Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Nabi Ilyasa’ AS

Nabi Allah Ilyasa’ AS ialah salah seorang nabi dari kalangan Bani Israel. Beliau dari keturunan Yusuf bin
Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim al-Khalil Alaihim al-Salam.

Kata Zaid bin Aslam, Ilyasa’ adalah merupakan Yusya’ bin Nun. Manakala yang lain berkata: Beliau ialah
al-Yasa’ bin Akhutub bin al-‘Ajuz. (Lihat Tafsir al-Bahr al-Muhit oleh Abu Hayyan al-Andalusi, 4/178)

Allah SWT telah menyebutnya dalam al-Quran sebanyak dua kali. Firman-Nya:

‫َوِإْس َم اِع يَل َو اْلَيَسَع َو ُيوُنَس َو ُلوًطاۚ َو ُك اًّل َفَّض ْلَنا َع َلى اْلَع اَلِم يَن‬

Maksudnya: Dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Ismail, dan Alyasak dan Yunus, dan Lut; dan
mereka itu semuanya, Kami lebihkan darjat mereka atas umat-umat (yang ada pada zamannya).

(Surah al-An’am: 86)

Allah SWT juga berfirman di tempat lain:

‫َو اْذ ُك ْر ِإْس َم اِع يَل َو اْلَيَسَع َو َذ ا اْلِكْفِل ۖ َو ُك ٌّل ِّم َن اَأْلْخ َياِر‬
Maksudnya: Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi lsmail, dan Nabi Alyasak, serta Nabi Zulkifli; dan mereka
masing-masing adalah dari orang-orang yang sebaik-baiknya.

(Surah Sad: 48)

Dikatakan beliau dibesarkan oleh Nabi Ilyas AS. Beliau bersembunyi bersama dengannya di Bukit
Qasiyun. Apabila Nabi Ilyas AS wafat, al-Yasa’ menggantikannya (dalam berdakwah) kepada kaumnya.
Allah SWT kemudiannya memberi berita gembira kepadanya.

Diriwayatkan daripada Qatadah, daripada al-Hasan, beliau berkata: Selepas Ilyas, ialah al-Yasa’ Alaihima
al-Salam. Beliau menyeru kaumnya kepada (mentauhidkan) Allah SWT, berpegang dengan manhaj dan
syariat Nabi Ilyas AS, sehinggalah Allah SWT mewafatkannya. (Lihat Qasas al-Anbiya’, 2/252; Tarikh al-
Tabari, 1/462-464; al-Muntazam oleh Ibn al-Jauzi, 1/385)

Dikatakan: Beliau adalah anak saudara Ilyas AS. Dikatakan: Beliau bersembunyi bersama Ilyas AS di
gunung untuk menghindari raja Ba’labak. Kemudian beliau pergi bersamanya ke daerah tersebut.
Setelah Ilyas meninggal, maka Ilyasa’ menggantikan beliau dalam menguruskan kaumnya. Allah
menjadikannya sebagai Nabi setelah Ilyas. Perkara ini disebutkan oleh Abdul Mun’im bin Idris bin Sanan
dari ayahnya dari Wahb bin Munabbih, beliau berkata: Yang lain mengatakan bahawa beliau adalah al-
Asbath yang tinggal di daerah Baniyas. Kemudian Ibnu Asakir menyebut bacaan orang yang
membacanya Ilyasa', dengan dibaca ringan dan bertasydid (huruf 'ain). Dan ada yang membaca dengan
al-Liyasa'. Ia adalah nama salah seorang Nabi. (Lihat Qasas al-Anbiya’, 2/252)

Dikatakan: Sesungguhnya antara mukjizat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada al-Yasa’ ialah beliau
boleh menghidupkan orang yang mati, menyembuhkan orang yang buta dan yang berpenyakit sopak
serta dikeringkan sungai Jordan baginya agar beliau dapat berjalan melepasinya. Ini sepertimana yang
diterangkan dalam kitab-kitab Israiliyyat. Wallahua’lam. Hanya Allah SWT yang mengetahui akan
kesahihan hal tersebut. (Lihat al-Jawab al-Sahih, 4/451-452)

You might also like