Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Ruj:

Mesyuarat Jawatankuasa

Penilaian Kertas Kerja dan Institusi Latihan Awam (ILA) Bil.

/2024

Nombor:

KERTAS CADANGAN DARIPADA PEBIMBING

RAKAN SISWA PENDIDIK 2024/2025

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

TAJUK:

PROGRAM HARI SUKAN PRSD 2024

TARIKH :

18 Julai 2024

HARI:

KHAMIS

ANJURAN :

PEBIMBING RAKAN SISWA PENDIDIK 2024/2025


IPGM KAMPUS DARULAMAN
1.0 TUJUAN

Kertas cadangan ini dikemukakan untuk mendapat kelulusan dan pertimbangan


daripada Pengarah IPG Kampus Darulaman bagi menjayakan PROGRAM HARI
SUKAN TRADISIONAL.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Program Hari Sukan Tradisional ini merupakan satu aktiviti yang dirancang
dan dikelolakan oleh ahli - ahli kelab PRSD

2.2 Program ini akan dilaksanakan pada 11 Julai 2024 di sekitar kawasan
kampus IPGKDA.

2.3 Program ini bertujuan untuk memberikan galakkan kepada siswa dan siswi
akan kepentingan bersukan disamping memberikan pengenalan kepada
mereka mengenai kewujudan unit UPSK dan PRSD.

3.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

3.1 Menjadi tanggungjawab mahasiswa guru IPGKDA untuk melibatkan diri


dalam pelbagai program khususnya dalam bidang kokurikulum sebelum
memulakan profesion sebagai pendidik sejurus menamatkan pengajian
seiring dengan KPI Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPGKDA.

3.2 Semua pelajar IPGKDA perlulah mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui penglibatan program yang
dianjurkan.

3.3 Menjadi satu usaha untuk membentuk jiwa dan sifat kepimpinan yang
unggul dalam diri setiap mahasiswa guru.
4.0 PERINCIAN CADANGAN

4.1 Matlamat

4.1.1 Program ini membolehkan semua pelajar IPGKDA saling


berkenalan dan bergaul antara satu sama lain tanpa mengambil
kira perbezaan dari segi bangsa dan agama. Selain itu, program
ini juga mampu memberikan pengalaman bersukan yang
bermakna kepada pelajar IPGKDA yang terlibat disamping
merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain.
4.1.2 Membuka minda bakal guru dengan suasana dan pengalaman
baru di samping melaksanakan aktiviti bersama.

4.2 Objektif

4.2.1 Memberikan peluang kepada ahli untuk merancang, mengurus,


mengelola dan melaksanakan Program Hari Sukan Tradisional
ini.
4.2.2 Memantapkan kemahiran kepimpinan ahli sebagai satu nilai
tambah.
4.2.3 Menarik minat pelajar untuk menyertai aktiviti sukan berkumpulan.
4.2.4 Melatih pelajar untuk mengendalikan segala aturcara, tentatif
program, teknikal program dan segala persiapan bagi menjayakan
program ini.

4.2.5 Melatih pelajar untuk mempelajari cara-cara kepengadilan semasa


melaksanakan program ini sebagai satu kemahiran yang boleh
dibawa apabila mengajar di sekolah

4.3 Strategi Pelaksanaan

4.3.1 Tarikh :
18 Julai 2024 (Khamis)

4.3.2 Tempat :
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

4.3.3 Penyertaan
Peserta: Pelajar PISMP Ambilan Jun 2023-2028 dan
Ahli Jawatankuasa PRSD
4.3.4 Kaedah Pelaksanaan
Program ini akan dilaksanakan secara bersemuka di sekitar
kawasan IPGKDA

4.4 Jawatankuasa :

4.4.1 PENASIHAT

Puan Nor Suhana Binti Zainuddin


(Penasihat I Kelab Pembimbing Rakan Siswa Pendidik)

Pn. Roshada binti Ahmad


(Penasihat II Kelab Pembimbing Rakan Siswa Pendidik)

4.4.2 PENGERUSI

Balqis Binti Azmi


(Biro Sukan dan Kebudayaan PRSD IPGKDA)

4.4.3 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Balqis Binti Azmi


Naib Pengerusi : Ahmad Nazirun Shah bin Ahmad Nizam
Setiausaha : Aina Nabilah Binti Shahidan
Bendahari : Amirah solehah Binti AB Aziz

4.4.4 JAWATANKUASA PROGRAM

Keselamatan
1. Muhammad Haikal Bin Rasidi
2. Muhamad Irfan Shauqi Bin Ahmad Zabidi

Persiapan tempat & kebersihan


1. Nur Azyana Hayyuni Binti Yusri
2. Tun Qaisarah Danisha Bt Tun Ahmad Faizal

Pendaftaran & skor mata


1. Nur Azyana Hayyuni Binti Yusri
2. Wahida Binti Che Musa
3. Ahla Falihah Binti Amir Fariz

Peralatan
1. Siti Solehah Binti Awang Kecil
2. Nurin Amalin Binti Mohd Hamsin

Dokumentasi
1. Nurul Basyiratul Ain Binti Bahtiar
2. Nur Adlina Safiah Binti Rosly
3. Johnny Wong Gong Soon
Pengurusan perlawanan
1. Muhammad Alif Hilmi Bin Khairil Hazaimi
2. Nor Jauhari Firdaus Bin Nor Kartini

Perhubungan
1. Wan Aisyah Aqilah Binti Wan Ahmad Hasbi
2. Leow Pin Wuen

Makanan
1. Nur Zahirah Binti Mohd Mazli
2. Noorhani Aqila Binti Dzulkefli

Hadiah & sijil


1. Auniel Firzana Binti Mohamad Asri
2. Ng Yen Pheng
3. Nur Alia Farsha Binti Mohamad Rosli

5.0 KEWANGAN

Program ini ingin memohon peruntukan sebanyak RM 480.00. Pecahan


perbelanjaan adalah seperti berikut:

Bil. Perkara Butiran Perbelanjaan Unit Jumlah Catatan


(RM)

1. Hadiah dan Sijil Medal 70 -


JHEP
Sijil Penyertaan 200 -

2 Hamper Hamper Makanan (RM 30.00) 10 300.00 OS 42

3 Makanan dan Nasi Lemak AJK Pelaksana


minuman (RM5.00) 30 150.00 OS 42

Air Mineral (RM 15.00 satu 2 30.00


karton)
JUMLAH KESELURUHAN RM 480.00
6.0 KEPERLUAN YANG DIPERLUKAN

BIL PERKARA KUANTITI CATATAN

1 Pingat 70 set Mohon di HEP

2. Batu Seremban 4 set Disediakan

3. Congkak 10 unit Pinjam di Stor Sukan

4. Bola Takraw 10 unit Pinjam di Stor Sukan

5. Kain Pelikat 10 unit Disediakan

6. Getah 2 Paket Disediakan


7.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar program ini diterima dan mencapai objektif yang digariskan serta
mampu memperkasakan pembangunan pembelajaran profesional warga pendidik.

8.0 SYOR/ULASAN

Memohon pertimbangan ahli mesyuarat untuk meluluskan pelaksanaan Program Hari Sukan
Tradisional di bawah kelolaan Jawatankuasa PRSD.

Disediakan oleh,

...................................................
BALQIS BINTI AZMI
Biro kebudayaan,
Kelab PRSD IPGKDA. Tarikh :

Disemak oleh,

...........................................................
ROSHADA BINTI AHMAD
Penasihat II Kelab PRSD Tarikh
ULASAN KETUA JABATAN / KETUA UNIT :

Data/ maklumat yang diberikan adalah betul

Butiran kewangan yang diberikan adalah betul

Telah disemak dengan teliti

DISOKONG / TIDAK DISOKONG

............................................................................................... ................

.................................................................................................................

………………………………...........................………………………………

(Tarikh) (Tandatangan & Cop)


TENTATIF PROGRAM HARI SUKAN PRSD PERINGKAT IPGKDA BAGI TAHUN 2024

Hari : KHAMIS
Tarikh : 18 JULAI 2024

Masa Aktiviti

7.45 a.m – 8.30 a.m Pendaftaran peserta & sesi pemanasan badan

8.45 a.m – 12.30 p.m Pertandingan bermula

12.30 p.m – 1.30 p.m Rehat

1.30 p.m – 2.30 p.m Pertandingan bersambung

2.30 p.m – 3.00 p.m Penyampaian hadiah

Bersurai

You might also like