Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMAS JAYA 5

SULIT
BAHASA MALAYSIA
MEI 2014
1 JAM 15 MINIT

NAMA :___________________________________

TAHUN :_________________

PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN

BAHASA MALAYSIA

1 JAM 15 MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.


2. Bahagian A mengandungi 20 soalan objektif. Anda dikehendaki
membulatkan jawapan yang betul pada kertas ini.
3. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian bulatkan jawapan yang baru.
4. Bahagian B mengandungi 6 soalan. Jawab semua soalan.

Bahagian A
10

Bahagian B
40

Jumlah
50

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak

1
BAHAGIAN A (10 Markah)

Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan iaitu A , B dan C. Bagi setiap soalan, pilih
satu jawapan sahaja.

1. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikut.

Kampung Telaga Nibung telah di landa banjir. Air sungai melimpah tebing sungai. Banjir ini
berlaku kerana hujan yang turun tidak berhenti-henti selama seminggu. Air banjir telah
memusnahkan harta benda penduduk kampung. Tanaman telah musnah dan haiwan ternakan
pula mati. Semua penduduk kampung Telaga Nibung diarahkan berpindah ke tempat yang
selamat. Pasukan keselamatan seperti polis dan askar membantu memindahkan penduduk
kampung. Mangsa-mangsa banjir di tempatkan di Sekolah Kebangsaan Telaga Nibung.
Sementara menunggu air surut, Persatuan Bulan Sabit Merah iaitu badan sukarela memberi
bantuan makanan dan keperluan lain.

1. Kampung manakah yang telah dilanda banjir?

A. Kampung Pasir Akar telah dilanda banjir.


B. Kampung Telaga Nibung telah dilanda banjir.
C. Kampung Darau telah dilanda banjir.

2. Mengapakah banjir ini berlaku?

A. empangan di kampung itu pecah.


B. hujan turun tidak berhenti-henti selama seminggu.
C. tebing sungai telah runtuh.

3. Siapakah yang membantu penduduk kampung berpindah?

A. Pasukan polis dan askar


B. Ketua kampung
C. Pasukan Bulan Sabit Merah

4. Ke manakah mangsa-mangsa banjir dipindahkan?

A. ke atas bukit
B. ke balai raya
C. ke Sekolah Kebangsaan Darau

5. Apakah yang musnah akibat banjir itu?

A. Pakaian mereka
B. Harta benda seperti haiwan ternakan dan tanaman
C. Rumah mereka

2
2. Bulatkan jawapan yang paling sesuai.

1. _________ di dalam kelas itu pandai-pandai belaka.


A. Murid-murid B. Anak-anak C. Budak-budak

2. Di dalam gua itu terdapat sarang _________.


A. kekuda B. lelabah C. kekacang

3. Kayu itu dimakan oleh ________ .


A. agar-agar B. kura-kura C. anai-anai

4. Para pemandu dinasihatkan memandu dengan _______________ di jalan raya.


A. berbaik-baik B. berhati-hati C. bersungguh-sungguh

5. Razli ________ datang ke rumah saya.


A. jarang-jarang B. jarak-jarak C. ramai-ramai

BAHAGIAN B (40 MARKAH)

1. Suaikan gambar dibawah dengan rangkai kata yang betul.

(6 markah)

3
2. Lengkapkan cerita di bawah dengan perkataan yang diberi.

berasa terhidu bertenggek membuka memuji

Sang Musang sedang berbaring di bawah sebatang pokok. Tiba-tiba Sang Musang

__________________________ bau daging. Sang Musang mendongak ke atas pokok . Sang

Musang ternampak seekor gagak sedang ________________________ di atas dahan dan

diparuhnya ada sepotong daging. Sang Musang berfikir cara untuk mendapatkan daging itu. Sang

Musang pun ____________________ gagak dan menyuruh Sang Gagak menyanyi. Sebaik

sahaja Sang Gagak _____________________________ mulutnya, daging itu jatuh. Sang

Musang pun melarikan daging itu. Sang Gagak _______________________ sungguh marah dan

menyesal.

( 5 markah )

3. Gariskan perkataan berimbuhan yang bersesuaian dengan ayat dibawah.

a. Rumah Devi tidak ( tercantik , secantik ) rumah Lisa.

b. Puan Lina sedang ( mendukung , pendukung ) anaknya yang sedang menangis.

c. Adik menangis kerana ( berjatuh , terjatuh )dari katil.

d. ( Pendapat , Mendapat ) Ramu tidak diterima oleh abangnya.

e. Anis dan Intan ( kunjungan , berkunjung ) ke rumah Mei Ling pada Tahun Baru Cina.

f. Mereka ( kedua , berdua ) ialah adik-beradik kembar.

g. ( Pakaian , Memakai ) begitu tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.

( 7 markah )

4
4. Gabungkan ayat-ayat di bawah dengan menggunakan kata hubung yang diberi.

a. Bapa mendengar radio.


Bapa membaca surat khabar. ( sambil )

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

b. Kakak memadamkan lampu.


Kakak tidur. ( lalu )

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

c. Sang Kancil bijak.


Sang Buaya bodoh. ( tetapi )

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

(6 markah)

5. Susun perkataan berikut menjadi ayat.

Abu baju memakai berwarna biru.

___________________________________________________________________________

Azrin Afiqah berkawan. dan baik

___________________________________________________________________________

sedang goreng Ibu memasak nasi

___________________________________________________________________________

(6 markah)

5
6. Bina ayat berdasarkan perkataan berikut:

a. gembira

___________________________________________________________________________

b. masam

___________________________________________________________________________

c. panjang

___________________________________________________________________________

d. hijau

___________________________________________________________________________

e. sedih

___________________________________________________________________________

(10 markah)

-SOALAN TAMAT-

You might also like