Simpanan Dan Pelaburan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

SIMPANAN DAN PELABURAN

PERAK
1. (a) Susan menyimpan sebanyak RM7 000 di sebuah bank dengan kadar faedah 4% setahun bagi
tempoh 3 tahun. Hitung jumlah faedah yang akan diperoleh Susan bagi tempoh 3 tahun
tersebut.
[2 tahun]

(b) Hafidz menyimpan RM50 000 ke dalam akaun simpanan tetap di Bank Johor selama 3 tahun
dengan kadar faedah 4% setahun. Faedah dikompaun 4 bulan sekali. Hitung jumlah wang
dalam akaun simpanan tetap beliau pada akhir tahun ketiga.
[2 tahun]
Jawapan:

(a) I = Prt
Faedah = RM7 000 (4%) (3)
= RM840

𝑟
(b) MV = P(1 + )nt
𝑛
0.04 3(3)
Jumlah wang simpanan = RM50 000( 1 + )
3
= RM56 330.16

MELAKA
2. En. Marzuki membeli sebuah van bernilai RM135 000 bagi kemudahan di tempat peranginannya.
Beliau membuat bayaran pendahuluan sebanyak 12% dan bakinya dibiayai dengan pinjaman dari
Bank Y untuk tempoh 9 tahun dengan kadar faedah mudah 2.75% setahun.
Hitung bayaran ansuran bulanan, dalam RM yang perlu dibayar olehnya.
[4 markah]
Jawapan:

Jumlah bayaran balik = P(1 + rt)


= [(100 – 12)% × 135 000] (1 + [2.75% × 9])
= RM118 800(1 + 0.2475)
= RM148 203

RM148 203
Ansuran bulanan =
(9 ×12)

= RM1 372.25
TERENGGANU
3. Pada tahun 2015, Sarah membeli sebuah rumah di taman yang sama dengan harga RM150 000.
Selepas lima tahun dia menjual rumah tersebut kepada Bank ABC dan dia memperolehi keuntungan
1
sebanyak 50%. Dia menyimpan daripada wang jualan rumah tersebut dalam Bank ABC.
4
Berapakah jumlah simpanannya selama lima tahun dengan kadar faedah 2.5% setahun?
[4 markah]
Jawapan:

Wang jualan rumah = (100 + 50)% × 150 000


= RM225 000
1
Jumlah wang yang disimpan = RM225 000 ×
4
= RM56 250
Jumlah simpanan selepas 5 tahun = P + Prt
= RM56 250 + RM(56 250 × 2.5% × 5)
= RM63 281.25

SELANGOR
4. Pada awal tahun 2019, En. Emir memperoleh keuntungan daripada perniagaannya. Beliau melabur
hasil keuntungannya dalam dua jenis pelaburan, Megah Holding dan Kencana Maju. Beliau
menjual kesemua unit saham itu pada awal tahun 2020 dan memperoleh masing-masing RM21 400
dan RM23 200 bagi pelaburan Megah Holding dan pelaburan Kencana Maju. Jadual 7
menunjukkan maklumat bagi kedua-dua pelaburan itu.
Pelaburan Megah Holding Kencana Maju
Harga belian seunit RM2.40 RM2.60
Bilangan unit saham yang dibeli 8 000 8 000
Dividen RM150 setiap 6 bulan RM250.00
Bonus 3.5% setahun 3.8% setahun
Jadual 7

Pelaburan manakah yang memberikan nilai pulangan pelaburan yang lebih menguntungkan?
Justifikasikan jawapan anda.
[4 markah]
Jawapan:
Pelaburan Megah Holding

Modal awal = RM2.40 × 8 000


= RM19 200
Keuntungan modal = RM21 400 − RM19 200
= RM 2 200
Bonus = RM19 200 × 3.5%
= RM672
Dividen = RM150 × 2
= RM300
Jumlah pulangan = RM2 200 + RM672 + RM300
= RM3 172
RM3172
Nilai pulangan pelaburan = × 100%
RM19200
= 16.52%
Pelaburan Kencana Maju

Modal awal = RM2.60 × 8 000


= RM20 800
Keuntungan modal = RM23 200 – RM20 800
= RM 2 400
Bonus = RM20 800 × 3.8%
= RM790.40
Dividen = RM250
Jumlah pulangan = RM2 400 + RM790.40 + RM250
= RM3 440.40
RM3440.40
Nilai pulangan pelaburan = × 100%
RM20800
= 16.54%

Pelaburan Kencana Maju lebih menguntungkan

PERLIS
5. Pada 1 Januari 2020, Pn. Azian telah melabur di Bursa Malaysia dengan membeli saham HBR Corp
sebanyak 5 000 unit yang bernilai RM1.80 seunit. Bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember
2020, HBR Corp membayar dividen sebanyak 7%. Pada 1 Januari 2021 Pn. Azian menjual semua
saham yang dimilikinya dengan harga RM2.00 seunit. Hitung nilai pulangan pelabuarn bagi Pn.
Azian.
[3 markah]
Jawapan:

Modal awal = RM1.80 × 5 000


= RM9 000
Keuntungan modal = (RM2.00 – RM1.80) × 5 000
= RM 1 000
Dividen = RM9 000 × 7%
= RM630
Jumlah pulangan = RM1 00 + RM630
= RM1 630
RM1 630
Nilai pulangan pelaburan = × 100%
RM9000
= 18.11%

You might also like