Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

[Type here]

MINIT MESYUARAT
KALI KE-37

TARIKH : 22 JUN 2024 (SABTU)


MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN BESTARI
SK ZAINAB 1

SESI 2024/2025
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK ZAINAB 1 KALI KE-37

1. Ucapan Tuan Haji Mohamed bin Hassan (YDP PIBG SK Zainab 1)

1.1 YDP menjemput semua Ahli Majlis Tertinggi PIBG memenuhi tempat duduk.

1.2 YDP mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat dan merakamkan ucapan


terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir pada hari ini.

1.3 YDP memaklumkan harapan beliau semoga semua ibu bapa memberi
kerjasama kepada pihak sekolah untuk menguruskan murid. Harapan beliau
supaya semuanya harmoni dan tidak berlaku kesilapan atau salah faham di
antara ibu bapa dan pihak sekolah.

1.4 YDP menyatakan kes buli masih berlaku di sekolah pada masa kini sama ada
yang biasa ataupun peringkat serius dan agak sukar untuk sekolah
mengesan semua kes buli.

1.5 Pihak sekolah terutamanya unit disiplin dan unit kaunseling sedaya upaya
membendung masalah buli di sekolah supaya tidak berlaku.
1.6 YDP menyeru dan memohon semua ibu bapa memantau perlakuan anak-
anak di rumah memandangkan anak-anak ini kelakuan di rumah dan di
sekolah agak berbeza.
1.7 Ibu bapa diminta merujuk muka surat 4 untuk atur cara majlis.

2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke-36 (sesi 2023/2024)

2.1 Dicadangkan oleh: En. Muzaffar bin Muhammad

2.2 Disokong oleh : Pn. Norhayati binti Yusoff

3. Perkara-perkara berbangkit

3.1 Perkara 10.1 : Ralat nama Kaunselor PPD Kota Bharu, Puan Norizah Binti
Mohamed Ali.

3.2 Perkara 10.7 : Ralat UASA hanya akan dijalankan sekali setahun iaitu awal
atau akhir Januari 2025.

1
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK ZAINAB 1 KALI KE-37

4. Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan

4.1 YDP menjemput Setiausaha PIBG mewakili Bendahari PIBG untuk


membentangkan Penyata Kewangan berakhir pada 31 Disember 2024.

4.2 En. Abdullah bin Hj. Muhammad Noor membentangkan laporan Penyata
Kewangan pada muka surat 19-20.

4.3 Memaklumkan baki Mac 2023 ialah RM21 063.00 manakala baki berakhir 31
Disember 2023 sebanyak RM19 422.00.

4.4 Memaklumkan jumlah keluarga menyumbang RM50.00 kepada PIBG pada


sesi 2023/2024 ialah sebanyak 552 keluarga.

4.5 Semua sumbangan PIBG adalah untuk kegunaan semua murid. Pihak
sekolah mengucapkan terima kasih atas semua sumbangan yang telah
disalurkan kepada pihak sekolah.

4.6 Pengesahan Penyata Kewangan

Pencadang : Pn. Aisyah Aminah binti Abdullah

Disokong oleh : En. Fahmi Badrullah Bin Fathonah

5. Membincangkan usul dan cadangan ahli (Sila rujuk muka surat 21-24)

5.1 Apakah tindakan pihak sekolah kepada guru yang mencederakan


murid. ( En. Mohd Nasir bin Ali)

- Penasihat (Guru Besar) memaklumkan kejadian ini telah berlaku pada tahun
lepas, dimana pegawai PPD telah datang dan memberi amaran kepada guru
berkenaan. Guru Besar akan memastikan perkara ini tidak lagi akan berlaku.
Pihak pentadbir sentiasa memantau dan mengingatkan semua guru semasa
mesyuarat dan perjumpaan lain.

5.2 USUL 1 : Mengadakan kelas tambahan bagi murid Tahun 5 untuk UPKK
dan Tahun 6 untuk peperiksaan UASA.

- Guru Besar menyatakan guru-guru yang terlibat dengan UPKK telah


mengadakan kelas tambahan. Selain itu, kelas Kafa mengambil peluang
pada hari Sabtu untuk mengadakan kelas tambahan pada akhir-akhir minggu
peperiksaan. Fokus tersebut adalah pada bulan terakhir peperiksaan.

2
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK ZAINAB 1 KALI KE-37

- Guru Besar telah menghubungi Tuan Haji Mohd Hassany bin Hashim dari
Sektor Pembelajaran JPN Kelantan, beliau menyarankan bagi murid
merangkumi kelas tahun 4 hingga 6 perlu membuat ulangkaji untuk UASA.
Sekolah tidak digalakkan untuk membuat kelas tambahan untuk latih tubi
kerana bercanggah dengan objektif PBD dan kehendak KPM yang mahukan
kecerdikan murid itu secara semula jadi.

- Berdasarkan kajian pemansuhan UPSR pada masa dulu, murid-murid


tertekan untuk cemerlang kerana guru terlalu tertumpu kepada akademik dan
murid dipaksa untuk hadirke kelas tambahan. Walaubagaimanapun, ibu bapa
yang berkemampuan digalakkan untuk menghantar anak-anak ke kelas
tuisyen berbayar di luar sekolah.

- Pihak sekolah telah berbincang dengan Unit Kurikulum SK Zainab 1, bagi


murid-murid yang tidak mencapai TP minimum (TP3 ) untuk matapelajaran
Bahasa Inggeris dan Matematik akan dipilih untuk mengikuti kelas tambahan
secara bergilir-gilir di sekolah dengan persetujuan ibu bapa.

5.3 USUL 2 & 22 : Sediakan penapis air untuk murid-murid memandangkan


cuaca panas, mengelakkan strok haba dan menjimatkan wang saku
murid.

- Pihak sekolah ada menyediakan mesin air minuman dan kosnya ditanggung
oleh pihak sekolah. Seminggu memerlukan 3 botol air untuk kegunaan semua
murid. Kos yang beratus ini tidak dapat lagi ditanggung oleh sekolah. Jika
ada ibu bapa yang bermurah hati untuk menyumbangkan mesin air Coway
untuk kegunaan murid, amat-amatlah di alu-alukan. Di bilik guru juga ada
mesin air Coway yang dibayar secara bulanan oleh guru-guru.

5.4 USUL 4, 6, 10 & 23 : ISU KANTIN -Semak harga makanan kantin yang
mahal. Sediakan makanan berkhasiat. Kurangkan penjualan makanan
ringan seperti jajan dan air kotak yang manis. Menu Hits 2022/2023
sangat tidak memuaskan.

- Makanan di kantin terikat dengan tawaran sebut harga pada awal tahun.
Makanan di sekolah rendah masih tidak mahal sepeti bihun RM 2 dan air RM
1. Minuman bercoklat sahaja di dalam balang. Air lain adalah minuman
berkotak dan tidak mempunyai pewarna. Yogurt sebagai minuman tambahan
adalah dibenarkan. Pihak kantin mengikut apa yang telah ditetapkan KKM.

- Menu makanan akan berkurangan kuantiti jika harga barang basah naik.

3
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK ZAINAB 1 KALI KE-37

- Hits adalah program makanan sekolah yang berharga RM4 (makanan,


buah, minuman). Menu lengkap ini boleh dilanggan oleh ibubapa yang
dibayar secara bulanan. Menu Hits yang di buat setiap hari mengikut menu
yang telah ditetapkan dan telah diundi pada awal tahun bagi semua ibubapa
yang masuk ke program ini.

5.5 USUL 5 (1) : Setiap kelas sediakan slot syarahan dalam kelas, bercerita
atau story telling untuk membina kenyakinan murid. Bukan untuk murid
yang menjadi tumpuan sahaja.

- Dokumen standard kurikulum merangkumi semua kemahiran bertutur,


membaca, lisan dan mendengar. Melalui kemahiran ini, bakat murid-murid ini
dicungkil. Pembelajaran secara tak lansung membantu murid-murid ini
mencungkil bakat mereka.

- Sesi pembelajaran terutama bahasa inggeris sebanganyak 42 masa. Guru-


guru mengajar mengikut DSKP yang telah disediakan. Bakat murid dicungkil
semasa proses PDP berlansung.

5.6 USUL 5(2) & 33 : Jawatan murid dalam kelas perlulah diberi mengikut
giliran dan bukan murid yang sama.

- Guru Besar menerangkan jawatan di sekolah telah dimohon oleh murid-


murid dan dinilai secara temuduga oleh guru. Murid-murid yang layak sahaja
dipilih untuk memegang jawatan ini. Sifat murid ini tidak sama di rumah dan di
dalam kelas. Di rumah aktif manakala di sekolah agak pasif.

-Lantikan murid-murid adalah secara tahunan bagi menjaga prestasi murid-


murid yang memegang jawatan. Murid tidak dilantik secara tetap kerana
setiap sikap mereka akan diperhatikan dan dinilai pada setiap tahun. Murid
yang dilantik akan dinilai melalui prestasi, ketrampilan, budi bahasa serta
menghormati rakan sebaya.

- Murid yang sama dilantik kerana sikap yang terbaik yang menjadi tauladan
kepada murid lain.

4
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK ZAINAB 1 KALI KE-37

5.7 USUL 7 : Harap tandas sentiasa bersih dan mengupah pencuci tandas.

- Setiap tandas ada pekerja / tukang cuci. Pekerja hanya ada 5 orang untuk
mencuci satu sekolah. Mereka di bahagikan kepada setiap bangunan/blok.
Pihak sekolah (Guru Besar dan Pentadbir) akan pantau dan memastikan
tandas untuk dicuci dengan lebih baik.

5.8 USUL 8 dan 17 (1) : Memaklumkan sebarang program atau aktiviti atau
maklumat lebih awal, penggunaan group whassap yang efektif selain
berpesan kepada anak.

-Pengumuman aktiviti lebih awal melalui group Whatsapp. Maklumat yang


penting akan di pin kan.

5.9 USUL 15 : Menyediakan tempat simpan buku teks di dalam kelas.

- 80% kelas tahun 4 hingga 6 mempunyai loker sendiri. Loker itu adalah
sumbangan ibu bapa sendiri. Murid-murid boleh bawa loker ke kelas masing-
masing mengikut tahun mereka.

5.10 USUL 17 (1) & 36 (1) : Mohon agar ibu bapa tidak menunggu lama
semasa menghantar untuk elak kesesakan dan pengawal keselamatan
tidak membiarkan ibu bapa berhenti lama ditengah jalan di depan pintu
pagar.

- Guru Besar menyatakan ibu bapa, guru dan murid perlu sentiasa bersabar
jika berada di SK Zainab 1. Keadaan jalan raya yang memang sentiasa sesak
dan tidak dapat dielakkan. Jadi ibu bapa perlu mempunyai kesabaran yang
tinggi dan memberikan toleransi. Di harap ibu bapa dapat memberikan
sokongan dan berbincang secara sihat.

5.11 USUL 18 : Adakan aktiviti ko-kurikulum sukan sunnah seperti


memanah .

- Aktiviti ko-kurikulum banyak tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan


tempat yang terhad di sekolah. Di sekolah hanya ada dewan namun tidak
sesuai kerana berdekatan dengan tempat kumbahan. Manakala di belakang
kelas tahun 1 juga tidak sesuai.

-Ibu bapa boleh membawa anak-anak mengikuti aktiviti ko-kurikulum di luar


dan maklumkan ke pihak sekolah untuk di masukkan dalam data PAJSK.

5
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK ZAINAB 1 KALI KE-37

- YDP menyatakan beliau pernah memohon kepada Dato’ Hishamuddin


melalui KPM untuk menyediakan tambahan tempat bagi murid-murid
mengadakan aktiviti ko-kurikulum namun tidak dapat dilaksanakan.

5.12 USUL 19 & 30 : Mohon pihak kantin menyediakan nasi dan makanan
mengenyangkan semasa waktu rehat KAFA.

-Guru Besar memaklumkan pihak kantin sudah menyediakan nasi namun


murid-murid tidak membeli menyebabkan banyak nasi tidak habis. Dan ada
hari yang kantin tidak jual nasi, dan diminta oleh murid untuk membeli nasi.

- Guru Besar akan panjangkan kepada pihak kantin supaya menyediakan


tambahan makanan yang lebih kenyang untuk murid-murid.

5.13 USUL 21 : Adakan satu ruangan khas untuk murid meletakkan baju
uniform yang tidak muat untuk didermakan kepada murid yang
memerlukan.

- Sumbangan baju sekolah bolehlah diserahkan melalui guru kelas . Baju


perlulah dalam keadaan yang masih baik.

- Baju-baju disimpan di Bilik Kesihatan untuk kegunaan murid pada masa


kecemasan, baju kotor dsb.

5.14 USUL : Kelas sisipan tahun 6

- Pihak sekolah tidak mengadakan kelas sisipan bagi murid tahun 6 kerana
murid lain ada waktu Kafa. Akan membebankan murid-murid ditambah lagi
dengan adanya kerja sekolah. Kadang-kadang murid-murid juga masih tidak
dapat siapkan kerja dalam kelas. Guru besar tidak mahu murid-murid
terbeban dengan masalah ini.

- Mohon ibu bapa memberi kerjasama dan kepercayaan kepada guru-guru


untuk mendidik anak-anak mereka.

-Harap ibu bapa dapat memastikan kehadiran murid-murid ke sekolah. Jika


kehadiran bulanan tidak mencapai 94% pihak sekolah terpaksa membuat
tindakan untuk memastikan kehadiran murid sentiasa berada dalam peratus
yang baik.

- Mohon ibu bapa sentiasa maklum kepada guru kelas jika anak-anak tidak
dapat hadir ke sekolah dengan alasan yang munasabah supaya tidak
ketinggalan dalam pelajaran.

6
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK ZAINAB 1 KALI KE-37

5.15 USUL 32: Pendekkan waktu KAFA kerana cuaca panas dan murid
keletihan.

- KAFA adalah bawah pengurusan JAKIM. Hanya premis sekolah sahaja


dipinjamkan kepada mereka. Guru-guru KAFA dibayar elaun sahaja iaitu
sebanyak 3 jam sehari.

- JAKIM pernah mengusulkan untuk ditambah hari KAFA namun tidak dapat
diteruskan kerana disekolah telah banyak aktiviti untuk diikuti murid.

- Cuaca sekarang juga semakin kurang panas.

5.16 USUL 34 : Baik pulih paip air tandas dan sediakan getah paip.

- Peruntukan telah digunakan sebanyak 100% untuk baik pulih tandas Blok A
dan Blok B. Dan semuanya telah ditukar baru. Lantai blok A juga ditukar baru

- Namun, kebersihan sahaja menjadi masalah kerana sikap anak-anak


adalah asuhan dari rumah. Murid-murid tidak pandai menguruskan diri sendiri
di tandas. Mohon kerjasama ibu bapa mendidik anak-anak untuk menjaga
harta sekolah dengan baik di samping peringatan oleh pihak sekolah.

5.17 Usul PIBG : Sumbangan PIBG bg tahun ini perlu dikekalkan sebanyak
RM50 bagi satu keluarga atau pun tidak.

- En. Muzaffar bin Muhammad mencadang sumbangan PIBG dikekalkan.

- Pn. Nabila binti Izani menyokong sumbangan PIBG dikekalkan.

5.18 Isu penutup longkang.

- Puan Asma memaklumkan akan berusaha lagi untuk mendapatkan budget


dari pihak MPKB.

5.19 Kelas Tarannum al Quran

- Setiausaha PIBG memohon kelulusan semua ahli PIBG untuk mengadakan


kelas tarannum dengan kutipan yuran bulanan sebanyak RM40.00 sebulan.
Semua ahli bersetuju untuk diadakan kelas dan yuran sebanyak rm40.00
untuk setiap peserta kelas tarannum seramai 20 orang sekelas.

7
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK ZAINAB 1 KALI KE-37

6. 0 Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024

6.1 Pengerusi mengumumkan pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG sesi


2023/2024.

7.0 Pemilihan dan Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024

7.1 Dengan sokongan semua, ahli jawatan kuasa PIBG dikekalkan bagi sesi
2024/2025.

8.0 Ucapan Penangguhan

8.1 Pengerusi mengakhiri Mesyuarat Agung PIBG kali ke 37 dan mengucapkan


terima kasih kepada semua terutama ibu bapa dan guru yang telah menjayakan
program dengan lancar.

MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA JAM 12.30 TENGAH HARI.

Saya yang menjalankan amanah , Disahkan oleh,

..................................................... ....................................................

( ABDULLAH BIN HJ MUHAMMAD NOOR) (TN.HJ MOHAMED BIN HASSAN)


SETIAUSAHA PIBG, YANG DIPERTUA PIBG,
SK ZAINAB 1 SK ZAINAB 1

You might also like