Minit_Mesyuarat_Panitia_Sains_Daerah_Kali_1[1]

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS DAERAH KALI PERTAMA 2024

TARIKH : 20 JUN 2024

MASA : 9.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAHARI

TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK SAUK

PENGERUSI : MOHAMMAD SAYUTI BIN AHMAD

Bil Nama Jawatan/sekolah

1 En. Mohammad Sayuti Bin Ahmad Guru Besar SK Kati

2 Pn. Ma Noralasikin binti Abdul Manaf SISC+ PPD Kuala Kangsar

3 Pn. Yusnita binti Muniar SISC+ PPD Kuala Kangsar

4 En. Mohamad Ibrahim B. Ngah Sahib Guru Besar SK Sauk

5 Pn. Tia Phaik Wan Guru Besar SJKC Sey Wah

6 Pn. Ponnumani a/p Theru Guru Besar SJKT Heawood

7 En. Idzahar B Idris Guru Besar SK Jeliang

8 Pn. Nor’aini Bt. Abdullah Guru Besar SK Raja Perempuan Muzwin

9 Pn. Mogana Sundari a/p Samikamli Wakil SJKT Ladang Perak River Valley

10 En . Arsat B Shaari Penolong Kanan Ko- kurikulum Sk Sayong

11 Pn. Noor Shitah Bt. Nassaruddin Setiausaha Panitia Sains Sk Sauk

12 En Hishamullah B. Hod Ketua Panitia Sains SK Sauk

13 Salbiah Bt . Abi Hashim Ketua Panitia Sains SK Kati

KEHADIRAN : 13 ORANG

Tidak hadir

1.SK Trosor (Pengerusi Panitia Sains Kelompok Sungai Siput)

2.SK Perwor (Pengerusi Panitia Sains Kelompok Lasah)

1
1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai
SISC+ PPD Kuala Kangsar, Puan Ma Noralasikin dan Puan Yusnita hadir ke mesyuarat
Panitia Sains Daerah Bil.1 Tahun 2024.
1.2 Ribuan terima kasih juga kepada , barisan Pentadbir, Ketua Panitia dan guru-guru yang
turut hadir ke mesyuarat pada kali ini.
1.3 Pengerusi memaklumkan kepada semua yang hadir bahawa SK Kati, SK Sauk, SKJC
Sey Wah dan SJKT Ladang Perak River Valley merupakan Pengerusi bersama bagi
Panitia Sains Daerah Kuala Kangsar.
1.4 Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk bersama-sama membincang dan merangka
aktiviti yang boleh dilaksanakan di peringkat Daerah Kuala Kangsar untuk murid dan
guru dalam mata pelajaran Sains.
1.5 Disamping itu juga, perjumpaan seperti ini dapat menjadi tempat untuk para guru Sains
berkongsi idea atau menyebar luas maklumat berkaitan mata pelajaran Sains. Ini
sekaligus dapat membantu dalam meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sains di
peringkat Daerah.

Makluman Dan Tindakan:Ketua Panatia Kelompok

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pn. Ma Noralasikin Bt Abdul Manaf mencadangkan minit mesyuarat disahkan


Pn. Yusnita Bt Muniar menyokong cadangan tersebut.

3. PERKARA BERBANGKIT

Tiada

4. PEMBENTANGAN

4.1 Panitia Sains Daerah perlu menyediakan sekurang – kurangnya 2 aktiviti yang
melibatkan 1 aktiviti murid dan 1 aktiviti guru.
4.2 SK Kati dan SK Sauk perlu menyediakan 2 aktiviti untuk Sekolah kebangsaan manakala
SJKC dan SJKT perlu menyediakan 2 aktiviti secara berasingan.
4.3 Cadangan aktiviti untuk guru:
a. Bengkel Pembinaan Item soalan
Sektor Peperiksaan akan membuat penataran untuk di beri kepada setiap sekolah
( JSU ) yang standard. Wakil setiap sekolah akan dipanggil untuk menghadiri bengkel
Tersebut.
b. Program Peningkatan kompetensi dan Kemahiran Saintifik. (KPS)
Tarikh : 10 September 2024 (Selasa). Plan A
Tarikh : 21 September 2024 (Sabtu). Plan B
Tempat : Pejabat Pendidikan Daerah.
Sasaran : Guru sains yang mengajar 3 tahun ke bawah.Seorang guru dari setiap
Sekolah.
4.4 Cadangan aktiviti untuk murid;
Bengkel Kemahiran Saintifik (KPS)
2
Tarikh : Antara 1 hb hingga 10 hb Oktober 2024.
Program peringkat Daerah tetapi pelaksanaannya peringkat kelompok dan surat
menyurat boleh berhubung dengan pegawai SISC+ di Pejabat Pendididikan Daerah.
Pengisian bengkel melibatkan guru guru yang telah menyertai program peningkatan
kompetensi dan kemahiran saintifik (KPS)
4.5 Maklumat tentang Karnival Idea@Stream 2024 akan diadakan pada 14 hingga 15 Ogos
Bertempat di Kolej Komuniti Chenderoh. Anjuran bersama Pejabat Pendidikan Daerah
Kuala Kangsar dan Kolej Komuniti Chendroh.
Programnya terdiri daripada Inovasi (Produk Stem), Demostrasi (Kursus Pendek),
Eksplorasi (Pertandingan) dan Aktiviti ( Pameran

4.6 Aktiviti pameran Di Karnival Idea@Stream 2024 melibatkan penyertaan sekolah


diperingkat kelompok. Pemilihan boleh dibincangkan diperingkat kelompok dan sekolah
yang sudah bersedia

Makluman Dan Tindakan:Ketua Panatia Kelompok

4. HAL-HAL LAIN

4.1 Mencadangkan Mesyuarat Panitia Sains Peringkat Sekolah Rendah Daerah


dijalankan 3 kali setahun.
4.2 Keputusan cadangan tarikh mesyuarat kali kedua pada 3 September 2024 dan kali
ketiga pada 13 Januari 2025
4.3 Penyediaan minit mesyuarat sebelum mesyuarat serta maklum balas 14 hari
sebelum mesyuarat akan datang .
4.4 Wakil SISC+ Pn. Ma Noralasikin menyatakan bahawa tiada perbandingan antara
sekolah di peringkat daerah keputusan PBD. Namun pihak sekolah perlu
menyediakan analisa dan data untuk tindakan program bersama ibu bapa .
4.5 Ujian Pertengahan Sessi Akademik (UPSA) dan Ujian Akhir Sessi Akademik
(UASA) juga tiada perbandingan tetapi perlu menyediakan data. Setahun 2 kali ujian
diadakan.Kecuali PLAN perlu menyediakan analisa dan data tetapi sekolah terpilih
sahaja.
4.6 Pelaporan PBD perlu diisi mulai 1 Julai hingga 2 Ogos diperingkat sekolah.
Pemberian TP kepada murid perlu mengikut tahap pencapaian. Tidak menjadi
masalah untuk meletakkan TP 1@ 2 jika sesuai tahap mereka. TP6 juga boleh di
beri pada awal tahun mengikut topik dan menjadi TP 5 bila diakhir tahun

Makluman Dan Tindakan:Ketua Panatia Kelompok

5. PENUTUP
3
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11. 50 pagi

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................................ .........................................................
(SALBIAH BT ABI HASHIM) (MOHAMMAD SAYUTI B AHMAD)
Ketua Panitia Sains Guru Besar
SK Kati SK Kati

You might also like