Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 32

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.

26

GARIS PANDUAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN


PROJEK SECARA REKA DAN BINA

BAHAGIAN I
GARIS PANDUAN PEROLEHAN
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.26

BAHAGIAN I

GARIS PANDUAN PEROLEHAN

1.0 PENGENALAN

1.1 Pelaksanaan projek secara Reka dan Bina adalah salah satu kaedah pelaksanaan projek-
projek Kerajaan. Ia melibatkan kerjasama pelbagai pihak seperti Agensi pelanggan,
Agensi pelaksana, kontraktor, perunding kontraktor dan pembekal. Peranan dan
tanggungjawab pihak yang terlibat dengan kaedah pelaksanaan Reka dan Bina adalah
berbeza dengan pelaksanaan secara kaedah konvensional.

1.2 Garis panduan ini memberi penjelasan mengenai konsep serta tatacara perolehan dan
pengurusan pembinaan projek yang dibiayai di bawah peruntukan Persekutuan. Bagi
projek-projek Negeri, tatacara yang berkenaan hendaklah disesuaikan sewajarnya.

1.3 Tatacara di bawah garis panduan ini adalah hanya sesuai bagi projek-projek yang
dilaksanakan keseluruhannya secara Reka dan Bina serta tidak terpakai jika hanya
sebahagian komponen kerja di bawah kontrak konvensional perlu di reka bentuk oleh
kontraktor.

2.0 KONSEP

2.1 TAKRIF

(a) Kaedah Konvensional

Kaedah pelaksanaan projek secara konvensional bermaksud pembinaan adalah


berdasarkan reka bentuk yang telah disediakan oleh Agensi atau perunding yang
dilantik oleh Agensi. Kontraktor hanya bertanggungjawab untuk membina dan
menyiapkan projek berdasarkan reka bentuk tersebut. Penyeliaan projek juga
dilaksanakan oleh Agensi sendiri atau perunding yang dilantik.

(b) Kaedah Reka dan Bina

Kaedah pelaksanaan projek secara Reka dan Bina bermaksud kontraktor


bertanggungjawab untuk merancang, mereka bentuk, membina dan menyiapkan,
menyelia, melengkapkan, menguji, mentauliah dan menyenggara keseluruhan
kerja dan apa-apa perkhidmatan/peralatan selaras dengan Kehendak Kerajaan.
Penyeliaan projek dilaksanakan oleh perunding profesional yang dilantik oleh
kontraktor manakala peranan dan tanggungjawab Agensi adalah sebagai
pengurus projek dan pentadbir kontrak.

1
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.26

3.0 CIRI-CIRI KONTRAK

3.1 SYARAT-SYARAT KONTRAK

Kontrak adalah berdasarkan Syarat-syarat Kontrak Reka dan Bina iaitu Standard Form of
Design and Build Contract [PWD FORM DB (Rev. 1/2010)].

3.2 ASAS HARGA KONTRAK

Pada amnya harga kontrak adalah berasaskan harga tetap jumlah wang pukal. Walau
bagaimanapun Wang Peruntukan Sementara dan/atau Kuantiti Sementara boleh
diperuntukkan tetapi hanya bagi item yang tidak dapat ditentukan skop sebelum tender
atau jika didapati tidak adil kepada mana-mana pihak untuk menanggung risiko yang
tinggi bagi kerja yang tidak dapat ditentukan. Jumlah Wang Peruntukan Sementara yang
diperuntukkan hendaklah tidak melebihi 10% daripada anggaran harga kontrak.

Kuantiti Sementara adalah tertakluk kepada pengukuran semula berdasarkan kerja


sebenar yang dilaksanakan, dengan syarat pengukuran semula bukan disebabkan oleh
kesilapan, kekurangan atau kecuaian dalam penyediaan Kuantiti Sementara oleh
kontraktor.

3.3 LIABILITI DAN OBLIGASI KONTRAKTOR

Kontraktor adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk membuat perancangan,


merekabentuk, membina dan menyiapkan, menguji, mentauliah dan menyenggara kerja
di bawah kontrak dan dikehendaki menjamin Kerajaan bahawa reka bentuk, bahan dan
mutu hasil kerja adalah sesuai dan menepati Kehendak Kerajaan.

Kontraktor hendaklah menjamin reka bentuk dengan mengemukakan kepada Kerajaan


satu Jaminan Reka Bentuk yang berkuat kuasa selama lima (5) tahun dari tarikh siap
kerja daripada Bank-Bank atau Institusi Kewangan yang dibenarkan oleh Perbendaharaan.

3.4 PERUNDING KONTRAKTOR

(a) Kontraktor adalah bertanggungjawab ke atas perunding yang dilantiknya dan


hendaklah memastikan perunding berkenaan berkelayakan dan kompeten
serta berdaftar dengan Lembaga Profesional masing-masing dan
Kementerian Kewangan.

(b) Kontraktor hendaklah mengekalkan perkhidmatan perunding yang sama


sepanjang tempoh kontrak bagi kerja-kerja reka bentuk dan penyeliaan kerja.
Perkhidmatan perunding tidak boleh ditukar atau ditamatkan tanpa persetujuan
dan kelulusan Agensi/Pengarah Projek.

(c) Kontraktor hendaklah membenarkan bayaran terus dibuat oleh Kerajaan kepada
perunding melalui Surat Ikatan Penyerahan Hak (Deed of Assignment).

2
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.26

3.5 PERCANGGAHAN

(a) Jika berlaku percanggahan di antara Kehendak Kerajaan dengan Cadangan


Kontraktor, Kehendak Kerajaan adalah mengatasi Cadangan Kontraktor. Walau
bagaimanapun, jika Cadangan Kontraktor didapati lebih baik daripada Kehendak
Kerajaan dari segi teknikal dan/atau kualiti, maka Cadangan Kontraktor adalah
mengatasi Kehendak Kerajaan. Walau apapun, harga kontrak tidak akan
berubah.

(b) Jika percanggahan berlaku di dalam Kehendak Kerajaan, maka Pengarah Projek
dikehendaki membuat keputusan dan mengeluarkan arahan sewajarnya.

(c) Jika berlaku percanggahan di dalam Cadangan Kontraktor, kontraktor


dikehendaki memaklumkan kepada Pengarah Projek tentang cadangan
pindaannya untuk keputusan Pengarah Projek. Kontraktor dikehendaki mematuhi
keputusan Pengarah Projek tanpa apa-apa kos kepada Kerajaan.

3.6 PERUBAHAN KERJA

Perubahan kerja dalam Reka dan Bina hanya dibenarkan apabila Pengarah Projek
mengarahkan perubahan kepada Kehendak Kerajaan. Sekiranya perubahan terhadap
cadangan reka bentuk kontraktor diperlukan bagi tujuan kesesuaian, kefungsian dan
keselamatan kerja, ia bukanlah satu perubahan kerja yang perlu ditanggung oleh
Kerajaan. Oleh yang demikian, sekiranya perubahan tersebut melibatkan kos tambahan,
kos hendaklah ditanggung oleh kontraktor. Namun, jika perubahan tersebut melibatkan
penjimatan kos, pengurangan kos tersebut hendaklah ditolak dari Harga Kontrak.

4.0 TATACARA PELAKSANAAN

4.1 KAEDAH PEROLEHAN

Perolehan projek Reka dan Bina boleh dilaksanakan secara:

(a) Tender Terbuka

Perolehan secara tender terbuka dibuat melalui proses pra-kelayakan bagi


memastikan hanya kontraktor yang berkelayakan dan berkeupayaan sahaja
dipelawa menyertai tender.

(b) Tender Terhad

Tender terhad hanya dipelawa di kalangan kontraktor yang telah diluluskan oleh
Lembaga Perolehan Agensi atau Kementerian Kewangan, yang mana berkenaan.

3
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.26

5.0 PEROLEHAN SECARA TENDER TERBUKA

Tatacara perolehan secara tender terbuka melalui pra-kelayakan adalah seperti berikut:

PERINGKAT 1 - PROSES PRA-KELAYAKAN

5.1 PENUBUHAN JAWATANKUASA PRA-KELAYAKAN (JPK)

(a) Satu Jawatankuasa Pra-Kelayakan (JPK) perlu ditubuhkan dan dilantik oleh Ketua
Agensi atau pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Agensi bagi menyedia dan
mencadangkan kriteria pra-kelayakan untuk kelulusan Lembaga Perolehan
Agensi. Antara syarat dan kriteria pra-kelayakan utama yang boleh dijadikan
panduan adalah seperti di LAMPIRAN A.

(b) Keahlian JPK hendaklah tidak kurang daripada tiga (3) orang, iaitu seorang
pengerusi yang merupakan pegawai Pengurusan dan Profesional dan dua (2)
orang ahli. Ahli-ahli JPK hendaklah pegawai yang mahir, berkelayakan dan
mempunyai pengetahuan dalam bidang yang dikehendaki yang mana sekurang-
kurangnya terdiri daripada seorang pegawai teknikal dari kumpulan Pengurusan
dan Profesional.

5.2 PELAWAAN PRA-KELAYAKAN

Agensi hendaklah menyediakan dokumen pra-kelayakan dan mengeluarkan iklan pra-


kelayakan di akhbar-akhbar tempatan sekurang-kurangnya satu (1) akhbar harian utama
Bahasa Malaysia dan bagi tender antarabangsa sekurang-kurangnya dua (2) akhbar
tempatan iaitu satu (1) Bahasa Malaysia dan satu (1) Bahasa Inggeris.

Bagi pelawaan pra-kelayakan tempatan, tarikh tutup hendaklah sekurang-kurangnya


14 hari dari tarikh dokumen pra-kelayakan dikeluarkan. Bagi pelawaan pra-kelayakan
antarabangsa, tarikh tutup hendaklah sekurang-kurangnya 28 hari dari tarikh dokumen
pra-kelayakan dikeluarkan.

Contoh iklan pra-kelayakan kontraktor adalah seperti di LAMPIRAN B.

5.3 TEMPOH SAH LAKU PRA-KELAYAKAN

Tempoh sah laku pra-kelayakan hendaklah tidak melebihi 120 hari dari tarikh tutup pra-
kelayakan. Agensi hendaklah mempelawa tender dalam tempoh sah laku pra-kelayakan
tersebut. Jika tender tidak dipelawa dalam tempoh sah laku berkenaan, proses pra-
kelayakan hendaklah dibuat semula.

5.4 PENILAIAN DAN PEMILIHAN KONTRAKTOR DALAM PRA-KELAYAKAN

Selepas penerimaan dokumen pra-kelayakan, JPK hendaklah membuat penilaian dan


memperakukakan senarai pendek petender yang layak kepada Lembaga Perolehan
Agensi untuk kelulusan. Senarai pendek petender hendaklah seboleh-bolehnya tidak
kurang dari lima (5) petender dan tidak melebihi sepuluh (10) petender. Sekiranya
terdapat lebih daripada sepuluh (10) petender yang berkelayakan, pemilihan hendaklah
dibuat berdasarkan sepuluh (10) yang terbaik.

4
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.26

PERINGKAT 2 - PENYEDIAAN DOKUMEN PRE-BID DAN PELAWAAN TENDER

5.5 PENYEDIAAN KEHENDAK KERAJAAN

(a) Agensi hendaklah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Penyediaan Kehendak


Kerajaan (JPKK) yang terdiri dari pegawai-pegawai yang berkelayakan termasuk
wakil pihak pengguna/pelanggan. Keahlian JPKK hendaklah dilantik oleh Ketua
Agensi dan terdiri daripada tidak kurang tiga (3) orang, iaitu seorang pengerusi
yang merupakan pegawai Pengurusan dan Profesional dan dua (2) orang ahli.
Ahli-ahli JPKK hendaklah pegawai yang mahir, berkelayakan dan mempunyai
pengetahuan dalam bidang yang dikehendaki yang mana sekurang-kurangnya
terdiri daripada seorang pegawai teknikal dari kumpulan Pengurusan dan
Profesional.

(b) Tanggungjawab JPKK adalah bagi menyediakan Kehendak Kerajaan


(Government’s Requirements) selaras dengan Brif Projek. Kehendak Kerajaan
adalah merangkumi antara lain skop projek, anggaran peruntukan projek,
performance specification, technical requirements, Schedule of Accommodation
(SOA) dan reka bentuk konsep (jika perlu). JPKK hendaklah memastikan
Kehendak Kerajaan adalah lengkap dan mengambilkira semua keperluan
pengguna/pelanggan.

(c) Antara peruntukan khusus yang perlu dimasukkan di dalam Kehendak Kerajaan
adalah seperti berikut:

i) Pematuhan kepada penggunaan reka bentuk Industrialised Building System


(IBS);

ii) Pematuhan kepada ‘Garis Panduan dan Peraturan Bagi Perancangan


Bangunan’ yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Standard dan Kos, Unit
Perancang Ekonomi yang terkini; dan

iii) Pematuhan kepada keperluan kemudahan untuk Orang Kurang Upaya


selaras dengan Malaysian Standard/Code of Practice yang berkaitan.

Contoh Kandungan Kehendak Kerajaan adalah seperti di LAMPIRAN C.

5.6 PENYEDIAAN DOKUMEN PRE-BID

Agensi bertanggungjawab menyediakan Dokumen Pre-Bid bagi tujuan mempelawa tender


daripada petender-petender yang layak dan diluluskan oleh Lembaga Perolehan Agensi.

Kandungan Dokumen Pre-Bid adalah merangkumi semua Kehendak Kerajaan seperti


berikut:

A) Jilid I – Government’s Requirements – Contractual And General


Requirements

(a) Instructions to Tenderers.


(b) Contractual and General Requirements (GCR).
(c) Form of Tender.

5
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.26

(d) Standard Form of Design and Build Contract [PWD Form DB


(Rev.1/2010)].
(e) Appendices To The Conditions of Contract

i) Appendix 1 - Appendix to the Conditions of


Contract
ii) Appendix 2 - Government's Requirements
(rujuk LAMPIRAN D)
iii) Appendix 3 - Contractor's Proposal
iv) Appendix 4 - Tender Sum Analysis
v) Appendix 5 - Schedule of Rates (jika ada)
vi) Appendix 6 - Form of Bank/Insurance Guarantee
for Performance Bond
vii) Appendix 7 - List of Government Multimodal Transport
Operators
viii) Appendix 8 - Detailed Design & Specification
ix) Appendix 9 - Form of Design Guarantee
x) Appendix 10 - Form of Bank/Insurance Guarantee for
Advance Payment

B) Jilid II – Government’s Requirements - Technical Requirements


- Conceptual Design (jika perlu)

5.7 PELAWAAN TENDER

Tender terbuka hendaklah dipelawa di kalangan petender yang layak yang telah
diluluskan oleh Lembaga Perolehan Agensi atau Kementerian Kewangan yang mana
berkenaan. Pelawaan tender hendaklah dibuat segera dalam tempoh sah laku pra-
kelayakan iaitu tidak melebihi 120 hari dari tarikh tutup pra-kelayakan.

Tarikh tender ditutup hendaklah sekurang-kurangnya 60 hari dari tarikh lawatan tapak
manakala bagi projek yang kompleks, tarikh tender ditutup hendaklah sekurang-
kurangnya 90 hari dari tarikh lawatan tapak.

5.8 TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK

Taklimat dan lawatan tapak hendaklah diwajibkan dan dinyatakan dalam surat pelawaan
kepada petender yang telah lulus pra-kelayakan untuk diberi penerangan mengenai
projek serta syarat-syarat tender. Hanya petender yang lulus pra-kelayakan dan telah
menghadiri taklimat serta lawatan tapak layak membeli dokumen Pre-Bid.

5.9 TEMPOH SAH LAKU TENDER

Tempoh sah laku tender yang minimum adalah 120 hari yang dikira dari tarikh tender
ditutup.

5.10 PENERANGAN KE ATAS DOKUMEN PRE-BID

Sekiranya dalam tempoh tender, mana-mana petender mengemukakan permohonan


untuk mendapatkan penjelasan mengenai dokumen Pre-Bid atau pihak Agensi sendiri
yang perlu mengeluarkan maklumat atau penjelasan tambahan kepada petender,

6
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.26

maklumat atau penjelasan tersebut hendaklah dibuat secara bertulis kepada semua
petender. Agensi hendaklah memastikan petender mengemukakan borang pengesahan
penerimaan.

5.11 PENYEDIAAN ANGGARAN HARGA AGENSI DAN PENETAPAN WAJARAN

Agensi hendaklah menyediakan anggaran kasar kos projek atau menggunakan


peruntukan projek untuk dimasukkan ke dalam peti tender sebelum/pada tarikh tutup
tender.

Bagi tujuan pembahagian markah penilaian tender, wajaran bagi setiap komponen dan
bidang kerja hendaklah ditentukan oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal. Wajaran-
wajaran tersebut ditetapkan berdasarkan nilai kerja yang berkaitan dan hendaklah
mengambilkira tahap kompleksiti atau tahap kritikalnya komponen kerja tersebut.
Wajaran ini hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender sebelum tender ditutup dan
dibuka serta disahkan oleh Jawatankuasa Pembuka Tender.

5.12 PENILAIAN TENDER

5.12.1 JAWATANKUASA PENILAIAN TENDER

Penilaian Tender hendaklah dibuat oleh dua (2) Jawatankuasa yang berasingan
iaitu Jawatankuasa Penilaian Harga dan Jawatankuasa Penilaian Teknikal.
Kedua-dua Jawatankuasa tersebut hendaklah dilantik oleh Ketua Agensi dalam
tempoh yang munasabah. Ini juga bagi membolehkan penetapan wajaran
disediakan sebelum tender ditutup selaras dengan para 5.11.

5.12.2 PROSES DAN KAEDAH PENILAIAN TENDER

A) JAWATANKUASA PENILAIAN HARGA (JPH)

(a) Penilaian Awal


Kesemua set dokumen tender daripada setiap petender
hendaklah diserah kepada ahli Jawatankuasa Penilaian Harga.

Penilaian awal hendaklah dijalankan untuk memastikan


kesempurnaan tender dan pematuhan kepada kehendak wajib
termasuk syarat-syarat asas tender. Sekiranya mana-mana tender
tidak menepati syarat-syarat asas yang ditetapkan, tender tersebut
tidak layak dibuat penilaian selanjutnya.

‘Technical Proposal’ termasuk lukisan daripada petender-petender


yang lulus penilaian awal sahaja hendaklah diserahkan kepada ahli
Jawatankuasa Penilaian Teknikal untuk penilaian selanjutnya.

(b) Penilaian Kontraktual dan Harga


Oleh kerana kesemua petender layak dari segi keupayaan
kewangan dan teknikal, penilaian hanya dijalankan dari aspek
prestasi semasa, pematuhan kepada Jilid I - Government’s
Requirements (Contractual and General Requirements) (contohnya
petender perlu mengemukakan nama dan butir-butir perunding,

7
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.26

katalog dan lain-lain dokumen sokongan) serta kemunasabahan


harga yang ditawarkan.

B) JAWATANKUASA PENILAIAN TEKNIKAL (JPT)

Penilaian teknikal dibuat berpandukan proses dan kaedah penilaian seperti


berikut:

(a) Proses Penilaian Teknikal

i) Semak reka bentuk yang dicadangkan termasuk


spesifikasi, lukisan, pengiraan reka bentuk, data-data
teknikal, katalog dan brosur.

ii) Sediakan jadual perbandingan untuk menyemak


Cadangan Petender dengan Pernyataan Kehendak
Teknikal.

iii) Semak jenama dan model barangan yang ditawarkan.

(b) Kaedah Penilaian Teknikal

i) Penilaian teknikal dibuat mengikut bidang kerja yang


berkenaan. Di bawah setiap bidang kerja, aspek-aspek
teknikal dibahagikan kepada komponen dan sub-
komponen kerja mengikut kriteria yang dinilai. Wajaran
akan diberi kepada setiap komponen dan sub-komponen
kerja.

ii) Bagi setiap aspek kriteria penilaian yang ditetapkan, gred


diberikan menggunakan skala daripada kosong (0) hingga
lima (5).

iii) Gred bagi setiap sub-komponen kerja yang dinilai akan


didarabkan dengan wajaran yang telah ditetapkan untuk
sub-komponen berkenaan untuk mendapatkan jumlah
skor bagi setiap komponen.

iv) Jumlah skor bagi setiap komponen akan dicampur untuk


mendapatkan jumlah keseluruhan bagi setiap bidang
kerja.

v) Jumlah skor keseluruhan bagi setiap bidang kerja akan


didarab dengan wajaran yang telah ditetapkan bagi
bidang kerja berkenaan untuk mendapatkan markah
setiap bidang kerja dan seterusnya jumlah markah
keseluruhan. Agensi perlu menetapkan markah kelayakan
minima bagi setiap bidang dan markah kelayakan minima
keseluruhan bagi penilaian teknikal.

8
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.26

vi) Jumlah markah bagi setiap bidang kerja dan jumlah


markah keseluruhan hendaklah dibandingkan dengan
jumlah markah kelayakan minima bagi setiap bidang kerja
dan jumlah markah kelayakan keseluruhan untuk
menentukan petender yang layak disyorkan untuk
pertimbangan.

vii) Contoh pengiraan bagi penilaian teknikal adalah seperti di


LAMPIRAN E.

5.13 MESYUARAT PENJELASAN TENDER (TENDER CLARIFICATION MEETING)

(a) Semasa penilaian teknikal dijalankan dan jika terdapat perkara-perkara teknikal
yang kurang jelas berhubung cadangan yang dikemukakan, senarai pertanyaan
(query list) hendaklah disediakan oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal.

(b) Mesyuarat penjelasan tender jika perlu, boleh diadakan dengan kelulusan bertulis
daripada Pengerusi Lembaga Perolehan Agensi. Walau bagaimanapun, sebarang
perundingan dengan petender tidak dibenarkan.

5.14 LAPORAN PENILAIAN TENDER DAN PERAKUAN

(a) Laporan penilaian tender hendaklah merangkumi kedua-dua laporan penilaian


teknikal dan penilaian harga yang telah disediakan oleh Jawatankuasa yang
berkaitan.

(b) Jawatankuasa Penilaian Harga atau Urusetia Tender (yang mana berkenaan),
hendaklah merumuskan kedua-dua Laporan Penilaian Harga dan Teknikal dan
menyediakan Laporan Tender dan Perakuan Agensi untuk dibentangkan ke
Lembaga Perolehan Agensi.

(c) Perkara-perkara yang tidak mematuhi Kehendak Kerajaan dan/atau apa-apa


pengubahsuaian/penambahbaikan yang perlu dilakukan kepada Cadangan
Kontraktor hendaklah dinyatakan dalam Laporan Penilaian Tender sebagai
dokumen Laporan Ketidakpatuhan (Non-Compliance Report - NCR).

(d) Bagi tujuan perakuan kepada Lembaga Perolehan Agensi, petender yang lulus
Penilaian Teknikal dan telah menawarkan harga yang paling menguntungkan
Kerajaan (best value for money) hendaklah diperakukan untuk disetuju terima.
Sekiranya tender yang diperakukan mengandungi perkara-perkara yang tidak
mematuhi keperluan Pre-Bid dan/atau apa-apa pengubahsuaian/penambahbaikan
yang perlu dilakukan kepada Cadangan Kontraktor, perakuan yang dibuat
hendaklah bersyaratkan persetujuan petender mematuhi semua keperluan Pre-Bid
dan Laporan Ketidakpatuhan (NCR) tanpa kos tambahan kepada Kerajaan.

5.15 SETUJU TERIMA TENDER

Setelah keputusan diterima daripada Lembaga Perolehan Agensi atau Kementerian


Kewangan, yang mana berkenaan, prosedur seterusnya adalah seperti berikut:

9
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.26

5.15.1 SURAT NIAT

Sekiranya keputusan Lembaga Perolehan Agensi atau Kementerian Kewangan


meluluskan tender yang mensyaratkan pematuhan kepada keperluan Pre-Bid
atau syarat-syarat lain, Surat Niat hendaklah dikeluarkan kepada petender
berkenaan. Surat Niat tersebut memaklumkan hasrat Kerajaan untuk
menyetujuterima tendernya dengan syarat petender bersetuju meminda apa-
apa perkara yang tidak mematuhi keperluan Pre-Bid atau syarat-syarat lain tanpa
apa-apa tambahan kos. Perkara-perkara yang tidak mematuhi keperluan Pre-Bid
(Laporan Ketidakpatuhan - NCR) perlu disenaraikan dalam lampiran kepada
Surat Niat tersebut.

Contoh Surat Niat ialah seperti di LAMPIRAN F.

5.15.2 MESYUARAT PENJELASAN SEBELUM SETUJU TERIMA (PRE-AWARD CLARIFICATION MEETING)

Sekiranya perkara-perkara yang tidak mematuhi keperluan Pre-Bid adalah rumit


atau kompleks, petender berkenaan hendaklah dijemput menghadiri satu
mesyuarat penjelasan sebelum Surat Setuju Terima Tender dikeluarkan. Dalam
mesyuarat tersebut pihak Agensi hendaklah memberi penjelasan lanjut tentang
setiap perkara yang tidak mematuhi keperluan Pre-Bid dan syarat-syarat lain
dan petender berkenaan hendaklah diminta mengesahkan secara bertulis
persetujuannya untuk menepati kehendak tersebut tanpa kos tambahan.

5.15.3 SURAT SETUJU TERIMA

Surat Setuju Terima (SST) tender dikeluarkan mengikut format seperti di


LAMPIRAN G. SST ini hendaklah mengandungi lampiran senarai Laporan
Ketidakpatuhan (NCR) yang dipersetujui (jika ada) selain daripada perkara-
perkara yang sama seperti tender konvensional.

5.16 CARTA ALIR BAGI PEROLEHAN TENDER TERBUKA MELALUI PRA-KELAYAKAN


Carta alir bagi perolehan tender terbuka melalui pra-kelayakan adalah seperti di
LAMPIRAN H.

6.0 PEROLEHAN SECARA TENDER TERHAD

6.1 Tatacara perolehan bagi pelaksanaan projek Reka dan Bina secara tender terhad adalah
seperti berikut:

PERINGKAT 1 - PROSES PEMILIHAN KONTRAKTOR

6.2 PEMILIHAN SENARAI NAMA KONTRAKTOR

(a) Pemilihan senarai nama kontraktor untuk diperakukan kepada Lembaga


Perolehan ‘A’ Agensi hendaklah dibuat oleh satu Jawatankuasa Pemilihan yang
dilantik secara bertulis oleh Pegawai Pengawal dan terdiri daripada pegawai dari
Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan/atau setara. Korum mesyuarat adalah
tiga (3) orang termasuk Pengerusi.

10
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.26

(b) Bagi mewujudkan pemilihan yang lebih telus, terperinci dan seragam,
pengesyoran pemilihan kontraktor bagi tender terhad hendaklah memenuhi
syarat-syarat dan kriteria-kriteria utama seperti di LAMPIRAN A. Mana-mana
kontraktor yang didapati tidak memenuhi mana-mana syarat dan kriteria seperti
di LAMPIRAN A tidak layak untuk dipertimbangkan.

(c) Senarai pendek nama kontraktor untuk diperakukan hendaklah tidak kurang dari
lima (5) dan tidak melebihi sepuluh (10) kontraktor.

(d) Pengesyoran nama kontraktor untuk menyertai tender terhad hendaklah


dikemukakan dengan menggunakan format seperti di LAMPIRAN J1, J2 dan J3
untuk kelulusan Lembaga Perolehan ‘A’ Agensi atau perakuan Lembaga
Perolehan ‘A’ Agensi kepada Kementerian Kewangan, yang mana berkenaan,
mengikut had kuasa yang dibenarkan. Borang-borang yang perlu dikemukakan
adalah seperti berikut:

(i) Permohonan Agensi (LAMPIRAN J1);


(ii) Maklumat Kontraktor Yang Di Syorkan Untuk Tender Terhad (LAMPIRAN J2);
dan
(iii) Permohonan Untuk Kelulusan Senarai Kontraktor Untuk Tender Terhad
(LAMPIRAN J3).

6.3 PENILAIAN KONTRAKTOR

Kontraktor yang telah melalui proses pemilihan mengikut kaedah ini adalah dikecualikan
dari penilaian terhadap keupayaan kewangan dan keupayaan teknikal semasa penilaian
tender.

PERINGKAT 2 - PENYEDIAAN DOKUMEN PREBID DAN PELAWAAN TENDER TERHAD

6.4 PENYEDIAAN KEHENDAK KERAJAAN

Prosedur adalah sama seperti di para 5.5.

6.5 PENYEDIAAN DOKUMEN PRE-BID

Prosedur adalah sama seperti di para 5.6.

6.6 PELAWAAN TENDER TERHAD

Tender terhad hendaklah dipelawa di kalangan petender yang telah diluluskan oleh
Lembaga Perolehan Agensi atau Kementerian Kewangan yang mana berkenaan.
Pelawaan tender hendaklah dibuat segera dalam tempoh tidak melebihi 120 hari dari
tarikh senarai nama diluluskan. Permohonan semula hendaklah diperolehi sekiranya
tarikh pelawaan tender terhad melebihi tempoh berkenaan.

Walau bagaimanapun, sekiranya dalam tempoh yang berkenaan, terdapat sebarang


perubahan maklumat kontraktor yang menjejaskan kelayakannya, Jawatankuasa
Pemilihan hendaklah memaklumkannya kepada Lembaga Perolehan Agensi/Kementerian
Kewangan.

11
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.26

Tarikh tender ditutup hendaklah sekurang-kurangnya 60 hari dari tarikh lawatan tapak
manakala bagi projek yang kompleks, tarikh tender ditutup hendaklah sekurang-
kurangnya 90 hari dari tarikh lawatan tapak.

6.7 TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK

Taklimat dan lawatan tapak hendaklah diwajibkan dan dinyatakan dalam surat pelawaan
kepada petender yang telah diluluskan untuk diberi penerangan mengenai projek serta
syarat-syarat tender. Hanya petender yang telah diluluskan oleh Lembaga Perolehan
Agensi atau Kementerian Kewangan dan telah menghadiri taklimat serta lawatan tapak
layak membeli dokumen Pre-Bid.

6.8 TEMPOH SAH LAKU TENDER TERHAD

Tempoh sah laku tender yang minimum adalah 120 hari yang dikira dari tarikh tender
ditutup.

6.9 TATACARA PELAKSANAAN

Tatacara pelaksanaan seterusnya adalah sama seperti yang diterangkan dalam


perenggan
5.10 sehingga 5.15 di atas.

6.10 PROSEDUR PEROLEHAN

Prosedur bagi perolehan secara tender terhad adalah seperti di carta aliran
di LAMPIRAN K.

12
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.26

GARIS PANDUAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN


PROJEK SECARA REKA DAN BINA

BAHAGIAN II

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBINAAN


Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.26

BAHAGIAN II

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBINAAN

1.0 PENDAHULUAN

(a) Skop pengurusan pembinaan projek Reka dan Bina secara umumnya bermula
daripada penerimaan Surat Setuju Terima Tender oleh kontraktor hingga ke
penutupan akaun projek.

(b) Semua tindakan dan pelaksanaan pengurusan pembinaan hendaklah selaras


dengan Syarat-syarat Kontrak Reka dan Bina [PWD FORM DB (Rev. 1/2010)].

(c) Aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam pengurusan pembinaan adalah seperti di


RAJAH 1.

INPUT
Surat PERINGKAT 1
Setujuterim Persediaa PERINGKAT 2
a n
dikeluarkan Perancanga PERINGKAT 3
Awalan
n
Pelaksanaa PERINGKAT 4
Pembinaan
n
Pengujian & PERINGKAT 5
Pembinaan
Pentauliaha
Pemeriksaan & PERINGKAT 6
n
Penyerahan Tempoh Liabiliti OUTPUT
Kecacatan dan Projek
Penyenggaraan yang
disiapkan

Tempoh Pembinaan Tempoh


Liabiliti
Kecacatan
(DLP)
(24 Bulan)

Perakuan Siap Perakuan Siap Memperbaiki


Kerja (CPC) Kecacatan (CMGD)
NOTA:
CPC : Certificate of Practical Completion.
DLP : Defects Liability Period.
CMGD : Certificate Completion of Making Good Defects

Tempoh Jaminan Rekabentuk


(5 Tahun)

Rajah 1 – Peringkat-Peringkat Dalam Pengurusan Pembinaan

2.0 PERANAN AGENSI DALAM PENGURUSAN PEMBINAAN

Peranan dan fungsi utama Agensi adalah untuk menjalankan:

(a) Penyelarasan;

(b) Pemantauan dan Pengawalan;


Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.26

(c) Pengauditan dan Laporan; dan

(d) Pengurusan Kontrak.

2.1 PENYELARASAN

Agensi perlu menyelaras perkara-perkara berikut:

(a) Peruntukan kewangan


projek;

(b) Perkara-perkara yang melibatkan pelanggan/pengguna serta Agensi-Agensi Pusat;

(c) Pengambilan balik tanah dan pampasan; dan

(d) Membantu menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan Pihak Berkuasa


Tempatan (PBT) dan Agensi-Agensi lain yang berkaitan.
2.2
PEMANTAUAN DAN PENGAWALAN

Agensi hendaklah memantau dan mengawal projek supaya kontraktor mematuhi Syarat-
syarat Kontrak, Kehendak Kerajaan, Spesifikasi serta Lukisan Pembinaan atau Lukisan
Kerja. Di samping itu kerja-kerja pembinaan hendaklah mengikut piawaian kualiti, garis
panduan dan amalan kejuruteraan terbaik.

Pemantauan dan kawalan dilakukan ke atas tiga (3) elemen utama dalam pengurusan
projek iaitu:

(a) Kemajuan Kerja;

(b) Kualiti; dan

(c) Kos.
2.3
PENGAUDITAN DAN LAPORAN

Audit dilaksanakan oleh Agensi untuk memastikan sistem pengurusan kualiti dapat
diwujudkan dan diguna pakai dengan berkesan. Agensi tidak sama sekali terlibat secara
langsung di dalam kerja-kerja penyeliaan di tapak bina.

Agensi hendaklah mengaudit spesifikasi, reka bentuk terperinci dan lukisan pembinaan
bagi menentukan ianya menepati Kehendak Kerajaan yang diperuntukkan dalam
kontrak. Untuk tujuan ini, Agensi hendaklah menubuhkan satu Pasukan Audit yang
dianggotai pegawai teknikal yang berkelayakan.

Ada tiga bentuk audit yang dilaksanakan terhadap kontraktor dan pembinaan mengikut
peringkat aktiviti/ proses pelaksanaan sesuatu projek:

(a) Audit Dokumentasi (Adequacy Audit/Documentation Audit)


Melibatkan persediaan awalan dan perancangan pembinaan melalui pemeriksaan
dokumen.
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.26

(b) Audit Pematuhan (Compliance Audit/Process Audit)


Melibatkan pelaksanaan pembinaan, pengujian dan pentauliahan.

(c) Audit Produk (Performance Audit/Product Audit)


Melibatkan laporan ketidakpatuhan, gambar, analisis data-data berkaitan dan
sebagainya.

Sampel yang diaudit ditentukan secara rawak atau terpilih. Kekerapan audit tertakluk
kepada keperluan aktiviti pembinaan yang terlibat atau dasar Agensi yang ditetapkan.

Laporan Ketidakpatuhan (NCR/NCP) dikeluarkan kepada kontraktor sekiranya terdapat


ketidakpatuhan untuk tindakan pembetulan dan penambahbaikan.

2.4 PENGURUSAN KONTRAK

Agensi perlu menjalankan pengurusan dan pentadbiran kontrak seperti bayaran


pendahuluan, bayaran interim, perubahan kerja, lanjutan masa, kerja tidak siap,
pemansuhan kontrak, penyiapan kerja, penutupan akaun dan lain-lain. Agensi juga
hendaklah memastikan semua dasar perolehan Kerajaan dipatuhi.

3.0 PERANAN KONTRAKTOR

Kontraktor bertanggungjawab untuk:

(a) Membuat perancangan menyeluruh;

(b) Mereka bentuk;

(c) Membina dan menyiapkan termasuk menyelia;

(d) Melengkapkan;

(e) Menguji terima dan mentauliahkan;

(f) Menyenggara; dan

(g) Memberi Jaminan Reka Bentuk.

4.0 PERINGKAT PERSEDIAAN AWALAN DAN DOKUMEN PELANTIKAN

4.1 PENGARAH PROJEK

Pelantikan Pengarah Projek oleh Ketua Agensi, jika belum dilantik hendaklah dibuat
selepas pengeluaran Surat Setuju Terima tender. Walau bagaimanapun, Pengarah Projek
boleh melantik wakil Pengarah Projek selaras dengan Syarat-Syarat Kontrak Reka dan
Bina, sama ada perunding atau pasukan projek bagi menjalankan pengurusan harian
projek dan pentadbiran kontrak, kecuali bagi perkara-perkara utama yang diperuntukkan
dalam kontrak yang memerlukan keputusan muktamad Pengarah Projek atau Pegawai
Yang Dinamakan, antaranya:
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.26

(a) Perubahan Kerja;

(b) Lanjutan Masa;

(c) Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor;

(d) Pemansuhan Kontrak;

(e) Timbang tara; dan

(f) Kesan Perang.

4.2 MESYUARAT PRA-PEMBINAAN

Mesyuarat pra-pembinaan hendaklah diadakan selepas pengeluaran Surat Setuju Terima


tender dan hendaklah satu (1) minggu sebelum tarikh milik tapak dan dipengerusikan
oleh Pengarah Projek bagi tujuan menyelaraskan aktiviti pembinaan di semua peringkat.
Agenda mesyuarat merangkumi perkara berikut:

(a) Pengenala wakil Pengarah Projek dan pasukan projek serta organisasi
n
kontraktor;

(b) Taklimat mengenai latar belakang projek, skop kontrak, butir-butir kontrak,
Kehendak Kerajaan dan taklimat teknikal yang berkaitan;

(c) Status pengambilan balik tanah termasuk masalah-masalah di tapak (contoh –


masalah setinggan);

(d) Keperluan-keperluan kontrak (contoh – Bon Pelaksanaan, Nota Liputan polisi


insurans dan resit bayaran);

(e) Pembentangan oleh kontraktor


bagi:

i) Status Pelan Kelulusan Merancang/Laporan Cadangan Pembangunan


(Development Order - DO);

ii) Status pelan


bangunan;

iii) Program kerja dan kaedah pembinaan; dan

(f) iv) Sistem kepastian kualiti dan pelan kepastian kualiti.

Dasar perolehan Kerajaan semasa yang berkaitan seperti bayaran terus kepada
subkontraktor/pembekal, kelulusan MITI untuk barangan import, PENYERTAAN
BUMIPUTERA dan penggunaan pengangkutan oleh Multimodal Transportation
(g) Operators (MTO);

Penyelarasan kerja antara pihak Agensi, kontraktor, perunding, PBT dan


Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.26

jabata
n/syar
ikat
utiliti
yang
berkai
tan;
dan
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.26

(h) Masalah-masalah lain yang dijangka timbul.

Rekod-rekod yang perlu disimpan dan di senggara bagi aktiviti ini adalah:

(a) Surat jemputan dan agenda mesyuarat pra-pembinaan;

(b) Minit mesyuarat pra-pembinaan; dan

(c) Dokumen-dokumen yang berkaitan.

4.3 PEMILIKAN TAPAK

Pihak Agensi hendaklah menyelesaikan masalah pengambilan balik tanah sebelum Surat
Setuju Terima dikeluarkan untuk memastikan tapak bebas dari sebarang halangan
sebelum kerja-kerja pembinaan dijalankan.

4.4 BON PELAKSANAAN DAN POLISI-POLISI INSURANS

Sebelum memulakan sebarang kerja di tapak dan tidak lewat dari Tarikh Milik Tapak,
kontraktor hendaklah mengemukakan Bon Pelaksanaan dalam bentuk jaminan dari bank
atau institusi kewangan yang diluluskan selaras dengan syarat-syarat kontrak. Kontraktor
juga boleh memilih Bon Pelaksanaan dalam bentuk Wang Jaminan Pelaksanaan yang
dipotong melalui bayaran interim. Bagi memulakan kerja, Nota Liputan bagi maksud
polisi-polisi insurans serta resit-resit premium yang telah dibayar hendaklah diserahkan
kepada Pengarah Projek.

4.5 DOKUMEN KONTRAK

Draf Dokumen Kontrak hendaklah disediakan oleh kontraktor. Pejabat yang


menguruskan tender hendaklah menyemak, dan menjilid Dokumen Kontrak sebelum
ditandatangani. Bon Pelaksanaan (sekiranya kontraktor tidak memilih Wang Jaminan
Pelaksanaan) hendaklah dikemukakan berserta polisi-polisi insurans berkaitan.

Pelarasan harga kepada butiran Contract Sum Analysis (CSA) hendaklah dilakukan supaya
pengagihan/taburan harga adalah munasabah dan berpatutan. Persetujuan kontraktor
terhadap sebarang pelarasan harga hendaklah diselesaikan sebelum Surat Setuju Terima
ditandatangani.

Dokumen Kontrak (asal dan salinan) hendaklah ditandatangani secepat mungkin selewat-
lewatnya 4 bulan dari tarikh Surat Setuju Terima tender oleh Pegawai Yang Diberi Kuasa
mengikut Akta Kontrak Kerajaan 1949 (disemak 1973). Semua kos dalam penyediaan
Dokumen Kontrak termasuk duti setem hendaklah ditanggung oleh kontraktor.

Dokumen Kontrak perlulah mengandungi maklumat asas seperti berikut:

(a) Butir-butir Perjanjian;

(b) Syarat-syarat Kontrak & Lampiran Kepada Syarat-Syarat Kontrak;

(c) Kehendak Kerajaan termasuk Arahan Kepada Petender;


Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.26

(d) Cadangan kontraktor termasuk lukisan dan spesifikasi;

(e) Analisis Harga Kontrak (Contract Sum Analysis);

(f) Jadual Kadar Harga (jika berkaitan);

(g) Borang Tender;

(h) Surat Setuju Terima tender; dan

(i) Laporan Ketidakpatuhan (Non Compliance Report-NCR).

Dokumen-dokumen tersebut hendaklah dijilid. Cadangan reka bentuk kontraktor yang


telah dipersetujui hendaklah dijilid sebagai Lukisan Kontrak dalam Dokumen Kontrak.
Laporan Ketidakpatuhan (Non Compliance Report-NCR) yang mana berkaitan hendaklah
dijadikan sebagai sebahagian daripada Dokumen Kontrak. Lukisan-lukisan pembinaan
yang dibangunkan dari semasa ke semasa dalam tempoh pembinaan TIDAK PERLU dijilid
dalam Dokumen Kontrak.

5.1 PERINGKAT PERANCANGAN PEMBINAAN

5.2 ORGANISASI KONTRAKTOR

Pengarah Projek bertanggungjawab menyemak tahap kelayakan dan pengalaman


personel utama yang akan ditempatkan di tapak bina oleh pihak kontraktor seperti yang
disyaratkan. Antaranya Pengurus Projek, perancang program kerja, pengurus
pembinaan, pegawai kepastian kualiti, pegawai keselamatan pekerja, jurutera tempatan
dan penyelia tapak.

5.3 PROGRAM KERJA

Dalam tempoh empat belas (14) hari dari penerimaan Surat Setuju Terima Tender,
kontraktor hendaklah mengemukakan untuk kelulusan Pengarah Projek Program Kerja
yang berupaya memastikan perancangan kerja harian dan aktiviti pemantauan dan
pengawalan kemajuan kerja dapat dijalankan dengan berkesan.

Penyediaan program kerja hendaklah menggunakan perisian pengurusan projek yang


berdasarkan kaedah Critical Path Method (CPM). Perkara utama yang perlu diambil kira
dalam penyediaannya adalah:

(a) Kaedah pembinaan dan turutan kerja;

(b) Kadar produktiviti bagi aktiviti;

(c) Sumber yang diperuntukkan; dan

(d) Kalendar projek.

Pengarah Projek bertanggungjawab untuk meluluskan atau meminta kontraktor


mengubahsuai Program Kerja yang dikemukakan.
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.26

5.4 SISTEM KEPASTIAN KUALITI

Pihak kontraktor bertanggungjawab untuk menyediakan Sistem Kepastian Kualiti


(Quality Assurance System - QAS) dan mengemukakannya kepada Pengarah Projek untuk
kelulusan sebelum memulakan Kerja. Penyediaan Sistem Kepastian Kualiti boleh
berdasarkan piawai ISO 9000 atau mana-mana spesifikasi Sistem Kepastian Kualiti
berkaitan yang mengambil kira semua skop kontrak.

Dokumen Sistem Kepastian Kualiti terdiri dari Manual Kualiti dan Pelan Kepastian
Kualiti (Quality Assurance Plan – QAP).

Pelan Kepastian Kualiti mengandungi antara lain:

(a) Struktur Organisasi Kontraktor termasuk Pasukan Kepastian Kualiti;

(b) Prosedur dan Proses Mereka bentuk;

(c) Program Kerja yang diluluskan;

(d) Kawalan operasi tapak;

(e) Pengurusan Sumber Kontraktor;

(f) Kenyataan Kaedah Kerja;

(g) Kesihatan dan Keselamatan;

(h) Pemilihan dan Pengujian Bahan;

(i) Pengurusan Alam Sekitar;

(j) Pelan Pengujian dan Pentauliahan;

(k) Kawalan Kualiti Audit Dalaman; dan

(l) Pelan
Penyenggaraan.

5.5 SPESIFIKASI, REKA BENTUK TERPERINCI DAN LUKISAN PEMBINAAN

Kontraktor hendaklah menyediakan spesifikasi, reka bentuk terperinci dan lukisan


pembinaan dari semasa ke semasa selaras dengan program kerja untuk semua kerja
dalam skop kontrak dan memastikan ianya mematuhi Kehendak Kerajaan.

5.5 PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG DAN PELAN BANGUNAN

Kontraktor melalui ORANG UTAMA YANG MENGEMUKAKAN (Principal Submitting Person) iaitu
perunding yang dilantik oleh kontraktor, perlu mendapatkan kelulusan bagi Kebenaran
Merancang, Pelan Bangunan dan Pelan Kerja Tanah daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
SEBELUM sebarang kerja pembinaan dimulakan.
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.26

Sekiranya perlu, Pengarah Projek boleh mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama


PBT dan kontraktor bagi menyelesaikan sebarang masalah berbangkit.

6.0 PERINGKAT PELAKSANAAN PEMBINAAN KAWALAN

6.1 KEMAJUAN KERJA

Pengarah Projek hendaklah membuat pemantauan bagi menentukan kemajuan kerja


mematuhi Program Kerja yang diluluskan.

Kaedah pemantauan adalah dengan membuat penyemakan ke atas Laporan Kemajuan


Kerja, pengesanan kemajuan dan pemeriksaan rambang ke atas kemajuan sebenar di
tapak bina.

6.2 PENYELIAAN OLEH PERUNDING KONTRAKTOR

Penyeliaan harian kerja-kerja di tapak hendaklah dilaksanakan oleh perunding yang telah
dilantik oleh kontraktor dan hendaklah memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan
mematuhi spesifikasi dan kualiti yang ditetapkan.

Kontraktor hendaklah mengemukakan Laporan Penyeliaan setiap bulan atau bila-bila


masa dikehendaki oleh Pengarah Projek seperti berikut:

(a) Kerja yang telah disiapkan dengan sempurna di tapak;

(b) Kemajuan kerja;

(c) Pengujian yang dibuat di tapak;

(d) Langkah-langkah keselamatan di tapak;

(e) Laporan Kesan Alam Sekitar; dan

(f) Lain-lain perkara yang dikehendaki oleh Kerajaan.

Laporan Penyeliaan hendaklah disahkan dan diperakukan oleh perunding kontraktor


sebagai pra-syarat kepada bayaran interim.

6.3 KAWALAN KUALITI KERJA

Tanggungjawab terhadap kualiti kerja terletak pada pihak kontraktor sebagaimana dalam
Klausa 13.2 Syarat-syarat Kontrak Reka dan Bina [PWD FORM DB (Rev. 1/2010)].

Pengarah Projek bertanggungjawab mengaudit aktiviti-aktiviti pembinaan oleh kontraktor


untuk menentukan pematuhan kepada Sistem Kepastian Kualiti yang diluluskan oleh Agensi.

Kaedah audit adalah secara pemeriksaan rambang terhadap rekod berikut:

(a) Penerimaan bahan;

20
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.26

(b) Proses pembinaan (in-process); dan

(c) Penerimaan kerja oleh perunding.

6.4 PENETAPAN PENANDA ARAS MUTU KERJA (MOCK-UP) DAN PERFORMANCE TEST

Bagi kerja yang kriteria penerimaan tidak dapat diterangkan dengan jelas melalui
perkataan, tanda aras penerimaan produk hendaklah disediakan. Sebagai contoh, tanda
aras untuk kerja lepaan hendaklah disediakan bagi menetapkan tahap mutu kerja yang
boleh diterima agar tidak timbul perselisihan pendapat mengenai mutu kerja yang boleh
diterima.

Performance test hendaklah dijalankan ke atas peralatan yang akan dihantar ke tapak bina
untuk pemasangan bagi memastikan ianya memenuhi Kehendak Kerajaan.

Pengarah Projek hendaklah melaksana audit bagi menentukan aktiviti di atas dilaksanakan
dan diluluskan oleh personel yang ditetapkan dalam Sistem Kepastian Kualiti dan
mematuhi Kontrak.

6.5 PEMANTAUAN

(a) Mesyuarat Koordinasi/Teknikal


Mesyuarat Teknikal diadakan bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu teknikal yang
melibatkan reka bentuk dan masalah pembinaan yang akan memberikan kesan
kepada pencapaian objektif projek.

Mesyuarat Koordinasi bertujuan melicinkan kerja-kerja yang melibatkan pihak


ketiga seperti PBT dan Agensi kerajaan/swasta yang berkaitan. Mesyuarat ini
juga boleh membincangkan aduan orang awam/pihak yang terjejas akibat kerja-
kerja pembinaan.

(b) Mesyuarat Tapak


Mesyuarat Tapak merupakan platform komunikasi antara stakeholder utama bagi
membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan projek.

Antara perkara-perkara yang perlu dibincangkan:


i) Perubahan kepada skop kerja;
ii) Pembentangan laporan kemajuan fizikal dan kewangan oleh Pengurus
Projek;
iii) Perbincangan mengenai aktiviti kerja yang terlewat atau menjadi kritikal;
iv) Pembentangan laporan terperinci Bayaran Kemajuan, Arahan Perubahan
Kerja dan tuntutan kontraktor;
v) Perbincangan mengenai isu tertangguh yang akan menjejaskan objektif
kualiti projek;
vi) Mengenal pasti isu-isu yang boleh mendatangkan masalah kepada
pelaksanaan projek;
vii) Aduan orang awam/pihak yang terjejas akibat kerja-kerja pembinaan;
viii) Laporan kawalan kualiti termasuk Laporan Ketidakpatuhan, tindakan
pembetulan, tindakan pencegahan oleh pihak kontraktor (perunding);
dan

21
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.26

ix) Laporan audit kualiti oleh kontraktor.

6.6 PEMBAYARAN

(a) Bayaran
Pendahuluan
Kontraktor boleh memohon bayaran pendahuluan selaras dengan Syarat-syarat
Kontrak. Bayaran balik wang pendahuluan hendaklah dibuat melalui potongan
dari bayaran interim mengikut formula yang telah ditetapkan dalam Syarat-syarat
Kontrak.

(b) Bayaran Interim


Permohonan dari kontraktor hendaklah dikemukakan bersama dokumen-
dokumen sokongan termasuk Laporan Penyeliaan daripada perunding kontraktor
yang mengesahkan bahawa kerja telah dilaksanakan dengan sempurna sejajar
dengan terma-terma kontrak.

Setelah menerima Laporan Penyeliaan daripada kontraktor, Pengarah Projek


hendaklah memeriksa kerja yang telah dilaksanakan di tapak bina dan membuat
penilaian bayaran interim.

Bayaran interim boleh disediakan setiap bulan atau lebih kerap mengikut
pertimbangan Pengarah Projek. Penyediaan, kelulusan dan pembayaran mesti
dibuat dalam tempoh yang ditetapkan di dalam Fasal 53 Syarat-syarat Kontrak.

(c) Bayaran Terus Kepada Perunding


Kontraktor dan perunding hendaklah memeterai satu Perjanjian Penyerahan Hak
bagi membolehkan bayaran terus dibuat kepada perunding. Bayaran kepada
perunding hendaklah diperakukan oleh kontraktor dan dimasukkan ke dalam satu
akaun escrow yang dibuka bersama oleh kontraktor dan perunding.
6.7
PERUBAHAN KERJA

Perubahan bererti pindaan atau pengubahsuaian kepada reka bentuk, kualiti, atau
kuantiti kerja termasuk pertukaran jenis atau standard bahan atau barang yang
digunakan.

Syarat-syarat Kontrak memperuntukkan dua (2) keadaan yang melibatkan perubahan


kerja seperti berikut:

(a) Perubahan kepada Kehendak Kerajaan sebagaimana yang diarahkan oleh


Pengarah Projek. Pelarasan harga kontrak hendaklah dibuat sewajarnya; dan

(b) Perubahan terhadap reka bentuk kontraktor yang perlu dibuat disebabkan
ketidakcukupan dan ketidaksempurnaan reka bentuk dari segi kesesuaian,
kefungsian dan keselamatan Kerja. Sekiranya melibatkan tambahan kos,
tambahan tersebut hendaklah ditanggung oleh kontraktor. Walau
bagaimanapun sekiranya melibatkan penjimatan kos, harga kontrak hendaklah
dikurangkan.

Sebelum meluluskan Arahan Perubahan Kerja (APK), Pengarah Projek


bertanggungjawab untuk memastikan sama ada perubahan disebabkan oleh
22
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.26

p
e
r
u
b
a
h
a
n

23
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.26

dalam Kehendak Kerajaan (a) atau oleh ketidakcukupan dan


disebabkan ketidaksempurnaan reka bentuk
kontraktor (b) di atas.

Sebarang perubahan disebabkan oleh keperluan statutori tidak boleh dianggap


sebagai Perubahan Kerja kecuali pindaan terhadap keperluan statutori dibuat selepas
tarikh tutup tender.

Pengukuran dan penilaian perubahan kerja termasuk dokumen sokongan hendaklah


disediakan dan disahkan oleh perunding kontraktor untuk disemak oleh Pengarah Projek.
Penilaian kerja tambahan atau gantian hendaklah selaras dengan nilai kerja yang serupa
jenis/sifat di dalam Contract Sum Analysis (CSA) ataupun Jadual Kadar Harga Kontrak.
Sekiranya terdapat perbezaan di dalam keadaan melaksanakan kerja atau perbezaan yang
ketara kepada kuantiti kerja di dalam kontrak maka satu penilaian yang saksama perlulah
dibuat oleh Pengarah Projek.

Pengarah Projek bertanggungjawab memastikan semua penilaian perubahan kerja


disediakan untuk tujuan penutupan akaun.

Peraturan Pengurusan Perubahan Kerja hendaklah selaras dengan Surat Pekeliling


Perbendaharaan (SPP) yang berkuat kuasa.

6.7.1 SENARAI KUANTITI SEMENTARA

Sekiranya senarai kuantiti sementara menjadi sebahagian daripada kontrak, maka


Pengarah Projek hendaklah menentu sahkan kuantiti kerja yang telah diukur
semula sebagaimana yang telah dilaksanakan sebenarnya di tapak bina. Namun
begitu Pengarah Projek tidak boleh mengambil kira kuantiti sementara yang telah
diukur semula akibat kecuaian, kesilapan, peninggalan sebagaimana yang telah
disediakan oleh kontraktor sendiri.

6.8 LANJUTAN MASA

Lanjutan masa dari segi perundangan dan syarat-syarat kontrak secara amnya boleh
diluluskan berlandaskan sebab-sebab berikut:

(a) Kelewatan oleh sebab-sebab neutral contohnya cuaca luar biasa, force majeure
seperti darurat, rusuhan, banjir besar di luar jangkaan dan sebagainya; dan

(b) Kelewatan yang disumbangkan oleh pihak Kerajaan atau mana-mana pihak yang
mana Kerajaan bertanggungjawab.

Penilaian lanjutan masa tidak seharusnya dibuat semata-mata berdasarkan program kerja
asal sahaja, tetapi hendaklah juga mengambil kira tahap kemajuan kerja sebenar di tapak
bina, kelewatan-kelewatan yang bertindih dan kelewatan yang disumbangkan oleh
kontraktor sendiri. Sekiranya lanjutan masa diluluskan, Pengarah Projek hendaklah
mengeluarkan Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa (PKLM) SEBELUM tamat tempoh
kontrak yang dibenarkan bagi mengelakkan masa kontrak dalam keadaan tergantung
(”time is at large”). Sekiranya berlaku ”time is at large”, Kerajaan kehilangan hak untuk
menetapkan tempoh penyiapan kontrak dan hak-hak di bawah syarat-syarat kontrak
yang berkaitan dengannya.

24
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.26

Lanjutan Masa hendaklah diluluskan oleh Pengarah Projek.

6.9 PERAKUAN KERJA TAK SIAP

Sekiranya Pengarah Projek menjangkakan kontraktor tidak dapat menyiapkan kerja pada
tarikh siap asal kontrak atau pada tarikh yang dilanjutkan dalam kontrak, maka Pengarah Projek
hendaklah mengeluarkan notis untuk tujuan mengenakan Ganti Rugi Tertentu dan
Ditetapkan (Liquidated and Ascertained Damages – LAD) kepada kontraktor SEKURANG-
KURANGNYA DUA (2) MINGGU sebelum tarikh siap yang ditetapkan. Sekiranya kontraktor gagal
menyiapkan kerja pada tarikh tersebut, maka Perakuan Kerja Tak Siap (PKTS) hendaklah
dikeluarkan SERTA MERTA kepada kontraktor dan LAD dikenakan.

Apabila PKTS dikeluarkan dan LAD dikenakan kepada kontraktor, Pengarah Projek masih
perlu memantau kemajuan kerja kontraktor di tapak bina. Sekiranya jumlah nilai LAD
yang dikenakan adalah besar dan membebankan kontraktor, tindakan sama ada untuk
meneruskan kontrak atau menamatkannya hendaklah diambil dengan segera.

6.10 PENAMATAN KONTRAK

Sekiranya keputusan diambil untuk menamatkan kontrak, Notis Kemungkiran hendaklah


dikeluarkan kepada kontraktor yang menyatakan kemungkiran yang dilakukan.

Sekiranya kontraktor masih gagal untuk membaiki kemungkiran dalam tempoh empat
belas (14) hari dari tarikh penerimaan atau dalam tempoh yang ditetapkan, maka Notis
Penamatan Kontrak hendaklah dikeluarkan.

Kedua-dua Notis di atas hendaklah ditandatangani oleh Pegawai Yang Dinamakan di


dalam Lampiran kepada Syarat-syarat Kontrak.

Tindakan susulan selepas penamatan hendaklah dibuat selaras dengan Syarat-syarat


Kontrak.

Kerajaan berhak menggunakan lukisan-lukisan reka bentuk dan/atau pembinaan yang


telah dikemukakan untuk menyiapkan baki kerja projek tersebut dengan syarat bayaran
sepenuhnya telah dijelaskan untuk kerja reka bentuk dan lukisan-lukisan berserta
spesifikasi telah berada dalam simpanan Kerajaan.

Kerajaan boleh menyiapkan baki kerja sama ada secara jabatan atau dengan melantik
kontraktor yang baru. Segala kos yang ditanggung oleh Kerajaan akibat penamatan
tersebut hendaklah ditanggung oleh kontraktor asal. Tuntutan hendaklah dibuat dengan
seberapa segera yang boleh terhadap kontraktor sebaik sahaja jumlah kos penyiapan
dapat ditentukan. Sekiranya didapati bahawa kontraktor telah gagal untuk membuat
bayaran maka tindakan undang-undang seterusnya hendaklah diambil terhadap
kontraktor.

7.0 PERINGKAT PENGUJIAN DAN PENTAULIAHAN

Kontraktor hendaklah memperuntukkan tempoh yang munasabah dan praktikal di dalam


program kerja bagi keseluruhan projek bagi Pengujian dan Pentauliahan (Testing and
Commissioning -T&C).

25
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.26

Kontraktor hendaklah menyiapkan kerja-kerja yang berkaitan dan menjalankan ujian


pemasangan peralatan/sistem mekanikal, elektrik dan sistem kejuruteraan awam seperti
sistem kumbahan dan lain-lain yang disaksikan oleh perunding dan Pengarah Projek/wakil
Pengarah Projek dan seterusnya menyediakan rekod Pengujian dan Pentauliahan.
Keputusan keseluruhan Pengujian dan Pentauliahan hendaklah ditentu sahkan oleh
Jurutera bertauliah dan diterima oleh Pengarah Projek/wakil Pengarah Projek.

8.0 PERINGKAT PEMERIKSAAN DAN PENYERAHAN PEMERIKSAAN

8.1 PRA-PENYERAHAN

Kontraktor hendaklah menjalankan pemeriksaan pra-penyerahan untuk memastikan kerja


yang diterima Agensi mematuhi kontrak. Laporan pemeriksaan hendaklah disahkan oleh
perunding kontraktor.

Pengarah Projek/wakil Pengarah Projek hendaklah menyemak laporan pemeriksaan dari


kontraktor dan kemudian melaksanakan pemeriksaan fizikal bersama kontraktor.

Pemeriksaan Pra-Penyerahan hendaklah merangkumi antara lain perkara berikut:

(a) Pemeriksaan setiap bilik dan ruang serta menyenaraikan kecacatan yang dikenal
pasti;

(b) Tindakan pembaikan kecacatan yang telah/perlu dilakukan oleh kontraktor;

(c) Pemeriksaan semua inventori barangan mudah alih; dan

(d) Peralatan seperti alat pemadam kebakaran, Grand Master Key dan kunci.

8.2 SIJIL LAYAK MENDUDUKI (CERTIFICATE OF FITNESS FOR OCCUPATION – CFO) ATAU PERAKUAN SIAP DAN
PEMATUHAN (CERTIFICATE OF COMPLETION AND COMPLIANCE - CCC)

Apabila keseluruhan kerja telah mencapai penyiapan secara praktikal sebagaimana yang
diperuntukkan dalam kontrak, kontraktor hendaklah mendapatkan Sijil Layak Menduduki
(Certificate of Fitness For Occupation – CFO) atau memastikan Perakuan Siap Dan
Pematuhan (Certificate Of Completion And Compliance – CCC), dikeluarkan oleh Orang
Utama Yang Mengemukakan, di mana berkaitan.

Kontraktor bertanggungjawab memastikan Sijil Layak Menduduki / Perakuan Siap Dan


Pematuhan diperolehi mengikut peruntukan perundangan atau peraturan yang
ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan sebelum kerja boleh diperakukan siap oleh
Pengarah Projek.

PERAKUAN SIAP KERJA


8.3
Apabila kontraktor telah memperolehi Sijil Layak Menduduki / Perakuan Siap Dan
Pematuhan dan Kerja telah dianggap mencapai penyiapan secara praktikal, kontraktor
hendaklah memberi notis kepada Pengarah Projek secara bertulis mengenainya.

26
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.26

Dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan notis penyiapan daripada kontraktor,


Pengarah Projek hendaklah menjalankan pemeriksaan bersama kontraktor dan
mengambil tindakan seperti berikut:

(a) Mengeluarkan Perakuan Siap Kerja sekiranya Pengarah Projek berpuas hati
bahawa keseluruhan kerja pembinaan telah siap tertakluk kepada kontraktor
memberi Surat Aku Janji untuk menyiapkan baki kerja kecil (“very minor
nature”) dalam Tempoh Liabiliti Kecacatan; atau

(b) Memberi arahan kepada kontraktor untuk membaiki kerja-kerja kecacatan yang
dikenal pasti untuk disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan sebelum Perakuan
Siap Kerja dikeluarkan.

Tarikh siap kerja dalam Perakuan Siap Kerja adalah tarikh bermulanya Tempoh Liabiliti
Kecacatan.

Jaminan Reka Bentuk daripada Institusi Kewangan sebanyak 5% dari Harga Kontrak
yang berkuat kuasa selama lima (5) tahun dari tarikh siap kerja hendaklah dikemukakan
sebelum atau pada tarikh siap kerja. (Contoh Jaminan Reka Bentuk seperti di
LAMPIRAN L).

8.4 TINDAKAN SELEPAS PENGELUARAN PERAKUAN SIAP KERJA

Setelah Perakuan Siap Kerja dikeluarkan, Pengarah Projek hendaklah memastikan


perkara-perkara berikut dikemukakan:

(a) Lukisan As-Built dalam bentuk yang dinyatakan dalam kontrak;

(b) Manual Operasi dan Penyenggaraan;

(c) Program Latihan untuk penggunaan kemudahan peralatan seperti mesin-mesin,


perisian komputer; dan

(d) Jadual “Planned and Preventive Maintenance (PPM)” atau “Comprehensive


Maintenance Programme (CMP)”, jika berkaitan.

Dokumen-dokumen tersebut di atas perlu disahkan oleh perunding dalam tempoh yang
munasabah.

Pengarah Projek hendaklah bertanggungjawab untuk merekodkan dan menyimpan


perkara-perkara di atas dengan selamat untuk kegunaan dan rujukan.

9.0 PERINGKAT TEMPOH LIABILITI KECACATAN DAN PENYENGGARAAN KECACATAN KERJA

9.1 Tempoh Liabiliti Kecacatan jika tidak dinyatakan sebaliknya adalah selama 24 bulan.

27
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.26

Dalam tempoh tersebut kontraktor hendaklah menguruskan dan melaksanakan perkara-


perkara seperti berikut:

(a) Membaiki apa-apa kecacatan, ketidaksempurnaan atau sebarang kerosakan lain


yang diarahkan oleh Pengarah Projek dari semasa ke semasa; dan

(b) Kerja-kerja penyenggaraan yang ditetapkan dalam kontrak sama ada Jadual
“Planned and Preventive Maintenance (PPM)” atau ”Breakdown Maintenance”.

Pengarah Projek hendaklah mengadakan lawatan pemeriksaan dan mesyuarat dari


semasa ke semasa dalam Tempoh Liabiliti Kecacatan dengan dihadiri oleh kontraktor dan
perunding (di mana perlu).

Pengarah Projek hendaklah memantau aduan kerosakan, kerja-kerja penyenggaraan dan


pembaikan kecacatan sepanjang Tempoh Liabiliti Kecacatan.

Pengarah Projek hendaklah menyenaraikan semua kecacatan, ketidaksempurnaan,


kekecutan dan semua kerosakan dalam Jadual Kecacatan yang dikeluarkan kepada
kontraktor. Jadual Kecacatan pertama hendaklah dikeluarkan dalam tempoh 14 hari
dari tarikh tamat Tempoh Liabiliti Kecacatan dan Jadual Kecacatan terakhir tidak lewat
dari 28 hari dari tarikh tamat Tempoh Liabiliti Kecacatan.

Kontraktor hendaklah membaiki semua kecacatan yang disenaraikan dalam tempoh yang
munasabah dan selewat-lewatnya tiga (3) bulan selepas penerimaan Jadual Kecacatan
terakhir.

Apabila Pengarah Projek berpendapat kontraktor telah membaiki kesemua kecacatan


sebagaimana yang diarahkan, Pengarah Projek hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap
Memperbaiki Kecacatan.

9.2 PENYENGGARAAN KERJA DAN PERKHIDMATAN

Kontraktor hendaklah menyenggara keseluruhan kerja dan perkhidmatan yang


disenaraikan dalam skop penyenggaraan yang terkandung dalam Kehendak
Kerajaan/PPM sepanjang Tempoh Penyenggaraan selama 24 bulan dari tarikh Perakuan
Siap Kerja.

Penyenggaraan ini termasuk pemeriksaan berkala dan sistematik, penggantian alat ganti,
consumables, pembersihan, servis, pengujian dan calibration sepertimana yang disyorkan.
Di akhir Tempoh Penyenggaraan dan setelah Pengarah Projek berpendapat kontraktor
telah melaksanakan kesemua kerja penyenggaraan, Pengarah Projek hendaklah
mengeluarkan Perakuan Siap Menyenggara (Certificate of Completion of Maintenance-
CCM).

9.3 PENUTUPAN AKAUN KONTRAK

Dalam tempoh tiga (3) bulan selepas pengeluaran Perakuan Siap Memperbaiki
Kecacatan atau Perakuan Siap Menyenggara, yang mana terkemudian, kontraktor
hendaklah mengemukakan penyata akaun akhir kepada Pengarah Projek termasuk semua
dokumen sokongan.

28
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.26

Pengarah Projek hendaklah mengeluarkan Perakuan Muktamad tidak lewat dari tiga (3)
bulan selepas tamat tempoh pengemukaan penyata akaun akhir oleh kontraktor.

Sekiranya kontraktor tidak mengemukakan penyata akaun akhir selepas tamat tempoh
tiga (3) bulan, Pengarah Projek hendaklah memberi notis kepada kontraktor dan jika
kontraktor masih gagal mengemukakan dalam tempoh dua (2) bulan selepas notis
tersebut, Pengarah Projek sendiri boleh menyediakan Perakuan Muktamad. Walau
bagaimanapun, Pengarah Projek hendaklah menyediakan Perakuan Muktamad dalam
tempoh yang munasabah iaitu tidak lewat dari enam (6) bulan.

Kontraktor hendaklah mematuhi semua kehendak Syarat-syarat Kontrak sebelum


bayaran akhir boleh dibuat.

29

You might also like