Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 25

KERTAS KERJA

SAMBUTAN HARI PENGASAS PENGAKAP SEDUNIA

PERINGKAT DAERAH PETALING 2020

ANJURAN

PPM DAERAH PETALING

DENGAN KERJASAMA AEON MALL SHAH ALAM

TARIKH

26 MAC 2020, KHAMIS

TEMPAT

RUANG LEGAR AEON MALL, SHAH ALAM

SELANGOR DARUL EHSAN


KERTAS KERJA

SIAR SANTAI DAN SAMBUTAN HARI PENGASAS PENGAKAP SEDUNIA

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR

NAMA PROGRAM

“SAMBUTAN HARI PENGASAS PENGAKAP SEDUNIA PERINGKAT DAERAH PETALING 2020”

PENDAHULUAN

Program Siar Santai Sempena Hari Pengasas Pengakap adalah untuk memberi pendedahan dan
pengetahuan mengenai Pengasas Pergerakan Pengakap Sedunia iaitu Sir Stephen Lord Baden Powel. Di
samping itu juga para perserta yang terlibat juga akan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti-aktiviti
menarik yang dirancang yang mana akan mendedahkan dan membentuk kemenjadian murid di samping
membentuk sikap berdikari, semangat setiakawan, kerjasama, dan komitmen terhadap pasukan. Program
ini adalah merupakan program dianjukan oleh PPM Petaling dengan kerjasama Aeon (Malaysia) Sdn. Bhd
Dallam usaha mereka menyumbang khidmat kemasyarakatan dan tanggungjawab koporat. Perlaksanaan
ini adalah berdasarkan Warta Kerajaan dan Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985 iaitu setiap murid dihendaki
terlibat dengan gerak kerja kokurikulum termasuklah penyertaan dalam pasukan badan beruniform.
Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui penubuhan Pasukan Badan
Beruniform dapat memberi pendedahan kepada setiap murid tentang peranan dan fungsi setiap Pasukan
Badan Beruniform.

TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan untuk dibentangkan kepada PPM Daerah Petaling, PPM Negeri Selangor,
Pengurusan AEON (M) Sdn Bhd dan Jabatan Pelajaran Selangor bagi kelulusan pelaksanaannya oleh
pengelola program.

OBJEKTIF

1. Melahirkan sifat atau bakat kepimpinan di kalangan Ahli Pengakap.

2. Melahirkan Ahli Pengakap yang patuh kepada arahan dan peraturan semasa beraktiviti.

3. Memupuk semangat kerjasama dalam pasukan atau kumpulan.

4. Ahli Pengakap dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, jujur, kerjasama,
rajin, bertanggungjawab dan lain-lain.

5. Ahli Pengakap mendapat pengalaman yang berguna semasa program.

6. Pendedahan terhadap kemahiran dalam konteks kemasyarakatan, hubungan sosial dan khidmat
masyarakat.
KPI (INDIKATOR/OUTPUT/OUTCOME) :
INDIKATOR
Semua ahli Pengakap yang berdaftar disemua peringkat, kanak-kanak, muda, remaja dan kelana
OUTPUT
Mencungkil bakat dan memupuk kemenjadian murid dalam aktiviti- aktiviti kokurikulum.
OUTCOME
100% ahli pengakap yang mendaftar sebagai peserta akan menjalankan aktiviti.

SASARAN :

1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli Pengakap yang berdaftar

2. Peserta mestilah terdiri daripada murid yang sedang belajar di sekolah bantuan penuh
Kementerian Pendidikan Malaysia

3. Peserta hendaklah sihat dan bebas daripada sebarang penyakit yang kronik.

4. Setiap sekolah dan daerah diminta menghantar sekurang-kurangnya 8-20 ahli pengakap. Guru yang
bertugas sebagai jurulatih pengiring terdiri daripada 2-5 orang guru lelaki dan 2-5 orang guru
perempuan. Setiap daerah hendaklah menghantar peserta mengikut pecahan yang telah
ditetapkan.

5. Semua peserta hendaklah mengisi Surat Akuan Kebenaran Ibu bapa dan Borang Perakuan
Kesihatan Murid untuk diserahkan kepada urusetia program semasa pendaftaran.

PELAKSANAAN :

1 hari (8.00 pagi – 10.30 malam)

Tarikh Cadangan :

26 Mac 2020

Tempat Program :

Ruang Legar, Pusat Membeli Belah AEON Mall, Shah Alam


Aktiviti Program :

Aktiviti 1 : Treasure Hunt

Aktiviti 2 : Persembahan Muzikal

- Nyanyian Solo atau Duet

Aktiviti 3 : Pertandingan membina Gajet

Aktiviti 4 : Kempen Kesihatan

Aktiviti 5 : Pertandingan Mewarna

Aktiviti 6 : Aktiviti MOP

Aktiviti 7 : Pameran

Boling Santai

Jumlah Penyertaan :

Anggaran Kehadiran peserta kalangan ahli Pengakap seramai 200 – 300 orang

Kehadiran awam (pengunjung AEON)

Tentatif Program :

25 Mac 2020 (Rabu)

9.30 pagi - Urusetia / JK Berkumpul

- Taklimat tugas

10.30 ptg - Persiapan tempat Fasa 1

12.30 pagi Rehat & pengurusan diri

14.30 ptg - Persiapan tempat fasa akhir

17.00 ptg - Simulasi

21 Oktober 2019 (Isnin)

9.30 pagi - Pendaftaran peserta


10.30 ptg - Perhimpunan Rasmi

- Bacaan perutusan dan amanat

- Taklimat aktiviti dan keselamatan oleh Jawatankuasa Aktiviti

11.30 pagi Aktiviti berlangsung

- Pertandingan Nyanyian

- Treasure hunt

- Pertandingan Mewarna

- Pameran dan MOP

16.30 ptg - Penyampaian Hadiah dan Majlis Penutup

17.30 ptg - bersurai (peserta aktiviti)

- Pameran diteruskan sehingga masa akhir Pusat Membeli belah

Penyediaan Makanan dan Minuman :

Makan minum peserta tidak disediakan. Urusan makan minum diuruskan oleh guru pengiring

Penginapan :

Tiada penginapan (Program dijalankan sehari sahaja)

Pengangkutan :

Pengangkutan kontinjen disediakan oleh Kontinjen Daerah dan sekolah masing-masing

Pendaftaran :

Setiap kontinjen perlu mengisi borang penyertaan pegawai, guru dan peserta perkhemahan dengan
lengkap secara online pada atau sebelum 13 Mac 2020

Setiap kontingen perlu muat turun dan cetak arahan dan peraturan perkhemahan, keperluan peserta,
borang kebenaran ibu bapa/penjaga, borang kesihatan, jadual aktiviti, tentatif perasmian penutup dan tag
nama untuk kegunaan kontinjen masing-masing.

Sekiranya terdapat perubahan / pertukaran peserta, kontinjen perlu segera memaklumkan kepada pihak
urus setia.

Semua kontinjen dikehendaki melaporkan diri dan membuat pendaftaran 26 Mac 2020, dari jam 9.00
hingga 10.00 pagi. Sila bawa dokumen cetakan senarai nama peserta lengkap, serta salinan (surat
kebenaran ibu bapa, kad pengenalan dan kad OKU) semasa mendaftar di meja pendaftaran.
Surat Kebenaran Ibu Bapa Dan Borang Laporan Kesihatan Peserta :

Setiap kontinjen perlu membawa Surat Kebenaran Ibu bapa / Penjaga dan Borang Laporan Kesihatan
untuk setiap peserta yang menyertai pertandingan seperti lampiran 1 dan 2.

Peraturan Dan Arahan program :

Rujuk lampiran

Keperluan Yang Perlu Dibawa :

Barangan berkaitan dengan aktiviti /pertandingan yang diadakan

PROTOKOL MAJLIS PERASMIAN PENUTUP :

Cadangan Perasmi :

Tuan Haji Noor Hashim bin Ismail

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor

ATAU

Pengarah / Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Selangor

Atur Cara Majlis Perasmian Penutupan

Atur cara majlis seperti LAMPIRAN 5.

JAWATANKUASA :
JAWATANKUASA INDUK

Penaung : En Noor Hashim bin. Ismail P.J.K


Ketua Pesuruhjaya Negeri Pengakap Selangor

Penasihat : En. Ghasid Bin Salleh


Pesuruhjaya Daerah Pengakap Petaling

Penasihat bersama : PPD Petaling Utama


PPD Petaling Perdana

Pengerusi : En. Khairul Rizal bin Hashim


Pengerusi Program Pengakap Daerah

Pengerusi bersama Pn. Kuhanis binti Mohamad Zain


Pegawai Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum) PPDPU

Naib Pengerusi : En. Ariful bin Senin


Pengerusi Latihan Pengakap Daerah)

Naib Pengerusi 2 : En. Ngoo Kee Min


Pen. Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Pengurusan & Pentadbiran)

Setiausaha : En. Ghazani bin Che Harun


Setiausaha Program Pengakap Daerah

Pen. Setiausaha : En. Pau anak Utek


Setiausaha Latihan Pengakap Daerah

Bendahari : Pn. Noor Rafidah Binti Abu Hassan


Pen. Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Logistik)

Ahli Jawatankuasa : En.Mohd Khairulnizam Bin Ishak


Pen. Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Pengakap kanak-kanak)
: En. Wong Rui Bynn
Pen Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Unit Pengakap Muda)

: En. Khuzimah Bt. Khalid


Pen Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Unit HELWANI)

: En. Colin Khoo Hsu Wei


Pen Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Profil Kepengakapan)

: En. Muhammad B. Yusoff


Pen Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Unit Pengakap Khas)

: En. Jimmy Teh Chee Giap


Pen Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Unit Pengakap Kelana & MOP)

: En. Lee Shang Shi


(Pen Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Unit Pengakap Remaja &
Pengakap Raja)

: En. Dason Yeoh Kuan Tiong


Pen. Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Bahagian Perhubungan &
Antarabangsa)

: En. Ekbert Yong Yen Loong


Pen. Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Tugas-tugas Khas)

: Pn. Khairunisak binti Hashim


Pen. Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Tugas-tugas khas)
JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengurus Acara : Encik Muhammad Syamsuri bin Muhammad Sabri

Timb. Pengurus Acara : En. Pau anak Utek

Prasarana & Logistik : En. Mohd Khairul Hafizi bin Mohd Kassim
En. Shaiful Bahareen bin Bahavudeen

Urusetia / Pendaftaran : Puan Aisyah binti Mat Isa


Cik Maleewan a/p Perashot
Puan Ainul Maisyah binti Salleh

Ketua Aktiviti : Puan Khairunisak binti Hashim (Treasure hunt)


Encik Jeffrin bin Lontong (Nyanyian)
Encik Asmirul Faizal bin Arifin

Jurufoto dan Dokumentasi : Encik Aizatul Ashraf bin Mustafa Kamal

Penempatan Pegawai / : Cik Hazwani binti Hanapi


Pemimpin bertugas Puan Asiah binti Shafari

Kecemasan, Keselamatan & : Siti Shuhada binti Jailani (Ketua)


Kebajikan Cik Suzilina binti Sarom
Puan Ruzilawati binti Mohd Taib

Pengurusan Risiko : Puan Noor Rafidah binti Abu Hassan

Kerohanian (Islam) : Encik Muzlipa Bin Ismail (Ketua)


Encik Maliki bin Shafie

Kerohanian (Bukan Islam) Encik Khoo Hong Kiong (Ketua)


Encik Mohd Fathil Bin Jamil

Hal Ehwal Wanita : Cik Sa’adiah binti Ahmad Palal (Ketua)

Kuarter Master Makanan : Puan Soraya Binti Abu Bakar (Ketua)


Puan Siti Hajar Binti Hussin
Encik Lee Wei Kiat

Siaraya : Encik Jeffrin bin Lontong (Ketua)

Sijil, Lencana, Buku Program : En Riyan Promprasit a/l Seet (Ketua)


& Cenderamata

Protokol & Perasmian : Encik Muhamad Zulhelmi bin Roslan (Ketua)


Persiapan Dewan Encik Ariful Rizal bin Senin

Kebersihan & Khidmat : Encik Sazali bin Abd Salam (Ketua)


Masyarakat Encik Mohd Abidin bin Rusin

10.0 PENUTUP :

Program Siar Santai Pengakap & Sambutan Hari Pengasas (Scouts Outing Day & Founders day) ini
diharapkan agar dapat dilaksanakan dengan lancar dan cemerlang bagi merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Kerjasama dari para pegawai dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan
untuk menjayakan hasrat murni Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN AHLI JAWATANKUASA
KECIL

Bil. Tugasan Butiran Tugas

1. Penyelaras Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana;

Memantau perjalanan perkhemahan;

2. Setiausaha Aktiviti Menjadi Setiausaha kepada Jawatankuasa Pelaksana dengan


menyediakan minit mesyuarat dan surat-surat;

Menyediakan laporan lengkap perkhemahan serta bekerjasama


dengan Jawatankuasa Dokumentasi dalam menyediakan laporan
dokumentasi bergambar;

Mengedar/menyiar apa-apa maklumat mengenai sesuatu aktiviti


program yang akan dilaksanakan;

Menghubungi semua pihak yang berkenaan apabila perlu.

3. Bendahari Menyimpan kira-kira perbelanjaan kem (sebelum/semasa/ selepas


kem);

Mengutip semua wang yang berkaitan penyertaan/ pendaftaran;

Mengeluarkan resit rasmi;

Membayar apa-apa tuntutan pembayaran yang betul;

Menyediakan penyata kewangan dan membentangkannya pada


akhir kem atau hujung tahun mengikut keperluan dan peraturan;

Bekerjasama dengan Bahagian Pendaftaran dalam perkara


berkaitan maklumat dan rekod berhubung pengeluaran resit.

4. Kem Komandan Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana apabila


ketiadaan Pengerusi;

Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kecil;

Memastikan semua aktiviti berjalan lancar;

Memastikan pengurusan kem teratur;

Memastikan disiplin peserta dan pegawai dijaga;

Mempastikan aspek keselamatan diberi keutamaan dalam semua


aktiviti.
Bil. Tugasan Butiran Tugas

5. Timbalan Kem Memastikan perjalanan aktiviti kem berjalan lancar;


Komandan
Memastikan disiplin peserta dan pegawai dijaga;

Membantu semua aktiviti berjalan lancar;

Membantu memastikan pengurusan kem teratur;

Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kecil apabila


Ketiadaan Kem Komandan.

6. Prasarana, Logistik Merancang pelan logistik prasarana perkhemahan;


& Peralatan
Memastikan kecukupan keperluan peralatan dan logistik
perkhemahan;

Menempatkan kedudukan penginapan urusetia, pemimpin,


Jurulatih, Penolong Jurulatih, dapur, tempat solat, bilik rawatan
dan tandas;

Menempatkan kedudukan peserta perkhemahan;

Menempatkan tempat letak kenderaan pemimpin.

7. Promosi Mempromosi perkhemahan kepada PPM Daerah dalam Negeri


Selangor;

Menyediakan Borang Penyertaan Perkhemahan dan Pelepasan


Tanggungan (A) dan Borang Perakuan Kesihatan (B);

Menetapkan kouta kepada tiap-tiap PPM Daerah;

Mengemaskini statistik jangkaan bilangan penyertaan (sebelum


perkhemahan).

8. Pendaftaran & Menyediakan tempat pendaftaran yang mudah dilihat dan


Penempatan perkhidmatan yang cekap serta cepat;

Mendaftar penyertaan setiap pegawai dan peserta;

Mengumpul Borang Penyertaan Perkhemahan danPelepasan


Tanggungan (A) dan Borang Perakuan Kesihatan (B);

Memastikan jumlah peserta adalah bersamaan dengan jumlah


borang A dan B.

Menyerahkan sebarang aksessori seperti tanda pengenalan tag


peserta dan seumpamanya (jika perlu).

Bekerjasama dengan Bendahari untuk urusan resit, maklumat


penyertaan dan sebagainya.
Bil. Tugasan Butiran Tugas

9. Aktiviti Bertanggungjawab terhadap pelan dan gerakerja aktiviti


berkenaan;

Memastikan tempat beraktiviti bersih dan tidak mendatangkan


bahaya;

Memastikan penglibatan pemimpin dalam setiap sesi aktiviti;

Memastikan aktiviti berlangsung dengan lancar;

Memastikan peralatan yang digunakan dalam sesi aktiviti adalah


selamat kepada peserta dari pelbagai aspek;

Memastikan pengawasan dan kawalan disiplin yang maksima bagi


setiap sesi.

10. Kecemasan, Peka terhadap laluan keluar – masuk sama ada laluan rasmi atau
Keselamatan, yang tidak rasmi;
Kebajikan &
Pengurusan Risiko Memastikan keselamatan kem dengan mengadakan pengawal,
laluan kawalan dan rekod catatan kawalan;

Memastikan sistem giliran untuk kawalan keselamatan;

Memastikan kawalan terhadap keluar masuk peserta/ pegawai dan


pelawat;

Penggunaan radio komunikasi (walkie-talkie) sangat digalakkan;

Melengkapkan semua buku rekod laporan yang telah ditetapkan.

11. Kerohanian Mengumpulkan semua peserta Islam di lokasi solat dan


melaksanakan solat berjemaah bersama mereka;

Menjalankan sesi kuliah subuh/maghrib & seumpamanya;

Menjadi Imam bagi lima waktu solat;

Sistem giliran untuk Imam boleh dilaksanakan (jika perlu).

12. Hal Ehwal Wanita Memastikan tingkah laku pelajar perempuan diawasi semasa
dikem;

Memastikan kebajikan dan keselamatan peserta perempuan


dijaga;

Memberikan taklimat pada pelajar perempuan sebelum kem


bermula;

Memberi bantuan segera terhadap kebajikan/ permasalahan yang


melibatkan peserta perempuan;
Bil. Tugasan Butiran Tugas

Hal Ehwal Wanita Jika terdapat peserta perempuan mengalami histeria, maklumkan
samb. kepada Pemimpin Bertugas, tenangkannya, kuarantin pelajar
berkenaan dan jika perlu hubungi keluarganya untuk dibawa
pulang dengan segera.

13. Kuarter Master Pengendali makanan perlu berpakaian kemas;


Makanan
Memastikan makanan disiapkan pada waktu yang ditentukan;

Memastikan makanan disediakan dengan cermat dan bersih;

Memastikan makanan disiapkan dalam kuantiti yang mencukupi;

Memastikan semua peralatan yang diperlukan ada;

Memastikan pembelian barangan masak mencukupi;

Menyediakan menu yang berkhasiat untuk peserta;

Memastikan dapur senantiasa bersih, tersusun dan menepati


peraturan kebersihan premis-premis perniagaan makanan dan
lain-lain.

14. Siaraya Menyediakan peralatan siaraya sepanjang program – untuk


taklimat & arahan aktiviti.

Menyediakan peralatan siaraya untuk Malam Pengakap.

Menyediakan peralatan siaraya untuk Majlis Perasmian


Penutupan.

15. Sijil, Lencana, Buku Menyedia, merekod dan mencetak sijil;


Program dan
Cenderamata Menyediakan lencana, buku program untuk majlis penutupan dan
cenderamata.

16. Protokol & Merancang gimik perasmian penutupan;


Perasmian
Memasti dan mengemaskini senarai tetamu jemputan untuk majlis
penutupan;

Menyediakan teks-teks ucapan kepada tetamu jemputan;

Menyediakan senarai protokol;

Memastikan lokasi perasmian sedia untuk digunakan;

Memastikan perjalanan majlis penutupan berjalan lacar tanpa


sebarang ganggu dan mengikut protokol perasmian.

Bil. Tugasan Butiran Tugas

17. Dokumentasi Mengambil gambar-gambar menarik sepanjang aktiviti;

Merekod bahan-bahan program;

Menyediakan dokumentasi bergambar dan diserahkan kepada


Setiausaha Jawatankuasa Pelaksana.

18. Kebersihan & Memantau keseluruhan kawasan tapak perkhemahan, kawasan


Khidmat Masyarakat aktiviti agar bersih dan selamat.

Tandas perlu ada label jaga kebersihan/tong sampah/paip dan


lain-lain;

Membuat kumpulan kerja (khidmat masyarakat) untuk


membersihdan menceriakan keseluruhan kawasan perkhemahan
dan kawasan aktiviti sebelum tamat perkhemahan/bersurai.

SEMUA PEGAWAI DAN URUSETIA

PROSEDUR/KESELAMATAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN DALAM PROGRAM


PENGAKAP NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

Perkara-perkara berikut hendaklah diambil perhatian, dimaklumkan dan diperingatkan kepada semua
pegawai / urusetia kem yang bertugas:

Tuan/Puan hendaklah merujuk sebarang permasalahan kepada Pengurus Acara, Timbalan Pengurus
Acara sahaja;
Tuan/Puan bertanggungjawab untuk mencatat dan mengesahkan nama kehadiran dalam buku-buku rekod
yang disediakan dan memaklumkan keberadaan tuan puan;

Tuan/Puan bertanggungjawab untuk berada bersama peserta semasa aktiviti berlangsung sehingga tamat
atau waktu bertugas tuan/puan bagi sesi berkenaan telah selesai;

Urusetia bertanggungjawab untuk mengenalpasti pegawai-pegawai bertugas mengikut bidang tugasnya


yang berada di lokasi aktiviti;

Tuan/Puan dinasihatkan supaya memberi taklimat sebelum sesuatu aktiviti dilaksanakan mengenai
peraturan, larangan dan tindakan kecemasan;

Tuan/Puan diminta sentiasa peka terhadap keselamatan kawasan program umumnya adalah tempat
awam;

Tuan/Puan hendaklah meminta ibubapa atau guru yang hendak membawa peserta keluar daripada
kawasan program supaya melaporkan kepada Urusetia Bertugas, direkod serta dalam pengetahuan
urusetia program;

Tuan/Puan hendaklah memaklumkan kepada JK Keselamatan atau Urusetia Program untuk menghantar
mana-mana peserta yang mengalami kecederaan/kemalangan ke pusat kesihatan/klinik atau hospital
yang paling hampir. Jika kecederaannya parah, jangan mengubah kedudukan/posisi peserta jika ianya
dikhuatiri/dipercayai boleh memburukkan lagi tahap kecederaan itu. Hubungi ambulans apabila keadaan
perlu;

Tuan/Puan diingatkan supaya mengelakkan para peserta yang mempunyai masalah kesihatan contohnya
penyakit lelah daripada mengambil bahagian dalam aktiviti- aktiviti lasak dan seumpamanya;

Tuan/Puan diminta memantau peralatan/perkakasan yang digunakan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti


semasa program selamat digunakan
dan tidak membahayakan peserta. Arahkan supaya ianya disimpan/ diletakkan di tempat yang selamat
selepas digunakan.

Tuan/Puan diminta untuk melaporkan kepada urusetia jika terdapat petugas atau peserta yang sering
melanggar disiplin. Mereka ini boleh ditahan dan dikecualikan daripada meneruskan aktiviti atau diarahkan
pulang;

Tuan/Puan diminta memberikan taklimat/pesanan yang mencukupi terutama ehwal disiplin & keselamatan
kepada pegawai dan peserta yang mengikuti aktiviti. Pemimpin yang mencukupi hendaklah mengiringi
peserta/pelajar dalam aktiviti ekspedisi selain daripada Pengakap Kelana dan Urusetia Program;

Tuan/Puan boleh memantau pergerakan peserta tuan puan supaya selamat;

Urusetia program boleh mengambil/menyimpan perkakasan yang dibawa oleh seseorang peserta yang
dianggap berbahaya kepada orang lain dan tiada kaitan dengan aktiviti program dan pihak awam dan
dipulangkan kepadanya di penghujung program;

Tuan/Puan diminta mengawasi setiap sesi aktiviti para peserta supaya dalam keadaan terkawal;

Pegawai Aktiviti dinasihatkan supaya sebarang aktiviti dijalankan dalam keadaan terkawal dan beretika

Tuan/Puan dinasihati untuk mengelakkan sebarang bentuk dendaan yang boleh mendatangkan
kecederaan dan seumpamanya;

Maklumkan kepada urusetia nama pemimpin sekolah yang tidak hadir bertugas mengikut ketetapan :

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985 (02 Jan 1985 ).

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 24/1998( 10 Okt 1998) Perkara 3(e).

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/2000 (30 Mac 2000) Perkara 4(4.3).

The Education Ordinance, 1957 (No.2 OF 1957)

- The Schools (Tours) Regulations 1957 – Perkara 5 ( 5.7)


PERATURAN & PERINTAH TETAP DALAM PROGRAM

SEMUA PESERTA PROGRAM

PROSEDUR/KESELAMATAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN DALAM PROGRAM /


AKTIVITI PENGAKAP NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

Perkara-perkara berikut hendaklah di ambil perhatian, menjadi peringatan dan difahami oleh semua
peserta sepanjang program ini berlangsung.

Semua peserta yang menghadiri/menyertai program ini mestilah telah berdaftar keahlian, telah
memperoleh kebenaran ibubapa/penjaga, Pemimpin Kumpulan, Pengetua/Guru Besar dan Pesuruhjaya
Daerah;

Semuapeserta mesti mematuhi arahan yang diberikan oleh Pengurus Acaran, Urusetia
Bertugas dan Pengawal Keselamatan;

Semua peserta mesti menyertai semua aktiviti yang dijalankan;

Semua peserta mesti berunifom pengakap lengkap sepanjang program sedang berlangsung

Semua peserta tidak dibenarkan keluar daripada kawasan program tanpa kebenaran Pengurus Acara /
Penolong Pengurus Acara;

Peserta hendaklah mendahului masa iaitu berada di bahagian aktiviti 10 minit lebih awal;

Semua peserta beragama Islam WAJIB menunaikan solat berjemaah di surau yang telah ditetapkan;

Semua barangan peribadi yang berharga hendaklah disimpan di tempat yang selamat. Pihak penganjur
tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan/kehilangan barangan/peralatan atau perkakasan
milik anda;

Kebersihan tempat acara anda adalah menjadi tanggungjawab anda dan kumpulan untuk
membersihkannya pada setiap masa;

Peserta mesti menjaga tingkahlaku, budi pekerti dan berbudi bahasa sesama peserta dan pegawai kem;

Tingkahlaku ‘vandalism’ - iaitu merosakkan harta benda dan kemudahan awam adalah dilarang;

Setiap peserta dinasihatkan menjaga tingkah laku dan kesopanan sepanjang berada dalam;

Setiap peserta mesti berjalan dalam barisan yang teratur apabila menuju ke mana- mana lokasi yang
diarahkan;
Peserta yang mengalami masalah kesihatan, kecederaan atau kemalangan mestilah melaporkan segera
kepada mana-mana urusetia program;

Peserta yang bermasalah disiplin boleh dikenakan dendaan termasuk dikuarantin dan dihantar pulang;

Jangan bergurau secara berbahaya dengan rakan-rakan;

Jangan membuang sebarang kertas/tisu/kain/baju/seluar dalam atau tuala wanita ke dalam lubang tandas;

Peserta tidak boleh meninggalkan tempat aktiviti selagi aktiviti belum selesai kecuali ke tandas sahaja,
dan ketandas mestilah berkumpulan minima 3 orang;

Sebarang masalah, hendaklah merujuk kepada mana-mana Urusetia Program sahaja.


DISIPLIN DIRI / PERATURAN KESELAMATAN

Bagi menjaga keselamatan di kawasan perkhemahan, pastikan peraturan-peraturan berikut dipatuhi dan
dipertimbangkan:

Tentukan khemah sentiasa ditutup apabila meninggalkannya.

Kedudukan tempat yang berbahaya seperti di lereng bukit yang curam,

Tanah licin, tunggul kayu, dahan reput, pokok berduri, tempat-tempat tersebut perlu ditanda untuk
memberitahu kepada semua orang. Mana-mana rintangan atau halangan yang perlu dihapuskan
hendaklah dihapuskan segera.

Tidak dibenarkan memasang ubat nyamuk di dalam atau terlalu hampir dengan khemah.

Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian.

Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah.

Digalakkan makan dan minum di luar khemah untuk mengelakkan semut atau atau binatang merayap
daripada memasuki khemah.

Pastikan di luar atau di dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas.

Pastikan khemah yang dipasang itu kukuh dan selamat untuk digunakan.

Hendaklah mengadakan system kawalan waktu malam.

Hendaklah menaburkan bahan kimia seperti belerang kuning atau kapur di sekeliling khemah bagi
mengelakkan gangguan binatang merayap, menjalar dan mana-mana yang boleh mengganggu peserta.

Jangan membuat bising di kawasan perkhemahan seperti melaung, bertempik, ketawa yang keterlaluan
dan gembira yang amat sangat.

Patuhi semua arahan keselamatan, kawalan, penerangan perkhemahan dari masa ke semasa dan segala
pantang larang.

Mengutamakan faktor kesihatan dari aspek makanan, minuman, pakaian dan tapak perkhemahan.

Berhati-hai melakukan segala aktiviti dan senantiasa merhormati serta menghargai kawasan
sekitar.

Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam menghadapi


sebarang gangguan keselamatan.

Merokok, berjudi, minuman keras adalah dilarang.


Mengutamakan aspek keselamatan semasa melakukan segala aktiviti.
Memaklumkan kepada pengelola, kem komandan, jurulatih atau pegawai bertugas sekiranya
terdapat sebarang kesulitan seperti masalah kesihatan dan keselamatan.

Tiupkan wisel atau membunyikan sesuatu dengan kuat tanpa henti sehingga rakan datang
membantu jika berlaku sebarang kecemasan.

Peserta dilarang berenang berada dipantai tanpa arahan dari kem komanadan atau jurulatih
bertugas.

Dilarang memiliki senjata, senjati api, dadah dan apa-apa alatan yang dilarang dan menyalahi
undang-undang.

Tidak dibenarkan merosakkan atau memusnahkan tanaman dan tumbuhan yang terdapat di sekitar
kawasan perkhemahan.

Segala alatan janganlah dibiarkan bersepah. Ia mestilah diletakkan setempat supaya mudah
untuk dimuatkan semula ke dalam beg.

Pilihlah suatu tempat atau arah tertentu yang akan dituju sekiranya berlaku sebarang kecemasan
dan terpaksa meninggalkan kawasan program

Disediakan oleh,

(En. Ghazani bin Che Harun)

S/U Program

PPM Daerah Petaling

Disemak oleh, Diluluskan oleh

(Khairul Rizal bin Hashim) (Ghasid bin Salleh p.j.k)

Pengerusi Program Ketua PesuruhjayaDaerah

Persekutuan Pengakap Malaysia Persekutuan Pengakap Malaysia

25
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

DAERAH PETALING

BORANG PENYERTAAN PROGRAM DAN PELEPASAN TANGGUNGAN

PROGRAM SIAR SANTAI & SAMBUTAN HARI PENGASAS PENGAKAP SEDUNIA 2020

(Serahkan kepada Urusetia Pendaftaran di tempat melapor)

Saya/kami (nama ibu/bapa/penjaga) ..........................................................................................

Dengan ini memberi kebenaran kepada (nama


anak) .................................................................. ..................................................................................
.....Tingkatan/Tahun ...............................

No. Kad Pengenalan.......................................... dari Sekolah ....................................................

.............................................................................................................................. PPM
Daerah ............................................,Negeri Selangor Darul Ehsan untuk menyertai SEMUA
AKTIVITI dalam PROGRAM SIAR SANTAI & SAMBUTAN HARI PENGASAS PENGAKAP
SEDUNIA pada26 MAC 2020.

Dengan ini mengaku dan sanggup dengan tidak berubah-ubah bagi pihak saya/kami dan pihak
anak saya/kami mengikut peraturan SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PELAJARAN
MALAYSIA KP(BS) 8591/JLD.XIV/(24) BERTARIKH 10 OKTOBER 1998, PARA 3(C).

Sesungguhnya saya/kami faham bahawa segala langkah keselamatan sepenuhnya akan diambil
oleh pihak penganjur/pengelola bagi mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini dan
akan melakukan tindakan segera bagi pihak ibu bapa/penjaga di atas apa-apa juga insiden dalam
tempoh tarikh dan tempat yang dinyatakan di atas.

Saya mengaku anak saya/jagaan saya telah mempunyai INSURANS TAKAFUL YANG SAH yang
diuruskan oleh pihak sekolah tempat di mana anak saya bersekolah.

Nombor telefon saya untuk dihubungi ialah (HP) : ........................... (R) ................................

25
Sekian, terima kasih.

Saya yang benar;

.................................... Tarikh : ..............................

(Nama : ................................................................)

(No. KP : ...................................................)

Disemak oleh, Disahkan dan diluluskan oleh,

................................ ..............................

(Pemimpin Kumpulan) (Pengetua/Guru Besar)

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

DAERAH PETALING

BORANG PERAKUAN KESIHATAN AHLI PENGAKAP SEBELUM MENYERTAI

PROGRAM SIAR SANTAI & SAMBUTAN HARI PENGASAS PENGAKAP SEDUNIA 2020

(Serahkan kepada Urusetia Pendaftaran di tempat melapor)

NAMA PENUH MURID

(HURUF BESAR)

ALAMAT RUMAH

JANTINA KETURUNAN AGAMA

NO. KP/ NO. INSURANS TAKAFUL

NO. SIJIL LAHIR (dapatkan dari pihak sekolah)

NO. TELEFON NO. TELEFON BIMBIT


RUMAH IBU/BAPA/PENJAGA

25
REKOD PERUBATAN:

SILA TANDAKAN  JUKA “YA” DAN  JIKA “TIDAK” DI PETAK YANG BERKENAAN:

Pernah pening atau sakit kepala yang teruk Pernah mempunyai sakit sawan (epilepsy)

Menghadapi masalah bernafas atau asma Mengalami diabetes

Alahan pada bisa, ubatan atau air tasik Mengalami tekanan darah tinggi

Pernah mengalami kecederaan pada tulang Pernah dilakukan pembedahan pada


tubuh

Pernah mengalami sakit jantung Mengalami masalah buah pinggang

Pernahkah anda dalam tempoh satu bulan mengalami sebarang penyakit berjangkit atau
cirit-birit?

SILA BERIKAN MAKLUMAT TERPERINCI JIKA MASALAH KESIHATAN DI ATAS BERKAITAN


DENGAN ANDA

sila maklumkan masalah kesihatan anda kepada jurulatih mana-mana aktiviti yang anda sertai.

Perakuan Ibu/Bapa/Penjaga, Perakuan Peserta,

.................................... .................................

(Nama: .............................................) (Nama: .............................................)

(No. KP : ...........................................) (No. KP : ...........................................)

Disemak oleh, Disahkan dan diluluskan oleh,

................................ ..............................

(Pemimpin Kumpulan) (Pengetua/Guru Besar)

25

You might also like