Minit P.muzik Kali 1-2021

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SJK(T) LADANG SUNGAI BARU

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MUZIK KALI 1/2021

Tarikh : 22.02.2021

Hari : Isnin

Masa : 10.00 – 11.30 Pagi

Tempat : Rumah kediaman masing-masing

Bil hadir : 5 orang guru

1. Ucapan Pengerusi (Pn.T.Maariyammal)

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kedatangan ahli mesyuarat
dan menerangkan tujuan mesyuarat kali pertama tahun 2021.
1.2 Beliau memberitahu bahawa aktiviti tahunan 2020 telah berjaya dijalankan.
1.3 Beliau meminta semua guru Pendidikan Muzik menggunakan BBM serta
meminta guru - guru menggunakan ICT dalam PdPc.

Tindakan : Makluman

2. Ucapan Guru Penolong Kanan 1 (En.S.Muthu Naayagan)

2.1 GPK 1 En.S.Muthu Naayagan memberi penerangan tentang Pdpc


Abad ke 21 yang akan dilaksanakan pada tahun 2021 oleh KPM.
Guru-guru kelas diminta merancang pengurusan kelas seiring
dengan seruan KPM dan melaksanakan proses PdP secara
pembelajaran abad ke – 21.
2.2 Beliau meminta guru-guru supaya menyelitkan unsur didik hibur
semasa pdpc.
2.3 Beliau juga meminta membuat perlantikan AJK dan senarai guru
Pendidikan Muzik .
2.4 Beliau juga menyeru guru-guru Pendidikan Muzik supaya
menggunakan buku teks dan meminta menetapkan bilangan
latihan yang akan diberi kepada murid untuk matapelajaran
Pendidikan Muzik .
2.5 Beliau juga meminta menyenaraikan bahan – bahan yang
diperlukan secepat yang mungkin.
2.6 Beliau meminta guru-guru menulis standard pembelajaran dan
objektif di papan putih sebelum memulakan PdPc.
2.7 Beliau menekankan tentang penggunaan BBM/LCD/peta i-Think
dalam penulisan RPH.
2.8 Beliau meminta guru-guru supaya menyelitkan unsur didik hibur
semasa pdpc.
Tindakan : Semua Guru

3. Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang Lalu.

3.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu.


3.2 Minit dicadang oleh Pn.S.Parimala dan disokong oleh Pn.T.Maariyammal.

Tindakan : Ketua Panitia

4. Bangkitan Minit

4.1 SWOT dan pelan strategik Panitia Pendidikan Muzik bagi tahun 2021 telah
disediakan.
4.2 Segala aktiviti Panitia Pendidikan Muzik perlu dilaksanakan mengikut
perancangan SWOT serta Takwim Sekolah 2021.
Tindakan : Ketua Panitia
5. Pemilihan AJK Panitia Pendidikan Muzik

5.1.Pengerusi memaklumkan mengenai jawatankuasa Panitia Pendidikan Muzik yang

dibentuk untuk tahun 2021 adalah seperti berikut :

Penasihat Pn. S.Manimegalai (GB)


Pengerusi En.Muthu Nayaagan (GPK 1)
Ketua Panitia Pendidikan Muzik Pn.T.Maariyammal
Setiausaha Panitia Pendidikan Muzik Pn.G.Vimala Nair
AJK

5.2. Guru Pendidikan Muzik Tahun 2021 adalah seperti berikut :


Tahun Nama Guru
1 Pn.S.Parimala Devi
2 Pn.S.Parimala Devi
3 Pn.S.Parimala Devi
4 Pn.G.Vimala Nair
5 Pn.T.Maariyammal
6 Pn. S.Manimegalai

6. Program Kementerian Pelajaran Malaysia


6.1 KSSR/PBD

6.1.2 Diminta guru menjalankan ujian sumatif dan fomatif sepanjang


tahun 2021.
6.1.3 Diminta menyimpan evidens terbaik dalam fail PBD dalam kelas.
6.1.4 Perlu membuat pentaksiran kepada murid sepanjang masa untuk
memudahkan pengoperasian PBS.
Tindakan: Semua guru
7.2 Program Guru Penyayang
7.2.1 Para guru dikehendaki memberi layanan mesra kepada
murid – murid, ibu bapa dan pelawat dalam kawasan sekolah.
7.2.2 Program Guru Penyayang dirancang akan dilancarkan pada bulan
April 2021.
Tindakan:Semua guru
7.3 Melindungi Masa Instruksional (MMI)
7.3.1 GPK 1 En.S.Muthu Naayagan menekankan kepentingan MMI dan
meminta semua guru mengamalkan MMI dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.

Tindakan : AJK Panitia Muzik

7.4 Perbincangan Strategik PdPc


7.4.1 Guru diminta menanyakan soalan KBAT kepada murid semasa
proses Pdpc dijalankan.
7.4.2 Peta i-Think juga perlu digunakan dalam semua subjek yang diajar
oleh guru bagi merangsang pemikiran murid ke tahap yang
lebih tinggi.
7.4.3 Guru-guru juga perlu menyelitkan unsur didik hibur semasa
Pdpc dilaksanakan.
Tindakan : AJK Panitia Muzik

7.5 FAIL
7.5.1 Hasil kerja murid akan dimasukkan dalam fail .

Tindakan : AJK Panitia Muzik

7.6 Pemantauan Dan Pencerapan


7.6.1Pemantauan dan pencerapan bagi mata pelajaran Pendidikan
Muzik akan dilaksanakan oleh pentadbir 2 kali sepenggal.

Tindakan : AJK Panitia Muzik


8. Buku Panduan RPT, Kurikulum dan Dokumen Standard dan Modul
KSSR, PBS
8.1. Guru-guru diminta menyediakan rekod pengajaran dan pembelajaran
mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
8.2 Guru-guru diminta sentiasa bersedia dengan BBM yang sesuai mengikut
tahap pemahaman murid.
8.3 Guru-guru perlu siapkan Rancangan Pengajaran Tahunan dan Dokumen
Standard Kurikulum serta DKP 2.0 sebelum akhir bulan Mac 2021.

Tindakan : AJK Panitia Muzik

9. Aktiviti Panitia/Perancangan Tahunan 2021


9.1 Isu Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi 2021 telah pun dirancang.
9.2 Ketua panitia meminta ahli panitia supaya bekerja sama untuk
menjalankan aktiviti seperti yang dirancang dalam perancangan tahunan.
9.3 Carta Gantt telah disiapkan oleh Ketua Panitia Pendidikan Muzik mengikut
SWOT.
9.4 Terdapat beberapa aktiviti yang akan dijalankan Bersama dengan
bergabung dengan Panitia Sejarah .
9.5 Pertandingan menyanyi sempena Hari Guru akan dijalankan.
9.6 Pertandingan menyanyi ‘thevaram’ sempena Hari Saraswathy poojai juga
akan dijalankan.
Tindakan : AJK Panitia Muzik

10. Rancangan Harian (Buku Rekod)

10.1 GPK 1 menekankan supaya setiap hari perlu menulis refleksi di akhir
pembelajaran.
Tindakan : AJK Panitia Muzik
11. Hal-hal lain

11.1 PCG tahun semasa akan diberitahu setelah diterima.


11.2 GPK 1 meminta supaya penggunaan ICT dipertingkatkan
dalam pengajaran dan pembelajaran abad 21.
11.3 Kemahiran KBAT juga perlu diselitkan dalam proses PdPc dalam
kelas.
Tindakan : AJK Panitia Muzik

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.45 petang.

Disediakan oleh,

Pn.G.Vimala Nair
Setiausaha Panitia Pendidikan Muzik
Tarikh Disediakan : 25.02.2021

You might also like