Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

SKEMA JAWAPAN.

Bahagian A [50 markah]

1. Nyatakan empat proses terawal dalam proses perniagaan. [4]


Empat proses terawal dalam proses perniagaan ialah :
i) Input[1]
ii) Proses tambah nilai[1]
iii) Output[1]
iv) Pemasaran[1]
*(mesti ikut urutan proses)

2. Huraikan perbezaan di antara Syarikat Tunas Manja Sendirian Berhad dan Media
Prima Berhad dari aspek milikan, modal dan pengurusan. [6]
Perbezaan :
Aspek Sykt Tunas Manja Sdn Bhd Media Prima Bhd
Milikan 2 hingga 50 orang Minimum 2 orang
pemegang saham[1] pemegang saham dan
tiada had maksimum[1]
Modal Jualan saham kepada orang Jualan saham kepada
perseorangan[1] orang awam[1]
Pengurusan Ahli lembaga pengarah Ahli lembaga pengarah
dilantik dalam kalangan tidak semestinya dilantik
pemegang saham perlu dalam kalangan pemegang
menguruskan syarikat [1] saham dan sekurang-
kurangnya dua orang
pemegang saham perlu
menguruskan syarikat[1]
(6 H ikut aspek/dimensi)

3. Jelaskan kaedah pemeriksaan dalam proses pengeluaran. [6]


Kaedah pemeriksaan dalam proses pengeluaran ialah :
i) Pemeriksaan menyeluruh [1]
- Melibatkan pengambilan setiap sampel produk untuk dikaji dan
diperiksa satu demi satu.[1]
ii) Pelan persampelan[1]
- Pemeriksaan ke atas beberapa sampel kecil yang diambil secara rawak
dalam satu kumpulan atau lot produk.[1]
(2F 2H)
1
4. Huraikan dua sistem kawalan inventori. [4]
Dua sistem kawalan inventori ialah :
i) Sistem kawalan inventori selanjar (kuantiti pesanan tetap) [1]
- aras inventori sentiasa diawasi dan pesanan akan dibuat apabila aras inventori
mencapai suatu tahap yang dipanggil titik pesanan semula. [1]

ii) Sistem kawalan inventori berkala (masa tetap) [1]


- aras inventori disemak pada selang masa yang tertentu seperti permulaan setiap
hari, setiap minggu atau setiap bulan. [1]
(2F 2H)

5. Huraikan tiga elemen dalam Model Gelagat Pengguna. [6]


Tiga elemen dalam Model Gelagat Pengguna ialah :
i) Rangsangan pemasaran dan persekitaran[1]
- campuran pemasaran yang dilaksanakan oleh pemasar iaitu produk, pengedaran,
penetapan harga dan promosi.[1]
- rangsangan persekitaran merujuk kepada faktor persekitaran yang boleh
mempengaruhi pengguna seperti ekonomi, budaya, teknologi dan politik. [1]
- rangsangan pemasaran dan persekitaran akan memasuki kotak hitam atau minda
pelanggan. [1]

ii) Kotak Hitam Pengguna[1]


- kesemua rangsangan atau input tersebut akan diserap dan diproses dalam minda
pengguna.[1]
- Di dalam kotak hitam ini, minda pengguna yang akan menentukan keputusan
mereka membuat pembelian.[1]
- Pemikiran pengguna dipengaruhi oleh minda pengguna yang terdedah kepada
pelbagai rangsangan pemasaran dan persekitaran. [1]
- Rangsangan ini akan berinteraksi dengan ciri2 pengguna seperti psikologi,
budaya, individu, sosial dan lain-lain serta proses membuat keputusan pembelian
oleh pengguna yang terhasil akan mempengaruhi persepsi dan kelakuan
pengguna.[1]

iii) Maklum balas atau respons pembeli/Tindakan pengguna[1]


- Tindakan seseorang atau individu membuat keputusan sama ada ingin membeli
atau tidak membeli.[1]
- Pengguna akan memberi respon terhadap produk yang ditawarkan dari segi
pendapat atau sikap sama ada suka atau tidak menggunakan produk atau
perkhidmatan tersebut.[1]
- Pengguna juga akan menentukan pilihan produk, jenama, penjual, masa
pembelian dan jumlah pembelian berdasarkan gelagat.[1] (3F 3H)

2
Syarikat NRJ Sdn. Bhd. menanggung kos tetap untuk jualan nasi ayam sebanyak
RM20,000 setahun. Kos berubah seunit nasi ayam ialah sebanyak RM5.00.
Jumlah jualan nasi ayam dijangka ialah sebanyak 25,000 unit. Tokokan atas kos
ialah sebanyak 20%.

6. Berdasarkan harga tokokan kos dalam petikan di atas, hitung,


i) Kos setiap unit nasi ayam [3]
= Kos berubah + [kos tetap/jumlah jualan)[1]
= RM5+(RM20 000/25 000)[1]
= RM5.80[1]

ii) Harga jualan setiap unit nasi ayam [3]


= Kos seunit/1-untung sasaran atas jualan[1]
= (RM5.80/1-20%)[1]
= RM7.25[1]

(Pengiraan perlu ditunjukkan dengan jelas dan jawapan akhir mesti dalam unit RM)

7. Berikan empat jenis sumber dana mengikut jangka masa pendek. [4]
Empat jenis sumber dana jangka masa pendek :
i) Overdraf[1]
ii) Pemfaktoran[1]
iii) Penerimaan Jurubank[1]
iv) Resit amanah[1]
v) Pinjaman berjangka[1]
vi) Nota janji[1]
vii) Kredit dagangan [1]
(4F pertama)

8. Terangkan dua prinsip tambahan dalam prinsip ganti rugi. [6]


Dua prinsip tambahan dalam prinsip ganti rugi ialah :
i) Caruman
- seseorang individu menginsuranskan hartanya dengan lebih daripada sebuah
syarikat insurans, setiap syarikat insurans akan berkongsi sama rata untuk membayar
pampasan jika berlaku kerugian.[1]

ii) Subrogasi
- prinsip ini memberi kuasa kepada syarikat insurans untuk mengambil alih hak
terhadap harta yang diinsuranskan setelah ganti rugi dibayar.[1]

3
iii) Limpah[1]
- si diinsurans tidak boleh menginsuranskan hartanya pada nilai perlindungan yang
melebihi nilai sebenar harta tersebut.[1]
(2F pertama)

9. Huraikan dua jenis faedah berbentuk wang dan bukan wang yang diberikan kepada
pekerja. [4]
Dua faedah berbentuk wang dan bukan wang yang diberikan kepada pekerja ialah :
i) Insurans pekerja[1]
- Ditawarkan oleh majikan untuk melindungi pekerja daripada sebarang risiko
semasa bekerja seperti kemalangan semasa menggunakan mesin.[1]

ii) Caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)[1]


- Bertujuan untuk memberikan perlindungan kewangan kepada pekerja apabila
mereka telah sampai umur bersara atau hilang keupayaan untuk bekerja.[1]

iii) Kemudahan pinjaman[1]


- Mewujudkan skim pinjaman mudah dengan kadar bunga yang rendah atau sifar
kepada pekerja yang memerlukan pinjaman seperti pinjaman perumahan,
pinjaman kenderaan, pinjaman peribadi dan sebagainya.[1]

iv) Caruman PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial)[1] + H


v) Bantuan pendidikan [1] + H
vi) Kemudahan kesihatan [1] + H
vii) Percutian [1] + H
viii) Tempat penjagaan kanak-kanak [1] + H
ix) Keahlian badan profesional dan kelab [1] + H
x) Kemudahan kebajikan dan keselamatan pekerja [1] + H
xi) Kemudahan tempat tinggal [1] + H
xii) Kemudahan pengangkutan [1] + H
xiii) Kemudahan cuti [1] + H
(2F pertama : 2F 2H)

4
10. Huraikan dua skim penamatan perkhidmatan. [4]
Dua skim penamatan perkhidmatan ialah :
i) Penamatan perkhidmatan secara wajib[1]
- Pekerja yang tamat kontrak dilepaskan oleh organisasi tanpa sebarang syarat.[1]
- Cth : Mengikut Akta Pekerjaaan 1955, syarat umur bersara wajib bagi pekerja
dalam sektor swasta ialah 55 tahun. Manakala sektor awam pula syarat umur
bersara wajib ialah 60 tahun.

ii) Penamatan perkhidmatan secara sukarela[1]


- Pekerja berhak memilih untuk bersara lebih awal atau berhenti kerja secara
sukarela lebih awal sekiranya mereka ingin menamatkan kontrak atas pilihan
sendiri.[1]
- Cth : Penjawat awam yang sepatutnya bersara wajib pada umur 60 tahun tetapi
memilih untuk bersara awal pada umur 56 tahun.[1]

iii) Penamatan perkhidmatan secara pemberhentian[1]


- Pekerja ditamatkan perkhidmatan bukan kerana penamatan secara wajib atau
secara sukarela.[1]
- Cth : Pekerja diberhentikan atas tindakan disiplin atau perubahan kepada syarikat
yang menyebabkan pekerja dibuang disebabkan penutupan syarikat, penyusunan
semula syarikat, pengurangan pengeluaran, penggabungan syarikat, kegawatan
ekonomi dan pengambilalihan syarikat.[1]
(2F pertama : 2F 2H)

5
Bahagian B [50 markah]

Malaysia Airlines
Syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines harus dibubarkan kerana sudah tidak
boleh diselamatkan lagi, dengan penularan COVID-19, kewangan syarikat itu semakin sukar
diatasi. Prestasi syarikat semakin merosot dan Malaysia Airlines sememangnya mempunyai isu
legasi sejak bertahun lamanya. Berbilion dolar diperlukan untuk memperbetulkan kembali
syarikat berkenaan namun tiada jaminan ia akan berhasil. Pemansuhan Malaysia Airlines boleh
digantikan dengan sebuah syarikat penerbangan baharu yang lebih kecil dengan visi dan budaya
tenaga kerja baharu serta kepimpinan syarikat diberikan kebebasan mengemudi mengikut
dinamika pasaran.

Malaysia Airlines mempunyai sekitar 13,000 tenaga kerja. Ia terlalu besar untuk keadaan
sekarang ini dan sekiranya COVID-19 berakhir sekali pun, ia mengambil masa dua hingga tiga
tahun sebelum pelancong berani untuk mengembara kembali. Malaysia Airlines menjalani
penjenamaan semula pada 2014, namun ketika itu ia adalah satu bentuk perpindahan aset dan
bukannya mewujudkan syarikat baharu. Langkah pemindahan itu tidak berjaya mengatasi
masalah Malaysia Airlines kerana landskap penerbangan dunia sekarang sudah berubah.

Malaysia Airlines tidak mempunyai pilihan lain selain mengecilkan tenaga kerja jika
mahu terus bernaung di bawah bumbung Malaysia Airlines Berhad (MAB). Tidak boleh lari dari
soal pembuangan pekerja. Tiada guna penstrukturan dilakukan tanpa memperkemaskan kembali
tenaga kerja. penilaian harus dilakukan oleh Khazanah sama ada pemilikan syarikat penerbangan
nasional adalah relevan pada masa kini terutama jika dibandingkan dengan jumlah populasi
penduduk Malaysia. Malaysia yang mempunyai sekitar 31 juta penduduk tidak sesuai
mempunyai sehingga tiga syarikat penerbangan. Ia terlalu banyak dan kapasiti berlebihan. Harus
lakukan satu kajian dan melihat tahap optimum jumlah penerbangan yang sepatutnya ada di
Malaysia serta syarikat mana yang harus dibubarkan.

Malaysia Airlines memperkenalkan MH EDGILE, program meningkatkan kemahiran dan


latihan semula yang terbuka kepada lebih 2,000 pekerja. Program itu menawarkan peluang
kepada pekerja untuk meningkatkan kemahiran dan dilatih semula untuk kecekapan pekerjaan
lain sama ada dalam kecekapan khusus seperti pengurusan kemudahan dan audit atau bidang am
dan boleh dilatih seperti jualan dan meja bantuan IT. Program itu membolehkan pekerja syarikat
penerbangan nasional itu memberikan kepakaran dan perkhidmatan mereka untuk menyokong
kemampanan perniagaan jangka panjang dan mengkaji ruang baharu untuk berkembang dan
membangunkan potensi mereka .

Tertakluk kepada kelulusan, kumpulan pekerja ini akan ditugaskan semula secara
sementara untuk membantu jabatan lain yang memerlukan tenaga kerja untuk jawatan kritikal
atau fungsi pekerjaan akibat daripada kekangan tenaga kerja. inisiatif ini ditawarkan secara
6
sukarela dan tertakluk kepada prasyarat pekerjaan dan kriteria pemilihan jabatan yang menerima.
Semua tugasan akan dilakukan secara sepenuh masa. Pekerja masih dibenarkan untuk
mengekalkan kesahihan lesen pekerjaan mereka.

Tempoh tugasan sementara akan bergantung kepada keperluan perniagaan dan operasi
syarikat. Pekerja dengan permohonan yang diluluskan akan dilengkapi dengan pengetahuan dan
kemahiran baharu melalui bimbingan dan latihan sebagai persediaan kepada jawatan baharu.
Menerapkan budaya kerja pendigitalan secara serentak untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang
yang ditawarkan dalam norma baharu. Oleh itu, meningkatkan kualiti kerja dan pembelajaran
adalah teras kepada kejayaan.

(Disesuaikan daripada https://www.astroawani.com/berita-bisnes/malaysia-airlines-lancar-


program-tingkat-kemahiran-latih-semula-kakitangan- dan https://www.astroawani.com/berita-
bisnes/malaysia-airlines-sudah-tidak-boleh-dibaiki-pakar-yang dicapai pada 10 Oktober 2020)

Berdasarkan kes di atas,

a) Terangkan faktor penentuan keperluan sumber manusia yang dilakukan oleh Malaysia
Airlines. [20]
b) Jelaskan jenis latihan yang diberikan oleh Malaysia Airlines kepada pekerjanya. [10]

7
SOALAN 11

a) Terangkan faktor penentuan keperluan sumber manusia yang dilakukan oleh Malaysia
Airlines. [20]

faktor penentuan keperluan sumber manusia yang dilakukan oleh Malaysia Airlines ialah

Fakta Huraian Kaitan kes


1. Perubahan Kemampuan organisasi • Syarikat penerbangan negara Malaysia
sosioekonomi untuk memenuhi keperluan Airlines harus dibubarkan kerana sudah
[1] pekerjaan bergantung pada tidak boleh diselamatkan lagi, dengan
daya saing tenaga kerja yang penularan COVID-19[1M]
ada dalam sesebuah • kewangan syarikat itu semakin sukar
masyarakat[1] diatasi[1]
• Malaysia Airlines mempunyai sekitar
13,000 tenaga kerja. Ia terlalu besar
untuk keadaan sekarang ini dan
sekiranya COVID-19 berakhir sekali
pun, ia mengambil masa dua hingga tiga
tahun sebelum pelancong berani untuk
mengembara kembali.[1]
• penilaian harus dilakukan oleh
Khazanah sama ada pemilikan syarikat
penerbangan nasional adalah relevan
pada masa kini terutama jika
dibandingkan dengan jumlah populasi
penduduk Malaysia[1]
2. Pertumbuhan Bergantung kepada • Prestasi syarikat semakin merosot [1]
perniagaan [1] pertambahan pertumbuhan • Malaysia Airlines sememangnya
sesebuah perniagaan[1] mempunyai isu legasi sejak bertahun
lamanya[1]
• Berbilion dolar diperlukan untuk
memperbetulkan kembali syarikat
berkenaan namun tiada jaminan ia akan
berhasil Pemansuhan Malaysia [1]
• Airlines boleh digantikan dengan sebuah
syarikat penerbangan baharu yang lebih
kecil dengan visi dan budaya tenaga
kerja baharu serta kepimpinan syarikat
8
diberikan kebebasan mengemudi
mengikut dinamika pasaran.[1]

3. Penamatan Satu keputusan yang • Malaysia Airlines tidak mempunyai


perhidmatan diambil untuk menamatkan pilihan lain selain mengecilkan tenaga
[1] kontrak kerja antara pekerja kerja jika mahu terus bernaung di bawah
dan pihak majikan[1] bumbung Malaysia Airlines Berhad
(MAB). [1]

• Tidak boleh lari dari soal pembuangan


pekerja. [1]

• Tiada guna penstrukturan dilakukan


tanpa memperkemaskan kembali tenaga
kerja. [1]

4. Permintaan Bergantung pada faktor • Malaysia yang mempunyai sekitar 31


perkhidmatan permintaan perkhidmatan juta penduduk tidak sesuai mempunyai
[1] terhadap sesuatu bidang sehingga tiga syarikat penerbangan. Ia
pekerjaan [1] terlalu banyak dan kapasiti berlebihan[1]

• Ia terlalu banyak dan kapasiti


berlebihan. Harus lakukan satu kajian
dan melihat tahap optimum jumlah
penerbangan yang sepatutnya ada di
Malaysia serta syarikat mana yang harus
dibubarkan.[1]

[F4,H4,KK12 = 20M]
8 KK EXTRA

9
b) Jelaskan jenis latihan yang diberikan oleh Malaysia Airlines kepada pekerjanya. [10m]

jenis latihan yang diberikan oleh Malaysia Airlines kepada pekerjanya ialah

Fakta Huraian Kaitan kes

1. Pembelajaran Memerlukan penglibatan • Malaysia Airlines memperkenalkan


kendiri[1] secara peribadi, berinisiatif MH EDGILE, program
bagi memastikan tahap meningkatkan kemahiran dan latihan
penguasaan dan memberi semula yang terbuka kepada lebih
kesan yang berterusan.[1] 2,000 pekerja.[1]

• Program itu menawarkan peluang


kepada pekerja untuk meningkatkan
kemahiran dan dilatih semula untuk
kecekapan pekerjaan lain[1]

• sama ada dalam kecekapan khusus


seperti pengurusan kemudahan dan
audit atau bidang am dan boleh
dilatih seperti jualan dan meja
bantuan IT.[1]

• Program itu membolehkan pekerja


syarikat penerbangan nasional itu
memberikan kepakaran dan
perkhidmatan mereka untuk
menyokong kemampanan
perniagaan jangka panjang dan
mengkaji ruang baharu untuk
berkembang dan membangunkan
potensi mereka .[1]

2. Latihan sambil Latihan yang dijalankan di • Tertakluk kepada kelulusan,


bekerja [1] premis semasa bekerja [1] kumpulan pekerja ini akan
ditugaskan semula secara sementara
untuk membantu jabatan lain yang
memerlukan tenaga kerja untuk
jawatan kritikal atau fungsi
pekerjaan akibat daripada kekangan
tenaga kerja. [1]

10
• inisiatif ini ditawarkan secara
sukarela dan tertakluk kepada
prasyarat pekerjaan dan kriteria
pemilihan jabatan yang menerima.
[1]

• Semua tugasan akan dilakukan


secara sepenuh masa. [1]

3. Pembelajaran Menggunakan arahan secara • Menerapkan budaya kerja


secara dalam online dengan bantuan pendigitalan secara serentak untuk
talian [1] komputer[1] memanfaatkan sepenuhnya peluang
yang ditawarkan dalam norma
baharu. [1]

[F3,H3,KK4= 10M]

1 KK EXTRA

11
12. Jelaskan lima persekitaran tugas yang mempengaruhi perniagaan makanan segera. [20]

1. Pelanggan [1]
- Pihak yang membeli produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi
perniagaan.[1]
- Pelanggan menentukan jenis produk dan perkhidmatan yang perlu di tawarkan oleh
organisasi perniagaan.[1]
- Pelanggan hanya akan membeli produk dan perkhidmatan yang dapat memenuhi
keperluan dan kehendak mereka.[1]
- Contohnya Citarasa pelanggan yang pelbagai/berubah akan mempengaruhi jenis
keluaran makanan segera yang dikeluarkan seperti mi segera jenama magee
menyeluarkan mi segera perisa ayam goreng dan asam laksa.[1]

2. Pembekal [1]
- Pihak yang membekalkan bahan mentah, barang separuh siap dan barang siap kepada
perniagaan untuk mengeluarkan barangan serta perkhidmatan yang diperlukan oleh
pelanggan.
- Orang tengah antara peniaga dan pelanggan.[1.]
- Pemilihan pembekal yang baik dapat menghantar bekalan dengan segera dan tidak
berlaku kelewatan penghantaran.
- Contohnya pembekal yang memberikan tempoh kredit yang lebih panjang kepada
syarikat makanan segera akan memberikan tempoh bayaran yang lebih lama kepada
perniagaan untuk membuat bayaran balik hutang.[1]

3. Pembiaya [1]
- pihak yang menyediakan dana /sumber kewangan dan memberikan pinjaman kepada
perniagaan seperti pihak bank, syarikat kewangan, syarikat insurans dan syarikat kad
kredit, bagi membolehkan usahawan menjalankan aktiviti perniagaannya.
- Pembiaya mempengaruhi keupayaan organisasi untuk meneruskan operasi melalui
dana yang diberikan
- Keupayaan membayar balik pinjaman akan memberikan kesan kepada pembiaya.
- Contohnya pihak bank yang menyediakan kemudahan kewangan dalam bentuk ekuiti
atau pinjaman kepada syarikat makanan segera magee.[1]

4. Pemodal/pelabur [1]
- Pihak yang menyumbangkan modal ke dalam perniagaan dan mengharapkan
pulangan yang baik daripada hasil pelaburan modal yang dikeluarkan.[1]
- Sumbangan modal yang tinggi dan berkekalan memastikan kelangsungan perniagaan
dalam pasaran.[1]

12
- Perniagaan harus menggunakan sumber-sumber perniagaan secara efektif dan efisien
supaya keuntungan perniagaan dapat dimaksimumkan dan seterusnya dapat memberi
pulangan kepada pemodal /pelabur dalam bentuk dividen.[1]
- Contohnya pihak pemegang saham syarikat mamee akan sangat berpuas hati
sekiranya keuntungan perniagaan yang tinggi diperolehi kerana mereka akan
mendapat bayaran dividen yang lebih tinggi.[1]

5. Pesaing[1]
- Merupakan perniagaan lain dalam industry yang sama yang mengeluarkan
/menawarkan barang/perkhidmatan yang hamper sama dalam pasaran yang sama.
- Perniagaan perlu bersaing untuk mendapatkan syer pasaran bagi produk mereka.
- Persaingan yang dijalankan harus adil dan tidak melanggar etika perniagaan.
- Persaiangan yang sihat akan meningkatkan kecekapan pengeluaran-pengeluaran dan
memberi manfaat kepada pengguna.
- Contohnya di dalam industri makanan segera, McDonalds perlu bersaing dengan
KFC dan Burger King.[1]

6. Kerajaan [1]
- Pihak yang mentakbir sesebuah negara dan bertanggungjawab untuk melaksanakan
dasar-dasar kerajaan, menggubal dan menguatkuasa undang-undang / peraturan untuk
dipatuhi oleh perniagaan.[1]
- Kerajaan mempengaruhi aktiviti perniagaan melaui penguatkuasaan undang-undang
perniagaan untuk memastikan perniagaan beroperasi dengan adil serta menjaga
kepentingan pengguna.
- Contohnya semua perniagaan makanan segera di Malaysia mesti mempamerkan lesen
perniagaan pada permis perniagaan, perletakan tanda harga , memastikan logo halal
di diperolehi sekiranya gagal pihak penguasa tempatan boleh mengenakan denda
kepada peniaga kerana melanggar syarat .[1]

7. Pekerja [1]
- Merupakan individu /tenaga kerja dalam sesebuah perniagaan yang menyumbangkan
tenaga dan kepakaran dalam bentuk fizikal dan mental untuk mengerakkan aktiviti
perniagaan agar berjalan dengan lancar.[1]
- Perniagaan perlu sensitive kepada keperluan pekerja dan menjaga kebajikan mereka
agar produktiviti kerja mereka tidak terjejas.[1]
- Contohnya Faedah yang diberi kepada pekerja syarikat KFC adalah gaji, elaun,
bonus, latihan kemahiran dan faedah sampingan yang lain.[1]

8. Masyarakat [1]
- Merupakan satu komunikasi /kelompok orang yang terdapat di sesuatu Kawasan yang
mempunyai kepentingan secara langsung ke atas sesebuah sama ada sebagai pembeli
/ bukan pembeli produk perniagaan.[1]

13
- Mereka amat mempengaruhi kejayaan sesebuah perniagaan yang beroperasi di
Kawasan tersebut kerana Pengguna barang dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh
perniagaan.[1]
- Contohnya pandangan masyarakat terhadap perniagaan McDonalds dari pelbagai
aspek seperti imej perniagaan amat mempengaruhi jualan perniagaan.[1]
-
Fakta = 1m, Huraian = 1m, Contoh 1m

5 Fakta, 10 Huraian, 5 Contoh = 20m

14
13. Jelaskan langkah-langkah dalam proses penyelidikan pemasaran. [20]

1. Mengenal pasti masalah dan menetapkan objektif pemasaran.[1m]


- Pihak penyelidik pemasaran akan mengenalpasti dan mengkaji secara terperinci
masalah pemasaran yang wujud dalam organisasi/ di luar organisasi yang
menyebabkan kegagalan mencapai objektif pemasaran.[1]
- Masalah diterjemahkan kepada objektif penyelidikan yang spesifik.[1]
- Pernyataan masalah dan objektif penyelidikan akan digunakan untuk membimbing
seluruh proses penyelidikan pemasaran ke arah menentukan matlamat penyelidikan
yang hendak dicapai.[1]
- Contohnya pihak pemasar akan mengkaji masalah yang mungkin wujud dalam
organisasi seperti kesukaran untuk mencapai objektif pemasaran dan salah tersebut
mungkin berpunca dari dalam luar organisasi dan harus diselidik dari pelbagai sudut
seperti harga jualan dan promosi jualan.[1]

2. Membentuk rancangan penyelidikan.[1]


- Satu rancangan penyelidikan yang berkesan akan dibentuk untuk mengumpul semua
maklumat yang diperlukan berkaitan punca masalah dan seterusnya menyelesaikan
masalah yang dihadapi.[1]
- Kaedah penyelidikan yang digunakan ialah kaedah soal selidik, kaedah eksperimen
dan kaedah pemerhatian.[1]
- Contohnya pemasar akan menggunakan kaedah pemerhatian dan kaji selidik untuk
mendapatkan data primer dan data sekunder bagi mendapatkan maklumat berkaitan
kesukaran syarikat mencapai objektif.[1]

3. Melaksanakan penyelidikan dan menganalisis data.[1]


- Usaha pengumpulan data boleh dijalankan oleh jabatan penyelidikan pemasaran/firma
perundingan dari luar organisasi.[1]
- Dua jenis data yang boleh didapati daripada penyelidikan pemasaran iaitu data primer
dan sekunder.[1]
- Penyelidik pemasaran harus memproses dan menganalisis data yang diperolah kepada
maklumat yang sesuai untuk membuat keputusan pemasaran dengan menggunakan
beberapa keadah berstatistik.[1]
- Contohnya pemasar akan menganalisis dan mentafsir semua data menjadi maklumat
bermakna bagi tujuan membuat kesimpulan bermakna atau hipotesis dalam kajian.[1]

4. Menginterpretasikan data dan melapor penemuan[1]


- Penyelidik pemasaran akan mentafsir, merumus dan melaporkan hasil analisis
penyelidikan pemasaran kepada pengurusan organisasi.[1]
- Penyelidik harus membentangkan penemuan utama yang boleh difahami oleh
pengurusan dan berguna dalam pembuatan keputusan pemasaran.
- Merangkumi laporan bertulis tentang objektif, kaedah penyelidikan, 15
- Contohnya pemasar akan mengemukakan penemuan hasil kajian dan
memberikan cadangan kepada pihak pengurusan untuk membantu pengurus
pemasaran membuat keputusan sekiranya data yang diperolehi berkaitan
dengan promosi maka pihak pengurus perlu mengkaji strategi promosi yang
baru untuk digunakan dalam strategi pemasaran .[1]
-
Fakta 1m, Huraian 1m dan contoh

1 markah 4 fakta = 4m, 12 huraian = 12 markah dan 4

contoh = 4markah =20m

16

You might also like