, Dato’ Abdullah bin Haji Dahlan, Dato’ Onn bin Jaafar
dan Mohammad Eunos bin Abdullah.
 Kesatuan Melayu Singapura yang ditubuhkan oleh Mohammad
Eunos bin Abdullah bertujuan untuk memajukan orang Melayu
dalam sistem pendidikan dan bidang politik.
GOLONGAN 4 GOLONGAN INTELEKTUAL BERPENDIDIKAN MELAYU
HURAIAN  Golongan intelektual berpendidikan Melayu menyebabkan
perjuangan orang Melayu antara tahun 1937 hingga 1941 yang
berunsurkan politik dan agresif.
 Ibrahim Haji Yaakob menubuhkan Belia Malaya pada tahun

53
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

1930 bagi meningkatkan taraf hidup orang Melayu dan


menentang penjajahan British.
 Harun Aminurrashid membangkitkan kesedaran kebangsaan
melalui penulisan puisi.
 Manakala, Harun Hadi Hassan merupakan pensyarah MPSI
sentiasa menanamkan semangat nasionalisme kepada
pelajarnya.
PENUTUP  Kesimpulannya, usaha tokoh-tokoh nasionalis ini menimbulkan
kesedaran untuk membebaskan Tanah Melayu daripada
penjajahan British.
 Mereka berganding bahu bersama bagi menyumbangkan tenaga
dan fikiran untuk memajukan orang Melayu dalam bidang
ekonomi dan pendidikan.

SOALAN 24 BINCANGKAN PERANAN PENGARUH LUAR DALAM GERAKAN


NASIONALISME DI TANAH MELAYU
PENDAHULUAN  Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu merupakan tindak balas
terhadap penjajahan asing dengan hasrat untuk menegakkan
perasaan cintakan bangsa dan negara yang membawa kepada
gerakan membebaskan tanah air daripada penjajahan asing.
 Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu bermula pada abad ke-
20 disebabkan British telah memperkenalkan pelbagai
perubahan dalam sistem politik, ekonomi dan sosial.
GERAKAN 1 GERAKAN ISLAH
HURAIAN  Golongan kesedaran Melayu dipelopori oleh golongan yang
menganjurkan gerakan Islah Islamiah dari Timur Tengah pada
tahun 1906.
 Gerakan Islah Islamiah memperjuangkan Konsep Pan-
Islamisme, iaitu satu gerakan menyatukan semua umat Islam
di seluruh dunia dalam penentangan mereka terhadap
perluasan Barat.
 Gerakan ini juga mendesak umat Islam supaya kembali kepada
ajaran al-Quran dan hadis.
GERAKAN 2 GERAKAN PAN-ISLAMISME
HURAIAN  Gerakan Pan-Islamisme diperkenalkan oleh Sultan Turki yang
dianggap sebagaii Khalifah sangat dihormati oleh seluruh dunia
Islam.
 Pada tahun 1876 hingga 1909, Sultan Abdul Hamid merupakan
penyokong kuat gerakan Pan-Islamisme.
 Gerakan ini merebak di kebanyakan negara Islam termasuk
Tanah Melayu. Dunia Islam diseru supaya bersatu-padu di
bawah satu naungan empayar Turki Uthmaniyah untuk
menyekat perluasan kuasa Barat.
GERAKAN 3 GERAKAN TURKI MUDA
HURAIAN  Gerakan Turki Muda di bawah pimpinan Mustapha Kamal
Attaturk. Gerakan ini mempengaruhi golongan intelektual di
Tanah Melayu yang menganggapnya sebagai satu gerakan
nasionalisme Islam yang berjaya mengatasi kelemahan dan

54
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

kemunduran rakyat Turki.


 Di Tanah Melayu, pengaruh gerakan Turki Muda ini tersebar
dalam bidang politik pada tahun 1930.
GERAKAN 4 GERAKAN DARI INDONESIA
HURAIAN  Pengaruh gerakan dari Indonesia mempunyai impak yang sangat
besar kepada orang Melayu. Hal ini kerana, golongan intelektual
di Tanah Melayu telah membaca akhbar dan majalah dari
Indonesia.
 Sarekat Islam di Indonesia yang diketuai oleh Sayid
Muhammad yang berasal dari Johor meluaskan pengaruh di
Tanah Melayu.
 Parti Komunis Indonesia dan Parti Nasional Indonesia telah
berjaya mempengaruhi golongan nasionalis Tanah Melayu.
GERAKAN 5 GERAKAN DARI NEGARA LAIN
HURAIAN  Pengaruh dari negara lain seperti India dan China masuk ke
Tanah Melayu. Pengaruh ini bertujuan membebaskan India
daripada penjajahan British.
 Manakala, perkembangan di China seperti Revolusi China
berjaya menggulingkan kerajaan Manchu telah membangkitkan
kesedaran di Tanah Melayu.
PENUTUP  Kesimpulannya, pengaruh luar dalam gerakan nasionalisme di
Tanah Melayu memainkan peranan penting dalam
membangkitkan kesedaran dalam aspek ekonomi, sosial dan
politik dalam kalangan orang Melayu.

SOALAN 25 HURAIKAN GERAKAN ISLAH DI TANAH MELAYU ABAD KE-20


PENDAHULUAN  Pembaharuan yang diperkenalkan oleh British telah
membangkitkan kesedaran politik dalam kalangan orang Melayu.
 Pada tahun 1900-1920, golongan intelektual berpendidikan
Timur tengah memainkan peranan penting dalam gerakan
kebangsaan di Tanah melayu. Dengan itu, Golongan ini dikenali
sebagai Kaum Muda.
GERAKAN 1 GERAKAN ISLAH
HURAIAN a) Tujuan perjuangan Kaum Muda ialah memajukam kaum
Melayu melalui ajaran Islam sebenar, membebaskan Islam
daripada ajaran kuno, menyeru orang Melayu
menggunakan akal dalam mengamalkan agama mereka dan
menyedarkan orang Melayu tentang kemunduran ekonomi
dan sosial mereka.

b) Tokoh yang memainkan peranan penting ialah Sheikh Tahir


Jalaludin, Syed Sheikh al-Hadi,Haji Abbas bin Muhammad
Taha dan Sheikh Muhammad Salim al- kalali. Golongan ini
dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam di Timur Tengah
yang memerjuangkan konsep Pan-Islamis moden
membebaskan agama Islam daripada kepercayaan kuno.

c) Perjuangan kaum muda disalurkan melalui akhbar dan majalah

55
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

seperti Al-Imam, Neracha, Idaran Zaman dan Pengasuh.


Tujuan al-Imam ialah mengingatkan mana yang lalai dan
manjaga mana yang tidur dan menunjukkan mana yang sesat
dan menyampaikan suara yang menyeru kepada kebajikan.

d) Demi mencapai kemajuan dalam bidang sosial dan ekonomi,


Kaum muda memerjuangkan beberapa pembaharuan seperti:
Agama diajar dengan menggunakan akal fikiran, Kebebasan
wanita dalam bidang pendidikan dan sosial, Sistem agama yang
lebih liberal yang meliputi pengajaran Bahasa Inggeris dan mata
pelajaran moden.

e) Kaum Muda mendirikan beberapa madrasah untuk menyalurkan


idea perjuangan mereka. Contohnya, Madrasah Al- Masyhur
al- Islamiah dan Madrasah II-Ihya Assyariff. Kaum Muda
ditentang oleh Kaum Tua melalui majalah seperti Suara Benar
dan Lidah Benar. Selepas tahun 1920-an, pengaruh Kaum
Muda semakin pudar. Kepimpinan gerakan kebangsaan diambil
ahli oleh golongan intelektual yang lebih radikal. Kaum Muda
gagal mewujudkan satu gerakan massa dalam kalangan orang
Melayu.

PENUTUP  Walaupun Kaum Muda gagal mengekalkan kepimpinan gerakan


kebangsaan pada tahun 1920-an, namun Kaum Muda
memainkan peranan penting dalam membangkitkan kesedaran
social dan politik dalam kalangan orang Melayu. Perjuangan
Kaum Muda menjadi pelopor kepada gerakan kebangsaan
seterusnya.

SOALAN 26 JELASKAN SEBAB-SEBAB DAN BENTUK-BENTUK


PENENTANGAN TERHADAP MALAYAN UNION 1946.
PENDAHULUAN  Idea penubuhan Malayan Union muncul berdasarkan Piagam
Atlantik yang ditandatangani oleh Winston Churchill (Perdana
Menteri Britain) dengan Roosevelt (Presiden Amerika Syarikat)
pada Ogos 1941.
 Malayan Union dilaksanakan selepas British kembali ke Tanah
Melayu selepas Perang Dunia Kedua tamat dan mendapat
tentangan hebat daripada orang Melayu.
 Penentangan terhadap Malayan Union didorong oleh beberapa
faktor/sebab dan orang Melayu menggunakan pelbagai cara
untuk menentangnya.
SEBAB-SEBAB PENENTANGAN MALAYAN UNION
SEBAB 1 KEDAULATAN DAN KUASA SULTAN TERANCAM
HURAIAN  Dalam kerajaan Malayan Union, kedudukan sultan dikekalkan
tetapi kuasa mereka dikurangkan.
 Raja hanya menjadi ketua agama dan adat istiadat sahaja.
 Kuasa pentadbiran di tangan Gabenor yang memiliki kuasa

56
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

pembatal (veto).
 Gabenor Malayan Union menjadi Pengerusi Majlis Islam yang
mana ia telah menjatuhkan maruah dan kesucian agama Islam
kerana jawatan Pengerusi disandang oleh orang bukan Islam.
 Kehilangan kuasa sultan akan menyebabkan status Tanah
Melayu bertukar menjadi tanah jajahan pihak British.
CONTOH  Contohnya, orang Melayu bimbang sultan kehilangan kuasa politik
dan hak keistimewaan, tidak rela sultan dilucutkan kuasa politik di
negeri mereka sendiri.
SEBAB 2 PEMBERIAN TARAF KERAKYATAN LONGGAR
HURAIAN  Prinsip kerakyatan yang berdasarkan “jus soli” meningkatkan
kebencian orang bukan Melayu, khususnya kaum Cina.
 Syarat kerakyatan yang terlalu longgar membolehkan orang
bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orang Melayu.
 Orang Melayu meragui taat setia orang Cina dan India kerana
sebelum Perang Dunia Kedua tercetus, semangat nasionalisme
mereka tertumpu ke negara asal masing-masing.
CONTOH  Pelaksanaan Malayan Union akan mengakibatkan kira-kira 85%
orang Cina dan 75% orang India mendapat taraf
kewarganegaraan Tanah Melayu.
FAKTA 3 CARA SIR HAROLD MAC MICHEAL MENDAPATKAN
TANDATANGAN SULTAN
HURAIAN  Mac Micheal dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan
tandatangan Sultan dengan cara paksaan.
 Mac Micheal juga tidak memberi masa dan peluang kepada
Sultan untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri dan
pembesar masing-masing.
 Orang Melayu amat marah kerana Mac Micheal tidak
menerangkan syarat gagasan Malayan Union secara terperinci
serta mendapatkan pandangan daripada Raja-raja Melayu
sebelum Sultan menandatangani perjanjian.
CONTOH  Mac Micheal telah memasksa sultan dengan mengugut bahawa
Baginda akan dilucutkan jawatan atas alasan bekerjasama
dengan Jepun untuk menentang British semasa Perang Dunia
Kedua.
CARA-CARA PENENTANGAN MALAYAN
CARA 1 TUNJUK PERASAAN SELURUH SEMENANJUNG TANAH
MELAYU
HURAIAN  15 Disember 1945 – Demonstrasi anjuran Persatuan Melayu
Kelantan
 19 Januari 1946 –Demonstrasi Persatuan Melayu Kedah
 01 Februari 1946 – Demonstrasi anjuran Persatuan Melayu
Kelantan
 10 Februari 1946 – Demonstrasi di Johor (termasuk kaum wanita)
CARA 2 KONGRES MELAYU SE-MALAYA
HURAIAN  Kongres ini dilaksanakan oleh Dato Onn Jaafar dan Persatuan
Melayu Selangor yang dihadiri oleh 107 orang wakil dan 56 orang
pemerhati dari 42 pertubuhan Melayu.
 Kongres diadakan bertujuan untuk menggesa British agar menarik

57
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

semula Malayan Union dan mengekalkan Tanah Melayu seperti


sedia kala sebelum 1941.
 Se-Malaya mengadakan mesyuarat tergempar dan mencapai
beberapa persetujuan.
Contoh  Orang Melayu mesti bersatu-padu menentang Malayan Union.
 Raja-raja Melayu, ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan orang Melayu
akan memulaukan Malayan Union sebagai tanda bantahan.
 Kongres bersetuju untuk menubuhkan sebuah parti politik yang
kuat untuk menentng Malayan Union.
CARA 3 SOKONGAN BEKAS PEGAWAI BRITISH
HURAIAN  Bekas pegawai British bersimpati dengan nasib orang Melayu
apabila Malayan Union dilaksanakan.
 Mereka menulis dalam akhbar Times yang menyatakan
kekesalan terhadap pengenalan Malayan Union yang tidak sesuai
dengan Tanah Melayu.
CONTOH  Antara bekas pegawai British yang menyatakan sedemikian
adalah
1. Sir Frank Swettenham
2. Sir George Maxwell
3. Sir Richard Winstad
4. Sir Cecil Clementi
KESIMPULAN  Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union beroleh
kejayaan.
 Malayan Union akhirnya dibubarkan dan digantikan dengan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

SOALAN 27 BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR DAN LANGKAH-LANGKAH


PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
PENDAHULUAN  Persekutuan Tanah Melayu dilaksanakan pada 1 Februari 1948
bagi menggantikan perjanjian Malayan Union 1946.
 Kegagalan Malayan Union membuktikan kejayaan orang Melayu
menentang penjajahan British di Tanah Melayu.
FAKTOR 1 PERPADUAN ORANG MELAYU DARI SEMUA GOLONGAN
HURAIAN  Perpaduan dalam kalangan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu
telah wujud sehingga berjaya mengatasi pihak lain yang
menyokong Malayan Union.
 Keupayaan orang melayu memujuk dan mendesak British untuk
menghidupkan semula dasar perlindungan telah membantu
mereka menolak Malayan Union.
FAKTOR 2 SIKAP POLITIK ORANG MELAYU YANG SEDERHANA
HURAIAN  Sikap politik sederhana orang melayu telah mendorong British
memulakan rundingan bagi mencari jalan penyelesaian. Orang
Melayu hanya bertindak dengan menulis rencana dalam akhbar,
berdemonstrasi, berkongres, dan memujuk Raja-Raja Melayu
supaya memulaukan Malayan Union.
 Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union tidak
dengan cara kekerasan seperti mengangkat senjata seperti yang

58
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

dibuat oleh Parti Komunis Malaya (PKM).


LANGKAH LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN PTM 1948
HURAIAN  Jawatankuasa Eksekutif yang dibentuk oleh British terdiri
daripada 12 orang ahli yang mewakili pegawai kanan British,
pemimpin UMNO, dan wakil Raja-Raja Melayu. Mesyuarat
jawatankuasa itu telah diadakan di King’s House, Kuala Lumpur.
 Terdapat lima tuntutan yang dikemukakan oleh orang Melayu
iaitu
1. UMNO dan Raja-raja Melayu menolak semua prinsip dan
struktur Malayan Union.
2. Menuntut sebuah Persekutuan berkonsepkan Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu.
3. Menolak kerakyatan terbuka dalam Malayan Union
4. Dasar perlindungan terhadap negeri Melayu dan orang Melayu
hendaklah dikekalkan
5. Menuntut supaya kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai ketua
negeri Melayu diakui serta dipulihkan semula.
PENUTUP  Perjanjian persekutuan Tanah Melayu 1948 ditandatangani pada
21 Januari 1948 antara raja-raja Melayu dengan British di King’s
House, Kuala Lumpur dan diisytiharkan pada 1 Februari 1948.
Pengenalan rakyat raja Melayu iaitu orang Melayu yang lahir di
sesebuah negeri Melayu diakui sebagai rakyat negeri tersebut
secara automatik telah membuktikan penerusan dasar
perlindungan British terhadap kedudukan istimewa orang
melayu, status-quo negeri-negeri Melayu dilindungi, kedudukan
agama Islam dan adat istiadat Melayu.
 Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa Raja yang
jelas dalam pentadbiran. Setiap negeri mengadakan
perlembagaan bertulis dengan British yang dikenali sebagai
Undang-Undang Tubuh Negeri.

59
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

SOALAN 28 HURAIKAN LANGKAH-LANGKAH KERAJAAN MENGATASI


ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM)
PENDAHULUAN  Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada tahun 1930.
Sebelum Perang Dunia Kedua, PKM bukanlah tenaga utama
dalam arena politik tempatan, malah ia hanya melibatkan diri
dalam gerakan bawah tanah secara haram.
 PKM telah beralih kepada dasar agresif apabila dasar
berpelembagaan gagal mencapai cita-cita mereka untuk
menubuhkan sebuah Republik Komunis Malaya.
 Dasar baharu yang digunakan oleh PKM ialah percubaan
mempengaruhi golongan massa menentang pemerintahan
British.
LANGKAH 1 PENGISYTIHARAN UNDANG-UNDANG DARURAT 1948
HURAIAN  Undang-undang Darurat dikuatkuasakan pada tahun 1948 dan
beberapa langkah telah dilaksanakan.
 Satu sistem pendaftaran kebangsaan diperkenalkan. Setiap
warganegara yang berumur 12 tahun ke atas wajib mendaftarkan
diri dan mempunyai kad pengenalan. Mereka mesti membawa
kad pengenalan ke mana sahaja.
 Kerajaan boleh menangkap sesiapa sahaja yang disyaki
sebagai anggota komunis, anggota Min Yuen, atau tali barut
komunis tanpa perbicaraan.
 Sekatan jalan raya diadakan untuk menghalang pergerakan
bebas komunis dan mengelakkan bekalan makanan, ubat-
ubatan, pakaian, dan senjata sampai ke tangan pihak komunis.
 Perintah berkurung dijalankan. Mereka yang didapati
berbahaya akan dibuang negeri atau dihantar balik ke China.
 Kerajaan juga mengharamkan parti-parti radikal seperti API,
AWAS, PUTERA, dan Malayan Democratic Union.
LANGKAH 2 PENGHARAMAN PKM DAN PARTI-PARTI BERHALUAN KIRI
HURAIAN  Pada 23 Julai 1948, Parti Komunis Malaya diharamkan.
 Parti-parti radikal lain yang memperjuangkan kemerdekaan
seperti API, AWAS, PETA, PERAM dan Hizbul Muslimin turut
diharamkan.
LANGKAH 3 RANCANGAN BRIGGS
HURAIAN  Leftenan Sir Harold Rowdon Briggs dilantik sebagai Pengarah
Gerakan pada bulan Mac 1950. Briggs telah mengenal pasti
bahawa matlamat utama kerajaan adalah untuk melumpuhkan
pergerakan Min Yuen dan seterusnya tentera MRLA yang berada
di hutan.
 Briggs telah melancarkan satu rancangan yang dikenali sebagai
Rancangan Briggs yang mengesyorkan penempatan semula
setinggan di kampung baharu yang merupakan sokongan
kepada mereka.
 Selain itu, Briggs mengadakan kawalan ketat ke atas bekalan
makanan dan ubat-ubatan untuk mengelakkan berlaku
penyelewengan.. Kad catuan makanan membolehkan orang

60
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

ramai membeli barangan makanan mengikut catuan yang


ditetapkan.
 Min Yuen tidak dapat menghantar bekalan makanan, ubat-
ubatan, pakaian, dan maklumat kepada pengganas komunis.
Tanpa Min Yuen, gerila-gerila komunis terpaksa keluar dari hutan
dan bertempur dengan pasukan keselamatan British.
LANGKAH 4 PENUBUHAN PASUKAN KESELAMATAN (RANCANGAN
TEMPLER)
HURAIAN  Kerajaan bertindak memperbesarkan pasukan tentera dan polis.
Pasukan Home Guard di peringkat kampung dibentuk untuk
membantu pasukan polis dan tentera menjaga keamanan dan
keselamatan.
 Kerajaan seterusnya melatih seramai 24,000 orang Mata-mata
Khas Melayu. Mereka ini dihantar mengawal ladang dan
kawasan lombong yang terpencil. Jumlah ini bertambah kepada
67,000 menjelang tahun 1952
 Kerajaan British juga bertindak membawa masuk askar dari
negara-negara Komanwel (Australia, New Zealand dan
Rhodesia) untuk memperkukuh pasukan keselamatan negara
demi membanteras ancaman komunis di Tanah Melayu.
 Pasukan ini berjaya mengebom dan melakukan serangan
hendap di kawasan yang menjadi sarang komunis terutamanya
di hutan dangan bantuan Tentera Udara British (SAS).

LANGKAH 5 PERANG SARAF (RANCANGAN TEMPLER)


HURAIAN  Perang saraf bertujuan menawan hati dan fikiran rakyat
bersama kerajaan dalam perjuangan menentang komunis.
 Antara usaha yang dijalankan adalah Kempen “Bulan Penduduk
Tanah Melayu Menentang Komunis”, Penubuhan Jawatan
Kuasa Hubungan Antara Kaum 1949, Menawarkan hadiah
kepada sesiapa yang dapat menangkap atau membunuh
pengganas komunis, Mengisytiharkan kawasan putih dan
kawasan hitam, Perjanjian dangan negara jiran, dan
Pelaksanaan Sistem Ahli.
LANGKAH 6 PROGRAM PENGAMPUNAN BERAMAI-RAMAI (RANCANGAN
TEMPLER)
HURAIAN  Sebagai langkah menggalakkan gerila komunis menyerah diri,
kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
 Sebanyak 40 juta risalah dan 12 juta pas pengampunan
diedarkan dalam pelbagai bahasa kepada rakyat. Radio Malaya
menyiarkan syarat pengampunan ini pada setiap hari.
 Gerila komunis yang menyerah diri tidak akan dihukum. Pasukan
keselamatan sedia membantu komunis yang ingin menyerah.
Mereka yang menunjukkan kesetiaan kepada Persekutuan
Tanah Melayu dan rela melepaskan aktiviti komunis mereka
dibenarkan bersama dengan keluarga mereka. Gerila komunis
yang ingin balik ke China, permintaan mereka dipertimbangkan.
LANGKAH 7 PERTEMUAN BALING 1955
HURAIAN  Pada 28 dan 29 Disember 1955, Pertemuan Baling antara wakil

61
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Tunku Abdul Rahman,


David Marshall dan Tun Tan Cheng Lock) Tandengan wakil Parti
Komunis Malaya (Chin Peng, Chien Tien dan Rashid Maiden)
Dalam pertemuan tersebut, Tunku Abdul Rahman meminta Chin
Peng supaya membubarkan PKM, meletakkan senjata dan
menyerah diri.
 Chin Peng setuju sekiranya PKM diakui oleh kerajaan sebagai
satu parti yang sah dan bebas di Persekutuan Tanah Melayu.
 Tunku Abdul Rahman enggan menerima syarat yang
dikenakan oleh Chin Peng. Dengan ini, pertemuan Baling gagal
mencapai matlamatnya.
PENUTUP  Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan sangat berkesan
dalam menangani ancaman komunis. Pada permulaannya,
kerajaan berusaha menghapuskan keganasan komunis dengan
keganasan tanpa melibatkan rakyat.

SOALAN 29 BINCANGKAN KESAN-KESAN PENGISYTIHARAN DARURAT DI


TANAH MELAYU DARI TAHUN 1948-1960
PENDAHULUAN  Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, parti-parti politik mula
ditubuhkan. Pentadbiran Tentera Inggeris gagal memulihkan
sosio-ekonomi rakyat yang menderita akibat kekejaman Jepun.
PKM mengambil kesempatan untuk menguasai politik Tanah
Melayu tetapi gagal, lalu bergerak secara militan.
 Pada tahun 1948, PKM melancarkan revolusi bersenjata bagi
menggulingkan pemerintahan Inggeris dan menubuhkan
Republik Komunis Tanah Melayu. Keganasan PKM memaksa
Inggeris mengisytiharkan darurat untuk mematahkan
pemberontakan komunis di Tanah Melayu.
KESAN 1 KESAN POLITIK
HURAIAN  Pengharaman PKM mengakibatkan sesiapa yang disyaki
terlibat dalam kegiatan komunis di tangkap dan dipenjarakan
tanpa pembicaraan. Pergerakan Kesatuan Sekerja dikawal rapi
supaya tidak mengadakan pakatan sulit dengan PKM dan
bersubahat untuk mengadakan permogokan.
 Inggeris bertindak keras terhadap parti politik berhaluan kiri
yang terpengaruh dengan idea PKM. Pemimpin politik
berhaluan kiri diberkas dan dipenjarakan, pertubuhan mereka
dibubarkan.
 Kerajaan Inggeris mula mengambil langkah supaya Tanah
Melayu mencapai status berkerajaan sendiri. Pilihanraya
diadakan di George Town (Disember 1951 ) dan Kuala Lumpur
1952.
CONTOH  Hanya parti politik sederhana dan pro-Inggeris dibenarkan
bergerak seperti UMNO, MCA, MIC dan Parti Negara.
KESAN 2 KESAN SOSIAL
HURAIAN  Rakyat mengalami tekanan hidup akibat kehilangan kebebasan

62
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

bergerak kerana dikenakan perintah berkurung terutamanya


kawasan yang masih terdapat ancaman komunis.
 Sistem pengangkutan darat dihentikan akibat sekatan jalan raya
di kawasan yang menjadi sarang komunis.
 Rakyat mengalami penderitaan dan keperitan hidup.
 Timbul masalah perkauman-peperangan menentang komunis
dianggap sebagai peperangan orang Melayu dengan Cina
kerana sebilangan besar ahli PKM terdiri daripada orang Cina
sementara orang Melayu berkhidmat dalam pasukan bersenjata
kerajaan.
 Banyak nyawa terkorban dan harta benda musnah akibat
pengisytiharan darurat termasuklah pegawai Tinggi Inggeris Sir
Henry Gurney.
CONTOH  Terpaksa mematuhi banyak peraturan keselamatan seperti
arahan mewajibkan rakyat mendaftar dan mempunyai kad
pengenalan.
KESAN 3 KESAN EKONOMI
HURAIAN  Kegiatan ekonomi terjejas dan pengeluaran hasil bumi terbantut
akibat daripada orang ramai tidak mempunyai kebebasan untuk
keluar mencari nafkah. Dasar Bumi Hangus melumpuhkan
ekonomi negara .
 Kerajaan menghabiskan sejumlah besar wang untuk
membenteras kegiatan komunis
 PengenalanRrancangan Briggs untuk mewujudkan kampung
baru, penempatan semula setinggan menyebabkan kemudahan
asas disalurkan ke kawasan tersebut. Ini menyebabkan orang
Melayu yang banyak membantu kerajaan Inggeris melahirkan
rasa tidak puas hati lalu menuntut pemulihan ekonomi.
CONTOH  Antara 1948-1955 kerajaan mengeluarkan $150 juta untuk
menumpaskan pergerakan komunis.
PENUTUP  Tawaran rundingan dengan PKM oleh Tunku Abdul Rahman di
Baling menemui kegagalan. PKM meneruskan perang gerila
bagi membentuk sebuah Republik Komunis .
 Pada masa yang sama kerajaan terus meningkatkan usaha
membenteras pemberontakan komunis. Kegiatan komunis mulai
merosot-darurat diisytiharkan tamat di seluruh negara pada
1960.

SOALAN 30 ANALISISKAN LANGKAH-LANGKAH KE ARAH MENCAPAI


KEMERDEKAAN DI TANAH MELAYU
PENDAHULUAN  Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Sebagai
langkah ke arah berkerajaan sendiri, kerajaan British
memperkenalkan beberapa langkah. Sistem ahli diperkenalkan
pada tahun 1951. Rundingan kemerdekaan telah diadakan pada
bulan Januari 1956.
 Suruhanjaya Reid dibentuk untuk menggubal perlembagaan
baharu bagi Tanah Melayu yang merdeka. Kemerdekaan Tanah
Melayu diisytiharkan pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka,

63
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

Kuala Lumpur.
LANGKAH 1 SISTEM AHLI
HURAIAN  Idea penubuhan Sistem Ahli dicetuskan oleh Dato Onn dan
sistem ini telah diperkenalkan pada 1951. Tujuan penubuhan
sistem ini adalah untuk memberi peluang kepada rakyat
tempatan untuk mendapat latihan dalam urusan pentadbiran.
Ahli-ahlinya pula akan dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British
tetapi perlu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu dengan
nisbah 5:4 (lima rakyat tempatan dan empat pegawai kanan tinggi
British).
 Ahli-ahli sistem ini juga akan diberi portfolio dan bidang kuasanya
terletak di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi.
 Sebagai contoh, antara rakyat tempatan yang terlibat dalam
sistem ini ialah Dato Onn (Hal-ehwal Dalam Negeri), EEC
Thuraisingam (Pelajaran), Tunku Yaakob (Pertanian Dan
Perhutanan), Lee Thiang Keng (Kesihatan) dan Dato Mahmud
Mat (Tanah, Perlombongan Dan Perhubungan).
LANGKAH 2 PILIHAN RAYA MAJLIS PERBANDARAN 1951-1952
HURAIAN  Pilihanraya Majis Perbandaran ini diadakan bertujuan untuk
memberi peluang kepada rakyat memilih pemimpin mereka di
peringkat tempatan.
 Langkah ini juga turut dijadikan sebagai salah satu latihan
demokrasi parlimen di Tanah Melayu.
 Pilihanraya Majlis Perbandaran yang pertama telah diadakan di
Pulau Pinang pada 1951 dan Parti Radikal telah memenangi 6/9
kerusi yang dipertandingkan.
 Pilihanraya yang kedua pula diadakan di Kuala Lumpur pada
1952. Pilihanraya yang kedua ini pula telah dimenangi oleh
Pakatan UMNO-MCA sebanyak 9/12.
 Oleh itu, dengan adanya pilihanraya ini rakyat telah diberi peluang
menjalankan tanggungjawab mereka ke arah berkerajaan sendiri.
PERANAN 3 PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN 1955
HURAIAN  Pada 1954, Jawatankuasa Pilihan Raya Persekutuan telah
ditubuhkan oleh pihak British.
 Melalui pertubuhan ini, sebanyak 52 kerusi Majlis Perundangan
Persekutuan yang dipertandingkan melalui pilihan raya. Antara
parti yang bertanding dalam pilihan raya ini ialah Parti Perikatan,
Parti Buruh, Parti Negara, PAS dan Parti Prifesif Perak.
 Melalui pilihan raya yang telah diadakan pada 1955, Parti
Perikatan telah memenangi 51/52 kerusi dan 1 kerusi dimenangi
oleh PAS.
 Kemenangan besar Parti Perikatan ini berlaku kerana adanya
kerjasama dari pelbagai kaum di samping faktor kepimpinan dan
manifesto yang menarik.
 Antara isi kandungan manifesto yang dijanjikan pemimpin Parti
Perikatan kepada rakyat ialah:
1. Merdeka dalam jangka 4 tahun,
2. Tamatkan darurat secepat mungkin,
3. Melindungi insitutsi raja-raja melayu dan lain-lain lagi.

64
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

 Oleh itu, melalui kemenangan ini, Parti Perikatan telah diberi


mandat untuk membentuk kerajaan baru dan seterusnya
memulakan rundingan dengan pihak British tentang kemerdekaan
Tanah Melayu.
LANGKAH 4 RUNDINGAN KEMERDEKAAN 1956
 Rombongan kemerdekaan telah dihantar ke London pada 2
Januari 1956 untuk mengadakan rundingan kemerdekaan
dengan pihak British.
 Rombongan ini telah diketuai oleh Tunku Abdul Rahman dan
terdiri daripada wakil Raja-Raja Melayu dan beberapa ahli Parti
Perikatan.
 Melalui rundingan kemerdekaan ini beberapa persetujuan telah
dicapai, antaranya ialah kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,
menjalankan pemerintahan secara demokrasi, sebuah badan
khas ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan Tanah Melayu
dan lain-lain lagi.
 Kepulangan rombongan kemerdekaan ini telah disambut secara
meriah di padang Bandar Hilir Melaka oleh rakyat tempatan.
LANGKAH 5 SURUHANJAYA REID 1956
 Suruhanjaya Reid dibentuk untuk menggubal perlembagaan bagi
Tanah Melayu yang baharu merdeka. Ahli-ahlinya terdiri daripada
Lord Reid (Britain-Pengerusi), Sir Ivor Jennings (Britain), Sir
William Mckell (Bekas Gabenor Jeneral Australia), Tuan Abdul
Hamid (Pakistan) dan Tuan B. Malik (Hakim Mahkamah Tinggi
India).
 Suruhanjaya Reid mengumumkan satu Rang Perlembagaan pada
Februari 1957.
 Parti Perikatan membantah beberapa perkara seperti: Islam tidak
diterima sebagai agama rasmi Tanah Melayu, Bahasa Mandarin
dan Tamil boleh digunakan dalam Majlis Perundangan
Persekutuan dalam 10 tahun selepas kemerdekaan, Seseorang
dibenarkan mendapat dwikerakyatan, iaitu rakyat Tanah Melayu
dan negara Tanah Melayu dan negara lain pada masa yang
sama, Rang Perlembagaan ini dikaji semula oleh satu
jawatankuasa Eksekutif dan beberapa pindaan dibuat dan
diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan
berkuatkuasa pada 27 Ogos 1957.
LANGKAH 6 PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN 31 OGOS 1957
 Tunku Abdul Rahman mengumumkan kemerdekaan Tanah
Melayu pada 31 Ogos 1957 di stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
PENUTUP  Pengisytiharan kemerdekaan telah diadakan di Stadium Merdeka
pada 31 Ogos 1957 .
 Kemerdekaan Tanah Melayu berjaya dicapai melalui rundingan
dan kemerdekaan ini dicapai secara aman.
 Tunku Abdul Rahman memainkan peranan penting dalam proses
ini selaku pengerusi Parti Perikatan.

65
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

SOALAN 31 HURAIKAN SISTEM PEMERINTAHAN DI MALAYSIA DARI


TAHUN 1957 HINGGA 1963
PENDAHULUAN  Pada 31 Ogos 1957 dengan rasminya Persekutuan Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan setelah dijajah hampir 450
tahun.
 Setelah mencapai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen serta
mengamalkan prinsip Raja Berpelembagaan. Demokrasi
berparlimen ialah satu sistem kerajaan yang dipilih secara bebas
oleh rakyat.
 Secara umumnya sistem pemerintahan Persekutuan Tanah
Melayu terdiri daripada tiga badan yang terlibat iaitu badan
perundangan (Legislative), badan eksekutif (executive) dan
badan kehakiman (judicial).
 Pemerintahan menjadikan Perlembagaan Persekutuan sebagai
undang-undang tertinggi negara. Pengasingan ketiga-tiga badan
ini dalam pemerintahan disebut sebagai 'Doktrin Pengasingan
Kuasa’
ASPEK 1 BADAN PERUNDANGAN @ PARLIMEN
HURAIAN 1. YANG DIPERTUAN AGONG
· Raja Berpelembagaan merupakan Ketua Negara.
· Dipilih secara bergilir-gilir pada setiap lima tahun sekali oleh
Majlis Raja-raja
dalam kalangan 9 orang sultan atau raja Melayu
· Yang Dipertuan Agong dalam melaksanakan kuasa
pemerintahan bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri dan
Jemaah Menteri

i). Kuasa Yang Di Pertuan Agong :

-Melantik Perdana Menteri


· Mengisytiharkan pembubaran parlimen atau tidak
memperkenankan pembubaran parlimen
· Berkuasa memanggil parlimen supaya bersidang
· Mengisytiharkan undang-undang tentera atau darurat dengan
persetujuan Jemaah Menteri
· Bertanggungjawab melindungi dan memelihara kedudukan
istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan
Sarawak
· Mengadakan mesyuarat Majlis Raja-raja untuk membincangkan
perkara yang berkaitan dengan
keistimewaan,kehormatan,kedudukan dan kemuliaan Raja-raja
Melayu
· Mempunyai kuasa mengampunkan kesalahan-kesalahan lain
dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan segala hukuman
yang dijatuhkan dalam Mahkamah Syariah di Melaka,Pulau

66
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

Pinang,Sabah,Sarawak dan Wilayah Persekutuan


· Pemerintah tertinggi angkatan tentera dan ketua agama Islam
bagi Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan ,Sabah dan
Sarawak.
· Memperkenankan rang undang-undang yang diluluskan oleh
Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

ii) Dewan Negara

· Di Malaysia Dewan Negara merupakan Majlis Tertinggi


parlimen
· Anggota Dewan Negara dikenali sebagai senator
· Mempunyai 69 orang ahli yang dipilih dan dilantik
· 26 dipilih oleh Dewan-dewan Undangan Negeri
· 43 orang ahli dilantik oleh Yang Di Peruan Agong
· Sama taraf dengan ahli Dewan Rakyat dan boleh dilantik
sebagai menteri
· Ahli biasanya terdiri daripada warganegara yang telah
berkhidmat dengan cemerlang atau mencapai taraf
kegemilangan dalam pelbagai lapangan seperti perkhidmatan
awam,perdagangan,perusahaan,pertanian, dan perkhidmatan
masyarakat.
· Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu rang
undang- undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat
· Hanya berkuasa menangguhkan sesuatu rang undang-undang
yang telah diluluskan itu daripada dikemukan kepada Yang Di
Pertuan Agong
· Rang undang-undang kewangan hanya boleh ditangguhkan
selama satu bulan
· Rang undang-undang lain selama satu tahun
· Bertindak sebagai badan penyemak undang-undang

iii) Dewan Rakyat

· Dewan Rakyat adalah badan perundangan tertinggi negara


· Dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya umum. Dewan Rakyat
adalah majlis bagi wakil rakyat
· Setiap ahli mewakili satu kawasan pilihanraya parlimen
· Bilangan ahli Dewan Rakyat ialah seramai 222 orang yang
dipilih melalui pilihanraya
· Bilangan keanggotaan ahlinya boleh diubah melalui undang-
undang yang diluluskan oleh parlimen
· Jawatan berakhir apabila parlimen dibubarkan
· Tempoh jawatan seseorang ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun
· Ahli Dewan Rakyat mestilah mengangkat sumpah taat setia
kepada Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan sebelum
mengambil tempat dalam dewan
· Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal dan meluluskan
rang undang-undang
· Seseorang ahli boleh berhenti bila-bila masa daripada menjadi

67
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

ahli Dewan Rakyat dengan mengemukakan surat perletakan


jawatan kepada Yang Di Pertua Dewan Rakyat
· Jika berlaku kekosongan dalam Dewan Rakyat yang
disebabkan oleh perletakan jawatan,kematian atau hilang
kelayakan,maka kekosongan tersebut hendaklah diisi dalam
tempoh 60 hari mulai tarikh berlaku kekosongan itu di
Semenanjung Malaysia atau 90 hari di Sabah dan Sarawak.
· Satu pilihanraya kecil akan diadakan bagi mengisi kekosongan
tersebut.

ASPEK 2 BADAN EKSEKUTIF


HURAIAN i) Jemaah Menteri atau Kabinet

· Badan pembuat dasar tertinggi negara yang menjalankan


kuasa eksekutif.
· Tugas utama ialah menggubal dasar-dasar kerajaan semua
perkara dan memberi arahan kepada jentera kerajaan di
peringkat persekutuan melaksanakan dasar-dasar tersebut
· Diketuai oleh seorang Perdana Menteri iaitu seorang ahli
Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan daripada
sebahagian besar ahli-ahli dewan.
· Tugas utama Perdana Menteri ialah mengetuai
kabinet,memimpin kerajaan,menjalankan pentadbiran dan
menggubal dasar-dasar kerajaan
· Perdana Menteri boleh melantik Timbalan Perdana
Menteri,Menteri-menteri,Timbalan-Timbalan Menteri dan
setiausaha-setiausaha parlimen untuk membantu beliau dalam
melicinkan urusan pentadbiran negara
· Tugas Timbalan Perdana Menteri ialah membantu Perdana
Menteri menjalankan tugas-tugas itu semasa Perdana Menteri
bercuti atau berada di luar negara.
· Kementerian diketuai oleh seorang Menteri yang akan dibantu
oleh Timbalan Menteri,Setiausaha Parlimen,Setiausaha
Politik,Ketua Setiausaha Kementerian,pegawai kementerian dan
kakitangannya yang dikenali sebagai pegawai kerajaan
· Kementerian lazimnya mempunyai bahagian pusat,negeri dan
daerah.
· Selain itu terdapat kementerian yang mempunyai badan
tertentu misalnya Arkib Negara Malaysia dan Muzium di bawah
Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Pelancongan dan
mempunyai Ketua Pengarah.
· Perlantikan pegawai dan menjaga disiplin pegawai beberapa
Suruhanjaya dilantik, misalnya Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya
Undang-undang dan kehakiman.
ASPEK 3 BADAN KEHAKIMAN
HURAIAN i) Mahkamah Agong/Persekutuan

· Mahkamah Agong merupakan mahkamah yang tertinggi di

68
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

Malaysia
· Mengandungi Ketua Hakim Negara, kedua-dua Hakim Besar
Malaya dan Borneo serta tujuh orang hakim Mahkamah Agong
· Biasanya Mahkamah Agong bersidang di dalam panel
mengandungi tiga orang hakim yang dipilih oleh Ketua Hakim
Negara
· Antara bidang kuasa Mahkamah Agong ialah mendengar dan
menentukan rayuan-rayuan kes jenayah dan sivil terhadap
keputusan Mahkamah Tinggi,menentukan sah undang-undang
yang digubal oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri,
memutuskan pertikaian di antara kerajaan Negeri dan Kerajaan
Persekutuan atau di antara negeri-negeri dan menasihati Yang Di
Pertuan Agong dalam soal menguatkuasa mana-mana peruntukan
dalam Perlembagaan Persekutuan

ii) Mahkamah Tinggi

· Terdiri daripada Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi


Borneo
· Mempunyai kuasa pengadilan asal,rayuan dan
pengawasan.Mempunyai kuasa yang tidak terhad dalam
menjalankan pengadilan ke atas kes jenayah asal.
· Biasanya kes-kes jenayah yang terletak di luar bidang kuasa
pengadilan Mahkamah Rendah sahaja dibawa kepada Mahkamah
Tinggi untuk pengadilan
· Mahkamah Tinggi mendengar rayuan bagi kes-kes sivil dan
jenayah dari Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen.
· Mempunyai kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas
keputusan semua kes sivil dan jenayah yang diputuskan oleh
Mahkamah Rendah.Keputusan sivil dan jenayah Mahkamah Tinggi
boleh dikemukakan untuk rayuan kepada Mahkamah Agong.

iii) Mahkamah Rendah

· Terdiri daripada Mahkamah Sesyen,Mahkamah Majistret dan


Mahkamah Penghulu.
· Mahkamah Sesyen dipengerusikan oleh seorang pegawai yang
digelar hakim
· Beliau mempunyai kuasa pengadilan jenayah bagi semua
kesalahan kecuali kesalahan yang membawa hukuman mati dan
penjara seumur hidup
· Mempunyai kuasa membicarakan kes-kes sivil yang melibatkan
jumlah wang yang tidak dituntut tidak melebihi seratus ribu ringgit
· Mahkamah Majistret pula ditugaskan untuk mengendalikan kes-
kes jenayah dan sivil.
· Dipengerusikan oleh seorang majistret yang dilantik oleh Raja
atau Yang Di Pertua Negeri bagi negeri tempat majistret itu
berkhidmat
· Terbahagi kepada dua peringkat iaitu Mahkamah Majistret Kelas
Satu dan Majistret Kelas Dua.

69
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

· Mahkamah Majistret kelas satu boleh membicarakan kes sivil


yang nilai harta dalam perbicaraan tidak lebih daripada
RM25,000.00
· Dalam kes jenayah,mempunyai kuasa untuk membicarakan
semua kes yang hukuman maksimum bagi kesalahan itu tidak
melebihi 10 tahun penjara atau dihukum denda sahaja
· Majistret Kelas Dua menjalankan tugas-tugas kecil seperti
menyebut kes-kes dan membenarkan jaminan.
· Boleh mengadili kes-kes jenayah yang hukuman bagi kesalahan
itu tidak lebih daripada 12 bulan penjara atau dengan denda
sahaja.
· Kuasa untuk menjatuhkan hukuman juga terhad iaitu tidak lebih
daripada enam bulan atau denda tidak lebih daripada RM1000
atau kedua-dua sekali
PENUTUP  Secara amnya sistem pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu
dari tahun 1957 hingga 1963 adalah melalui proses demokrasi.
Perlembagaan digubal untuk menjaga kepentingan dan
keistimewaan semua kaum yang ada.
 Prinsip-prinsip yang menentukan bentuk kerajaan yang boleh
didirikan dan kuasa yang boleh digunakan oleh kerajaan
semuanya ditentukan seharusnya dipatuhi dan tidak berlakunya
penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana badan tersebut.

SOALAN 32 JELASKAN PERANAN YANG DIPERTUAN AGONG DALAM


SISTEM PEMERINTAHAN MALAYSIA
PENDAHULUAN  Ketua negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong
(YDPA). Baginda merupakan Raja Berperlembagaan dan
tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Jawatan baginda
diwujudkan sejak tahun 1957 mengikut Perlembagaan
Malaysia.
 YDPA merupakan lambang kedaulatan dan ketertinggian kuasa
negara. Baginda menjadi tumpuan taat setia seluruh rakyat
tanpa mengira bangsa dan kaum. YDPA dipilih oleh Majlis Raja-
Raja dalam kalangan sembilan orang sultan Melayu mengikut
peraturan pemilikan yang terkandung dalam Perlembagaan
Malaysia.
 Jawatan YDPA dipegang secara bergilir-gilir dan bukan
diwariskan mengikut keturunan. Jawatan YDPA dipegang
selama lima tahun oleh setiap raja yang dipilih untuk
memegang jawatan tersebut.
 YDPA tidak memiliki kuasa mutlak kerana baginda terikat
dengan kuasa Perlembagaan Persekutuan. YDPA menjalankan
kuasa pemerintahan negara berdasarkan nasihat Perdana
Menteri.
PERANAN 1 SEBAGAI KETUA NEGARA
HURAIAN  YDPA merupakan ketua negara. Antara peranan atau tugas
yang dilaksanakan oleh YDPA ialah pemerintah tertinggi
angkatan tentera bersenjata Persekutuan Malaysia.

70
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

 Baginda merupakan lambang kedaulatan dan menjadi penaung


kepada kekuatan negara. Majlis Angkatan Tentera dibawah
kuasa am YDPA bertanggungjawab untuk memerintah,
menjaga tatatertib, mentadbir dan menguruskan segala perkara
yang berhubung dengan angkatan tentera.
 Baginda juga berkuasa untuk menjatuhkan hukuman,
mengampunkan dan menangguhkan hukuman bagi
kesalahan yang dibicarakan dalam mahkamah tentera.
 YDPA juga berkuasa mengampunkan kesalahan-kesalahan lain
di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan dan
segala hukuman dijatuhkan dalam mahkamah syariah di
Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah
Persekutuan.
PERANAN 2 SEBAGAI KETUA AGAMA ISLAM BAGI NEGERI-NEGERI YANG
TIDAK BERAJA
HURAIAN  Dari aspek agama, YDPA ialah ketua agama Islam bagi negeri-
negeri yang tidak beraja seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah,
Sarawak dan Wilayah Persekutuan.
 YDPA merupakan pelindung dan penaung agama Islam di
kawasan-kawasan tersebut. YDPA juga menjadi ketua agama
Islam bagi negeri baginda sendiri.
PERANAN 3 ASPEK PERUNDANGAN
HURAIAN  Dalam bidang perundangan, YDPA bertanggungjawab
untuk memperkenankan rang undang-undang yang
diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum
diisytiharkan menjadi undang-undang yang sah. Semua
perlaksanaan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen
memerlukan pengiktirafan baginda sebelum dikuatkuasakan.
 Baginda mestilah mengiktiraf undang-undang yang baharu
dalam tempoh 30 hari selepas diluluskan oleh Parlimen.
 Sekiranya baginda tidak bersetuju dengan rang undang -
undang, baginda boleh merujuknya kepada Parlimen untuk
dibincangkan semula.
PERANAN 4 MELANTIK PERDANA MENTERI, HAKIM DAN AHLI JEMAAH
MENTERI
HURAIAN  Selain itu, YDPA mempunyai kuasa untuk melantik Perdana
Menteri, Hakim dan Ahli Jemaah Menteri.
 Baginda juga berkuasa melantik dan mewujudkan jawatan
Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri.
 Baginda berkuasa melantik anggota Jemaah Menteri selepas
berunding dengan Majlis Raja-Raja.
 YDPA juga bertanggungjawab untuk melantik Ketua Hakim
Negara Mahkamah Agong dan hakim-hakim mahkamah tinggi.
 YDPA turut bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan
istimewa masyarakat Melayu dan kaum bumiputera di
Sabah dan Sarawak.
PERANAN 5 BERKUASA MEMANGGIL, MENANGGUH DAN
MEMBUBARKAN PARLIMEN
HURAIAN  Seterusnya, YDPA juga berkuasa untuk memanggil,

71
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

menangguh dan membubarkan Parlimen atas nasihat


Perdana Menteri.
 Tiada orang lain yang berhak melaksanakan tanggungjawab
tersebut. Baginda juga boleh menolak permintaan untuk
membubarkan Parlimen jika belum cukup tempoh lima tahun.
 Baginda boleh memberikan ucapan dalam Dewan Rakyat dan
Dewan Negara.
 Di samping itu, YDPA boleh meminta supaya diadakan
Mesyuarat Majlis Raja-Raja tentang keistimewaan, kedudukan,
kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu.
PERANAN 6 MENTAULIAHKAN DUTA-DUTA MALAYSIA KE LUAR NEGARA
HURAIAN  Di samping itu, YDPA juga bertanggungjawab mentauliahkan
duta-duta yang dihantar ke luar negara dan menerima tauliah
duta dari negara asing.
 Baginda juga perlu menyambut tetamu luar negara yang setaraf
dengan baginda seperti Ratu England atau Maharaja Jepun.
 Baginda juga berperanan menganugerahkan pingat kehormat
kepada orang yang telah berjaya atau berjasa kepada negara.
PERANAN 7 BERKUASA MENGISYTIHARKAN UNDANG-UNDANG
DARURAT
HURAIAN  Baginda juga mempunyai kuasa mengisytiharkan Undang-
undang Darurat di bawah “Undang-undang X” jika didapati
keselamatan negara terancam. YDPA juga bertanggungjawab
untuk menjaga keselamatan rakyat secara menyeluruh.

PENUTUP  YDPA sebagai ketua negara memikul peranan dan


tanggungjawab tidak terhad di dalam dan luar negara. Namun
dalam menjalankan kuasa eksekutif, baginda bertindak atas
nasihat Perdana Menteri. YDPA adalah simbol keunikan sistem
pemerintahan beraja berpelembagaan yang diamalkan di
negara kita sejak mencapai kemerdekaan sehingga hari ini.

SOALAN 33 HURAIKAN DASAR-DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL YANG


DILAKSANAKAN DI MALAYSIA (X KEBUDAYAAN)
PENDAHULUAN  Pembangunan Sosial boleh ditakrifkan sebagai sesuatu usaha
untuk memenuhi beberapa fungsi seperti menyediakan
perkhidmatan yang berkualiti demi kesejahteraan sosial,
mengenalpasti kesan dasar dan program terhadap perubahan
kehidupan rakyat dan keadaan sosial serta mengambil tindakan
menangani masalah sosial sebelum masalah tersebut memberi
kesan negatif terhadap masyarakat, bangsa dan negara.
 Antara usaha kerajaan ke arah pembangunan dan kesejahteraan
rakyatnya ialah mewujudkan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, membentuk Dasar Pendidikan Kebangsaan,
melahirkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan mengisytiharkan
Rukun Negara.

72
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

DASAR 1 DASAR BAHASA KEBANGSAAN


HURAIAN  Perkara 152, perlembagaan – Bahasa Melayu adalah bahasa
kebangsaan, walau bagaimanapun penggunaan dan
pembelajaran bahasa-bahasa lain tidak boleh dihalang.
 Tujuan : untuk menyatupadukan rakyat yang pelbagai kaum
DASAR 2 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
HURAIAN  Bahasa Kebangsaan dijadikan bahasa pengantar utama
 Pendidikan untuk semua. Mengadakan kurikulum yang sama
bagi semua jenis sekolah. Kurikulum terbahagi kepada 2, iaitu:
KBSR dan KBSM. Penekanan juga diberikan kepada kegiatan
kokurikulum
 Meningkatkan mutu pendidikan dengan menyediakan pendidikan
yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu
 Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun
 Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu
 Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik
 Mempelbagai dan memperbanyak kemudahan pendidikan di
peringkat universiti
 Meningkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin
DASAR 3 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
HURAIAN  Berasaskan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.
Berasaskan 3 prinsip iaitu; Mengukuhkan perpaduan bangsa dan
negara melalui kebudayaan; memupuk dan memelihara
keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan
Kebangsaan dan Memperkaya dan mempertingkat kualiti
kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan
pembangunan sosioekonomi.
 Bentuk kebudayaan kebangsaan : berteraskan kebudayaan
rakyat asal serantau, unsusr-unsur kebudayaan lain yang sesuai
dan wajar diterima dan Islam dijadikan unsur pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan
DASAR 4 RUKUN NEGARA
HURAIAN  Digubal oleh Majlis Perundingan Negara (MPN) dalan mesyuarat
pertama MPN pada 27 Januari 1970. Tercipta ekoran daripada
berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969
 Objektif iaitu, Mencapai perpaduan yang erat dalam kalangan
masyarakat, Memelihara cara hidup yang demokratik dan
Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran dinikmati
bersama secara adil dan saksama
PENUTUP  Apa-apa yang berkaitan.

SOALAN 34 DASAR-DASAR PEMBANGUNAN EKONOMI DI MALAYSIA


PENDAHULUAN  Pembangunan sosial dan ekonomi merupakan dua faktor penting
kepada kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.
 Kedudukan faktor ini tidak boleh dipisahkan dalam proses
pembangunan negara kerana kedua-duanya adalah saling
berkaitan dan tidak boleh berdiri sendiri tanpa salah satunya.
 Tanpa masyarakat dan pekerja yang mahir,ekonomi tidak akan

73
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

dapat digerakkan dan dibangunkan.Oleh itu,terdapat bebrapa


dasar pembangunan ekonomi yang dilaksanakan di Malaysia.
FAKTA 1 DASAR PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
HURAIAN  Berhasrat untuk melahirkan masyarakat luar bandar yang
progresif, berilmu dan berintegriti.
 mewujudkan kawasan luar bandar yang maju dan menarik.
 objektifnya untuk memastikan supaya setiap penduduk luar bandar
mempunyai minda dan sikap yang positif..
 mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan tinggal dalam
persekitaran harmoni, selamat dan terpelihara alam sekitarnya
agar menjadi tarikan kepada masyarakat bandar serta pelancong.
FAKTA 2 DASAR EKONOMI BARU (DEB)
HURAIAN  diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak.
 dilaksanakan untuk tempoh dua dekad (1920-1990).
 Objektifnya untuk memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi yang
tidak seimbang antara kaum.
 mengurangkan dan menghapuskan kemiskinan tanpa mengira
kaum.
 mempercepat penyusunan semula masyarakat.
FAKTA 3 DASAR PEMBANGUNAN NEGARA
HURAIAN  Dimulakan pada 3 Feb 1986 meliputi tempoh 10 tahun (1986-
1995).
 matlamatnya adalah menjadikan sektor perniagaan sebagai
pertumbuhan perindustrian negara.
 menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara
 meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi
tempatan sebagai asas.
FAKTA 4 DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA
HURAIAN  terdapat 12 sektor yang dikenal pasti untuk diberi tumpuan iaitu
sektor yang berasaskan sumber tempatan.
 seperti getah, kelapa sawit, kayu kayan, masakan kimia, logam
bukan forus dan industri yang bukan berasaskan sumber seperti
elektrik dan elektronik, peralatan pengangkutan, mesin,
kejuruteraan, logam2, ferus ,tekstil dan pakaian.
 menyusun semula struktur galakan perindustrian yang sedia ada.
 mempelbagaikan eksport dan menggalakkan sektor gantian
import.
 menggalakkan barangan buatan Malaysia
FAKTA 5 DASAR PERTANIAN NEGARA
HURAIAN  Dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Musa Hitam
(pengerusi Jawatankuasa Kabinet Dasar Pertanian Negara).
 Objektifnya ialah garis panduan pembangunan pertanian untuk
meningkatkan pendapatan dari sumber pertanian
 Menggariskan pendekatan bersepadu yang tidak berasakan
komoditi,memaksimumkan keuntungan pengusaha
 Memaju dan meningkatkan hasil serta mutu komoditi.
PENUTUP  Setiap dasar2 yg diperkenalkan mempunyai peranan masing2
dalam pembangunan ekonomi negara.Dengan dasar2 tertentu

74
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

dapat meningkatkan pembangunan ekonomi sehingga kini.

SOALAN 35 HURAIKAN SUMBANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN DALAM


KONTEKS PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
PENDAHULUAN  Putera kepada Sultan Abdul Halim, Sultan Kedah ke-24.
Dilahirkan pada 8 Februari 1903.
 Anak Melayu pertama berkelulusan University Of Cambridge,
England.
 Merupakan Perdana Menteri Malaysia yang Pertama.
 Dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan
SUMBANGAN 1 SUMBANGAN POLITIK
HURAIAN a) Penentangan terhadap Malayan Union
b) Menerajui kepimpinan UMNO
c) Memperjuangkan kemerdekaan
d) Mengemukakan idea pembentukan Gagasan Malaysia
e) Mengasaskan PERKIM ( Pertubuhan Kebajikan Islam)
f) Membantu dalam penubuhan OIC pada tahun 1969
SUMBANGAN 2 SUMBANGAN EKONOMI
HURAIAN a) Kerajaan Perikatan di bawah pimpinan beliau melancarkan
Rancangan Malaya Pertama
b) Menubuhkan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar
Bandar pada tahun 1959
SUMBANGAN 3 SUMBANGAN SOSIAL
HURAIAN a) Melancarkan projek pembangunan seperti pembinaan Masjid
Negara, Stadium Negara, Muzium Negara, Bangunan Parlimen
dan lain-lain.
b) Menganjurkan pembentukan jawatankuasa pendidikan untuk
mengkaji pembentukan dasar pendidikan kebangsaan
c) Mencadangkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
PENUTUP  Beliau memainkan peranan penting dalam permulaan sejarah
pembentukan gagasan Malaysia.

SOALAN 36 HURAIKAN SUMBANGAN TUN DR. MAHATHIR MOHAMMAD


DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA.
PENDAHULUAN  Beliau Dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Kedah. Anak
bongsu daripada sembilan adik beradik. Beliau merupakan
Lulusan Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya,
Singapura.
 Pada tahun 1976 menjadi Timbalan Perdana Menteri.
 Menjadi Perdana Menteri keempat pada tahun 1981.
 Dikenali sebagai Bapa Pemodenan
SUMBANGAN 1 SUMBANGAN POLITIK
HURAIAN a) orang pertama mendaftar sebagai ahli apabila UMNO
ditubuhkan
b) memperkenalkan kempen Bersih, Cekap dan Amanah dan
Kepimpinan Melalui Teladan.

75
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

c) memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur untuk meningkatkan


produktiviti.
d) memperkenalkan idea wawasan 2020
SUMBANGAN 2 SUMBANGAN EKONOMI
HURAIAN a) menolak konsep pasaran bebas “laissz faire” dan menganjurkan
ekonomi terkawal agar tidak dimonopoli oleh pihak-pihak
tertentu.
b) melancarkan program Penswastaan dan Dasar Pensyarikatan
pada tahun 1983
c) memperkenalkan dasar Sogoshosha
d) melancarkan Dasar Perindustrian Negara.
e) berjaya mengawal masalah kegawatan ekonomi pada tahun
1997
SUMBANGAN 3 SUMBANGAN SOSIAL
HURAIAN a) memperkenalkan Program Pengurusan Kualiti Menyeluruh
( TQM).
b) memperkenalkan Dasar Komunikasi Negara pada tahun 1994,
mengasaskan Pusat Kajian Angkasa Lepas dan menubuhkan
Planetarium Negara.
c) melancarkan satelit milik Malaysia – MEASAT 1 pada tahun
1995.
d) melancarkan Koridor Raya Mutimedia (MSC).
e) pembinaan KLIA dan Menara Kembar Petronas dan
membangunkan Putrajaya
PENUTUP  Beliau memainkan peranan penting dalam pembangunan dan
pemodenan Malaysia. Menjadi Perdana Menteri Ke-7 dan satu-
satunya bekas Perdana Menteri yang memegang jawatan itu
dua kali dalam sejarah Negara.

SOALAN 37 HURAIKAN STRATEGI DAN HALA TUJU NEGARA DALAM


MENGATASI CABARAN DALAM WAWASAN 2020
PENDAHULUAN  Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Idea
wawasan ini telah dicetuskan oleh Perdana Menteri keempat,
iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Matlamat Wawasan 2020
adalah untuk menjadikan negara ini sebagai sesebuah negara
industri yang maju dan setanding dengan negara-negara maju
yang lain dengan acuan sendiri.
 Terdapat beberapa perkara asas yang perlu dititik beratkan
untuk mencapai kemajuan bersepadu seperti perpaduan rakyat,
kestabilan politik, ketinggian taraf hidup, kekukuhan nilai moral
dan etika, kekukuhan sistem kerajaan, ketinggian maruah
bangsa serta semangat yakin diri bangsanya. Terdapat
Sembilan cabaran yang perlu dihadapi oleh negara Malaysia
bagi merealisasikan Wawasan 2020.
CABARAN 1 MEMBINA BANGSA MALAYSIA YANG BERSATU-PADU
KEPENTINGAN  Perpaduan merupakan satu aspek penting yang menjadi asas
kekuatan dan kemajuan sesebuah negara.

76
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

 Malaysia memerlukan perpaduan antara kaum dan integrasi


peringkat wilayah dan nasional ke arah menjadi sebuah negara
yang aman dengan masyarakatnya hidup secara harmoni dan
berindentitikan negara Malaysia
 Ini sejajar dengan pembentukan negara bangsa yang
mempunyai makna yang mendalam iaitu masyarakat yang
membatasi keturunan, agama, warna kulit dan adat resam
STRATEGI  Dasar Pendidikan Kebangsaan
 Dasar Bahasa Kebangsaan
 Dasar Kebudayaan Kebangsaan
 Dasar Pembangunan Nasional
CABARAN 2 MEMBINA MASYARAKAT BERJIWA BEBAS, TENTERAM DAN
BERKEYAKINAN
KEPENTINGAN  Masyarakat Malaysia yang berjiwa bebas, tenteram dan
bersikap terbuka dapat menghadapi segala rintangan dengan
tenang secara kreatif dan inovatif kerana mempunyai keyakinan
diri dan menjiwai semangat merdeka.
 Masyarakat seperti ini dapat memajukan negara pada peringkat
tempatan dan global.
STRATEGI  Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan memberi tumpuan
kepada pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran insaniah
serta sifat kreatif dan inovatif.
CABARAN 3 MEMUPUK DAN MEMBINA MASYARAKAT DEMOKRATIK YANG
MATANG
KEPENTINGAN  Rakyat Malaysia perlu berfikiran matang dan menggunakan
hak-hak demokrasi dengan wajar dan bijak.
 Masyarakat menyalurkan rasa tidak puas hati atau teguran
secara membina demi kebaikan negara.
 Masyarakat demokratik yang matang dapat menjamin
keamanan dan kesejahteraan yang membantu kemajuan
negara.
STRATEGI  Sistem demokrasi berparlimen
 Pelaksanaan îlihan raya secara telus
CABARAN 4 MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG BERMORAL DAN
BERETIKA
KEPENTINGAN  Negara maju yang bergantung semata-mata kepada
pembangunan fizikal dan kebendaan tidak akan kekal.
 Kemajuan ala-Malaysia yang hendak dibentuk menuntut
masyarakatnya yang kaya dengan nilai moral dan etika.
 Rakyat yang bermoral dan beretika dapat membantu negara
mengelakkan daripada sebarang ancaman dan gejala sosial.
 Negara yang aman memudahkan pelaksanaan program
pembangunan sosial, ekonomi, budaya dan rohani.
 Masyarakat yang bermoral dan beretika dapat mengamalkan
kehidupan bermasyarakat dan bernegara.
STRATEGI  Dasar Pendidikan Kebangsaan melalui mata pelajaran
Pendidikan Agama, Pendidikan Moral, Sejarah serta Sivik dan
Kewargnegaraan.
CABARAN 5 MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG MATANG, LIBERAL DAN

77
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

BERTOLERANSI
KEPENTINGAN  Masyarakat liberal dan matang dapat bertolak ansur dan
bekerjasama antara satu sama lain tanpa mengira keturunan,
kepercayaan, budaya dan sebagainya.
 Masyarakat yang matang menganggap dirinya sebagai bangsa
Malaysia dan negara Malaysia adalah hak milik bersama.
 Mereka akan meletakkan kesetiaan mereka kepada negara dan
bersedia menerima perubahan dan pandangan orang lain.
STRATEGI  Perlembagaan Negara
 Pengamalan sistem demokrasi
 Dasar Pendidikan Kebangsaan
 Dasar Kebudayaan Kebangsaan
 Dasar Bahasa Kebangsaan
CABARAN 6 MEMBINA MASYARAKAT YANG MAJU DAN SAINTIFIK
KEPENTINGAN  Masyarakat yang maju ialah masyarakat yang didukung oleh
kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi yang tinggi.
 Masyarakat saintifik dan progresif mempunyai daya tinggi dan
berpandangan jauh.
 Mereka bukan sahaja mejadi pengguna teknologi tetapi juga
penyumbang kepada tamaduan sains dan teknologi masa
depan
 Inilah yang amat membantu negara ke arah menjadi negara
industri dan negara maju yang bertunjangkan sains dan
teknologi.
STRATEGI  Dasar Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan kepada
sains dan teknologi serta program kreativiti dan inovasi.
 Penglibatan sektor swasta sebagai jentera penggerak
pertumbuhan yang menjana produktiviti berasaskan sains dan
teknologi.
 Dasar Sains dan teknologi menggalakkan penggunaan sains
dan teknologi sebagai alat pembangunan ekonomi.
 Penekanan kepada pembangunan dan penyelidikan dalam
segala bidang.
CABARAN 7 MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG BERBUDAYA
PENYAYANG
KEPENTINGAN  Masyarakat penyayang mempunyai ciri-ciri seperti saling
menghormati, saling memahami, bekerjasama dan bermuafakat
apabila menghadapi sesuatu masalah.
 Dengan ciri-ciri ini lahir sistem sosial yang mementingkan
masyarakat, bangsa dan negara. Di sini sikap individualistik
harus dielakkan.
 Masyarakat penyayang dan budaya menyayangi dapat disemai
melalui institusi keluarga
 Pembangunan keluarga menjadi asas pembentukan
masyarakat dan masyarakat menjadi asas pembentukan
negara.
 Kekuatan dan kemajuan negara terletak pada kekukuhan
institusi keluarga.
STRATEGI  Pendidkan Agama atau Moral

78
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

 Kekukuhan institusi kekeluargaan


 Prinsip Rukun Negara
CABARAN 8 MENJAMIN MASYARAKAT YANG ADIL DAN SAKSAMA
EKONOMINYA
KEPENTINGAN  Menjamin keadilan ekonomi melalui pengagihan kekayaan
negara secara adil dan saksama. Semua rakyat memainan
peranan penting dalam perkongsian bidang ekonomj.
 Pembasmian kemiskinan, keseimbangan sosioekonomi antara
kaum, wilayah dan negara menjadi tunjang cabaran ini.
 Wawasan 2020 menyeru setiap rakyat supaya tidak salah tafsir
tentang bantuan yangdiberikan kepada golongan rakyat tertentu
sebagai sesuatu yang tidak adil.
 Malah usaha tersebut mesti dianggap sebagai menangani
ketidakadilan yang telah wujud sejak penjajahan British lagi.
STRATEGI  Rancangan Pembangunan Lima Tahun
 Rancangan Pembangunan Luar Bandar
 Dasar Ekonomi Baru
 Dasar Pembangunan Nasional
 Rancangan Malaysia Keenam
CABARAN 9 MEMUPUK DAN MEMBINA MASYARAKAT MAKMUR
KEPENTINGAN  Masyarakat makmur hidup dalam keadaan mewah dan taraf
hidup yang tinggi.
 Pendapatan negara tinggi dan pendapatan isi rumah juga tinggi.
Ini bermakna tiada sesiapa yang hidup miskin dan melarat.
STRATEGI  Peranan sektor swasta yang berkesan dan dinamik
 Dasar Pembangunan Nasional
 Modal Ekonomi Baru
 Semangat 1Malaysia
PENUTUP  Kesimpulannya, Wawasan 2020 merupakan rancangan
strategik untuk menentukan hala tuju negara Malaysia agar
terus memacu kemajuan negara setanding dengan negara-
negara maju di dunia tetapi dengan acuan kita sendiri. Bagi
mencapai hala tuju negara yang telah diketengahkan dalam
Wawasan 2020, maka setiap rakyat perlu menghapuskan
paradigma lama dan sanggup menerima paradigma baru.

SOALAN 38 TERANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG DIAMBIL KIRA DALAM


KONTEKS HUBUNGAN LUAR NEGARA MALAYSIA
PENDAHULUAN  Dasar luar negara ditakrifkan sebagai dasar yang diamalkan
oleh sesebuah negara dalam menjalin hubungan dengan
negara lain. Pada tahun 1957 hingga 1970, negara kita
mengamalkan dasar pro-Barat dan antikomunis. Pada masa itu
negara dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.
 Keutamaan menjamin keselamatan dan pertahanan negara
serta ancaman komunis menjadi faktor yang mempengaruhi
pembentukan dasar luar pada masa itu. Namun terdapat juga
faktor lain yang mempengaruhi penggubalan dasar luar ketika
itu.

79
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

FAKTOR 1 FAKTOR KESELAMATAN DAN PERTAHANAN NEGARA


HURAIAN  Dasar luar negara yang bercorak pro-Barat disebabkan oleh
faktor keselamatan negara. Persekutuan Tanah Melayu
memerlukan bantuan, kerjasama, dan hubungan yang erat
dengan Britain. Persekutuan Tanah Melayu meletakkan
tanggungjawab pertahanan kepada Britain melalui Perjanjian
Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA) pada tahun 1957
 Melalui perjanjian ini, Britain berjanji akan memberi bantuan
ketenteraan kepada Tanah Melayu jika diceroboh atau diancam
oleh mana-mana kuasa lain. Perjanjian itu ditandatangani
kerana kedudukan pertahanan negara ketika itu tidak kuat dan
tidak mampu menghadapi ancaman dari luar.
FAKTOR 2 FAKTOR IDEALOGI
HURAIAN  Faktor ideologi juga mempengaruhi penggubalan dasar luar
negara. Malaysia mewarisi sistem pemerintahan demokrasi dari
Britain. Sistem ini bertentangan dengan ideologi komunis.
Negara berideologi komunis dianggap sebagai ancaman
kepada Tanah Melayu pada masa itu
 Persekutuan Tanah Melayu mengutuk tindakan negara China
yang berideologi komunis apabila negara itu menyerang
Taiwan. Apabila negara diancam oleh Parti Komunis Malaya, ini
mendorong negara mengamalkan dasar Pro-Barat dan Anti-
Komunis.
FAKTOR 3 FAKTOR EKONOMI
HURAIAN  Dasar luar juga mengambil kira faktor ekonomi. Malaysia
mengamalkan ekonomi pasaran bebas. Malaysia menjalin
hubungan baik dengan negara lain di dunia untuk memajukan
ekonomi. Malaysia menjadi pengeluar utama bijih timah dan
getah sejak zaman penjajahan British
 Walaupun sudah merdeka, Britain masih menguasai agensi dan
syarikat perdagangan utama. Persekutuan Tanah Melayu
masih mengharapkan pasaran dan modal daripada Britain dan
Amerika Syarikat. Hubungan yang baik dengan negara Britain
dan Amerika Syarikat menjamin kepentingan ekonomi negara.
FAKTOR 4 FAKTOR POLITIK
HURAIAN  Faktor politik diambil kira dalam penggubalan dasar luar
negara. Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen dan
menentukan hala tuju masa depan berdasarkan prinsip-prinsip
keamanan sejagat. Malaysia berperanan dalam menyelesaikan
konflik di Kampuchea. Contohnya Malaysia aktif
membincangkan mengenai Kampuchea dengan menyertai
Mesyuarat Tidak Rasmi di Jakarta, dan Persidangan
Antarabangsa Tentang Kampuchea di Paris.
 Malaysia menyertai Majlis Perhimpunan Agung dan Majlis
Keselamatan PBB di New York. Malaysia menyokong semua
resolusi yang dibuat oleh PBB untuk mengekalkan keamanan
dunia
FAKTOR 5 FAKTOR SEJARAH
HURAIAN  Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, telah wujud

80
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

hubungan perdagangan dengan China, Arab dan Siam.


Terdapat hubungan berasaskan rumpun Melayu seperti Brunei,
Singapura dan Indonesia.
 Setelah merdeka, Malaysia menyertai Komanwel untuk
meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain, Australia dan
New Zealand
FAKTOR 6 FAKTOR GEOGRAFI
HURAIAN  Kedudukan Malaysia yang strategik di rantau Asia Tenggara.
Malaysia bersempadan dengan hampir semua negara di rantau
ini seperti Singapura, Thailand, Filipina, Brunei dan Indonesia.
 Perairan Malaysia menjadi laluan kapal-kapal dagang selurah
dunia. Kawasan ini sering menjadi fokus kepada kuasa-kuasa
besar dalam menegakkan pengaruh dan kuasa masing-masing.
Keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan
meninggalkan kesan terhadap keselamatan negara Malaysia
FAKTOR 7 FAKTOR DEMOGRAFI
HURAIAN  Majoriti penduduk Malaysia beragama Islam dan menjalinkan
hubungan baik dengan negara-negara Islam. Malaysia tidak
membuat hubungan diplomatik dengan Israel kerana negara itu
menceroboh dan menindas penduduk Palestin
 Malaysia menentang keras dasar Aparteid di Afrika Selatan dan
tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Afrika Selatan
KESIMPULAN  Dasar luar negara sepanjang tahun 1957 hingga 1970 semasa
di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman memperlihatkan
pendirian Pro-Barat yang cukup kukuh. Menjelang tahun 1970-
an, dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali
dan berbaik-baik dengan semua negara.
 Perubahan dasar ini disebabkan kurangnya peranan yang
dimainkan oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di
Timur. Perubahan dasar juga berlaku apabila Malaysia
berkeinginan menjalin hubungan persahabatan dengan semua
negara khususnya dengan negara jiran

S0ALAN 39 HURAIKAN PERANAN MALAYSIA DALAM ORGANISASI


ANTARA BANGSA KOMANWEL, PBB DAB NAM.
PENDAHULUAN  Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat telah banyak
memainkan peranan penting dalam pertubuhan-pertubuhan
antara bangsa, sama ada dengan bekas tanah jajahan British
(Komanwel), pada peringkat dunia khususnya PBB dan
Negara-Negara Berkecuali (NAM). Penglibatan ini bertujuan
untuk kepentingan bersama demi mewujudkan keadaan dunia
yang lebih aman dan harmoni
PERTUBUHAN 1 PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM KOMANWEL
LATAR  Ditubuhkan pada tahun 1931. Terdapat 54 anggota.
BELAKANG Mengadakan mesyuarat ketua-ketua Kerajaan (CHOGM) dua
tahun sekali
 Syarat-syarat keanggotaannya mestilah bekas tanah jajahan
Britain, bebas menyertai dan menarik diri, Ratu England

81
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

sebagai Ketua, Hak dan kebebasan sama rata dan Tidak


terikat dengan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh negara
Britain
PERANAN 1. Membantah Dasar Apartheid (1982-1984)
2. Mesyuarat CHOGM – menjadi tuan rumah – 1987
3. Menyuarakan kebimbangan terhadap penyertaan Britain
dalam EEC ( Komuniti Ekonomi Eropah) – 1972
4. Menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap tindakan negara-
negara maju yang mengubah dasar pertukaran mata wang.
5. Malaysia dijadikan model dalam pelaksanaan Tabung
Penswastaan Baru Komanwel (CEPF).
6. Dilantik sebagai Pengerusi Program Kerjasama Komanwel bagi
Pengurusan Teknologi pada tahun 1996.
7. Menjadi tuan rumah Sukan Komanwel (SUKOM)- 1998
PERTUBUHAN 2 PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM PBB
LATAR  Ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 di Amerika Syarikat.
BELAKANG Terbuka kepada semua negara merdeka. Terdapat 191 buah
negara anggota.
 Tujuan utama PBB ditubuhkan ialah untuk menjaga keamanan
dan keharmonian negara-negara di dunia.
MATLAMAT PBB 1. Memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa
2. Menyelesaikan perselisihan.
3. Menggalakkan hubungan baik dalam kalangan anggota
4. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi, sosial dan kebudayaan,
Melindungi hak-hak asasi manusia tanpa mengira bangsa,
jantina dan agama
5. Menyatupadukan penduduk dunia
PERANAN 1. Mendapat bantuan PBB dalam pembentukan Malaysia
2. Pernah memegang jawatan penting dalam PBB
3. Terlibat dalam perjuangan isu dunia – Israel-Palestine,
mengutuk tindakan Komunis China menceroboh Tibet (1959),
menyertai misi pengaman di Congo (1960), membantu
Zimbabwe mendapat kemerdekaan, menyertai UNTAC ke
Namibia (1989), pasukan pengaman ke Somalia (1993),
pengaman ke Bosnia (1993), misi ke Timor-Timor (1999)
4. Menjadi ahli agensi-agensi PBB seperti WHO,FAO, Bank
Dunia.
5. Menjadi jurucakap Dunia Ketiga dalam Persidangan Kemuncak
Bumi di Rio de Jeneiro pada tahun 1992 dan isu alam sekitar
pada tahun 1998. Menjadi jurucakap Dunia Ketiga dalam
Persidangan Kemuncak Dunia Solar di Namibia pada tahun
1996
6. Mewujudkan Kumpulan Penghubung Pertubuhan OIC dan
Kumpulan Mobilisasi Bantuan B

PERTUBUHAN 3 PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM NAM


LATAR  Ditubuhkan pada tahun 1961. Gabungan negara-negara
BELAKANG membangun di Asia, Afrika dan Amerika Latin
 Dibentuk sebagai tindak balas kepada perlumbaan senjata oleh

82
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

dua kuasa besar ( Amerika dan Russia)


MATLAMAT NAM 1. Menghormati hak asasi manusia dan prinsip PBB
2. Menghormati kedaulatan dan keutuhan semua negara
3. Menghormati keadilan dan tanggungjawab antarabangsa
4. Mengiktiraf persamaan semua bangsa dan persamaan semua
negara.
5. Mengamalkan dasar berkecuali.
6. Menyelesaikan pertelingkahan dunia secara rundingan.
7. Menggalakkan kepentingan bersama dan kerjasama
PERANAN 1. Mesyuarat Penyediaan Sidang Kemuncak di Dares-Salam
Tanzania (1970)
2. Sidang Kemuncak Lusaka (1970)
3. Sidang Kemuncak New Delhi (1983)
4. Sidang Kemuncak Harare (1989)
5. Sidang Kemuncak Belgrade (1989)

PENUTUP  Sebagai kesimpulannya, Malaysia memainkan peranan aktif


dalam ketiga-tiga pertubuhan tersebut sama ada dalam aspek
politik, ekonomi dan sosial. Suara Malaysia terus didengar oleh
masyarakat antarabangsa demi kepentingan bersama.

83
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

SOALAN 40 HURAIKAN HIERARKI DAN PERANAN PEMBESAR DI


VIETNAM PADA ABAD KE-19M
PENDAHULUAN  Pembesar ialah pegawai kerajaan yang dilantik oleh Raja atau
Maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan
tugas-tugas dalam bidang kuasa yang diberikan kepadanya
sebelum kemasukan pengaruh Barat. Negara Asia
mengamalkan sistem pemerintahan beraja dan disokong oleh
sistem pembesar.
 Kumpulan pembesar inilah yang melaksanakan tugas-tugas
pemerintahan. Kedudukan pembesar sangat penting dan
berada pada paras kedua selepas kedudukan Raja atau
Maharaja dalam hierarki pemerintahan.
 Pengagihan tugas kepada pembesar tidak menjejaskan kuasa
mutlak Raja atau Maharaja kerana mereka hanya mempunyai
kuasa yang terhad dan melaksanakan tugas mengikut apa
yang telah diarahkan Raja.
HIERARKI 1 PEMBESAR MANDARIN
HURAIAN  Mereka mengetuai setiap peringkat pentadbiran terutama
semasa pemerintahan Maharaja Gia Long.
 Golongan Mandarin di Vietnam dipengaruhi oleh sistem yang
diamalkan di China.
 Golongan Mandarin yang mendapat pendidikan Confucius
yang baik adalah yang paling layak untuk menjadi pegawai
pentadbiran, mereka akan mengetuai Quan atau kementerian.
 Golongan ini juga sangat berpengaruh kerana mereka
melaksanakan tugas-tugas Maharaja, mendapat sokongan,
sanjungan dan dihormati rakyat, penegak keadilan pentafsir
undang-undang dan bertindak sebagai pegawai kehakiman.
HIERARKI 2 MAJLIS TERTINGGI (NOI CAC)
HURAIAN  Majlis ini dibentuk dan dipengerusikan oleh Maharaja. Baginda
akan dibantu oleh enam kementerian iaitu Kementerian Hal
Ehwal Awam, Kementerian Kerja Raya, Kementerian
Kewangan, Kementerian Upacara, Kementerian Kehakiman
dan Peperangan.
 Kementerian Hal Ehwal Awam mempunyai kedudukan yang
paling tinggi berbanding kementerian yang lain.
 Mereka bertangungjawab dalam memberikan pandangan
kepada Maharaja dalam semua hal yang bekaitan dengan
pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.
 Majlis ini juga merupakan forum unuk menyelesaikan perkara-
perkara yang tidak dapat diselesaikan di peringkat kementerian
HIERARKI 3 PEMBESAR PERINGKAT DAERAH
HURAIAN  Pembesar Peringkat Daerah berperanan untuk mengutip cukai,
menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat, mengambil
dan melatih tentera serta berperanan dalam bidang kehakiman.
 Manakalan Pembesar Peringkat Kampung (komun) bertindak

84
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

sebagai ketua hakim dan pentafsir undang-undang.


 Pembesar peringkat komun terdiri daripada Majlis Orang Tua.
PERANAN  Peranan pembesar adalah berdasarkan kepada peringkat atau
PEMBESAR bahagian yang disusun mengikut tugasan
tertentu.Pengkhususan tugas secara tersusun telah dibuat
berdasarkan jabatan yang dipegangnya.
 Pembesar bertanggungjawab melaksanakan tugas yang
diamanahkan untuk memastikan jawatannya kekal.
 Pembesar kanan(Quan)-bertanggungjawab menasihati dan
membantu maharaja dalam membuat keputusan.
 Pembesar pusat bertanggungjawab di ibu kota.
 Kerajaan dan istana mereka bertanggngjawab mengetuai
sesebuah jabatan seperti jabatan jabatan
peperangan,kehakiman dan percukaian
PENUTUP  Keperluan pengikut memainkan peranan penting dalam
membantu pembesar melaksanakan tugasan yang diarahkan
oleh raja mereka.Ini bermakna seorang pembesar bukan
sahaja bertangunggjawab secara terus kepada raja tetapi juga
pengikutnya. Peranan pembesar sememangnya amat penting
untuk memastikan sistem pentadbiran Vietnam berjalan lancar
dan teratur.

SOALAN 41 BANDINGKAN SISTEM PEMBESAR DI VIETNAM DAN


THAILAND PADA ABAD KE-19
PENDAHULUAN  Sistem pembesar di Vietnam dan Thailand diwujudkan untuk
membantu raja/maharaja dalam melaksanakan tugas dan
melicinkan pentadbiran.Pembesar memainkan peranan penting
dalam sistem politik Thailand dan Vietnam. Menduduki lapisan
kedua dalam struktur sosial masyarakat.
 Raja/maharaja mengagihkan tugasnya kepada golongan
pembesar di peringkat pusat, daerah dan kampung.
Raja/maharaja masih memegang kuasa mutlak dan segala
keputusan dalam politik, ekonomi dan sosial Dalam
raja/maharaja. Mempunyai tugas tertentu.
HURAIAN PERSAMAAN
 Vietnam mempunyai hierarki pembesar. Begitu juga di Thailand
terdapat hierarki pembesar, iaitu pembesar peringkat Pusat dan
peringkat daerah.
 Pembesar di Vietnam membantu Maharaja dalam urusan di
peringkat pusat, daerah dan kampung dan melaksanakan
Tugas yang diberikan oleh Maharaja.
 Manakala di Thailand, pembesar menjalankan tugas yang
diberikan oleh Raja.
 Pembesar di Vietnam dan Thailand menduduki lapisan kedua
selepas raja dalam sistem pemerintahan.
PERBEZAAN
 Vietnam menggunakan gelaran Maharaja. Manakala di

85
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

Thailand, menggunakan gelaran Raja.


 Vietnam tidak mempunyai pembesar yang terdiri daripada
golongan bangsawan. Manakala di Thailand pula, pembesar
terdiri daripada kerabat diraja dan golongan bangsawan yang
dikenali sebagai khunnang. Jawatan khunnang adalah
diwarisi.
 Di Vietnam, kedudukan dan kuasa pembesar terletak pada
golongan bangsawan (Quan) yang merupakan golongan
sarjana berpendidikan Confucius dan mempunyai kedudukan
istimewa dalam pentadbiran kerajaan.
 Setiap lapisan masyarakat berpeluang menjadi Mandrin (Quan)
dengan syarat mendapat pendidikan tinggi Confucius.
 Berbeza dengan Thailand, pembesar ini tidak terbuka kepada
golongan rakyat. Rakyat biasa tidak terlibat dalam sistem
pemerintahan walaupun mempunyai kelayakan. Hanya putera
putera raja memegang jawatan seperti Menteri.
 Golongan Mandrin mengetuai setiap birokrasi dalam
kerajaan Vietnam dan dipengaruhi oleh sistem
pentadbiranTanah Besar China.
KESIMPULAN  Kedatangan Barat menyebabkan perubahan dalam peranan
pembesar di Vietnam danThailand. Golongan Mandrin di
Vietnam kehilangan kedudukan dan kuasa, di ambil alih oleh
golongan berpendidikanBarat.
 Thailand tidak dijajah tetapi pemodenan dalam sistem
pentadbiran sedikit banyak telah mengubah peranan pembesar
Tradisional.

SOALAN 42 JELASKAN STRUKTUR SOSIAL MASYARAKAT INDONESIA


PADA ABAD KE-19 MASIHI
PENDAHULUAN  Masyarakat Indonesia telah membentuk susun lapis
masyarakat berdasarkan kepada pengaruh agama Hindu dan
Buddha yang kuat dan diikuti dengan pengaruh Islam
kemudiannya.
 Kedatangan Islam telah membawa perubahan kepada
masyarakat peribumi. Pengaruh Islam di Indonesia berlaku
kesan daripada hubungan perdagangan.
 Keadaan ini sekali gus telah mempengaruhi bentuk susun
lapis masyarakat tempatan di Indonesia berdasarkan budaya,
agama, suku kaum dan kedudukan geografi mereka.
 masyarakat di Indonesia boleh dibahagikan kepada dua
golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah.
 Golongan pemerintah terdiri dari raja/sultan, anak-anak raja,
bangsawan, pembesar, priyayi dan pemimpin agama.
 Manakala golongan diperintah ialah rakyat biasa
kebanyakannya adalah petani serta hamba merupakan lapisan
yang paling bawah.

86
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

 Setiap golongan ini mempunyai peranan dan tanggung


jawabnya yang tersendiri.
 Di Indonesia, struktur susn lapis masyarakatnya dapat dilihat di
Acheh dan di Jawa.
STRUKTUR MASYARAKAT DI ACHEH
LAPISAN 1 SULTAN
PERANAN  Sultan berada pada kedudukan teratas dalam hierarki sosila
masyarakt Acheh.Sultan Acheh merupakan ketua agama Islam
dan menjadi pelindung kepada masyarakat Acheh.
 Sultan mengetuai kerajaan dan bertanggungjawab menyatukan
rakyat, memakmurkan negara dan menjamin keselamatan
negara. Sultan Acheh berkuasa mutlak dengan memerintah
seluruh negara dan keseluruhan jajahan takluknya.
LAPISAN 2 KERABAT DIRAJA
PERANAN  Menduduki kedudukan kedua selepas sultan dalam hierarki
sosial masyarakat Acheh.
 Kerabat Diraja merupakan keturunan bekas Sultan yang
pernah memerintah Acheh.
PERANAN 3 PEMBESAR, ULEEBALANG, BANGSAWAN DAN ULAMA
PERANAN  Pembesar atau Uleebalang mempunyai kedudukan yang tinggi
dan penting dalam hierarki sosial di Acheh kerana mereka
merupakan tulang belakang pemerintahan dan pertahanan.
Mereka menggunakan gelaran Teuku.
 Golongan bangsawan pula terbahagi kepadda dua, iaitu yang
terdiri daripada kerabat diraja atau bukan kerabat diraja.
 Ulama menjadi penasihat agama Islam kepada Sultan. Ulama
mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat dan
dihormati kerana ketinggian ilmunya dan sering menjadi
rujukan kepada masyarakat setempat. Ulama diberi gelaran
Tengku sesuai dengan kedudukannya dalam masyarakat.
LAPISAN 3 RAKYAT
PERANAN  Rakyat menduduki kedudukan paling bawah dalam hierarki
sosial masyarakat Acheh. Rakyat terdiri daripada pelbagai
lapisan masyarakat kelas rendah.
 Rakyat menjadikan aktiviti pertanian dan kelautan sebagai
pekerjaan utama seperti petani, nelayan, pelayar dan
pedagang.
STRUKTUR MASYARAKAT DI PULAU JAWA
LAPISAN 1 SULTAN
PERANAN  Sultan mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam
susun lapis masyarakat di Pulau Jawa seperti Sultan Agong.
 Sultan berkuasa mutlak dalam pemerintahan di wilayah dan
jajahan takluknya.
 Sultan merupakan ketua agama Islam dan giat menyebarkan
agama Islam melalui penaklukan dan peluasan kuasa.
 Baginda dianggap istimewa, mempunyai sifat luar biasa,
berdaulat serta tidak boleh diderhaka.
 Sultan juga dianggap Khalifah Allah di muka bumi dan
pemimpin bagi umat Islam.

87
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

LAPISAN 2 GOLONGAN PRIYAYI


PERANAN  Priyayi menjadi penghubung antara Sultan dengan rakyat
jelata. Hubungan antara golongan bangsawan dan petani
adalah rapat dan bersepadu.
 Mereka juga merupakan pemimpin kerohanian atau agama
dalam masyarakat Jawa.
 Priyayi mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Sultan
atau kerabat diraja.
 Priyayi sangat dihormati dan dipercayai oleh rakyat. Golongan
Priyayi berkuasa ke atas masyarakat peribumi dan Ketua Adat
Tempatan (Bupati).
LAPISAN 3 RAKYAT
PERANAN  Golongan rakyat tidak memiliki tanah tetapi menyewa tanah
daripada golongan bangsawan.
 Mereka bercucuk tanam sebagai aktiviti harian seperti
menanam padi.
 Rakyat memberi khidmat dengan mengerjakan tanah milik
bangsawan, melaksanakan tugas yang diberikan dan menjadi
askar apabila tuan tanah terlibat dengan peperangan.
PENUTUP  Masyarakat peribumi di Indonesia terpengaruh dengan unsur
agama dan kepercayaan. Keadaan tersebut menyebabkan
mereka terlalu mentaati raja mereka.
 Selepas penjajahan Belanda, susun lapis masyarakat di
Indonesia mulai berubah. Kedudukan dan kuasa tradisi
golongan bupati mulai merosot kerana mereka digantikan oleh
pegawai Eropah atau golongan yang berpendidikan Barat.
 Golongan priyayi dan pembesar tempatan dibayar gaji. Sultan
juga kehilangan kuasa memerintah.

SOALAN 43 JELASKAN CIRI-CIRI EKONOMI KOMERSIAL DI VIETNAM


PADA ABAD KE-19M
PENDAHULUAN  Berbeza dengan ekonomi tradisional, ekonomi komersial lebih
kepada ekonomi yang berasaskan keuntungan hasil
pengeluran, pengeluran secara besar-besaran, modal yang
besar, penggunaaan teknologi yang maju dalam segala aspek
pengeluaran. Ekonomi komersial di Vietnam bermula apabila
penjajah British menduduki Vietnam dan mula memperkenalkan
ekonomi dagangan demi mengaut keuntungan semata-mata.
Terdapat beberapa ciri ekonomi komersial.
CIRI 1 KEGIATAN PERTANIAN DALAM SKALA YANG BESAR
HURAIAN  Vietnam menjalankan kegiatan pertanian secara besar-besaran
terutama tanaman komersial seperrti padi dan getah. Dalam
penanaman padi, Vietnam menghasilkan ¼ daripada
pengeluaran beras dunia.
 Kawasan penanaman padi yang utama di kawasan Delta
Sungai Merah (Sg. Song-Koi) dan Delta Mekong di selatan.
 Dalam pengeluaran getah pula, Vietnam merupakan pengeluar
ketiga terbesar getah dunia.

88
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

CIRI 2 SISTEM PENGAIRAN PERTANIAN YANG BAIK


HURAIAN  Kegiatan penanaman padi secara komersial dapat dilaksanakan
kerana wujudnya sistem pengairan yang baik.
 Petani menggunakan teknologi pengairan yang dibawa oleh
orang Cina ke Vietnam.
 Selain itu, sistem kawalan air yang baik melalui pembinaan
benteng. Sistem ini telah berjaya menghalang limpahan air
hujan dari Sungai Song-Koi ke kawasan pertanian.
 Selepas banjir, lumpur dan kelodak yang terdapat di sepanjang
lembah sungai membentuk delta yang subur dan sesuai untuk
aktiviti penanaman padi.
 Oleh itu, kegiatan penanaman dapat dijalankan secara meluas
seperti di wilayah Tonkin dan Annam.
 Penanaman padi dua kali setahun juga dapat dijalankan dengan
adanya pengairan yang baik. Contohnya seperti di wilayah
Tonkin.
CIRI 3 MODAL YANG BANYAK
HURAIAN  Kegiatan pertanian secara komersial dibantu oleh keupayaan
modal yang banyak.
 Saudagar Cina dan Eropah menguasai kegiatan mengeksport
beras kerana golongan ini menguasai sebahagian besar tanah
untuk diusahakan secara ladang.
 Petani Vietnam yang berkerja untuk golongan ini di sawah akan
menanam jagung dan ubi kayu sebagai tanaman makanan
secara bergilir.
PENUTUP  Kesimpulannya, ekonomi komersial di Vietnam lebih kepada
ekonomi eksport yang menguntungkan pihak penjajah dan para
pengusaha persendirian. Petani tempatan tersu ditindas demi
keuntungan pihak penjajah.

SOALAN 44 BINCANGKAN CIRI-CIRI EKONOMI TRADISIONAL YANG


DIJALANKAN DI VIETNAM PADA ABAD KE-17M
PENDAHULUAN  Corak ekonomi masyarakat peribumi di Asia Tenggara pada
abad ke-19 mengamalkan sistem ekonomi sara diri yang
menjadikan pertanian sebagai kegiatan utama.
 Sistem ekonomi tradisional yang diamalkan di Vietnam
menunjukkan kebergantungan yang kuat antara pemerintah
dan yang diperintah (Sistem Feudal)
 Bersifat kecil-kecilan dan hanya untuk menampung keperluan
sekeluarga sahaja.
CIRI 1 Menjalankan pertanian sara diri
HURAIAN  Sara diri, hanya untuk menampung keperluan bekalan
makanan keluarga mereka sahaja.
 Tanaman utama adalah sawah padi juga tanaman yang lain
seperti ubi keledek, jagung, kekacang, dan buah-buahan.
 Hasil yang lebih ditukar kepada barang keperluan yang lain.

89
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

CIRI 2 Teknologi pertanian yang lama digunakan


HURAIAN  Petani bergantung kepada sistem parit dan tali air untuk
mengawal banjir dari Sungai Song Koi dan lebihan air dari delta
digunakan untuk mengairi kawasan kering.
 Sistem tali air membolehkan petani untuk menanam padi dua
kali setahun di kawasan Delta Sungai Song Koi.
 keadaan berbeza dengan petani yang tinggal di Delta Mekong,
akibat taburan hujan yang kurang menyebabkan petani hanya
dapat menanam padi setahun sekali sahaja.
 Teknik kawalan air dan penggunaan sistem roda yang
dikendalikan oleh binatang yang diambil dari China.

CIRI 3 Tanah dikuasai oleh Tuan Tanah yang kaya


HURAIAN  Petani kekal miskin kerana Tuan Tanah menguasai kegiatan
pertanian dan hasil pertanian dikuasai oleh Tuan Tanah. Petani
yang menyewa tanah ditindas oleh Tuan Tanah mereka.
 Hasil pengeluaran setiap kampung terhad untuk keperluan
sendiri.
 Selain aktiviti pertanian, penduduk mengusahakan tembikar,
tenunan, menganyam dan bertukang.

PENUTUP  Sistem ekonomi sebelum kedatangan kuasa Barat di negara


Vietnam hanya tertumpu kepada sistem ekonomi sara diri
yang hanya bertujuan untuk menampung keperluan harian
individu dan keluarga .
 Oleh itu, pemimpin haruslah bijaksana mengurus hal-hal
berkaitan ekonomi supaya dapat mengelakkan berlakunya
masalah ekonomi dalam negara.

SOALAN 45 BINCANGKAN FAKTOR DAN CARA PELUASAN KUASA


BELANDA DI INDONESIA.
PENDAHULUAN  Perluasan kuasa merupakan aktiviti memperluaskan autoriti
sesebuah negara menerusi perolehan tanah jajahan bagi
menguasai politik dan ekonomi ke atas negara lain.
 Menurut George Nadel dan Perry Curtis, imperialisme ialah
proses perkembangan kuasa melalui campur tangan secara
langsung atau tidak langsung terhadap politik dan ekonomi
sesebuah kerajaan, bangsa atau masyarakat ke atas bangsa
dan masyarakat yang lain.
FAKTOR PELUASAN KUASA OLEH BELANDA
FAKTOR 1 FAKTOR EKONOMI
HURAIAN  Keperluan untuk memperoleh barang dagangan seperti
rempah-ratus dan teh telah mendorong Belanda menjalankan
dasar peluasan tanah jajahan di Timur.
 Perkembangan Revolusi Industri di Eropah pada tahun 1800
terutama di Belanda menyebabkan keperluan terhadap bahan
mentah yang banyak, murah, dan berterusan bagi keperluan
kilang mereka di Eropah.

90
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

 Perkembangan industri juga mewujudkan persaingan antara


negara-negara Eropah yang lain.
FAKTOR 2 PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PERINDUTRIAN
HURAIAN  Bijih Timah. Merupakan eksport utama Indonesia terutama di
Pulau Bangka, Pulau Belitung, dan Palembang. Permintaan
tinggi terhadap bijih timah di Eropah didorong oleh
perkembangan industri mengetin.Disebabkan pengeluaran bijih
timah di Eropah yang tidak dapat memenuhi permintaan,
keadaan ini telah memaksa mereka beralih ke Asia Tenggara
yang kaya dengan bijih timah.
 Petroleum. Penciptaan kereta bermotor, mesin berjentera, dan
kapal terbang yang memerlukan petroleum sebagai bahan api
telah menyebabkan permintaan terhadap petroleum
melambung tinggi. Indonesia menjadi pilihan Belanda kerana,
Kaya dengan pelbagai jenis galian seperti bijih timah, bijih besi,
emas, dan petroleum, Iklim yang sesuai dan tanah yang subur
sesuai untuk pelbagai tanaman komersial seperti getah, kelapa
sawit, padi, dan tebu danKaya dengan pelbagai hasil hutan
seperti rotan, kayu jati, dan damar.
FAKTOR 3 FAKTOR POLITIK
HURAIAN  Dasar peluasan kuasa dijalankan oleh kuasa-kuasa Barat
untuk menjamin keselamatan nasional dan kekuatan
ketenteraan bagi melindungi kepentingan tanah jajahan
mereka.
 Belanda memperluaskan kuasanya di Indonesia kerana
bimbang pengaruh British di Tanah Melayu akan mengancam
kepentingannya.
FAKTOR 4 KEMAJUAN SISTEM PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTAN
HURAIAN  Telah meningkatkan minat kuasa Barat untuk menjalankan
dasar peluasan kuasa ke atas negeri lain.
 Kemajuan dalm perhubungan laut berlaku setelah terciptanya
kapal berkuasa wap. Penciptaan sistem pengangkutan ini telah
mendorong dan mempercepatkan dasar peluasan kuasa Barat
di Asia Tenggra.
CARA PERLUASAN KUASA BELANDA DI INDONESIA
FASA 1 PELUASAN KUASA ZAMAN MARSHAL DAENDAL DI PULAU
JAWA (1808-1811)
HURAIAN  Marshal Daendals ditugaskan untuk menyusun semula
pentadbiran Belanda di Pulau Jawa, mengadakan
pembaharuan serta mengukuhkan. Dasar pentadbiran:
Pentadbiran Belanda berpusat di Betawi, Pulau Jawa
dibahagikan kepada 5 bahagian dan 38 buah daerah dan
Pembesar tempatan dilantik sebagai wakil raja yang dibayar
gaji sebagai pegawai Belanda dan berpangkat tentera.
 Dasar ketenteraan. Pertahanan di Pulau Jawa diperkukuhkan
melalui penubuhan angkatan tentera laut di Selat Sunda, Timur
Surabaya, dan Pulau Madura. Jalanraya diperbaik dan dibina
bagi memudahkan operasi ketenteraan. Kilang senjata dan
peluru juga dibina di Surabaya dan Semarang.

91
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

 Campur tangan dalam hal ehwal politik tempatan: Belanda


menyerang dan memusnahkan kota Bantam kerana
keenggganan sultan Bantam menghantar buruh ke Betawi,
Sultan Bantam dibuang ke Pulau Ambon manakala menterinya
dibunuh.
 Tindakan Sultan Amangkubuwono II, iaitu Sultan Jogjakarta
yang bersekutu dengan British bagi memperkukuhkan
tenteranya turut menimbulkan kebimbangan Belanda.

FASA 2 PELUASAN KUASA ZAMAN DE BUS DE GISIGNES (1825-1830)


HURAIAN  Perang Jawa (1825-1830) berlaku akibat perasaan tidak puas
hati Diponegoro Putera kerajaan Jogjakarta terhadap dasar
pentadbiran Baron Van Der Capellan di Pulau Jawa.
 Akibat daripada peperangan tersebut, Belanda berjaya
menguasai Banjumas, Bangelan, Madiun dan Kendiri yang
sebelum ini dikuasai oleh sultan Jogjakarta.

FASA 3 CAMPUR TANGAN DALAM HAL-EHWAL TEMPATAN DAN


PERJANJIAN
HURAIAN  Perkembangan kegiatan perlombongan arang batu di
Banjarmasin dan timur Pulau Kutai menyebabkan berlakunya
perang antara Belanda dan Sultan Banjarmasin antara tahun
1859-1863. Pemerintahan Bugis di Sulawesi juga sering
berlaku huru-hara akibat perang menentang Boni pada tahun
1858 dan 1859 yang membawa kepada campur tangan
Belanda.
 Pada tahun 1858, pemerintah Deli, Serdang, Langkat dan
Assahan telah membuat perjanjian dengan Belanda.
FASA 4 MELALUI PENAKLUKAN
HURAIAN  Pada tahun 1856, Belanda menakluk jajahan Lampung,
jajahan Batak (1857), dan Bangkahulu (1868). Belanda
menguasai Acheh melalui serangan yang dilancarkan pada
tahun 1873-1899. Belanda berjaya menamatkan tentangan
daripada pembesar tempatan dan menguasai Acheh
sepenuhnya.
 Pada tahun 1894, Belanda menguasai Lombok.
PENUTUP  Faktor perluasan kuasa asing di Belanda terdiri daripada faktor
ekonomi, faktor perkembangan teknologi perindustrian, faktor
politik dan kemajuan dalam sistem perhubungan dan
pengankutan.
 Cara yang digunakan untuk memperluaskan kuasa ialah
semasa Marshal Daendals ditugaskan unutk menyusun
pentadbiran di Pulau Jawa dan juga melalui campur tangan
dalam hal ehwal tempatan dan perjanjian.

SOALAN 46 HURAIKAN KESAN CAMPUR TANGAN KUASA ASING DI


INDONESIA PADA ABAD KE-19M

92
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

PENDAHULUAN  Belanda bertapak dgn kukuh di Pulau jawa sejak abad ke-17
manakala kawasan lain yangg masih ditadbir oleh raja-raja
tempatan jatuh ke tangan Belanda menjelang pertengahan
abad ke-19.
FASA 1 INSTITUSI PEMERINTAHAN DI PULAU JAWA
HURAIAN  Sehingga awal abad ke-19 terdapat 2 bentuk sistem
pemerintahan di Pulau Jawa. Bentuk pertama ialah kerajaan yg
diperintah oleh Belanda di kenali sbgai Kerajaan Betawi.
Bentuk kedua ialah kerajaan tempatan yg terdiri drpd
beberapa kerajaan kcil di bawah sultan dam susuhunan spt
kerjaan Surakarta, Jogjakarta, Bantam dan Cheribon.
 Raffles telah bertindak terhadap pemerintah Bantam, iaitu
Sultan Muhamad yang telah dinaikkan takhta oleh Belanda
sebelum kedatangan Raffles. Raffles memaksa sultan turun
takhta dengan memberikan pencen sebanyak 10,000 wang
Sepanyol. Tindakan Raffles ini telah menamatkan
pemerintahan Kesultanan Bantam.
 Pada awal abad ke-19, Cheribon secara rasmi telah menjadi
hak milik kerajaan Betawi
 Bagi pemerintahan Kesultanan Bantam dan Cheribon, sultan
tidak lagi mempunyai kuasa mutlak. Mereka dibenarkan
memakai gelaran sultan tetapi kuasanya sama spt seorang
bupati.
 Di Mataram, kdatangan Belanda menyebabkan keruntuhan
kuasa pentadbiran pusat tempatan. Awal abad ke-19 sebelum
peluasan kuasa Belanda, kekuasaan pemerintah Mataram
merangkumi empat bulatan.
 Selepas Perang Jawa, kerajaan Betawi bertindak thdp
Jogjakarta. Sempadan antara Surakarta dan Jogjakarta
ditentukan secara jelas. Penjajahan Belanda jga menjejaskan
institusi kesultanan di daerah-daerah seperti Sambas, Bali dan
Banjarmasin.
 Secara keseluruahannya, institusi pemerintahan beraja di
Indonesia semakin merosot dari segi kekuasaan dan
kekuatannya kesan daripada penjajahan Belanda.
 Raja-raja Jawa hanya memegang fungsi sebagai pegawai
birokrat penjajah manakala institusi kesultanan di pulau-pulau
luar terhapus.
FASA 2 ZAMAN PEMERINTAHAN DAENDELS
HURAIAN  Pada tahun 1808, Marshal Herman Wiliem Daendels dihantar
ke Jawa sebagai Gabenor Jeneral Hindia Timur. Beliau diberi
misi oleh kerajaan Belanda untuk merombak semula
pentadbiran dan memperkukuhkan pertahananan Jawa.
 Daendels membahagikan bahagian Timur Laut Jawa kpd 5
bahagian dan setiap bahagian kepada 28 buah daerah.
 Daerah Jawa di luar kerajaan Surakarta dan Jogjakarta
dibahagikan menjadi 9 daerah pentadbiran yang dikenali
sebagai Perfectur dibawah pengawasan Perfect. Perfectur ini
dibawah pentadbiran pusat di Betawi.

93
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

 Walau bagaimanapun, Daendels telah bertindak


menghapuskan peranan golongan bupati yang banyak
membantu pemerintahan Belanda semasa zaman VOC lagi.
 Tindakan Daendels ini menimbulkan banyak masalah kepada
kerajaan Belanda menyebabkan beliau ditamatkan
perkhidmatannya sebagai Gabenor Jeneral pada tahun 1811.
FASA 3 ZAMAN PEMERINTAHAN RAFFLES
HURAIAN  Belanda menyerahkan pentadbiran Pulau Jawa kepada British
pada awal abad ke-10 berikutan meletusnya Perang Napoleon
di Eropah dan penawanan negara Belanda di bawah Perancis.
 Asas-asas pemerintahan sementara British di Pulau Jawa
ditentukan oleh Raffles selaku Leftenan Gabenor yang sangat
dipengaruhi oleh pentadbiran British di India, iaitu pemerintahan
secara langsung.
 Pulau Jawa dibahagikan kepada 16 residensi dan setiap
residensi ini diperintah secara langsung oleh seorang Residen.
Residen memegang tugas menjalankan pentadbiran dan
kehakiman dan memungut cukai.
 Setiap residensi dibahagikan kepada daerah, bahagian dan
kampung. Daerah di bawah pengawasaan bupati dan kampung
di bawah pengawasan penghulu.
 Namun begitu, pentadbiran Raffles tidak mengakui kedudukan
tradisi para bupati secara turun temurun, malah beliau cuba
menghapuskan kekuasaan dan pengaruh bupati terhadap
rakyat kerana memahami bahawa ikatan feudal antara bupati
dengan rakyat sangat kuat.
 Raffles sendiri pernah mengatakan bahawa, The Inhabitants of
the Batavian and Preangers Regencies, is not having yet
released from feudal services to their chiefs…
 Untuk mengurangkan pengaruh dan kuasa bupati, Raffles
btindak menolak sistem penggantian bupati secara turun
temurun dan mengambil mereka sebagai pegawai umum
pemerintahan British di bwh pengawasan langsung oleh
Residen dan Penolong Residen.
 Hak bupati untuk mengadili kes jenayah dihapuskankan dan
tugas ini diserahkan kepada Residen. Bagaimanapun bupati
masih berkuasa untuk memungut cukai.
 Dari segi kehakiman, Raffles memperkenalkan undang-undang
yg sama bgi smua pduduk di Pulau Jawa. Mahkamah Keadilan,
Mahkamah Polis, Mahkamah Ulang Bicara, Mahkamah Awam
dan Mahkamah Jenenayah ditubuhkan.
FASA 4 PEMERINTAHAN BELANDA SELEPAS PERANG NAPOLEON
 Belanda mengatur semula sistem pentadbiran Pulau Jawa
apabila mereka kembali pada tahun 1816. belanda melantik
tiga orang Pesuruhjaya Jeneral yang bertanggungjawab
menyusun semula pentadbiran dan memulihkan semula krisis
kewangan Pulau Jawa.
 Gabenor Jeneral memegang kuasa tertinggi dalam sistem
pentadbiran Belanda di Pulau Jawa. Beliau dibantu oleh empat

94
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

orang konsular.
 Sekretariat Jeneral di bawah Ketua Setiausaha. Sebuah Majlis
Negara dibentuk sebagai badan penasihat dan badan
perundangan kerajaan.
 Lima buah jabatan ditubuhkan:
i. Jabatan Pendidikan
ii. Pejabat Dalam Negeri
iii. Jabatan Agama Dan Industri
iv. Jabatan Kerja Raya
v. Jabatan Kewangan dan Kehakiman
 Pemerintahan secara tidak langsung diwujudkan semula untuk
menggantikan pemerintahan langsung Raffles. Di pulau-pulau
luar, pentadbiran berada di bawah pembesar2 yang dikawal
oleh Gabenor Belanda. Dalam bidang kehakiman, sebahagian
besar usaha Raffles telah dikekalkan.
 Belanda meneruskan usaha untuk mengurangkan kuasa dan
kedudukan para bupati tetapi usaha Belanda ini telah
menimbulkan penentangan yang memuncak sehingga
meletusnya Perang Jawa (1825-1830)
 Peristiwa penentangan ini telah menyedarkan Belanda betapa
pentingnya hubungan baik dengan pihak pembesar tempatan.
Akan tetapi, usaha untuk mengawal golongan bupati masih
diteruskan.
 Rombokan struktur birokrasi di Indonesia bermula pada tahun
1848. Sistem kewangan, undang-undang, pemerintahan dan
sistem audit disusun semula. Parlimen Belanda yang baharu
memulakan pengawasannya terhadap Indonesia.
 Sistem pemerintahan yang diterapkan ialah sistem
pemerintahan kolonial Belanda yg memegang kuasa tertinggi.
Namun demikian, pihak Belanda masih bergantung kepada
golongan peribumi khususnya bupati untuk melicinkan
pentadbirannya.
 Struktur pentadbiran Belanda dikenali sebagai Binenland
Bestuur yang terdiri daripada Gabenor Jeneral, Residen,
Penolong Residen dan Controleur.
 Struktur pentadbiran tempatan (peribumi) dikenali sebagai
Pangreh Praja yang terdiri daripada Bupati, Patih (Penolong
Bupati), Wedana dan Penolong Wedana.
 Bupati dilantik oleh Gabenor Jeneral atas cadangan Residen
dan Penolong Residen. Pada awalnya, para bupati dipilih dan
dilantik berdasarkan keturunan, terrutama anak lelaki sulung
dalam keluarga, kemudiannya, pelantikan bupati mengikut
beberapa syarat seperti pencapaian pendidikan,
 Jawatan bupati pada zaman Van Der Bosch yang merupakan
hak turun-temurun kini mula dipandang sebagai pegawai
pemerintah kolonial Hindia Belanda.
 Secara ringkasnya, tanggujawab Residen dan Bupati adalah
seperti berikut:

95
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

Residen Bupati
 Menjalan tugas melalui Bupati  Mengawasi penanaman wajib
 Mengawal pekerjaan wajib  Meneliti perjanjian antara
 Mengawasi penanaman tanaman penanam dan pengusaha Eropah.
 Mengendalikan sekolah peribumi  Mengawasi sekolah peribumi
 Membuat daftar guru-guru agama
PENUTUP  Dengan kehadiran penjajah Belanda, sistem pemerintahan
tradisional digantikan dengan sistem pemerintahan kolonial
yang mana pihak penjajah Belanda telah berjaya menundukkan
sistem pemerintahan tradisional tempatan. Hubungan patron-
client mempunyai makna berbeza di bawah penjajahan
Belanda iaitu lebih kepada patron (kuasa penjajah) dan client
(pihak yang akur)

SOALAN 47 ANALISISKAN SEBAB-SEBAB PENENTANGAN MASYARAKAT


TERHADAP KUASA ASING DI MYNMAR PADA ABAD KE-19
PENDAHULUAN  Penentangan terhadap British di Myanmar didorong oleh
kekecewaan penduduk tempatan terhadap penguasaan
ekonomi oleh orang asing.
 Hubungan yang buruk antara Raja Myanmar dengan british
telah memperluaskan penentangan dalam kalangan penduduk
tempatan.
FAKTOR 1 FAKTOR EKONOMI
HURAIAN  Penduduk tidak bersetuju dengan kuasa Barat yang lebih
membantu pihak pemberi pinjaman wang dan tuan tanah
tetapi tidak memberi peluang kepada petani untuk
menyelesaikan hutang mereka.
 Pada tahun 1929, banyak tanah milik rakyat Mynmar yang
berpindah ke tangan golongan ceti yang bukan rakyat
Mynmar.
 Kemasukan orang India ke Mynmar sebahagiannya merupakan
golongan ceti telah menyebabkan petani Mynmar berhutang
dengan golongan ini untuk mengusahakan tanah.
 Apabila gagal membayar pinjaman, tanah mereka dirampas
oleh ceti dan menjadikan mereka sebagai penyewa atau buruh.
 Kedatangan golongan ceti telah membuatkan rakyat Mynmar
kehilangan tanah dan ini menimbulkan perasaan marah dan
tidak puas hati dalam kalangan mereka.
 Penduduk juga dibebani dengan pelbagai jenis cukai hingga
menyebabkan mereka terpaksa meminjam wang.
 Akibatnya petani kehilangan tanah kerana gagal membayar
hutanh dan menjadi buruh malahan ada di antara mereka
berkongsi tanaman.
 Ini menyebabkan golongan petani bangkit menentang pihak
British untuk mendapatkan semula hak mereka.
FAKTOR 2 FAKTOR POLITIK
HURAIAN  Penjajahan British menyebabkan perubahan kepada sistem
pentadbiran tempatan terutama institusi beraja kerana telah

96
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

diubah dan kemudiannya telah dihapuskan.


 Pembaharuan oleh British bermula dengan sistem kerajaan
tempatan melalui Akta Kampung Burma 1889.
 British juga mengubah sistem pentadbiran tempatan untuk
memudahkan dasar kolonialisme berkembang di Myanmar.
FAKTOR 3 FAKTOR SOSIAL DAN BUDAYA
HURAIAN  Keengganan pegawai British menghormati agama Buddha dan
budaya masyarakat tempatan seperti enggan membuka kasut
semasa memasuki rumah Pagoda dan berhala telah
membangkitkan kemarahan rakyat Myanmar.
 Keangkuhan British yang tidak menghormati budaya tempatan
telah memburukkan hubungan antara kedua-dua kerajaan.
 Sistem pendidikan Barat mendapat tentangan daripada
golongan sami dan guru tradisional yang tidak lagi mendapat
tempat di hati rakyat.
 Pembukaan sekolah Inggeris telah melahirkan intelek yang
berpendidikan Inggeris menyebabkan jumlah dan bilangan
murid sekolah Buddha semakin merosot.
PENUTUP  Pengenalan sitem pentadbiran Barat oleh British mendapat
tentangan daripada penduduk peribumi kerana budaya dan
amalan Buddha mereka tergugat.
 Keadaan bertambah buruk apabila institusi beraja yang sekian
lama diamalkan juga terhakis akibat dasar penjajahan British di
Myanmar.

SOALAN 48 NILAIKAN PERANG DIPONEGORO DALAM PENENTANGAN


MASYARAKAT TERHADAP KUASA ASING DI INDONESIA PADA
ABAD KE-19M
PENDAHULUAN  Diponegoro merupakan putera sulung Hamengkubuwono III,
raja Mataram di Jogjakarta. Beliau lahir pada 11 November 1785
di Jogjakarta. Nama sebenarnya ialah Bendoro Raden Mas
Ontowiryo diketepikan daripada takhta kerajaan Jogjakarta
apabila Hamengkubuwono III mangkat pada tahun 1814.
 Raffles melantik Djarot sebagai pemerintah Jogjakarta dengan
gelaran Hamengkubuwono IV.
 Raffles berjanji akan melantik Diponegoro sebagai pemerintah
Jogjakarta selepas kemangkatan Djarot. Raffles tidak berada di
Jogjakarta apabila Djarot mangkat pada tahun 1822.
 Belanda melantik putera Djarot yang baru berumur dua tahun
sebagai pengganti dengan gelaran Hamengkubuwono V
 Diponegoro hanya dilantik sebagai penasihat. Pada tahun 1825,
beliau memimpin Perang Jawa untuk menentang kekejaman
dan penindasan Belanda di Pulau Jawa.
SEBAB 1 PEMBELA NASIB PENDUDUK TEMPATAN
HURAIAN  Diponegoro berjuang untuk membebaskan penduduk tempatan
daripada penindasan Belanda. Masyarakat peribumi Jawa tidak
berpuas hati dengan tindakan Van der Capellan yang
membatalkan kontrak penyewaan tanah pada tahun 1823.

97
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

Pembesar tempatan dan golongan bangsawan berasa tertekan


kerana terpaksa memulangkan balik wang sewaan dan wang
pendahuluan kepada pengusaha asing yang terlibat dalam
kontrak tersebut.
 Demi menyelesaikan wang pendahuluan tersebut, pembesar
tempatan dan tuan tanah memaksa petani bekerja lebih kuat.
Semasa kontrak penyewaan tanah masih berlansung, petani
telah ditindas oleh golongan pengusaha dan penyewa tanah.
 Penduduk tempatan hidup sengsara apabila pemungut cukai
mengenakan kadar tol sesuka hati. Orang Cina memberi
pinjaman wang kepada orang Jawa dengan kadar faedah yang
tinggi.
 Mereka menjadi orang tengah dalam perdagangan garam.
Mereka memaksa penduduk tempatan menjual garam dengan
harga murah dan selepas itu mereka akan menjualnya dengan
harga yang tinggi di kawasan bandar.
PERANAN 2 MEMPERTAHANLAN KESUCIAN AGAMA ISLAM
HURAIAN  Tindakan Belanda membina jalan raya melalui tanah perkuburan
nenek moyang Diponegoro dianggap melanggar nilai
masyarakat tempatan. Diponegoro mengisytiharkan perang jihad
untuk memulihkan pemerintahan Islam di Jawa.
 Penduduk tempatan mempercayai bahawa Diponegoro ialah
Ratu Adil atau Wali Allah yang dapat membebaskan mereka
daripada cengkapan orang kafir. Belanda enggan mengiktiraf
Diponegoro sebagai ketua Islam.
 Tindakan ini menunjukkan Belanda tidak menghormati agama
Islam. Diponegoro dan masyarakat Jawa menganggap usaha
Belanda ini mencabuli adat resam tempatan serta tatasusila dan
nilai-nilai Islam.
PERANAN 3 PEMBELA MARUAH BANGSA DAN NEGARA
HURAIAN  Pada tahun 1825, beliau memimpin Perang Jawa untuk
menentang kekejaman dan penindasan Belanda di Pulau Jawa.
 Diponegoro berjuang menegakkan maruah negara dan
bangsa. Beliau dan pengikutnya menentang Belanda yang
meluaskan kuasanya ke Pulau Jawa.
PERANAN 4 PEMBATALAN KONTRAK SEWA TANAH
HURAIAN  Kontrak Sewa Tanah telah diperkenalkan oleh Stamford
Raffles di Pulau Jawa pada tahun 1811-1816. Kontrak ini
membenarkan orang-orang Cina dan Eropah mengikat kontrak
dengan golongan bangsawan tempatan untuk menyewa
tanah milik mereka di Pulau Jawa.
 Sistem ini memperlihatkan keadaan petani yang mengusahakan
tanah-tanah ini menjadi buruh paksa bagi orang Eropah dan
Cina. Belanda melihat sistem ini sebagai satu penindasan
terhadap golongan petani lalu membatalkannya atas arahan
Van der Capellan.
 Pembatalan tersebut menimbulkan perasaan tidak puas hati
dalam kalangan bangsawan kerana mereka kehilangan punca
pendapatan.

98
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

 Pembatalan ini juga menyebabkan pengusaha Eropah dan Cina


memulangkan semula tanah kepada tuan tanah dan meminta
wang pendahuluan mereka dikembalikan. Golongan
bangsawan gagal memulangkan wang pendahuluan tersebut
kerana telah habis dibelanjakan.
 Keadaan ini juga turut melibatkan Pangeran Diponegoro yang
terpaksa membayar ganti rugi kepada penyewa tanah di kebun
kopinya sebanyak 60 ribu rial. Hal ini menyebabkan Diponegoro
tidak berpuas hati kerana beliau terpaksa mengerahkan petani
bekerja lebih kuat untuk beliau membayar kembali tuntutan
tersebut.Keadaan ini juga menyebabkan petani tidak berpuas
hati dengan dasar baharu Belanda ini.
PERANAN PUTERA PEMBEBAS
HURAIAN  Diponegoro seorang yang alim dan dianggap sebagai
pemimpin agama oleh masyarakat tempatan. Beliau juga
menganggap dirinya membawa wahyu Allah untuk berjihad
menentang penjajah iaitu menghalau orang kafir dari tanah
airnya.
 Tujuannya adalah untuk memulihkan pemerintahan Islam di
Pulau Jawa yang dianggap telah tercemar dengan kedatangan
Belanda dan agama Kristian.
 Beliau juga dianggap sebagai ulama dan digelar ‘Ratu Adil’
yang bermaksud ‘Putera Pembebas’ yang akan
menyelamatkan umat Islam daripada penindasan dan
kekejaman penjajah Belanda.
 Justeru, Diponegoro telah memimpin kumpulan penentang yang
terdiri daripada masyarakat tempatan dalam melancarkan
perang jihad ke atas Belanda
PERANAN PEMBINAAN JALAN MERENTASI MAKAM DIRAJA
HURAIAN  Pada tahun 1825, Belanda merancang untuk membina sebatang
jalan dari Jogjakarta ke Mangelang melalui tanah Diponegoro
dan juga makam Raja-Raja Jogjakarta, iaitu makam nenek
moyangnya yang dianggap keramat.
 Beliau berasa terhina malah berpendapat tindakan Belanda
sebagai penghinaan terhadap keluarganya dan juga mencabuli
kesucian Islam.
 Diponegoro telah mengambil tindakan mencabut papan tanda
pembinaan jalan tersebut dan digantikan dengan mata tombak
serta merosakkan peralatan untuk pembinaan jalan tersebut.
 Tindakan Diponegoro ini merupakan sebab semerta yang
membawa kepada meletusnya Perang Jawa pada bulan Julai
1825.
PERANAN PEMIMPIN PERANG JAWA
HURAIAN  Mendapat sokongan kaum tani, para ulama, golongan
bangsawan dan para bupati. Pengikut beliau ialah Kyai Mojo,
Kyai Hasan Besari, Sentot dan Mangka Bumi. Mereka
melancarkan perang gerila terhadap orang Belanda.
 Pada mulanya, Diponegoro berjaya dalam pertumpuran
berhampiran Lengkong dan Delanggu. Beliau diangkat menjadi

99
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

sultan dengan gelaran “Sultan Abdulhamid Cokro


Amirulmukminin Sayidin Panotogomo Khalifatullah Tanah
Jowo”.
 Tentera Diponegoro mengalami kemerosotan apabila ramai mati
kebuluran dan diserang penyakit. Sentot dan Mangka Bumi
berpaling tadah memihak kepada Belanda.
 Keadaan tersebut melemahkan perjuangan Diponegoro dan
akhirnya beliau bersetuju berdamai dengan Belanda. Namun,
Belanda enggan mengiktiraf Diponegoro sebagai Sultan
Surakarta dan Ratu adil.
PENUTUP  Peranan penting Diponegoro dalam Perang Jawa tidak boleh
dinafikan. Beliau berjaya memimpin satu penentangan yang
agak berkesan bertujuan untuk memulihkan pemerintahan Islam
di Jawa dan membebaskan penduduk tempatan daripada
penindasan orang kafir. Perjuangan Diponegoro menyedarkan
pentadbiran Belanda bahawa penduduk tempatan tidak boleh
dipermainkan.
 Perjuangan Diponegoro dalam Perang Jawa memberi inspirasi
kepada para nasionalis kemudiannya untuk menggerakkan satu
perjuangan yang lebih berorganisasi menentang Belanda.

SOALAN 49 NILAIKAN PERANAN RAJA THIBAW TERHADAP


PENENTANGAN MASYARAKAT TERHADAP KUASA ASING DI
MYANMAR PADA ABAD KE-19.
PENDAHULUAN  Thibaw Min merupakan Raja terakhir Dinasti Konbaung dalam
sejarah Myanmar.
 Merupakan anak kepada Raja Mindon Min dengan Puteri
Laungshe.
 Dilahirkan pada tahun 1858 di Mandalay, Myanmar.
 Meninggal pada 19 Disember 1916 di India.
 Baginda menaiki takhta pada tahun 1878 atas pilihan
Permaisuri Utama dan persetujuan oleh Kinwun Mingyi.
FAKTOR 1 DASAR PEMERINTAHAN THIBAW YANG MENINDAS DAN
MENEKAN RAKYAT DAN KUASA ASING DI MYNMAR
HURAIAN  Menyebabkan kekacauan dalam negara yang British
menyebabkan campur tangan di Myanmar.
 Sikap Raja Thibaw menekan mengakibatkan saudagar British
merasa tidak puas hati lalu mendesak British di India untuk
menguasai Burma Hulu.
 Perbendaharaan Burma Hulu mengalami masalah kekurangan
sumber pendapatan menyebabkan Raja Thibaw mengambil
tindakan.
CONTOH  Contohnya, Raja Thibaw bertindak dengan meningkatkan cukai
terhadap golongan masyarakat.
FAKTOR 2 DASAR THIBAW BERBAIK-BAIK DENGAN KUASA PERANCIS
HURAIAN  Beliau memahami bahawa British tidak senang dengan
kehadiran Perancis di sekitar Annam dan Tongking.
 Beliau telah menjalinkan perjanjian perdagangan dengan

100
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

Perancis dan menghantar wakilnya (Atwinwun) ke Paris untuk


membuat perjanjian yang ditandatangani pada 1 Januari 1885.
 Tindakan tersebut turut didorong oleh beberapa perkara.
CONTOH  Berdasarkan perjanjian tersebut, Raja Thibaw sebenarnya ingin
membeli senjata dari pihak Perancis.
FAKTOR MENDAPATKAN BANTUAN PERANCIS
HURAIAN  Memberi banyak keistimewaan kepada pihak Perancis.
 Raja Thibaw berniat bersungguh-sungguh untuk menyekat
kemaraan pihak British.
 Keadaan ini menyebabkan hubungan antara British dan
Myanmar semakin renggang.
CONTOH  Memberi kebenaran menubuhkan bank di Mandalay
 Pembinaan jalan kereta api dari Mandalay ke Toungoo.
FAKTOR KAWALAN TERHADAP SYARIKAT PERDAGANGAN BOMBAY-
BURMA
HURAIAN  Raja Thibaw tidak menyukai British telah mengambil alih
tindakan terhadap Syarikat Perdagangan Bombay-Burma yang
mengusahakan perdagangan kayu jati di kawasan Burma Hulu.
 Raja Thibaw mengemukakan beberapa perkara berikut
terhadap syarikat tersebut iaitu :
 Mengeluarkan kayu jati melebihi dua kali ganda daripada
yang dibenarkan,
 Memberi rasuah kepada pegawai kerajaan,
 Tidak memberi upah yang sewajarnya kepada pekerja-
pekerja Burma seperti yang dijanjikan.
 Keadaan ini menyebabkan Raja Thibaw bangkit menentang
British di Myanmar.
SYARIKAT PERDAGANGAN BOMBAY-BURMA DIDENDA OLEH
THIBAW
 Syarikat ini didenda sebanyak 23 juta rupee yang
menyebabkan British tidak puas hati walaupun penipuan
syarikat tersebut agak benar seperti yang dibuktikan oleh Majlis
Hluttaw.
 British segera meminta rundingan namun ditolak kerana Raja
Thibaw kerana yakin Perancis akan menyokong dan membantu
Burma.
 Namun pada bulan September Kapten Freycinet
(menggantikan Jules Ferry) telah mengubah dasar Ferry
dengan serta-merta. Raja Thibaw terpaksa menghadapi sendiri
masalahnya dengan pihak British.
PERANG INGGERIS BURMA III 1885
 British menganggap hukuman Raja Thibaw terhadap syarikat
tersebut tidak adil lalu bersiap untuk bertindak secara
kekerasan terhadap Burma. Duta Burma di Perancis dan Duta
China di London cuba menawarkan diri untuk berunding tetapi
British enggan.
 British menghantar kira-kira 10 000 orang tentera ke Burma dan
memberi kata dua supaya Raja Thibaw mencari orang tengah
bagi menyelesaikan masalah dan pada masa hadapan dasar

101
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

luar Burma akan ditentukan oleh kerajaan British.


 Beliau diberi tempoh sehingga 10 November 1885 untuk
memberi jawapan.
 British tidak puas hati lalu mengisytiharkan perang ke atas
Burma Hulu pada 11 November 1885 dan British berjaya
menakluki Burma Hulu pada 1 Januari 1886.
 Keadaan seperti inilah yang menyebabkan Raja Thibaw
menentang British dalam Perang Inggeris Burma III
KESIMPULAN  Raja Thibaw mewarisi sebuah kerajaan Burma Hulu yang agak
aman dan menjalin hubungan baik dengan kuasa Barat
daripada ayahandanya.
 Raja Thibaw dan keluarganya telah dibuang negeri ke India.
 Dinasti Konbaung berakhir selepas memerintah Burma selama
130 tahun dan menjadi tanah jajahan British sehingga tahun
1948.
 British telah menyatukan Burma Hilir dan Hulu dan
meletakkannya di bawah pentadbiran British di India.

102
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

103
SOALAN 50 PERUBAHAN ASPEK PENTADBIRAN INDONESIA SELEPAS
PENJAJAHAN BELANDA
PENDAHULUAN  Belanda bertapak dengan kukuh di pulau jawa sejak abad ke-17
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
manakala kawasan lain yang masih ditadbir oleh TAHUN raja-raja
2018
tempatan jatuh ke tangan Belanda menjelang pertengahan abad
ke-19
FASA 1 INSTITUSI PEMERINTAHAN BERJA D PULAU JAWA
HURAIAN  Sehingga awal abad ke-19 terdapat 2 bentuk sistem
pemerintahan di Pulau Jawa. Bentuk pertama ialah kerajaan
yang diperintah oleh belanda di kenali sebagai Kerajaan Betawi.
Bentuk kedua ialah kerajaan tempatan yang terdiri daripada
beberapa kerajaan kecil di bawah sultan dan susunan seperti
kerjaan Surakarta, Jogjakarta,Bantam dan Cheribon.
 Raffles bertidak terhadap Bantam, iaitu Sultan Muhamad yang
telah dinaikan takhta oleh Belanda sebelum kedatangan Raffles.
Raffles memaksa sultan turun takhta dengan memberikan
pencen sebanyak 10 000 wang Sepanyol. Pemerintahan sultan
di Bantam tamat. Bagi pemerintahan kesultanan Bantam dan
Cheribon, sultan tidak lagi mempunyai kuasa mutlak. Mereka
dibenarkan memakai gelaran sultan tetapi kuasa sama seperti
seorang bupati.
FASA 2 ZAMAN PEMERINTAH DAENDELS
HURAIAN  Daendels membahagikan bahagian timur laut jawa kepada 5
bahagian dan setiap bahagian kepada 28 buah daerah. Daerah
jawa di luar kerajaan Surakarta dan Jogjakarta dibahagikan
menjadi 9 daerah pentadbiran yang dikenali sebagai perfectur
dibawah pengawasan prefect. Perfectur dibawah pentadbiran
pusat di Betawi.
 Peranan bupati amat penting dalam pentadbiran Daendels
sebagai perantara antara pemerintah dengan rakyat. Bupati
mendapat kedudukan militer di bawah kekuasaan perfect. Hak
jawatan secara tradisional para bupati, iaitu secara turun
temurun tetap dipertahankan. Pentadbiran daendels tidak
membawa faedah kepada kerajaan Belanda. Hubungan
Daendels dengan glongan bupati adalah renggang. Semua
masalah ini membebankan kerajaan Belanda dan akhirnya
Daendels dipanggil pulang pada tahun 1811.
FASA 2 ZAMAN PEMERINTAHAN RAFFLES
HURAIAN  Asas-asas pemeritahan sementara British di Pulau Jawa
ditentukan oleh Raffles selaku Leftenan Gabenor yang sangat
dipengaruhi oleh pentadbiran British di India, iaitu pemerintahan
secara langsung.
 Pulau Jawa dibahagikan kepada 16 residensi dan setiap
residensi ini diperintah secara langsung oleh seorang residens.
Namun begitu. Pentadbiran raffles tidak mengakui kedudukan
tradisi para bupati secara turun temurun, malah beliau cuba
menghapuskan kekuasaan dan pengaruh bupati terhadap rakyat
sangat kuat.
 Untuk mengurangkan kuasa bupati, Raffles bertindak menolak
sistem penggantian bupati secara turun temurun dan mengambil
mereka sebagai pegawai umum pemerintahan British di bawah
pemerintahan langsung oleh resinden dan penolong residen.
 Dari segi kehakiman, raffles memperkenalkan undang-undang
yang sama bagi semua penduduk di pulau jawa. Mahkamah
keadilan, mahkamah polis, mahkamah ulang bicara,
mamahkamah awam, mahkamah ulang bicara, dan mahkamah
jenayah.
FASA 4 ZAMAN PEMERINTAHAN
104 SELEPAS TAMAT PERANG
NAPOLEON.
 Pemerintahan secara tidak langsung diwujudkan semula untuk
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

SOALAN 51 HURAIKAN KESAN PERUBAHAN SISTEM PENTADBIRAN


MYNMAR ABAD KE-19M SELEPAS PENDUDUKAN BRITISH.
PENDAHULUAN  Dalam kehadiran kuasa Barat di Asia Tenggara telah membawa
pelbagai perubahan dalam sistem pentadbiran, ekonomi dan
pendidikan. Perubahan yang dibawa oleh British di Myanmar
telah menyebabkan berlakunya penentangan rakyat tempatan.
 Mereka berasa tidak puas hati kerana kepentingan mereka
terjejas dan terpaksa menerima pendidikan Barat yang bersifat
tegas, memonopoli serta membebankan mereka dengan
pelbagai jenis cukai.

KESAN 1 PENGHAPUSAN SISTEM PENTADBIRAN TRADISIONAL


HURAIAN  Sistem pemerintahan beraja atau monarki dihapuskan setelah
British berjaya menawan Myanmar Utara.
 Sistem pentadbiran tradisional seperti Myothugyi dan Thaithugyi,
Hutdaw, dan Thatnabaing dihapuskan. British melantik
sebahagian daripada ahli Hutdaw sebagai pegawai kerajaan
yang bergaji tetap.
 Sir Charles Crosthwaite telah merancang untuk menjadikan
kampung-kampung sebagai unit pentadbiran supaya kesalahan
jenayah dapat dipertanggungjawabkan kepada lingkungan
kawasan tersebut. Pada tahun 1889, Undang-undang
Kampung Myanmar diperkenalkan untuk membolehkan
pelaksanaan Majlis Kampung dikuatkuasakan.
 Berdasarkan undang-undang tersebut, ketua kampung akan
dilantik sebagai pegawai kerajaan dan bertanggungjawab
menjaga keamanan dan mengutip cukai di kawasan kampung
mereka.

KESAN 2 PELAKSANAAN SISTEM PENTADBIRAN INDIA DI MYNMAR


HURAIAN  British telah menggunakan corak pentadbiran berdasarkan Dasar
Liberal yang disesuaikan dengan pentadbiran tempatan di
wilayah Pegu.
 Wilayah Pegu dibahagikan kepada 5 buah daerah dengan setiap
daerah diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Daerah berbangsa
Inggeris.
 Daerah-daerah pula dibahagikan kepada bandar-bandar kecil di
bawah seorang Pegawai Bandar atau Myo-ok. Setiap bandar

105
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

dipecahkan kepada sistem bulatan dengan seorang ketua


sebagai penasihat.
 Sistem ini mirip dengan sistem di India kerana pegawai-pegawai
Inggeris yang dilantik pernah berkhidmat di Benggala dan
Madras, India.

FAKTA 3 PENUBUHAN DEWAN PERUNDANGAN


HURAIAN  Pada tahun 1897, pemerintahan British di Myanmar telah
melakukan perubahan terhadap sistem pentadbiran di peringkat
pusat. Jawatan Ketua Pesuruhjaya, iaitu ketua eksekutif pada
peringkat pusat telah dinaikkan menjadi Leftenan Gabenor.

 Leftenan Gabenor Myanmar yang pertama ialah Arthur


Phayte. Bagi membantu Leftenan Gabenor dalam
pentadbiran, Majlis Perundangan ditubuhkan. Terdapat 9 orang
ahli yang terdapat dalam majlis ini yang terdiri daripada pegawai
kerajaan dan ahli-ahli terpilih.

 Selepas tahun 1897, British melakukan beberapa perubahan


dalam dasar penjajahannya di Myanmar, seperti; Mewujudkan
jawantan-jawatan tinggi untuk menambahkan kecekapan
pentadbiran. Terlibat secara aktif dalam hal ehwal kerajaan untuk
memajukan kegiatan ekonomi dan Meningkatkan kebajikan
rakyat Myanmar.

 Pada tahun 1909, jumlah anggota Dewan Perundangan telah


ditambah menjadi 15 orang. Pada tahun 1920, anggota Dewan
Perundangan telah ditambah menjadi 30 orang. Golongan
pedagang mempunyai wakil terbesar dan diikuti beberapa orang
Myanmar sebagai anggota dewan tersebut.
PENUTUP  Kesimpulannya, perubahan yang dilakukan oleh pihak British
dalam sistem pentadbiran di Myanmar ini telah membangkitkan
perasaan cinta akan negara dalam kalangan rakyat tempatan
serta keinginan untuk membebaskan diri daripada cengkaman
penjajahan British.

SOALAN 52 BINCANGKAN TRANFORMASI EKONOMI YANG BERLAKU DI


MYNMAR
PENDAHULUAN  Sebelum campur tangan Barat, kedua-dua buah negara
menjalankan kegiatan ekonomi sara diri dan komersil. Kedua-
dua negara, Burma (Myanmar) dan Vietnam dijajah oleh kuasa
Barat yang berbeza, Myanmar oleh British; manakala Vietnam
oleh Perancis.
 Penguasaan British di Myanmar berperingkat-peringkat; pada
tahun 1826-1886. Perancis pula melancarkan serangan pada
tahun 1826-1886 ke atas Vietnam. Seterusnya menduduki 3

106
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

wilayah di Cochin-China selepas perjanjian dengan Maharaja Tu


Duc pada 5 Jun 1862.
FAKTA 1 EKONOMI MYNMAR BERGANTUNG KEPADA TANAH DAN
PERDAGANGAN
HURAIAN  Myanmar menghasilkan barangan untuk keperluan sendiri
 Pertanian ini berbentuk sara diri. Petani di kawasan hulu
menjalankan tanaman campur.
CONTOH  Seperti padi, minyak, sayur, sekoi, garam, periuk belanga dan
alat senjata
 Tanaman di Hulu Myanmar seperti sekoi, kapas, dan kacang.
FAKTA 2 KAWASAN DELTA IRRAWADY MENJADI PUSAT TANAMAN
PADI
HURAIAN  Walaupun begitu, tanaman padi berkurangan kerana kawasan
ini seringkali berlaku perang.
 Pada pertengahan kurun ke-19, Raja Myanmar melarang
mengeksport padi kerana Myanmar menghadapi kekurangan
beras.
 Padi ini dikehendaki untuk bekalan kawasan Hulu Myanmar.
 Selain itu, kawasan delta ini juga menghasilkan ikan dan garam.
FAKTA 3 JALAN PERHUBUNGAN MELALUI SUNGAI, LAUT DAN DARAT
HURAIAN  Jalan darat menggunakan kereta lembu. Sungai Irrawady
menjadi nadi utama penghubungan Hilir Myanmar dengan Hulu
Myanmar.
 Ketika musim hujan, paras air sungai tinggi; ramai pedagang
mengambil kesempatan membawa barang dagangan dengan
sampan dari kehulu Myanmar.
CONTOH  Di antara barangan yang dibawa ialah ikan kering garam,sambal
ikan dan beras.
 Ketika pulang ke hilir, mereka membawa pulang hasil kawasan
hulu; di antaranya minyak masak, kapas, gula dan petroleum
mentah untuk dijual.
FAKTA 4 BARANGAN DAGANGAN DARI SHAN DIBAWA MELALUI
KERETA LEMBU DAN KERETA KUDA
HURAIAN  Barangan ini ditukarkan dengan ikan kering, garam, sambal ikan,
dan pinang.
 Seterusnya di kawasan utara berhampiran Bhoma; barangan
China dibawa masuk
CONTOH  Barang-barang tersebut ialah gula, plumbum, kacang tanah,
lembu, dan ikan.
 Antara barangan tersebut ialah sutera, kertas, teh, kacang kering
dan berbagai buah-buahan.
FAKTA 5 RAJA MEMNOPOLI KOMODITI JATI, PERMATA, PETROLEUM
DAN KAPAS
HURAIAN  Mengikut satu laporan, Raja Bodawpaya hanya mengambil
monopoli ke atas batu permata, jenis delima yang besar sahaja.
FAKTA 6 GOLONGAN CHETTY INDIA
HURAIAN  Kadar faedah yang dikenakan di antara 3-10 peratus sebulan.
 Walaupun begitu, pada awal kurun ke-19, jarang berlaku petani
kehilangan tanah yang disandarkan.

107
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

FAKTA 7 PEMERINTAHAN RAJA MINTAYAGYI (BODOWPAYA 1782-1819)


MENGGUNAKAN UNDANG-UNDANG DALAM PERNIAGAAN
HURAIAN  Raja Mindon Min (1853-1878), mengenakan cukai keluarga dan
cukai pertanian.
 Cukai keluarga (atau thathameda) ini hitung panjangnya 3 tikal
seisi rumah.
 Namun begitu, pengecualian diberikan kepada seorang yang
telah menjalankan kerja raja.
 Cukai pertanian pula dikenakan ke atas beras, kerbau yang
membajak, tembakau, pinang, ikan dan garam.
 Raja Mindon masih mengekalkan monopoli raja seperti kayu
balak, plumbum, kapas, kayu delima dan petroleum.
FAKTA 8 GALAKAN RAJA MINDON GAGAL
HURAIAN  Kilang papan, kapas, percetakan, dan pembinaan kapal yang
diusahakan gagal.
 Duit syiling yang diperkenalkan oleh Raja Mindon juga gagal.
Raja Mindon digantikan oleh Raja Thibaw (1878-1885).
CONTOH  Manakala perlombongan seperti arang batu dan besi diteruskan.
PENUTUP  Myanmar menjalankan pertanian dan kegiatan perniagaan
sebelum kedatangan kuasa Barat.

SOALAN 53 BINCANGKAN PERUBAHAN DASAR PENDIDIKAN DI MYNMAR


SELEPAS KEDATANGAN BRITISH ABAD KE-19M
PENDAHULUAN  Pendidikan sekular diperkenalkan di Myanmar berikutan
penjajahan British di Negara tersebut. Sistem pendidikan Barat
telah melemahkan sistem pendidikan tradisional yang
berlandaskan agama Buddha di Myanmar.
 Dasar pelajaran penjajah pada abad ke-19 hanya menekankan
pendidikan tahap rendah dan asas kepada masyarakat pribumi.
PERUBAHAN DASAR PENDIDIKAN
HURAIAN 1. Penjajah British telah mengubah sistem pendidikan di Myanmar.
pendidikan sekular dan mubaligh yang diperkenalkan menjadi
ancaman kepada sekolah Buddha. penggunaan bahasa
Myanmar tidak begitu penting dengan penubuhan sekolah-
sekolah Inggeris.
2. Sekolah-sekolah kerajaan ditubuhkan pada tahun 1870-an dan
bantuan kewangan diberikan kepada sekolah-sekolah agama
Kristian yang dimulakan oleh mubaligh Roman Katolik dan
persatuan mengembangkan Kitab Agama Baptist.
3. Sistem pendidikan di Myanmar dirombak pada tahun 1880-
an.perubahan yang dilakukan seperti peperiksaan wilayah
diadakan supaya pelajar-pelajar sekolah menengah boleh
melanjutkan pelajaran ke Universiti Calcutta. Maktab Ragoon
ditubuhkan pada tahun 1884 bertujuan menyediakan penuntut
mengambil ijazah luar Universiti Calcutta.
4. British membina lebih banyak sekolah menengah Inggeris
selain mengekalkan sekolah-sekolah kebangsaan Myanmar yang

108
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

menggunakan bahasa Myanmar sebagai bahasa pengantar.


5. Dasar pelajaran British di Myanmar adalah untuk menggalakkan
sekolah sukarela menubuhkan kerajaan.kesannya,menjelang
tahun 1900, 16 buah sekolah Kristian dan sebuah maktab
Baptist yang kecil di Rangoon ditubuhkan untuk pengajian tinggi
orang Karen.
6. Penubuhan sekolah teknikal untuk kemahiran ukur-mengukur,
pengetahuan asas ilmu kejuruteraan, bidang kehutanan dan
perbidanan. Menjelang abad ke-20, wujud 170,000 buah sekolah
kebangsaan, 341 daripadanya dikhaskan untuk kanak-kanak
perempuan.
PENUTUP  Kesan daripada pengenalan pendidikan Inggeris, lahir golongan
intelektual Myanmar yang berpendidikan Barat.
 Kecewa dengan dasar pilih kasih pihak penjajah akhirnya
mendorong kemunculan gerakan nasionalisme berunsur radikal
untuk menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan.

SOALAN 54 HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN GERAKAN


NASIONALISME DI MYNMAR
PENDAHULUAN  Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan
negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah
air.
 Awal abad ke-20 merupakan zaman gerakan nasionalisme di
Myanmar. Gerakan Nasionalisme merupakan tindak balas
masyarakat menentang susunan politik, sosial, dan ekonomi
yang dibina di negara mereka kesan daripada penjajahan Barat.
 Terdapat beberapa faktor kemunculan nasionalisme di Myanmar
seperti pengaruh agama Buddha, peranan bahasa dan
kesusasteraan, pengaruh kewartawanan, dan peranan
pendidikan.
FAKTOR 1 PENGARUH AGAMA BUDDHA
HURAIAN  Gerakan nasionalisme di Myanmar pada peringkat awalnya lebih
bersifat keagamaan. Agama Buddha menjadi mekanisme
penting untuk meraih sokongan rakyat.
 Kemunculan nasionalisme di Myanmar pada peringkat awalnya
diketuai oleh golongan sami Buddha kerana kedudukan dan
pengaruhnya terancam ekoran penjajahan British di Myanmar.
Pertubuhan terawal ialah Sasanadara (1897) dan diikuti
Persatuan Agama Maktab Rangoon (1904).
FAKTOR 2 PERANAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN
HURAIAN  Masyarakat Myanmar merupakan gabungan tujuh buah
kumpulan etnik yang terbesar yang mempunyai bahasa dan
kesusteraannya tersendiri seperti Myanmar, Mon , Arakan, dan
Shan.
 Bahasa Myanmar menjadi alat penting dalam menyatukan
ideologi politik dan nasionalisme. Penggunaan bahasa Myanmar
memudahkan idea nasionalisme disampaikan ke seluruh Negara
melalui propaganda dan ceramah yang disampaikan oleh

109
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

pejuang nasionalis.
 Mereka banyak menulis karya kesusasteraan seperti sajak,
cerpen, dan novel yang mengkritik penjajah British dan
menyampaikan idea-idea demokrasi dan kemerdekaan.
FAKTOR 3 PENGARUH KEWARTAWANAN
HURAIAN  Surat khabar dan majalah juga menjadi pemangkin kepada
penyebaran dan kesedaran kebangsaan di Myanmar. Akhbar
dan majalah yang dicetak dalam bahasa Inggeris dan bahasa
Myanmar serta suku minoriti lain membolehkan idea-idea
nasionalime disebarkan dengan cepat dan meluas dalam
kalangan penduduk peribumi.
 Kebanyakkan wartawan dan penulis mengkritik tentang
kelemahan pentadbiran British di Myanmar, dan kedudukan
agama Buddha serta masyarakat peribumi yang ditindas semasa
pemerintahan British.
FAKTOR 4 PERANAN GOLONGAN INTEKTUAL
 Di Myanmar, golongan intelektual menjadi penggerak kepada
gerakan nasionalisme. Mereka terdiri daripada golongan
berpendidikan Barat seperti Dr.Ba Maw, U Pu, U Thein
Maung, dan U Ba Pe.
 Golongan ini telah menubuhkan Persatuan Belia Buddha dan
telah bergabung dengan pemimpin pelajar di Universiti Rangoon
untuk melancarkan mogok dan bantahan menentang dasar
British.
 Peranan golongan intelek telah menyebabkan penyebaran idea
nasionalisme dan kemerdekaan tersebar ke seluruh Myanmar
serta mendapat sokongan rakyat.
PENUTUP  Kesimpulannya, kemunculan nasionalisme di Myanmar
disebabkan oleh beberapa faktor seperti pengaruh agama islam,
peranan bahasa dan kesusasteraan, pengaruh kewartawanan,
dan peranan pendidikan.

SOALAN 55 JELASKAN PERANAN AGAMA DALAM MEMPENGARUHI


GERAKAN NASIONALISME DI MYNMAR SEBELUM PERANG
DUNIA KEDUA.
PENDAHULUAN  Nasionalisme ialah perjuangan untuk memperoleh kebebasan
daripada penjajah kerana wujudnya semangat cinta dan taat
setia kepada tanah air. Perjuangan nasionalisme dikatakan
bermula di Myanmar sejak campur tangan British pada tahun
1942. Nasionalisme di Myanmar pada peringkat awal adalah
bersifat keagamaan dan kebudayaan yang diterajui oleh
golongan agama.
 Hal ini kerana agama Buddha telah ditindas semasa British
memerintah. Tidak ada pengiktirafan diberikan kepada golongan
agama tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan beberapa
buah persatuan agama muncul bagi menghidupkan kembali

110
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

agama Buddha yang telah merosot.


FAKTA 1 PERANAN GOLONGAN AGAMA
HURAIAN  Perkembangan awal kebangkitan semangat nasionalisme
adalah berlandaskan agama dan diterajui oleh golongan
agama. Golongan agama merasa tercabar dengan kemasukan
pentadbiran British dan penyebaran agama Kristian di Myanmar.
 Pertubuhan agama terawal ialah Persatuan Sasanadara yang
ditubuhkan pada tahun 1897 di Mandalay oleh U Shway Thwin.
 Persatuan ini bertujuan memajukan kehidupan sosial orang
Myanmar dengan menganjurkan sekolah-sekolah agama
Buddha.
 Pada tahun 1904 pelajar dari Maktab Rangoon menubuhkan
Persatuan Agama Maktab Rangoon bagi membincangkan hal-
hal berkaitan dengan agama.
FAKTA 2 SEBAB PENGLIBATAN GOLONGAN AGAMA DALAM GERAKAN
NASIONLISME
HURAIAN  Penglibatan golongan agama ini boleh didasarkan atas dua
sebab. Pertama, peranan ketua hierarki agama, Thatnabaing
dalam urusan agama diketepikan oleh pihak British. Hal ini
menyebabkan golongan agama terutama para pongyi tidak
berpuas hati dan bertindak atas pertimbangan sendiri.
 Semangat perjuangan para pongyi (sami-sami Buddha) dilihat
dengan jelas antara tahun 1916 hingga tahun 1935, Oleh itu,
golongan pongyi merasa terpanggil untuk menegakkan semula
pengaruh mereka dan agama Buddha dalam masyarakat
Myanmar.
 Kedua, menjelang tahun 1900, penyerapan nilai dan teknologi
Barat secara beransur-ansur merosakan pengaruh agama
Buddha dalam masyarakat Myanmar.
 Sekitar tahun 1921-1929, pongyi-pongyi yang berpolitik
menguasai perjuangan nasionalis apabila mereka menjalankan
perjuangan mereka melalui Majlis Umum Sangha Sametggi
(GCSS).
 Pongyi-pongyi bergiat dalam politik hasutan. Contohnya seperti
taktik-taktik ketidak-kerjasamaan Gandhi, pemboikotan
pembayaran cukai, tentangan terhadap pengajaran-pengajaran
Kristian kepada kanak-kanak yang beragama Buddha serta
keganasan dan taktik-taktik ugutan U Ottama mengulami
pergerakan nasionalis dengan cara hidup orang-orang beragama
Buddha. Tindakan ini telah menukarkan pergerakan nasionalis
menjadi satu pergerakan yang disukai ramai.
FAKTA 3 KEBIMBANGAN TERHADAP PENYERAPAN TEKNOLOGI BARAT
HURAIAN  Penyerapan nilai dan teknologi Barat dalam masyarakat
Myanmar amat dibimbangi oleh golongan agama kerana
khuatir Buddha akan terjejas.
 Meraka berusaha memulihkan kepercayaan terhadap agama
melalui beberapa pembaharuan termasuk galakan yang dapat
membangkitkan semangat nasionalisme.
 Antara usaha pembaharuan agama dan penyemarakan sentimen

111
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

nasionalisme dilaksanakan melalui pembentukan persatuan


yang berasaskan agama sebagai matlamat perjuangan.
 Salah satu pertubuhan agama yang aktif dalam penyebaran
sentimen nasionalisme ini ialah Persatuan Pemuda-pemuda
Buddha (Buddha Bhata Kalyana Yuma Athin) atau lebih dikenali
sebagai Young Men Buddhist Association (YMBA) yang
ditubuhkan pada tahun 1906.

FAKTA 4 KEMUNCULAN YOUNG MEN BUDDHA ASSOCIATION (YMBA)


HURAIAN  Young Men Buddha Association (YMBA) diasaskan oleh
sekumpulan peguam muda dari Universiti Rangoon (Yangoon)
antaranya seperti U Ba Pe, U Ba Dun dan U Saw.
 Pada peringkat awal, kegiatan YMBA ialah tertumpu kepada soal
agama, selain daripada aspek pelajaran, pembaharuan sosial,
peningkatan kesusasteraan dan kebudayaan. Unsur agama jelas
dilihat dalam perjuangan mereka menerusi slogan yang
digunakan, “Buddha Penyelamat Kita dan Raja”, untuk
memperjuangakan agama, sosial, politik dan ekonomi mereka.
 YMBA mula aktif pada tahun 1917, apabila pucuk pimpinan
pertubuhan itu jatuh ke tangan pemimpin nasionalis yang lebih
berfahaman radikal seperti U Thein Maung, U Chit Hliang dan
U Ba Pe, berbeza dengan pimpinan sebelum ini yang bersifat
sederhana.
 Kewujudan pemimpin yang berfahaman radikal menyebabkan
mereka kembali membangkitkan isu kasut yang kuat. YMBA
merasakan British tidak mahu melayan tuntutan mereka agar
menghormati agama masyarakat pribumi.
 Hal ini jelas diperlihatkan oleh para pelawat British yang
mencemar dan melanggar peraturan kuil dengan tidak mahu
membuka kasut mereka apabila memasuki kuil.
 Ini dianggap sebagai satu penghinaan ke atas kesucian rumah
ibadat masyarakat Myanmar. “Masalah kasut” menjadi satu
agenda utama dalam persidangan YMBA yang diadakan pada
tahun 1917, namun tuntutan tidak dilayan kerana British
memandang ringan hal tersebut.
FAKTA 5 YBMA MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT
HURAIAN  YMBA sedar bahawa tuntutan mereka akan menjadi lebih
berkesan, jika ia mendapat suara ramai dan bersifat
kebangsaan. Oleh itu, YMBA berusaha meluaskan kegiatan
mereka bukan sahaja di bandar malahan di luar bandar.
 Hasilnya, pada tahun 1920, terdapat kira-kira 6000 buah
persatuan di peringkat kampung yang memberi sokongan
kepada YMBA.
 Salah satu isu yang dipropagandakan oleh YMBA untuk
mendapat sokongan rakyat ialah melalui sentimen agama
berhubung dengan “masalah kasut”.
 Perkembangan pesat YMBA memberi kesan kekuatan kepada
persatuan ini sebagai badan pergerakan nasional, hingga
menyebabkan beberapa tuntutan awal dan utama YMBA yang

112
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

terpaksa dilayan oleh kerajaan ialah “masalah kasut”.


 Kerajaan telah mengambil tindakan mengenakan undang-
undang dan bertolak ansur dengan golongan agama. Kerajaan
telah mengisytiharkan larangan memakai kasut di dalam kuil.
FAKTA 6 PEMBERONTAKAN THERAWADDY @ SAYA SAN
HURAIAN  Pemberontakan Tharawaddy atau dikenali juga sebagai
Pemberontakan Saya San kerana ia dipimpin oleh Saya
San yang merupakan seorang bekas sami Buddha tetapi
berfikiran politik.
 Saya San dilahirkan di Shwebo adalah bekas sami, ahli
jawatankuasa kerja Unit So Thein, cabang GCBA dan bomoh.
Gerakan Saya San dikaitkan dengan pemulihan kembali
keseluruhan alat-alat diraja dan agama Buddha dan animisme.
 Gerakan awal Saya San adalah rancangan membunuh
Pesuruhjaya British Bahagian Pegu. kira-kira 1500 orang datang
berkumpul dan jumlah ini bertambah sekali ganda kemudiannya.
 Walau bagaimanapun, pemberontakan ini akhirnya dapat
dipatahkan. Saya San telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman
bunuh pada tahun 1931.
 Namun demikian, pemberontakan ini telah menyemarakkan lagi
semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat Myanmar.
Buktinya, pada 4 Januari 1931, seorang pongyi yang datang
dari markas Saya San melancarkan kebangkitan di Yamethin,
Myanmar Tengah akibat pemilikan tanah oleh golongan ceti
secara melampau.
PENUTUP  Kesimpulannya, kemunculan nasionalisme di Myanmar
disebabkan oleh beberapa faktor seperti pengaruh agama islam,
peranan bahasa dan kesusasteraan, pengaruh kewartawanan,
dan peranan pendidikan.

SOALAN 56 BINCANGKAN PERANAN SAREKAT ISLAM DI INDONESIA


DALAM GERAKAN NASIONALISME SEHINGGA TAHUN 1920
PENDAHULUAN  Pada tahun 1909, Raden Mas Tirtoadisurdjo telah
menubuhkan Sarekat Dagang Islam. Tujuan asal Sarekat
Dagang Islam adalah untuk melindungi kepentingan
pedagang batik Islam supaya mereka dapat bersaing
dengan pedagang batik Cina.
 Agama Islam menjadi alat penyatuan, persefahaman dan
persaudaraan dalam kalangan pedagang batik di Jawa. Pada
tahun 1912, nama Sarekat Dagang Islam ditukar kepada
Sarekat Islam. Omar Said Tjokroaminoto menjadi Presiden.
 Antara matlamat asal penubuhan Sarekat Islam ialah
mengukuhkan agama Islam bagi menyaingi perkembangan
agama Kristian dan mengembangkan kebudayaan Indonesia.
Sarekat Islam juga bermatlamat memajukan ekonomi dan
kebajikan masyarakat tempatan khususnya bidang pendidikan.
 Keanggotaan Sarekat Islam meningkat daripada 12,000 orang

113
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

pada tahun 1913 kepada 800,000 orang pada tahun 1916.


 Sarekat Islam berperanan penting dalam gerakan nasionalisme
di Indonesia. Mulai tahun 1916, Sarekat Islam menunjukkan
perjuangan politik secara terbuka, Pada tahun 1917, Sarekat
Islam menuntut kemerdekaan mutlak. Sarekat Islam telah
mengemukakan beberapa tuntutan dari aspek politik, sosial dan
ekonomi kepada kerajaan Belanda

PERANAN 1 DALAM ASPEK POLITIK


HURAIAN  Sarekat Islam merupakan parti pertama yang memperjuangkan
tuntutan berkerajaan sendiri daripada Belanda.
 Sarekat Islam mendesak Belanda membentuk Majlis Daerah
dan memberikan kuasa yang lebih luas kepada Volksraad
supaya menjadi satu badan perwakilan yang mempunyai kuasa
Legislatif.
 Bagi pemilihan ahli Majlis Kampung, Sarekat Islam menuntut
hak mengundi diberikan kepada kaum lelaki yang berumur 18
tahun ke atas dan bagi majlis-majlis lain, hak mengundi
diberikan kepada kaum lelaki yang berumur 21 tahun ke atas

PERANAN 2 DALAM ASPEK EKONOMI


HURAIAN  Sarekat Islam mendesak kerajaan Belanda memiliknegarakan
industri-industri penting seperti besi, tekstil, kertas,
pengangkutan dan elektrik. Sarekat Islam menuntut supaya
dihapuskan buruh kanak-kanak serta buruh paksa.
 Mereka menuntut Belanda mengadakan lebih banyak klinik
yang memberikan rawatan percuma kepada rakyat Indonesia.
 Pada tahun 1918, Sarekat Islam mendesak Belanda
menetapkan gaji minima dan tempoh masa kerja maksima bagi
pekerja.
 Mereka mendesak Belanda membaiki dan meluaskan
kemudahan pertanian dan tali air.
PERANAN 3 DALAM ASPEK SOSIAL
HURAIAN  Sarekat Islam menuntut undang-undang yang menghalang
perkembangan agama Islam dibatalkan.
 Mereka mahukan hari kebesaran Islam diisytiharkan sebagai
hari cuti dan pemberian gaji tetap kepada kiyai serta penghulu.
 Dalam bidang pendidikan, Sarekat Islam mendesak Belanda
menghapuskan diskriminasi terhadap kemasukan pelajar-
pelajar ke sekolah.
 Mereka meminta pendidikan percuma untuk kanak-kanak
Indonesia yang berumur 15 tahun ke bawah. Kerajaan Belanda
didesak supaya mengadakan lebih banyak biasiswa untuk
membolehkan pelajar Indonesia menuntut di luar negara .
Mereka menuntut institusi pendidikan Islam diberi subsidi.
 Mereka juga menuntut Maktab Undang-undang dan Maktab
Perubatan dinaik taraf sebagai universiti.
PENUTUP  Berlandaskan kecenderungan terhadap keagamaan, Sarekat
Islam mampu berjuang atas isu-isu politik yang

114
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

membolehkannya muncul sebagai organisasi massa pertama


yang terlibat dalam gerakan nasionalisme di Indonesia.
 Walau bagaimanapun pada tahun 1920-an, Sarekat Islam mulai
merosot. Ini disebabkan oleh perselisihan antara golongan
Reformis Islam dengan golongan ortodoks dalam parti itu
sendiri. Pemimpin Sarekat Islam seperti Semaun dan Darsono
telah dipengaruhi oleh komunis dan mengakibatkan perpecahan
dalam Sarekat Islam.
 Pada tahun 1926, Belanda mengambil tindakan menindas
Sarekat Islam kerana dituduh terlibat dalam beberapa
pemberontakan yang berlaku Pemimpin Sarekat Islam iaitu
Omar Said Tjokroaminoto ditangkap dan dipenjarakan.

SOALAN 57 TERANGKAN SEBAB-SEBAB PENUBUHAN DAN MATLAMAT


PARTAI NASIONAL INDONESIA (PNI).
PENDAHULUAN  Pada tahun 1922, sekumpulan pelajar Indonesia di Holland
telah menubuhkan perhimpunan Indonesia. Setahun kemudian,
perhimpunan Indonesia telah menegaskan rancangan mereka
untuk berjuang ke arah kemerdekaan Negara.
 Untuk mencapai hasrat tersebut, Perhimpunan Indonesia
menggabungkan usaha semua golangan masyarakat Indonesia
dan menjalankan dasar tidak bekerjasama dengan kerajaan
Belanda. Perhimpunan Indonesia bersifat agresif dan radikal
sejak penubuhannya di Holland.
 Perhimpunan Indonesia berjaya mendapat sokongan ramai
kerana memperjuangan kemerdekaan. Antara tahun 1923 dan
1927, ahli-ahli Perhimpunan Indonesia yang pulang ke
Indonesia yang pulang ke Indonesia telah menubuhkan kelab-
kelab pelajar di beberapa buah Bandar.
 Kelab tersebut menjadi pusat perbincangan dan saluran idea
perjuangan Perhimpunan Indonesia.
MATLAMAT 1 MENUNTUT KEMERDEKAAN MUTLAK DARI BELANDA
HURAIAN  Mulai tahun 1927, peranan PNI dalam pergerakan nasional
Indonesia amat besar. Antara sebab dan matlamat
penubuhan PNI adalah untuk menuntut kemerdekaan
mutlak, menyatukan rakyat Indonesia melalui gabungan parti-
parti politik kebangsaan Indonesia, membentuk kerajaan
demokrasi berparlimen yang bertanggungjawab kepada semua
rakyat dan Memartabatkan penggunaan bahasa Indonesia
sebagai bahasa rasmi.
MATLAMAT 2 MEMBEBASKAN INDONESIA DARIPADA PENJAJAHAN
BELANDA
HURAIAN  PNI berjuang secara aktif dan radikal demi mencapai
matlamat untuk membebaskan Indonesia daripada
penjajahan Belanda.
 Antara usaha PNI ialah: Mengamalkan dasar penentangan
pasif, Mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan Belanda,
Menyeru pegawai Indonesia memulaukan Volksraad dan

115
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

perkhidmatan awam kerajaan, Menubuhkan kesatuan buruh,


Memajukan syarikat kerjasama, Menyokong pendidikan
kebangsaan, Menganjurkan kursus dan mendirikan sekolah,
Mengadakan rapat-rapat umum, Menyebarkan idea nasionalis
melalui penerbitan surat khabar Banteng Priangan di Bandung
dan Persatoean Indonesia di Jakarta.
MATLAMAT 3 SUMPAH PEMUDA
HURAIAN  Perjuangan PNI dijelaskan semasa Kongres Pemuda yang telah
mengeluarkan “Sumpah Pemuda” yang menekankan tiga
perkara,iaitu: Semua rakyat Indonesia adalah
sebangsa,sebahasa, dan senegara.
 Berdasarkan prinsip tersebut, PNI menegaskan tidak akan
menggunakan agama Islam sebagai dasar perjuangannya
kerana soal kemerdekaan turut melibatkan rakyat Indonesia
beragama Kristian yang berbeza bahasa dan budaya.
 Pertubuhan belia seperti Pemuda Jawa, Pemuda Sulawesi,
Pemuda Sumatera dan Pemuda Ambon digabungkan menjadi
Persatuan Pemuda Indonesia.
 Lagu kebangsaan akan dicipta dan digunakan secara rasmi.
Idea nasionalisme dapat disalurkan melalui ciptaan lagu
kebangsaan.
MATLAMAT 4 PERANAN SOEKARNO
HURAIAN  Kebijaksanaan Soekarno mengutamakan soal
perpaduan dan persefahaman membolehkan PNI mendapat
sokongan ramai dan menjadi parti politik yang paling popular.
 Dalam masa dua tahun sahaja, PNI berjaya meraih sokongan
seramai 10000 orang.
MATLAMAT 5 PENGGABUNGAN PARTI POLITIK
HURAIAN  Selaras dengan hasrat menyatukan rakyat Indonesia tanpa
mengira perbezaan keturunan, bangsa, dan agama, PNI
berusaha menggabungkan parti-parti politik yang sedia
ada seperti Budi Utomo, Pasundan, Ikatan Sumatera, Kaum
Betawi, Kelab Pelajar Surabaya, dan Sarekat Islam dalam satu
gabungan yang besar, iaitu Permuafakatan Perhimpunan Politik
Kebangsaan Indonesia (PPPKI). Melalui PPPKI, PNI telah
berusaha membentuk perpaduan kebangsaan.
PENUTUP  Dalam kalangan kelab yang ditubuhkan, Kelab Pelajar Bandung
yang paling aktif. Dari kelab tersebut, Soekarno mengambil
inisiatif menubuhkan Perserikatan Nasional Indonesia pada 4
Jun 1927.
 Perserikatan Nasional Indonesia kemudian menukar namanya
kepada Partai Nasional Indonesia (PNI).

SOALAN 58 TERANGKAN SEBAB-SEBAB PENUBUHAN DAN MATLAMAT


PERSATUAN POOR MANS PARTY DI MYNMAR.
PENDAHULUAN  Party Sinyetha (dikenali juga sebagai Poor Mans Party)
Info Dr. Ba Mau: merupakan sebuah parti politik yang diasaskan oleh Dr. Ba
 beliau muncul sebagai Maw pada tahun 1936.
tokoh politik yg

116
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

disegani di Mynmar  Parti ini merupakan parti politik yang pertama di Mynmar yang
ekoran kejayaannya
membebaskan Saya mempunyai polisi dan program yang khusus.
San dalam satu  Parti ini lebih berorientasikan fahaman sosialis dan
perbicaraan memperjuangkan keperntingan ekonomi dan kebajikan
mahkamah.
golongan petani.
SEBAB-SEBAB PENUBUHAN POOR MANS PARTY
SEBAB 1 PENGUASAAN EKONOMI OLEH ORANG ASING
HURAIAN  Kegiatan ekonomi Myanmar dikuasai oleh syarikat asing seperti
syarikat british serta pengusaha India dan Cina.
 Pekerjaan seperti buruh dan perkeranian pula dikuasai orang
India. Perkembangan ini telah menyebabkan ramai orang
Myanmar terpinggir dalam bidang ekonomi.
PERANAN 2 PEMBERONTAKAN PETANI
HURAIAN  Penggunaan cara kekerasan oleh British dalam usaha
mematahkan pemberontakan petani telah menimbulkan rasa
tidak puas hati golongan tersebut terhadap kerajaan British.
PERANAN 3 KEMELESETAN EKONOMI DUNIA 1930-AN
HURAIAN  Kemelesetan ekonomi dunia sekitar awal 1930-an
menyebabkan ramai petani hidup melarat
 Perkembangan ini menyebabkan timbul masalah kemiskinan.
PERANAN 4 KEJATUHAN HARGA BERAS
HURAIAN  Kejatuhan harga beras menyebabkan kehidupan petani terjejas.
 Perkembangan ini melahirkan rasa tidak puas hati dalam
kalangan petani terhadap British.
PERANAN PENGANGGURAN YANG SEMAKIN MELUAS
HURAIAN  Kemelesetan ekonomi menyebabkan masalah pengangguran
 Ramai golongan belia yang berpendidikan di bandar-bandar
tidak mendapat pekerjaan
PERANAN PENGUASAAN TANAH PERTANIAN OLEH ORANG ASING
HURAIAN  Sebahagian besar tanah pertanian di Hilir Mynmar dikuasai oleh
golongan peminjam wang (Chetty) berbangsa India.
 Kerajaan British tidak mengambil sebarang usaha untuk
menghalang penguasaan tanah pertanian oleh bangsa asing.
PERANAN MATLAMAT PENUBUHAN POOR MANS PARTY
HURAIAN  Matlamat utama penubuhan parti ini adalah untuk
memperjuangkan kemerdekaan Myanmar.
 Parti ini turut memperjuangkan hak dan kebajikan golongan
petani.
 Parti ini menggunakan pendekatan sosialis bagi menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh golongan petani.
 Antara langkah yang diambil ialah:
 Membangunkan semula perkampungan sebagai satu unitn
sosial, ekonomi dan politik yang berdikari
 Menyerahkan semula tanah pertanian yang tergadai kepada
golongan chetty kepada golongan petani.
PENUTUP  Prinsip perjuangan Poor Man’s Party yang menggunakan kelas
bawahan yang terdiri daripada kaun tani, buruh, dan golongan
miskin sebagai benteng pertahanan dan penyatuan jelas
memaparkan dasar perjuangan sosialis.

117
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

 Walaupun parti ini dinamakan Poor Man’s Party, namun pada


hakikatnya, Dr. Ba Maw hanya mempergunakan golongan yang
miskin sebagai batu loncatan untuk memperkukuhkan
kedudukannya dalam politik untuk menjadi Perdana Menteri
pada tahun 1937.

SOALAN 59 DASAR DAN KESAN PENDUDUKAN JEPUN DI MYNMAR


PENDAHULUAN  Jepun menyerang negara-negara Asia Tenggara mulai tahun 1941
selaras dengan dasar imperialismenya. Semua negara Asia
Tenggara kecuali Thailand ditawan oleh Jepun antara tahun 1941-
1945. Belanda di Indonesia menyerah kalah kepada Jepun
manakala di Myanmar, British menyerah kalah kepada Jepun.
 Jepun melaksanakan pelbagai dasar dalam bidang politik,
ekonomi dan sosial. Pendudukan Jepun juga telah memberi kesan
ke atas perjuangan rakyat Indonesia dan Myanmar untuk
mencapai kemerdekaan.
DASAR 1 DASAR POLITIK
HURAIAN  Jepun telah memberikan kebebasan berpolitik kepada nasionalis
Myanmar untuk menentang British dan Jepun juga menyokong
penubuhan Minami Kikan yang dibentuk untuk menghalau
British dari Myanmar.
 Jepun menubuhkan Jawatankuasa Pentadbiran Pusat yang
diketuai oleh Dr. Ba Maw. Usaha ini bertujuan untuk memberi
keyakinan kepada nasionalis tempatan bahawa mereka diberi
peluang untuk mentadbir negara mereka sendiri.
 Pada 1 Ogos 1943, Jepun memberi kemerdekaan kepada
Myanmar dan sebuah kerajaan boneka telah dibentuk manakala
Dr. Ba Maw dilantik sebagai Perdana Menteri kerajaan bersama
kabinetnya yang terdiri daripada golongan Thakin.
 Thakin Mya telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan
Thakin Aung San pula dilantik sebagai Menteri Pertahanan.
 Jepun membentuk Tentera Kemerdekaan Burma (B.I.A) yang
dipimpin oleh Aung San dan Ne Win sebagai satu pertubuhan
untuk menyatukan para nasionalis dengan harapan dapat
membentuk pentadbiran Myanmar yang merdeka.
 Pada bulan Julai 1942, B.I.A telah ditukarkan kepada Tentera
Pertahanan Burma dan seterusnya Tentera Kebangsaan Burma
pada 16 Sepembar 1943.
 Jepun mengamalkan pemerintahan bercorak ketenteraan dan
menggalakkan penduduk tempatan terlibat dalam ketenteraan.
 Jepun bertindak menyatukan semua parti politik di Myanmar
dalam gabungan yang dikenali sebagai Dobama Sinyetha
Asiayone. Gabungan ini kemudiannya dipanggil Maha Bama
Asiayone.
DASAR 2 DASAR EKONOMI
HURAIAN  Jepun menguasai pengeluaran pertanian dan pengangkutan tetapi
sektor pengedaran dan perdagangan runcit diberikan kepada

118
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

rakyat tempatan.
 Dalam usaha untuk mengeksploitasi ekonomi tanah jajahan,
Jepun melaksanakan rancangan “Kawasan Kesemakmuran
Bersama Asia Timur Raya”
 Disebabkan kekurangan bahan makanan, Jepun menggalakkan
petani menanam hasil tanaman yang lebih menguntungkan seperti
kapas, kacang dan jut.

DASAR 3 DASAR SOSIAL


HURAIAN  Jepun membenarkan penggunaan bahasa masyarakat majoriti
Myanmar di sekolah dan pusat pentadbiran.
KESAN 1 KESAL POLITIK
HURAIAN  Kemenangan Jepun telah memusnahkan tanggapan dalam
kalangan rakyat Myanmar bahawa British ialah kuasa yang kuat,
kemenangan tersebut telah memberi kesedaran bahawa mereka
juga mampu bangkit dan berjaya mengambil alih tanah air mereka
sendiri.
 Slogan “Asia untuk orang Asia” dan rancangan “Kawasan
Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya” telah membangkitkan
semangat kebangsaan untuk membebaskan negara daripada
dibelenggu penjajah dan mengukuhkan usaha untuk
menghapuskan pengaruh dan budaya Barat.
 Nasionalis mula sedar bahawa Jepun bercita-cita mengeksploitasi
ekonomi dan menjajah negara-negara Asia Tenggara melalui
slogan yang diperkenalkan.
 Melalui penubuhan Burma Defense Army yang dibentuk oleh
Jepun, Ang Sam telah menggunakan pasukan tersebut untuk
menentang Jepun.
 Pada tahun 1944. Golongan Thakin dengan bantuan pertubuhan
nasionalis yang lain telah menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat
Anti-Fasis (A.F.P.F.I) bagi menentang Jepun. Pasukan ini telah
menyebelahi tentera British.
KESAN 5 KESAN EKONOMI
HURAIAN  Jepun mengeksploitasi ekonomi Myanmar. Sumber semulajadi
musnah dan Myanmar terpaksa mengalami masalah kekurangan
bahan keperluan. Sistem ekonomi sara diri diperkenalkan oleh
Jepun telah membebankan rakyat tempatan sehingga berlakunya
kebuluran di beberapa kawasan di Myanmar.
 Tindakan Jepun mencetak mata wang yang banyak tanpa
sandaran emas telah mengakibatkan inflasi.
 Perubahan sistem ekonomi komersial kepada sistem ekonomi
sara diri, kadar inflasi yang tinggi (akibat percetakan secara
berleluasa mata wang pokok pisang), kadar pengganguran yang
tinggi (ketiadaan peluang pekerjaan) dan pengeksploitasi ekonomi
oleh syarikat-syarikat Jepun telah mengakibatkan masyarakat
tempatan sanggup menyertai para nasionalis dalam gerakan
bawah tanah untuk menentang Jepun.
KESAN 3 KESAN SOSIAL
HURAIAN  Rakyat hidup dalam keadaan kebuluran dan penderitaan kerana

119
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

wabak penyakit berjangkit yang tidak terkawal.


 Kempetai atau Polis Tentera Jepun bertindak menangkap siapa
sahaja yang disyaki mengancam kepentingan Jepun di Myanmar
 Kekejaman pentadbiran Jepun dan kemerosotan taraf hidup telah
mewujudkan semangat Anti-Jepun dalam kalangan rakyat
Myanmar
 Sikap tentera Jepeun yang tidak menghormati rumah-rumah
ibadat orang Myanmar turut menimbulkan perasaan benci
terhadap Jepun.
 Jepun menggalakkan penggunaan bahasa kaum majoriti. Walau
bagaimanapun, dasar ini gagal dilaksanakan sehingga
menimbulkan konflik antara kaum majoriti Myanmar dengan kaum
minoriti tempatan seperti Karen, Kachin dan Chin.
PENUTUP  Kesimpulannya, konflik ini akhirnya menyedarkan penduduk
tempatan akan kekejaman dan penindasan Jepun. Oleh itu,
mereka mula sedar bahawa mereka sepatutnya bersatu dalam
menentang sebarang penjajahan bagi mempertahankan negara
mereka.

SOALAN 60 NILAIKAN PENENTANGAN RAKYAT TERHADAP PENJAJAH


SECARA BERPERLEMBAGAAN DI MYNMAR PADA ABAD KE-20.
PENDAHULUAN  Perjuangan kemerdekaan dilakukan sebelum kedatangan Jepun
lagi. Pada mulanya, pemimpin Aung San mengalu-alukan
kedatangan Jepun tetapi kemudiannya mengubah pendirian
disebabkan dasar Jepun. Oleh itu, mereka telah memulakan
gerakan anti-Jepun sejak tahun 1942. Selepas tamat Perang
Dunia Kedua dengan kekalahan Jepun di tangan Kuasa Berikat,
British kembali semula ke Myanmar.
 Terdapat penentangan dan perselisihan antara golongan
nasionalis dngan British tetapi segala-galanya dapat diselesaikan
secara berperlembagaan iaitu secara aman dan tanpa
peperangan.
FAKTA 1 PENUBUHAN LIGA PEMBEBASAN RAKYAT ANTI-FASIS (LPRAF)
HURAIAN  Sebelum British kembali semula ke Myanmar, mereka telah
dijanjikan taraf kerajaan sendiri tetapi pada peringkat awal
kedatangan mereka, British berusaha memecahbelahkan
perpaduan rakyat. Usaha British ini ditentang oleh golongan
nasionalis.
 Pertubuhan Anti-Fasis (PAF) yang pada mulanya ditubuhkan
golongan Thakin untuk menentang Jepun telah ditukar nama
kepada Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis (LPRAF) yang
bertujuan untuk mencapai kemerdekaan.
FAKTA 2 PIMPINAN AUNG SAN
HURAIAN  Apabila Jepun menyerah kalah pada Ogos 1945, British kembali
semula ke Myanmar. Gabenor British, Jeneral Sir Hubert Rance
berunding dengan para nasionalis Myanmar. Pihak British
mencadangkan LPRAF diberi perwakilan minoriti dalam Dewan

120
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

Eksekutif namun cadangan tersebut ditolak Aung San dan


melancarkan satu mogok kebangsaan.
 Aung San merupakan pemimpin yang diplomatik dan bijak.
Dengan sifat itu, beliau berjaya mendapat sokongan puak-puak
Karen, Shan, Kachin dan Chui yang pada mulanya enggan tunduk
kepada puak Myanmar. Aung San juga membebsakan LPRAF
daripada ancaman anasir komunis supaya Liga ini lebih diterima
oleh puak British.
FAKTA 3 PERJANJIAN ATLEE-AUNG SAN
HURAIAN  Disember 1946, wujudnya Perjanjian Atlee-Aung San. Antara isu
yang dibincangkan ialah pilihan raya umum akan diadakan 4 bulan
selepas perjanjian tersebut, British menyokong penyertaan
Myanmar dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) serta
sebuah Dewan Perlembagaan dibentuk.
 Pada pilihan raya umum yg diadakan pada bulan April 1947,
LPRAF mendapat kejayaan cemerlang dan U Nu dilantik sebagai
Presiden manakala pemimpin utama Myanmar, Aung San dibunuh
oleh orang upahan U Saw.
 U Nu meneruskan usaha menggubal perlembagaan baharu
Myanmar. Satu rombongan yg diketuai beliau bertolak ke London
untuk menandatangani Rang Undang-undang Kemerdekaan
Myanmar yang menyerahkan kerajaan Myanmar kepada Presiden
Kesatuan Myanmar.
PENUTUP  Rakyat Myanmar di bawah pimpinan Aung San telah bekerjasama
dengan British semasa serangan Jepun di Myanmar. Akan tetapi,
terdapat penentangan terhadap British selepas tamatnya Perang
Dunia Kedua.
 Penentangan di Myanmar akhirnya membawa kepada
perundingan dan perjanjian. Penentangan di Myanmar bercorak
penentangan secara berperlembagaan.

SOALAN 61 GALURKAN PENENTANGAN RAKYAT SECARA BERSENJATA DI


INDONESIA PADA ABAD KE-20M
PENDAHULUAN  Selepas Jepun menyerah kalah, Belanda kembali semula ke
Indonesia manakala British ke Myanmar. Pendudukan Jepun
telah menyemarakkan semangat nasionalisme sehingga
masyarakat tempatan dengan dengan berani dan tegasnya
menuntut kemerdekaan daripada pihak penjajah. Perkara yang
penting selepas Perang Pasifik ialah hak kemerdekaan perlu
dikembalikan kepada masyarakat tempatan.
 Penduduk Indonesia memperjuangkan kemerdekaan mereka
secara bersenjata. Bagi para nasionalis, kehadiran Belanda tidak
lagi diperlukan. Apa yang diperjuangkan mereka ialah
pengiktirafan Belanda terhadap kemerdekaan negara yang telah
diisytiharkan sebelum kembalinya pihak Belanda. Penentangan
antara nasionalis Indonesia dengan Belanda memperlihatkan satu
siri pemberontakan sehingga membawa kepada campur tangan
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

121
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

ISI PENTING
 Kabinet Soekarno terpaksa dibubarkan pada 14 November 1945
apabila Leftenan Gabenor Belanda, Dr.Van Mook tidak
mengakuinya sebagai ketua kerajaan Indonesia. Beliau
mempunyai rancangan sendiri untuk Indonesia. Kaninet Perdana
Menteri dibentuk dan diketuai oleh Sultan Sjahrir. Belanda
menandatangani Perjanjian Hubungan Sivil Anglo-Belanda
dengan British untuk menempatkan tentera British di Indonesia
untuk mengawal keadaan di Indonesia.
 Pada bulan Julai 1946, Dr.Van Mook telah mengadakan
rundingan dengan wakil dari wilayah-wilayah Borneo dan
Kepulauan Luar yang telah ditawan olehnya. Dr. Van Mook
mencadangakan Indonesia dibahagikan kepada empat bahagian,
iaitu Jawa, Sumatera, Borneo, dan Timur Raya. Rancangan
Dr.Van Mook ini adalah untuk melemahkan Republik Indonesia.
Perundingan antara Belanda dan Indonesia berlangsung antara
bulan Oktober dan November 1946 di Langgajati berhampiran
dengan Cheribon. Pesuruhjaya Khas Belanda, Lord Killearn
dilantik sebagai pengerusi.
 Dr.Van Mook berjaya membentuk negara boneka yang digelar
“Negara Indonesia Timur” melalui Persidangan Den Pasar di Bali
pada 18 Disember 1946. Negara boneka ini dikawal oleh beliau.
Belanda melancarkan tindakan polis dengan menghantar dua unit
tentera Belanda di Jakarta dan Bandung untuk menduduki Jawa
Barat manakala dua angkatan dari Surabaya bergerak ke Jawa
Timur dan Madura. Serangan juga dilancarkan ke atas kawasan
sekitar Medan, Palembang, Semarang, dan Padang.
 Tindakan keras Belanda membawa kepada campur tangan kuasa
yang lain. British dan Amerika Syarikat menentang tindakan
ketenteraan Belanda itu. India dan Australia membawa isu
ketenteraan Belanda ke atas Indonesia ke Majlis Keselamatan
Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB). Majlis Keselamatan
kemudiannya mengarahakan gencatan senjata bai kedua-dua
pihak Belanda dan Indonesia pada 1 Ogos 1947. Belanda telah
mencabuli Perjanjian Renaville apabila memulakan tindakan
ketenteraan ke atas Republic Indonesia. Belanda menyerang dan
menawan bandar Yogjakarta. Tentera Belanda juga menangkap
dan memenjarakan Soekarno, Syahrir dan Hatta.
 Melihat keadaan ini, para nasionalis Indonesia meneruskan
perjuangan mereka melancarkan perang gerila. Mereka
menentang Belanda dengan hebatnya. Perbincangan meja bulat
diadakan pada bulan Ogos hingga Oktober 1949 dengan
persetujuan Republik Indonesia akan mendapat kedaulatannya
semula dan mencapai kemerdekaan.
 Pendudukan Jepun membangkitkan semangat kebangsaan
KESIMPULAN rakyat Indonesia dan Myanmar sehingga apabila pihak Penjajah
Belanda dan British kembali semula, mereka menuntut
kemerdekaan. Belanda tidak ingin memberi kemerdekaan kepada
Indonesia, malah berusaha mengukuhkan kuasanya. Rakyat

122
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

Indonesia di bawah pimpinan para nasionalis seperti Soekarno,


Hatta, dan Syahrir menentang usaha Belanda itu. Penentangan
secara bersenjata memperlihatkan meletusnya Oerang
Kemerdekaan Indonesia atau dikenali sebagai Revolusi
Indonesia.
 Penentangan rakyat Indonesia secara bersenjata membawa
kepada penglibatan negara-negara luar seperti India, Australia,
Amerika Syarikat, dan Britain. Akhirnya, Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu (PBB) telah campur tangan dan Belanda
terpaksa tunduk kepada resolusi PBB untuk memulihkan
kedaulatan dan kemerdekaan Indonesia.

SOALAN 62 HURAIKAN PERANAN PERTUBUHAN DAN PARTI UTAMA


YANG BERJUANG KE ARAH KEBANGKITAN SEMANGAT
NASIONALISME DI INDONESIA ABAD KE-20M
PENDAHULUAN  Sebelum perjuangan kemerdekaan, nasionalis Indonesia telah
berusaha melindungi kepentingan masyarakat peribumi dan
membangkitkan semangat nasionalisme melalui penubuhan
pertubuhan di parti politik. Semasa Perang Dunia Kedua, para
nasionalis seperti Soerkarno, Hatta, dan Syarir telah berganding
bahu berjuang mengusir Jepun dan Belanda dari Bumi
Indonesia.
 Soerkarno telah mengistiharkan kemerdekaan Indonesia dan
menubuhkan Republik Indonesia sebelum Belanda bertapak
semula ke Indonesi selepas Perang Dunia Kedua. Belanda
enggan mengiktiraf kemerdekaan tersebut, lalu terdapat
penentangan dan bantahan di kedua-dua pihak sehinnga
membawa kepada campur tangan kuasa luar dan Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu. Indonesia hanya mencapai
kemerdekaan selepas mengangkat senjata atau selepas
melancarkan revolusi.
 Beberapa pertubuhan dan parti politik telah muncul di Indonesia
pada awal abad ke-20 bagi membangkitkan semangat
nasionalisme dan kesedaran politik.

PARTI 1 SEKOLAH KARTINI


PERANAN  Pada tahun 1902, Raden Adjeng Kartini menubuhkan sebuah
sekolah bagi anak perempuan pegawai-pegawai anak
Indonesia.
 Mengikut J.S. Furnivall, kemunculan Kartini menunjukkan
permulaan gerakan kesedaran Indonesia.

PARTI 2 BUDI UTOMO


PERANAN  Budi Utomo yang ditubuhkan pada tahun 1908 oleh Dr. Mas
Wahidin Soediro Hoesoedo bertujuan untuk mencapai kemajuan
kebudayaan dan pendidikan orang Jawa.
 Budi Utomo merupakan persatuan golongan pertengahan Jawa

123
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

yang memperjuangkan pendidikan Barat untuk penduduk Jawa.

PARTI 3 SAREKAT ISLAM


PERANAN  Sarekat Islam ditubuhkan pada tahun 1912 oleh Omar Said
Tjokroaminoto. Sarekat Islam berasal dari Sarekat Dangang
Islam yang bertujuan melindungi saudagar-saudagar batik Jawa
dari persaingan orang Cina yang telah menguasai ekonomi
Indonesia serta memajukan kepentingan islam dan kedudukan
Sosioekonomi penduduk Indonesia.
 Sarekat Islam mengunakan Islam sebagai satu lambang
penyatuan dan persaudaraan dalam usaha menentang kaum
asing dan pengaruh mereka di Indonesia.
 Kebanyakan pemimpin Sarekat Islam merupakan golongan
reformis yang dipengaruhi oleh Gerakan Reformis di Timur
Tengah.
 Pada tahun 1976, Sarekat Islam memperjuangkan kerajaan
sendiri. Pada tahun 1917, Sarekat Islam di bawah pemimpinan
Haji Agus Salim memperjuangkan kemerdekaan Indonesia
dengan perlembagaan yang berasaskan undang-undang Islam.
 Kemunculan Sarekat Islam menandakan titik peralihan
gerakan kesedaran Indonesia. Sarekat Islam adalah parti
politik massa Indonesia yang pertama.Keanggotaannya
dibuka kepada semua lapisan masyarakat dan tidak terhad
kepada golongan tertentu. Oleh sebab ancaman komunis dan
masalah dalaman, Sarekat Islam mulai merosot pada tahun
1920-an.
PARTI 4 MUHAMMADIYAH
PERANAN  Muhammadiyah ditubuhkan pada tahun 1912 oleh Haji Ahmad
Dahlan yang dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam.
 Muhammadiyah menekankan pentingnya menyebarkan ajaran
Islam yang sejati berdasarkan al-Quran sebagai pegangan
hidup untuk menentang ancaman sekularisme dan
perkembangan agama Kristian.
 Muhammadiyah juga aktif dalam penubuhan sekolah, klinik,
masjid, dan perpustakaan. Muhammadiyah tidak berunsur
politik.
PARTI 5 NADATUL ULAMA
PERANAN  Nahdatul ulama merupakan sebuah parti konservatif di bawah
pimpinan Kiyai Hashim Ashari.
 Nahdatul Ulama yang ditubuhkan pada tahun 1926 ingin
menyebarkan ajaran ortodoks Islam.
 Keanggotaannya terdiri daripada ulama-ulama
ortodoks (kyais), golongan santri, dan pedagang. Nahdatul
Ulama juga bergiat cergas dalam mengendalikan sekolah
agama ortodoks, masjid, dan kerja-kerja kebajikan.

PARTI 6 PARTI KOMUNIS INDONESIA


PERANAN  Pada tahun 1920, Parti Komunis Indonesia (PKI) ditubuhkan
oleh Semaun dan Darsono. Parti ini merupakan sebuah parti

124
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

radikal yang ingin menubuhkan sebuah republik komunis di


Indonesia melalui revolusi bersenjata.
 PKI menentang Belanda secara kekerasan. PKI berjaya
menyusup ke dalam kesatuan-kesatuan sekerja dan telah
menganjurkan beberapa pemogokan antara tahun 1923-1926.
 Revolusi bersenjata yang dilancarkan oleh PKI pada tahun
1926-1927 gagal mencapai matlamat untuk menumpaskan
pemerintahan Belanda. Belanda mengamalkan dasar yang
lebih agresif terhadap PKI.
PARTI 7 PARTI NASIONAL INDONESIA
PERANAN  Parti Nasional Indonesia (PNI) sebuah parti massa
sekular ditubuhkan pada 4 Jun 1927 oleh ahli-ahli Kelab
Pendidikan Bandung. Pemimpin utamanya ialah Soerkarno.
Beliau berpendapat bahawa penyatuan dan perpaduan rakyat
Indonesia adalah penting untuk mencapai kemerdekaan
mutlak.
 Beliau mengamalkan dasar tidak berkerjasama dengan Belanda
dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Beliau berusaha
menyatukan pertubuhan-pertubuhan nasional yang ada melalui
penubuhan satu persekutuan yang longgar,
iaitu Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan
Indonesia (PPKI).
 Pihak Belanda berasa cemas dengan sokongan kuat terhadap
PNI dan dasar anti-Belandanya yang terlalu radikal.
 Memandangkan kedudukan Belanda agak terjejas, Belanda
bertindak menangkap Soerkarno dan beberapa tokoh pemimpin
yang lain. Ini melemahkan PNI dan akhirnya PNI berpecah.
 Ahli-ahli PNI menubuhkan tiga buah parti yang lebih kecil, iaitu
Partindo, Parti Rakyat Indonesia, dan Kelab Pendidikan
Nasional.
PARTI 8 RAYUAN SOETARDJO DAN RAYUAN WIWOHO
PERANAN  Rayuan Soetardjo (1936) meminta supaya Volksraad
mengadakan satu persidangan bagi membincangkan autonomi
Indonesia dalam satu kesatuan Belanda-Indonesia. Rayuan ini
diluluskan oleh Volksraad tetapi ditolak oleh kerajaan Belanda.
 Permintaan yang sama juga dibuat melalui Rayuan Wiwoho.
Seperti Rayuan Soertardjo, Rayuan Wiwoho juga ditolak oleh
kerajaan Belanda dengan alasan pembaharuan politik akan
dibincangkan selepas Perang Dunia Kedua.
PARTI 9 MAJLIS RAKYAT INDONESIA
HURAIAN  Kegagalan Rayuan Wiwoho menigkatkan semangat
perpaduan para nasionalis untuk menubuhkan sebuah
pertubuhan yang tetap, iaitu Majlis Rakayat Indonesia.
 Majlis ini bertujuan untuk menubuhkan sebuah parliman yang
dapat mewakili rakyat Indonesia. Rancangan Majlis terbantut
apabila Jepun menyerang Indonesia.
PENUTUP  Indonesia berjaya mencapai kemerdekaanya selepas satu siri
pemberontakan dan peperangan dengan Belanda yang enggan
melepaskan Indonesia setelah kembali semula ke Indonesia

125
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.


 Kerajaan Belanda hanya menyerahkan kedaulatan kepada
Indonesia pada 27 Disember 1949 setelah pihak Belanda dan
Indonesia berusaha menyelesaikan masalah mereka di
Indonesia. Bagi Myanmar, perjuangannya ke arah kemerdekaan
lebih aman daripada apa yang berlaku di Indonesia. Myanmar
mencapai kemerdekaannya secara perlembagaannya.

SOALAN 63 HURAIKAN LANGKAH-LANGKAH KE ARAH MENCAPAI


KEMERDEKAAN DI INDONESIA PADA ABAD KE-20.
PENDAHULUAN  Sebelum perjuangan kemerdekaan, nasionalis Indonesia telah
berusaha melindungi kepentingan masyarakat peribumi dan
membangkitkan semangat nasionalisme melalui penubuhan
pertubuhan di parti politik.
 Semasa Perang Dunia Kedua, para nasionalis seperti Soerkarno,
Hatta, dan Syarir telah berganding bahu berjuang mengusir
Jepun dan Belanda dari Bumi Indonesia.
 Soerkarno telah mengistiharkan kemerdekaan Indonesia dan
menubuhkan Republik Indonesia sebelum Belanda bertapak
semula ke Indonesia selepas Perang Dunia Kedua. Belanda
enggan mengiktiraf kemerdekaan tersebut, lalu terdapat
penentangan dan bantahan di kedua-dua pihak sehingga
membawa kepada campur tangan kuasa luar dan Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu. Indonesia hanya mencapai
kemerdekaan selepas mengangkat senjata atau selepas
melancarkan revolusi.
LANGKAH 1 PERJUANGAN KEMERDEKAAN SEBELUM PERANG DUNIA
KEDUA
HURAIAN  Beberapa pertubuhan dan parti politik telah muncul di Indonesia
pada awal abad ke-20 bagi membangkitkan semangat
nasionalisme dan kesedaran politik seperti Muhammadiyah dll.
LANGKAH 2 PERJUANGAN KEMERDEKAAN SEMASA PERANG DUNIA
KEDUA
HURAIAN  Para nasionalis Indonesia menyokong kedatangan Jepun demi
mencapai kemerdekaan. Jepun telah mengusir Belanda
memerintah Indonesia pada tahun 1942-1945. Terdapat tiga unit
pentadbiran, iaitu Sumatra, Jawa, dan Indonesia Timur.
 Jepun mengekalkan sistem pentadbiran asas Belanda dan
memerintah Indonesia melalui golongan Priyayi (elit).
 Pentadbiran Jepun memperlihatkan berlakunya inflasi,
penindasan, kebuluran, dan penderitaan rakyat. Penduduk Jepun
telah membangkitkan semangat nasionalisme melalui kejayaanya
mengalahkan Belanda. Jepun telah membebaskan nasionalis
Indonesia yang telah dipenjarakan oleh Belanda. Jawatan
pentadbiran diberikan kepada rakyat tempatan.
 Penubuhan PUTERA pada Mac 1943 di mana Soerkarno

126
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

menjadi pengerusi. Melalui PUTERA, Soerkarno cuba


mendapatkan sokongan rakyat tempatan. Soerkarno
mengunakan PUTERA untuk meningkatkan kesedaran politik
dalam kalangan penduduk Indonesia dan mengukuhkan
keazaman untuk mencapai kemerdekaan.
 Penubuhan PETA dipimpin oleh pegawai Indonesia dan
menerima latihan tentera dari pihak Jepun. PETA bertujuan
mempertahankan Indonesia dari serangan kuasa Barat. PETA
membangkitkan semangat antipenjajah melalui: Penubuhan
MASJUMI untuk menyebarkan perasaan anti-Belanda melalui
agama dan menjanjikan kemerdekaan.Jawatan Kuasa Persedian
Kemerdekaan dibentuk. Pengerusinya ialah Soerkarno.
 Soerkarno membentuk Pancasila dengan lima prinsip, iaitu
nasionalisme, internasionalisme, kerajaan yang mewakili rakyat,
kemakmuran sosial dan kepercayaan kepada Tuhan. Apabila
nasionalis Indonesia mendapati bahawa Jepun tidak berniat ingin
memberi kemerdekaan, mereka menentangnya melalui gerakan
bawah tanah.
 Terdapat empat kumpulan gerakan bawah tanah iaitu, Gerakan
bawah tanah pimpinan Amir Syarifudin, Gerakan bawah tanah
pimpinan Sutan Syahrir, Gerakan bawah tanah anjuran
Persatuan Mahasiswa Universiti Jakarta dan Gerakan bawah
tanah pimpinan Soerkarno.
LANGKAH 3 PERJUANGAN KEMERDEKAAN SELEPAS KEMBALINYA
KUASA BELANDA
HURAIAN  Dua hari selepas Jepun menyerah kalah kepada kuasa-kuasa
Berikat, Soerkarno dan Hatta telah mengumumkan
Kemerdekaan Republik Indonesia, iaitu pada 17 Ogos 1945.
Belanda enggan mengiktiraf kerajaan baharu Soerkarno yang
merdeka itu. Belanda ingin berkuasa semula. Belanda melantik
Syahrir, seorang ahli sederhana sebagai ketua kerajaan
republik itu. Rundingan bermula antara kabinet Syahrir dengan
kerajaan Belanda.
 Walau bagaimanapun Syahrir mengumumkan bahawa tuntutan
dasar kerajaan republik ialah pengiktirafan Belanda. Belanda
enggan berbuat demikian dan tetap dengan pendirian
mengenakan kawalan terhadap pulau-pulau Indonesia.
Percubaan Belanda ini menyebabkan penentangan dan
pertumpahan darah sehingga berlaku Revolusi Kemerdekaan
Indonesia (1945-1949).
 Pada tahun 1946, kerajaan Belanda mengesyorkan
pembentukan sebuah Komenwel Indonesia. Komenwel ini
terdiri daripada wilayah-wilayah dengan kerajaannya sendiri.
Sebuah parlimen yang dipilih akan mengawal hal-ehwal
kerajaan. Kerajaan komenwel ini akan diketuai oleh wakil
Belanda. Komonwel Indonesia akan menjadi sebahagian
daripada kerajaan Belanda.
 Pada bulan Jun 1946, Syahrir dan beberapa ahli kabinetnya
diculik oleh komunis di bawah Tan Melaka. Rancangan tersebut

127
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

merupakan percubaan komunis untuk merampas kuasa.


Soerkarno dengan segaranya mengisytiharkan darurat. Syahrir
dan rakan-rakanya dibebaskan dua hari kemudian.
LANGKAH 4 PERJANJIAN LINGGAJATI 1946
HURAIAN  Sementara itu, kuasa Barat yang lain seperti British mengkritik
tindakan Belanda di Indonesia. Tentera British sedia berundur
dari Jawa. Belanda kurang senang dan terpaksa menyelesaikan
krisis Indonesia di meja perundangan.
 Akhirnya, perundingan antara kedua-dua pihak berlansung di
Langgati antara bulan Oktober dan November 1946. Menurut
perjanjian tersebut: Pihak Belanda mengiktiraf republik itu
sebagai kuasa pemerintahan di Pulau Jawa, Madura, dan
Sumatra, Persekutuan yang dinamakan Kesatuan Negeri-negeri
Indonesia akan dibentuk dan Kesatuan Negeri-negeri Indonesia
merupakan sebahagian daripada Kesatuan Belanda-Indonesia
dan Ratu belanda menjadi ketua kesatuan ini.
 Perjanjian Linggajati bukan sahaja gagal tetapi juga ditentang
oleh pihak tertentu seperti PNI, MASJUMI, dan ahli-ahli komunis.
Kerajaan republik tidak dapat menerimanya memandangkan
Belanda telah mengumumkan bahawa sehingga Kesatuan
Negeri-negeri Indonesia dibentuk, maka kerajaan Belanda
menjadi kuasa agung di seluruh Indonesia.
FAKTA 5 PERJANJIAN RENVILLEN 1948
HURAIAN  Melihat keadaan huru-hara di Indonesia, Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu atas desakan India dan Australia mengeluarkan
satu perintah gencatan sejata. Satu jawatankuasa yang terdiri
daripada wakil-wakil Australia, Belgium, dan Amerika Syarikat
dibentuk untuk menyelesaikan masalah itu.
 Hasilnya Perjanjian Renville ditandatangani pada bulan Januari
1948. Antara syarat-syaratnya ialah Belanda dan Indonesia
bersutuju mengundurkan tenteranya. Perjanjian Renville gagal
menyelesaikan perselisihan antara Belanda dengan Indonesia.
 Para nasionalis Indonesia menuduh Belanda cuba menyekat
perkembangan bandar dan pelabuhan Republik Indonesia
manakala Belanda mendakwa bahawa Republik Indonesia
dikuasai oleh golongan komunis.
 Belanda sekali lagi mengenakan tindakan militan, iaitu “tindakan
polis” dan pemimpin nasionalis seperti Soerkarno, Hatta, dan
Syahrir ditangkap. Walaupun tanpa pemimpin utama, perjuangan
kemerdekaan masih diteruskan.
 Menteri kewangan, Syafruddin Prawiranegara telah menubuhkan
pemerintahan Darurat Republik Indonesia dan Sumatra. Beliau
berjaya menyeru rakyat melancarkan dasar tidak kerjasama
dengan Belanda.
PERJANJIAN HAGUE 1949
 Belanda dikecam hebat oleh dunia luar. Akhirnya Soekarno,
Hatta, dan pemimpin-pemimpin lain dibebaskan. Oleh sebab
tidak ingin peperangan berterusan maka Perjanjian
Hague ditandatangani pada 2 November 1949.

128
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

 Belanda terpaksa mematuhi desakan kuasa luar untuk


mengadakan Rundinagn Meja Bandar di Hague atas sebab
Belanda tidak ingin perang kerana kerajaannya tidak mempuyai
tenaga perang untuk menakluki Indonesia secara kekerasan.
 Belanda ingin melindungi kepentingan ekonominya di Indonesia.
Jika berlakunya perang, semua kegiatan ekonomi akan musnah.
Belanda tidak ingin negaranya tersingkir daripada hubungan
diplomatik antara bangsa kerana soal kemerdekaan Indonesia
memperlihatkan penglibatan kuasa luar terutama Amerika
Syarikat. Belanda masih bergantung kepada Amerika Syarikat
untuk kegiatan perdagangannya.
 Antara syarat-syarat Perjanjian Hague 2 November 1949 ialah:
Belanda bersetuju melepaskan penguasaannya ke atas Hindia
Timur Belanda tanpa syarat kepada Republik Indonesia Syarikat
sebelum 30 Disember 1949 dan Republik Indonesia Syarikat
akan merangkumi 16 buah negeri.
PERJUANGAN KE ARAH KEMERDEKAAN MUTLAK
 Belanda menyerahkan kuasa kepada Republik Indonesia
Syarikat pada 27 Disember 1949. Ini bermakna Indonesia
mencapai status negara merdeka dan berdaulat yang bebas
daripada penjajahan Belanda.
 Pada 27 Disember 1949, Ratu Juliana menyerahkan kedaulatan
kepada Kesatuan Negeri-negeri Indonesia. Soerkarno dilantik
sebagai Presiden dan Hatta sebagai Perdana Menteri bagi
Republik Indonesia yang merdeka.
KESIMPULAN  Indonesia berjaya mencapai kemerdekaanya selepas satu siri
pemberontakan dan peperangan dengan Belanda yang enggan
melepaskan Indonesia setelah kembali semula ke Indonesia
selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.
 Kerajaan Belanda hanya menyerahkan kedaulatan kepada
Indonesia pada 27 Disember 1949 setelah pihak Belanda dan
Indonesia berusaha menyelesaikan masalah mereka di
Indonesia.

SOALAN 64 HURAIKAN DASAR PEMBANGUNAN EKONOMI DI FILIPINA


PADA ABAD KE-20M.
PENDAHULUAN  Pada akhir abad ke-19, pemerintahan Sepanyol di Filipina
digantikan oleh pemerintahan Amerika Syarikat. Pembangunan
ekonomi Filipina semakin pesat di abwah pemerintahan Amerika
Syarikat dengan mengamalkan dasar ekonomi laisses faire.
Sebahagian besar daripada kegiatan perdagangan dijalankan
dengan Amerika syarikat.
 Ini menunjukkan Filipina sangat bergantung ekonomi kepada
Amerika. Amerika telah menawan semula Filipina dari Jepun
pada 23 Februari 1945, kemudian sebuah kerajaan berbentuk
republik demokrasi yang diketuai oleh seorang Presiden telah
dibentuk. Presiden Manual Roxas, Quirino, Magsaysay dan

129
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

Macapagal mengambil beberpa langkah untuk memulihkan


ekonomi dan sosial negara tersebut.
PERUSAAN 1 PERUSAHAAN GULA
HURAIAN  Perusahaan gula di Filipina meningkat 6 kali ganda di bawah
pemerintahan USA. Ini disebabkan dasar ekonomi yang
diamalkan oleh USA berkaitan dengan perusahaan gula,
antaranya:
Akta Tarif Payne-Aldrich 1909
i. Di bawah akta ini, pindaan telah dibuat pada jadual tarif
ii. Sebelum itu gula diimport dari Filipina tertakluk kepada satu
bentuk tarif yang tinggi yeng menyebabkan perusahaan gula
merosot.
iii. Di bawah Akta Tarif Payne-Aldrich, suatu kouta tertentu untuk
gula yang dijual ke USA adalah bebas dari cukai.

Akta Tarif Underwood-Simmons 1913


i. Kouta yang ditetapkan di bawah Akta Tarif Payne-Aldrich
dibatalkan
ii. Gula dieksport ke pasaran USA tanpa dikena cukai.

Akta Fordney-McCumber 1921


i. Kadar ke atas gula diimport dilipatgandakan bertujuan untuk
melindungi pengeluaran gula Filipina.

Kemasukan golongan kapitalis dari USA melabur dalam kilang-


kilang penapisan gula menyebabkan muncul golongan orang-
orang kaya gula yang memiliki tanah luas.
 Penanaman tebu di Filipina yabg biasanya dijalankan oleh
pekebun-pekebun kecil tidak dapat bersaing dengan pengusaha
gula dari USA.
 Petani Filipina terus ditindas dalam sistem ini dan menjadi
hamba kepada golongan kapitalis dari luar.
 Ekonomi Filipina terpaksa bergantung kepada USA kerana
hampir keseluruhan eksport gula Filipina dihantar ke USA.
PERUSAHAAN 2 PERUSAHAAN KELAPA
HURAIAN  Filipina mengeksport hasil kelapa ke Amerika Syarikat kerana
terdapat pasaran yang luas.
 Perkembangan pengeluaran kelapa bermula pada tahun 1910
apabila pentadbiran Amerika Syarikat memperkenalkan
beberapa akta. Antara akta yang diperkenalkan:
Akta Tarif Payne-Aldrich 1909
i. Mewujudkan perdagangan separuh bebas antara Filipina-USA
ii. Terdapat pertambahan yang pesat dlam eksport barangan
keluaran kelapa seperti kelapa kering dan minyak kelapa.

Akta Fordney-McCumber 1920


i. Tiada cukai dikenakan ke atas kelapa kering
ii. Minyak kelapa dari Filipina dapat bersaing di pasaran USA
iii. Pada tahun 1934. 17% daripada eksport Filipina terdiri

130
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

daripada kelapa dan hasil-hasil kelapa dan dua pertiga


daripada hasil ini dieksport ke Amerika Syarikat.

Kesan daripada perkembangan perusahaan kelapa, kegiatan



memproses bahan kelapa dikuasai oleh pihak asing yang
kebanyakannya terdiri daripada rakyat Amerika
 Ini bermakna kegiatan pengeksportan kelapa dikendalikan oleh
orang Amerika manakala penanaman kelapa oleh penduduk
tempatan.
PERUSAHAAN 3 PERUSAHAAN ABAKA
HURAIAN  Abaka juga merupakan sala satu bahan eksport yang penting
bagi Filipina semasa penjajahan Amerika Syarikat.
 Seperti juga dengan tanaman tebu dan kelapa, perdagangan
abaka juga bergantung kepada dasar tarif yang ditetapkan oleh
USA:
Akta Tarif Payne-Aldrich 1909
i. Membenarkan kegiatan pengeksportan abaka ke USA bebas
dari cukai

Akta Tarif Underwood-Simmons 1913


i. Cukai yang tidak adil kepada perusahaan abaka dimansuhkan

Pada tahun 1941, Filipina menjadi pengeluar abaka yang



apenting di dunia kerana mampu mengeluarkan 95% daripada
jumlah keluaran dunia.
 Antara tahun 1900 dan 1941, hasil pengeluaran abaka
bertambah lebih daripada 2 kali ganda dan usaha penanaman
semakin meluas di bahagian timur Mindanao.
PERUSAHAAN 4 PERUSAHAAN GETAH
HURAIAN  Sehingga tahun 1941, hanya terdapat lebih kurang enam buah
ladang getah yang luas, hampir kesemuanya terletak di pulau
Mindanao.
 Ladang terbesar ialah Goodyear di Semenanjung Zamboanga,
lebih kurang 12 ribu ekar luasnya.
 Penanaman getah di Filipina tidak dapat berkembang
disebabkan dasar ekonomi Amerika Syarikat antaranya:

a) Penguatkuasaan dasar tanah


i. Dasar ini bertujuan untuk menghalang pengusaha kapitalis
yang hanya berminat untuk membuka ladang-ladang luas
yang menindas petani tempatan.

b) Mengawal penghijrahan masuk orang-orang Cina


i. Dasar ekonomi Amerika Syarikat ini memberi kesan negatif
terhadap perkembangan perusahaan getah. Pemodal asing
tidak tertarik kerana kekurangan buruh yang sesuai untuk
mengerjakan penanaman getah.
PERUSAHAAN 5 PERUSAHAAN PERLOMBONGAN DAN PERINDUSTRIAN
HURAIAN  Kegiatan perlombongan dan perindustrian berkembang dengan

131
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

pesat di bawah pemerintahan USA.


 Undang-undang Organik Pertama di Filipina (Rang Undang-
Undang Cooper 1902) tidak memberi hak kepad pihak pentabir
ke atas tanah-tanah awam yang merupakan kawasan galian.
 Pengeluaran emas meningkat bermula pada tahun 1930-an
berikutan kejatuhan nilai dolar Amerika.
PENUTUP  Kesimpulannya, perkembangan ekonomi Filipina terutama
komoditi eksport utama masih dikawal sepenuhnya oleh pihak
penjajah Amerika. Rakyat Filipina terus ditindas dalam sistem
yang tidak memihak kepada mereka. Ini menyebabkan muncul
gerakan untuk menghalau penjajah asing dari bumi Filipina.

SOALAN 65 HURAIKAN BENTUK PEMERINTAHAN KETENTERAAN DI


FILIPINA PADA ABAD KE-20
PENDAHULUAN  Ferdinand Marcos dilantik sebagai Presiden bagi penggal
kedua pada tahun 1969. Marcos tidak berapa suka akan sistem
demokrasi yang sedia ada. Beliau lebih suka sistem yang
dipanggil Constitutional Authoritarian yang pada tanggapannya
lebih sesuai dengan budaya politik semasa Filipina pada masa
itu.
 Kemelesetan ekonomi semasa zaman Marcos menyebabkan
meningkatnya kadar jenayah. Filipina mula dilanda pengaruh
komunis apabila Parti Komunis Filipina mula menyusup masuk
ke merata wilayah melalui cabang ketenteraannya iaitu New
People Army (NPA). Keadaan ini mendesak Marcos
memperkenalkan pemerintahan ketenteraan bagi mengawal
keadaan. Bentuk pemerintahan ini juga dikenali sebagai Zaman
Kediktatoran Tentera.
FASA 1 PENGENALAN UNDANG-UNDANG DARURAT 1972
HURAIAN  Pada tahun 1972, Marcos telah memperkenalkan Undang-
Undang Darurat Militer (Martial Law) berdasarkan beberapa
alasan:
 Pertama: beliau mesti memansuhkan perlembagaan jika ingin
memperkukuhkan kedudukannya sebagai Presiden bagi
penggal ketiga
 Kedua: situasi ekonomi Filipina yang tidak menggalakkan
dengan hutang yang tinggi serta pendapatan perkapita yang
menurun. Begitu juga dengan gejala rasuah dalam kalangan
pegawai tinggi kerajaan berleluasa. Golongan pertengahan
mengecam pentadbiran Marcos yang gagal menangani krisis
ini.
 Ketiga: pemimpin-pemimpin tertinggi tentera dalam
Kementerian Pertahanan Filipina khususnya Juan Ponce Enrile
(Menteri Pertahanan Filipana) menyokong kuat langkah yang
diambil oleh Marcos. Mereka menyokong usaha pemencilan
kuasa demokrasi dalam pentadbiran di Filipina.

132
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

 Dan keempat, peristiwa percubaan membunuh Menteri


Pertahanan iaitu Juan Ponce Enrile.
 Pelabur-pelabur asing dan kerajaan-kerajaan Amerika Syarikat
dan Asia Tenggara juga menyokong Undang-Undang Darurat
Militer.
FASA 2 KONSEP NEW SOCIETY ATAU MASYARAKAT BARU
HURAIAN  Salah satu manifesto Marcos dalam pilihan raya ialah
mewujudkan konsep masyarakat baru. Golongan intelektual
dan golongan kelas menengah tertarik dengan konsep ini.
 Antara idea yang terkandung dalam konsep masyarakat baru
ialah:
1. Keamanan dan keselamatan
2. Mewujudkan kestabilan untuk menarik pelabur asing
3. Memulihkan ekonomi melalui reformasi tanah
4. Menghapuskan amalan rasuah yang kian meningkat sejak
kemerdekaan negara.
FASA 3 AMALAN DEMOKRASI DI FILIPINA TERANCAM
HURAIAN  Seterusnya Marcos telah memperkenalkan beberapa langkah
yang mencabar sistem domkrasi demi melindungi
pemerintahannya.
 Bertindak menangkap pemimpin pembangkang yang lantang
menentang dasar pemerintahan seperti Aquino.
 Menangkap golongan pemberita, pelajar dan tokoh-tokoh
kesatuan yang mengkritik dasar pemerintahannya di media-
media massa tempatan dan antarabangsa.
 Surat khabar dan media massa yang mengkritik dasarnya juga
ditutup.
 Aktiviti demonstrasi, pemogokan dan pemulauan
pemerintahannya juga diharamkan.
 Sistem demokrasi berparlimen semakin lemah dengan tindakan
Marcos memegang kuasa perundangan secara mutlak
 Perlembagaan yang membenarkan seseorang memegang
jawatan Presiden untuk dua penggal sahaja dibatalkan.
FASA 4 PENGENALAN UNDANG-UNDANG BAHARU 1973
HURAIAN  Pada tahun 1973, Marcos memperkenalkan perlembagaan
baharu yang mengandungi perkara berikut iaitu pertama,
Marcos sendiri memegang jawatan Presiden secara tetap dan
bebas sehingga tamatnya Undang-Undang Darurat Militer.
 Kedua, pemerintahan Marcos dilaksanakan melalui dikri sama
seperti konsep raja berkuasa mutlak.
 Ketiga, melalui perlembagaan baharu ini, Marcos sendiri
memegang kuasa mutlak dan bebas memilih semua pegawai
kerajaan termasuk mereka yang dalam Badan Kehakiman.
 Selain itu, Marcos juga melantik isterinya sendiri, Pn. Imelda
Marcos sebagai Gabenor Manila dan Menteri Penempatan
dan Ekologi
 Tindakan beliau ini lebih kepada pemerintahan autokratik dan
bukannya berdasarkan prinsip demokrasi.
FASA 5 KESAN PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG DARURAT

133
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

MILITER
HURAIAN  Antara kesan yang dapat dilihat sepanjang pelaksanaan
Undang-Undang Darurat Militer ialah:

i. Kebebasan sosial disekat dan rasuah berleluasa


ii. Perniagaan dan perindustrian dihakmiliknegaraankan dan
dikawal oleh kroni Marcos sendiri
iii. Segala keuntungan negara disalurkan untuk kegunaan peribadi
iv. Pegawai yang rapat dengan Marcos akan dinaikkan pangkat
v. Pegawai tentera dilantik untuk mengambil alih semua
kemudahan am dan media massa
vi. Pasukan tentera ditambah dari 58,000 (1971) kepada 142 ,000
(1983).
vii. Golongan tentera terlalu berkuasa sehingga mereka bebas
menangkap dan menahan sesiapa yang disyaki tanpa sebab
atau perbicaraan.
viii. Mahkamah tentera ditubuhkan di seluruh negara untuk
mengadili dan menghukum tawanan. Manakala mahkamah sivil
hilang fungsinya. Pasukan polis juga di bawah kawalan tentera.
FASA 6 KEJATUHAN MARCOS 1986
HURAIAN  Pada tahun 1985, Marcos mengumumkan pilihan raya untuk
jawatan presiden akan diadakan pada 7 Februari 1986.
 Maria Corazon Aquino isteri kepada mendiang Benigno Aquino
Jr. yang ditembak mati oleh pengikut Marcos semasa tiba dari
Amerika Syarikat untuk menentang jawatan presiden, telah
mengumumkan untuk merebut jawatan presiden.
 Walau bagaimanapun, Marcos sekali lagi memenangi pilihan
raya ini dengan cara kotor.
 Namun kemenangan Marcos pada kali ini mendapat tentangan
dari Menteri Pertahanan (Juan Ponce Enrile) dan Pengarah
Angkatan Tentera (Field Ramos) serta Ketua Polis Filipina
 Dengan adanya sokongan dari Gereja Katolik dan rakyat
Filipina sendiri, mereka melancarkan demonstrasi di ibu negara
Filipina iaitu Manila untuk mendesak Marcos meletakkan
jawatan.
 Akibatnya, Marcos dan keluarganya melarikan diri ke Hawai
pada 26 Februari 1986 dan seterusnya Corazon Aquino dilantik
sebagai Presiden Filipina yang baru dengan sokongan penuh
dari People Power.
KESIMPULAN  Kesimpulannya, pemerintahan bercorak ketenteraan yang
dilaksanakan oleh Marcos di Filipina memperlihatkan
ketamakan, kerakusan dan kekejaman seseorang pemimpin.
Nilai-nilai demokrasi tidak diperdulikan demi kekuasaan.
Kesengsaraan yang dialami oleh rakyat selama 20 tahun
pemerintahan Marcos akhirnya mereka bersatu hati tidak
mengira bangsa dan agama untuk menggulingkan
pemerintahan diktator Marcos.

SOALAN 66 HURAIKAN BENTUK PEMERINTAHAN DEMOKRASI DAN

134
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

KETENTERAAN DI THAILAND
PENDAHULUAN  Revolusi Thai 1932 menamatkan sistem raja mutlak dan
digantikan dengan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
dan Raja Berperlembagaan. Raja tertakluk di bawah
perlembagaan negara.
 Thailand sering berlaku perselisihan dan perpecahan golongan
revolusioner membawa kepada penguasaan golongan tentera
dalam menentukan perubahan di Thailand.
 Berlaku “coup d’etat” atau rampasan kuasa yang menyebabkan
penguasaan tentera, ketidakstabilan politik dan kegagalan
melaksanakan sistem demokrasi berparlimen.
FAKTA REVOLUSI THAI 1932
ISI PENTING  Revolusi Thai 1932 menamatkan sistem raja mutlak dan
digantikan dengan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
dan Raja Berperlembagaan. Raja tertakluk di bawah
perlembagaan negara. Di Thailand sering berlaku perselisihan
dan perpecahan golongan revolusioner membawa kepada
penguasaan golongan tentera dalam menentukan perubahan di
Thailand. Berlaku “coup d’etat” atau rampasan kuasa yang
menyebabkan penguasaan tentera, ketidakstabilan politik dan
kegagalan melaksanakan sistem demokrasi berparlimen.
 Kerajaan yang muncul merupakan kebangkitan golongan tentera
dengan agenda politik yang tersendiri. Kebangkitan golongan
tentera berlaku semasa pemerintahan Pya Manopakorn.
Pembaharuan ekonomi Pridi yang membela nasib rakyat
Thailand dengan cadangan kerajaan memiliknegarakan semua
punca penghasilan negara termasuk tanah tidak menyenangkan
Pya Manopakorn. Pya mengecam rancangan ekonomi Pridi
sebagai manifesto Komunis dan Pridi letak jawatan dan lari ke
luar negara. Pya Manopakorn menangguhkan persidangan
Dewan Perundangan dan mewujudkan pemerintahan bersifat
diktator. Tindakannya menggagalkan sistem demokrasi
berparlimen.
 Pimpinan tentera di bawah Pya Bahol telah rampas kuasa pada
Jun 1933. Semasa Pya Bahol, pilihan raya diadakan dan
kerajaan Pya Bahol menang dalam pilihan raya dengan dibantu
oleh Pridi Phanomyong sebagai Menteri Dalam negeri dan
Phibun Songkhram sebagai Menteri Pertahanan. Namun erti
prinsip demokrasi sebenar masih tidak dilaksanakan.
 Tahun 1938 Phibun Songkhram dilantik sebagai Perdana Menteri
menggantikan Pya Bahol yang uzur. Perlantikan Phibun mula
meletakkan asas penguasaan golongan tentera dalam kerajaan
Thailand. Phibun seorang nasionalis Siam yang melampau

135
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

dengan sikap anti orang Cina dan barat. Beliau menjadi seorang
diktator tentera dan bekerjasama dengan Jepun.

 Pridi berusaha memulihkan pemerintahan demokrasi di Thailand


dan memenangi pilihan raya pada 6 Januari 1946 tapi gagal
kerana perselisihannya dengan Khuang Aphaiwong yang dilantik
sebagai Perdana Menteri. Bulan November 1947 golongan
tentera rampas kuasa dan kemudiannya Thailand sering berlaku
rampasan kuasa dan kerajaaannya sering bertukar kuasa.
KESIMPULAN  Revolusi Thai 1932 menamatkan sistem raja mutlak dan
digantikan dengan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
dan Raja Berperlembagaan. Raja tertakluk di bawah
perlembagaan negara.
 Thailand sering berlaku perselisihan dan perpecahan golongan
revolusioner membawa kepada penguasaan golongan tentera
dalam menentukan perubahan di Thailand. Berlaku “coup d’etat”
atau rampasan kuasa yang menyebabkan penguasaan tentera,
ketidakstabilan politik dan kegagalan melaksanakan sistem
demokrasi berparlimen.

SOALAN 67 JELASKAN PERANAN PRESIDAN MACAPAGAL DALAM ASPEK


POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL DI FILIPINA 1961-1965
PENDAHULUAN  Diosdado Pangan Macapagal lahir di Lubao, Pampanga pada 28
September 1910. Beliau meninggal dunia di Makati City, Metro
Filipina pada 21 April 1997 pada umur 86 tahun.
 Macapagal merupakan Presiden Filipina yang ke-9 (1961-
1965) bagi menggantikan Presiden Carlos P. Garcia. Beliau
dipilih oleh sebuah gabungan ahli Parti Liberal dan Parti
Progresif kerana keupayaan beliau membasmi amalan rasuah.
 Macapagal diberi gelaran Orang Terjujur (The Incorruptable)
sejajar dengan usaha membasmi amalan rasuah dalam
pentadbiran beliau.
 Beliau telah melaksanakan pelbagai program untuk
mengembangkan ekonomi Filipina.

PERANAN 1 SUMBANGAN POLITIK


HURAIAN 1. Pembentukan MAPHILINDO
 Presiden Macapagal telah memainkan peranannya dalam
pembentukan MAPHILINDO. Melalui MAPHILINDO, Filipina
telah menjalin hubungan yang lebih rapat dengan Negara jiran
seperti Malaysia dan Indonesia.
 MAPH1LINDO ialah pergabungan bukan politik yang
dicadangkan dan ia merupakan pencapaian yang penting
sebagai pembuka jalan untuk mewujudkan Persatuàn Negara-

136
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

negara Asia Tenggara (ASEAN).


 MAPHILINDO telah digambarkan sebagai persatuan serantau
yang akan mendekati isu-isu kepentingan bersama dalam
semangat persaudaraan.

2. Tuntuan Filipina ke atas Sabah.


 Presiden Macapagal telah memfailkan tuntutan Filipina ke atas
Sabah (Borneo Utara) sebagai sebahagian dan wilayah Filipina
kerana ia telah diberikan sebagai hadiah kepada sultan Sulu
oleh sultan Brunei. Tuntutan ini telah dikemukakan oleh
Macapagal pada 22 Jun 1962.

3. Cadangan Menghantar Tentera Filipina Ke Vietnam


 Presiden Macapagal juga telah memujuk Kongres agar
rnenghantar tentera ke Vietnam Selatan pada akhir tahun 1965
untuk membantu tentera USA memerangi tentera Viet Cong
yang berfahaman Komunis.
 Walau bagaimanapun, cadangan ini telah disekat oleh
pembangkang yang dipimpin oleh Presiden Senat, iaitu
Ferdinand Marcos.

PERANAN 2 SUMBANGAN EKONOMI


HURAIAN 1. Menghapuskan kawalan pertukaran mata wang asing
 Dalam usaha untuk merangsang pertumbuhan ekonomi,
Macapagal telah menerima nasihat-nasihat dari penyokong-
penyokongnya yang kaya supaya membiarkan mata wang peso
Filipina bergerak mengikut pasaran pertukaran asing.
 Melalui dasar kewangan ini, berjuta-juta peso dapat dipungut
setiap tahun
 Pada 21 Januari 1962, selepas bekerja selama 20 jam berturut-
turut akhirnya Presiden Macapagal berjaya menandatangani
dekri Bank Negara yang memansuhkan kawalan pertukaran dan
mengembalikan negara kepada perusahaan bebas.

2. Memperkenalkan Kanun Tanah Pertanian Pembaharuan 1963

 Melalui kanun ini, beliau telah melakukan pemansuhan


penyewaan dan program reformasi tanah sebagai usaha untuk
memerangi kemiskinan secara besar-besaran.
 Beliau menandatangani pemansuhan tersebut pada 8 Ogos
1963, bertujuan untuk menghapuskan perhambaan terhadap
penyewa tanah kepada kebebasan dan keselamatan petani di
tanah milik mereka.
 Walau bagaimanapun, beliau gagal dalam melaksanakan
reformasi tanah.

3. Mewujudkan Pentadbiran Pekerjaan Asas (EEA)

 Presiden Macapagal juga mewujudkan Pentadbiran Pekerjaan

137
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

Asas (EEA) sebagai usaha untuk menyelesaikan ,masalah


pengangguran yang juga merupakan salah satu masalah utama
semasa pentadbirannya.
 Kerajaan telah menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan
untuk penduduk Filipina bagi membolehkan mereka mengatasi
masalah kemiskinan dan meningkatkan ekonomi negara.

4. Program Sosioekonomi

 Beliau juga memperkenalkan program sosioekonomi yang


berlandaskan ‘kembali kepada perusahaan bebas dan swasta’
akan meletakkan pembangunan ekonomi Filipina di tangan
usahawan swasta dengan campurtangan kerajaan yang
minimum.
 Oleh itu, undang-undang Perdagangan Runcit Kebangsaan telah
diwujudkan untuk memecahkan monopoli oleh perniagaan asing
yang menguasai perdagangan runcit Filipina.
 Macapagal juga berusaha melakukan pelbagai usaha untuk
menghapuskan rasuah dalam sektor-sektor tertentu.

5. Memperkenalkan Program Pembangunan Bersepadu Lima


Tahun

 Bertujuan untuk pemulihan segera kestabilan ekonomi; membela nasib


golongan rakyat biasa; dan mewujudkan asas yang kukuh untuk
pertumbuhan masa depan.
 Dengan itu, beliau telah berjaya mencatat kemajuan ekonomi yang
stabil dan pertumbuhan KDNK tahunan purata pada 5.15% bagi tahun
1962-1965.
PERANAN 3 SUMBANGAN SOSIAL
HURAIAN 1. Menukar Tarikh Kemerdekaan Filipina
 Presiden Macapagal juga telah menukar tarikh kemerdekaan
Filipina dari 4 Julai kepada 12 Jun.
 Ini kerana 4 Julai ialah tarikh Amerika Syarikat memberikan
kemerdekaan kepada rakyat Filipina sedangkan 12 Jun ialah
tarikh Emi;io Aquinaldo mengisytiharkan kemerdekaan mereka
sendiri daripada penjajah Sepanyol pada tahun 1898.
 Pada 12 Mei 1962, Presiden Macapagal telah menandatangani
proklamasi yang mengisytiharkan 12 Jun setiap tahun sebagai
cuti umum khas untuk memperingati pengisytiharan
kemerdekaan daripada Sepanyol, iaitu pada 12 Jun 1898.
 Walaupun pada 12 Jun 1898, Filipina belum lagi bebas
sepenuhnya kerana kemudian dijajah pula oleh Amerika Syarikat
yang ketika itu berjaya mengalahkan Sepanyol, tetapi bagi
rakyat Filipina mereka sudah mendapat kemerdekaan.

2. Penggunaan Bahasa Tagalog Sebagai Bahasa Rasmi Filipina

138
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

 Presiden Macapagal juga telah memulakan penggunaan bahasa


Filipina (bahasa Tagalog) dalam semua urusan rasmi kerajaan,
kelayakan diplomatik, diploma, sijil dan dokumen lain yang masih
diteruskan sehingga kini.
 Beliau juga menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan
mereka sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam semua
acara cara komunikasi dan untuk semua dokumen.

PENUTUP  Kesimpulannya,Presiden Macapagal tidak dapat melakukan


beberapa dasar ekonomi kerana mendapat bantahan dan
penentangan daripada Parti Nasionalis di bawah pimpinan
Ferdinand Marcos yang telah menguasai Dewan Perwakilan dan
Senat dalam Parlimen Filipina. Namun demikian, pertumbuhan
ekonomi telah meningkat sebanyak 5.15% semasa
pemerintahan Macapagal.

SOALAN 68 NILAIKAN DASAR LUAR THAILAND DALAM ORGANISASI


ANTARA BANGSA SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA.
PENDAHULUAN  Thailand bererti Tanah Bebas kerana tidak pernah dijajah oleh
mana-mana kuasa asing berabnding negara-negara jirannya di
Asia Tenggara. Thailand mula menjadi ahli dalam pertubuhan
antarabangsa dengan penyertaan dalam PBB dalam tahun
1946, pertubuhan SEATO pada tahun 1954 dan seterusnya
pertubuhan ASEAN pada tahun 1967
PERTUBUHAN 1 PBB @ UN
HURAIAN  Thailand merupakan anggota ke-55 PBB pada Disember 1946.
Thailand juga memberi bantuan kepada PBB dalam Perang
Korea.
 Thailand terlibat secara aktif dalam majlis PBB seperti Majlis
Keselamatan dan Majlis Ekonomi.
 Bekerjasama menyertai beberapa agensi PBB seperti UNESCO,
FAO, ITU, dan ILO. Bangkok sering dijadikan tempat
perbincangan dan sebagai ibu pejabat agensi PBB.
 Thailand juga mendapat manfaat daripada Rancangan Colombo
dengan menerima bantuan kewangan untuk memajukan bidang
pertanian, industri dan kesihatan.
 Tahun 1956 hingga 1957, Putera Wan Waithayakorn dilantik
sebagai Presiden Persidangan Perhimpunan Agung ke-11 PBB.
 Tahun 1957, Nai Pote Sarasin bekas Menteri Luar Thailand
dilantik sebagai Setiausaha Agung PBB.
 Sebagai pengiktirafan terhadap peranannya yang aktif, Thailand
dilantik sebagai ahli tidak tetap dalam Majlis Keselamatan PBB
dari tahun 1985-1986
PERTUBUHAN 2 SEATO (STPM 2015)
HURAIAN  Thailand menganggotai SEATO pada tahun 1954 bersama
dengan USA, Britain, Perancis, New Zealand, Filipina dan

139
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

Pakistan.
 SEATO merupakan satu pakatan ketenteraan yang dianjurkan
oleh USA untuk menangani pengaruh komunis dari merebak ke
Asia Tenggara.
 Penglibatan Thailand dalam SEATO adalah untuk mengawal
penyebaran fahaman komunis. Sekiranya Thailand menjadi
sebuah negara yang kuat dan maju, maka teori Domino akan
dapat dibendung.
 Pada tahun 1959, Nai Pote Sarasin (bekas Menteri Luar
Thailand) selaku Setiausaha Agung SEATO telah menubuhkan
SEATO Graduate School Of Engineering di Thailand untuk
memberi latihan dalam bidang kejuruteraan.
 Thailand mendapat banyak kemudahan melalui SEATO ini
seperti bantuan kewangan dan ketenteraan. Contohnya
bantuan kewangan sebanyak AS$24 juta tahun 1957.
 Thailand juga membenarkan Amerika Syarikat menggunakan
pangkalan tentera udaranya untuk memerangi komunis di Indo-
China.
 Thailand juga melalui SEATO telah menaja pelbagai mesyuarat
dan pameran mengenai budaya, agama dan sejarah di rantau
Asia Tenggara.
PERTUBUHAN 3 ASEAN
HURAIAN  Deklarasi Bangkok yang ditandatangani oleh Menteri Luar
negara terbabit pada 8 Ogos 1967 telah membawa kepada
penubuhan ASEAN.
 Anggota asalnya Thailand, Malaysia, Filipina, Indonesia dan
Singapura. Kemudiannya diikuti oleh Brunei (7 Januari 1974),
Vietnam (18 Julai 1995), Myanmar dan Laos (23 Julai 1997) dan
Timur Leste.
 Matlamat utama ASEAN adalah untuk mengekalkan kestabilan
politik di rantau Asia Tenggara dan mewujudkan kerjasama
dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan.
Thailand bekerjasama dengan negara-negara ASEAN dalam
mewujudkan konsep ZOPFAN.
 Menerusi ASEAN, Thailand berusaha untuk mendapatkan
sokongan PBB menghapus konflik di Kampuchea.
 Thailand menyokong usaha melaksanakan AEC sebagai
Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).
 Thailand menjadi tuan rumah Forum Kawasan ASEAN di
Bangkok 1994 berkaitan keselamatan kawasan ASEAN.
 Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear di Bangkok 1995
membuktikan tanggungjawab ASEAN untuk menjaga
keselamatan negara ASEAN.
 Thailand juga menghulur bantuan kepada Kampuchea untuk
memajukan infrastrukturnya.
 Thailand juga melibatkan diri dalam kerjasama dengan ASEAN,
China, Jepun dan Korea dalam konsep ASEAN+3.
PENUTUP  Thailand telah memberikan sumbangan yang aktif kepada PBB
sepanjang penglibatannya sehingga kini. Satu penyelesaian

140
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

yang konkrit dan bersama perlu dalam kalangan anggota PBB


terutama menyelesaikan krisis sempadan dan kepentingan
bersama

SOALAN 69 NILAIKAN PENGLIBATAN THAILAND DALAM ORGANISASI


PBB DAN ASEAN
PENDAHULUAN  Thailand bererti Tanah Bebas kerana tidak pernah dijajah
oleh mana-mana kuasa asing berabnding negara-negara
jirannya di Asia Tenggara. Thailand mula menjadi ahli dalam
pertubuhan antarabangsa dengan penyertaan dalam PBB
dalam tahun 1946, pertubuhan SEATO pada tahun 1954 dan
seterusnya pertubuhan ASEAN pada tahun 1967
PERANAN 1 TERLIBAT DALAM MISI TENTERA PENGAMAN PBB
HURAIAN  Menamatkan konflik di Korea. Thailand menjadi peserta aktif
dalam pelbagai bidang kerjasama antarabangsa seperti
pertubuhan antarabangsa dan agensi khusus PBB serta
terkenal dengan sumbangan positif kepada kemajuan dan
pembangunan PBB.
 Thailand Juga menganggotai pertubuhan lain seperti
Suruhanjaya Perhutanan Asia-Pasifik, Majlis Perikanan Indo-
Pasifik dan Suruhanjaya Beras Antarabangsa
PERANAN 2 TUAN RUMAH KEPADA PEJABAT SERANTAU
HURAIAN  Bangkok telah lama menjadi ibu pejabat bagi Suruhanjaya
Ekonomi dan Sosial PBB bagi Asia Pasifik (ESCAP). Sebagai
pengiktirafan kepada peranan aktif Thailand dalam PBB,
bekas menteri luar Thailand, iaitu Waithayakorn telah dipilih
untuk berkhidmat sebagai Presiden Perhimpunan Agung PBB
pada tahun 1956.
 Pada 22 Oktober 1984, Thailand telah dipilih untuk
berkhidmat sebagai anggota bukan tetap Majlis Keselamatan
PBB dari tahun 1985-1986 buat kali pertama. Pada tahun
yang sama juga , Thailand mencadangkan penciptaan
sebuah ‘sistem amaran awal’ untuk PBB dalam
Perhimpunan Agung
PERANAN 3 BANTUAN KEWANGAN OPERASI PBB
HURAIAN  Thailand sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan
kepada PBB. Thailand mengambil bahagian dalam Kumpulan
Amerika Bangsa-bangsa Bantuan.
 Contohnya, bantuan pengamanan Peralihan (UNTAC) di
Namibia, menyediakan pegawai tentera Thailand untuk
berkhidmat di Iraq-Kuwait, menjadi pemerhati misi (UNIKOM)
dan berkhidmat sebagai ahli Pengawal PBB di Iraq.
PERANAN 4 PENYELESAIAN POLITIK DALAM RESOLUSI PERHIMPUNAN
AGUNG
HURAIAN  Isu Kemboja melalui resolusi Perhimpunan Agung dengan
cadangan agar permusuhan dihentikan, menyekat
kemasukan tentera asing dan member hak kebebasan

141
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

kepada rakyat Kemboja untuk menentukan nasibmereka


sendiri.
 Resolusi ini menerima sokongan pada daripada ahli
Perhimpunan Agung selama lebih 12 tahun berturut-turut.
 Sokongan ini menjadi satu faktor penting dalam mewujudkan
insentif yang kuat bagi pengunduran tentera asing dari
Kemboja yang bermula pada tahun 1989.
PERANAN 5 MENJADI TUAN RUMAH DALAM DUA MESYUARAT DI
PATTAYA
HURAIAN  Wakil pihak Kemboja yang hadir dan bersetuju dengan
beberapa elemen asas bagi penyelesaian politik menyeluruh
yang membawa kepada termeterainya Perjanjian Damai Paris
pada 23 Oktober 1991.
 Pada bulan Mei 1993, 27 orang pegawai Thailand telah dipilih
unuk bertindak sebagai Pegawai Pilihan Raya Antarabangsa
bagi membantu PPP mengendali dan mentadbir pilihan raya
di Kemboja
PENGLIBATAN THAILAND DALAM ASEAN
PERANAN 6 PENUBUHAN ASEAN
 Deklarasi Bangkok yang ditandatangani oleh Menteri Luar
negara terbabit pada 8 Ogos 1967 telah membawa kepada
penubuhan ASEAN.
 Anggota asalnya Thailand, Malaysia, Filipina, Indonesia dan
Singapura. Kemudiannya diikuti oleh Brunei (7 Januari
1974), Vietnam (18 Julai 1995), Myanmar dan Laos (23 Julai
1997) dan Timur Leste.
 Matlamat utama ASEAN adalah untuk mengekalkan
kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dan mewujudkan
kerjasama dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan
kebudayaan.
 Thailand bekerjasama dengan negara-negara ASEAN dalam
mewujudkan konsep ZOPFAN.
 Menerusi ASEAN, Thailand berusaha untuk mendapatkan
sokongan PBB menghapus konflik di Kampuchea pada
tahun 1980-an.
 Melalui usaha Thailand ini, beberapa pihak Kampuchea yang
berselisihan telah mengadakan satu penyelesaian di bawah
pimpinan Putera Norodom Sihanouk. Penyelesaian ini
membawa kepada Paris Peace Accord pada tahun 1991.
 Thailand menyokong usaha melaksanakan AEC sebagai
Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).
 Thailand menjadi tuan rumah Forum Kawasan ASEAN
(ASEAN Regional Forum) di Bangkok 1994 berkaitan
keselamatan kawasan ASEAN.
 Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear ASEAN
ditandatangani di Bangkok pada tahun 1995 membuktikan
tanggungjawab ASEAN untuk menjaga keselamatan negara
ASEAN.
 Sebagai anggota ASEAN, Thailand juga telah menghulur

142
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

bantuan kepada Kampuchea untuk memajukan


infrastrukturnya.
 Thailand juga melibatkan diri dalam kerjasama dengan
ASEAN, China, Jepun dan Korea dalam konsep ASEAN+3.
PENUTUP  Thailand telah memberikan sumbangan yang aktif kepada
PBB sepanjang penglibatannya sehingga kini. Satu
penyelesaian yang konkrit dan bersama perlu dalam
kalangan anggota PBB terutama menyelesaikan krisis
sempadan dan kepentingan bersama

SOALAN 70 HURAIKAN PENGLIBATAN FILIPINA DALAM ORGANISASI


ANTARABANGSA PBB, SEATO & ASEAN.
PENDAHULUAN  Filipina telah menganggotai PBB sejak tahun 1946. Melalui
PBB Filipina memperolehi banyak faedah seperti Program
Teknikal dalam pembangunan industri dan pengeluaran
makanan, mengambil bahagian dalam Perjanjian Gula
Antarabangsa dan Perjanjian Gandum Antarabangsa.
 PBB memberi penghormatan pada Filipina sebagai sebuah
negara yang aktif di Asia Tenggara
PERTUBUHAN 1 PENGLIBATAN FILIPINA DALAM PBB
HURAIAN  Filipina menyertai PBB tahun 1946. Melalui PBB Filipina
memperolehi banyak faedah seperti Program Teknikal dalam
pembangunan industri dan pengeluaran makanan, mengambil
bahagian dalam Perjanjian Gula Antarabangsa dan
Perjanjian Gandum Antarabangsa.
 Filipina berjuang dalam PBB untuk memelihara keamanan dan
kesejahteraan rakyat di dunia dan hantar tentera pengaman
PBB seramai 6,000 orang dalam krisis Perang Korea.
 Filipina berjaya mempengerusikan Kajian 2010 “Non-
Proliferation Treaty” (NPT) bertujuan mencegah penularan
senjata nuklear dan teknologi senjata, menggalakkan
kerjasama dalam penggunaan tenaga nuklear secara aman.
 Terlibat dalam forum serantau dan antarabangsa seperti “Asia
Pacific Ekonomic Cooperation” (APEC), “World Trade Nations
Conference on Trade dan Development” (UNCTAD) dan lain-
lain.
PERTUBUHAN 2 PENGLIBATAN FILIPINA DALAM SEATO
HURAIAN  Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) dibentuk bulan
Sep. 1954. Filipina merupakan salah sebuah negara penaja
utama penubuhannya. Penglibatannya disebabkan oleh
hubungan yang rapat dengan Amerika Syarikat dan perasaan
bimbang terhadap perkembangan ideologi komunis di Filipina.
 Pembentukan SEATO merupakan tindak balas daripada
permintaan bahawa kawasan Asia Tenggara akan dilindungi
daripada pengaruh komunis.
 Penglibatan Filipina dalam SEATO telah membawa manfaat
dari segi ekonomi dan pembangunan sosial. Contohnya projek

143
MODUL SOALAN-SOALAN TUMPUAN SEJARAH P3
TAHUN 2018

latihan pekerja mahir. Namun penglibatan Filipina dalam


SEATOagak terhad kerana SEATO tidak memainkan peranan
seperti yang ditetapkan sehingga SEATO gagal dan tidak
berfungsi.
PERTUBUHAN 3 PENGLIBATAN FILIPINA DALAM ASEAN
HURAIAN  Filipina menyertai Pertubuhan Asia Tenggara bersama-sama
Thailand dan Tanah Melayu pada tahun 1962. Gabungan
ketiga-tiga buah negara ini di namakan sebagai MAPHILINDO.
 ASEAN merupakan jalinan hubungan dan kerjasama serantau
melalui Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967. Dalam
Deklarasi Kuala Lumpur, ASEAN diisytiharkan sebagai Zon
Aman Bebas dan Berkecuali. Tujuannya untuk mengekalkan
keamanan dan kestabilan politik di rantau ini dengan tidak
bersekongkol dengan mana-mana blok.
 Filipina mencadangkan dalam Mesyuarat Menteri Luar ASEAN
1984 bahawa ASEAN sebagai kawasan Zon Bebas Senjata
Nuklear dan bekerjasama dengan negara-negara lain
mewujudkan kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).
 Filipina melibatkan diri dalam pelbagai projek ASEAN seperti
projek Fabrikasi Tembaga dan sebagainya.
PENUTUP  Filipina telah memberikan sumbangan yang aktif kepada PBB
sepanjang penglibatannya sehingga kini.
 Satu penyelesaian yang konkrit dan bersama perlu dalam
kalangan anggota PBB terutama menyelesaikan krisis
sempadan dan kepentingan bersama

144

You might also like