Pencemaran alam sekitar semakin leluasa sehingga pemanasan global dan pelbagai bencana yang berkaitan dilaporkan di seluruh dunia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Pencemaran alam sekitar semakin leluasa sehingga pemanasan global dan pelbagai bencana yang

berkaitan dilaporkan di seluruh dunia. Disebabkan oleh pencemaran alam yang teruk, nyawa
manusia akan . Oleh itu, marilah kita membincangkan punca pencemaran alam.

Pada realitinya, punca utama pencemaran alam ialah sikap manusia yang tidak bertanggungjawab
terhadap alam semula jadi. Hal ini berlaku demikian kerana mereka hanya mementingkan diri dan
mengejar keuntungan. Sebagai contoh, mereka membakar sampah dan membakar tanah untuk
mengerjakan kebun. Akibatnya, jerebu akan berlku dan menjejaskan kesihatan kita.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa manusia bersikap bagai melepaskan pucuk masing-masing
telah mengabaikan kesihatan sungai. Hal ini dikataan demikian kerana mereka mencari keuntungan
dengan cara yang mudah. Tamsilnya, sesetengah koperasi atau kilang membuang sisa-sisa kimia ke
dalam sungai tanpa kebenaran pihak kerajaan. Lebih malang lagi, sungai tercemar dan menjejaskan
kualiti hidupan sungai.

Bertitik tolah dari situ, manusia yang mencipta bahan kimia telah mencemarkan alam sekitar. Guru
di sekolah mengajar kita bahawa bahan kimia yang tidak mesra alam merosakkan alam sekitar. Misal
kata, penggunaan plastic menyebabkan sungai penuh bahan kimia. Ekoran daripada peristiwa ini,
pencemaran sungai menjadi-jadi dan amat membimbangkan.

Daripada lumrah yang ternyata di atas, pencemaran bunyi sangat teruk dan menjadi-jadi. Di
bandaraya Kuala Lumpur, pemaju rumah giat membangunkan pengsapuri. Dalam konteks ini,
pembinaan rumah telah menjejaskan kualiti kehidupan manusia dan mengakibatkan pencemaran
bunyi. Impak darikapa hal ini menyebabkan penduduk di sekeliling tidak berasa gembira dan selesa.

Sebelum mengakhiri wacana ini, terdapat pelbagai usaha mesti dilakukan untuk mengatasi
pencemaran alam. Pihak kerajaan mesti menguatkuasakan undang-undang alam sekotar untuk
menghukum penceroboh alam sekitar. Saya berharap agar setiap manusia tidak mencemarkan alam
sekitar kerana kebersihan alam tanggungjawab kita.

You might also like