Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

SULIT*

JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKAJPNMELAKA JPNMELAKA


JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKAJPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA
946/1 2024
JPNMELAKA JPNMELAKAJPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA
3
JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKAJPNMELAKA JPNMELAKA
5
JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKAJPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA
PENGAJIAN PERNIAGAAN
JPNMELAKA JPNMELAKAJPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA
1
JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKAJPNMELAKA JPNMELAKA
JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKAJPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA
KERTAS
JPNMELAKAJPNMELAKA JPNMELAKAJPNMELAKA 1
JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA
JPNMELAKAJPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA
3333333232 JPNMELAKA JPNMELAKAJPNMELAKA
JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKAJPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA
JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKAJPNMELAKAS JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA
JPNMELAKAJPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA
(Satu
JPNMELAKAJPNMELAKA JPNMELAKA jam empat
JPNMELAKA puluh lima)
JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA
JPNMELAKAJPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA
JPNMELAKAJPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA
JPNMELAKAJPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA JPNMELAKA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
NEGERI MELAKA
Semester 1 2024

SKEMA PEMARKAHAN

Arahan kepada calon :

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN


BERBUAT DEMIKIAN

Jawab semua soalan dalam Bahagian A


Jawab soalan 11 dalam Bahagian B
Jawab soalan 12 atau soalan 13 dalam Bahagian B

Anda boleh menjawab kedua-dua soalan, iaitu soalan 12 atau soalan 13 tetapi hanya
satu jawapan pertama yang akan diperiksa

Kertas soalan ini terdiri daripada 4 halaman bercetak.

Peperiksaan Percubaan STPM 2024 - 946/1


Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT
[Lihat sebelah
Bahagian A
[ 50 markah ]
Jawab semua soalan

1. Berikan empat peranan perniagaan terhadap ekonomi negara. [4]


1. Empat peranan perniagaan terhadap ekonomi Negara iaitu: [4]
• Meningkatkan pendapatan kerajaan melalui kutipan hasil cukai perniagaan yang
dibayar oleh sektor perniagaan.
• Mewujudkan bandar-bandar baru dan penempatan baharu hasil daripada
pertumbuhan perniagaan di sesuatu kawasan.
• Meningkatkan kemudahan awam seperti pembinaan infrastruktur pengangkutan dan
perhubungan yang lebih baik kepada rakyat.
• Menawarkan barang dan perkhidmatan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan
kepada rakyat melalui persaingan yang pesat dalam perniagaan.
• Membantu mewujudkan industri sokongan dan sampingan bagi membanguna
perniagaan huluan dan hiliran.
• Pertumbuhan pernigaan akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan,
mengurangkan kadar pengangguran dan meningkatkan taraf hidup penduduk.

[Mana-mana 4 yang pertama]


[1 ayat lengkap x 1m x 4 = m]

2. Jelaskan tahap huluan dan tahap hiliran bagi pengeluaran sesuatu produk. [4]
2. Tahap huluan

• merujuk kepada aktiviti perniagaan atau perusahaan yang berlaku dahulu sebelum
perniagaaan lain dapat dijalankan.
• Contohnya aktiviti pengeluaran kayu balak.

Tahap hiliran

• merujuk kepada aktiviti perniagaan yang berlaku selepas aktiviti huluan.


• Contohnya aktiviti pengeluaran papan ialah aktiviti hiliran untuk aktiviti
pengeluaran kayu balak.
[1H=1M, 4H x 1M=4M]

3. Huraikan tiga aktiviti perniagaan jenis pengeluaran. [6]


3. Tiga aktiviti perniagaan jenis pengeluaran:

1. Ekstraktif

Peperiksaan Percubaan STPM 2024 - 946/1


Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT
• Aktiviti mengeluarkan hasil bahan mentah daripada alam semula jadi untuk
dijadikan input kepada pengeluaran lain
• Cth – aktiviti perladangan, pembalakan, perlombongan atau perikanan

2. Barangan pengguna (barangan konsumer)


• Proses mengeluarkan barangan siap untuk pengguna akhir
• Contoh, beras,gula,minyak

3. Barangan industri
• Proses mengeluarkan produk siap atau separuh siap untuk pengguna industri
• Cth – komponen barangan elektrik, minyak masak yang dibeli untuk kegunaan
restoran

4. Pembuatan
• Aktiviti pengeluaran untuk menukarkan bahan mentah menjadi barangan siap
atau separuh siap
• Contoh, memproses susu getah menjadi tayar kereta.

5. Pemasangan
• Aktiviti memasang komponen-komponen untuk menghasilkan barangan siap
• Cth – pemasangan komponen kereta dan komputer
3F + 3H =6m

4. Huraikan dua jenis inventori. [4]


4. Dua jenis inventori ialah

1. Bahan mentah
• Terdiri daripada sumber alam semula jadi, bahan langsung atau bahan tidak
langsung yang disimpan oleh firma dan digunakan dalam proses
pengeluaran.

2. Kerja dalam proses


• Terdiri daripada produk separa siap yang masih dalam proses pengeluaran
dan masih belum menjadi barang siap.
• Disimpan untuk proses seterusnya dalam proses pengeluaran.

3. Produk siap

Peperiksaan Percubaan STPM 2024 - 946/1


Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT
• Output yang telah sempurna sepenuhnya yang dikeluarkan setelah proses
pengeluaran selesai dan sedia dipasarkan.
[H=2M , 2H x 2M=4M] Semak 2 teratas

5. Huraikan tiga langkah pertama dalam proses pembelian produk baru. [6]
5. Tiga langkah pertama dalam proses pembelian produk baru :
(a) Menyedari (1)
• Pengguna menyedari kewujudan barangan baharu tetapi tidak mempunyai
maklumat yang mencukupi tentang barang itu seperti harga spesifikasi dan
kualiti. (1)
• Pengeluar perlu menyampaikan maklumat yang secukupnya tentang barang
baharu kepada pengguna melalui pengiklanan, promosi jualan, publisiti dan
jualan bersemuka. (1)

(b) Meminati (1)

• Pengguna kemudiannya akan berminat untuk mencari maklumat


terkini dan terperinci tentang barang melalui media atau sumber
peribadi. (1)

(c) Menilai (1)

• Setelah mendapat maklumat, penggua akn membuat pertimbangan untuk


membeli barang atau tidak bergantung kepada pengguna sendiri atau
situasi. (1)

(1F+1H = 2m X 3=6M)

6. Nyatakan empat peringkat dalam kitaran hayat produk. [4]


Empat peringkat dalam kitaran hayat produk ialah

i. Pengenalan
ii. Pertumbuhan
iii. Kematangan
iv. Kemerosotan
[1F=1M, 4F x 1M=4M]

7. Huraikan tiga jenis penyata utama dalam penyata kewangan sesebuah syarikat. [6]

7. Tiga jenis penyata utama dalam penyata kewangan sesebuah syarikat ialah
(a) Penyata Pendapatan(1)

Peperiksaan Percubaan STPM 2024 - 946/1


Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT
• Penyata yang menunjukkan hasil, belanja dan untung atau rugi sesebuah syarikat
dalam tempoh tertentu.(1)

(b) Penyata Aliran Tunai(1)


• Penyata yang menunjukkan aliran keluar dan masuk dana sesebuah syarikat dalam
tempoh tertentu(1)

(c) Kunci Kira- kira(1)


• Penyata yang menunjukkan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik syarikat pada suatu
tarikh tertentu.(1)
[1F+1H = 2m X 3=6M]

8. Huraikan tiga prinsip insurans. [6]

Tiga prinsip insurans ialah


a. Prinsip ganti rugi
• Pampasan insurans setakat ganti rugi sahaja.
• Pemeganng polisi tidak boleh membuat keuntungan ke atas risiko yang
dilindungi.

b. Prinsip doktrin punca terdekat


• pampasan ke atas kerugian akan dibayar jika punca kerugian yang berlaku
secara langsung daripada risiko yang diinsuranskan.

c. Prinsip Kepentingan Boleh Diinsuranskan


• Si diinsurans mesti mempunyai kepentingan terhadap harta atau nyawa
yang diinsuranskan.

d. Prinsip Penuh Percaya Mutlak


• Pemegang polisi mesti memberi maklumat yang lengkap ke atas harta dan
nyawa yang diinsuranskan.
(1F+1H = 2m X 3=6M)

9. Huraikan dua kaedah penilaian prestasi pekerja dalam sesebuah organisasi perniagaan.
[4]
Dua kaedah penilaian prestasi pekerja dalam sesebuah organisasi perniagaan ialah
1. Skala perkadaran sifat
• Menggunakan borang yang diformatkan bagi membolehkan penilai menilai
kualiti dan ciri-ciri lain pekerja.

Peperiksaan Percubaan STPM 2024 - 946/1


Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT
2. Perbandingan pekerja
• Pegawai penilai akan mengelaskan pekerja-pekerja berdasarkan faktor-faktor
seperti prestasi kerja dan nilainya kepada organisasi.
3. Esei
• Penilai menghuraikan prestasi pekerja yang merangkumi kelebihan dan
kelemahan pekerja dalam bentuk esei.

4. Senarai semak
• Penilai menandakan pernyataan yang menggambarkan prestasi pekerja.
Setiap pernyataan diberi nilai wajaran.

5. Sistem penilaian 360


• Kaedah melibatkan banyak pihak memberi input penilaian prestasi seseorang
pekerja.

(1F+1H = 2m X 3=6M)

10. Huraikan tiga jenis ganjaran dalam bentuk kewangan. [6]


Ganjaran dalam bentuk kewangan
1. Gaji
• Bayaran asas yang dibayar pada akhir suatu tempoh tertentu.
2. Elaun
• Bayaran yang dibuat oleh majikan kepada pekerjanya supaya pakej ganjaran
lebih menarik
3. Upah
• Bayaran yang dibuat kepada pekerja mengikut tempoh yang ditetapkan.
4. Bonus tahunan
• Bayaran tambahan yang diberikan kepada pekerja berdasarkan prestasi
syarikat atau keuntungan syarikat pada akhir suatu tempoh tertentu dalam
bentuk peratusan daripada jumlah gaji pekerja.
5. Komisen jualan
• Bayaran berdasarkan peratusan tertentu daripada hasil jualan yang didapati
dan biasanya dibayar kepada pekerja yang terlibat dalam aktiviti jualan.
6. Perkongsian keuntungan
• Biasanya diterima oleh pihak pengurusan atasan dalam bentuk peratusan
daripada keuntungan syarikat atau pemilikan saham syarikat.

(3F x 2 = 6m)

Peperiksaan Percubaan STPM 2024 - 946/1


Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT
Bahagian B
[50 markah]

11. Baca kajian kes di bawah dan jawab soalan mengikutinya.

Naelofar Hijab

Label Naelofar Hijab merupakan gabungan antara minat serta kecintaan Neelofa dalam
dunia fesyen dan juga bisnes. Mempertaruhkan idea rekaan tudung sedia pakai yang
direvolusikan semula, impak yang diterima nyata di luar jangkaan. Kejayaan Naelofar Hijab
mengeluarkan rekaan tudung yang menarik dan moden sehingga dapat memasarkan tudungnya
ke pasaran luar seperti Turki, Iran, Jepun, Amerika Syarikat dan 30 negara lain. Dengan hanya
menjual 2 jenis hijab iaitu Instant Hijab dan Semi Instant Hijab. Menurut laporan media BBC,
sehingga kini hasil jualan Naelofar Hijab dikatakan mencecah melebihi RM50 juta setahun.
Apa yang menarik berkenaan Naelofar Hijab ini ialah harga tudung yang dijual pada harga
tidak melebihi RM100.

Hasil dari penyelidikan dan pembangunan yang rapi, Naelofar Hijab berjaya
melancarkan 16 gaya tudung dengan 30 warna-warna pastel bagi memudahkan pelanggan
membuat pilihan mengikut citarasa masing-masing. Kualiti kain adalah sifon yang
menjanjikan keselesaan kepada pengguna. Selain itu, elemen wajib yang ditampilkan oleh
Naelofar Hijab ialah penggunaan batu kristal atau mutiara Swarovski. Untuk mencapai
kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun 2017, Naelofar Hijab akan tampil dengan koleksi
untuk pengantin.

Menurut pengasas Naelofar Hijab, Neelofa berkata pelbagai aktiviti telah dirancang dan
dilaksanakan oleh Naelofar Hijab dalam mempromosikan keluaran terbaru itu termasuk
mengadakan aktiviti jelajah di seluruh negara seperti membuat jualan di bazar-bazar dan di
expo-expo. Naelofar Hijab juga turut merancang untuk mentransformasikan cawangan
pengedaran mereka di seluruh negara sebagai langkah dalam mengoptimumkan perkhidmatan
yang disediakan. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan kesetiaan
pelanggan. Selain itu, Naelofar Hijab akan membuka butik di Publika, dan Solaris Dutamas.
Dengan adanya butik fizikal maka koleksi Neelofar Hijab akan terus dekat dengan para
peminat.

Menurut Neelofa, latar belakang diri beliau sebagai selebriti hiburan, banyak membantu
memberi publisiti kepada Naelofar Hijab. Menurutnya lagi, sebagai selebriti, saya ada
pengikut, mereka bukan sahaja minat, malah nak ikut apa saya pakai, termasuk warna dan cara
pemakaiannya. Dalam kebanyakan masa, hal itu menjadikan kos marketing saya lebih rendah
daripada orang lain. Ini dibuktikan apabila rangkaian melalui media sosial turut menyumbang
kepada perniagaan Neelofa. Setakat ini Neelofa mempunyai seramai 3.5 juta pengikut di
Instagram dan 1.6 juta di twitter.

[Lihat sebelah

Peperiksaan Percubaan STPM 2024 - 946/1


Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT
(Diolah daripada http://www.encikshino.com/pengasas-naelofar-hijab-jenama-tudung-popular-
dimalaysia/ http://www.majalahniaga.com/bagaimana-neelofa-mempromosikan-perniagaannya -
melalui- 89 lakonan-beliau-2.html)

Berdasarkan kes di atas,


(a) Jelaskan strategi campuran pemasaran yang digunakan oleh Naelofar Hijab untuk
menghadapi persaingan yang semakin sengit pada masa kini. [20]
11. (a) Strategi campuran pemasaran yang digunakan oleh Naelofar Hijab untuk
menghadapi persaingan yang semakin sengit pada masa kini ialah
Bil Fakta Huraian Kaitan kes
1 Promosi [1] Merujuk kepada kaedah Laporan media BBC yang
yang digunakan untuk mengenai hasil jualan Naelofar
menyampaikan maklumat Hijab melebihi RM50 juta
berkaitan produk atau setahun. [1]
perkhidmatan kepada
pelanggan. [1] Mengadakan pameran-pameran
bergerak ke lokasi-lokasi yang
terpilih[1] seperti jualan di bazar-
bazar dan di expo-expo.[1]
2 Pengagihan[1] Perantaraan yang digunakan Mentranformasikan cawangan
oleh pemasar untuk pengedaran mereka di seluruh
mengedarkan produk dalam negara [1] sebagai langkah dalam
proses pemasaran atau mengoptimumkan perkhidmatan
merujuk kepada yang disediakan. [1]
pemindahan produk dari
tangan pengeluar ke tangan Membuka butik di publika, solaris
pengguna akhir. [1] dutamas. [1]
3 Harga[1] Merujuk kepada nilai yang Harga tudung yang dijual pada
diletakkan pada sesuatu harga tidak melebihi RM100.[1]
produk atau perkhidmatan
[1]

Peperiksaan Percubaan STPM 2024 - 946/1


Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT
4 Produk [1] Merujuk kepada barang, Mengeluarkan rekaan tudung yang
perkhidmatan atau idea menarik dan moden.[1]
yang ditawarkan kepada
pelanggan. Melancarkan 16 gaya tudung
[1] Mempertaruhkan 30 warna-warna
pastel sebagai warna neelofar
hijab.[1]

Menjual 2 jenis hijab iaitu instant


hijab dan semi instant hijab.[1]

Kualiti kain adalah sifon


yang menjanjikan
keselesaan kepada
pengguna. [1]

Penggunaan batu kristal atau


mutiara swarovski sebagai
kelainan dari produk yang ada di
pasaran.[1]

(b) Berikan maksud publisiti serta jelaskan dua kebaikannya kepada Naelofar Hijab.
[10]

Maksud publisiti

Satu komunikasi yang disampaikan kepada pengguna melalui sebaran media


komunikasi tentang produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan [1] oleh sesebuah perniagaan
dan tidak perlu dibayar. [1]

Bil Huraian/ Kebaikan Kaitan Kes


1 Mampu meningkatkan permintaan Laporan media BBC yang mengenai hasil
sesuatu produk / memperkenalkan jualan Naelofar Hijab melebihi RM50 juta
produk / mempopularkan sesuatu setahun. [2]
produk. [1]
Latar belakang diri Neelofa sebagai selebriti
hiburan, membuatkan peminat mengikut cara
pemakaiannya. [2]
2 Tidak perlu bayaran bagi hebahan Kos marketing lebih rendah daripada orang
lain berita apabila rangkaian network melalui
media sosial turut menyumbang kepada
perniagaan Neelofa. [2]

Setakat ini Neelofa mempunyai seramai 3.5


juta pengikut di Instagram dan 1.6 juta di
twitter.[2]
Definisi : 2m

Peperiksaan Percubaan STPM 2024 - 946/1


Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT
Kebaikan : 2 x 1m=2m
Kaitan kes : 8 markah
Maksima = 10 markah

12. Jelaskan persekitaran tugas yang terlibat dalam perniagaan pembuatan roti. [20]

Persekitaran tugas yang terlibat dalam perniagaan pembuatan roti ialah


1. Pelanggan
H1: Pelanggan merujuk kepada pembeli produk atau pengguna produk dan
perkhidmatan
H2: Perubahan cita rasa pelanggan mempengaruhi jenis keluaran, harga dan kualiti
yang dikeluarkan oleh perniagaan
H3: Pelanggan hanya akan membeli produk dan perkhidmatan yang dapat memenuhi
keperluan dan kehendak dari segi nilai berbanding dengan kos/kualiti
H4: Pelanggan menentukan jenis produk dan perkhidmatan yang perlu ditawarkan oleh
organisasi
H5: Permintaan pelanggan ke atas produk dan perkhidmatan yang ditawarkan akan
mempengaruhi keupayaan syarikat untuk beroperasi
Contoh: Ali membeli roti di kedai roti/ Pasaraya Mydin membeli roti di kilang Gardenia
Contoh: Permintaan pelanggan terhadap pakaian semakin berkurangan telah
menyebabkan syarikat pakaian mengalami kerugian

2. Pekerja
H1: Pekerja merujuk kepada modal insan yang menyumbangkan tenaga serta
kepakaran dalam bentuk fizikal atau mental
H2: Pekerja yang baik dan berkemahiran tinggi akan meningkatkan produktiviti
pengeluaran
H3: Semangat kerjasama pekerja membantu perniagaan mencapai matlamat organisasi
Contoh: Pekerja yang mahir dapat mengendalikan mesin untuk membuat roti

3 Pembekal
H1: Pembekal merujuk kepada pihak yang membekalkan input atau bahan mentah

Peperiksaan Percubaan STPM 2024 - 946/1


Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT
H2: Hubungan dengan pembekal baik menjamin bekalan
H3: Bekalan yang berterusan dan cekap menentukan kejayaan sesebuah perniagaan
Contoh: Perniagaan telur, tepung dan gandum telah menjual bekalan kepada kilang roti
membolehkan bekalan berterusan

7. Pembiaya
H1: Pembiaya merujuk kepada pihak yang memberi pinjaman kepada peniaga
H2: Organisasi harus menjaga kepentingan pembiaya dengan menjelaskan hutang
(termasuk faedah dan prinsipal) kepada pembiaya mengikut tempoh yang
ditetapkan
H3: Yang tinggi mempengaruhi organisasi untuk meneruskan operasi dan pembesaran
perniagaan
Contoh: CIMB bank memberi pinjaman kepada pengusaha kilang roti telah
membolehkan pembesaran perniagaan

8. Pemodal/ pelabur
H1: Pemodal merujuk kepada pihak yang menyumbang modal dalam sesebuah
perniagaan
H2: Sumbangan modal yang tinggi dan berkekalan membolehkan pembesaran
perniagaan dan kelangsungan perniagaan
Contoh: Pelabur yang melaburkan wang ke dalam syarikat roti Gardenia membolehkan
perkembangan perniagaan

9. Kerajaan
H1: Kerajaan merujuk kepada pihak berkuasa yang membentuk undang-undang dan
menguatkuasakan undang-undang atau peraturan dan juga pihak yang
mengeluarkan lesen serta mentadbir sesebuah negara
H2: Cukai tinggi akan mengurangkan keuntungan perniagaan dan jualan
H3: Kehendak undang-undang mewujudkan tanggungjawab sosial memberi pengaruh
kepada aktiviti perniagaan
Contoh: Kerajaan menetapakan roti putih dan roti ‘Wholemeal’ dikecualikan cukai
jualan (SST) membolehkan harga yang lebih rendah

10. Pesaing
H1: Pesaing merujuk kepada firma lain dalam industri yang sama atau peniaga yang
yang menjual produk serupa di tempat atau pasaran yang sama

Peperiksaan Percubaan STPM 2024 - 946/1


Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT
H2: Persaingan memaksa perniagaan membuat inovasi
H3: Persaingan harga dan kualiti produk organisasi menentukan tingkat harga dan
kualiti produk/persaingan sihat
Contoh: Syarikat pengeluar roti Massimo ialah pesaing kepada pengeluar roti Gardenia

11. Masyarakat
H1: Masyarakat merujuk kepada sekelompok orang yang berada di persekitaran operasi
perniagaan
H2: Perniagaan perlu menjalankan tanggungjawab sosial untuk memastikan sokongan
yang berterusan dari masyarakat
H3: Sokongan masyarakat dapat meningkatkan jualan dan imej perniagaan dalam
jangka panjang
Contoh: Syarikat pengeluar roti harus peka terhadap isu kebersihan kilang dan status
halal roti yang dikeluarkan.
Fakta=1, Huraian=1 X 2,Contoh=1
[ 5 x 4m =20m ]
Mana-mana lima fakta yang terbaik

13. Jelaskan proses pengambilan sumber manusia. [20]

Proses pengambilan sumber manusia ialah

1. Merekrut
H1: melibatkan usaha mencari dan menarik sekumpulan calon-calon yang berpotensi
dan berkelayakan untuk memenuhi sesuatu jawatan kosong dalam organisasi.
H2: Sumber pengrekrutan terdiri dari sumber dalaman dan sumber luaran organisasi.
H3: Pengrekrutan sumber dalaman boleh dibuat melalui pengumuman kerja di papan
kenyataan, risalah organisasi, e-mel organisasi, pencalonan daripada penyelia
atau rujukan pekerja.
H4: Pengrekrutan sumber luaran boleh dibuat melalui iklan, agensi kerja, head-
hunting, pemohon tidak diundang (walk-in) dll.
Contohnya sebuah syarikat pengeluaran pakaian mengiklankan jawatan pengurus
pengeluaran di suratkhabar tempat.

2. Pemilihan

Peperiksaan Percubaan STPM 2024 - 946/1


Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT
H1: satu proses untuk mengenalpasti individu yang mempunyai kelayakan yang
relevan untuk mengisi kekosongan jawatan sedia ada atau jawatan yang bakal
wujud.
H2: melibatkan empat aspek iaitu:Borang permohonan, semakan rujukan, temuduga
dan ujian pemilihan.
H3: borang permohonan yang mengandungi butir-butir peribadi, kelayakan akademik,
pengalaman kerja dan minat.
H4: Semakan rujukan iaitu calon menyediakan perujuk untuk memeriksa kebenaran
penyata calon tentang diri mereka.
H5: Temuduga untuk mendapatkan maklumat tentang calon melalui maklum balas
terhadap soalan-soalan yang dikemukakan secara lisan.
H6: Ujian pemilihan seperti ujian prestasi, ujian kecerdasan, ujian personality, ujian
kesihatan untuk menapis calon yang layak untuk jawatan dalam organisasi.
C: Contohnya sebuah syarikat pengeluaran pakaian mengadakan ujian kecerdasan
dan ujian personaliti untuk menapis calon yang layak untuk jawatan pengurus
pengeluaran.
3. Penawaran Kerja
H1: Calon yang berjaya dalam proses pemilihan akan ditawarkan kerja dengan syarat-
syarat perkhidmatan yang ditetapkan.
H2: Calon akan dihubungi melalui surat rasmi, e-mel atau panggilan telefon.
H3: Calon mesti menerima tawaran dalam jangka masa yang ditetapkan.
C: Contoh, calon yang berjaya akan ditawarkan surat tawaran jawatan yang
mengandungi syarat perkhidmatan, nama jawatan, senarai tugas, tanggungjawab
gaji dan elaun dll.
4. Induksi
H1: merupakan satu proses sosialisasi di mana pekerja baharu mendapat pendedahan
awal agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja di
organisasi baharu.
H2: Tujuan utama induksi ialah untuk membolehkan pekerja baru membiasakan diri
dengan persekitaran/ suasana/ iklim tempat kerja baru/jawatan baharu.
H3: Antara kandungan induksi makluman umum organisasi seperti sejarah, misi, visi
serta dasar dan peraturan seperti etika kerja, disiplin dalam pekerjaan.
C: Contohnya sebuah syarikat pengeluaran pakaian mengadakan program induksi
selama tiga hari untuk sekumpulan eksekutif pengeluaran yang dikendalikan oleh
pegawai Latihan daripada jabatan sumber manusia.
Fakta=1, Huraian=1 X 3, Contoh=1

Peperiksaan Percubaan STPM 2024 - 946/1


Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT
[ 4 x 5m =20m ]

Peperiksaan Percubaan STPM 2024 - 946/1


Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT

You might also like